pewarisan permainan rebana perak di kampung … permainan rebana perak di... · penekanan dalam...

24
PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR Mohammad Faizal Bin Nawani Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengur oa n Seni) 2013

Upload: lamcong

Post on 03-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR

Mohammad Faizal Bin N awani

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Penguroan Seni)

2013

Page 2: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

tusat lOaidmMi MakJulB:l1 Akadrmik VNIVERSm. MALAYSIA SARAWAK

P . KHtD"aT "~KLU"~T ~K~DE"tK

UNt"~S

IIIIIIIIIIIIIIIIIIII~ III 1000273093

PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK

DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR

MOHAMMAD F AIZAL BIN NAWANI

(26926)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2013

Page 3: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya, MOHAMMAD FAIZAL BIN NAWAN. (26926)

mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan sya rat-sya rat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan 0

'---__-'I SULIT (mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

'---__-'I TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang

telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/" IT'DAKTERHAD

Disahkan oleh

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)

Alamat tetap: No 2, Jalan Haji Sabri, 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor

Catatan: *Tesis I Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjan Muda

• j ika Tesis I Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa I organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis Ilaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

ii

Page 4: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

PENGESAHAN

Projek bertajuk Pewarisan Permainan Rebana Perak Di Kampung Sungai Air Tawar telah

disectiakan oleh Mohammad Faizal Bin Nawani dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(DR. NORIA TUGANG)

Tarikh:

iii

Page 5: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

· PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa bahagian dalam penyelidikan ini hanya digunakan sebagai bahan

sokongan untuk sesuatu ijazah dan setiap ringkasan telah saya jelaskan sumbemya.

~

Mohammad Faizal Bin Nawani

(26926)

iv

Page 6: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

I

I

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu pengkaji mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan

limpah rahmat-Nya, pengkaji berjaya menyiapkan sebuah tulisan ilmiah untuk dijadikan

rujukan ilmu kepada pembaca dan pengkaji akan datang. Pengkaji berterima kasih kepada

kedua-dua ibu bapa pengkaji iaitu En. Nawani bin Manan dan Pn. Rossiah bte Yaakob

yang banyak membantu dan tidak pernah berhenti memberi sokongan serta dorongan.

Pengkaji juga berterima kasih pengsyarah-pengsyarah yang banyak membantu sehingga

terhasilnya tulisan ilmiah ini.

Ucapan setinggi terima kasih kepada Dr. Noria Tugang kerana sudi menyelia

pengkaji dalam proses menyiapkan Projek Tahun Akhir (PTA). Dalam proses menyiapkan

PTA ini, pengkaji sentiasa bersedia untuk menerima kritikan dari penyelia pengkaji tanpa

mengenali erti penat. Se1ain itu, pengkaji juga ingin berterima kasih kepada Dr. Indra

Utama kerana banyak memberikan idea-idea yang bernas sepanjang pengkaji menjalankan

kajian. Selain itu, pengkaji juga berterima kasih kepada adik pengkaji Mohammad Farid

bin Nawani kerana telah membantu pengkaji disepanjang menyiapkan kajian perpustakaan

dan kajian lapangan.

Jika menyinkap semula perjalanan untuk menyiapkan PTA ini, ramai individu yang

banyak membantu dapat penghasilannya. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

seperjuangan dalam program Pengurusan Seni ambilan Julai 2010/2011 yang tidak pernah

berhenti memberikan idea dan semangat untuk memastikan PTA ini berjalan dengan

lancar. Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan kepada Kumpulan Tebuk Sekolah

yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengkaji mengjalankan kajian

lapangan untuk mengumpul data-data primer. Pengkaji juga ingin berterima kasih kepada

yang terlibat dalam kajian ini samaada secara langsung atau 6dak langsung.

v

Page 7: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

ABSTRAK

Kajian ini mengenai Pewarisan Pennainan Rebana Perak Di Kampung Sungai Air

Tawar. Kajian ini memfokuskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Tebuk

Sekolah untuk mewariskan dan memperturunkan ilmu pennainan Rebana Perak ini kepada

generasi yang seterusnya. Kumpulan Tebuk Sekolah perlu menggunakan kaedah

pemindahan ilmu pennainan yang lebih menarik dan sistematik. Seterusnya, ilmu

pennainan Rebana Perak dapat diwarisi oleh generasi seterusnya.

vi

Page 8: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

,...

