prihatin jilid 4-05

24
Berita SPANCO Jilid 4 2005 PP 10548/8/2006 Berkembang Seiring Peningkatan Jumlah Fleet Berkembang Seiring Peningkatan Jumlah Fleet UNIT KAWALAN SENGGARAAN UNIT KAWALAN SENGGARAAN Kegunaan Beg Udara Yang Betul Dapat Selamatkan Nyawa Kegunaan Beg Udara Yang Betul Dapat Selamatkan Nyawa Langkah Segera Jika Terbabit Kemalangan

Upload: ledung

Post on 12-Jan-2017

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRIHATIN Jilid 4-05

Berita SPANCO Jilid 4 2005

PP 10

548/

8/20

06

Berkembang SeiringPeningkatan Jumlah FleetBerkembang SeiringPeningkatan Jumlah Fleet

UNIT KAWALAN SENGGARAANUNIT KAWALAN SENGGARAAN

Kegunaan Beg Udara Yang Betul Dapat Selamatkan NyawaKegunaan Beg Udara Yang Betul Dapat Selamatkan Nyawa

Langkah Segera Jika Terbabit Kemalangan

Page 2: PRIHATIN Jilid 4-05

Servis BermutuPrestasi Terunggul

Pusat Servis Wilayah di Batu Caves menepati piawaian mutu tertinggi yangditetapkan oleh SPANCO. Ia memiliki peralatan baik pulih automotif terkini

yang dikendalikan oleh pakar yang berpengalaman, antaranya:

■ PENGANALISIS ENJIN BERKOMPUTERUntuk menganalisis prestasi sistem pembakaran dan bahanapi kenderaan.

■ ALAT PENJAJARAN RODA BERKOMPUTER

Untuk pelarasan tepat sistemgeometri stereng.

■ PENGUJI BREKBERKOMPUTERMenguji brek tanpa perlumemandu di atas jalan(on road test).

■ PENGECAS GAS PENDINGIN UDARA AUTOMATIKUntuk vakum pantas dan cassemula gas pendingin udara.

■ PAM AIR BERTEKANAN TINGGIUntuk pencucian bahagianenjin dan badan kenderaanyang lebih bersih dan cepat.

■ PENGUJI DIAGNOSTIK BERKOMPUTER MUDAH ALIHMengesan, merekod danmembetulkan kerosakan padasistem elektronik serta menguji komponen penggerak kereta.

■ ALAT PAM MINYAK ENJIN PNEUMATIK & PENGUMPUL SISAMenyedut keluar minyak enjinyang sudah digunakan teruske dalam bekas pengumpul sisa minyak.

■ DISPENSER MINYAK ENJINMemastikan kebersihanpersekitaran melalui penuanganminyak enjin tanpa tumpahan.

■ RUANG ISTIRAHAT BERHAWA DINGIN:Dilengkapi televisyen berskrin lebar dan dispenserminuman layan diri. Sementara kereta diservis atau dibaiki,pelanggan boleh menunggu sambil menikmati minumanringan, bahan bacaan dan siaran ASTRO yang disediakan.

■ RUANG ISTIRAHAT BERHAWA DINGINDilengkapi televisyen berskrin lebar dan dispenserminuman layan diri. Sementara kereta diservis atau dibaiki,pelanggan boleh menunggu sambil menikmati minumanringan, bahan bacaan dan siaran ASTRO yang disediakan.

Untuk temu janji, sila hubungi talian BEBAS TOL: 1-800-88-6999

Page 3: PRIHATIN Jilid 4-05

JJiilliidd 44,, 22000055 Oktober– Disember

PENAUNG

Dato’ Hamzah Mohd Salleh

SIDANG PENGARANG

Rozita Dawan

Mohd Wazir Ahmad Kassim

Rusman Bassri

Sharon Ng

PERUNDING PENERBITAN

Executive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PENCETAK

Percetakan Lai Sdn. Bhd.

Sila alamatkan maklum balas,

komen dan sumbangan anda ke:

SIDANG REDAKSI

PRIHATIN-BERITA SPANCO

SPANCO Sdn Bhd (172957-U)

2, Jalan Murai Dua

51100 Kuala Lumpur

Tel : 03-6253 2888

Fax : 03-6253 6230

emel : [email protected]

Kami bersedia menerima sebarang bentuk

sumbangan karya untuk dipaparkan dalam

majalah PRIHATIN-Berita SPANCO.

Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali

dengan nama, alamat dan nombor telefon

penulis. Sidang Redaksi berhak melakukan

penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PrihatinPrihatinBERITA SPANCO

kandunganPERUTUSAN

4 Memperkukuhkan Kedudukan Sebagai Pembekal Perkhidmatan Pilihan

KORPORAT6 Jumlah Kemalangan

Musim Perayaan Fleet Konsesi Meningkat

8 Unit Kawalan Senggaraan:Berkembang Seiring Peningkatan Jumlah Fleet

11 Panel Pusat Servis:Kriteria Ketat jamin mutu perkhidmatan

KHABAR PRIHATIN12 2005 Dalam Kenangan

KESELAMATAN14 OPS SIKAP IX: 70 peratus

nahas maut punca kecuaian

15 Kereta kini semakin selamat

16 Kegunaan Beg UdaraYang Betul Dapat Selamatkan Nyawa

PENJAGAAN KERETA18 Bateri: Pastikan Berkedaan

Baik Untuk Kelancaran Perjalanan

PERLINDUNGAN20 Langkah segera jika

terbabit kemalangan

KESIHATAN22 Kecederaan yang biasa

dalam kemalanganjalan raya

8

14

17

12

Page 4: PRIHATIN Jilid 4-05

PERUTUSAN

Page 5: PRIHATIN Jilid 4-05

BUKU Panduan Khidmat Bantuan danPusat-Pusat Servis SPANCO adalah sebuahrisalah yang diterbitkan untuk membantu

pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang optimumdaripada SPANCO.

Buku bersaiz saku ini amat berguna terutama dalammenghadapi kecemasan, kemalangan atau kecurian.Ia sebagai rujukan mudah mengenai bantuan servis,nombor telefon yang boleh dihubungi, kemudahan danperalatan yang disediakan di Pusat Servis Wilayah(PSW) serta senarai terkini Pusat Servis Diiktiraf(PSD) seluruh Malaysia.

Buku panduan ini diterbitkan dua kali setahun dan edisi2006 kini mula diedarkan secara percuma. Pelanggan akandiberi senaskhah apabila menghantar kereta konsesi untukdiservis di PSW dan Pejabat Wilayah SPANCO berikut:

Buku Panduan SPANCO

PUSAT SERVISWILAYAH - BANGI

No. 33 Jalan P/21Taman Industri Selaman

Seksyen 1043650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

PEJABAT WILAYAHSABAHMiles 5.5

Jalan Tuaran Inanam88806 Kota Kinabalu

Sabah

PUSAT SERVISWILAYAH - BATU CAVESNo. 2, Jalan Perusahaan 2

Kaw Perusahaan Batu Caves68100 Batu Caves

Selangor Darul Ehsan

PEJABAT WILAYAHSARAWAK

1039, Seksyen 66Jalan Kilang

Bintawa Industrial Estate93450 Kuching

Sarawak

Pelanggan disarankan untuk menyimpan senaskhah didalam kereta konsesi supaya boleh dirujuk oleh pemandusetiap kali memerlukan bantuan SPANCO.

Bantu Pelanggan dapatkan khidmat terbaik

Page 6: PRIHATIN Jilid 4-05

KORPORAT

6 PRIHATIN • JILID 4 2005

Jumlah KemalanganMusim Perayaan Fleet Konsesi Meningkat

PERBANDINGAN statistikkemalangan jalan rayamusim perayaan yang

dibekalkan Sistem MaklumatPengurusan Fleet (SIKOM)menunjukkan trend yang serupadengan yang dibekalkan olehPolis Diraja Malaysia (PDRM).Ia berikutan jumlah kemalanganyang dialami fleet konsesi padamusim perayaan tahun ini didapatimeningkat berbanding tahun lalu.

