pks/sip/208/275/30(55) perkeso pertubuhan keselamatan ... panduan... · garis panduan pelaksanaan...

12
PKS/SIP/208/275/30(55) PERKESO PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUBSIDI UPAH DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN TAMBAHAN) PENDAHULUAN 1.1 Garis panduan ini bertujuan memaklumkan mengenai prosedurpelaksanaan Program Subsidi Upah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihalin Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN). LATAR BELAKANG 2.1. Program Subsidi Upah telah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. YAB Perdana Monter' sekali lagitelah membuat pengu mu man di bawah pakej PRIHATIN TAMBAHAN pada 6 April 2020 bagi langkah penambahbaikan kepada Program Subsidi Upah bagi setiap pekerja dengan kadar RM600, RM800 dan RM1,200 mengikutsyarat-syarat berikut: 0) Majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, su bsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang terhad kepada 200 orang pekerja. 1

Upload: others

Post on 24-May-2020

38 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PKS/SIP/208/275/30(55)

PERKESO

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUBSIDI UPAH DI

BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

(PRIHATIN TAMBAHAN)

PENDAHULUAN

1.1

Garis panduan ini bertujuan memaklumkan mengenai prosedurpelaksanaan

Program Subsidi Upah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihalin

Rakyat (PRIHATIN TAMBAHAN).

LATAR BELAKANG

2.1. Program Subsidi Upah telah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan

Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana

Menteri pada 27 Mac 2020 untuk membantu majikan mengekalkan pekerja.

YAB Perdana Monter' sekali lagitelah membuat pengu mu man di bawah pakej

PRIHATIN TAMBAHAN pada 6 April 2020 bagi langkah penambahbaikan

kepada Program Subsidi Upah bagi setiap pekerja dengan kadar RM600,

RM800 dan RM1,200 mengikutsyarat-syarat berikut:

0)

Majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, su bsidi

upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang terhad kepada 200

orang pekerja.

1

PKS/SIP/208/275/30(55)

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200

orang, subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja terh ad kepada

200 orang pekerja.

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang dan

ke bawah, subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja terhad

kepada 75 orang pekerja.

2.2. Bantuan selama 3 bulan in i dikhususkan untuk majikan yang berdaftardengan

PERKESO yang mempunyai pekerja tempatan yang berpendapatan bulanan

RM4,000 dan ke bawah. Diharap dengan Program Subsidi Upah ini akan

dapat membantu lebih ramai majikan dan pekerja.

OBJEKTIF

3.1 Program Subsidi Upah adalah subsidi upah yang dibayar kepada majikan

bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah bagi

setiap perusahaan untuk tempoh 3 bu Ian sahaja.

3.2 Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan

dad segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi

syarikat sena men gelakkan pekerja h Hang pekerjaan dan punca pen dapatan.

PEMAKAIAN

4.1 Program Subsidi Upah meIiputi majikan sektor swasta yang mempunyai

pekerja tempatan yang berdaftar dengan PERKESO.

4.2 Syarat-syarat kelayakan majikan adalah mengikut jumlah pekerja yang

digajikan seperti di Jadual 1 berikut:

2

PKS/S1P/208/275/30(55)

JADUAL 1: PROGRAM SUBSIDI UPAH PRIHATIN TAMBAHAN

Saiz 75 orang pekerja

Perusahaan dan ke bawah 76 hingga 200 orang

pekerja

201 orang pekerja dan ke atas (lebih

200 orang)

a) Bantuan RM 1,200 sebulan Kewangan setiap pekerja

RM800 sebulan setiap pekerja

RM600 sebulan setiap pekerja

b) Had Bilang Pekerja yan Boleh , Dituntut

75 orang 200 orang 200 orang

c) Tempoh Bantuan

3 bulan 3 bulan 3 bulan

d) Syarat-Syarat Kelayakan:

Kadar Penurunan Pendapatan atau Jualan

Tiada syarat ditetapkan

Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya

Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya

Pendaftaran Majikan

or

Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya (SSM - Companies Commission of Malaysia) Berkuasa Tern patan (PBT) sebelum 1 Januari Majikan hendaklah mula beroperasi sebelum

atau mencarum

Syarikat Malaysia atau Pihak

2020. 1 Januari 2020.

