pilihanraya umum 1986: satu kajian kes di ......seperti skandal bmf, barisan nasional di bawah...

12
PILIHANRAYA UMUM 1986: SATU KAJIAN KES DI TERENGGANU WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATlFF* PENDAHULUAN Sebagai salah sebuah negeri yang sebahagian besar daripada penduduJrnya adaJah terdiri daripada orang-orang Melayu, politilc Terengganu se jaJc aJchir-aJchir ini telah mendapat tempat yang agaJc istimewa dalam Icontelcs pergolaJcan politiJc nasional umumny a. J Tambahan lagi, isu Icebanglcitan Islam yang mendapat tempat dalam arena politilc nasional yang bermula pada aJchir tahun 70an telah menyemaraJcJcan lagi perjuangan PAS dan Terengganu telah dianggap oleh kepimpinan PAS sebagai salah satu 'lcubu' bagi memanafaatkan lcebangJcitan ini. Apa yang menarilc ialah dalam pilihanraya umum 1986 yang telah diadaJcan, persaingan politiJc adalah lebih bersifat 'satu-Iawan-satu' Jchususnya di antara UMNO dan PAS. FaJctor ini adalah satu faJctor politilc yang penting Icerana berbandinglcan dengan politilc Kelantan, politiJc Terengganu tidaJc mempunyai part; serpihan yang agaJc berlcesan seperti BERJ ASA dan HAMIM; dan percubaan PSRM sebelum ini untuk menawan golongan pendudulc Terengganu yang lebih miskin (Jchususnya nelayan) dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas tdah terbulcti gaga!. Kesan dan hasil dari pertarungan politilc 'satu-Iawan-satu' Ice atas politiJc Terengganu adalah salah satu fenomena yang menariJc yang tertonjol daJam maJcalah ini. Negeri Terengganu juga, sejak akhir-aJchir ini, telah men gal ami proses pembangunan ekonomi (hasil dari penemuan rninyaJc dan gas) yang amat pesat sekali. Dalam saat yang sarna, Terengganu telah melahirkan tokoh-tolcoh pembanglcang dari parti PAS yang dianggap amat berpengaruh. Pemerhati dan Penulis pensyarah di Jabatan Sains Politik. UKM. 8angi . 1. Makalah ini adaJah hasil dan penyelidikan yang dijalankan oleh penulis di Terengganu pada Pilihanraya Umum 1986 yang lepas . Dalam penyelidikan ini penulis telah menggunakan kaedah pemerhatian ikut-serta dan temubual . 15

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PILIHANRAYA UMUM 1986: SATU KAJIAN KES DI TERENGGANU

    WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATlFF*

    PENDAHULUAN

    Sebagai salah sebuah negeri yang sebahagian besar daripada penduduJrnya adaJah terdiri daripada orang-orang Melayu, politilc Terengganu sejaJc aJchir-aJchir ini telah mendapat tempat yang agaJc istimewa dalam Icontelcs pergolaJcan politiJc nasional umumnya. J Tambahan lagi, isu Icebanglcitan Islam yang mendapat tempat dalam arena politilc nasional yang bermula pada aJchir tahun 70an telah menyemaraJcJcan lagi perjuangan PAS dan Terengganu telah dianggap oleh kepimpinan PAS sebagai salah satu 'lcubu' bagi memanafaatkan lcebangJcitan ini. Apa yang menarilc ialah dalam pilihanraya umum 1986 yang telah diadaJcan, persaingan politiJc adalah lebih bersifat 'satu-Iawan-satu' Jchususnya di antara UMNO dan PAS. FaJctor ini adalah satu faJctor politilc yang penting Icerana berbandinglcan dengan politilc Kelantan, politiJc Terengganu tidaJc mempunyai part; serpihan yang agaJc berlcesan seperti BERJ ASA dan HAMIM; dan percubaan PSRM sebelum ini untuk menawan golongan pendudulc Terengganu yang lebih miskin (Jchususnya nelayan) dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas tdah terbulcti gaga!. Kesan dan hasil dari pertarungan politilc 'satu-Iawan-satu' Ice atas politiJc Terengganu adalah salah satu fenomena yang menariJc yang tertonjol daJam maJcalah ini.

    Negeri Terengganu juga, sejak akhir-aJchir ini, telah men gal ami proses pembangunan ekonomi (hasil dari penemuan rninyaJc dan gas) yang amat pesat sekali. Dalam saat yang sarna, Terengganu telah melahirkan tokoh-tolcoh pembanglcang dari parti PAS yang dianggap amat berpengaruh. Pemerhati dan

    • Penulis adal~ pensyarah di Jabatan Sains Politik. UKM. 8angi . 1. Makalah ini adaJah hasil dan penyelidikan yang dijalankan oleh penulis di Terengganu pada Pilihanraya

    Umum 1986 yang lepas. Dalam penyelidikan ini penulis telah menggunakan kaedah pemerhatian ikut-serta dan temubual .