Jumlah kemalangan fleet dibawah seliaan SPANCO adalah46 kes bagi musim perayaanantara 27 Oktober dan 10November lalu, meningkatsebanyak 35 peratus daripada34 kes bagi musim perayaantahun lalu (7 – 21 November 2004).

Tempoh 15 hari tersebutbersamaan tempoh Ops Sikap IXdan VII yang dilaksanakan oleh PDRM. (Untukmengetahui laporan peringkat kebangsaan denganlebih lanjut, sila lihat muka surat 14).

Bagaimanapun jumlah kos untuk membaikikerosakan kemalangan di musim perayaan didapatimenurun daripada RM189,837.35 tahun lalu kepadaRM179,484.31 tahun ini. Jumlah itu mewakili kosyang dituntut melalui insurans dan yang tidakdituntut.

Walaupun mencatatkan penurunan, purata kospembaikan musim perayaan masih tinggi berbandingpurata sebelas bulan (setakat November) iaitumasing-masing pada RM3,901.83 dan RM3,772.08.Ini menunjukkan kadar kemalangan bukan sahajameningkat di musim perayaan, malah tahap seriuskerosakan yang dialami juga turut meningkat.

Dalam pada itu, daripada 46 kes kemalangan yangdicatatkan pada musim perayaan lepas, satudaripadanya adalah kemalangan maut yang meragutdua anggota Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM).Tiada kematian dicatatkan bagi musim perayaan 2004.

Daripada jumlah itu juga, sebanyak lima keskemalangan didapati tidak dilaporkan. Seksyen52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987memperuntukkan supaya setiap kemalangan jalanraya dilaporkan kepada polis. Kegagalan membuatlaporan adalah menyalahi undang-undang danpemandu boleh dikena tindakan terhadap kesalahanserius itu.

Perangkaan Keseluruhan TahunSementara itu, jumlah fleet konsesi mencecah 5,081setakat November 2005. Jumlah kemalangan pulaadalah sebanyak 1,498 kes manakala kos pembaikankemalangan RM5.6 juta.

Sebanyak tiga kes kemalangan maut dicatatkan yangmeragut enam mangsa kesemuanya sepanjang 2005.SPANCO mengucapkan takziah kepada keluargamangsa dan berharap kejadian menyedihkan sepertiitu tidak akan berulang.

Di samping itu, sebanyak 14,119 saman PDRMdikeluarkan terhadap kereta konsesi di bawah seliaanSPANCO setakat November. Daripada 34,093 saman

0Musim Perayaan 2004 Musim Perayaan 2005

20

40

60

80

100

120

140

160

180

200 RM 190 ribu

34 Kes

46 Kes

RM 180 ribu

Jumlah Kemalangan dan Kos PembaikanFleet Kerajaan Persekutuan

Page 7: PRIHATIN Jilid 4-05

KORPORAT

JILID 4 2005 • PRIHATIN 7

TAHUN 2005 merupakan tahun dukacita buat semua rakan sekerja di SPANCO apabila mengenang kembali tragedikemalangan jalan raya yang membabitkan kereta konsesi.

Seramai enam mangsa terkorban dalam tiga kemalangan maut berasingan pada kalendar tahun ini.

Susulan itu, SPANCO ingin merakamkan takziah kepada semua ahli keluargamangsa-mangsa nahas kemalangan seperti berikut:

Allahyarham Prebet Yusmadi Sabli, dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH)yang terkorban dalam nahas kemalangan pada 18 Julai.

Allahyarham Asisten Komisioner Tun Majid Tun Abd Rahim dan isteri, Allahyarham Patimah Hassan,serta Allahyarham Lans Koperal Che Malid Che Man, dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)

yang terkorban dalam nahas pada 29 Ogos.Allahyarham Mohamad Noor Fazli Wasli dan Allahyarham Harun Selamat,

dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam nahas pada 28 Oktober.

Sesungguhnya pemergian mereka tiada pengganti dan amat dirasai.Sebagai anggota pasukan keselamatan, mereka semua telah berkhidmat mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara.

SPANCO berharap apa jua sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.❈ ❈ ❈ ❈ ❈ ❈

TAKZIAHUNTUK ENAM MANGSA KORBAN JALAN RAYA

tertunggak yang belum dijelaskan,32,158 saman atau 94 peratusmerupakan notis kesalahan had laju.

Ini bermakna saman had laju kekalsebagai kesalahan terbanyak yangdicatatkan oleh fleet KerajaanPersekutuan, melebihi 90 peratusdaripada jumlah keseluruhan samanyang diterima setiap tahun. Olehkerana memandu terlalu lajumerupakan penyumbang terbesarkepada kemalangan maut, makatrend demikian perlu dibendung bagimengurangkan angka kematian.

SPANCO meminta kerjasamapenuh daripada semua pelangganyang terdiri daripada kakitanganawam untuk mengubah tabiat itu disamping sama-sama menyahutseruan untuk mengurangkan kadarkemalangan di jalan raya Malaysia.

Halang Lalu Lintas 3%

Halang Lalu Lintas 886

Larang Letak Kereta 1%

Larang Letak Kereta 488

Potong Lampu Isyarat 1%

Potong Lampu Isyarat 277

Lain-Lain 1%

Lain-Lain 284

TOTAL : 34,093

94%

Saman 32,158

HAD LAJU

Pecahan Saman Tertunggak Mengikut Kesalahan SetakatNovember 2005

Page 8: PRIHATIN Jilid 4-05

Berkembang Seiring Peningkatan Jumlah Fleet

KORPORAT

8 PRIHATIN • JILID 4 2005

MC…Dengan menelefontalian bebastol 1-800-88-6999,panggilan andaakan terusdisambungkan keUnit KawalanSenggaraan dimana rakansekerja kami akansedia membantu.

Unit KawalanSenggaraan

PADA awal penubuhanSPANCO, pihak pengurusantelah mewujudkan satu unit

khas untuk mengurus sertamengawal selia kereta konsesiyang disenggarakan di PusatServis Diiktiraf (PSD) di seluruhMalaysia. Unit KawalanSenggaraan atau MaintenanceController (MC) diwujudkan bagitujuan itu pada 1994.

Urusan operasi MC padamulanya ditempatkan di PusatServis Wilayah (PSW) SPANCOSegambut kemudiannya dipindahkanke Ibu Pejabat pada 2003.Seterusnya, ekoran daripadapembukaan pusat servis yang lebihluas dengan kawasan yang lebihselesa, MC sekali lagi dipindahkanke PSW SPANCO terbaru di BatuCaves pada 15 Julai 2005.

Sepanjang 11 tahun unit ituberoperasi, ia telah berkembangseiring dengan peningkatanjumlah fleet kereta konsesi. Padaawalnya, MC hanya dianggotaioleh dua orang kakitangan sahajaiaitu Encik Azahari Md Lazim danEncik Richard Velayuthan. Bagimemantapkan lagi perkhidmatanyang disediakan, kakitanganditambah kepada enam orang padatahun berikutnya dan 10 orangpada 1998.

Kini Unit MC dianggotai oleh11 kakitangan yang dipimpin olehEncik Azahari selaku PenolongPengurus Kawalan Senggaraan.Anggota unit ini rata-rata dibarisioleh rakan sekerja yang mahir lagiberpengalaman. Ada yang bermuladari bawah sebagai pelatih,kemudian mekanik dan seterusnya

penasihat servis sebelummenjawat jawatan sebagaiEksekutif.

