operational plan

Upload: dannymaxwell

Post on 06-Mar-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asas Pembudayaan Keusahawanan

TRANSCRIPT

33

1.0RINGKASAN EKSEKUTIF1.1Ringkasan Idea PerniagaanIdea perniagaan syarikat kami adalah menyediakan empat jenis produk yang kreatif dan ada diantaranya dihasilkan daripada barangan yang terbuang dengan harga yang murah sesuai dengan sasaran pasaran kami iaitu untuk pelajar-pelajar dan para kakitangan UMS serta pesaing dari syarikat lain. Idea perniagaan syarikat ini terhasil dari perbincangan antara rakan-rakan kongsi. Syarikat kami percaya dengan hasil produk yang kreatif, murah serta berkualiti, akan berjaya menarik orang ramai untuk membeli produk kami, seterusnya memberi kepuasan kepada para pelanggan. Syarikat kami juga menyusun harga-harga barangan dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua sasaran pasaran kami. Seterusnya, kami ingin memupuk agar semua pelajar dan kakitangan UMS serta para pesaing syarikat lebih menghargai barang-barang yang sudah terpakai kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan yang boleh mencetuskan idea perniagaan.

1.2Jenis Perniagaan Jenis perniagaan kami ialah berbentuk Rakan Kongsi yang terdiri daripada sepuluh orang Pemegang Saham yang membahagikan keuntungan dan kerugian syarikat secara sama rata. Setiap Pemegang Saham menyumbang modal yang sama iatu sebanyak RM 25.00 setiap seorang, oleh itu, keseluruhan modal perniagaan kami berjumlah RM 250.00. Syarikat kami akan memasarkan barangan cenderamata yang terdiri dari empat jenis iaitu Bola Cinta, Bingkai Kenangan, Bintang Malam dan Penyeri Bilik.

1.3Keunikkan Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan Produk yang Orange Souvenirs Company mempunyai keunikkannya yang tersendiri iaitu: Produk kami sesuai digunakan sebagai perhiasan di mana-mana sahaja Produk kami bersifat tahan lama dan boleh dijadikan sebagai kenangan Produk kami menggunakan modal permulaan yang sedikit kerana sebahagian bahan mentah menggunakan barangan terbuang Produk kami juga mampu dimiliki oleh semua pelajar dan kakitangan UMS serta pesaing syarikat.

1.4Sasaran Pasaran Sasaran pasaran produk kami terdiri daripada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah, begitu juga para kakitangan UMS serta pesaing syarikat kami. Produk kami sangat sesuai dimiliki oleh semua pelajar kerana ianya mempunyai nilai sentimental yang boleh dijadikan kenangan antara sesama rakan selepas habis pengajian dan boleh dijadikan sebagai barang perhiasan dalam bilik asrama. Begitu juga dengan para kakitangan, produk kami boleh dijadikan sebagai hadiah sebagai tanda kenangan antara rakan sekerja.

1.5Pasukan PengurusanPasukan pengurusan syarikat kami terdiri daripada 10 orang wanita yang mempunyai tugas-tugas yang berbeza dan akan menjalankan tanggungjawab mengikut jawatan masing-masing. Pengarah: Salmiahwati Binti Djafar (ketua) Timbalan Pengarah: Wan Juharniwati Binti Wan Mustafa Eksekutif Kewangan: Andi Hasna Binti Andi Tamrin Eksekutif Pemasaran: Malisa Binti Ismail Eksekutif Rancangan: Surina Binti Mohd. Nor Eksekutif Operasi: Nur Shafika Binti Ooyob Eksekutif Jualan: Saridah Binti Rosli Eksekutif Pembelian: Herda Binti Hammade Eksekutif Perkhidmatan: Nordiah Binti Rosman Tugas-tugas Khas: Norbahriah Binti Salleh

1.6Analisis SWOT Kelebihan persaingan syarikat / Strength: Menawarkan produk yang unik dan berkualiti Produk yang dihasilkan kreatif dengan harga yang murah serta berpatutan Promosi yang berkesan melalui pengedaran borang tempahan produk lebih awal Barangan baru yang dihasilkan daripada barangan terbuang

Kelemahan Syarikat / Weakness: Bilangan produk yang dihasilkan terhad kerana kekurangan masa Kekurangan tenaga kerja syarikat

Peluang Syarikat / Opportunities: Menghasilkan produk yang berbeza dari syarikat pesaing lain Dihasilkan melalui daya kreativiti rakan-rakan kongsi syarikat sendiri.

Strategi Penyelesaian Syarikat / Threats: Memberi perkhidmatan yang berkualiti Promosi yang berterusan dari semasa ke semasa Mengelakkan kecacatan pada produk yang dihasilkan Berusaha memenugi kepuasan pelanggan.