    15

  • PlUHA.NRA YA. UMUM /986

    penyelidik politik yang lepas (misalnya Kessler)' telah menyarankan bahawa bertapaknya kuasa PAS di Kelantan dan Terengganu pada satu ketika dahulu disebabkan rakyat telah menolak konsep 'pembangunan' sebagaimana yang diutarakan oleh kerajaan pusat. Makalah ini adalah juga bertujuan untuk melihat betapa pentingnya dua angkubah politik, 'pembangunan' dan 'agama', telah memainkan peranannya ke atas perkembangan politik Terengganu khususnya dan politik nasional umumnya.

    ISU-ISU UMUM NASIONAL

    Pilihanraya umum 1986 adalah merupakan pilihanraya umum yang kelapan yang diadakan di Malaysia. Sebahagian besar pemerhati melihat pilihanraya ini sebagai yang paling tercabar, selepas berlangsungnya pilihanraya umurr. yang paling menjejas kestabilan politik negara pada tahun 1969. Pada tahun 1986, Barisan Nasional telah dihadapkan dengan pelbagai skandal yang menggoncangkan negara, terutamanya skandal kewangan yang melibatkan Bumiputra Malaysian Finance (BMF); ketika itu Malaysia juga mengalami kemelesetan ekonomi. Barisan Nasional menemui rakyat menerusi manifestonya yang bertemakan "Tradisi Membela Rakyat".

    Barisan Nasional yang memerintah telah menjadikan faktor kestabilan sebagai teras manifestonya iaitu penekanan kepada betapa perlunya mandat majoriti dua-pertiga dikekalkan bagi meneruskan usaha-usaha pembangunan. Tradisi mandat dua-pertiga ini adalah merupakan tradisi kerajaan yang memerintah dan pengundi telah agak sebati dengan tradisi ini. Bertitik-tolak dari gagasan betapa perlunya kesinambungan pemerintahan bagi tujuan pemba.ngunan negara yang berterusan, maka Barisan Nasional telah mempersoalkan kemampuan Barisan Pembangkang, yang diterajui oleh PAS sebagai kerajaan alternatif, telah dilihat oleh pihak kerajaan sebagai satu gabungan politik yang tidak berwibawa. Dengan lain-lain perkataan Barisan Pembangkang dilihat sebagai satu gabungan politik yang tidak mempunyai tradisi, di mana kemampuan dan kewibawaan pentadbirannya belum pernah diuji.

    Sungguhpun dikelilingi oleh masalah-masalah besar yang menghantui negara seperti skandal BMF, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dr. Mahathir telah memilih untuk bersikap offensive semasa berkempen. Ini adalah pada hakikatnya mencerminkan keperibadian Dr. Mahathir sendiri. Berhadapan dengan masalah-masalah yang begitu besar dan mencabar kerajaan seharusnya bersifat defensive. Taktik kempen pilihanraya yang bersifat offensive selalunya menguntungkan kerajaan. Pengundi melihat kerajaan mempunyai kekuatan dan wibawa. Taktik ini

    2. Untuk tujuan ini sila lihat Clive S. Kessler. Islam and Politics in a MalaySlale: Kelllntan 1839-1969. IIhaca: Cornell University Press. 1978.

    16

  • menyebabkan parti-parti pembangkang akan bersifatdeJensive di mana sebahagian besar daripada masa berkempen digunakan untuk menjelas 'serangan-serangan' yang dibuat oleh kerajaan daripada menggunakan masa tersebut untuk menghurai kebaikan manifesto partinya kepada pengundi.

    Pertukaran slogan pilihanraya daripada 'Bersih, Cekap dan Amanah' pada pilihanraya pada tahun 1982 kepada 'Tradisi Membela Rakyat' bagi ·pilihanraya 1986 boleh dianggap sebagai satu pendekatan yang bijak yang menekankan betapa tradisi kesinambungan pemerintahan perlu dipertahan dan sekaligus mengalih pandangan pengundi dari masalah-masalah besar yang sedang melanda kerajaan. Bagi menghalang tradisi kesinambungan ini. OAP telah mengemukakan secara totok slogan pilihanrayanya - 'Cukup - Nafikan Majoriti Oua-Pertiga'. Ini menunjukkan betapa pentingnya 'majoriti dua-pertiga' sebagai senjata politik yang ampuh bagi pihak kerajaan dan fen omena ini telah semacam diinstitusikan dalam masyarakat. Besarkemungkinan slogan yangdigunakan oleh OAP mendapat inpirasi dari slogan perjuangan Corazon Aquino dari Filipina semasa beliau berkempen menentang bekas Presiden Marcos.

    Bagi parti PAS, tema umum bagi pilihanraya ini ialah penubuhan sebuah Negara Islam. Sungguhpun tema ini adalah satu tema yang berturutan (consistent) diperjuangkan oleh PAS di dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. tema ini diberikan penekanan yang paling menonjol pada pilihanraya umum 1986. Tuduhan rasuah, pembaziran dan kelemahan jentera pentadbiran negara adalah modal kempen Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Parti-parti politik seperti NasMa dan SOP tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas masyarakat, sungguhpun terdapat andaian bahawa dua calon SOP berkemungkinan dapat menawan dua kerusi parlimen di Kampar dan Lembah Pantai melalui calon-calon mereka yang agak terkenal iaitu Fan Yew Teng dan Ahmad Nor.

    Walau apapun isu-isu dan slogan yang dikemukakan oleh parti-parti politik yang bertanding, khususnya parti pembangkang, palilik ras seperti biasa telah menampilkan dirinya sebagai isu yang paling dominan. Menyedari hakikat inilah kerajaan Barisan Nasional telah mengorientasikan tema kempen pilihanrayanya dengan menekankan peri-pentingnya faktor kestabilan politik. Oi sinilah letaknya kekuatan Barisan Nasional, kekuatan kolektif yang dijelmakan melalui politik perwakilan, yang mengambil kira penyertaan politik pelbagai ras dalam gabungannya. Kekuatan aspek ini terbukti apabilaBarisan Nasional telah memenangi 14 kerusi (6 parlimen dan 8 negeri) tanpa pertandingan pada hari penamaan calon (24/7/86). Pada kebiasaannya, memenangi kerusi tanpa bertanding pada .hari penamaan calon adalah satu petanda yang baik bagi kerajaan yang memerintah.

    Keazaman dan keghainlhan PAS untuk menjadikan isu 'Negara Islam' sebagai satu isu nasional yang menyeluruh dan terpenting lahirdari ekoran, secara luarannya, betapa besamya sambutan yang diberikan kepada ceramah-ceramah PAS khususnya di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Kesungguhan PAS dalam hal ini boleh

    " 17

  • PIUHANRAYA UMUM 1986

    dilihat dari kesanggupannya mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina melalui lawatankuasa Perundingan Cina (Chi-nese Consultative Committee). Untuk menjadikan lawatankuasa ini sebagai satu mekanisme pilihanraya, adalah satu anggapan yang salah. Adalah juga tidak mungkin untuk menaruh harapan bahawa lawatankuasa ini akan berperanan menyekat pengundi-pengundi Cina dan sekaligus menafikan sokongan pengundi Cina kepada DAP, MCA, dan Gerakan. lawatankuasa ini mungkin dapat dilihat sebagai satu usaha dakwah PAS dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan perjalanan Negara Islam. Ini berdasarkan kepada hakikat bahawa selama ini masyarakat Cina amat sangsi dengan gagasan Negara Islam. Aspek inilah yang mendorong DAP untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Pembangkang yang dipelopori oleh PAS.

    Isu-isu besar lain yang diketengahkan oleh parti-parti pembangkang selain dari skandal BMF dan gagasan Negara Islam adalah Peristiwa Memali, peningkatan polarisasi kaum, kemerosotan industri timah dan peranan KWSP dalam kontroversi Makuwasa. Seperti pilihanraya-pilihanraya umum sebelum ini isu-isu yang bersifat tempatan telah juga diambil kira oleh parti-parti yang bertanding. PAS, misalnya, telah mengemukakan manifesto-manifesto yang berbeza untuk negeri-negeri yang tertentu. Manifesto pilihanraya PAS bagi negeri Kelantan dan Terengganu adalah berbeza, disamping manifesto umum (nasional) yang diedarkan oleh PAS Pusa!. Ketidakseragaman dalam mengemukakan manifesto ini telah dimanfaatkan oleh parti pemerintah sepenuhnya, di mana ianya telah dijadikan modal kempen yang berkesan .

    Tidak wujudnya usaha-usahakolektif parti-parti pembangkang, Barisan Nasional yang menggunakan taktik offensive dalam kempen pilihanrayanya, wujudnya pengundi-pengundi yang bersifat konservatif dan tradisional (khususnya pengundi Melayu luar bandar) adalah merupakan aspek-aspek menarik dan yang paling T!lenonjol dalam pilihanraya umum 1986; dan faktor-faktor inilah juga yang telah membantu memenangkan Barisan Nasiona!.

    TERENGGANU DAN PlLIHANRA Y A UMUM 1986

    Fakior-faktorumum seperti yang dibincang sebelum ini mempunyai peranannya yang tersendiri, disamping faktor-faktor tempatan, dalam mempengaruhi perjalanan pilihanraya di peringkat negeri Terengganu. Isu-isu besar negara mempunyai peranan dan kesan yang berbeza di peringkat negeri. Ini bermakna isu-isu seperti gaga;;an negara Islam dan Peristiwa Memali masih lagi mempunyai sahamnya di peringkat negeri Terengganu berbandingkan dengan isu-isu seperti skandal BMF atau kemerosotan industri timah.