Bagi Encik Azahari sendiri,beliau telah berkecimpung didalam bidang pemotoran selama20 tahun dan pernah mendapatlatihan daripada sebuah syarikatautomotif terkemuka tanah air,Cycle & Carriage Bintang dari1984 ke 1989. Seterusnya beliauberhijrah ke sebuah syarikat lainuntuk menimba pengalamansebelum berkhidmat di SPANCOdari 1994 sehingga kini.

Kemahiran dan pengalamanyang dimiliki setiap anggota MCsudah pasti dimanfaatkansepenuhnya untuk menyediakanperkhidmatan fleet yangprofesional kepada pelangganSPANCO.

Page 9: PRIHATIN Jilid 4-05

KORPORAT

JILID 4 2005 • PRIHATIN 9

Tugas Utama MC ialah:■ Sebagai ‘Call Centre’ yang

menyediakan perkhidmatan24 jam, 7 hari seminggu.

■ Memberi kod kelulusan kepada PSD sebelum kerja pembaikan dijalankan terhadap kereta konsesi SPANCO.

■ Memantau kerja pembaikanbiasa dan pembaikan kemalangan yang dibuatoleh PSD.

■ Melakukan pemeriksaan PSD bagi menjaminmutu pembaikan yang tinggi dapat dibuat terhadap kereta konsesi.

■ Memastikan PSD mendapatbayaran untuk kerja yang telah dilakukan.

■ Membantu pelanggan-pelanggan SPANCO yang mengalami kerosakan kereta konsesi tanpa mengira waktu dan keadaan.

■ Membantu pelanggandi dalam menyediakan kereta gantian.

■ Menguruskan perjalanan operasi PSW SPANCOBatu Caves selepaswaktu pejabat.

Sejajar kemajuan teknologiterkini, faktor lokasi danjarak bukanlah menjadipenghalang di dalammeningkatkan mutu perkhidmatankepada pelanggan. Sebagaicontoh, menerusi penghantarangambar kemalangan melaluie-mel, Unit MC kini dapatmemberi kelulusan segera kepadaPSD, seterusnya masa pembaikandapat dipendekkan.

Oleh kerana teknologi maklumatdan komunikasi merupakan tulangbelakang perjalanan operasiharian MC, SPANCO akan terusmelabur dan meningkatkan tahappembangunan dalam SistemKomputer Pengurusan Kenderaansetanding dengan yang terdapatdi negara maju. Ini akan menariklebih ramai pelanggan untukmenggunakan perkhidmatan yangdisediakan.

KAWALANMUTU… JuruteraEncik MohdWazir AhmadKassim sedangmelakukanpemeriksaanterakhir terhadapsebuah keretasebelummenyerahkankepadapelanggan.

Saiz Fleet Konsesi

Mengikut Model (%)

24%6%

19%

46%

12%

10%

9%

23%1%

50%

Umur Fleet (%)

Perdana Exe Perdana Corp Waja 2 Tahun1 Tahun 3 Tahun

4 Tahun 5 TahunIswaraWira

Page 10: PRIHATIN Jilid 4-05

SELANGOR – 18

PAHANG – 19

TERENGGANU – 11

KELANTAN – 10

JOHOR – 27

SABAH – 24

LABUAN – 5

KUALA LUMPUR – 12

N.SEMBILAN – 15

MELAKA – 6

KEDAH – 22

P.PINANG – 10

PERAK – 20

PERLIS – 4

Kuching (Pejabat Wilayah)

Kota Kinabalu(Pejabat Wilayah)

Rangkaian Perkhidmatan

BangiBatu Caves

Pusat Servis Wilayah – 2

Pusat Servis Diiktiraf – >200

SARAWAK – 20

KORPORAT

10 PRIHATIN • JILID 4 2005

Berpegang kepada slogan‘Tiada pelanggan - Tiadalahkita’, maka perkhidmatanyang berorientasikanpelanggan merupakanprinsip yang pentingdi dalam operasi SPANCOserta amat dititikberatkanoleh pihak atasan.

2006 Lebih MencabarTahun 2006 merupakan tahun yanglebih mencabar bagi EncikAzahari kerana beliau telahdipertanggungjawabkan olehpihak pengurusan SPANCO untukmengawal selia kereta konsesi yangmencecah lebih dari 5,000 buah.Selain itu beliau juga diberi tugasuntuk mengawasi kerja pembaikanyang dibuat di dua buah pusatservis SPANCO iaitu PSW BatuCaves dan PSW Bangi.

Fokus utama beliau bersamarakan sekerja di Unit MC ialahmemastikan kos yang efektifdibelanjakan pada setiap keretakonsesi tanpa mengabai ataumenjejaskan mutu perkhidmatan.Berpegang kepada slogan ‘Tiadapelanggan - Tiadalah kita’, makaperkhidmatan yang berorientasikanpelanggan merupakan prinsip yangpenting di dalam operasi SPANCOserta amat dititikberatkan olehpihak atasan.

Mengimbas kembali 11 tahunmenerajui Unit MC, berbagaiperkara manis dan pahit dirasaioleh Encik Azahari. Beliaumenganggap kepercayaan yangdiberikan oleh pihak atasanpengurusan SPANCO dalammenguruskan kereta konsesisebagai tanggungjawab besar yangperlu dilaksanakan secara amanah.

Justeru perkara yang amatditekankan oleh beliau kepadasetiap anggota ialah sentiasa‘BERSIKAP JUJUR’. Kejujuranmerupakan teras utama dalammenguruskan operasi MCtambahan pula keseluruhantransaksi melibatkan kos yangbesar kepada Syarikat. Selainitu setiap anggota MC mestimempunyai sikap kerjaberkumpulan yang tinggi bagimenjamin kelancaran operasiharian.

AZAHARI… Kejujuran dan sikap kerja berkumpulan adalah antara yang ditekankanoleh Penolong Pengurus Kawalan Senggaraan ini.

Page 11: PRIHATIN Jilid 4-05

KORPORAT

JILID 4 2005 • PRIHATIN 11

PERMINTAAN untuk servisyang disediakan di PusatServis Wilayah Batu Caves

dan Bangi pasti tidak dapatdipenuhi sepenuhnya tanpasokongan panel bengkel yangdilantik oleh SPANCO. Ini keranaterdapat lebih 5,000 buah keretafleet Kerajaan Persekutuan diseluruh Malaysia setakat ini.

Jumlah dijangka akan terusmeningkat dan bagi memenuhikeperluan, Pusat Servis Diiktirafatau PSD dilantik untukmengendalikan kerja-kerjapembaikan dan penyenggaraanitu.

Bagaimanapun pemilihan danpelantikan PSD dilakukan secarateliti berpandukan tanda arasyang telah ditetapkan. Ia bagimemastikan perkhidmatan PSDsetanding kualiti yang terdapatdi Pusat Servis Wilayah SPANCO.

Antaranya PSD perlumempunyai kemudahan asasyang wajib selain terletakdi laluan yang mudah, diiktirafoleh PIAM dan menjadi wakilfrancais sama ada EON ataupunPROTON Edar.

Di samping itu, kriteria lainialah:

LOKASIJarak antara dua PSD yangberlainan hendaklah tidakkurang daripada 25 kilometer,bertujuan menggalakkan peluangperniagaan dan mengelakkanpersaingan yang kurang sihat.

Peta taburan PSD disusunsemula bermula 2004 denganmenumpukan pelantikan di lokasiyang mempunyai kepadatan fleetkereta konsesi yang tinggi sepertidi bandar-bandar utama.

KELENGKAPANPusat servis perlu memilikikelengkapan bengkel minimumyang ditetapkan dan sekurang-kurangnya mempunyai seorangtenaga kerja teknikal mahiryang berkelayakan. Kepakaran dankemahiran mesti selarasdengan perkembangan kemajuanteknologi terkini.

