plan strategi

11
1. NAMA PROGRAM: Kursus Kepimpinan Pengawas 2013 2. RASIONAL Kepimpinan merupakan suatu konsep yang perlu difahami, dihayati dan diamati oleh setiap individu. Ia merupakan tuntutan untuk menyediakan barisan kepimpinan generasi pelapis yang berwibawa dan berketerampilan untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan yang semakin kompleks. Di samping itu ia juga merupakan suatu tuntutan agama. Perkara ini ditegaskan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud : “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal terhadap kepemimpinannya.” Pelajar adalah pewaris untuk memegang jawatan penting sama ada institusi atau organisasi kerajaan, swasta atau pun masyarakat. Matlamat pendidikan negara juga tidak terhad kepada usaha meningkatkan kecemerlangan akademik sahaja tetapi juga menyediakan barisan kepimpinan pelapis yang berkualiti. Kejayaan masa depan negara, terutamanya matlamat Wawasan 2020 bergantung kepada kepimpinan berkualiti. Justru, golongan pemimpin pelajar seperti pengawas ini perlu dilatih untuk memenuhi hasrat tersebut. 3. MATLAMAT Melahirkan kumpulan pemimpin pelajar (pengawas) yang berkualiti dan berwibawa sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan masa kini khasnya dalam membantu pihak sekolah menjalankan program pendidikan di sekolah agar tidak diganggu oleh masalah-masalah disiplin dan salahlaku pelajar yang

Upload: iskandarsaim

Post on 07-Jul-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PELAN

TRANSCRIPT

Page 1: Plan Strategi

1. NAMA PROGRAM:

Kursus Kepimpinan Pengawas 2013

2. RASIONAL

Kepimpinan merupakan suatu konsep yang perlu difahami, dihayati dan diamati oleh setiap individu. Ia merupakan tuntutan untuk menyediakan barisan kepimpinan generasi pelapis yang berwibawa dan berketerampilan untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan yang semakin kompleks. Di samping itu ia juga merupakan suatu tuntutan agama. Perkara ini ditegaskan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud : “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal terhadap kepemimpinannya.”

Pelajar adalah pewaris untuk memegang jawatan penting sama ada institusi atau organisasi kerajaan, swasta atau pun masyarakat. Matlamat pendidikan negara juga tidak terhad kepada usaha meningkatkan kecemerlangan akademik sahaja tetapi juga menyediakan barisan kepimpinan pelapis yang berkualiti. Kejayaan masa depan negara, terutamanya matlamat Wawasan 2020 bergantung kepada kepimpinan berkualiti. Justru, golongan pemimpin pelajar seperti pengawas ini perlu dilatih untuk memenuhi hasrat tersebut.

3. MATLAMAT

Melahirkan kumpulan pemimpin pelajar (pengawas) yang berkualiti dan berwibawa sebagai pelapis dan penerus kepada kepimpinan masa kini khasnya dalam membantu pihak sekolah menjalankan program pendidikan di sekolah agar tidak diganggu oleh masalah-masalah disiplin dan salahlaku pelajar yang berleluasa.

4. OBJEKTIF

Membina daya kepimpinan diri yang berkualiti dan progresif. Memahami dengan jelas cirri-ciri kepimpinan yang positif. Membuat perancangan untuk menjadikan pemimpin yang berwibawa

dan berkualiti melalui penerapan nilai murni. Mengetahui gaya sebagai pemimpin yang baik. Mengetahui tugas dan tanggung-jawab sebagai seorang pengawas

sekolah. Meningkatkani keyakinan serta asertif diri yang tinggi di samping

mempunyai penghargaan kendiri. Mendapat pengalaman sebenar memimpin di dalam pelbagai situasi.