    Sebagai sebuah negeri yang secara keseluruhannya mempunyai pengundi Melayu, Terengganu juga telah ditakrifkan sebagai salah sebuah negeri yang

    IX

  • MALA YSIA dor; .teg; SEJARAH

    termundur berbandingkan dengan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terengganujuga mempunyai tradisi pengajian Islam yang kuat, melalui sistem pengajian pondoknya yang masih lagi terdapat sehingga ke hari ini. Kemunduran telah melahirkan pandangan hidup yang konservatif (dalam ertikata pendedahannya kepada proses pemodenan adalah minima). Berdepan dengan masalah pilihan (seperti dalam suasana pilihanraya), kehidupan yang konservatif akan mempamerkan dua kemungkinan. Pertamanya, ianya lebih selesa dengan status quonya iaitu eara hidup yang lama. Kedua, dengan memilih untuk mengekal status quo, iajuga menolak sebarang perubahan; dan ini bererti ia menolak, antara lain, proses pemodenan itu sendiri yang dilihat sebagai meneabar sistem hidupnya yang biasa; dan agama selalunya dilihat sebagai benteng dalam usaha mempertahankan diri dari serangan pemodenan. Sekiranya pengundi memilih ahematif yang pertama bermakna pengundi memihak kepada kerajaan (Barisan Nasional), dan begitulah sebaliknya di mana sekiranya pengundi memilih alternatif yang kedua, undiannya akan berpihak kepada pembangkang (PAS). Kemenangan Barisan Nasional yang begitu memberangsangkan (di mana PAS hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri) dengan jelas menunjukkan bahawa pengundi-pengundi telah memilih altematif pertama. Parti pembangkang PAS telah gagal untuk mempengaruhi pengundi untuk memilih alternatif yang kedua. Ini juga bererti Barisan Nasional telah berjaya menahan pengaruh agama memihak kepada PAS, dan ini ada kaitannya dengan isu "Parti Allah" yang akan dibineangkan secara lebih terperinei di tempat lain dalam makalah ini.

    Andaian awal makalah ini yang mengatakan sebahagian besar dari pengundi Melayu (terutamanya yang berada di luar bandar) adalah bersifat konservatif dan ekoran dari ini pengundi akan lebih tertarik untuk memilih 'kestabilan' dan 'kesinambungan' atau dengan lain-lain perkataan mengekalkan status quo yang ada. Peri-pentingnya hakikat ini dapat dibuktikan dengan melihat beberapa statistik yang berkaitan. Satu analisa yang dibu~t oleh sebuah akhbartempatan, The Sunday Star, memperlihatkan betapa pentingnya faktor 'konservaiisme' dalarn mempengaruhi pemilihan pengundi . Daripada 7 juta penduduk Malaysia yang layak mengundi pada tahun 1986,49.7% darinya terdiri dari pengundi wan ita, dan 58.8% dar;nya mempunyai tarafpendidikan di peringkat sekolah rendah ke bawah. Dari segi umur, 26% dari 7 juta pengundi adalah 50 tahun ke alas, dan 56.7% dari keseluruhan pengundi adalah dari kawasan luarbandar. Pengundi Melayu merupakan kumpulan pengundi yang terbesar(55.2%) diikuti oleh pengundi Cina (35.5%) dan akhimya India (9.3%)-' Statistik di atas memperkukuhkan andaian awaI penulis bahawa sebahagian besar daripada pengundi adalah terdiri dari pengundi Melayu luar bandar yang bersifat konservatif.

    Kestabilan pengundi ini amat perlu dikekalkan aleh kerajaan yang memerintah kerana sekiranya berlaku sebarang pertukaran selera pengundi ("swing"), sungguhpun pada kadar peratusan yang paling minima, akan menyebabkan pihak

    19

  • PIUHA.NRAYA. UMUM /986

    kerajaan akan kehilangan kerusi yang agak signifikan. Sebagai contohnya pada pilihanraya umum 1959 pihak parti pemerintah memperolehi 51.8% undi dan ini membolehnya menawan 71.2% kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya bagi tahun 1982 Barisan Nasional yang memerintah telah berjaya memungut 61.3% undi dan ini juga bermakna kerajaan Barisan Nasional telah memperolehi 86.8% kerusi yangdipertandingkan.' Dalam hal ini.yang lebih menyakinkan dan mungkin memeranjatkan ialah dengan hanya pertambahan 1 % pengundi yang menyokongnya, DAP telah berjaya menambah 15 kerusi parlimen dan 25 kerusi dewan undangan negeri. Pada pilihanraya umum tahun 1982 dengan memperolehi 19.57% daripada keseluruhan undi DAP telah berjaya menawan 9 kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri. Dalam pilihanraya ini (1986) peratus undian yang diperolehi secara keseluruhannya ialah 20.3% dan pertambahan yang amat minima ini telah membolehkan DAP menawan 24 kerusi parlimen dan 37 kerusi dewan undangan negeri.'

    Perbincangan di atas memberi implikasi betapa pentingnya sifat konservatif pengundi perIu dipertahankan lebih-lebih lagi bagi negeri yang mewakili sebahagian besar ciri-ciri konservatisme seperti Terengganu.