KEDUDUKAN KEWANGANPusat servis mestilah berdaftar danmempunyai kedudukan kewanganyang stabil dan kukuh. Ia jugaperlu menyediakan insurans yangmelindungi kereta pelanggan yangdiletakkan di premis mereka.

JENIS SERVISKeutamaan pelantikan yang barudiberikan kepada pusat servis yangmenawarkan perkhidmatanberbeza daripada yang sediaterdapat di daerah, pekan ataubandar itu.

ALAT GANTI TULENPaling penting, pusat servis mestimenggunakan alat ganti tulendalam semua kerja pembaikan danpenyenggaraan kereta konsesi.SPANCO tidak akan berkompromidengan mana-mana panel yangmelanggar syarat ini.

PELANGGAN DIUTAMAKANBagaimanapun jika tiada pusatservis yang dapat memenuhikriteria yang ditetapkan, SPANCOsedia mempertimbangkan mana-mana pusat servis yang lainsekiranya diminta oleh pihakpelanggan.

Di bawah penyusunan semulaorganisasi, pengurusan PSD kinidiletakkan di bawah UnitKawalan Senggaraan (MC). Iabertujuan menjamin mutuperkhidmatan yang terbaiksentiasa disediakan kepadapelanggan di seluruh negara padasepanjang masa.

Pelanggan kini boleh pergike PSW Batu Caves dan Bangiatau mana-mana daripada 223PSD di seluruh negara untukmendapatkan apa jua perkhidmatanyang diperlukan seperti servislazim, khidmat tunda, rombakrawat, ketuk badan, hawa dingin,tayar dan lain-lain lagi.

Panel Pusat ServisKriteria ketat jamin mutu perkhidmatan

Pusat Servis Diiktiraf adalah panel yang dilantik oleh SPANCO bagi kerjapenyenggaraan dan pembaikan fleet kereta konsesi. Ia mesti memenuhisyarat-syarat tertentu.

Page 12: PRIHATIN Jilid 4-05

KHABAR PRIHATIN

12 PRIHATIN • JILID 4 2005

PATRIOTIK... Anggota TUDM berbaris di sebelahkereta mereka yang siap dipasang denganbendera Malaysia. Jalur Gemilang diedarkansecara percuma kepada pelanggan setiap kalimenjelang Hari Kebangsaan.

2005 Dalam Kenangan

TINGGAL KENANGAN... Allahyarham Datin Seri Endon Mahmoodmendendangkan dua buah lagu pada malam Konsert Kasih yangdiadakan di ibu negara pada Januari 2005. SPANCO turut terlibat dalampersembahan amal itu bagi mengutip derma membantu mangsa trageditsunami.

KUNJUNGAN... Pegawai Perbendaharaan, Encik Mohd Radzi Abd Hamid(dua dari kiri) melawat sebuah pusat servis di Sandakan pada Julai 2005.Lawatan ke pusat servis di seluruh negara adalah salah satu aktivitiProgram Lawatan Tahunan yang dilakukan sepanjang tahun.

TAHUN 2005 mencatatkan beberapa peristiwa penting buat SPANCO. Antaranya, keahlian Syarikat dalam

Persatuan Pengurus Fleet Australia (AfMA), sebuah pertubuhan fleet antarabangsa yang disegani,. Sementara

itu, perkhidmatan dalam talian yang interaktif melalui laman web rasmi turut diperkenalkan tahun ini.

Acara kemuncak ialah pembukaan pusat servis terbaru di Batu Caves pada Julai lalu, yang mendapat

sambutan memberangsangkan daripada pelbagai pihak terutama pelanggan. Pelaburan dan usaha berterusan

ini membuktikan komitmen SPANCO kepada Kerajaan Malaysia. Berikut ialah beberapa sedutan bergambar

yang dirakamkan sepanjang 2005 untuk tatapan bersama.

Page 13: PRIHATIN Jilid 4-05

JILID 4 2005 • PRIHATIN 13

LIPATAN SEJARAH... Setelah lebih 11 tahun beroperasi, Pusat ServisWilayah di Segambut hanya tinggal sejarah apabila secara rasmi ditutuppada Julai lalu bagi memberi laluan kepada pusat servis yang lebih besardan luas.

TERBARU... Mercu tanda SPANCO, Pusat Servis Wilayah BatuCaves mula beroperasi sepenuhnya pada 18 Julai. Ia menelanbelanja sebanyak RM10 juta dan memenuhi piawaian mututertinggi yang ditetapkan oleh Syarikat.

IKUT SERTA... Anggota PDRM mendengar Taklimat yang disampaikanoleh wakil SPANCO di salah satu Program Lawatan Tahunan yangdiadakan di Pulau Pinang pada Mac.

SAMBUTAN... Seramai 89 peserta dari pelbagai Jabatan sertaKementerian di Terengganu dan Kelantan menghadiri Taklimat yangterakhir untuk 2005 di Kota Bahru pada 27 September. Seterusnya, wakil-wakil SPANCO akan menemui pelanggan pada Program LawatanTahunan 2006 yang bermula Mac.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL... Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 menunjukkanair mineral yang akan dihantar ke Aceh, Indonesia pada pelancaranprogram membantu mangsa tsunami luar negara. SPANCO, diwakili KetuaPegawai Eksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh (dua dari kiri), adalahantara yang terawal menghulurkan sumbangan ke dalam dana itu.

Page 14: PRIHATIN Jilid 4-05

KESELAMATAN

14 PRIHATIN • JILID 4 2005

70 peratus nahas mautpunca kecuaian

OPS SIKAP IX

OPS Sikap IX sempena musim perayaanbagi tempoh 27 Oktober hingga 10November 2005 menunjukkan kematian

akibat nahas jalan raya seramai 233 orang.Angka tersebut menunjukkan kenaikan 16.5

peratus atau 33 kematian berbanding OpsSikap VII. Secara terperinci, mereka yangterbunuh adalah seperti berikut:

• 141 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, di mana 13 daripada mereka tidak mempunyai lesen;

• 55 orang penumpang kereta;• 17 pejalan kaki;• 8 penunggang basikal;• 3 penumpang teksi;• 3 lori;• 2 pemandu van;• 2 pemandu jip;• 1 penumpang bas; dan• 1 penumpang lain-lain kenderaan.

Kemalangan di jalan raya persekutuanmeragut 102 nyawa manakala di lebuhraya sebanyak 23, jalan negeri (67), jalanbandar (27) dan lain-lain (14). Sebanyak70 peratus daripada keseluruhan keskemalangan maut adalah akibatkecuaian dan kegagalan pemandumengawal kenderaan.

Sementara itu, jumlah keseluruhankes kemalangan adalah sebanyak13,462 kes, iaitu peningkatansebanyak 1,853 atau 15.7 peratusberbanding Ops Sikap VII.

Selangor mencatat angka tertinggidengan 3,184 kemalangan diikuti Johor(1,713), Perak (1,392), Kuala Lumpur(1,345), Pulau Pinang (1,269), Kedah

(747), Negeri Sembilan (701), Pahang (682),Kelantan (505), Terengganu (484), Sabah (478),Sarawak (456), Melaka (448) dan Perlis (58).

Faktor utama punca kemalangan adalah sikapmanusia yang tidak sabar sehingga hilangpertimbangan. Secara statistik kegagalanmengawal kenderaan sendiri sehingga terbabasmerupakan penyumbang terbesar dengan 28peratus daripada keseluruhan kemalangan.

Tabiat buruk lain yang mengakibatkankemalangan adalah ‘makan jalan’ sebanyak 18.7peratus, cuba memotong 15.5 peratus, tidakmenyedari kenderaan lain 7.3 peratus, kecuaiansemasa keluar dan masuk simpang 7 peratus,kecuaian ketika melintas jalan 5.2 peratus,melawan aliran trafik 1.9 peratus, letih ataumengantuk 1.4 peratus, langgar isyarat lampumerah dan berlumba masing-masing 1 peratusdan lain-lain 7.5 peratus.

