pilihanraya di malaysia

33

Click here to load reader

Upload: muhammad-haniff

Post on 16-Apr-2017

36.143 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pilihanraya di Malaysia

Pengajian MalaysiaSoalan 4 : “Pilihanraya merupakan mekanisme

yang mewujudkan dan mengekalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen di

Malaysia”. Jelaskan kenyataan ini.

Nama Pensyarah :Puan Rohaini Binti Amin

Disediakan oleh :Muhammad Faris Bin Salehuddin

Azim Azri Bin J Azhari

Page 2: Pilihanraya di Malaysia

Demokrasi Berparlimen dan Proses Pilihan Raya

Page 3: Pilihanraya di Malaysia

PengenalanPerlembagaan Persekutuan Malaysia yang

terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan – peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita – cita mewujudkan sebuah negara demokrasi dan adil untuk semua pihak.

Page 4: Pilihanraya di Malaysia

Demokrasi BerparlimenBermaksud pemerintahan yang dijalankan

secara perwakilanDibentuk melalui proses pilihan rayaRakyat diberi mandat untuk memilih

pemimpin yang akan mewakili mereka sekaligus menjadi wakil rakyat di Parlimen

Dalam erti kata lain demokrasi berparlimen bermaksud ‘kerajaan rakyat’

Page 5: Pilihanraya di Malaysia

Amalan Demokrasi Berparlimen Di MalaysiaMalaysia mengamalkan sistem demokrasi kerana ia

termaktub dalam Perlembagaan PersekutuanCorak Demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah

Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan YDPA sebagai Ketua Negara

Demokrasi Berparlimen di Malaysia menetapkan hanya wakil – wakil yang sah dipilih oleh rakyat akan menduduki parlimen seterusnya menjalankan pemerintahan melalui peruntukan perlembagaan persekutuan.

Untuk memerintah negara, mana – mana parti politik perlu menyertai pilhan raya yang diadakan 5 tahun sekali.

Page 6: Pilihanraya di Malaysia

Pilihan Raya Bermaksud satu kaedah bagi rakyat untuk

mengundi bagi memilih wakil mereka.Turut berperanan untuk mengesahkan

mereka yang memegang kuasaMerupakan satu bentuk komunikasi antara

pemerintah dan yang diperintah

Page 7: Pilihanraya di Malaysia

Sejarah Pilihan Raya i)16 Februari 1952-Pilihan Raya

Perbandaran (Kuala Lumpur) ii)Pilihan raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu 1948 iii)Pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama

Page 8: Pilihanraya di Malaysia

27 Julai1955- Pilihan raya Persekutuan yang pertama di T.Melayu

Antara parti yang mengambil bahagian :a)Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MCA,MIC.b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn - 33 orangc) d)Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) -11 orangd) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat),Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.e) Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah

kerusi yang dipertandingkan .Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.

Page 9: Pilihanraya di Malaysia

Fungsi Pilihan Raya Menubuhkan sebuah kerajaan DemokrasiMengekalkan pucuk pimpinanPemilihan calon bagi mengisi jawatan

tertinggiMenguatkan kestabilan dalan sebuah

organisasi dan komuniti politik.

Page 10: Pilihanraya di Malaysia

Jenis – jenis Pilihan Raya Terbahagi kepada 2 :

Pilihan raya umumPilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecilPilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan, dan pelucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Page 11: Pilihanraya di Malaysia

Surunhanjaya Pilihan Raya (SPR)Ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut

perlembagaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai 1 pengerusi dan 2 ahli pada ketika itu.

Pada tahun 1963 ahlinya ditambah kepada 3 orang manakala pada tahun 1981 ditambah pula timbalan pengerusi dan Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan orang yang pertama memegang jawatan itu.