ABSTRACT

This study on inheritance for Rebana Perak's game at Kampung Sungai Air Tawar.

This study focuses on the methods used by Kumpulan Tebuk Sekolah for transfer the

knowledge's Rebana Perak to the next generation. Kumpulan Tebuk Sekolah should use

the method of knowledge transfer game more exciting and systematic. Next, Rebana

Perak's knowledge will be passed on to the next generation.

vii

Page 9: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

;>usat Khidmat MakJulDat AkadrmiJ( VNlVERSm MALAVSIA SARA\\M(

lsi Kandunagan

Perkara MIS

Tajuk Borang Pengesahan Status T esis 11

Abstract V11

lsi kandungan Vlll

Pengesahan III

Perakuan IV

Penghargaan V

Abstrak VI

1. BAB 1 (pengenalan)

1.1. Pengenalan 1

1.2. Pennasalahan Kajian 5

1.3. Objektif Kajian 6

1.4. Kepentingan Kajian 8

1.5. Hipotesis Kajian 9

1.6. Ruang Lingkup Kajian 10

1.7. Kerangka Kerja II

1.8. Lokasi Kajian 14

1.9. Masalah-Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Menjalankan Kajian 16

2. BAB 2 (Sorotan Kesusasteraan)

2.1 . orotan Kesusasteraan. 17

2.2. Rumusan 33

3. BAB 3 (Metodologi Kajian)

3.1. Pengenalan. 34

3.2. Kajian Perpustakaan 35

viii

Page 10: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

3.3. Kaedah kualitatif

3.3.1. Pemerhatian

3.3 .2. Pemerhatian tumt serta

3.3 .3. Temubual

3.4. Instrument kajian

3.4.1.

3.4.2.

. ­ 3.4.3.

3.4.4.

3.4.5.

3.4.6.

Pen

Buku catatan

Kamera foto

Kamera video

Komputer

Mesin pencetak

3.5. Rumusan

4. BAB 4 (Analisa Data)

4.1. Pengenalan

4.2. Nama Dan Bahan Pembuatan Alat Muzik Tradisional

4.3. Asal Usul Rebana Perakdi Kampung Sungai Air Tawar

4.4. CaraBermain Rebana Perak

4.5. Lagu Yang Sesuai Dinyanyikan SemasaBermain Rebana Perak

4.6. Majlis Yang Sesuai Menggunakan Alat Muzik Rebana Perak

4.7. Kelayakan Individu Untuk Bermain Permainan Alat Muzik

Rebana Perak

4.8. Penerimaan Masyarakat Di Kampung Sungai Air Tawar Terhadap

Alat Muzik Tradisional Rebana Perak

ix

35

36

36

37

37

37

38

38

38

39

39

39

40

41

42

43

47

50

51

52

Page 11: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

4.9. Kekerapan Undangan Membuat Persembahan Oi Majlis-Majlis

Keramaian Oalam Kalangan Masyarakat Melayu Oi Kampung

Sungai Air Tawar 53

4.10. Persaingan Oari Alat Muzik Yang Lain Dalam Kampung Sungai Air Tawar 55

4.11. Langkah Pewarisan Permainan Rebana Perak Oleh

Kumpulan Tebuk Sekolah 56

4.12. Cara Terbaik Mengekalkan Rebana PerakTetapOimainkan Walaupun

Tidak Mendapat Permintaan Membuat Persembahan Oi MajHs Keramaian 58

4.13. Peringkat Pewarisan Ilmu Peraminan Rebana Perak Oleh

Kumpulan Tebuk Sekolah 59

4.14. Individu, Badan Pertubuhan Atau KerajaanYang Berminat Untuk

Membantu Proses Pewarisan Permainan Alat Muzik Tradisional

Rebana Perak Oi Kampung Sungai Air Tawar 62

4.15. Ahli-Ahli Kumpulan Tebuk Sekolah 64

5. BAB 5 (Kesimpulan Dan Cadangan)

5.1. Penutup Kajian 66

5.2. Cadangan Penambahbaikan 67

5.3. Cadangan Untuk Pengkaji Akan Oatang 69

Senarai rujukan 72

LAMPlRAN

o Maklumat Informan

o Maklumat Mengenai Kumpulan Tebuk Sekolah

o Soalan Kepada Informan

o Gambar-gambar Sepanjang Kajian

x

Page 12: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

BAB 1

Page 13: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

BABl

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tajuk kajian dan akan

menjelaskan juga mengenai alat muzik tradisional Rebana Perak yang dimainkan oleh

Kumpulaan Tebuk Sekolah di Kampung Sungai Air Tawar secara umum. Dalam bab

ini juga, pengkaji juga akan menerangkan mengenai bahagian-bahagain yang diberi

penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik.

Alat muzik tradisional terbahagi pada beberapa kategori alat muzik seperti

Kordofon, Membranofon, Idiofon, Erofon, Erofon bebas. Rebana Perak merupakan

salah satu jenis alat muzik satu muka dan pada kebiasaannya alat muzik ini

memainkan lagu-Iagu zikir dan pengantin baru. Rebana Perak adalah alat muzik

tradisional yang dimainkan untuk majlis keramain orang-orang Melayu seperti majlis

perkahwinan, majlis berkhatan, mengiringi orang kenamaan dan majlis berkhatam AI­

Quran.

Alat muzik tradisional rebana dimainkan dengan diiringi lagu-Iagu mengikut

kesesuaian majlis. Dalam persembahan dikir rebana, Alat muzik rebana juga

dimainkan untuk memuji-muji kebesaran Allah dan dan kemuliaan Rasul. Menurut

Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek (1995) "". senikata dikir ditulis

dolam bahasa Arab dan keseluruhan memuji kebesaran Allah dan Kemuliaan Rasul.

Biasanya, teks yang digunakan ialah syaiful an 'am atau kitab maulud".

Alat muzik tradisional Rebana Perak tergolong dalam kategori alat muzik

membranofon iaitu alat muzik yang mempunyai satu muka. Menurut Siti Mazni

- --- - --i( 1 )1----- --..,---­

Page 14: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

(2007) "kompang merupakan alat muzik tradisional melayu yang dikenali sebagai

alat membranofon yang berbentuk seperti rebana". Antara alat muzik tradisional lain

yang mempunyai satu muka ialah kompang, rebana ubi, rebana anak dan rebena besar.

Rebana Perak berbentuk bulat, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja.

Alat muzik tradisional dari kategori membranofon adalah jenis alat muzik

yang menghasilkan bunyi dari teknik paluan. Menurut Lee Elaine (2008) "Alat muzik

yang mengeluarkan bunyi dari getaran kulit yang direnggangkan.". Beliau juga

menyatakan bahawa "alat muzik dalam kategori ini mengeluarkan bunyi hasil

daripada paluan sama ada menggunakan tangan atau pemalu tertentu seperti

gendang dan tabla" (Alat-alat Muzik Etnik di Malaysia).

Menurut seorang tokoh pengkaji alat muzik tradisional melayu yang

membuktikan Rebana Perak tergolong dalam kategori membronafon, Mohd Ghouse

Nasruddin (1989) "... Beberapa jenis gendang dimasukkan ke dalam kategori

membronaphone, iaitu gendang bujur, gemdombak, rebana, dan jidur ... "(Muzik

Melayu Tradisional : Dewan Bahasa dan Pustaka).

Pengkaji mendapati bahawa alat muzik rebana merupakan alat muzik yang

unik, sesebuah rebana yang dihasilkan daripada kulit kambing yang telah dikeringkan

dan direngangkan pada kayu yang bulat. Kulit kambing yang kering di paku

disekeliling kayu bulat yang telah dilicinkan permukaan kayunya. Rebana Perak tidak

menggunakan kulit kambing tetapi menggunakan kulit lembu untuk mendapatkan

bunyi yang lebih enak didengar.

Dalam kampung Sungai Air Tawar, terdapat sebuah kumpulan yang masih

aktif yang memperjuangkan permainan alat muzik tradisional Rebana Perak.

Kumpulan ini digelar Kumpulan Tebuk Sekolah, kumpulan ini telah ditubuhkan pada

--------------~( 2

Page 15: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

awal tahun 1998. Kumpulan ini dianggotai seramai sembilan orang yang masih aktif

dan En. Nawani bin Manan merupakan antara ahli kumpulan yang aktif dalam

memperjuangkan irama Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar.

Alat muzik ini telah berada di Kampung Sungai Air Tawar hampir seratus

tahun bersamaan dengan empat generasi keturunan keluarga En. Nawani. Empat

generasi yang dimaksudkan ialah alat muzik ini diperturunkan dari zaman datuk En.

Nawani, ayah En. Nawani, En. Nawani sendiri dan anak En. Nawani. Menurutnya

lagi, alat muzik tradisional Rebana Perak di Kampung Sungai Air Tawar dikenali

sebagai Kompang Melayu. Justeru, pengkaji perlu memahami dengan jelas mengenai

kaedah pewarisan permainan Rebana Perak ini kepada golongan sasaran seterusnya.

Kesenian, kebudayaan dan warisan sukar untuk dipisahkan apabila berbincang

mengenai alat muzik tradisional. Pengkaji melihat kajian ini dari sudut pandang

pewarisan kebudayaan, pewarisan kebudayaan dalam aspek pewarisan ilmu permainan

alat muzik Rebana Perak. Permainan alat muzik tradisional Rebana Perak merupakan

lambang kebudayaan bagi masyarakat Melayu sejak turun-temurun. Dalam mengecapi

era globalisasi, permainan yang berbentuk kebudayaan masyarakat Melayu ini tidak

lagi menjadi tarikan kepada penduduk setempat di kampung Sungai Air Tawar

terutama pada golongan generasi muda.

Budaya merupakan lambang pada satu-satu kawn mengenai cara kehidupan

yang diamalkan dalam sesuatu kaum. Kepupusan kegunaan alat muzik tradisional

Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar semakin bertambah sekiranya langkah­

Iaogkah untuk mewariskan ilmu permainan alat muzik terse but tidak dijalankan pada

bari ini.

- -----I( 3 )t--------'-..;;:.;........

Page 16: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

Pewarisan peramainan Rebana Perak tergolong dalam proses pewarisan

budaya, iaitu pewarisan yang merangkumi proses pengajaran dan proses pembelajaran

dalam satu-satu bidang ilmu. Menurut M. Jazuli, Slamet Suparno, dan Bambang

Murtiyoso (2009) "... diidentitikan dengan konsep pelajaran, transmisi, atau

tranfomG$i pengetahuan (tranler of knowladge) karena pada prinsipnya mencakup

proses pengalihan kompetensi dari generasi ke generasi, dalam hal ini dari guru

/cepada murid".

Proses pewarisan kebudayaan memerlukan kaedah yang lebih sistematik untuk

mengalirkan ilmu kebudayaan tersebut supaya keaslian budaya tetap diteruskan.

Menurut sebuah jurnal yang diterbitkan oleh Fakultas Ilmu Budaya, Universitas

Gadjah Muda, Y ogyakarta (2009) menyatakan bahawa "... kebudayaan adalah warisan

sosial. Dalam arti bahwa kebudayaan diturunkan melalui suatu proses pembelajaran,

baik secara formal maupun secara informal. Adapun proses pembelajaran formal itu

umumnya dilakukan lewat program-rogram pendidikan dalam berbagai lembaga

pendidikan, seperti sekolah, krusus, akademi, perguruan tinggi ... ".

