peta minda bab 9.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

297 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    1/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 34

    Warisan Kesultanan Melayu

    Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran

    Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja menjadi tunggak utamadalam sistem pemerintahan beraja.

    Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat kampong, daerah dan jajahan dan seterusnya negeri.

    Pembesar negeri membantu dalam hal pentadbiran danmelaksanakan perintah sultan. Mereka diberi kuasa mengutip cukaidan mentadbir kawasan tertentu.

    Sultan akan memberi surat tauliah kepada pembesar jajahan dandaerah. Sebagai menghargai kepercayaan sultan, mereka amatmenghormati dan mentaati sultan.

    Pembesar jajahan dan daerah bertanggungjawab menjaga danmengekalkan keamanan, mempertahankan kedaulatan negeri,menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan sertamenyediakan tenaga kerja.

    Ketua kampung dikenali sebagai penggawa atau penghulu bertanggungjawab memungut cukai, membekalkan tentera, menjadiorang perantaraan antara pembesar dengan rakyat dan mengekalkantaat setia masyarakat kampung.

    Golongan agama merupakan golongan cerdik pandai Islam. Merekamenjadi penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri. Dikampung ahli agama menjadi imam, khatib, bilal dan juru nikah.

    Ahli magis seperti bomoh dan pawang mahir dalam bidang perubatan, berkebolehan dan berkemahiran mengubati danmenyembuhkan penyakit.

    Mereka berpengetahuan tentang khasiat akar kayu dan ubat-ubatanherba.

    Alat-alat kebesaran seperti cop mohor,tengkolok, keris, pedang, lembing,tombak berambu, payung ubur-uburkuning, kendi, ketur, kipas dan tepaksireh.

    Nobat merupakan alat muzik dirajadimainkan dalam upacara pertabalanraja, kemangkatan raja dan kerabat ataukeberangkatan raja ke balairung seri.Alat muzik nobat terdiri dar ipada gong,nafiri, nakara, serunai dan gendang

    kecil. Sultan menggunakan bahasa istana atau

    bahasa dalam seperti bersiram, bersantap, berangkat, bersemayam dansebagainya.

    Perintah sultan mesti dilaksanakan, jikatidak ia dianggap menderhaka dan akanditimpa tulah.

    Pentadbiran di peringkatnegeri diketuai oleh Sultanatau Raja.

    Raja dibantu oleh kaumkerabat dan pembesar.

    Raja berdaulat memilikikesempurnaan, kebolehan,dan keistimewaan dalammentadbir kerajaannya.

    Kedaulatan raja dapatdilihat melaluikemampuannyamelaksanakan undang-undang dengan adil danmenjamin keamanan sertakesetiaan pembesar danrakyat yang tidak berbelah

    bagi.

    Sultan Daulat Sultan DiperkukuhkanPembesar Membantu Sultan Mentadbir

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    2/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 35

    Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan berbeza kerana mengamalkan sistem adat perpatih.

    Adat Perpatih dan Adat Temenenggung berasal dari Sumatera. Adat Temenggungdiasaskan oleh Datuk Ketemenggungan manakala Adat Perpatih diasaskan olehDatuk Perpatih Nan sebatang.

    Adat Temenggung diamalkan di seluruh negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilandan Naning yang mengamalkan Adat Perpatih.

    Yamtuan Besar adalah merupakan pembesar tertinggi di Negeri Sembilan.

    Ketua bagi setiap jajahan atau luak ialah Undang. Terdapatemapat luak yang diperintah oleh Undang iaitu SungaiUjong, Jelebu, Johol dan Rembau. Tugas utama Undangialah melantik Yamtuan Besar.

    Lembaga ialah ketua suku yang bertanggungjawabmemilih undang, menjaga keselamatan dan kemanana,menyelesaikan pertelingkahan antara suku, mengendalikan

    pembahagian harta pusaka dan menjadi orang perantaraanantara sukunya dengan Undang.