    Kekalahan PAS yang begitu teruk di tangan Barisan Nasional di Terengganu telah memeranjatkan banyak pihak. terutamanya di kalangan kepimpinan PAS sendiri. Bagi pilihanraya umum 1986 ini Barisan Nasional bertanding di semua kerusi parlimen (9) dan negeri (32). Begitu juga dengan PAS. dan pertandingan ini boleh dilihat sebagai pertandingan satu-lawan-satu sungguhpun terdapatduacalon lain iaitu SDP (1) dan bebas (I) turut bertanding. Keputusan pilihanraya telah memihak kepada Barisan Nasional apabila parti itu memenangi kesemua 8 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan dan 30 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri. PAS hanya memenangi 2 kerusi dewan undangan negeri. kekurangan 3 kerusi daripada 5 kerusi yang diperolehinya pada pilihanraya umum 1982. Berdasarkan ' kepada peratusan undi keseluruhannya Barisan Nasional telah memperolehi 58.52%. PAS 38.10% dan lain-lain parti (SDP dan bebas) hanya mampu meraih 0.04%. Undi yang rosak telah dicatatkan sebanyak 3.29%"

    Perolehan peratusan undian ini adalah satu aspek yang menarik untuk dianalisis. Bagi negeri Kelantan misalnya. Barisan Nasional memperolehi 52.26% daripada undi keseluruhannya. berbandingan dengan PAS yang mampu meraih 44.62%. dan untnk negeri yang pengaruhnya amat berknrangan seperti Selangor. PAS hanya mampu mendapat 9.77% daripada keseluruhan nndi. Bagi negeri Selangor Barisan Nasional berjaya memperolehi 60.96% berbandingkan dengan 21.75% nndi yang

    3. Lihat. TII~ Sunday Slar. 27n/86. m.s. 10-11. 4. Lih:u. TII~ Sunday Star. ibid. 5. Lih31, Th~ Star. 5/8186. 6. Lihat. Buila Harian. 518/86

    20

  • MA.LA YSIA. duri .texi SEJARAH

    dimenangi oleh DAP, pencabarnya yang terdekal.' Apa yang menarik dengan peratusan undian yang diperolehi oleh parti-parti politik yang bertanding seperti yang dibentang di atas ialah bagi negeri-negeri Selangor dan Kelantan, peratusan undi yang diperolehi oleh parti-parti berkenaan adalah agak seimbang dengan jllmlah kerusi yang dimenangi. Misalnya di Kelantan PAS yang memperolehi 44.6% daripada keseluruhan undi memenangi 10 kerusi dewan undangan negeri daripada 39 kerusi yang dipertandingkan. Dalam kes Terengganu ianya kelihatan janggal di mana PAS yang meraih 38.1 % daripada undi keseluruhannya hanya memenangi 2 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. Ada beberapa sebab kenapa ini boleh terjadi.

    Pertama, sungguhpun undi yang diperolehi oleh PAS agak signifikan ianya tidak semestinya menjanjikan kerusi yang lebih untuk PAS. Ini disebabkan kerana PAS bertanding di semua kerusi parlimen dan negeri tanpa mengambil kira faktcr kekuatan dan kelemahan parti pada satu-satu tempat yang tertentu. Ini disebabkan oleh seman gat mengatasi strategi . Kedua, prestasi PAS yang begitu menurun mungkin disebabkan oleh faktor di mana terdapat sebanyak 12,586 kertas undi yang rosak bagi semua dewan undangan negeri dan parlimen. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya cawangan Terengganu, sekiranya kertas undi sebanyak yang tersebut di atas tidak rosak akan berlaku dua kemungkinan - Barisan Nasional dapat menyapu bersih kerusi dewan undangan negeri atau kemungkinan jugaPAS memenangi satu atau dua lagi kerusi negeri atau parlimen.'

    Ramalan yang lebih objektif telah mengemukakan pandangan bahawa PAS akan dapat mempertahankan 5 kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi pada pilihanrayaumum 1982dan kemungkinan menambahnyaantara5 hingga IOkerusi pada pilihanraya ini (1986) disamping berjaya merampas dua kerusi parlimen iaitu Marang dan Kuala Terengganu. Sokongan yang begitu memberangsangkan kepada setiapceramah PAS tidak boleh dijadikan kayu ukuryang objektif mengenai kekuatan PAS yang sebenarnya. Dalam hal in; PAS nampaknya menghadapi masalah logistik; dan masalah ini diburukkan lagi Qleh tempuh kempen yang singkat (9 hari). Sebagai penceramah utama PAS dan tunggak pengaruh PAS Hj. Hadi Awang terpaksa mengikuti program kempen yang amat ketat bukan sahaja di Terengganu tapijugadi luarTerengganu. Kekuatan PAS seolah-olah terpikul oleh Hj . Hadi seorang sahaja. Ini diakui oleh beberapa pekerja PAS kepada penulis sendiri. Dari sudut ini amatlah tepat dikatakan bahawa PAS masih lagi menghadapi masalah kewangan dan organisasi yang agak lemah.

    Dari segi organisasi PAS Terengganu tidak mempunyai sumber data yang sistematis, hasil dari penyelidikan ·yang menyeluruh bagi tujuan mengikuti

    7. Lihat. Berira Harit"" ibid. 8. Lihat. Buila Harian. ibid.

    21

  • PIUHANRAYA UMUM 1986

    perkembangan pengundi. Oalam hal ini aktivis-aktivis PAS Terengganu memberitahu penulis bahawa pekerja-pekerja PAS Kelantan lebih terkedepan. Oi Kuala Berang rnisalnya, PAS kawasan masih lagi berhadapan dengan masalah organisasi yang amat remeh - mengatur dan menyelaras pengangkutan bagi pengundi.