Gaji Pekerja Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah

Syarat-Syarat

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka, tidak memotong gaji ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gap

Lain sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

e) Tarikh Kuatkuasa

Bermula 1 April 2020

f) Cara Permohoai

Permohonan hendaklah capaian laman sesawang 2020

dikemukakan oleh majikan melalui prihatin.perkeso.qov.my mulai 9 April

3

PKS/SIP/208/275/30(55)

Saiz Perusahaan

75 orang pekerja dan ke bawah

76 hingga 200 orang pekerja

201 orang pekerja dan keatas (lebih

200 orang)

Tarikh Akhir Permohonan

15 September 2020 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan

Kaedah Bayaran subsidi upah akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dan i tarikh kelulusan

4.3 Bagi majikan yang menggajikan pekerja seramai 76 orang dan lebih adalah

tertakluk kepada syarat kadar pen urunan sebanyak 50% atau lebih daripada

jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Jan u ari 2020 atau

bulan-bulan berikutnya.

4.4 Program Subsidi Upah adalah bagi majikan yang menggajikan pekerja yang

berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bantuan Program Subsidi

Upah adalah selama 3 bulan bagi majikan dan pekerja yang telah berdaftar

dengan PERKESO sebelum 1 April 2020. Majikan hendaklah berdaftar

dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2020.

4.5 Program Subsidi Upah tidak meliputi majikan yang berdaftar dengan

Su ru hanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau PBT pada atau selepas 1 Jan uari

2020. Termasuk pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja sektor awam,

badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang

diasingkan saraan, PBT, mereka yang bekerja sendiri (tidak mennpunyai

majikan) termasuk freelancers dan pekerja asing serta pegawai dagang

(expatriates).

4.6 Majikan yang menerima bantuan Program Subsidi Upah disyaratkan untuk

mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya u ntuktempoh 6 bu Ian iaitu

dalam tempoh 3 bulan semasa menerima bayaran subsidi upah dan untuk 3

bulan selepas itu.

4

PKS/S1P/208/275/30(55)

Syarat Kelayakan Bayaran dan Tempoh Layak

4.7 Permohonan Program Subsidi Upah yang telah diluluskan oleh PERKESO

layak menerima bayaran Program Subsidi Upah untuk tempoh maksimum 3

bulan mengikutsyarat-syarat berikut:

Majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, su bsidi

upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang terhad kepada 200

orang pekerja.

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200

orang, subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja terhad

kepada 200 orang pekerja.

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang dan

ke bawah, subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja terhad

kepada 75 orang pekerja.

Majikan yang menerima bantuan Program Subsidi Upah disyaratkan

tidak boleh membuang pekerja yang berpendapatan RM4,000 sebulan

dan ke bawah, tidak boleh memotong gaji dan mengarahkan pekerja

mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh 3 bulan semasa menerima

bayaran subsidi upah dan untuk 3 bulan selepas itu .

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan Program Subsidi

Upah beserta senarai pekerja yang terlibat dan Akuan Pen gisytiharan

Pendapatan PSU50. Bagi majikan yang mempunyai pekerja seramai

76 orang atau lebih hendaklah mengemukakan bukti atau dokumen

sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang

menunjukkan penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah

jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau

bulan-bulan berikutnya.

5

PKS/SIP/208/275/30(55)

Sekiranya terdapat perubahan senarai pekerja atau status pemiagaan,

majikan dikehendaki untuk melaporkan perubahan tersebut kepada

PERKESO sebelum menerima bayaran subsidi upah bagi bulan

berikutnya. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut

boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Majikan hendaklah membayar caruman PERKESO dan SIP seperli

biasa semasa dan selepas men erima bayaran daripada Program

Subsidi Upah sebagaimana gaji sebenar pekerja dibayar pada setiap

bulan.

Majikan yang telah menerima bantu an Program Pengekalan Pekerjaan

(ERP) sebelum in i juga boleh membuat permohonan Program Subsidi

Upah mengikutsyarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti

di perenggan 4.1 hingga perenggan 4.7.