Pengkaji berpendapat bahawa pewarisan permainan Rebana Perak dapat

dilaksanakan, sekiranya dapat memahami langkah-Iangkah perlu diambil supaya

pembelajaran mengenai Rebana Perak dapat diperluaskan ke generasi yang seterusnya.

Selain itu, pengkaji memfokuskan kajian dengan mengaitkan konsep pewarisan dalam

bidang akademik dan langkah-Iangkah pewarisan yang telah dijalankan oleh pihak

Kumpulan Tebuk Sekolah yang memperjuangkan irama alat muzik tradisional Rebana

Perak.

- ---------t( 4 )-._. - - -- ,--­

Page 17: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

I'Ullt Khidmat Maklumat Akademik VMVE1tSlTf MAlAVSIA SARAWAK

1.2 Permasalahan Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan permasalahan kajian yang

menjadi isu utama dalam kajian ini. Kumpulan Tebuk Sekolah yang masih

memperjuangkan aliran muzik tradisional dianggotai oleh pemain-pemain yang telah

berumur. Ahli kumpulan terse but berumur dalam lingkungan 40-an sehingga 70-an,

kurnpulan ini tidak dianggotai oleh mana-mana pemain selain dua peringkat umur

yang telah dinyatakan.

Permasalahan kajian yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai proses

pewarisan ilmu yang kurang efektif dan secara tidak langsung, menyebabkan

kekurangan golongan pemain-pemain muda yang akan mewarisi permainan Rebana

Perak pada era kini dan akan datang di Kampung Sungai Air Tawar.

Pengkaji mendapati bahawa Kumpulan Tebuk Sekolah masih aktif dalam

memenuhi undangan persembahan tetapi kurang mendapat permintaan dari kalangan

penduduk kampung. Pengkaji juga mendapati bahawa permainan Rebana Perak

kurang mendapatkan sambutan dari kalangan-kalangan golongan muda untuk

menuntut ilrnu permainan Rebana Perak.

Golongan-golongan muda di kampung Sungai Air Tawar lebih cenderong pad a

alat Muzik tradisional yang lain dan alat muzik moden berbanding permainan Rebana

Perak. Pengkaji membincangkan permasalahan ini untuk menghasilkan sebuah tulisan

Unuah dalam usaha untuk mewarisi ilmu permainan Rebana Perak supaya permainan

Rebana Perak ini tidak ditinggalkan oleh golongan muda masa kini terutama di

kampung Sungai Air Tawar.

5 )~----------------

Page 18: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

.3 Objektif Kajian

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan mengenai objektifyang dipilih

untuk menghuraikan permasalahan kajian. Objektif memainkan peranan yang penting

untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Pengkaji hanya memberi fokus pada dua

objektif dalam kajian dari segi aspek pewarisan permainan Rebana Perak di Kampung

Sungai Air Tawar.

Kajian mengenai Rebana Perak merupakan kajian yang pertama seumpamanya

dijalankan. Objektifpertama dalam kajian ini adalah mengenalpasti permainan Rebana

Perak yang dimainkan di Kampung Sungai Air Tawar. Pengkaji perlu mengetahui dan

mengenalpasti pemainan alat muzik tradisional ini dari segi kegunaan, teknik

permainan dan cara permainan yang betul agar ilmu permainan ini dapat diwariskan

kepada golongan seterusnya.

Objektif pertama kajian ini dapat memberi pengetahuan secara menyeluruh

mengenai permainan Rebana Perak. Secara tidak langsung, objektif pertama ini dapat

menerangkan cara-cara dan teknik yang betul untuk memainkan alat muzik tradisional

Rebana Perak di Kampung Sungai Air Tawar.