Pada 2002, keanggotaan SPR ditambah menjadi 7 orang ahli, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli termasuk 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak

Pengerusi, Timbalan pengerusi dan 3 orang ahlinya dilantik oleh YDPA atas nasihat MRR

Page 12: Pilihanraya di Malaysia

SPR membentuk sebuah urus setia bagi menjalankan fungsinya yang diketuai oleh setiausaha. Setiausaha yang pertama H.Cassidy (1957 – 1958)

Page 13: Pilihanraya di Malaysia

Fungsi SPRMengkaji dan membuat persempadanan

bahagian – bahagian pilihan raya.Menjalankan urusan pendaftraran pemilih

dan penyemakan daftar pemilihMenjalankan pilihan raya umum dan kecil.Mendaftarkan calon – calon yang bertanding.

Page 14: Pilihanraya di Malaysia

Sistem Pilihan raya di MalaysiaDiadakan 5 tahun sekaliMemilih wakil – wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri

bagi mengetuai Kerajaan Negeri dan wakil – wakil Dewan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan

Dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdapat dalam Perkara 113 – 120 Perlembagaan Persekutuan

Dibubarkan oleh YDPA peringkat persekutuan dan Raja / Yang Dipertuan Negeri bagi peringkat negeri (melalui nasihat PM / MB)

Perlu diadakan dalam masa 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Page 15: Pilihanraya di Malaysia

Tarikh Pilihan Raya Umum MalaysiaPILIHAN RAYA UMUM TARIKH

1 19 OGOS 19592 25 APRIL 19643 10 MEI 19694 25 OGOS 19745 8 JULAI 19786 22 APRIL 19827 3 OGOS 19868 21 OKTOBER 19909 25 APRIL 199510 30 NOVEMBER 199911 21 MAC 200412 8 MAC 2008

Page 16: Pilihanraya di Malaysia

Undang – undang dan peraturan Pilihan Raya1. Perlembagaan persekutuan2. Perlembagaan negeri3. Akta pilihan Raya, 1958 (Akta 19)4. Akta Kesalahan Kesemuanya berkait secara langsung.

Page 17: Pilihanraya di Malaysia

Elemen – Elemen Penting Pilihan RayaBILANGAN BAHAGIAN PILIHANRAYASeseorang calon dipilih untuk mewakili

penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihanraya di Parlimen (Pilihan raya umum ) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan raya Negeri)

Sehingga kini terdapat 219 kerusi Dewan Rakyat ( Parlimen ) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang dari 8 tahun

Page 18: Pilihanraya di Malaysia

PENDAFTARAN PEMILIHSeorang pemilih mesti mendaftar dengan SPR sebelum

dia mengundi.Seseorang layak mengundi jika :

1) Warganegara Malaysia2) Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan3) Seorang penduduk di mana- mana bahagian pilihan raya di Malaysia4) Tidak hilang kelayakan

Page 19: Pilihanraya di Malaysia

Hilang kelayakan pemilihHilang kelayakan sekiranya dia:a)Pada tarikh kelyakan, ditahan kerana tidak

siuman/ sedang menjalani hukuman penjarab)Sebelum tarikh kelayakan , didapati

bersalah dan di hukum mati / penjara (tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan )

c)Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

d)Telah memperoleh kerakyatan asing

Page 20: Pilihanraya di Malaysia

KELAYAKAN CALONWarganegara Malaysia dan bermastautin di negara

ini.Umur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari

penamaan calonTinggal di negeri di mana dia akan bertandingHilang kelayakan sekiranya :Tidak siumanBankrapMemegang jawatan ‘office of profit’Gagal kemukakan laporan perbelanjaan pilihan rayaDidapati bersalah oleh mahkamahTelah memperoleh kewrganegaraan asing

Page 21: Pilihanraya di Malaysia

Proses Pilihan RayaBermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR

kepada pegawai pengurus.Notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari

penamaan calon & hari mengundi. Hari Penamaan Calon. Hari yang ditetapkan oleh SPR bagi calon-calon yang

bertanding mengemukakan kertas-kertas penamaan kepada pegawai pengurus.

