program permata prihatin: pusat jagaan dan …€¦ · program permata prihatin: pusat jagaan dan...

12
PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai 28 pelajar Program ASASIpintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai Program PERMATA Prihatin di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Program khidmat sosial masyarakat ini yang membawa konsep ‘give back’ kepada warga Malaysia yang memerlukan perhatian bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada anak-anak PERMATA untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat selain merasai keperitan golongan lemah. Peserta program ini dari ASASIpintar telah diarahkan untuk berkumpul di kafeteria Kolej Keris Mas (KKM) pada pukul 7.45 pagi. Diiringi oleh Puan Siti Noor Diana Mohd Kamaruddin, Penyelaras Hal Ehwal Murid ASASIpintar, kami telah menaiki bas menuju ke destinasi kami, iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada pukul 8.15 pagi. Kami juga telah diberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan di pusat tersebut oleh Puan Siti Noor Diana. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Pengarah PERMATApintar Negara, Dr. Azizah Mohd Zahidi, Ketua Unit ASASIpintar UKM, Puan Rozlina Tan Abdullah, Pensyarah Program ASASIpintar UKM dan Dr. Rorlinda Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PERMATApintar Negara akan bersama kami bagi aktiviti tersebut di pusat kemudian.

Upload: others

Post on 17-Aug-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN

ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG

Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai 28 pelajar Program ASASIpintar, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai Program PERMATA Prihatin di Pusat

Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Program khidmat sosial masyarakat ini yang

membawa konsep ‘give back’ kepada warga Malaysia yang memerlukan perhatian

bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada anak-anak PERMATA untuk

memberi khidmat bakti kepada masyarakat selain merasai keperitan golongan lemah.

Peserta program ini dari ASASIpintar telah diarahkan untuk berkumpul di

kafeteria Kolej Keris Mas (KKM) pada pukul 7.45 pagi. Diiringi oleh Puan Siti Noor

Diana Mohd Kamaruddin, Penyelaras Hal Ehwal Murid ASASIpintar, kami telah menaiki

bas menuju ke destinasi kami, iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada

pukul 8.15 pagi. Kami juga telah diberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan

di pusat tersebut oleh Puan Siti Noor Diana. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak,

Pengarah PERMATApintar Negara, Dr. Azizah Mohd Zahidi, Ketua Unit ASASIpintar

UKM, Puan Rozlina Tan Abdullah, Pensyarah Program ASASIpintar UKM dan Dr.

Rorlinda Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PERMATApintar Negara akan

bersama kami bagi aktiviti tersebut di pusat kemudian.

Page 2: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Para Peserta Program PERMATA Prihatin ASASIpintar

Perjalanan mengambila masa selama 45 minit untuk sampai di pusat tersebut.

Kami bersarapan setibanya di situ. Program yang dianjurkan oleh Datin Seri Rosmah

Mansor selaku penaung Program PERMATA Negara ini juga disertai oleh peserta-

peserta lain dari program PERMATA yang lain seperti PERMATA Seni, PERMATA

Insan, PERKASA Remaja dan PERMATA Kurnia. Kami diminta untuk berkumpul untuk

pembahagian kerja. Kerja utama kami pada hari tersebut adalah untuk membersihkan

kawasan dalaman pusat itu.

Di hadapan pusat jagaan dan rawatan orang tua al-ikhlas

Page 3: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Kerja-kerja kami adalah untuk menyapu dan megemop lantai, membersihkan

tandas, membersihkan tingkap, mengelap tingkap, memasang langsir, megelap perabot

serta membersihkan bilik stor. Kebanyakan pelajar lelaki ditugaskan untuk

membersihkan bilik stor disebabkan aktiviti seperti mengangkat barang-barangan,

memindahkannya dari tempat ke tempat, menaik turun tangga amat memerlukan

kekuatan fizikal lebih. Selepas kami memperoleh alat-alat pembersihan, kami pun mulai

menjalankan tugas kami pada hari tersebut.

Pelajar sedang mengemop lantai.

Page 4: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Pelajar sedang menguruskan barang-barang di bilik stor.

Pelajar menyusun barang-barang di bilik stor.

Page 5: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Pelajar membersihkan meja.

Pelajar di dalam bilik stor.

Page 6: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Sebahagian pelajar yang telah menghabiskan tugasan dengan cepat sempat untuk

berinteraksi dengan warga emas di situ. Melalui perbualan antara kami dengan mereka,

kami mendengar cerita anak yang tidak menunaikan amanah mereka sebagai anak dengan

meninggalkan ibu bapa di pusat itu; kami merasai penderitaan mereka yang menghidapi

penyakit; kami memperoleh nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa

depan dan taat setia kepada ibu bapa. Setibanya waktu makan tengah hari dan kami

mehidangkan makanan kepada mereka. Oleh sebab sesetengah daripada mereka pernah

mengalami strok menghadapi masalah semasa makan, kami menolong dengan

menyuapkan mereka. Kami juga mengurut badan mereka yang lumpuh dan tidak

berupaya untuk bangun dari katil.

Pelajar bergambar dengan warga emas.

Page 7: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Pelajar menyuapkan makanan kepada warga emas.

Puan Siti Noor Diana berinteraksi dengan salah seorang warga emas.

Page 8: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Dr Rorlinda mengurut kaki seorang warga emas.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor

bersama beberapa orang artis tempatan ke pusat tersebut. Beliau telah berinteraksi dengan

warga emas selain memberi dermaan kepada mereka. Baju Melayu dan baju kurung telah

dihadiahkan kepada mereka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Satu

sambutan hari jadi pun telah dijalankan bagi mereka yang lahir pada bulan Mei dan Jun.

Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi warga emas.

Page 9: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Datin Seri Rosmah Mansor memberi dermaan raya.

Prof Datuk Dr Noriah Ishak bersama artis tempatan.

Page 10: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Setelah makan tengah hari, beberapa orang dalam kalangan kami berkumpul

untuk melakukan kerja terakhir pada hari tersebut, iaitu melukis mural. Kami telah

melukis logo PERMATA Negara berserta lukisan pokok, bangunan dan burung sebagai

bukti kita berada di situ. Selesai hasil lukisan, kami membersihkan tempat itu dan

menunggu kedatangan bas untuk kembali ke KKM.

Pelajar melukis mural.

Page 11: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

50% siap.

Page 12: PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN …€¦ · PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai

Hasil lukisan kami!!!

Kami balik kira-kira pada pukul 3.30 petang. Semua orang letih tetapi tetap

berpuas hati kerana telah menyumbang kepada warga emas. Banyak pengajaran telah

kami peroleh melalui program yang dijalankan. Jangan sesekali mengabaikan amanah

kita sebagai anak terhadap ibu bapa. Kita tidak akan menjadi insan yang sempurna tanpa

mereka. Merekalah yang telah membesarkan kita, melalui segala detik pahit manis demi

kita secara ikhlas tanpa meminta sebarang ganjaran. Hanya sekadar menunjukkan sedikit

keprihatinan dan kasih sayang merupakan kebahagiaan terbesar bagi mereka. Betapa

mudah caranya. Marilah kita bersama-sama memberi lebih banyak keprihatinan dan kasih

sayang kepada warga emas sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan

mereka di dunia ini.

Disediakan oleh,

Nguang Siew Hung

Wakil pelajar Program ASASIpintar UKM