    Buapak merupakan ketua Perut dan setiap angota Perut

    ialah anak buah. Buapak menjadi tempat rujukan dalamsoal hukum dan adat. Sistem pemilihan dan pelantikan pembesar dalam Adat

    Perpatih adalah berdasarkan amalan demokrasi. Antara alat kebesaran diraja yang menjadi lambang

    kekuasaan Yang Dipertuan Besar ialah 16 kaki payungkuning, 16 bilah pedang, 16 bilah keris panjang, 16 batangtombak benderang, lapan buah tepak sirih, lapan buahtempat abu, lapan batang tiang lilin dan empat tunggulyang berwarna kuning, dua tunggul panji-panji yang

    berwarna merah dan dua tunggul panji-panji yang berwarna hitam.

    Sistem Pemerintahan danPentadbiran Negeri Sembilan.

    Undang

    Yamtuan Besar

    Lembaga

    Perut/ Anak buah

    Buapak

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    3/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 36

    Sistem perundangan Negeri-negeri Melayu terbahagi kepadaUndang-undang adat dan undang-undang bertulis.

    Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu

    Adat Temenggung

    Sistem pemerintahan bercorak autokrtik.Kuasa tertinggi terletak di tangan raja atausultan. Raja menjadi ketua pentadbir, ketuaagama, dan menjadi simbol kedaulatan serta

    perpaduan rakyat. Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu

    dan bapa berasaskan hukum syarak. Lelakidiberi keutamaan berdasarkan hukum syarakmanakala nasab keturunan mengikut nasab

    bapa. Perkahwinan berasaskan peraturan hukum

    syarak. Dalam pembahagian harta lelaki diberi

    keutamaan kerana mempunyaitanggungjawab yang lebih besar berbandingkaum wanita.

    Hukum Adat Temenggung bertujuanmemberi pengajaran kepada orang lain.

    Adat Perpatih

    Sistem pemerintahan bercorakdemokrasi dan permuafakatan. Setiapsuku mempunyai wakil dalam

    pemerintahan. Sesuatu keputusan dibuatsecara bersama.

    Setiap ahli suku dianggap keluarga. Darisegi jurai keturunan, perempuandiutamakan kerana melahirkan suku.

    Perkahwinan sesama suku adalahdilarang.

    Pewarisan harta pusaka secara turuntemurun daripada kepunyaan suku.Pewarisan harta diberatkan di sebelahibu kerana anak perempuan menjadi asaskewujudan suku.

    Hukuman dalam Adat Perpatih bertujuanuntuk pemulihan. Undang-undang dapatmenyedarkan pesalah supaya tidakmengulangi kesalahan.

    Undang-undang adat

    Undang-undang adat merupakan peraturan yang berdasarkankebiasaan dalam masyarakat yangdihafal turun temurun danmenjadi peraturan yang mestidipatuhi.

    Undang-undang adat di Negarakita terdiri daripada AdatTemenggung dan Adat Perpatih.

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    4/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 37

    Undang-undang Bertulis

    1. Undang-undang bertulis merupakan himpunan peraturan, larangan dan adat-istiadat dalam bentuk bertulis.

    2. Undang-undang bertulis terawal ialah HukumKanun Melaka dan undang-undang LautMelaka. Undang-undang digubal pada zamanKesultanan Melayu Melaka.

    3. Unsur-unsur undang-undang Melaka tersebarke negeri Johor, Perak, Pahang dan Kedahkerana negeri-negeri tersebut merupakan

    jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.

    Hukum Kanun Melaka

    Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Antara isi kandungannya ialah :-

    i. Hak dan keistimewaan raja dan kaumkerabat.

    ii. Peranan dan tanggungjawab raja dan pembesar.

    iii. Unsur Islam yang berkaitan dengankesalahan jenayah, muamalah, kekeluargaan,keterangan dan acara.

    Undang-undang Pahang

    Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul al -Ghaffar Muhaiyuddin Shah.

    Antara isi kandungannya ialah:-

    i. Adat lembaga negeri, keistimewaan raja serta pembesar.ii. Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina dan undang-undang awam.

    Undang-undang Laut Melaka

    Digubal bagi menentukan pelayaran dan perdagangan. Antara isi kandungannya ialah

    i. Tugas pegawai kapal.ii. Langkah-langkah keselamatan dalam kapal.iii. Sewaan dan penumpang kapal daganganiv. Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.

    Undang-undang 99 Perak

    Berasal dari Parsi dan digunakan diPerak pada abad ke-18.

