pgesanan1 jpnj 2012

10
Ujian Pengesanan UPSR 2012 Jabatan Pelajaran Johor Oleh: Cikgu Siti Aminah Ramlan SK Bandar Rengam Kluang Johor. http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Upload: siti-aminah-ramlan

Post on 15-May-2015

420 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pgesanan1 jpnj 2012

Ujian Pengesanan UPSR 2012Jabatan Pelajaran Johor

Oleh:Cikgu Siti Aminah Ramlan

SK Bandar RengamKluang Johor.

http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Page 2: Pgesanan1 jpnj 2012

BAHAGIAN A – Membina lima ayat lengkap

http://sites.google.com/site/cikgusitiamiramlan/-

Page 3: Pgesanan1 jpnj 2012

1. Cikgu Rosli mengawasi dan memerhatikan murid-muridnya menjalani

aktiviti di dalam perpustakaan sekolah.

2. Raju dan Samsul membaca buku dengan tekun bersebelahan dengan

Cikgu Rosli berdiri.

3. Lina dan Mei Ling menyiapkan tugasan sekolah dengan membuat

Cadangan ayat:

rujukkan daripada buku perpustakaan.

4. Kalam menyusun semula buku yang sudah dibaca di rak buku agar

kelihatan kemas dan teratur.

5. Seorang perpustakawan sedang melayan seorang murid perempuan yang

hendak membuat pinjaman buku.

Page 4: Pgesanan1 jpnj 2012

Bahagian B-Menulis karangan

Page 5: Pgesanan1 jpnj 2012

Soalan 1Perbualan tentang kebaikan membaca surat khabar.

Pengenalan: situasi /latar tempat yang sesuai

Isi-isi:1. Dapat mengisi masa lapang2. Dapat menambah ilmu pengetahuan/ maklumat3. Dapat memperbaiki mutu pembacaan dan tatabahasa Malayu/Inggeris

Penutup: pengakhiran perbualan.

Page 6: Pgesanan1 jpnj 2012

Cadangan karangan:

Ali: Hai, sudah lama menunggu saya?Abu: Oh, Ali rupanya! Belum lama sangat

pun, saya rasa lima minit yang lalu.Ali: Tadi saya nampak awak asyik sungguh

membaca. Apakah yang awak baca Abu?Abu:Saya membaca surat khabar Harian Metro. Saya membelinya

semasa dalam perjalanan tadi.Ali: Nampaknya awak suka membaca surat khabar. Tentu banyak ilmu

yang awak peroleh.Abu: Ya, saya memang suka membaca surat khabar, terutama pada

waktu lapang. Banyak ilmu yang saya perolehi seperti bidang sukan, ekonomi, kesihatan dan lain-lain. Awak pun apa kurangnya Ali. Tengok tu, di celah ketiak awak, bukankah itu surat khabar Berita Harian?

Page 7: Pgesanan1 jpnj 2012

Ali: Oh, betul Abu. Ini surat khabar Berita Harian. Saya pun sama seperti awak. Kalau ada masa lapang, membaca surat khabar adalah aktiviti saya. Dengan ini, saya akan mengisi masa lapang dengan baik. Tidaklah hanya menonton rancangan di televisyen sahaja. Saya juga, dapat mengelakkan diri daripada mengikut rakan-rakan lain melepak di tepi-tepi jalan.

Abu. Selain itu, dengan membaca surat khabar kita akan dapat memperbaiki aspek tatabahasa. Terutamanya sistem ejaan, tanda baca dan struktur ayat. Kita juga dapat menambahkan kosa kata. Lagi pun, ia tidaklah hanya terhad untuk mata pelajaran Bahasa Melayu malahan Bahasa Inggeris juga.

Ali: Sebenarnya yang paling penting sekali kita akan jadi orang yang bermaklumat jika membaca surat khabar. Setiap hari, berita-berita yang disiarkan adalah berlainan dan terkini. Tidaklah kita seperti katak di bawah tempurung.Bukan sahaja, hal-hal di dalam negeri malahan luar negara juga kita dapat ketahui.

Page 8: Pgesanan1 jpnj 2012

Bahagian C- Ulasan nilai

Page 9: Pgesanan1 jpnj 2012

Idea-idea utama:

1. Menyertai mana-mana persatuan – menghargai masa/memanfaat masa

2. Mengunjungi tempat bersejarah – semangat patriotik3. Mendisiplinkan diri – mematuhi peraturan/patuh/akur perintah4. Melakukan sendiri sesuatu tugasan – berdikari5. Berdaya saing – semangat kental/gigih6. Sikap bantu-membantu -bekerjasama

Page 10: Pgesanan1 jpnj 2012

Cadangan Ulasan:Antaranya, kita mestilah tahu menghargai masa

dengan menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Selain itu, kita patut memupuk semangat patriotikterhadap negara dengan mengunjungi tempat bersejarah. Oleh itu, kita perlu patuh dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Justeru itu, kita wajar berdikari agar dapat menjalankan tugas sendiri tanpa berdikari agar dapat menjalankan tugas sendiri tanpa terlalu bergantung. Akhirnya, kita hendaklah sedia memupuk sikap bekerjasama agar perpaduan terjalin kukuh.