Selain itu, polis turut mengeluarkan 144,824saman terhadap pelbagai kesalahan trafiksepanjang 15 hari operasi dijalankan.

NGERI... Beginilah padahnya apabilapengguna mengambil sikap lewaterhadap undang-undang jalan raya.

Page 15: PRIHATIN Jilid 4-05

KESELAMATAN

JILID 4 2005 • PRIHATIN 15

WALAUPUN media seringmelaporkan statistikkemalangan jalan

raya yang semakinmeningkat sejakbeberapa tahun lalu,fakta sebenarnya adalahjalan raya kini,terutamanya di negara-negara maju, adalah lebihselamat berbandingsemasa kereta muladicipta. Peningkatantahap keselamatan keretamerupakan salah satufaktor penyumbang.

Zon lemah yang strategikKereta kini semakin selamat keranakebanyakannya direka dengan ‘zonkemek’ untuk menyerap sebanyakmungkin tenaga daripada impakpelanggaran depan dan belakang.Tujuannya ialah untukmengurangkan tenaga pelanggarandaripada dipindahkan kepadapenumpang apabila sesebuahkenderaan itu berlanggar denganobjek padu.

Tali pinggang keledarSemasa pelanggaran, tali pinggangkeledar mengagihkan tekanan kebahagian yang paling kuat di tubuhmanusia – iaitu di dada dan pelvis.Tanpa tali pinggang keledar,penumpang akan terus bergerak kehadapan semasa impak depansehingga diberhentikan oleh objek

seperti cermin hadapan, stereng,papan pemuka atau kerusi hadapan.Penumpang yang tidak memakai talipinggang keledar juga boleh menjadipenyebab kepada kecederaanpenumpang lain.

ABS Sistem brek anti-kunci atau ABSdireka untuk menghalang brekdaripada ‘terkunci’ – iaitu apabilatayar berhenti berpusing dan mulamenggelincir. ABS mengurangkankehilangan cengkaman semasaberhenti di saat kecemasan danmeningkatkan kebolehan pemanduuntuk mengawal kenderaan.

Sistem ini bertindak melalui alatpengesan pengawal berkomputeryang terdapat di setiap tayar.Pemandu yang menekan breksemasa kecemasan akan merasa

‘denyutan’ pada penekanbrek, iaitu hasil tekanan silih

berganti yang menaik dan menurunpada brek oleh pengawal.

Faedah keselamatan yang lebihPengeluar kereta kini mengeluarkankereta yang semakin selamat dankita dapat menjangka lebih banyakpeningkatan di masa hadapan.Sebagai contohnya, beg udara pintaryang dapat menyesuaikan kadarpengembangan dan tali pinggangkeledar yang melaraskan tekananbergantung pada berat badanpenumpang kini merupakan ciribiasa bagi kereta baru. Manakalapengesan yang meningkat ataumengurangkan kelajuan keretamenurut keadaan trafik kini bolehdidapati.

Walau bagaimanapun, alatkeselamatan bukan merupakanjaminan mutlak. Pemandu mestilahbertanggungjawab memantaukeselamatan kereta serta sikapmereka semasa memandu.

Kereta kini semakin selamat

Rangka yang lebih kukuh Kereta lebih selamat kerana ia lebih

kukuh di bahagian-bahagian yang

penting. Untuk melindungi penumpang

daripada impak secara terus,

kompartmen penumpang perlu

mengekalkan bentuknya semasa

pelanggaran.

Antara standard reka bentuk bagi

keselamatan kenderaan adalah keperluan

keteguhan dan kekukuhan bagi pintu tepi

dalam melindungi penumpang

daripada impak pelanggaran

bahagian tepi; turus

stereng mudah patah

untuk mengurangkan

risiko terhimpit atau

kecederaan akibat

cucukan daripada impak

hadapan; kunci pintu

anti-pecah; dan

salutan pada panel

peralatan.

Zon remuk dan beg udara yang direka untukmenyerap daya hentakan memberi sumbangandalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang membawa maut

Page 16: PRIHATIN Jilid 4-05

KESELAMATAN

16 PRIHATIN • JILID 4 2005

Kegunaan Beg Udara Yang BetulDapat Selamatkan Nyawa

BEG udara — disertai dengan talipinggang keledar riba dan bahu –telah banyak menyelamatkan

nyawa dan menghalang kecederaandalam kemalangan kenderaan bermotor.

Ia direka khas untuk bertindak sertamerta akibat hentakan yang kuat lalumembentuk kusyen udara bagimelindungi kepala dan dada pemanduatau penumpang melentok ke hadapan.Beg udara selalunya terdapat di tengah-tengah stereng atau di tempat simpananbarang di hadapan penumpangbersebelahan pemandu.

Walau bagaimanapun, terdapatkemusykilan mengenai keselamatan begudara. Sebagai contohnya, kanak-kanakyang duduk di kerusi hadapan bolehmengalami kecederaan serius atauterkorban apabila beg udara terkeluarsemasa kemalangan.

Untuk mengurangkan jumlahkecederaan dan kematian akibatkombinasi beg udara dan kedudukanpenumpang terutamanya kanak-kanak, yang tidak betul, pemandumestilah sedar akan kaedah keselamatanyang betul.

FUNGSI BEG UDARABeg udara direka untuk impak hentakanhadapan yang merupakan hampirseparuh daripada punca kematianpenumpang kenderaan. Begudara direka untuk mengurangkankecederaan kepala dan dada. Walaubagaimanapun, ia hanyalah tambahandan BUKANNYA pengganti kepada talipinggang keledar.

FAEDAHPada tahun 1999, di A.S. sahaja,anggaran 1,263 nyawa telah terselamatkerana beg udara. Statistik A.S.menunjukkan risiko kematian akibatimpak hadapan dapat dikurangkansebanyak 30 peratus melalui penggunaanbeg udara. Ujian pelanggaran diAustralia menunjukkan risikokecederaan kepala yang serius dapatdikurangkan sebanyak 50 peratus ataulebih bagi kebanyakan kereta bersaizkeluarga.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSIUntuk berfungsi, beg udara terkeluar daripapan pemuka dengan sekelip mata:

Dalam pelanggaran yang kuat, beg udara akan keluar secara automatik daripapan pemuka untuk mengelakkan kecederaan kepada pemandu. Pelajari carauntuk mendapatkan faedah keselamatan beg udara secara maksimum.

PERLINDUNGAN… Komputerakan mengesan sama adabeg udara perlu diaktivasikansemasa pelanggaran.

Page 17: PRIHATIN Jilid 4-05

KESELAMATAN

JILID 4 2005 • PRIHATIN 17

■ Dalam jangka masa 15 hingga20 milli-saat selepas impak,pengesan hentakan dan unitkawalan menentukan tahap kekerasan pelanggaran danmenentukan sama ada begudara perlu dikeluarkan.

■ Pada anggaran 25 milli-saat,beg udara membelah padpelindung pada tempat yangtelah ditetapkan dan mulamengembung dengan pantas.

■ Pada anggaran 45 milli-saat,beg tersebut akan mengembung sepenuhnya manakala penumpang yang memakai tali pinggang keledar masih bergerak ke hadapan.

■ Selepas anggaran 60 milli-saat,penumpang tersentuh beg udara yang akan mula kempis melalui lubang-lubangdi bahagian belakang.

■ Dalam masa anggaran 100milli-saat, penumpang akanterus terbenam ke dalam begudara yang bertindak sebagaikusyen bagi kepala dan dadasemasa ia sedang kempis.