Objektif yang seterusnya adalah menganalisa proses pewansan permaman

Rebana Perak yang pernah dijalankan oleh Kumpulan Tebuk Sekolah kepada

golongan muda di Kampung Sungai Air Tawar. Pengkaji berpendapat bahawa objektif

. . mampu mendapatkan hasil kajian yang tepat apabila kaedah-kaedah pewarisan di

ben perhatian dalam menjalankan kajian. Melalui kaedah-kaedah pewarisan yang

sistematik, pengkaji yakin bahawa ilmu permainan Rebana Perak dapat diwariskan

Dpada golongan pemain-pemain muda.

Pengkaji mendapati bahawa Kumpulan Tebuk sekolah pernah menjalankan

. i pewarisan ilmu sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi telah dihentikan kerana

6 )~----------------

Page 19: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

- - -

ahli-ahli kumpulan ini tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kerana

mengalami pelbagai masalah yang tidak dapat diatasi. Pengkaji perlu menganalisa

kaedah pewarisan yang telah dijalankan sebelum ini untuk menghuraikan

permasalahan kajian.

Justaru, pengkaji perlu memberi fokus pada dua objektif yang telah dinyatakan

dalam usaha-usaha untuk mewariskan ilmu permainan Rebana Perak kepada golongan

seterusnya. Melalui kaedah-kaedah pewarisan yang baik dan sistematik, pengkaji

yakin kedua-dua objektif ini dapat membuka ruang kepada pengkaji untuk

menrungkaikan permasalahan yang berbangkit dan secara langsung mendapatkan

dapatan kajian yang tepat.

7 }­-- - - - ---- -----::----======--=~~-----=-...."..---=='""'".....-::-====

Page 20: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

kepada

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian mengenai Pewarisan Permainan Alat Muzik Tradisional Rebana Perak

di Kampung Sungai Air Tawar adalah kajian pertama seumpamanya dijalankan.

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan mengenai kepentingan kajian ini

golongan-golongan sasaran yang berminat untuk mengetahui mengenai

permainan alat muzik tradisional Rebana Perak di kampung Sungai Air Tawar.

Kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan sumber rujukan oleh pengkaji­

pengkaji seterusnya untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik tradisonal

dalam golongan alat muzik membranofon. Sebelum kajian ini dihasilkan, pengkaji

mengalami kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan dari buku-buku, majalah,

jurnal dan internet. Hal ini disebabkan tiada kajian yang pernah dilakukan oleh

pengkaji sebelum ini mengenai alat muzik tradisional Rebana Perak.

Selain itu, kajian ini juga memberi kepentingan kepada penggiat seni seperti

pencipta lagu untuk menggunakan alat muzik tradisional Rebana Perak sebagai alat

muzik utama dalam penghasilan sesebuah lagu tradisional. Oleh kerana lagu etnik

dipasaran tidak mendapat sambutan, pengkaji menggalakkan pencipta lagu etnik untuk

menggunakan Rebana Perak sebagai alat muzik utama untuk penciptaan sebuah lagu

uotuk mencari kelainan dalam karya penciptaan lagu.

Dapatan ini adalah penting bagi ahli-ahli Kumpulan Tebuk Sekolah untuk

membantu dan merungkaikankan isu yang dibincangkan. Melalui hasil kajian, ahli­

ahli Kumpulan Tebuk Sekolah akan bertambah yakin dan menjalankan kerja-kerja

pewarisan perrnainan Rebana Perak bagi menangani isu yang berlaku.

Page 21: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

Rebana

...

tesis Kajian

Pengkaji mengandaikan bahawa pemain-pemain muda dapat mengenali

Rebana Perak dan menjadi sebahagian dari pemain-pemain yang akan meneruskan

permainan Rebana Perak pada masa akan datang. Selain itu, Pengkaji juga

mengandaikan bahawa permainan Rebana Perak ini juga dapat diwarisi dengan

kaedah-kaedah yang lebih sistematik dan mudah untuk difahami oleh barisan pemain

Perak yang muda, bukan sahaja dari sudut ilmu malahan dari aspek

pemeliharaan dan pemuliharaan.

9 )~-------------------=====~-.-.--..-~-.----.---.==-=:----~--=-------=--="--

Page 22: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

g Lingkup Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai ruang lingkup kajian

yang dijalankan. Skop kajian memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

lcajian, skop kajian akan membataskan sejauh mana dalam menjalankan sesebuah

lcajian.

