pkm menentang malayan union.docx

14
PKM MENENTANG MALAYAN UNION Halangan membentuk negara Komunis Malaya Parti Komunis Malaya menentang Malayan Union bukanlah atas dasar untuk mempertahankan tanah melayu tetapi hanya mahu mewujudkan sebuah negara komunis malaya yang berpaksikan kepada negara asal mereka iaitu China. Penentangan kaum melayu yang semakin hebat terhadap malayan union telah membawa kepada pemansuhan kerakyatan jus soli terhadap kaum lain, tambahan pula perlembagaan persekutuan 1948 yang diperkenalkan menggantikan Malayan Union telah menetapkan semua kaum melayu adalah warganegara manakala kaum cina hanya seramai 350,000 orang sahaja yang layak menhadi warganegara. Penarikan hak kerakyatan secara jus soli telah membawa kepada propaganda PKM untuk meniupkan semangat komunis yang secara langsung telah menarik kaum cina untuk menyokong perjuangan mereka. 1 Hal ini dapat dilihat terutama kejayaan mereka menarik sokongan kesatuan-kesatuan sekerja sehingga membawa kepada rusuhan seterusnya. perlembagaan alternatif yang diperkenalkan PKM telah ditolak oleh British sehingga membawa kepada kemarahan pihak PKM kerana jasa mereka tidak dihargai. Masyarakat cina yang menjadi ahli parti komunis malaya di tanah melayu lebih menumpukan perhatian dalam perkembangan politik dinegara China, mereka menganggap penerimaan malayan union akan membatalkan kebangsaan China secara automatik kerana mereka akan menjadi rakyat malayan union. Sebahagian besar mereka tidak merasa Malaya adalah tanah air mereka, sebaliknya tidak lebih dari sekadar tempat mencari kekayaan. 2 Hal ini amat jelas melalui tiga lunas rakyat iaitu walaupun dimana orang-orang cina menetap mereka adalah warganegara China berdasarkan persamaan darah, bahasa cina dan adat istiadat cina. Dalam ertikata lain dasar ini bertujuan untuk menubuhkan beberapa buah negara China di dunia 1 Mohd Janib Johari, Sejarah Malaysia Moden, ,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985, hlm.188. 2 Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman, 1982, hlm.382.

Upload: ammie-gadarish

Post on 04-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

PKM MENENTANG MALAYAN UNION

Halangan membentuk negara Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya menentang Malayan Union bukanlah atas

dasar untuk mempertahankan tanah melayu tetapi hanya mahu

mewujudkan sebuah negara komunis malaya yang berpaksikan kepada

negara asal mereka iaitu China. Penentangan kaum melayu yang semakin

hebat terhadap malayan union telah membawa kepada pemansuhan

kerakyatan jus soli terhadap kaum lain, tambahan pula perlembagaan

persekutuan 1948 yang diperkenalkan menggantikan Malayan Union telah

menetapkan semua kaum melayu adalah warganegara manakala kaum

cina hanya seramai 350,000 orang sahaja yang layak menhadi

warganegara.

Penarikan hak kerakyatan secara jus soli telah membawa kepada

propaganda PKM untuk meniupkan semangat komunis yang secara

langsung telah menarik kaum cina untuk menyokong perjuangan mereka.1

Hal ini dapat dilihat terutama kejayaan mereka menarik sokongan

kesatuan-kesatuan sekerja sehingga membawa kepada rusuhan

seterusnya. perlembagaan alternatif yang diperkenalkan PKM telah ditolak

oleh British sehingga membawa kepada kemarahan pihak PKM kerana

jasa mereka tidak dihargai. Masyarakat cina yang menjadi ahli parti

komunis malaya di tanah melayu lebih menumpukan perhatian dalam

perkembangan politik dinegara China, mereka menganggap penerimaan

malayan union akan membatalkan kebangsaan China secara automatik

kerana mereka akan menjadi rakyat malayan union. Sebahagian besar

mereka tidak merasa Malaya adalah tanah air mereka, sebaliknya tidak

lebih dari sekadar tempat mencari kekayaan.2 Hal ini amat jelas melalui

tiga lunas rakyat iaitu walaupun dimana orang-orang cina menetap

1 Mohd Janib Johari, Sejarah Malaysia Moden, ,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,

1985, hlm.188.2 Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Pustaka

Budiman, 1982, hlm.382.