    Terdapat 99 kesalahan dan hukumandalam undang-undang 99 Perak ini.

    Antara isi kandungan undang-undang 99 Perak ialah:-

    i. Syarat untuk memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.

    ii. Peraturan adat istiadatmenghadap dan melantik raja.

    iii. Hukuman jenayah, undang-undang dan pertanian.

    iv. Undang-undang kekeluargaanseperti perkahwinan, perceraiandan zina.

    Undang-undang Kedah

    o Undang-undang Kedah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah

    i. Undang-undang pelabuhan seperti cukai, peraturankeselamatan, pelabuhan, serta peraturan ukuran dantimbangan.

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    5/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 38

    Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu

    Pertanian

    Orang Melayu menanam padi sawah, padi huma, sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi yang merupakan sumber makanan yang penting.

    Kawasan pertanian berhampiran dengan sungai kerana tanahnyayang subur dan mudah mendapatkan sumber air.

    Peralatan pertanian yang digunakan ialah tajak, cangkul, bajak,tenggala, penyisir dan kuku kambing.

    Empangan telah dibina untuk menambah hasil pengeluaran padi.

    Kraf Tangan

    Masyarakat Melayu memanfaatkan sumber-sumber semula jadi untuk dijadikan kraf tangan.

    Daun pandan dan daun nipah boleh dijadikan tikar, bakul dan tudung saji. Orang Melayu juga pandai menenun songket, membuat senjata seperti keris dan menghasilkan perhiasan daripada emas dan perak.

    Sistem Percukaian

    Cukai ialah bayaran dikenakan ke atas hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan seperti beras, bijih

    timah ikan kering, getah perca dan rotan. Cukai merupakan hasil pendapatan para pembesar dan menjadilambang kekuasaan seseorang pembesar.

    Sungai yang menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan,merupakan tempat yang penting untuk memungut cukai.

    Cukai yang dipungut dibahagian tertentu di sepanjang sungaidinamakan cukai labuh batu manakala cukai yang dipungut dikuala sungai dikenali sebagai cukai bebas kuala.

    Barang yang dibawa masuk melalui pelabuhan juga dikenakancukai.

    Selain itu, terdapat cukai kepala dan cukai tanaman.

    Perlombongan

    Negeri-negeri Melayu kaya denga hasillogam seperti emas dan bijih timah.

    Kegiatan melombong adalah merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Melayu.

    Kawasan utama bijih timah ialah diLembah Kinta, Larut, Dinding dan Beruasdi Perak, Sungai Linggi dan Sungai Ujongdi Negeri Sembilan, Sungai Bernam,Sungai Selangor dan Sungai Klang diSelangor.

    Emas dilombong di Kelantan, Pahang danTerengganu.

    Masyarakat Melayu melombong bijihtimah menggunakan kaedah mendulangatau melampan dan lombong siam.

    Perikanan

    Kegiatan menangkap ikan dengan menggunakan

    peralatan tradisional seperti serkap, tangguk, bubu dantanggul. Hasil tangkapan akan diperdagangkan kerana

    permintaan yang tinggi. Hasil tangkapan yang berlebihan akan dibuat belacan,

    ikan kering, budu dan keropok.

    Sistem Serah

    Sistem serah ialah pemberian sebahagiandaripada hasil tanaman yang diusahakanoleh rakyat kepada pembesar.

    Pemberian ini sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untukdiusahakan oleh rakyat.

    Kadarnya bergantung kepada hasiltanaman dan ternakan yang diperolehdalam sesuatu tahun.

    Sistem Kerah

    Sistem kerah merupakan pekerjaanyang dilakukan tanpa sebarang upahseperti membina istana, kubu, jalandan saliran.

    Sistem ini menggambarkankesetiaan rakyat, sedia berkorbandan berganding bahu untukmembantu pemerintah.

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    6/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 39

    Perdagangan dilakukan secara jual beli atau tukar barang.

    Sultan dan pembesar biasa menjadi pemodal danmemonopoli perdagangan.

    Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjajadi pasar atau di luar kawasan.

    Pusat perdagangan terletak di pelabuhan yang berhampiranseperti pelabuhan Klang, Melaka, Kedah dan Johor Lama.