    Strukturorganisasi yang dipamerkan oleh Barisan Nasional amatlah kemas dan teratur. Hasil dari temubual saya dengan Hj. Khalid Abdullah, Setiausaha, Badan Perhubungan UMNOTerengganu, menunjukkan bahawastrukturorganisasi UMNO amatlah kemas yang melicinkan perjalanan parti, khususnya semasa kempen pilihanraya. Bilik gerakan pilihanraya negeri yang terletak di lalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dipenuhi dengan papan-papan carta yang mempunyai maklumat yang kemaskini bagi mengikuti pergerakan harian pengundi-pengundi di semua kawasan parlimen dan negeri. Pergerakan atau peru bah an pelakuan pengundi diikuti dengan secara dekat dan terperinci sekali. Bilik gerakan menggunakan tiga wama untuk tujuan ini, iaitu merah, kuning dan hijau. Wama merah menunjukkan bahawa satu-satu kawasan itu berada di dalam keadaan bahaya. Ini bermakna sekiranya pilihanraya diadakan pada hari berkenaan, besar kemungkinan kawasan berkenaan akanjatuh ke tangan pembangkang. Wama kuning pula menunjukkan bahawa keadaan tidak begitu serious dan ianya boleh diatasi. Akhimya wama hijau memberi erti bahawa kawasan berkenaan adalah selamat. Apa yang menarik yang lahir dari temubual saya dengan Tuan Hj. Khalid Abdullah ialah sehingga dua minggu sebelum· pilihanraya semua kerusi (parlimen dan negeri) yang dipertandingkan oleh Barisan Nasional adalah berada di dalam keadaan yang bercampur-campur (sarna banyak) di antara 'merah' dan 'kuning'. Strategi-strategi terakhir yang dijalankan oleh Barisan Nasional (beliau tidak memberitahu strategi-strategi in i) yang telah menukarkan wama-wama tersebut kepada wama yang disenangi oleh Barisan Nasional. Apa yang dipamerkan oleh carta-carta yang berada di Bilik Gerakan Negeri Barisan Nasional, memberi rujukan yang tepat kepada apa yang berlaku di iLlar Bilik Gerakan. Misalnya bagi kawasan dewan undangan negeri Rhu Rendang yang dimenangi oleh PAS (Hj. Hadi Awang) dan Wakaf Mempelam yang juga dimenangi oleh calon PAS (Hj. Mustapha Ali), kawasan-kawasan ini beradadalam bahaya (wama merah) sehingga hari pengundian (3/8/86). Apa yang lebih menarik ialah kawasan parlimen Kuala Terengganu berada di dalam keadaan bahaya (merah) sehinggalah sehari sebelum pen gun dian dijalankan, di mana dalam sekelip mata sahaja kawasan parlimen ini adalah kawasan yang selamat bagi Barisan Nasional (UMNO), wamanya telah bertukar menjadi hijau. Apakah yang menyebabkan perubahan yang mendadak ini? Sebagaimana yang diheboh-hebohkan di akhbar-akhbar harian, perubahan ini berlaku disebabkan oleh berlakunya satu perarakan motosikal oleh pemuda-pemuda PAS secara besar-besaran di bandar Kuala Terengganu. Ini telah dilihat oleh sebahagian besar pengundi sebagai perbuatan yang angkuh, yang

    22

  • MALA YSIA duri sl!gi SEJARAH

    mencerminkan, pada pandangan pengundi, apakah yang akan terjadi sekiranya PAS beJjaya memerintah Terengganu. Dengan berlakunya peristiwa ini, sebahagian besardari pada pengundi bandar termasuklah pengundi-pengundi Cina yang selama ini telah membuat keputusan untuk mengundi PAS mengalih sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Hakikat ini telah disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Engku Bijaya Sura semasa penulis menemubual beliau di pejabatnya. Isu segera perarakan motosikal telah menghalang PAS daripada menguasai parlimen Marang dan beberapa kerusi dewan undangan negeri yang lain. Sebahagian besar daripada pekerja dan pemimpin PAS yang ditemui juga mengakui bahawa isu perarakan motosikal ini telah membawa pukulan maut kepada mereka.