Page 2: Plan Strategi

5 TARIKH: 7 Februari 2013 (Khamis)

6. TEMPAT : Bilik Media SMK Seri Bali, Chaah

7. SASARAN: 60 pelajar

Semua pengawas SMK Seri Bali, Chaah (seramai 60 orang)

8. KAEDAH PELAKSANAAN:

8.1 Ceramah : En. Murugan A/L Paramasivam8.2 Taklimat : Encik Saim Osman8.3 Bengkel : En. Baharuddin Adam8.4 Fasilitator: En. Saim Bin Osman

9. ORGANISASI:

Ahli Jawatankuasa Kursus Kepimpinan Pengawas:

Pengerusi : Pn.Rohani Bt. Lajat (Pengetua) Naib Pengerusi : En. Hassan bin Sarno (GPK HEM)

: Pn. Mohd.Salleh bin Salim (GPK ): Penyelaras:En. Lai Hong Yong

Setiausaha : En. Baharuddin bin Adam (GBK):

Ahli Jawatankuasa :

Persiapan Tempat : Pn. Nor Shari Bte AbdulDan alatan En. Mohd Khairul NizamPendaftaran : En. Kumarasan Fasilitator : 1. En. Baharuddin Bin Adam

2. En. Saim Bin Osman3. En. Hiew Soon Yong4. Pn. Nor Sari Bt. Abdul

Sistem P.A : En. Mohd Khairul NizamFotografi : En. Mohd Aizat Bin Abd. Rahim.

Page 3: Plan Strategi

Tajuk Bengkel (LDK 2)

Kelompok 1.

Anda sebagai seorang pengawas telah mendengar ada sepasang pelajar remaja yang berlainan bangsa dan agama sering masuk ke dalam tandas perempuan. Anda tahu orang tersebut, tingkatan berapa, tinggal di mana dan anda juga tahu ibu bapa mereka. Masalahnya mereka adalah pelajar yang bijak lagi cerdik. Bukan itu sahaja tetapi pelajar ini handsome, dari keluarga berada dan bertubuh besar, mahcho dan mempunyai ramai kawan. Anda diberi tugasan untuk menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan tidak haru-biru. Apa nak anda buat?

Kelompok 2

Walaupun telah ditetapkan larangan membawa rokok atau menghisap rokok ke sekolah telah lama di laksanakan namun sekali-sekala terdapat beberapa orang pelajar yang tertangkap dengan membawa rokok dan merokok di kawasan sekolah. Mungkin ada beberapa langkah yang berkesan bagaimana menghentikan perbuatan tersebut. Berikan langkah-langkah tersebut dengan lebih berkesan. Jika anda kenal ibubapa mereka apakah yang akan anda lakukan.

Kelompok 3

Terdapat sebuah kedai yang menjual rokok kepada pelajar sekolah pada waktu pagi. Ini menyebabkan pelajar membeli rokok sebelum pergi sekolah. Apakah langkah-langkah yang terbaik mengatasi masalah ini supaya pelajar tidak membeli rokok di tempat tersebut.

Kelompok 4

Orang luar telah memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa terdapat beberapa orang pelajar yang dipercayaai mengambil dadah pada hari minggu. Bagi mengatasi masalah ini daripada menular kepada pelajar lain, apakah langkah yang terbaik yang anda boleh lakukan.

Kelompok 5

Masih ramai lagi pelajar yang memandang ringan tentang disiplin diri bagi pelajar lelaki dan perempuan. Senaraikan kesalahan disiplin diri bagi pelajar lelaki dan perempuan. Bagaimana mengatasi pelajar yang tidak suka memasukkan baju dalam seluar

Page 4: Plan Strategi

10. JADUAL:MASA AKTIVITI TINDAKAN

7.00-7.15 pagi Pendaftaran Semua peserta dan guru 7.15 –7.45 pagi Kemahiran komunikasi . Ketua pengawas 7.45- 9.15 pagi Ciri-ciri Pemimpin Cemerlang En. Murugan A/l Paramisivam 9.15 – 11.00 pagi Pendidikan Moral / Penghayatan

Islam. …Pn. Jessica Chan Lai Peng, En. Hiew Soon Yong

11.30 -12.00 pagi Rehat / Jamuan Tengahari En. Amir Bin Ibrahim 12.00–12.30 tengahari LDK 1 - Membina Garis Kehidupan

(Dulu, Kini dan Akan Datang) What I’m going to be

Pn. Nor Shahri, Pn. Nordhiana, Pn. Janaki, En.Tan Chi Kang, En. Kumarasan

12.30-1.00 tengahari LDK 2 – Membina Logo Kumpulan. Lantik Ketua, Juru Cakap, Pelukis, dan Pembentang.