1.7Pelan PemasaranDalam Pengurusan Pemasaran syarikat kami, kami menggunakan kaedah campuran pemasaran (4P) iaitu Harga (Price), Produk (Product), Tempat (Place) dan Promosi (Promotion). Syarikat kami akan menyediakan harga bagi setiap produk yang dijual, menghasilkan produk yang berkualiti, tempat perniagaan yang strategik serta strategi promosi yang berkesan akan digunakan.

1.8Pelan OperasiPengurusan Operasi syarikat kami bermula dari proses mendapatkan bekalan bahan mentah sehingga mengubah bahan mentah menjadi produk akhir. Seterusnya, bahagian pengeluaran syarikat akan mencari rangkaian pembekal untuk pembelian bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan produk, penyediaan kelengkapan dan alatan yang digunakan dalam proses mengubah produk dari barang mentah kepada produk akhir dan merekrut tenaga kerja dalam penghasilan produk. Pelan operasi yang baik membolehkan perniagaan syarikat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matlamat syarikat.

1.9Pelan KewanganOrange Souvenirs Company mendapatkan sumber kewangan sebagai modal permulaan perniagaan daripada hasil perkongsian diantara rakan kongsi. Semua pemegang saham akan melabur sebanyak RM 25.00 setiap seorang yang digunakan untuk proses operasi dan pemasaran. Keseluruhan modal perniagaan adalah sebanyak RM 250.00 dan setiap keuntungan dan kerugiaan yang berlaku dalam syarikat akan dibahagikan secara sama rata. Syarikat juga menganggar tentang jualan syarikat yang akan diperolehi, anggaran perbelanjaan yang dikeluarkan serta anggaran keuntungan yang akan diperolehi oleh syarikat.

2.0LATAR BELAKANG PERNIAGAAN2.1Tujuan Penubuhan SyarikatSyarikat Orange souvenirs Company ditubuhkan, bertujuan untuk penilaian kursus UW00203 iaitu Asas Pembudayaan Keusahawanan. Ia juga bertujuan untuk memupuk persaingan yang sihat di kalangan pelajar melalui ekspo keusahawanan yang dijalankan. Penubuhan syarikat ini juga selaras dengan objektif penilaian kursus ini iaitu membentuk sifat keusahawanan dalam diri setiap pelajar, selain dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan belajar bagaimana hendak menguruskan sebuah perniagaan. Selain itu, syarikat dapat mengambil peluang mempelajari bagaimana menghadapi pasaran pembekal dan pelanggan, produk perniagaan, pemilihan material dan dapat meningkatkan kemahiran pengurusan. Oleh itu, projek ini akan membawa banyak manfaat terutamanya dalam mempraktikan pengalaman perniagaan yang berguna di masa hadapan kepada seluruh siswazah Universiti Malaysia Sabah.

2.2Sejarah Penubuhan Orange Souvenirs Company telah ditubuhkan pada 19hb Januari 2010 yang secara rasminya dirasmikan di perkarangan bangunan Syarikat oleh Cik Dyana Chang. Nama tersebut dipilih kerana ia mewakili kami daripada pelajar Sekolah Sains Sosial dan melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk cenderamata kenangan. Kami menggunakan nama ini kerana ia mempunyai unsur keceriaan dan dapat memberi inspirasi kepada kami. Syarikat kami merupakan syarikat perkongsian antara sepuluh orang rakan kongsi dan akan menawarkan empat jenis produk cenderamata yang sesuai untuk kegunaan para sasaran pasaran kami.. Walaupun terdapat banyak persaingan dalam pasaran, tetapi kami percaya produk yang kami tawarkan adalah yang terbaik dan berkualiti. Alamat perniagaan Orange Souvenirs Company:Orange Souvenir CompanyBeg Berkunci 2073,88999 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.Tel: 017-89810542.1VisiVisi Syarikat kami adalah mengaut keuntungan seiring menjadi syarikat yang kreatif dan berinovasi serta memenuhi kepuasan pelanggan.

2.2MisiMisi syarikat kami adalah menyediakan perkhidmatan yang kreatif dan berkualiti kepada sasaran pasaran syarikat agar dapat memuaskan kepuasan pelanggan serta dapat memaksimumkan keuntungan syarikat.

2.3Objektif Memaksimumkan Keuntungan, meminimumkan kerugian. Menyediakan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Mencetus sifat kreatif dan inovatif di kalangan rakan-rakan kongsi. Memupuk semangat kerjasama antara rakan kongsi.

2.4Moto NOTHING, BUT NEW .