Page 2: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

mereka adalah warganegara China berdasarkan persamaan darah,

bahasa cina dan adat istiadat cina. Dalam ertikata lain dasar ini bertujuan

untuk menubuhkan beberapa buah negara China di dunia

Sebab-Sebab PKM Menentang Perlembangan Persekutuan

Cita-Cita PKM merampas Tanah Melayu

PKM mahu merampas secara perlembagaan untuk menubuhkan

repbulik komunis malaya dan orang-orang cina memegang teraju

pemerintahan dan penghapusan kuasa-kuasa raja-raja melayu telah

menemui kegagalan. Sebenarnya mereka telah merancang lebih awal lagi

pemberontakan pada 18hb Jun 1948 yang membawa kepada

pengistiharan darurat. Mereka harus bangkit untuk mempertahankan tiga

lunas rakyat yang dipegang mereka. 3Tambahan lagi selepas perang

dunia kedua British telah memperkenalkan malayan union yang

kemudiannya kepada persekutuan tanah melayu hal ini membuatkan PKM

merasakan tiada cara lain untuk menguasai tanah melayu melainkan

melalui pemberontakan bersenjata.

PKM Disingkirkan British dalam pemerintahan.

Tindakan british menyingkirkan PKM dalam pemerintahan selepas

tamatnya perang dunia ke-2 dan pemberian jalan kepada pemerintahan

sendiri tanah melayu melalui UMNO telah membuatkan PKM menentang

perlembagaan persekutuan. Hal ini sebenarnya berpunca daripada

ideologi yang didukung PKM adalah amat merbahaya. oleh itu tidak

hairan mengapa PKM langsung tidak diberi kuasa dalam pemerintahan

British. 4Sokongan yang kuat terhadap UMNO oleh British telah dilihat

mengancam perjuangan Tiga Lunas Rakyat mereka melalui perlembagaan

persekutuan yang mengintegrasikan antara kaum-kaum di Tanah Melayu.

TINDAKAN PKM SEHINGGA MENCETUSKAN DARURAT 1948-1960.

3 Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Komunis Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

1993, hlm 17.4 Ibid, hlm. 63.

Page 3: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Antara strategi yang telah dilakukan oleh PKM sehingga

mencetuskan darurat ialah strategi perjuangan melalui Barisan Bersatu.

Jawatankuasa pusat PKM memilih pendekatan yang dianggap lebih sesuai

dan berkesan berdasarkan kepada pendapat Lai Teck yang dilaporkan

telah berusaha untuk mempengaruhi PKM supaya mengambil panduan

untuk mengatasi masalah negara-negara yang dijajah yang hanya boleh

diatasi melalui dua pendekatan, iaitu berjuang secara revolusi seperti

yang berlaku di Indonesia dan Vietnam atau melalui pembentukan sebuah

Barisan Bersatu yang meneguasai pelbagai parti politik dan kumpulan

pendesak.

Selaras dengan keputusan itu, PKM mula mengorak langkah

membentuk sebauh Barisan Bersatu iaitu menubuhkan pakatan dan

menyusup masuk ke dalam Kesatuan-kesatuan Sekerja dan parti-parti

politik.5 Usaha ini mendatagkan hasil apabila PKM dapat menyusup masuk

ke dalam beberapa buah pertubuhan dan Kesatuan Sekerja seperti New

Democratic Youth League & Pan- Malayan Federation Of Trade Unions

( PMFTU ). PKM memulakan usaha menghasut para pekerja supaya

melancarkan mogok dan tunjuk perasaan serta menyebarkan dakyah

antikerajaan di kalangan para pengusaha kedai dan kelas-kelas malam

Cina.

Pada tahun 1946, terdapat 289 buah Kesatuan Sekerja yang

sebahagiannya menjadi ahli gabungan PMFTU. Melalui Kesatuan Sekerja,

PKM menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan di Singapura, Johor,

Negeri Sembilan dan Selangor yang melibatkan hamper 150,000 orang

pekerja. Pada tahun 1947, 291 pemogokan diadakan melibatkan hamper

65,000 orang pekerja. Selain itu, PKM juga bertindak ganas dengan

melalukan pembunuhan dan pembakaran ladang-ladang yang

kebanyakan dimiliki oleh orang Eropah.

