petua

15
Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Jadikan Kulit Gebu Tanpa Bahan Kimia Oleh:Nadia Mingguan Wanita Percayalah, wajah akan mencerminkan diri anda. Tapi kadang sebab berperang dengan kerja rumah, akhirnya anda memilih untuk terus tidur daripada membelai kulit wajah dengan bahan alami yang sebenarnya terselit jutaan manfaat. Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita, mereka mahu memiliki kulit sihat, gebu dan sekata. Penjagaan di rumah hanya sebagai asas dan bagi merealisasikan impian memiliki wajah sempurna perawatan lengkap perlu dilakukan. Bahan-bahan: 1 mangkuk beras pulut susu 1 sudu teh madu Sedikit perahan lemon/limau nipis Cara membuat: Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan.

Upload: nzarmfza

Post on 09-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Jadikan Kulit Gebu Tanpa Bahan Kimia

Oleh:Nadia Mingguan Wanita Percayalah, wajah akan mencerminkan diri anda. Tapi kadang sebab berperang dengan kerja rumah, akhirnya anda memilih untuk terus tidur daripada membelai kulit wajah dengan bahan alami yang sebenarnya terselit jutaan manfaat.  Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita, mereka mahu memiliki kulit sihat, gebu dan sekata. Penjagaan di rumah hanya sebagai asas dan bagi merealisasikan impian memiliki wajah sempurna perawatan lengkap perlu dilakukan.  Bahan-bahan:1 mangkuk beras pulut susu1 sudu teh maduSedikit perahan lemon/limau nipis  Cara membuat:

Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan.

Kisar kering sehingga halus. Ambil bahan kisar dalam dua ke tiga sudu. Campurkan dengan madu dan air

perahan limau mipis atau lemon. Gaul sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 15-

20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah

dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu. 

Ibu: Kempiskan Perut, Jom!

Oleh:Nadia Mingguan WanitaSelepas bersalin, wanita asyik kena perli bab perut buncit. Bukan senang nak kembali langsing ya, tetapi kalau tak 'langgar pantang' nenek moyang kita, anda pasti dapat hasilnya. Tetap langsing walau anak berderet. Ini serius, kalau amal petua tradisi ini secara konsisten perut anda kempis dan kulit lebih cantik. Jom teroka kebaikan bahan alami...  1. Kapur & Limau NipisBancuh kapur makan bersama perahan limau nipis. Kemudian ramuan ini sapukan pada seluruh perut, biarkan seketika. Agak-agak kering, balut perut

dengan kain atau boleh juga memakai bengkung. Lakukan setiap hari, bukan sahaja perut cepat kempis malah kesan rekahan juga beransur hilang secara perlahan-lahan. Kulit juga akan kelihatan semakin cerah.  2. Lemon & PudinaAmalkan minum air perahan lemon setiap pagi. Caranya sangat mudah, potong lemon nipis-nipis bersama kulit. Kemudian perap semalaman bersama daun pudina. Sebaik sahaja bangun pagi, minum air ini. Kombinasi lemon dan pudina memberi rasa yang enak. Sistem pencernaan juga bertambah baik.   BACA: 15 Hari Perut Kempis Dengan 5 Jenis Buah   3. Amalkan Teh HaliaRendam teh dan letakkan gula perang secukup rasa. Hiris halia atau boleh juga ditumbuk kasar. Selepas itu, tutup teh dan biarkan seketika agar kombinasi bahan-bahan ini sebati. Amalkan setiap hari, badan akan bertambah ringan. Ya, sangat membantu membuang angin, membakar lemak dan mengempiskan perut. Bagi yang mengalami masalah sembelit, ini salah satu cara terbaik mengatasinya.  4. Jangan Tidur Selepas MakanJangan sesekali tidur selepas makan, tabiat buruk ini bukan sahaja menggemukkan badan malah membuatkan wajah kusam dan tubuh menjadi lesu. Elakkan juga makan sebelum tidur malam.  5. Elak Minuman & Makanan ManisKurangkan makanan dan minuman manis secara berperingkat. Gantikan kuih muih manis dengan snek sihat seperti buah-buahan. Begitu juga dengan minuman, elakkan yang manis terutama minuman bergas. Amalkan jus buah-buahan tanpa gula dan banyakkan minum air putih.  6. Air Asam JawaDidihkan air asam jawa bersama lidah buaya dengan menggunakan api kecil. Masak sehingga pekat, kemudian tutup api. Biarkan ramuan ini sejuk, selepas itu sapukan pada bahagian perut. Lakukan seminggu tiga kali, anda pasti tersenyum melihat perut beransur kempis.