2.5Jenis PerniagaanJenis perniagaan yang kami jalankan adalah berbentuk perkongsian, iaitu seramai sepuluh orang rakan kongsi perniagaan. Setiap ahli menyumbang jumlah modal yang sama iaitu sebanyak RM 20.00 setiap seorang dan segala keuntungan dan kerugiaan yang berlaku dalam syarikat akan dibahasi secara sama rata.3.0PRODUK/ PERKHIDMATAN3.1Produk yang DikeluarkanProduk yang dikeluarkan oleh Orange Souvenirs Company adalah dihasilkan dan diedar sendiri oleh pihak syarikat iaitu produk berbentuk cenderamata kenangan. Antara produk yang ditawarkan ialah Bola Cinta yang mempunyai saiz kecil dan besar, begitu juga dengan produk Bingkai kenangan, Penyeri Bilik dan Bintang Malam.

3.2Keunikkan Produk dan PerkhidmatanSyarikat kami menawarkan produk yang bertemakan cenderamata kenangan yang terdiri daripada empat jenis produk. Melalui pemerhatian kami, produk cenderamata ini mempunyai peluang perniagaan yang luas kerana sesuai dijadikan kenangan kepada para pelajar sebelum tamat pengajian. Antara keunikkan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan ialah boleh dijadikan sebagai tanda kenangan kerana bersifat tahan lama. Ini kerana, kami menggunakan bahan-bahan mentah yang tidak mudah pecah, reput dan rosak dan sesuai menjadi simpanan kenangan untuk jangka masa yang panjang.Selain itu, produk kami juga unik kerana tidak memerlukan modal permulaan yang besar kerana sebahagian bahan mentah menggunakan barang-barang dan yang terbuang. Contohnya, barangan mentah seperti kain perca atau kain lebihan dan majalah Seterusnya, keunikkan produk kami juga boleh dilihat dengan penawaran harga barang yang berpatutan, yang boleh dimiliki oleh semua pelajar dan para kakitangan Universiti Malaysia Sabah serta para pesaing syarikat. Syarikat kami menawarkan barangan pada harga yang rendah kerana kami hanya menggunakan kos pengeluaran yang kecil bagi setiap produk. Keunikkan produk kami juga boleh dijadikan perhiasan oleh setiap pelanggan. Produk tersebut sesuai diletakkan di mana-mana sahaja seperti di perhiasan di bilik atau menjadi penyeri meja di pejabat. Ini kerana, produk yang kami tawarkan kreatif serta berkualiti dari segi pembungkusan dan penyediaannya.4.0PASUKAN PENGURUSAN4.1Profil Pengurusan dan Pengalaman ProfesionalProfil pengurusanPengalaman Profesional

Jawatan & Nama

PengarahSalmiahwati Djafar

TugasBertindak sebagai ketua dalam syarikat, memberi arahan kepada para pekerja agar objektif syarikat dapat dicapai. Beliau juga memastikan perjalanan syarikat berjalan lancar.

KemahiranBerbahasa Inggeris, pengiklanan dan bahagian pengurusan organisasi.

Pengalaman KerjaBekerja di Syarikat Pengiklanan dan Supervisor di Syarikat Industri kraftangan.

Jawatan & Nama

Timbalan PengarahWan Huharniwati Wan MustafaTugasBertindak menggantikan posisi pengarah semasa ketiadaannya dan membantu pengarah dalam memastikan visi, misi dan objektif syarikat tercapai.

KemahiranBerkemahiran berkominasi dan bahagian pengurusan syarikat dan bahagian pemasaran

Pengalaman KerjaOperator Pengeluaran, pembantu taska dan Eksekutif pemasaran syarikat

Jawatan & Nama

Eksekutif KewanganAndi HasnaAndi TamrinTugasBerperanan mengawal dan merancang kewangan syarikat agar berada dalam keadaan yang stabil. Ia juga bertugas membuat laporan kewangan tentang kewangan syarikat.

KemahiranBertutur 3 Bahasa, Kemahiran komputer dan mahir dalam kunci kira-kira.

Pengalaman KerjaPengurus kewangan syarikat hartanah, Cashier dan pegawai Bank.

Jawatan & Nama

Eksekutif pemasaranMalisa IsmailTugasBertanggungjawab merancang strategi pemasaran syarikat iaitu promosibarangan, harga barang, lokasi perniagaan dan produk yang dikeluarkan.

KemahiranKemahiran 3 bahasa dan kemahiran berkomunikasi dan analisis pasaran

Pengalaman KerjaOperator, Cashier, pengurus pemasaran dan jurujual

Jawatan & Nama

Eksekutif PengeluaranNur Shafika OoyobTugasBertanggungjawab memastikan operasi perniagaan berjalan lancar. Ia juga bertindak memantau bahan mentah yang diperlukan dan keseluruhan pengeluaran produk dan penjualannya.

KemahiranKemahiran komputer dan mahir dalam penyeliaan syarikat.

Pengalaman KerjaSyarikat Telekomunikasi, syarikat Insurans, bahagian pengiklanan dan penyelia kilang.

Jawatan & Nama

Eksekutif PerkhidmatanNordiah RosmanTugasPengurus perkhidmatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan semasa proses penjualan dan pembelian.

KemahiranKemahiran berkomunikasi dan pengurusan pelanggan

Pengalaman KerjaPenyelia syarikat, setiausaha syarikat, pengurus bank dan syarikat Insurans

Jawatan & Nama

EksekutifPerancanganSurina Mohd. NorTugasBerperanan dalam mencipta dan melaksanakan strategi perniagaan dalam bidang pemasaran dan bertugas sebagai penganalisis industri.

KemahiranBerkomunikasi, Kemahiran Komputer dan pakar analisis industri

Pengalaman KerjaPenyelia Kilang, pengurus jualan dan operator syarikat telekomunikasi.

Jawatan & Nama

Eksekutif JualanSaridah RosliTugasBertanggungjawab mengawal urusan penjualan produk syarikat dan perlu menyediakan promosi terhadap barangan yang dijual

KemahiranBerkomunikasi, penjualan barangan, pemasaran produk

Pengalaman KerjaJurujual, pengurus kewangan dan penyelia jualan

Jawatan & Nama

EksekutifPembelianHerda HammadeTugasBertanggungjawab dalam pembelian barangan mentah yang digunakan dan mencari pembekal yang menawarkan bahan mentah yang termurah.

KemahiranBerkomunikasi dengan baik, pakar jualan dan pengurusan syarikat

Pengalaman KerjaPromoter DIGI, Cashier,pengurus syarikat pembekal dan syarikat Insurans

Jawatan & Nama

Tugas-tugas KhasNorbahriah SallehTugasBertindak membantu semua pengurusan yang memerlukan pertolongan dalam perlaksanaan tugas syarikat.

KemahiranKemahiran bahasa Melayu dan Inggeris dan cina, kemahiran asas komputer.

Pengalaman KerjaOperator Pengeluaran, Pembantu Pengurus Di Cafe Siber dan setiausaha

4.2Carta Organisasi

5.0ANALISIS INDUSTRI5.1Sasaran PasaranSasaran pasaran syarikat kami terbahagi kepada tiga iaitu pelanggan yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah dan pesaing dari syarikat lain. Pelanggan adalah dikalangan siswa dan siswi serta para kakitangan UMS kerana lokasi perniagaan yang dijalankan di perkarangan Dewan Kuliah Pusat Universiti Malaysia Sabah. Manakala pesaing pula adalah daripada syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam ekspo yang dijalankan dan menawarkan produk yang berbentuk cenderamata kenangan, sama serupa dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Walaupun terdapat ramai pesaing semasa expo di jalankan tetapi ianya bukan menjadi penghalang kepada syarikat kami untuk meneruskan perniagaan. Berikut adalah senarai pesaing syarikat dan bentuk produk yang dipasarkan:BilSyarikatProduk

01Castle CompanyBeg perhiasan

02Cooperation CompanyPenanda Buku, Mug Berhias

03Syarikat Penyeri hatiBunga hiasan, Bingkai gambar, Beg Tangan

5.2Lokasi dan MasaEkspo akan dijalankan di perkarangan Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah. Ekspo berlangsung selama empat hari bermula pada 23 26hb Mac 2010 yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan menjalankan ekspo selama dua hari iaitu dari 23 dan 24hb Mac, yang disertai oleh 80 buah syarikat. Manakala kumpulan kedua berlangsung pada 25 dan 26hb Mac yang turut disertai oleh 80 buah syarikat.

5.3Masalah dan Halangan Dalam SyarikatDalam melaksanakan dan menjayakan perniagaan yang dirancang oleh syarikat, terdapat banyak kekangan dan halangan yang dihadapi. Antaranya ialah kekurangan masa untuk menguruskan perniagaan yang dirancang. Terutamanya dalam penghasilan produk yang ingin dipasarkan, ia memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sesebuah produk kerana, produk yang dihasilkan berasaskan buatan tangan berdasarkan kreativiti rakan-rakan kongsi dan memerlukan penelitian yang tajam.Pihak syarikat juga menghadapi masalah komunikasi diantara rakan kongsi yang mempunyai pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat semasa sumbangsaran tentang produk yang bakal dipasarkan dan cara promosi yang bakal dijalankan. Hal ini berlaku kerana setiap ahli syarikat mempunyai idea dan kreativiti yang tersendiri.