Oleh itu beg udara tersebutbertindak sebagai pelindungdi antara penumpang denganpermukaan keras dalaman kereta.

RISIKOSemasa membrek sebelumberlakunya pelanggaran, pemanduatau penumpang yang tidakmemakai tali pinggang keledarmungkin akan tercampak kepapan pemuka yang berhampirandengan tempat beg udara. Merekayang tidak memakai tali pinggangkeledar atau tidak memakainyadengan betul (hanya memakaibahagian riba sahaja) bolehmengalami kecederaan seriusatau maut apabila beg udaraterkeluar.

LANGKAH KESELAMATANPemandu perlu mengelakkankecederaan yang berkaitan denganbeg udara terhadap orang dewasadan kanak-kanak dengan mematuhilangkah-langkah keselamatankritikal yang berikut:

BAGI KANAK-KANAK■ Kanak-kanak berumur 12

tahun ke bawah perlu dudukdi belakang dengan memakaitali pinggang keledar.

■ JANGAN sekali-kalimeletakkan bayi di dalam kerusi keselamatan yangmenghadap belakangdi kerusi penumpanghadapan yangmempunyai beg udara.

■ Kanak-kanak kecil perlu duduk di kerusi belakangdi dalam kerusi keselamatan yang sesuai dengan umurdan saiz mereka.

■ Sekiranya kanak-kanakberumur lebih setahun perlududuk di kerusi penumpanghadapan yang mempunyai begudara, letakkan kanak-kanaktersebut di dalam kerusikeselamatan menghadap depan, kerusi booster, atau pakaikan tali pinggangkeledar yang betul– SERTA alih kerusi sejauh mungkinke belakang.

BAGI ORANG DEWASA■ Semua orang hendaklah

memakai tali pinggang keledardi bahagian riba dan bahu dalamsetiap perjalanan.

■ Tali pinggang bahagian ribahendaklah diletakkan di bawahabdomen dan rendah di pinggang. Bahagian bahu hendaklah terletak pada tulang selangka jauh dari leher dan menyilang tulang dada.

■ Tali pinggang bahagian bahudalam kebanyakan kereta baruboleh diselaraskan pada bahagian tepi supaya lebih sesuai.

■ Pemandu dan penumpang yangduduk di hadapan hendaklahduduk sejauh mungkin, mengikut kesesuaian, terutamanya bagi mereka yang mengandung atau mereka yang pendek.

Faedah beg udara adalah terbaiksekiranya semua orang memakai talipinggang keledar dan kanak-kanakdidudukkan dengan cara yangbetul di bahagian belakang. Semuapenumpang kereta yang mempunyaibeg udara hendaklah sedar akanpotensi bahaya dan menentukanmereka duduk dengan betul. Andadapat membantu menyedarkankomuniti anda dengan fakta ini.

JANGAN KELIRU…Beg udara amat berkesan

hanya jika pemandudan penumpang

mengenakan tali pinggangkeledar dengan betul.

Page 18: PRIHATIN Jilid 4-05

PENJAGAAN KERETA

18 PRIHATIN • JILID 4 2005

TANPA bateri, adalah sukar bagi enjinkenderaan untuk digerakkan. Memangbenar, enjin kenderaan menghasilkan kuasa

melalui pembakaran tenaga fosil sama adapetroleum, diesel mahupun gas asli. Namunpembakaran itu memerlukan tenaga elektrik bagimencetuskannya.

Bagi kereta berenjin petrol, tenaga elektrikyang dibekalkan oleh bateri digunakan untukmenghidupkan enjin. Selain itu, tenaga elektrikjuga diperlukan untuk menghidupkan lampu, hon,radio, CD, pendingin hawa serta aksesori lain yangmenjamin keselesaan pemandu dan penumpang.

Sumber tenaga elektrik yang ada padakenderaan dibekalkan oleh ‘alternator’ kepadabateri. Bateri sebagai tempat simpanan tenagamembekalkan tenaga elektrik ketika enjin matidan untuk menghidupkan enjin. Sebaliknya‘alternator’ pula memulihkan semula tenaga bateridan memenuhi keperluan peralatan aksesorisemasa enjin hidup.

Setiap kali menghidupkan enjin kenderaan,bateri akan dicas semula oleh ‘alternator’.

Apabila sampai satu tempoh jangka hayat dantelah lama digunakan, bateri perlu diganti denganyang baru jika ia tidak lagi mampu dicas semula.

Punca bateri gagal:■ Cas tidak cukup.■ Cas berlebihan.■ Air bateri kurang.■ Sarat muatan (banyak aksesori).■ Suhu tinggi.■ Air bateri tercemar.■ Bateri lama.

Menjaga bateri keretaDalam banyak kes, bateri gagal berfungsi keranapemandu lupa mematikan lampu atau gagalmemastikan paras air bateri yang mencukupi. Dalampada itu, bateri menunjukkan tanda awal akan rosakjika enjin sukar dihidupkan dengan lancar. Tanda-tanda itu memberi isyarat bahawa hayat bateri hampirlupus dan perlu diganti. Lakukannya dengan segerasebelum kereta terkandas di tengah-tengah perjalanan.

Bateri: Pastikan berkeadaan baikuntuk kelancaran perjalanan

TAMBAH... Paras air bateri perlu sentiasa berada pada tahapminimum dan maksimum yang tertera pada sisi bateri.

Kebanyakan aduan kerosakan yang diterima oleh pusat servis berpuncadaripada masalah bateri yang gagal berfungsi. Justeru itu penjagaannyatidak boleh sama sekali diabaikan oleh pemandu

Page 19: PRIHATIN Jilid 4-05

PENJAGAAN KERETA

JILID 4 2005 • PRIHATIN 19

Memanjangkan hayat bateri:■ Periksa air bateri dengan kerap.

Parasnya mesti antara tahap minimum dan maksimum yang tertera pada sisi bateri. Gunakanair suling dan bukan air paip.

■ Pastikan penutup sentiasa ketatbagi mengelak tumpahan.

■ Terminal bateri mesti dijaga supaya sentiasa bersih, ketat dan tidak berkarat. Sapu sedikit jeli petroleum pada terminal yang bersih bagi menghindar karat dan pengoksidaan.

■ Sebelum menghidupkan enjin,matikan semua suis danaksesori.

■ Jangan sekali-kali membiarkan lampu atau peralatan lain menyala jika tidak diperlukan,terutama ketika enjin mati.

■ Selalu hidupkan enjin jika jarang digunakan. Bateri akan gagal berfungsi jika terbiar terlalu lama.

Semasa memeriksa ataumengganti bateri:■ Matikan semua suis.■ Pastikan mata dilindungi

daripada sisa gas dan air bateri.■ Jauhkan percikan api dari bateri

kerana ia mudah terbakar.■ Pastikan wayar terminal yang

betul dipasang pada terminal bateri.

■ Minta nasihat mekanik sebelummembuka dan menyambung kabel bateri terutama bagi kereta yang dilengkapi dengan sistem elektronik.

Membeli bateriSebelum membeli bateri baru,pastikan berikut:■ Kekerapan penggunaan dan

jumlah aksesori – jika sering menggunakan kereta dengan pelbagai aksesori elektrik, anda disarankan memilih bateri yangmempunyai ampere ratingyang tinggi.

■ Maintenance-free – bateri bebas senggaraan tahan lebih lama,kadar cas semula lebih cepat dan tidak perlu dijaga.

■ Saiz terminal dan bateri –

pastikan terminal bateri danbateri yang baru mempunyaiukuran yang sama.

Bateri bebas senggaraanBateri bebas senggaraan mampumengurangkan breakdown akibatmasalah bateri dan secara tidaklangsung meningkatkan tahapboleh gerak kenderaan. Seterusnyapemandu dapat menikmatipenggunaan yang lebih lancarsecara berterusan.