5 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003, hlm.602.

Page 4: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Selain aripada itu, PKM juga telah bergiat menerusi saluran

perlembagaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan pergerakan politik.

PKM menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri

dengan membentuk PUTERA-AMCJA bagi menentang gagasan Malayan

Union.6 Sehubungan dengan itu, PUTERA telah mewakili 150,000 orang

ahli berjaya dibentuk. AMCJA yang mendakwa mewakili suara kaum bukan

melayu dianggontai oleh Malayan Democratik Youth ( MNDYL ), MPAJA Ex-

Services Comrades’ Association ( MPAJAESCA ) dan Pan Malayan

Federation Of Trade Union ( PMFTU ).Kesemua pertubuhan ini kecuali MIC

telah diresapi atau bersimpati dengan pihak komunis dan menjadi

pertubuhan barisan hadapan PKM. Gabungan PUTERA-AMCJA

kemudiannya mengemukakan beberapa cadangan yang dikenali sebagai

Perlembagaan Rakyat Tanah Melayu yang diluluskan dan digubal oleh

Perwakilan Rakyat yang dihadiri oleh ahli-ahli gabungan itu pada bulan

Julai dan Ogos 1947.

Strategi yang lain yang mana telah dilakukan oleh PKM ialah melalui

strategi Bandar.7 PKM menumpukan segala usaha untuk bergerak

menerusi strategi Bandar yang juga merupakan sebahagian dari strategi-

strategi politiknya. Ini kerana PKM mahu mendapatkan kemenangan di

Singapura dan seterusnya Bandar-bandar besar lain seperti Kuala Lumpur,

Ipoh dan Pulau Pinang sebelum menguasai ladang getah, lombong, dan

kampung di seluruh Tanah Melayu .Untuk mencapai rancangan ini PKM

telah menghantar orang-orangnya ke Bandar-bandar besar di Tanah

Melayu dan Singapura untuk bekerja dan mendapat kuasa.

Memandangkan ia masih dalam tempoh medan terbuka ( Open

Front ), bergerak tindak menerusi organisasi yang sah terutamanya

Kesatuan-kesatuan sekerja Umum ( General Labour Union GLU ) dan

akhirnya GLU berjaya dikuasai oleh PKM. Apabila pentadbiran Tanah

6 Ibid7 Mohd Reduan Asri, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 1993, hlm.15.

Page 5: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Melayu dan Singapura, GLU turut berpecah menjadi dua kesatuan iaitu

Pan The Singapore Federated Trade Union ( SFTU ) di Singapura.

Pertubuhan lain yang turut dikuasai PKM ialah New Democratic Youth

League, Mpaja Old Comrade Association dan Malayan Democratic Union

( MDU ).8

Strategi lain yang dilakukan olek PKM ialah dengan melakukan

keganasan.Ini dapat dilihat apabila pendudukan Jepun, PKM menerusi

MPAJA melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan kerjasama

British melalui Force 136. Jika dilihat kepentingan jankga panjang

perjuangannya ini PKM lebih beruntung dengan pendudukan Jepun itu

kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan

perubatan yang diberikan oleh British ia telah berjaya memperkuat gerila-

gerilanya untuk dipergunakan menentang kembali British sekembalinya

ke Tanah Melayu.

Seterusnya PKM juga telah menubuhkan Persatuan Bekas Tentera

Anti- Jepun Rakyat Tanah Melayu ( MPAJA Ex- Comrades Association ) yang

dikatakan bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan bekas gerila

MPAJA. Akan tetapi, matlamat sebenarnya ialah untuk terus menyatukan

tentera MPAJA dan meletakkan mereka di bawah kawalan dan pengaruh

PKM. Walaubagaimanapun, pembubaran MPAJA tidak menjejaskan PKM

kerana struktur parti serta cawangannya yang begitu banyak telah

diwujudkan di seluruh negeri terus dikekalkan.9

KEADAAN DARURAT DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1942, tentera Jepun telah berjaya menakluki Tanah

Melayu.Maka bermula pendudukkan Jepun di Tanah Melayu. Pendudukan

Jepun Di Tanah Melayu telah mendapat tentangan oleh penduduk setempat

pada ketika itu. Mereka terdiri daripada kumpulan besar, iaitu MPAJA,

Pasukan 136 ( Force 136), dan Wataniah. Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah

8 Ibid., hlm.17.9 Ibid., hlm.15.

Page 6: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Melayu (MPAJA) juga dikenali sebagai Bintang Tiga. Bintang Tiga

sebenarnya dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Majoriti

penentangan terhadap Jepun terdiri daripada orang Melayu. Selepas Jepun

dikalahkan, semua kumpulan ini membubarkan kumpulan masing-masing,

kecuali Bintang Tiga. Bintang Tiga yang dikendalikan oleh PKM, tidak mahu

membubarkan kumpulannya kerana ingin membentuk pemerintahan

komunis di Tanah Melayu.

Pada akhir tahun 1945, kerajaan British telah kembali semula ke

Tanah Melayu, manakala pada masa itu PKM telah mula mempengaruhi

beberapa kesatuan sekerja untuk melakukan penentangan ke atas kerajaan

British. Antara pertubuhan yang berjaya dipengaruhi oleh PKM adalah

seperti Kesatuan Demokratik Tanah Melayu, Liga Belia Demokratik Tanah

Melayu, Persatuan Bekas Ahli MPAJA dan Persekutuan Kesatuan Sekerja Se-

Malaya. Menerusi pertubuhan-pertubuhan ini, PKM dapat mengukuhkan

kuasanya serta memudahkan misinya iaitu membentuk pemerintahan

komunis di Tanah Melayu tercapai. PKM mendalangi mogok dan kegiatan

politik seperti yang terdapat dalam AMCJA. Apabila AMCJA berserta PUTERA

gagal menghalang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1984, maka

PKM telah menukar cara perjuangannya.Pada 1 Februari 1948, Persekutuan

Tanah Melayu telah ditubuhkan. Pada masa itu, kegiatan PKM serta badan-

badan yang dipengaruhinya masih lagi aktif. Pada 16 Jun 1948, berlaku

pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput Perak.10 Akibat

pembunuhan ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan

Darurat di Perak dan Johor bermula pada 18 Jun1948. Seluruh Tanah

Melayu diisytiharkan Darurat pada keesokan harinya. Pada 23 Julai 1948,

Parti Komunis Malaya telah diharamkan

Semasa Darurat, ramai yang terkorban sama ada di kalangan

pengganas komunis mahupun pasukan keselamatan serta orang awam.

Manakala pihak kerajaan pula, terpaksa membelanjakan wang yang banyak

semata-mata untuk menentang pemberontakan komunis. Walhal wang

10 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963) , Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.,2002, hlm.314.

Page 7: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

tersebut boleh digunakan untuk pembinaan sebuah sekolah yang besar.

Darurat telah berlanjutan selama dua belas tahun. Dalam tempoh tersebut,

penduduk di Tanah Melayu mengalami penderitaan hidup yang hebat dan

masih meninggalkan kesan sehingga hari ini. Kejayaan Perikatan dalam

pilihan raya kebangsaan dan seterusnya membentuk kerajaan menjadi

pukulan hebat kepada PKM.11 Perikatan berjanji untuk mempercepatkan

kemerdekaan Tanah Melayu menyebabkan PKM kehilangan modal dalam

slogan antiimperialis. Gerakan ketenteraan yang diperhebatkan

menyebabkan PKM terpaksa berundur ke utara dan menubuhkan pangkalan

di selatan Thailand. Pada 31 Julai 1960, Darurat diisytiharkan tamat. Pada

tahun 1991, PKM dengan rasminya meletakkan senjata.

LANGKAH-LANGKAH BRITISH MENGATASI DARURAT

Ketenteraan

Kekuataan tentera yang pada mula 10 batalion ditambah kepada 20

batalion pada 1951.12 Kerajaan British juga telah menubuhkan Polis Hutan,

Pasukan Udara juga diperbesarkan dengan satu pasukan penggempur

manakala angkatan Tentera Laut telah ditugaskan untuk memerangi

komunis di kawasan sungai. Selain itu, bantuan ketenteraan juga telah

didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand sebagai

altenatif kekuataan tentera dalam menghadapipemberontakan.

Seterusnya mewujudkan pegawal kampung (Home Guard).