Tatacara Permohonan

4.8 Majikan hendaklah mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah di

capaian laman sesawang prihatin.perkeso.qov.mv dengan mengemukakan

doku men -doku men berikut:

Senarai maklumat pekerja mengikut had kelayakan jumlah pekerja —

hendaklah menggunakan format Microsoft Excel yang disediakan

sahaja;

Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank

sahaja);

Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh

majikan ketika pembukaan akaun bank;

Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/Pihak Berkuasa Perkhidmatan

Professional, Saintifik atau Teknikal/Lesen Fern iagaan;

6

PKS/SP/208/275/30(55)

Akuan Pengisytiharan PSU50; dan

"Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan

yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen yang

berkaitan.

"D o k u me n sokonqan diperlukan baqi perusahaan vanq

mempunvai pekeria seramai 76 prang atau lebih sahaja.

5. MEKANISMA BAYARAN DAN MEMPERAKAUNKAN TRANSAKSI BAYARAN

PROGRAM SUBSIDI UPAH

5.1 Pelaksanaan bayaran Program Su bsidi Upah bagitempoh maksimum 3 bulan

adalah mengikut kadar bayaran RM600, RM800 dan RM1,200 mengikut

syarat-syarat berikut:

( ) Majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi

upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang terhad kepada 200

orang pekerja.

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200

orang, subsidi upah sebanyakRM800 bagi setiap pekerja terhad kepada

200 orang pekerja.

Majikan yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang dan

ke bawah, subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja terhad

kepada 75 orang pekerja.

5.2 Pelaksanaan bayaran Program Su bsidi Upah seperti di perenggan 5.1 adalah

secara berpusat di Bahagian Kewangan, lbu Pejabat PERKESO menerusi

Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun majikan dengan pengesyoran teratur

untuk bayaran oleh Pegawai PERKESO.

7

PKS/SIP/208/275/30(55)

5.3 Pengesyoran teratur untuk bayaran Program Subsidi Upah dilaksanakan

setelah Pegawai PERKESO berpu as hati bahawapermohonan majikan telah

memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana di perenggan 4.8.

5.4 Pengesyoran bayaran Program Subsidi Upah oleh Pegawai PERKESO ini

akan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat PERKESO

melalui alamat e-mel: [email protected] bagi tujuan bayaran

secara EFT.

5.5 Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan, Ibu

Pejabat PERKESO adalah seperti berikut:

Maklu mat bayaran kepada majikan-majikan berdasarkan Borang Bayaran

Program Subsidi Upah menggunakan format Microsoft Excel (Lampiran

2)

Borang Bayaran Program Subsidi Upah termasuk senarai tambahan

menggunakan format Microsoft Excel

Salinan Penyata Akaun Bank Majikan beserta No. Pendaftaran Maiikan

(ID Pengenalan Bank)

5.6 Pegawai di Bahagian Kewangan akan menjana text file bagi bayaran Program

Subsidi Upah berkenaan yang dihantar oleh Pegawai PERKESO menerusi e-

mel atau workbasket bagi memperakaunkan transaksi bayaran di Sistem

Perakau nan SAGA sebelum pemprosesan bayaran dilaksanakan secara EFT

menerusi platform Maybank2e.

5.7 Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Pegawai PERKESO untuk

memastikan setiap permohonan tuntutan bayaran Program Subsidi Upah

yang diterima daripada majikan perlu disertakan dengan nomborakaun bank

dan No. ID pengenalan bank majikan bagi membolehkan pelaksanaan

8

PKS/S IP/208/275/30(55)

bayaran EFT secara berpusat oleh Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat

PERKESO berjalan dengan lancar.

PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN

6.1 PERKESO boleh menggantung (suspend) jika terdapat alasan yang

mu nasabah untuk mempercayai bahawa majikan telah mengemukakan butir-

butir, dokumen atau penyata yang palsu, tidak benar atau tidak tepat pada

masa tuntutan atau dalam masa menerima bayaran Program Subsidi Upah.

6.2 PERKESO hendaklah menjalankan suatu siasatan berkenaan dengan

penggantungan tersebut. Sekiranya didapati majikan tidak melakukan

sebarang kesalahan, bayaran Program Subsidi Upah yang digantung

hendaklah disambung semula serta-merta. Sekiranya terdapat pemalsuan

atau maklu mat tidak benar atau tidak tepat yang dikemukakan, bayaran

Program Subsidi Upah ditamatkan serta merta.

KUASA MELULUS

7.1 Ku asa bagi meluluskan permohonan Program Subsidi Upah adalah tertakluk

kepada kuasa memperakui dan meluluskan tuntutan faedah oleh Pegawai

PERKESO mengikut kuasa melulus yang terpakai.