Ia mempunyai kelebihan,antaranya:■ Bebas daripada penjagaan.■ Hayat tiga kali ganda lebih lama

■ Mampu dihidupkan walaupun kereta tidak digunakan untuk

sekian lama.■ Kuasa permulaan dua kali

ganda daripada bateri biasa.■ Kedap udara dan kandungan

asid dijamin tidak bocor.■ Bebas karat.

Harga bateri bebas senggaraanadalah lebih mahal berbandingbateri biasa namun pulangannyalebih tinggi. Penggunaan bateribebas senggaraan ternyata lebihmemuaskan dan masa yangdiluangkan untuk penyenggaraandikurangkan.

Jika enjin tidak dapat dihidupkan kerana bateri lemah atau tidak lagiberfungsi, bateri daripada kenderaan lain boleh digunakan untukmenghidupkan enjin kereta anda melalui kabel pelompat.

■ Letakkan kenderaan lain itu supaya kedua-dua bateri berada paling hampir dan boleh disambungkan dengan kabel pelompat.

■ Awas! Jangan sampai kedua-dua kenderaan bersentuhan.■ Sebelum menyambungkan kabel, pastikan brek tangan ditarik, enjin

serta semua suis lampu dan aksesori dimatikan.■ Sambungkan kabel pelompat mengikut tertib berikut:

1. satu hujung kabel merah ke terminal positif (+) bateri anda;2. hujung yang satu lagi ke terminal (+) bateri penggalak;3. satu hujung kabel hitam ke terminal negatif (-) bateri penggalak; dan4. hujung satu lagi ke terminal (-) bateri anda.

■ Hidupkan enjin bateri penggalak dan biarkan melahu selama seminit.

■ Hidupkan enjin kereta anda.■ Setelah berjaya menghidupkan kereta anda, cabut semula kabel

mengikut tertib berlawanan iaitu 4, 3, 2, dan 1.

Awas! ‘Jump start’ dengan cara yang salah boleh merosakkan kereta yangdilengkapi sistem pengurusan enjin elektronik.

JUMP START

Page 20: PRIHATIN Jilid 4-05

PERLINDUNGAN

20 PRIHATIN • JILID 4 2005

ENCIK Zainol (bukan nama sebenar) terlupauntuk mengambil beberapa butiran pentingsetelah terlibat dalam satu kemalangan di lebuh

raya.Semasa membuat laporan polis,beliau tidak dapatmenyatakan nombor pendaftaran kenderaan terbabitmahupun nama penuh pemandu itu. Akibatnya beliaukini terpaksa menanggung sendiri segala perbelanjaanmembaiki kerosakan keretanya.

Panik dan hilang tumpuan, itulah sikap kebanyakanpemandu apabila terbabit dengan kemalangan di jalanraya. Fikiran mereka berkecamuk dengan pelbagaiperasaan seperti takut, marah, hampa dan bimbang.Salah siapa? Apakah kesan terhadap kewangan ataukesihatan?

Namun, sebenarnya anda perlu bertenang. Ambillangkah bijak supaya dapat menghindarkan diridaripada menanggung kerugian dan melakukankesilapan lebih besar. Jika anda pelanggan SPANCOdan terbabit dalam kemalangan, maka:

BERHENTIKAN KENDERAANSelamatkan dan lindungi mangsa yang tercedera.Pastikan keadaan sekeliling kemalangan adalahselamat.

KENDERAAN LAINSegera dapatkan nama, umur, alamat dan nombortelefon pemandu serta nombor pendaftaran dan modelkenderaan lain yang terbabit. Pastikan andamencatatkan butir-butir maklumat pejabat, jikakenderaan terbabit adalah hak pengurusan pejabat.

Selain itu, dapatkan segera nama syarikat insuranstuan punya kenderaan terbabit.

KETERANGAN DIRIBerikan butir diri anda seperti nama dan nomborpendaftaran kenderaan kepada pihak yang terbabitdalam kemalangan. Jika polis membantu di lokasikemalangan, berikan butiran itu kepada mereka.Dapatkan juga butiran polis berkenaan seperti nama,pangkat, nombor anggota dan alamat balai anggotapolis itu bertugas.

SAKSIDapatkan senarai nama dan alamat saksi dalamkemalangan itu.

POLISPatuhi semua prosedur kemalangan yong diberioleh polis.

JANGAN BERBINCANG HAL KEMALANGANJangan berbuat demikian dengan sesiapa pun, kecualipolis, wakil ejen insurans anda dan pihak SPANCO.

SEGERA HUBUNGI SPANCOHubungi talian BEBAS TOL 1-800-88-6999 untukmendapat bantuan dan khidmat nasihat.

LAKARAN KEMALANGANLakarkan punca dan keadaan kemalangan. Catatkantarikh, masa dan nama jalan di mana ia berlaku.

LAPORANBuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Pelanggan SPANCO disarankan supaya menyerahkandokumen berikut dengan segera:■ Salinan kad pengenalan (pemandu atau pelanggan)■ Salinan lesen memandu (pemandu/pelanggan)■ Salinan laporan polis yang disahkan■ Borang Tuntutan Insurans (SPANCO

dan syarikat insurans)

MENGHADAPI KECEMASAN DI LOKASIKecederaan lebih serius dan kematian dalamnahas jalan raya kadang kala dapat dielakkanjika orang yang pertama sekali tiba di tempatkejadian mempunyai pengetahuan asaspertolongan cemas serta mengetahui prosedurkecemasan yang patut diambil.

LANGKAH segera jikaterbabit KEMALANGAN

JANGAN PANIK…Pemandu perlumengikut prosedursemasakemalangansepertimencatatkanbeberapamaklumat yangdikehendaki.

Page 21: PRIHATIN Jilid 4-05

■ Jangan hampiri lokasi kejadian sehingga andabenar-benar pasti ia selamat.

■ Berhentikan kereta di satutempat selamat dan hidupkanlampu kecemasan.

■ Jika anda mempunyai segi tiga kecemasan, letakkandi lokasi kemalangan.

■ Jangan merokok di tempatkejadian kerana dikhuatiriterdapat tumpahan minyak.

■ Pastikan semua kenderaan yang terbabit tidak boleh bergerak dengan memastikan kunci pencucuh di posisi ‘off ’ dan gear di posisi ‘P’.

■ Tentukan lokasi kejadian,jumlah mangsa dan bantuanprofesional yang diperlukan.

■ Jangan sekali-kali memindahkan mangsa kecualiterdapat api yang merebak,tumpahan asid ataulain-lain bahaya.

■ Jika lebih seorang mangsa yang cedera, keutamaan sebaik-baiknya diberikan mengikut susunan berikut iaitu mangsa yang pengsan dan tidak bernafas, berdarah dan patah sebelum diikutilain-lain kecederaan.

■ Minta bantuan orang lainjika ada.

■ Jangan memberi makan atauminum kepada mangsa yangcedera kerana dikhuatiriboleh memburukkan lagi keadaan sekali gus melambatkan rawatan perubatan.

■ Jika mangsa mengalamipendarahan, tekan bahagianyang berdarah itu dengankain pembalut atau apa-apabahan yang boleh menyekatpendarahan buat sementarawaktu.

■ Ikut dan patuhi prosedurdi atas sebelum bantuan ambulans dan bomba tiba.

TUNTUTAN INSURANSSetiap kereta konsesi sebenarnyadilindungi oleh polisi insurans yangkomprehensif. Ia bertujuan untuk

melindungi pelanggan, penumpang,kereta konsesi dan apa jua liabilitiyang dituntut pihak ketiga apabilakemalangan terjadi.

Bagaimanapun, kebelakangan initerdapat banyak kes di manalaporan polis lewat atau gagal samasekali dibuat oleh pihak yangberwajib.