Dikemukakan oleh calon,pencadang, & penyokong atau salah seorang daripada mereka.mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.

Pegawai pengurus mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding jika seorang calon sahaja yang dicadangkan.

Page 22: Pilihanraya di Malaysia

Deposit RM 10.000 bagi kerusi Parlimen & RM 5000 bagi

kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada umlah undi.

Penggunaan simbol.boleh menggunakan simbol parti jika mendapat

kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.Kempen.SPR merangka peraturan-peraturan khas untuk

berkempen.Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihenti pada pukul 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Page 23: Pilihanraya di Malaysia

Hari Mengundi.merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang

undiWaktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00

pagi hingga jam 5.00 petangBagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit

bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.

SPR akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:

1. Tarikh mengundi2. Lokasi tempat mengundi3. Waktu mengundi di semua tempat mengundi4. Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi

Page 24: Pilihanraya di Malaysia

Barung SPRSeseorang calon tidak dibenarkan mendirikan

pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding

parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak diluar jarak 50 meter dari pusat mengundi

memastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi.

Barung-barung ini adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka

Page 25: Pilihanraya di Malaysia

Kebenaran memasuki tempat pembuangan undi.

hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi

mestilah membawa kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalandiri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi

Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanyapegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:

Page 26: Pilihanraya di Malaysia

1. . Ahli dan pegawai SPR2. Ketua tempat Mengundi dan kakitangannya3. Calon-calon dan wakil calon;4. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi5. Orang-orang yang dibenarkan oleh SPR

Ejen mengundi Undang-undang membenarkan calon melantik

ejen mengundi bagi tujuanmenjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa

Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikutundang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Page 27: Pilihanraya di Malaysia

Pengiraan undidijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat

mengundiatau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan.

Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan

Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi.:

1. . Ahli-ahli dan pegawai SPR2. Pegawai yang dilantik oleh SPR3. Kerani mengira undi4. Calon, wakil dan ejen mengira undi. Kehdiran ejen-ejen

calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

Page 28: Pilihanraya di Malaysia

Perjumlahan rasmi undipengiraan undi di tempat-tempat mengundi

dan pusat pengiraan undi,keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus

Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang.

Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.

Page 29: Pilihanraya di Malaysia

Orang yang layak mengundi secara pos.1. Anggota tentera2.  Pasukan Polis Hutan3. Petugas-petugas pilihan raya4. Pegawai-

pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara5. Pelajar yang menuntut di luar negara, serta ist

eri atau suami masing-masing6. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai 

Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkaptelah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi

Page 30: Pilihanraya di Malaysia

Petisyen pilihanraya.Sesuatu keputusan pilihan raya sebenarnya boleh

dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:

1. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telahmenjejaskan pilihan raya

2. Ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya

3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yangdilakukan oleh calon dan ejen-ejen

4. Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya. Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta

Page 31: Pilihanraya di Malaysia

Penyata pembelanjaan pilihan raya.Seseorang calon layak membelanjakan wang

bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:1. RM200,000 bagi Dewan Rakyat2. RM100,000 bagi Dewan Undangan NegeriLaporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada

Pengarah Pilihan Raya Negeri didalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Page 32: Pilihanraya di Malaysia

Penyimpanan dan pelupusan kertas undiDokumen-dokumen ini mestilah disimpan didalam peti

atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.Peti-peti khas ini disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga  counter foils . Ê kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim MahkamahTinggi, jika ada kes-kes petisyen.Selepas tempoh enam bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaranSPR akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan.Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Page 33: Pilihanraya di Malaysia

KesimpulanPengamalan sistem Demokrasi Berparlimen sesungguhnyamendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, sistem tersebut telah dapat mewujudkan suasana politik yang stabil, aman dan makmur. Melalui Demokrasi Berparlimen, kewujudan seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan datang. Selain itu, setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa berkerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud.