pidato integriti -teks penuh

12
Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi . Dalam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. 999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan terima kasih saya kuntumkan buat saudara pengerusi, barisan kehakiman penuh berintegriti

Upload: allan-bacelon-gunben

Post on 02-Jul-2015

1.548 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato Integriti -Teks Penuh

Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi”. Dalam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa.

999 bukanlah satu nombor misteri dan bukan juga nombor kecemasan.Nombor tersebut apabila ditambahkan dengan 1 akan menjadi 1000, dan apabila dikalikan dengan 1000 akan menjadi sejuta. Maka, jutaan terima kasih saya kuntumkan buat saudara pengerusi, barisan kehakiman penuh berintegriti menyerap semangat keris Kemerdekaan, barisan kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang diberkati, Salam Satu Integriti, Salam Satu Malaysia, salam ceria berbaurkan kemesraan.

Page 2: Pidato Integriti -Teks Penuh

Sistem pendidikan, teras integriti bangsa Malaysia. Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang membentuk mauduk pidato saya pada hari ini. Konotasi frasa sistem pendidikan , teras integriti bangsa Malaysia, ditakrifkan sebagai penerapan unsur integriti dalam pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan merupakan tunjang pembentuk jati diri bangsa yang berintegriti.

Secara kasarnya integriti seseorang itu adalah manifestasi keperibadian dan tingkah lakunya setelah mengharungi dan mengalami proses pendidikan, pelajaran dan sosialisasi. Oleh itu, peranan keluarga, sistem persekolahan dan keadaan sekeliling boleh mempengaruhi integriti seseorang. Secara kasar juga integriti tidak boleh dikuatkuasakan menerusi undang-undang. Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya akan mengemukakan 4 konteks utama dalam pidato saya pada hari ini.

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pembentuk masyarakat berintegriti

Page 3: Pidato Integriti -Teks Penuh

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan acuan keseimbangan masyarakat

3. Misi Nasional pemacu pembentukan bangsa berintegriti

4. Kokurikulum… Kurikulum … Wahana penyemaian integriti

Sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian,

Konteks pertama, Falsafah Pendidikan Kebangsaan pembentuk masyarakat berintegriti. Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Kita perlu bersikap adil dengan tidak menafikan bahawa agenda ini telahpun terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati

Page 4: Pidato Integriti -Teks Penuh

diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan.

Usaha ini adalah sejajar dengan agenda pembinaan modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang digagaskan oleh kepimpinan negara. Agenda ini perlu digerakkan atas kesedaran bahawa pada hari ini sistem pendidikan negara perlu melahirkan para pelajar yang lebih daripada sekadar memilik kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Malah pelajar yang cemerlang akademik dengan pencapaian A dalam semua subjek di peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM sekalipun belum mencukupi untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan tuntutan dan cabaran dalam dunia tanpa sempadan dengan persaingan sengit langit terbuka.

Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak,

Page 5: Pidato Integriti -Teks Penuh

kemahiran yang bersifat `hands on’ serta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Konteks kedua, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan acuan keseimbangan masyarakat. Atas kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bertemakan, `Merintis Pembaharuan’, pelan ini dirangka agar dapat menjadi pengisian untuk memenuhi kehendak Wawasan 2020, iaitu hasrat untuk menjadi masyarakat sebuah negara maju yang mengikut acuannya sendiri, iaitu masyarakat yang mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Bak teratai terapung di atas permukaan air, akarnya mencecah muara, pucuk pun jauh menggapai purnama.

PIPP juga dirangka bagi menyokong hasrat Misi Nasional yang memberikan penekanan ke atas pembangunan

Page 6: Pidato Integriti -Teks Penuh

modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya (capacity building) sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju, melalui penekanan terhadap pembangunan dan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Sidang hadirin tonggak kegemilangan negara sekalian,

Dalam teras Membina Negara Bangsa, misalnya, integriti menjadi asas kepada pembentukan masyarakat negara bangsa yang hendak dilahirkan. Masyarakat Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini adalah sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara. Melalui teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak

Page 7: Pidato Integriti -Teks Penuh

tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Seperti mata pisau, semakain diasah semakin tajam.

Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap warganya.

Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Dalam teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi, berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan; berkeyakinan tinggi, berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu

Page 8: Pidato Integriti -Teks Penuh

bertindak secara rasional; sentiasa menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu; serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di dalam keluarga dan masyarakat, seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,

Dalam konteks menjayakan PIN, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari bahawa ‘Pendidikan Integriti’ amat penting dan sekolah mempunyai peranan yang amat penting dalam membantu kerajaan menggerakkan pemahaman terhadap PIN.

Penyemaian nilai integriti turut dilakukan melalui mata pelajaran secara khusus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Page 9: Pidato Integriti -Teks Penuh

Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pelatih didedahkan dengan elemen integriti melalui topik Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), melalui topik Tatanegara dan Sivik Kewarganegaraan. Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui Program Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik di dalam buku ‘Budaya IPG’.

Selain penerapan nilai integriti melalui kurikulum, Integriti juga disampaikan menerusi kegiatan kokurikulum. Penerapan nilai integriti melalui kokurikulum ini dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-

Page 10: Pidato Integriti -Teks Penuh

sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti.

Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan yang berkesan merupakan tonggak utama dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti. Oleh itu, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan atau dipertanggungjawabkan kepada warga pendidik semata-mata, tetapi ia memerlukan penglibatan semua pihak.

Tanpa penglibatan yang jitu, usaha Kerajaan akan menjadi pincang dan hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti akan tinggal sebagai harapan.

Page 11: Pidato Integriti -Teks Penuh

Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,

Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan , pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, jangan jadi macam katak dibawah balang kaca, dapat melihat, namun tidak tahu apa-apa, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang. Sekian, Salam Nasionalisme.

Page 12: Pidato Integriti -Teks Penuh