Sebahagian besar unit pegawal kampung ini ditubuhkan di kawasan yang

menjadi ancaman komunis bertugas sebagai pegawal kampung seperti

melindungi kampung,megawal kawasan strategi, membantu polis membuat

pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan.Dalam pad itu juga kerajaan

telah menambah lagi bilangan rekrut baru polis dan meningkat kepada

4000 orang serta penubuhan

Cawangan Khas Polis untu menjadi perisik.

11 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, 1998, hlm.43.12 Mohd Jarib Johan Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur, 1985, hlmn 200

Page 8: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Rancangan Briggs

Kerajaan British terus memperhebatkan gerakkannya menentang

komunis dengan melantik Lefternan Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah

gerakan pada April 1950.13 Beliau telah menjalankan sistem yang akhirnya

dikenali sebagai Rancangan Briggs. Rancangan ini adalah bertujuan untuk

penempatan semula orang-orang cina yang tinggal berselerak ke kawasan

baru yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang dipanggil sebagai

Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan di pagar bagi mengelakkan

dari ugutan Min Yuen yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan

makanan. Selain itu rancangan Briggs juga telah melaksanakan Gerakan

kelaparan. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan,

senjata dan ubat-ubatan daripada tidak jatuh ke tangan komunis ini jelas

telah melemahkan mereka.

Undang – undang Darurat

Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengadakan Undang-

undang Darurat. Undang-undang Darurat ini memberi kuasa yang lebih

kepada kerajaan British untuk menentang keganasan komunis. Undang-

undang ini menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung

menyekat kebebasan bercakap.14 Misalnya, kerajaan berkuasa untuk

menangkap dan menahan orang untuk beberapa bulan tanpa perlu

dibicarakan di mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika mereka

berkumpul melebihi lima orang di luar bangunan,jika mereka tidak

mendapat kebenaran polis. Seseorang yang menyimpan atau membawa

senjata api boleh dihukum bunuh. Undang-undang Darurat ini juga telah

digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik antipenjajahan yang agak

radikal walaupun tiada berkaitan dengan fahaman komunis. Misalnya,

penangkapan pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung

Semanggol.

13 Ibid, hlm 20114 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1996, hlm. 330.

Page 9: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Perang Saraf

Pada 6 Oktober 1951 Persuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah

mati dibunuh secara serangan hendap oleh talibarut PKM ketika beliau

dalam perjalanan ke Bukit Fraser menyebabkan Parti Konservatif di Britain

mengkaji semula dasar memerangi PKM. Penggantinya Sir Gerald Templer

1952 hingga 1954 telah melancarkan operasi “ Perang Saraf ” yang

bermatlamat memerangi hati rakyat.15 Di antara langkah yang diambil ialah

melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, hadiah kepada

penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta

berjuta-juta risalah dijatuhkan didalam hutan dan kapal terbang dengan

pembesar suara.

Selain itu wujud juga perintah berkurung .kawasan putih dibebaskan

daripada perintah berkurung, soal selidik kepada penduduk yang wajib

dijawab, serta galakkan kerajaan kepada penduduk untuk menujukkan

perasaan anti-komunis, menarik perhatian orang cina dengan menambah

hak kerakyatan sebanyak 10 % serta memperkenalkan kad pengenalan

bagi mengenal pasti komunis atau pun rakyat biasa.

Peranan MCA

Pada tahun 1949 MCA sebagai parti Pro-kerajaan dibentuk dengan

peresidennya Taan Cheng Lock sehingga tahun 1958.MCA ini bertujuan

adalah untuk menarik perhatian orang cina dan menyokong kerajaan

menentang PKM. Diantara langkah yang diambil ialah, mengutip derma

untuk membantu kehidupan kampung baru, contohnya menjual tiket loteri

dan hasil jualan 1950 sehingga 1953 berjuta-juta dan 4 juta daripadanya

dibelanjakan untuk perkhidmatan berkaitan darurat.

Tawaran Menyerah Diri

Hal ini bagi mewujudkan perpaduan kaum. Kaum-kaum ini diwakili

oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC bagi membentuk

15 Mohd Janib Johan, op.cit., hlm. 202.

Page 10: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Parti Perikatan yang menang dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah

mencadangkan agar komunis menyerah diri.16 Berdasarkan menifestonya

seperti pengampunan kepada pihak komunis dan menyerah diri pada

september 1955 di mana 12 juta pas pengampunan ditabur di dalam hutan.