7.2 Kuasa dan had kuasa bagi melulus baucar bayaran, kuasa men erima wang,

kuasa menyediakan dan membatalkan resit rasmi bagi Ibu Pejabat, Pejabat

Negeri dan Pejabat PERKESO di bawah Akta 4 adalah turut terpakai bagi

pelaksanaan bayaran Program Subsidi Upah serta hendaklah mengikut

proses dan prosedur kewangan yang sedia ada. Sebarang perubahan pada

kuasa dan had kuasa sedia ada bagi menyesuaikannya dengan pelaksanaan

bayaran Program Subsidi Upah akan dibuatpindaan dan i semasa ke semasa,

sekiranya perlu.

9

PKS/SIP/208/275/30(55)

8. KEMUSYKILAN

8.1 Sebarang kemusykilan boleh dirujuk kepada Ketua Pejabat SIP, Pejabat SIP,

Ibu Pejabat SIP Putrajaya bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan

Program Subsidi Upah.

8.2 Berkaitan dengan pengurusan pembayaran Program Su bsidi Upah, sebarang

kemusykilan boleh merujuk kepada Ketua Cawangan Kewangan SIP,

Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat PERKESO.

9. TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 April 2020 dan tertakluk kepada

pindaan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Den gan berkuatkuasanya Garis Panduan PKS/SIP/208/275/30(55)bertarikh 9 April

2020, maka Garis Panduan PKS/SIP/208/275/30(54) bertarikh 1 April 2020 adalah

terbatal secara serta merta.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATO DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED)

Ketua Eks utif

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Tarikh: 9 April 2020

10

Prihatin

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT 2020 PROGRAM SUBSIDI UPAH

AKUAN PENGISYTIHARAN PSU50

Saya, (nama) No. KIP: Yang beralamat di

Dengan sesungguhnya mengisytiharkan dan menyatakan seperti berikut:

Saya adalah majikan / wakil majikan* (potong yang mana berkenaan), atas nama perusahaan dan No. Kod Majikan adalah berkuasa dan diberi kuasa untuk membuat Akuan Pengisytiharan PSU50 ini.

Saya mengaku janji bahawa majikan di atas:

2.1 Telah mengalami kadar penurunan sebanyak lima puluh peratus (50%) atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya (bagi perusahaan yang mempunyai keseluruhan pekerja seramai 76 orang pekerja dan ke atas);

2.2 Telah dan akan membayar gaji pekerja-pekerja yang terlibat di dalam Program Subsidi Upah (PSU) serta tidak akan menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempoh PSU dan tiga bulan selepasnya;

2.3 Akan mengemaskini sekiranya berlaku sebarang perubahan ke atas status perniagaan atau bilangan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dalam tempoh PSU ini;

2.4 Telah dan akan berdaftar bagi perusahaan dan pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] dalam ternpoh PSU ini;

2.5 Tidak akan mem bayar bantuan PSU kepada mana-mana pekerja asing yang digaji oleh majikan; dan

2.6 Akan mengemukakan apa-apa dokumen yang dim inta oleh PERKESO berkait dengan perkara dalam perenggan 2.1 sehingga 2.4 di atas.

Saya mem buat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar dan betul. Saya sesungguhnya faham sekiranya apa-apa maklumat yang saya berikan atau pengesahan akuan ini adalah tidak benar, tidak betul atau palsu, saya boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang.

Akuan Pengisytiharan PSU50 dibuat oleh (nama) dan diikrarkan pada (tarikh) seperti mana tandatangan di bawah.

Tandatangan • Cop Majikan :

LETTERHEAD SYARIKAT

Ketua Pejabat Sistem lnsurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial

PENGESAHAN MAKLUMAT BUSINESS REGISTRATION NUMBER (BRN) YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BANK UNTUK PEMBAYARAN BANTUAN KEWANGAN BAGI PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

Semakan dengan pihak bank syarikat mendapati nnaklumat Business Registration Number (BRN) syarikat yang didaftarkan ketika pembukaan Akaun Bank syarikat adalah seperti berikut:-

Business Registration Number (BRN)

Sekian, terima kasih.

Nama :

(Pengarah Syarikat atau Orang Yang Diberi Kuasa Bagi Men gurus Hal Ehwal Kewangan Syarikat)

No. Telefon :

Alamat emel :