En. Hiew Soon Yong/ En. Mohd Khairul Nizam

1.00 -1.45 petang LDK 3 – Bengkel Penyelesaian Masalah

En. Baharuddin Bin Adam

1.45-2.00 petang 1. Solat / Penghayatan Moral En. Saim Osman2.00 – 2.30 petang. 1.Menjawab Ujian Personaliti

2. Mentapsir Ujian personaliti En. Baharuddin Adam

2.30-3.00 petang LDK 4 – Pembentangan Hasil Bengkel dan Penyelesaian Masalah

En. Saim Osman

3.00 – 3.30 Penilaian Aktiviti En. Bahararudin Adam3.30 – 4.00 Pembahagian Sijil dan Penutup En. Hassan Sarno, Nor

Azlina,Pn. Janaki

11. ANGGARAN PERBELANJAAN:WANG MASUK WANG KELUAR1. Sekolah RM 300.00 1.Makanan /minuman

(R.M 3.00 X 60 orang) RM 180.002.Sijil R.M 1.50 X 60 RM 90.003.Fail (R.M 0.50 X 60) RM 30.00

Jumlah Besar RM 300.00 Jumlah Besar RM 300 00

12. PENUTUP: Diharapkan program ini dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan kepada setiap

pengawas sekolah ini di samping meningkatkan motivasi mereka serta akhirnya dapat .meningkatkan keyakinan dan komited mereka di dalam menjalankan tugas. Kerjasama semua pihak sangat diharapkan agar program ini berjaya serta mencapai matlamat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ……………………….(BAHARUDDIN BIN ADAM) (PN Rohani Bt. Lajat)Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua SMK Seri Bali, Segamat,SMK Seri Bali, Segamat, Johor.. Johor.

Page 5: Plan Strategi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

Telefon : 07-9264501

Telefaks : 07-9264502 E-Mail : [email protected]

Ruj.

Kami

: JEA/ 8043/0

2/02/

Tarikh : 5.2.2013

Kepada, Semua Ibu Bapa/PenjagaPengawas,SMK Seri Bali,85400 Chaah.

Tuan/Puan,

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan diadakan pada hari Khamis (7.2.2013 )di Bilik Multimedia dalam usaha meningkatkan ilmu, persediaan dan kesungguhan pengawas-pengawas sekolah ini untuk menjalankan tugas .

2. Sehubungan itu kami dengan penuh kepercayaan mengharapkan kerjasama tuan / puan agar dapat mempastikan anakanak supaya dapat hadir serta mematuhi jadual program tersebut bermula dari pukul 7.15 pagi dan dijangka tamat pada pukul 2.30 petang.. 3. Di atas kerjasama dan keperihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan setinggitinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah ,

Page 6: Plan Strategi

………………………………….(Rohani Bt. Lajat)Pengetua,SMK Seri Bali, Chaah.Segamat, Johor.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

Kertas Cadangan Kursus Kepimpinan Pengawas.

Tarikh: 7hb. Februari 2013 (Khamis)

Tempat: Bilik MultimediaSMK Seri Bali, Chaah, Segamat, Johor.

Masa: 8.00 pagi hingga 2.30 petang

Anjuran Bersama Unit Bimbingan dan KaunselingDan Unit Pengawas SMK Seri Bali, Chaah, Segamat.

SMK SERI BALI CHAAH SEGAMAT JOHOR

Page 7: Plan Strategi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI85400 CHAAH SEGAMAT, JOHOR DARUL TA’ZIM. Telefon : 07 9264501 Telefaks : 07 9264502

Email :[email protected]

Rujukan kami:JEA/8043/02/02Tarikh: 3hb. Februari 2013

Kepada,

Kolej Poly-Tech Mara,Kampus Cawangan Batu Pahat,Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji,Jalan Timah Sari, 83000, Batu Pahat,Johor.

(U.P: En. Raman Bin Rawi)

Tuan,

Perkara: Memohon Memberi Ceramah Ciri-Ciri Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah bersetuju untuk memberi ceramah di atas seperti ketetapan berikut: Tarikh : 7hb. Februari 2013 (Khamis)

Masa : 10.30 -12.00 tghTempat: Bilik Multimedia

2. Sehubungan dengan itu sekiranya pihak tuan menghadapi apa-apa masalah boleh menghubungi Cikgu Saim melalui talian 0197205393.

Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Page 8: Plan Strategi

……………………………..(Rohani Bt. Lajat)Pengetua,SMK Seri Bali Chaah,Segamat, Johor.