5.4Analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities and Threats)5.4.1Kekuatan Syarikat/StrengthKekuatan Orange Souvenirs Company ialah menawarkan produk cenderamata yang unik dan berkualiti. Keunikan produk yang di hasilkan syarikat akan memudahkan syarikat untuk memasarkan dan menjual produk semasa ekspo dijalankan. Ini kerana, produk yang dikeluarkan mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan produk yang dikeluarkan oleh pesaing. Selain itu, pihak syarikat juga telah menjalankan tempahan awal kepada mana-mana pelanggan yang berminat untuk membeli cenderamata yang dihasilkan oleh syarikat. Tempahan awal yang dijalankan oleh bahagian pemasaran, memberi kelebihan kepada syarikat untuk memasarkan produk lebih awal berbanding dengan syarikat lain.Di samping itu, produk yang ditawarkan oleh pihak syarikat, pada harga yang sangat rendah dan berpatutan. Oleh itu, para pelanggan yang berminat tidak akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk setiap pembelian produk syarikat kami kerana harga produk-produk yang dipasarkan, tidak melebihi daripada RM 8.00. Seterusnya, kelpebagaian warna dan bentuk pada setiap produk juga menjadi salah satu kekuatan bagi Orange Souvenirs Company. Kepelbagaian warna dan rupa produk yang ditawarkan bagi setiap produk, membolehkan para pelanggan bebas membuat pilihan serta mendapat kepuasan daripada produk yang dipasarkan sesuai dengan misi syarikat kami. Kelebihan syarikat juga dapat dilihat dalam aspek penawaran produk syarikat yang tidak hanya memfokuskan kepada satu sasaran sahaja, tetapi produk cenderamata yang dikeluarkan sesuai untuk semua golongan tidak kira wanita mahupun lelaki. Oleh itu, produk boleh dinikmati dan dimiliki oleh semua pelajar dan kakitangan UMS serta para pesaing syarikat.

5.4.2Kelemahan Syarikat/WeaknessDisebalik setiap kekuatan yang dimiliki oleh setiap syarikat, terdapat juga pelbagai kelemahan yang tidak dapat di elakkan. Begitu juga yang dialami oleh syarikat kami. Salah satu kelemahan yang di hadapi oleh syarikat adalah bilangan produk cenderamata yang di pasarkan adalah terhad. Hal ini disebabkan, produk yang dipasarkan di hasilkan adalah melalui hasil tangan ahli-ahli dalam syarikat dan ini menyukarkan kami untuk membuat produk yang terlalu banyak dan pelbagai kerana akan mengambil masa yang lama bagi menyiapkan semua produk.Selain itu, kelemahan dalam syarikat kami adalah kekurangan tenaga pekerja, terutamanya semasa ekspo berlangsung. Ini kerana, berlaku pertindihan jadual kelas antara rakan kongsi dan kesukaran untuk membahagikan masa dengan baik untuk menjaga perniagaan dan ke kuliah. Strategi menjaga gerai secara bergilir-gilir juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan yang ingin mengambil tempahan dan terdapat perbezaan promosi yang dijalankan oleh setiap ahli.

5.4.3Peluang Syarikat/OpportunitiesPeluang perniagaan dikenal pasti, apabila kami merupakan syarikat pertama yang menghasilkan produk yang berbeza daripada syarikat pesaing lain, walaupun sebahagian barangan diperbuat daripada barangan yang terbuang. Produk cenderamata kenangan yang syarikat kami keluarkan, mempunyai pelbagai peluang perniagaan kerana dibuat daripada hasil kreativiti rakan-rakan kongsi dan belum terdapat di mana-mana pasaran, khususnya di kedai-kedai cenderamata.

5.4.4Strategi Mengatasi Kelemahan Syarikat dan Kelebihan Pesaing/ThreatsStrategi perniagaan yang berkesan penting kepada sesebuah syarikat kerana mampu membawa kepada kejayaan syarikat. Ini kerana ramai pesaing yang akan menghasilkan produk yang serupa atau produk pengganti yang lebih baik. Antara strategi yang syarikat kami gunakan seperti memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, melalui hasil kerja produk yang sempurna, mengelakkan sebarang kecacatan pada produk dan menyediakan produk yang dipesan oleh pelanggan tepat pada masanya. Syarikat kami juga akan meminta maklum balas daripada pelanggan terhadap produk kami, untuk memperbaiki lagi perkhidmatan syarikat.Selain itu, syarikat kami juga akan mengadakan promosi yang berterusan dari semasa ke semasa, agar sasaran pasaran dapat mengetahui produk yang syarikat kami hasilkan. Langkah promosi juga dilakukan secara sihat iaitu melalui pujukan dan bersaing secara jujur dengan syarikat pesaing.Seterusnya, syarikat kami juga akan mengadakan tempahan produk lebih awal daripada syarikat pesaing lain untuk mengurangkan persaingan. Kami akan berusaha memenuhi kehendak pelanggan seperti yang diminta dan menyiapkan produk yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan.

6.0 PELAN PEMASARAN6.1 Strategi pemasaranKejayaan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada strategi pemasaran yang baik terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Strategi yang digunakan ialah campuran pemasaran iaitu Produk, Harga, Promosi dan Tempat.