Kajian ini hanya dijalankan di kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bemam,

SeJangor mengenai pewarisan permainan alat muzik tradisional Rebana Perak. Selain

itu, Skop kajian hanya tertumpu pada memahami dan mengenalpasti permainan alat

muzik tradisional Rebana Perak dan usaha-usaha untuk mewariskan ilmu permainan

aIat muzik tradisional Rebana Perak kepada golongan pemain mud a untuk terus

dimainkan masa-masa mendatang. Pengkaji ingin mengetahui secara mendalam

mengenai cara-cara dan teknik-teknik permainan Rebana Perak, secara tidak lang sung

mempelajari ilmu permainan alat muzik tradisional ini.

Pengkaji menjalankan kajian dengan memfokuskan objektif pertama kajian

iaitu dengan mengenalpasti permainan alat muzik tradisional ini di Kampung Sungai

Air Tawar dari sudut cara permainan, bilangan paluan dan teknik permainan yang

betul dalam tiga kategori permainan Rebana Perak. Pengkaji tidak memfokuskan

meugenai sejarah dan asal usul kedatangan alat muzik ini ke Kampung Sungai Air

awar.

Ruang lingkup kajian ini juga membabitkan kaedah-kaedah pewarisan

Rebana Perak. Pengkaji hanya memberi fokus dari sudut pewansan

iliinDlirum alat muzik tradisional Rebana Perak yang pernah dijalankan. Ruang

'-gblp lcajian ini penting untuk memastikan alat muzik tradisional ini terus dimainkan

masa hadapan tanpa mengikut peringkat umur.

10 )t-------~- ,~-----

Page 23: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

.7 Kerangka Kerja

September - Oktober 2012

2 November - Disember 2012

Januari 2013

1. Menjalankan kajian perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat-maklumat yang telah

ditulis oleh pengkaj i-pengkaj i yang lepas.

Mencari dan meneliti maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan pewarisan budaya, memelihara

dan pemuliharaan alat muzik tradisional Rebana

Perak di kampung Sungai Air Tawar.

1. Pengkaji menyiapkan bab satu sebagai

langkah awal dalam menyiapkan sebuah tesis.

Memahami dan mengenalpasti rebana serta

jenis-jenis alat muzik tradisional.

2. Menyiapkan lakaran bab dua dan perbincangan

bersama penyelia kajian.

1. Menjalankan penyelidikan lapanganlkualitatif.

a) Permerhatian di kampung Sungai Air Tawar.

Kajian akan dilakukan dengan melihat sendiri

keadaan yang sebenar mengenai Rebana

Perak dari sudut keupayaan Rebana Perak

untuk diwariskan dalam masyarakat setempat

untuk persembahan kesenian di majlis-majlis

keramaian.

11 )~-----------------------------

Page 24: PEWARISAN PERMAINAN REBANA PERAK DI KAMPUNG … permainan Rebana Perak di... · penekanan dalam usaha untuk menghasilkan sebuah tulisan ilmiah yang baik. Alat muzik tradisional terbahagi

Febuari 2013

Mac - April 2013

b) Selain itu, melalui permerhatian pengkaji akan

melihat sendiri alat muzik tradisional dari segi

rupa bentuk, warna, bahan pembuatan dan

cara untuk bermaian alat muzik tradisional

Rebana Perak.

c) Menjalankan penyelidikan temubual dan

temubual turut serta dengan ahli kumpulan

yang bermain Rebana Perak di kampung

Sungai Air Tawar yang digelar Kumpulan

Tebuk Sekolah.

1. Mengumpulkan data yang telah diperolehi

dari kalangan informan yang telah

memberikan kerjasama dengan baik.

1. Membuat analisa data-data yang telah

dikumpul sepanjang melakukan kerja

lapangan bersama Kumpulan Tebuk Sekolah.

12 )~---------------~--.--------~