Hasil dari penisytiharan pengampunan beramai-ramai itu, terdapat 21

orang pengganas komunis telah menyerah diri sehingga bulan Oktober

1955. Selain itu, terdapat juga anggota komunis yang menyera diri ini ialah,

6 orang Melayu termasuk Ahmad Salleh anak perempuan kepada Encik

Muhammad Salleh Bin Muhammad Zain, ahli Majlis Mesyuarat Negeri

Pahang ketika itu.

Rundingan Baling

Semasa Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu,

beliau bersedia berunding tentang pengampunan.17 Rundingan awal ini

diadakan di Baling paada 28 Disember 1955 di Sekolah Jenis Kebangsaan

Inggeris (putera). Dalam perundingan ini, Tunku telah menekankan

bahawa beliau hendak menjelaskan syarat-syarat pengampunan tetapi

Ching Peng menolak kerana mahu PKM ada hak seperti parti-parti lain

boleh bergiat dalam bidang politik yang sah.

Di antara syaratnya ialah Tunku mahu PKM melatak senjata

dahulu,keluar dari hutan dan menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu

dan mahu PKM dibubarkan. Akhirnya, perjumpaan selama dua hari ini

telah membawa kegagalan dan kerajaan telah mengambil keputusan

untuk berperang secara habis-habisan dan pengampunan juga ditarik

balik pada 8 Februari 1956.

Kesan darurat terhadap sosio-ekonomi tanah Melayu.

Darurat telah meninggalkan banyak kesan sama ada jangka pendek

atau jangka panjang terhadap aspek kemasyarakatan, perpaduan, politik,

16 Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 368 17 Mohd Jarib Johari, Sejarah Malaysia Moden, 1985, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 204

Page 11: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

sosial, ketenteraan dan ekonomi tanah Melayu. Darurat yang tidak di

ingini berlaku akhirnya membawa kepada implikasi jangka panjang dalam

konteks perpaduan. Darurat 1948 sehingga 1960 membawa pertukaran

yang asas kepada hampir kesemua aspek kehidupan tanah Melayu.

Kelahiran penempatan baru.

Kesan yang paling besar ialah berhubung dengan kewujudan

penempatan baru iaitu penempatan semula hampir 650 000 setinggan

kepada hampir lebih 550 buah kampung baru. September 1948,

jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah setinggan

di pinggir-pinggir hutan yang diancam komunis. Sebelum tamatnya

darurat, lebih setengah juta setinggan telah ditempatkan semula demi

kepentingan ketenteraan. Usaha ini dilaksanakan di bawah Rancangan

Briggs sebagai satu strategi mengebulurkan gerila komunis.18 Selain itu,

kampung-kampung ini di pagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh

pasukan keselamatan. Kampung baru ini dilengkapkan dengan

kemudahan awam. Penempatan semula setinggan cina ini penting kerana

kebanyakan orang Cina tinggal berselerak di pinggir hutan ekoran

daripada penjajahan dan pemerintahan jepun.

Pada amnya, golongan ini bersimpati dan menyokong perjuangan

komunis dengan memberi bantuan dan bekalan seperti makanan, wang,

maklumat dan ubat-ubatan. Oleh hal yang demikian, penempatan semula

ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada operasi menentang kegiatan

komunis di Malaya ketika itu. Hampir 80% kampung baru telah

ditubuhkan semasa darurat yang kebanyakannya terletak di Pantai Barat

Tanah Melayu, separuh darinya terletak di negeri Perak dan Johor.

18 Mohd Ridwan Haji Asri, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 65.

Page 12: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

Keadaan ini memperlihatkan ke tidak seimbangan jumlah penduduk yang

menetap di kawasan ini. Hal ini kerana, jumlah penduduk yang menduduki

penempatan baru ini dikuasai oleh bangsa Cina. Mohd Ridwan Haji Asri di

dalam bukunya yang bertajuk “Pemberontakan Bersenjata Komunis di

Malaya”;1993, mengatakan bahawa jumlah peratusan penduduk di

penempatan baru ini didominasi oleh bangsa Cina iaitu sebanyak 86%,

sedangkan Melayu hanya 9% manakala India dan lain-lain masing-masing

sebanyak 4% dan 1%.19

Melambatkan proses kemerdekaan tanah Melayu.