6.1.1Harga ProdukHarga yang ditetapkan pada setiap produk yang dihasilkan adalah berpatutan sesuai dengan pendapatan sasaran pasaran kami. Harga ditetapkan berdasarkan kepada modal serta keuntungan yang ingin dicapai.Produk Harga

Bola Cinta

Mengikut saiz Kecil RM 1.00 Besar RM 1.50

Bingkai Kenangan

Mengikut Saiz Kecil RM 5.00 Besar RM 8.00

Bintang Malam

RM 1.50

Penyeri Bilik

RM 1.50

7.1.2Produk dan Perkhidmatan yang DitawarkanSyarikat kami menawarkan produk berbentuk cenderamata kenangan yang sebahagian produk dihasilkan melalui barangan terbuang yang mempunyai keunikkan dan nilai komersial yang tersendiri. Kesemua produk dihasilkan sendiri oleh rakan kongsi syarikat. Produk yang ditawarkan mempunyai kualiti yang bermutu dan dapat memuaskan hati para pelanggan. Antara barangan yang dihasilkan: Bola Cinta Bingkai kenangan Penyeri Bilik Bintang Malam

7.1.3Lokasi perniagaanBarangan yang dihasilkan akan dijual pada Ekspo Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) yang akan diadakan pada 23 mac hingga 26 mac 2010 dan akan berlangsung selama dua hari bagi setiap syarikat di perkarangan Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah. Selain itu, pada hari tersebut, para pelanggan yang telah membuat tempahan awal boleh datang ke gerai dan mengambil barang tempahan mereka yang telah siap.

7.1.4Strategi Pemasaran dan PromosiSyarikat kami telah mengadakan pelbagai strategi promosi, antaranya ialah pengiklanan melalui media cetak dan media elektronik, jualan langsung, promosi jualan dan publisiti. Pengiklanan melalui media cetak ialah penampalan poster di setiap papan kenyataan yang ada di sekitar Universiti Malaysia Sabah. Manakala dari segi media elektronik adalah pengiklanan melalui Facebook. Semua ahli syarikat mempromosikan produk di setiap laman web facebook mereka dengan meletakkan poster barangan yang dijual oleh syarikat.Seterusnya, kaedah jualan langsung iaitu setiap ahli dalam syarikat akan menjalankan perniagaan secara bersemuka dengan pelanggan dengan menyediakan borang tempahan barangan untuk memudahkan promosi yang dijalankan. Jualan persendirian dijalankan di setiap kampung A, B, C, D, E, IP dan KF dari bilik ke bilik serta dari kelas ke kelas.Selain itu, promosi juga boleh dijalankan melalui publisiti dengan menunjukkan pameran barangan melalui cetakan seperti pengedaran flyers kepada setiap pelajar dan kakitangan UMS serta para pesaing syarikat. Selain itu, syarikat kami juga mengadakan pengumuman dari kelas ke kelas sebagai publisiti perniagaan.

7.0PELAN OPERASI7.1 Carta Proses Pengeluaran

Pembekal bahan Mentah

Pemasangan dan pembungkusan

Produk

Bola CintaBintang MalamBingkai KenanganPenyeri Bilik

Produk

Para Pelajar UMSPesaing SyarikatPara kakitangan UMS

7.2 Rangkaian Pembekal Bahan MentahOrange Sorvenirs Company mendapatkan bekalan bahan mentah yang diperlukan daripada pelbagai pembekal yang memenuhi keperluan syarikatPerkaraPembekal

Kain PercaKedai Jahit Rozie

Majalah lamaRakan-rakan dan masyarakat

Benang, benang kaitOne Stop Centre

Papan LapisMasyarakat dan Chan Timber Company

Plastik lut sinar, reben kad manila, pen warna, double-tape, gamKinabalu Stationery

Paku, pinggan kertas, gantung besiGiant Superstore

7.3 KelengkapanAntara alatan kelengkapan yang digunakan seperti Pemotong papan lapis / gergaji - memotong papan lapis menjadi bentuk segi empat. Alat cetakan - mencetak gambar dan hiasan Gunting mengunting plastik lut sinar Tukul besi menukul paku

7.4 Pembekal Tenaga KerjaTiada pembekal tenaga kerja yang diperlukan kerana setiap produk yang dipasarkan dihasilkan sendiri oleh rakan kongsi syarikat, tanpa mengupah sebarang pekerja.