    Kekuatan organisasi Barisan Nasional juga dicerminkan melalui beberapa penerbitan yang dibekalkan kepada penulis oleh Pejabat Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO negeri. Di antara bahan-bah an penerbitan itu ialah mengenai data-data pengundi mengikut kaum bagi kawasan pilihanraya parlimen dan negeri. Analisis terperinci telah dilakukan dalam usaha mengikuti perkembangan pengu~di. Sebagai contohnya, tiap-tiap kerusi dewan undangan negeri dibekalkan dengan satu bahan penerbitan. Apa yang lebih menarik ialah analisis terperinci ini dibuat berdasarkan peri undi. Peti-peti undi ini diberinya kod-kod yang tersendiri disamping kod-kod biasa bagi kawasan parlimen dan negeri. Peti undi juga merupakan unit yang paling bawah bagaimana jentera pilihanraya dikendalikan. Sekiranya peti undi dapat dikuasai ini bermakna jentera pilihanraya juga telah dikuasai. Bagi Barisan Nasional (dalam hal ini UMNO) sistem peti undi ini adalah mekanisma sokongan kepada sistem 10: I iaitu sistem pengawalan pergerakan pengundi di mana seorang pengundi mengawasi pergerakan I o orang pengundi lain (selalunya yang menyokong parti pembangkang). Sebagai contohnya bagi kawasan dewan undangan negeri Tepuh (N9) dalam parlimen Kuala Nerus (P.32), ianya mempunyai 10 peti undi dan salah satu peti undinya iaitu peti undi Kampung Bukit (Kod. 032101) yang terdiri dari 9 buah kampung kesemuanya. Perlu dijelaskan di sini bahawa peti undi adalah juga merupakan pusar mengundi. Untuk perbandingan seterusnya, kawasan parlimen Besut (P.30) yang terletak di bawahnya 4 kerusi dewan undangan negeri (Kuala Besut, Kampung Raja, lertih dan Hulu Besut) mempunyai 39 peti undi yang juga berfungsi sebagai tempat pembuangan undi bagi kawasan berkenaan.

    Disamping mempunyai struktur organisasi pilihanraya yang kemas dan sokongan kewangan yang kukuh, Barisan Nasional juga mempunyai kekuatan manipulariJ (propaganda) melalui penguasaan media massa dan isu yang paling menonjol yang digunakan melalui saluran ini ialah isu "Parti Allah".

    Akhbar NewSrrairs Times, keluaran lumaat 25 haribulan lulai 1986 yang mula-mula bertanggungjawab mengetengahkan isu "Parti Allah" kepada masyarakat. Di muka surat tiga, akhbar ini menyiarkan gambar papan tanda parti PAS dengan tulisannya yang berbunyi: "Kami menyokong Parti Allah - PAS Cawangan rumah

    23

  • P/UHANRAYA UMUM / 986

    pangs a Kampung Kerinchi , Kawasan Lembah Pantai". Pada halaman yang sarna, akhbar tersebut turut menyiarkan komen salah seo.ang penduduk di kawasan berkenaan yang berkata: "Tak terfikir bagi saya bahawa Allah adalah seorang ahli politik" (I never knew God was a politician). Pentafsiran yang bersifat literal berkaitan dengan isu ini telah di exploitasi semaksima mungkin oleh pihak pemerintah melalui media massa. Walau bagaimanapun perlu ditekankan disini bahawa pentafsiran secara literal adalah secocok dengan tahap pemikiran sebahagian besar pengundi Melayu luar bandar yang bersifat konservatif (dan salah satu aspek penting dalam hal ini ialah pengundi mempunyai tahap pendidikan yang paling minima) . Pendekatan yang dibuat oleh Barisan Nasional juga mengambil kira 'simple logic' dan bersifat' praktikal '. Isu-isu yang di bawa oleh pemimpin UMNO khususnya adalah bersifat - dalam kala-kata seorang aktivis PAS - "boleh makan selalu" (for immediate consumption). Bagi menjelaskan perkara ini penulis diberitahu bahawa salah satu bahan kempen dalam parlimen Marang di mana Hj. Hadi Awang bertanding ialah kata-kata berikut: "Sekiranya mak ciklpak cik undi Tok Guru (Hj. Hadi), mak ciklpak cik akan 'kehilangannya', di mana sebahagian besar dari masanya akan dihabiskan di Kuala Lumpur (menghadiri sidang Dewan Rakyat) dan tiadalah lagi kuliah mingguannya yang diadakan di masjidnya di Rusila". Gaya kempen PAS pula lebih bersifat tioritis dan konseptual, khususnya dalam usahanya untuk menjelaskan hal-hal yang ' besar' seperti konsep ' Negara Islam ' . Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mungkin merupakan orang yang paling pakar dalam mengemukakan hujah-hujah yang bersifat 'simple logic ' yang boleh diterima oleh pemikiran orang-orang kampung biasa. Dalam menangani isu "Parti Allah" Encik Ghaffar Baba menerangkan bahawa UMNO bukanlah sebuah parti politik yang anti-Islam tetapi hanya anti-PAS yang telah menyelewengjauh dari ajaran Islam yang sebenamya.' Begitujuga apabila beliau membincangkan isu "pembangunan" semasa merasmikan Sekolah Menengah Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu pada hari Jumaat 2517186 beliau menyebut bahawa membinajalan-jalan raya bukanlah merupakan satu usaha yang haram di sisi agama. Beliau seterusnya mengatakan bahawa sekiranya pembinaan jalan raya adalah haram makaadalah salah bagi kerajaan Arab Saudi membinajalan bagi tujuan menghubungi bandar Mekah dan Madinah, untuk kebaikan seluruh umat Islam. Rujukan kepada Mekah dan Madinah di sini adalah bertujuan untuk mengabsahkan lagi kenyataannya. III Bentuk pendekatan dalam usaha menyampaikan mesej kepada pengundi dengan menggunakan isu-isu yang boleh diterima oleh pemikiran mereka adalah penting bagi menjamin sokongan mereka. Inilah kekuatan Barisan Nasional, dan pendekatan yang sesuai ini diperkukuhkan pula dengan jentera pilihanraya yang kemas dan licin .