Selepas tentera Jepun menyerah diri, orang Melayu mula sedar dan

bangkit untuk mendirikan negara sendiri. Semangat nasionalisme

terpancar dan tumbuh di segenap masyarakat tempatan. Hal ini

disebabkan kekalahan British terhadap Jepun. Pada mulanya, British

dianggap satu kuasa besar yang kuat. Namun, kekalahan ini merupakan

titik tolak kepada kejatuhan maruah mereka sekaligus melahirkan

semangat kebangsaan masyarakat Melayu dalam menentukan kerajaan

sendiri. Semasa pertukaran tampuk pemerintahan Jepun kepada british

semula, gerila-gerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa

di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu

berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih

kuasa bagi kerajaan British. Pada masa yang sama Malayan Peoples Anti

Japanese Army (MPAJA) dibubarkan.

Walau bagaimanapun, apabila darurat berlaku, ia telah

melambatkan proses perkembangan ke arah kemerdekaan tanah Melayu.

Hal ini kerana, british pada mulanya bersetuju untuk memberi

kemerdekaan terhadap tanah Melayu. Namun, kemerdekaan akan

diberikan sekiranya tanah Melayu dalam keadaan aman. Sebelum

Rundingan Baling, kerajaan british berjanji untuk memberikan

kemerdekaan kepada tanah Melayu. Bagaimanapun, pihak british mula

berasa khuatir di labelkan sebagai imperialisme tulen dan ini

19 Ibid.

Page 13: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

menguntungkan PKM.20 PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di

Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mula meresapi pelbagai

pertubuhan politik, belia dan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas

dalam PKM yang masih halal ketika itu. Setelah mendapat arahan dari

Comintern dan merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM

mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu

sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada

perjuangan kekerasan bersenjata.

Ketenteraan.

Dari segi ketenteraan, didapati angkatan tentera Tanah Melayu

berkembang pesat dari segi pembentukan batalion baru, jumlah

keanggotaan dan persenjataan.21 Setelah keadaan darurat semakin teruk,

Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai

tahun 1948 sekali gus mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh

itu, untuk memerangi komunis di seluruh negara, Kerajaan telah

mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah ini. Satu langkah

utama ialah dengan menyelaras gerakan ketenteraan. Oleh kerana

masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri, Polis Persekutuan

Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya. Di

kemuncak kebangkitan komunis (1950), Pasukan Polis dengan kekuatan

161,281orang yang terdiri daripada 31,164 anggota polis tetap, 44,117

polis khas dan 86,000 polis bantuan merupakan pasukan keselamatan

yang terbesar kerana angkatan tentera hanya mempunyai 10 batalion

infantri (2 batalion Tentera British, 5 batalion Tentera Gurkha dan 3

batalion Askar Melayu).

Pasukan Polis bertindak dan memainkan peranan utama dalam

merancang strategi untuk menentang komunis. Pasukan Polis memburu

dan menghapuskan komunis di hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam

usaha menjayakan gerakan menentang komunis, Cawangan Khas (Special

Branch) selaku badan perisikan utama negara telah bertindak dengan

tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan peranan yang penting

20 Mohd Isa Othman, op. cit, Hlm 324. 21 Ibid,.Hlm 324.

Page 14: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

dalam menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan pasukan

polis dalam masa darurat adalah amat jelas jika dilihat pada jumlah

anggotanya yang terkorban iaitu seramai 1,346 berbanding dengan

pasukan keselamatan yang lain hanya 519 sahaja.

Ekonomi.

Walaupun darurat telah memberi kesan positif kepada ketenteraan,

namun, ia telah memberi impak yang besar dalam sektor ekonomi.

Darurat telah menyebabkan pembiayaan untuk operasi tentera meningkat

menjadi $800 juta (Amerika). Jumlah ini sebahagian besarnya ditanggung

oleh kerajaan persekutuan ($721.9 juta). Mujurlah kerajaan tanah Melayu

diselamatkan secara tidak langsung oleh harga getah yang melambung

ekoran daripada Perang Korea. Keadaan in sudah tentu menjejaskan

peruntukan untuk pembangunan ekonomi.22

Selain itu, PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi

Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah melancarkan

keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-

pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong,

menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan.

Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan

operasi yang di gelar "Bumi Hangus". Kegiatan komunis telah

menyebabkan banyak kemusnahan ladang-padang, lombong-lombong,

jalan raya dan lain-lain kemudahan awam. Keadaan ini telah mencatatkan

pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tanah Melayu pada ketika itu.

Sosial dan permasalahan kaum.

Darurat juga telah menyebabkan kesan yang mendalam terhadap

sosial tanah Melayu. Semasa darurat, ramai orang telah terkorban. Tidak

kiralah sama ada orang awam, gerila PKM mahupun askar-askar. Jumlah

orang awam dan tentera yang terbunuh dan cedera sehingga tahun 1959

berjumlah 21 231 orang manakala gerila PKM yang terkorban seramai

22 Ibid.

Page 15: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

6133 orang. Terdapat juga gerila PKM yang menyerah diri dan ditawan

iaitu masing-masing 2595 orang dan 1273 orang.

90% ahli PKM adalah terdiri daripada orang cina manakala askar-

askar yang berjuang di pihak kerajaan kebanyakannya terdiri daripada

orang Melayu. Keadaan ini telah mewujudkan masalah ketegangan kaum.

British telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya,

menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina menubuhkan parti-parti

antikomunis dan prokerajaan. Pada 27 Februari 1949, Tan Cheng Lock

telah menubuhkan Malayan Chinesse Assiosation (MCA)

Rakyat juga pada amnya menghadapi banyak kesulitan akibat

darurat. Mereka terpaksa mengharungi tekanan dan ancaman daripada

pihak PKM dan kerajaan. Sebelum kerajaan dapat mengatasi ancaman

komunis, kehidupan masyarakat luar bandar rumit dan perit. Di satu

pihak, mereka terpaksa mematuhi tuntutan bekalan makanan, pakaian

dan sebagainya untuk PKM. Catuan makanan, sekatan jalan raya dan lain-

lain peraturan kerajaan juga telah menyukarkan pergerakan.

Sesetengahnya pula ditangkap kerana disyaki tanpa perbicaraan dan ada

daripadanya yang di hukum dan menjadi mangsa (dibunuh)23

KESIMPULAN

Darurat akhirnya dapat juga ditamatkan walaupun mengambil

selama dua belas tahun untuk ditangani. Kejayaan ini berjaya dicapai

melalui tindakan drastik melancarkan peperangan habis-habisan oleh

kerajaan telah menyebabkan ramai pengikut Chin Peng mati terbunuh

seperti semasa gerila-gerila PKM ingin bergerak ke kawasaan

pergunungan, seramai 2500 orang telah terbunuh, hanya 500 orang

sahaja yang berjaya ke kawasan pergunungan Thailand itu. Malah

23 Ibid. Hal 325-326,

Page 16: PKM MENENTANG MALAYAN UNION.docx

semakin ramai yangberpaling tadah diantarnya orang penting PKM telah

menyerah diri pada 30 Disember 1954 iaitu Osman Cina, dan Hor leung.

Dalam pada itu ramai juga bilangan PKM yang mati kelapran, menyerah

diri. Tindakan yang proaktif kerajaan ketika itu, nyata berkesan ditambah

pula dengan kemenangan Parti Perikatn dan telah membentuk kerajaan

menjadi tanda kegagalan besar buat PKM. Pada 31 Julai 1960 darurat

diisytiharkan tamat dan pada 1991 PKM telah meletakkan senjata dengan

rasminya. Kehadiran PKM mengakibatkan kesengsaraan dikalangan

penduduk Tanah Melayu, membantu perpecahan kaum dan syak antara

kaum Cina dan Melayu, seterusnya memperlambatkan proses untuk

mencapai kemerdekaan daipada British kerana tumpuan pemerintah pada

ketika itu lebih kepada usaha menangani masalah politik akibat darurat.

Darurat juga menjadi titik tolak betapa penting dan perlunya perpaduan

dalam masyarakat majmuk di negara kita bagi mengecapi kemajuan dan

pembangunan bersama.