8.0PELAN KEWANGAN8.1Sumber KewanganSumber kewangan syarikat diperolehi melalui modal daripada sepuluh orang rakan kongsi. Setiap orang menyumbang sebanyak RM 20.00 untuk modal permulaan dan proses pengeluaran. Keseluruhan modal berjumlah sebanyak RM 500.00 RM 25.0010 orang= RM 250.00

8.2Anggaran Jualan SyarikatAnggaran untuk hari pertama jualan:ProdukJumlah Anggaran (Unit)Harga Jualan (RM)

Bola Cinta

Saiz Kecil = RM 1.0020RM 20.00

Saiz Besar = RM 1.5030RM 45.00

Bingkai Kenangan

Saiz Kecil = RM 5.0015RM 75.00

Saiz Besar = RM 8.0010RM 80.00

Bintang Malam

Setiap Satu = Rm 1.506RM 9.00

Penyeri Bilik

Setiap Satu = RM 1.506RM 9.00

Jumlah Jualan (Total)RM 238.00

Anggaran untuk hari kedua jualan:ProdukJumlah Anggaran (Unit)Harga Jualan (RM)

Bola Cinta

Saiz Kecil = RM 1.0030RM 30.00

Saiz Besar = RM 1.5020RM 30.00

Bingkai Kenangan

Saiz Kecil = RM 5.005RM 25.00

Saiz Besar = RM 8.0020RM 160.00

Bintang Malam

Setiap Satu = Rm 1.504RM 6.00

Penyeri Bilik

Setiap Satu = RM 1.504RM 6.00

Jumlah Jualan (Total)RM 257.00

Anggaran untuk dua hari ekspo:Hari JualanHarga Jualan

Hari PertamaRM 238.00

Hari KeduaRM 257.00

TotalRM 495.00

8.3Anggaran PerbelanjaanAnggaran Perbelanjaan daripada Kos pengeluaran:BahanHarga Seunit (RM)UnitJumlah (RM)

Bola Cinta

Benang kait2.502665.00

Kad manila0.5042.00

Gantung Besi0.7010070.00

Bingkai Kenangan

Double tape3.0026.00

Paku4.001040.00

Papan Lapis8.00216.00

Benang5.00210.00

Gam1.0011.00

Plastik lut sinar Bercorak 0.604024.00

Bintang Malam

Plastik lut sinar0.5073.50

Reben1.0011.00

Soletape0.7010.70

Penyeri Bilik

Pinggan kertas3.0016.00

Reben1.0022.00

Jumlah PerbelanjaanRM 247.20

8.4Anggaran Keuntungan Jumlah Jualan - Jumlah perbelanjaan = KeuntunganRM 495.00 -RM 247.20 =RM 247.80

Keuntungan - Kos Promosi = KeuntunganRM 247.80 -RM 30.00 = RM 217.80 Peratus KeuntunganRM 217.80 100 =88.11 %RM 247.20

9.0 RISIKO KRITIKAL YANG MUNGKIN WUJUDSeorang usahawan yang berjaya mesti berani menangung risiko yang mungkin wujud dalam perniagaan yang dirancang. Antara risiko yang mungkin wujud adalah keadaan cuaca. Risiko yang wujud berkaitan cuaca adalah sekiranya hari tersebut hujan menyebabkan pelanggan tidak dapat membeli produk yang dijual dan menyebabkan pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian.Selain itu, risiko juga datang daripada pesaing syarikat iaitu wujudnya persaingan dalam perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dalam hal ini, saingan yang mungkin wujud dari luar mahupun dalam kawasan perniagaan adalah apabila syarikat lain turut menjual produk yang serupa atau hampir-hampir serupa dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat.Seterusnya ialah perubahan citarasa pengguna. Citarasa pengguna sentiasa berubah mengikut peredaran waktu dan risiko ini dianggap kritikal apabila citarasa pengguna terhadap produk yang dikeluarkan tidak menepati kehendak dan keperluan pengguna.

Risiko juga wujud apabila berlaku Harta intelek diciplak. Risiko untuk pihak atau syarikat lain menciplak harta intelek juga dikatakan antara risiko yang kritikal. Produk yang dihasilkan pihak lain juga mungkin tidak berkualiti.

10.0RUJUKANN. N. 2007. Asas Pembudayaan dan Keusahawanan. Kedah: Universiti Utara MalaysiaN. N. 2007. Fundamentals of Entrepreneurship. Selangor: Pearson Prentice-Hall.Blawatt, R. Ken. 1998. Entrepreneurship: Process and Management. Canada: Prentice-Hall Canada Inc.Hee, Chee. Hoe. et.al. 2005. Asas keusahawanan. Singapore: Thomson Learning. Kuratko, F. Donald & Welsh, P. Harold. 1994. Entrepreneurial Strategy: Text and Cases. Unites States of America: Harcourt Brace & Company. Zafir Mohd. Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. 2003. Menjadi Usahawan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

11.0LAMPIRAN11.1Resume Pasukan Pengurusan PengarahNama: Salmiahwati Binti DjafarUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 01 11 - 1988IC. No: 881101-49-5202Bangsa: BugisAlamat: Sandakan, sabahNo.Tel:017-8981054Email:[email protected] Belakang Akademik:Major: Sejarah (HA24)PNGK: 3.57STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum dan Jawatan : AktivitiJawatan