    Barang Dagangan

    Barang dagangan utama ialah rempah, garam, gambir,hasil tenunan, bijih timah, beras dan lada hitam.

    Mengumpul hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damardan madu lebah untuk menjadi bahan dagangan dikenalisebagai meramu.

    Perhubungan pada masa dahulu terdiri daripada jalan laut dan jalan darat. Jalan air iaitu sungai dan laut lebih mudah kerana barangan dapat diangkut

    dengan lebih mudah dan cepat. Terdapat jalan denai penarikan antara Pahang dengan Melaka kerana perahu

    terpaksa ditarik untuk sampai ke sungai. Masyarakat Melayu menggunakan gajah, kerbau atau lembu untuk

    mengangkut barangan. Pemilihan sungai sebagai jalan utama menyebabkan ia menjadi penting dan

    banyak penempatan dibina di kawasan berhampiran dengan sungai.

    Mata Wang

    Sistem tukar barang digunakan dalam perdagangan. Selepas perkembangan ekonomi, mata wang digunakan

    pada peringkat awal ialah kulit siput geweng dan geruskemudian diikuti dengan penggunaan logam daripadaemas dan bijih timah sebagai mata wang.

    Pada abad ke-15, sejenis mata wang logam, kaleng(calains) yang diperbuat daripada timah digunakan.

    Di Terengganu telah menggunakan mata wang emas dankupang yang berbentuk segi lapan serta wang syilingkeeping atau pitis dan jokoh.

    Johor menggunakan mata wang emas iaitu mas dankupang, manakala di Kelantan menggunakan wang emaskijang, dinar, kupang dan pohon pitis.

    Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak, matawang jongkong tampang atau timah digunakan.

    Sistem timbangan, sukatan dan ukuran yang digunakan oleh masyarakatMelayu ialah jengkal, hasta, tapak dan relung untuk mengukur jarak danluas kawasan.

    Alat-alat kaul, cupak dan gantang untuk menyukat beras, bijih timah,rempah, garam dan kacang.

    Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampong dengan kampongyang berdasar tempoh masa berjalan atau berdayung sampan sepertisepelaung, setanak nasi, sehari, sepekan dan sepurnama.

    Pengangkutan

    Perdagangan Timbangan, Sukatan dan Ukuran

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    7/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 40

    Sosiobudaya

    Struktur Masyarakat Melayu tradisional

    Struktur masyarakat merupakan pembahagian masyarakat beberapa lapisan social dalammasyarakat.

    Kedudukan individu boleh berubah melalui taraf tersedia iaitu pertukaran tugas atau pekerjaantanpa menjejaskan taraf sosialnya dan melalui taraf pencapaian iaitu berubah ke lapisan yanglebih tinggi kerana kebolehan atau khidmat baktinya kepada masyarakat.

    Terdiri daripada golongan Merdeheka dan golonganhamba.

    Golongan merdeheka terdiri daripada rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.

    Rakyat biasa menjadi pedagang, peniaga, petani, tukangukir, pembuat senjata dan barangan tembikar di sampingada yang menjadi penghibur raja, pelakon sandiwara,

    pawing atau bomoh. Rakyat asing membantu kerajaan dengan menjadi askar

    upahan, pedagang atau pelombong. Hamba merupakan golongan masyarakat yang paling

    bawah. Terdapat tiga jenis hamba iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Mereka melakukan kerja-kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan.

    Terdiri daripada raja atau sultan, kaum kerabatnya, pembesar, ulama dan pendeta.

    Raja bertanggungjawab menjaga perpaduan, keamanan dan kemakmurannegeri.

    Sistem pengantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Dalam pentadbiran raja dibantu oleh kerabatnya. Mereka menjalankan

    tugas rasmi dan ada yang menjadi pembesar daerah atau raja di tanah jajahan.

    Pembesar merupakan pentadbira yang membantu raja mentadbir. Jawatan pembesar dilantik oleh Raja.

    Ulama membantu kerajaan mendidik rakyat supaya berakhlak mulia.Selain menjadi penasihat raja, mereka juga bertugas sebagai guru agama,kadi dan imam.