  7. Minyak KelapaMasak pati santan sehingga menjadi minyak. Biarkan sehingga sejuk, kemudian simpan di dalam botol. Sapukan minyak kelapa pada perut sekerap mungkin, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Alami perubahan positif. 

etua Mujarab Rawat Rekahan Di Perut. Usaha Dulu Ya, Ibu!

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Ibu, boleh ke nak tahan rasa gatal pada bahagian perut waktu hamil? Ya, ramai yang garu walau orang tua kata boleh buat kulit jadi merekah. Akibatnya selepas melahirkan bayi, mereka terkejut melihat kesan rekahan dan regangan kulit yang terjadi.

Ok, apa itu rekahan atau stretch marks? Semak sini... • Berlaku terutamanya di bahagian perut

• Kulit perut meregang dan pecah-pecah berjalur yang meninggalkan tanda tidak seronok dipandang.• Rekahan mula kelihatan pada trimester kedua atau ketiga. Maksudnya muncul pada bulan keempat atau kelima.• Kandungan semakin besar membuatkan tahap regangan juga semakin besar.• Rekahan ini turut bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis kulit, keturunan, pemakanan dan penghidratan kulit.• Awasi faktor ini; perubahan hormon ketika hamil menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah. Begitu juga, pertumbuhan dan pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah.• Tanda rekahan pada kulit turut mengalami masalah. Tak perlu risau kerana anda boleh mengatasi masalah perubahan warna kulit atau kulit menjadi lebih gelap di kawasan-kawasan tertentu sama ada di bahagian muka atau leher.

Petua orang lama:1. Perah air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh hingga sebati dan sapu ke perut. Balut dengan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.2. Ramas sedikit air asam dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.3. Masak santan kelapa hingga pecah minyak. Sapukan di perut sejak awal kehamilan lagi.4. Campur 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapu pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang waktu berpantang.

ilangkan Perut Buncit & Kurangkan Selera Makan Dalam Seminggu!

Oleh:Nadia Mingguan WanitaKalau bab perut buncit, mesti kaum wanita agak gelisah. Mungkin pasangan tidak kisah tetapi seeloknya jagalah penampilan demi pukau si dia 24 jam. Ya, kali ini anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda... 

 Bahan-bahan:Lemon (setengah)Kurma (2 biji)Secawan air suam (150ml)Bawang putih (4 ulas) Cara-caranya:

 1.Kisar semua bahan dan kalau suka boleh blend lemon sekali dengan kulit untuk dapatkan khasiat 100%. 

 2.Buang kulit bawang putih.

3.Kurma dapat mengurangkan pahit selain khasiatnya tersendiri. 

4.Blend semua dan tapis.

5.Kemudian boleh minum.

6.Titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada).

Anda boleh minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selepas itu boleh tegok hasilnya selepas seminggu mencuba tanpa jemu. Tip ini untuk anda yang betul tekad untuk buang lemak degil. Ingat ya, lemak yang dikumpul setahun tidak hilang dalam masa sehari. Jadi, berusahalah untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

INFO:1. Bawang putih merangsang penghasilan leptin (hormon mengurangkan selera makan).

2. Lemon pula boleh mengikis lemak degil dan membuang toksin. 

3. Hampasnya jangan dibuang kerana boleh buat ubat jerawat.