Persatuan SekolahSetiausaha

Ketua TingkatanKetua Tingkatan

St. JohnPengerusi

Timbalan PengarahNama: Wan Juharniwati Bt Wan MustafaUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 27 Jun 1988IC. No: 880627-06-6088Bangsa: MelayuAlamat: A-83 Felda Jengka Satu, 26400 Bandar Jengka, Pahang No.Tel:017-8138626Email:[email protected]

Latar belakang Akademik:Major: Sosiologi dan Antropologi SosialPNGK: 3.00STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan: AktivitiJawatan

kelasPenolong kelas

PERTINAAjk agama

Rumah sukanSetiausaha

Eksekutif KewanganNama: Andi Hasna Binti Andi TamrinUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 17 Disember 1988IC. No: 88121711 - 11 - 5056Bangsa: MelayuAlamat: Kg, Taman Hijrah, Bari Besar, 21010, Setiu TerengganuNo.Tel: 013 5503516Emai: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: SejarahPNGK: 3.50STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

Pengawas PerpustakaanBendahari

Puteri IslamBendahari

Kelab Sejarah SekolahAjk

Eksekutif PemasaranNama: Malisa Binti IsmailUmur: 22 Tahun Tarikh Lahir: 6 November 1988IC. No: 881106-01-5474Bangsa: MelayuAlamat: No 11 Jalan Laksamana 5, Bandar Tenggara, 81000 Kulai, JohorNo.Tel: 013-7662643 / 012-8335380Email: [email protected]/.my

Latar Belakang Akademik:Major: Sosiologi dan Antropologi SosialPNGK: 2.82STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

Pengawas Pusat SumberBendahari

Persatuan Tingkatan EnamTimbalan Bendahari

Persatuan Bahasa MelayuPengerusi

Eksekutif OperasiNama: Nur Shafikaa Binti OoyobUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 12 September 1988Bangsa: MelayuAlamat: 84 Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 86000 Kluang JohorNo.Tel: 017-7989727Email: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: Ha24 SejarahPNGK: 2.81STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan :AktivitiJawatan

Badan PengawasPengawas

PBSMAjk Tingkatan 6

Kursus Asas KeusahawananPeserta

Eksekutif PerkhidmatanNama: Nordiah Binti RosmanUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 18 Febuari 1988IC. No: 880218-49-5252Bangsa: BajauAlamat: No. 83 Fasa 3, Perumahan Laya-Laya Tuaran, SabahNo.Tel: 019 804 1641Email: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: Sosiologi dan Antropologi SosialPNGK: 3.00STPM/Matrikulasi/Diploma:STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan: AktivitiJawatan

Pengawas Pusat Sumber SekolahBendahari

PengakapKetua Petrol

Persatuan Sains Dan MatematikTimbalan Setiausaha

Kelab Bola JaringPengerusi

Eksekutif RancanganMaklumat Peribadi:Nama: Surina Binti Mohd NorUmur: 22 TahunTarikh Lahir: 24 Jun 1988IC. No: 880624-03-6174Bangsa: MelayuAlamat: No 17, Kampung Serdang,Kubang Sepat, 17000,Pasir Mas,No.Tel: 013-5443177Email: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: Sosiologi dan Antropologi SosialPNGK: 3.00STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

PengawasSetiausaha Kekemasan Diri

Eksekutif JualanMaklumat peribadi:Nama: Saridah Binti RosliUmur: 22 Tahun Tarikh Lahir: 4 11 - 1988IC. No: 881104 12 - 5540Bangsa: BajauAlamat: Sandakan SabahNo.Tel: 019-8867329Email: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: Antropologi dan Sosiologi SosialPNGK: 2.98STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

Kadet Remaja SekolahSetiausaha

PengawasBadan Pengawas

Eksekutif PembelianNama: Herda Binti HammadeUmur: 23 TahunTarikh Lahir: 29 Mac 1987IC. No: 870329-49-5854Bangsa: BugisAlamat: Kg.Mangga Nasip Kita,P/s 60647,91000 Tawau,Sabah.No.Tel: 016-8056796Email:[email protected] Belakang Akademik:Major: Antropologi dan SosiologiPNGK: 3.00STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

PBSMKebajikan

Pembimbing Rakan SebayaExco Akademik

Tugas-tugas KhasNama: Norbahriah binti SallehUmur: 22 tahunTarikh Lahir: 16 Jun 1988IC. No: 880606-07-5210Bangsa: Melayu Alamat: Tasek Gelugor, Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang. No.Tel: 013-4067679Email: [email protected]

Latar Belakang Akademik:Major: Sosiologi dan Antropologi SosialPNGK: 3.16STPM/Matrikulasi/Diploma: STPM

Aktiviti Kokurikulum & Jawatan:AktivitiJawatan

Tingkatan 6 Bawah Dan AtasPenolong Ketua Pengawas Sekolah

Tingakatan 6 Bawah Dan AtasSetiausaha Persatuan Ting. 6

Pembimbing Rakan SebayaMewakili Sekolah Ke Peringkat Daerah