    9. LihOlI. T"~ Swr. Jln/86. 10. LihOlt. The Swr. 2617/86.

    24

  • MAlAYSIA dlJri ,\'t!J:i SEJARAH

    Faktor lain yang telah menjamin kemenangan Barisan Nasional di Terengganu adalah faktor logistik yang lebih memihak kepada kerajaan yang berkuasa. Faktor yang dimaksudkan di sini ialah persempadanan semulakawasan pilihanraya. Salah seorang cal on PAS yang menjadi man gsa kepada perubahan ini ialah Hj. Hamn Taib yang mempertahankan kerusi dew an undangan negeri Manir. Kawasan Manir telah terkenal sebagai salah satu kubu PAS di Terengganu. Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya, kawasan dewan undangan negeri Manir telah diubah sempadannya dengan memasukkan ke dalamnya sebahagian dari kawasan dewan undangan negeri Telemong. Telemong adalah terkenal sebagai kubu kuat UMNO. Kawasan-kawasan lain telah juga diubahsuai, dan ini boleh dilihat sebagai salah satu faktor terpenting bagi mempastikan kemenangan Barisan Nasional.

    KESIMPULAN

    Pilihanraya umum 1986 telah memberi kemenangan yang menyakinkan kepada Barisan Nasional dan negeri Terengganu turut menjadi milik Barisan Nasional. Kemenangan Barisan Nasional di Terengganu adalah hasil dari struktur organisasi yang menggerakkan jentera pilihanraya yang kemas, pendekatan yang sesuai dalam menangani isu-isu semasa, faktor logistik dalam bentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya, dan kuasa manipulatifkerajaan melalui media massa. Pendekatan-pendekatan yang digunakan adalah selari dengan bentuk pemikiran sebahagian besar pengundi yang bersifat konservatif. Pada pandangan penulis pengundi yang bersifat konservatif lebih memihak kepada 'tradisi' dan konsep 'tradisi' inilah yang memainkan peranan yang penting membantu memenangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ini khususnya di Terengganu. Tradisi selalunya dikaitkan dengan suatu un sur yang berterusan yang membantu mewujudkan kestabilall masyarakat (termasuk sistem politik). Rujukan kepada tradisi sebagai faktor terpenting dalam melahirkan kestabilan adalah selari dengan sebahagian besar pengundi (khususnya pengundi Melayu luar bandar) yang masih boleh disifatkan sebagai tradisiollal dan konservatiJ Bagi penulis, inilah faktor terpenting yang telah membantu kemenangan Barisan Nasional di Terengganu. Prestasi masa depan Barisan Nasional amat bergantung kepada keupayaannya mengekalkan status 'kestabilan' (baca konservatisme) pengundi yang akan terus menyokongnya. Dalam saat yang sarna kerajaan Barisan Nasional tidak dapat lari dari meneruskan proses pemodenan yang melibatkan perubahan. Aspek perubahan inilah yang perlu diberi perhatian. Sekiranya perubahan yang diketengahkan dilihat sebagai merugikan rakyat umumnya maka ini memungkinkan berubahnya sokongan pengundi kepada kerajaan yang meme.rintah.

    25

  • P1UHA.NRAYA. UMUM /986

    RUJUKAN

    Firdaus Hj. Abdullah "PAS and the 1978 Election" dalam Harold Crouch, Lee Kam Hing and Michael Ong (eds) Malaysian Politics and The 1978 Elec-tion, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1980.

    Kessler Clive S, Islam and Politics in a Malay State: Kelantan 1839-1969, Ithaca: Cornell University Press, 1978. '

    Haji Yusuf Rawa Teguhkan Jamaah, Teruskan Jihad, Ucapan Dasar Muktamar Agung PAS Ke 32, Pejabat Agung PAS, 1986.

    Pejabat Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Keputusan Pilihanraya Umum 3hb. Ogos 1986, Parlimen dan Dewan Undangal1 Negeri Terengganu 1986.

    'Pejabat Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Data-Data Pengundi Mengikut Kaum Bagi Kawasan Pilihanraya Negeri Terengganu, 1986.

    Pejabat Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Data-Data Pengundi Mengikut Peti Undi Dalam Kawasan Pilihanraya Negeri dan Parlimen Terengganu. 1986.

    Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Analisa Keputusan Pilihanraya Kebangsaan 3hb. Ogos 1986.

    Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Bangunkan Negara Dengan Islam, Manifesto PAS Negeri Terengganu. 1986.

    Risalah Edaran. Parti Allah, tanpa tarikh dan penerbit. Jabatan Penerangan PAS Kelantan, Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan,

    Kota Bharu. Siapa Yang Memecah-belahkan Masyarakat? risalah edaran, tanpa tarikh.

    26