Akibat perbuatan yang tidakbertanggungjawab itu ialah:

■ pelanggan perlu memberipenjelasan berhubungkelewatan membuat laporanmelebihi tempoh 24 jamyang telah ditetapkan.

■ jika penjelasan tidakditerima oleh pihak insurans, pelanggan perlu menanggung semua kos pembaikan.

■ jika gagal membuat laporan,pelanggan juga perlumenanggung semua kos pembaikan akibat kemalangan itu.

Di samping itu, kelewatanmenyerahkan dokumen semasamembuat tuntutan insurans

menyebabkan pembaikan tidakdapat dilakukan terhadapkereta yang terbabit dalamkemalangan.

Seksyen 52 Akta PengangkutanJalan Raya 1987 memperuntukkansupaya setiap kemalangan jalanraya dilaporkan kepada polis.Manakala Seksyen 104 pulamenyebut adalah menjaditanggungjawab pengadu untukmemaklumkan setiap keskemalangan jalan raya, samaada serius atau tidak, kepadasyarikat insuransnya bagimembolehkan suatu tuntutandibuat di bawah sesuatu polisi.

Justeru pelanggan disarankan

supaya mematuhi segalaperaturan semasa atau selepaskemalangan, sama ada yangditetapkan oleh undang-undangjalan raya mahu pun pihakinsurans. Ia bagi mengelakkandaripada sebarang kesulitandi kemudian hari.

PERLINDUNGAN

JILID 4 2005 • PRIHATIN 21

UNDANG-UNDANG... Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 memperuntukansupaya setiap kemalangan dilaporkan kepada polis.

Page 22: PRIHATIN Jilid 4-05

22 PRIHATIN • JILID 4 2005

KESIHATAN

Jenis kecederaan yang mungkin terjadisemasa kemalangan jalan raya tiada batas:daripada limpa yang pecah hinggalah putusanggota badan, pecah tengkorak dan patahtulang rangka. Seseorang mangsa seringkali akan mengalami pelbagai jenis trauma.

KEMALANGAN boleh berlakusekiranya kita terlalaiwalaupun sesaat, tetapi

akibatnya sangat buruk.Kemalangan kecil pun bolehmenimbulkan kecederaan dankesulitan yang berganda.

Kecederaan buku laliWalaupun ia merupakan sendi yangkuat, buku lali mudah cederasemasa kemalangan. Terkehel adalahperkara biasa. Terdapat jugakecederaan terhadap ligamen dantisu lembut di sekeliling buku lali.Kadang kala X-ray adalah perluuntuk memastikan sama ada iapatah atau hanya lebam teruk.

Kecederaan belakangKecederaan yang lazim akibatpelbagai jenis kemalangantermasuklah kemalangan kenderaan.Kecederaan belakang merupakansebab biasa bagi seseorang bercutikerja. Ada yang berpendapat pesakitkadang kala mengambil masa yangagak lama untuk pulih keranamereka menggunakan otot yang salahbagi menggantikan kegunaan ototyang tercedera. Ini mengakibatkanlebih banyak tekanan dikenakan keatas tulang belakang.

Kecederaan otakPerkara yang mungkin berlakudan perlu dipantau rapi untukmengelakkan keadaan seseorangpesakit menjadi bertambah burukyang mungkin bermula dengankecederaan kepala sama adakecederaan tertutup, terbuka atauhentakan.

Kecederaan kepalaKecederaan kepala yang terukpastinya akan mengakibatkankerosakan otak yang boleh diberikanpampasan dalam tuntutankecederaan peribadi. Tidak semuakecederaan kepala melibatkankerosakan otak. Walaubagaimanapun, kadang kala, iaboleh mengakibatkan sawan.

Kecederaan lututSememangnya lutut mudah tercederasemasa bersukan, dua ligamennyamerupakan bahagian yang palingmudah cedera semasa kemalangankereta dan motosikal.

Kecederaan tulang belakangKecederaan tulang belakang yangpaling serius boleh mengakibatkanquadriplegia (kehilangan fungsikeempat-empat tangan dan kaki)

atau paraplegia (kehilangan fungsidua anggota). Kecederaan mungkinpenuh, iaitu tiada fungsi bahagianbawah tempat cedera, atau tidakpenuh di mana sesetengah bahagianmasih boleh berfungsi.

Kecederaan piatKecederaan yang lazim semasakemalangan jalan raya. Ia selalunyamelibatkan ligamen, sendi tulangbelakang dan tisu lembut padaleher. Dalam kebanyakan kes, kesanberpanjangan adalah jarang danterdapat peluang untuk pulihseratus peratus.

Pemanduan yang berkaitandengan pekerjaan merupakan salahsatu sebab utama kemalangan yangdilaporkan di mana mereka yangkerap memandu menghadapi risikokecederaan serius. Maka, adalahpenting untuk mengurangkanjumlah kemalangan jalan raya bagimengurangkan jumlah pekerja yangdimasukkan ke hospital.

Kecederaan yang biasa dalamKemalangan Jalan raya

Page 23: PRIHATIN Jilid 4-05

MartabatkanMartabatkanWarisanWarisanSeniSeni MalaysiaMalaysia

MartabatkanWarisanSeni MalaysiaSeni adalah warisan bangsa yang tidak ternilai. Selain wadah kepada keseluruhan ilmu dan pemikiran masyarakat, seni, jelas sekali mencerminkan kemajuan, ketamadunan dan ketinggian peradaban bangsa yang mewarisinya.

Sememangnya, penghasilan karya seni yang baik memerlukan pengamatan yang tajam terhadap budaya, masyarakat dan persekitaran. Ia menuntut disiplin, kegigihan dan ketekunan si pencipta untuk menterjemahkan pengalaman itu ke dalam bentuk yang kemudiannya dapat ditatap dan dinilai bersama oleh masyarakat.

Seperti penghasilan karya seni yang bermutu, perkhidmatan fleet profesional juga menuntut disiplin yang serupa. Sejak ditubuhkan, SPANCO secara terus-menerus telah memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan melangkaui kehendak pelanggan sejajar nilai kehidupan yang tinggi seperti perasaan hormat, gigih serta mengutamakan mutu dalam segenap segi. Hasilnya kini dapat dikongsi bersama oleh setiap pelanggan.

Pada masa yang sama, SPANCO juga menyedari bahawa kesedaran tentang kepentingan seni perlu disemai dan dipertingkatkan dalam jiwa masyarakat. Untuk itu, sepanjang tahun 2006, kami sekali lagi menjemput para pelanggan untuk menikmati 12 karya seni yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis tanah air. Kami berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam usaha memartabatkan budaya, seni dan warisan bangsa Malaysia.

Semoga warisan seni kita akan terus kekal dinikmati oleh generasi seterusnya.

Page 24: PRIHATIN Jilid 4-05

Ikhlas daripada

Jadikan Keselamatan Amalan Hidup Kita

Gambar ihsan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

29 Ogos : Beginilah keadaan kereta setelah bertembung dengan lori kelapa sawit dalam kemalangan di Kilometer 102.6, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, Terengganu. Kemalangan meragut tiga nyawa, berlaku empat hari setelah sebuah lagi kemalangan yang mengorbankan lima nyawa kira-kira enam kilometer daripada tempat kejadian.

Jumlah kemalangan meningkat daripada 298,653

dengan 6,286 kematian bagi 2003 kepada 326,817

dengan 6,223 kematian bagi 2004 (sumber: PDRM).

Bagi 2005 pula, purata 900 kemalangan

berlaku dan 17 nyawa terkorban

di jalan raya setiap hari di seluruh negara.

Jangan Jadi Sebahagian Statistik Kemalangan 2006Jangan Jadi Sebahagian

Statistik Kemalangan 2006