    Pendeta merupakan orang yang pakar dalam ilmu pengetahuan. Mereka bertugas menjadi pakar rujuk sultan atau raja dan masyarakat.

    Golongan DiperintahGolongan Pemerintah

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    8/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 41

    Gaya Hidup Golongan Bangsawandan Golongan Rakyat

    Masyarakat Melayu mempunyai nilai murni seperti amalangotong royong, menghormati jiran dan menghormati

    pemimpin. Amalan ziarah menziarahi diamalkan oleh masyarakat

    Melayu. Tetamu memberi salam, membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumah. Tuan rumah mempersilakantetamu masuk, kemudiannya menghamparkan tikar. Tepaksirih disorong dan tetamu dihidangkan dengan makanan danminuman. Sebelum makan membasuh tangan dan membacadoa. Semasa makan dilarang berbual kerana perbuatan itudianggap tidak sopan.

    Amalan tolong menolong dan toleransi dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat serta dapatmencerminkan suasana bersatu padu dan harmoni.

    Gaya hidup raja dan kerabat diraja diamalkan di istana. Mereka mengamalkan gaya hidup yang unik dan tersendiri merangkumi

    adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian. Semasa upacara pertabalan sultan Melaka, Bendahara duduk berhampiran

    singgahsana. Laksamana dan Seri Bija diraja membawa pedang kerajaandi samping semua alat kebesaran diraja dibawa bersama.

    Kemangkatan raja disempurnakan mengikut hokum agama Islam. Mengikut adat kemangkatan raja, bendera kuning diturunkan dan diganti

    dengan bendera putih serta tembakan meriam dilepaskan untukmenghebahkan kemangkatan raja kepada rakyat. Pada masa yang samaupacara perlantikan raja yang baru diadakan.

    Istiadat menjunjung duli melambangkan hormat dan taat setia kepada rajadilakukan dibalairung seri.

    Semasa menghadap raja mesti menggunakan istilah patik dan tuanku.Mereka mestilah bertanjak, berpancung dan keris hendaklah diselitkan dihadapan.

    Upacara menyambut tetamu Melaka berbeza, be rgantung kepada Negarautusan sama ada setaraf atau tidak.

    Pakaian diraja bertatahkan emas dan dihiasi dengan permata manakala alat perhiasan pula terdiri daripada pending, dokoh, bengkung dan keris.

    Gaya Hidup Golongan RakyatGaya Hidup Golongan Bangsawan

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    9/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 42

    Kegiatan Sosio Budaya

    Merupakan hasil ciptaan rakyat seperti seni muzik, seni tari, seni suara, seniukir, seni bina, seni tekat, seni tenun dan seni mempertahankan diri.

    Kegiatan seni dapat mempamerkan bakat dan nilai mutu kesenian yangtinggi di samping dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu danharmoni.

    Seni muzik yang boleh dibanggakan ialah hadrah dan gamelan. Alat-alatmuzik yang digunakan ialah rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan gong.

    Seni tari yang terkenal ialah joget, inang, zapin, kuda kepang dan asyik. Seni suara yang terkenal ialah endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak,

    nazam, marhaban, nasyid, qasidah, hadrah, dikir barat, rodat dan ghazal. Reka bentuk rumah Melayu turut dipengaruhi oleh unsur dari luar seperti

    rumah di Negeri Sembilan di pengaruhi seni bina Minangkabau, manakalaseni bina rumah Kelantan, Terengganu dan Pahang dipengaruhi oleh seni

    bina Siam dan Majapahit. Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, memahat dan mengukir pintu

    serta membuat mimbar masjid. Ukiran yang dihasilkan bercorak ukirantimbul, terbenam dan tembus, bertemakan ukiran berbentuk daun, bungaserta ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.

    Seni kraf yang terkenal ialah seni tekat dan seni tenun. Seni tekatmenggunakan kain baldu yang dijadikan kain dasar yang disualami dengan

    benang emas. Seni tenun terkenal di Pahang, Kelantan dan Terengganudihasilkan berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.

    Seni mempertahankan diri dan bermain senjata dapat mendisiplinkan sertamembentuk ketahanan diri seseorang individu untuk menghadapi musuh.

    Masa lapang pemerintah ialahketika tidak menjalankan

    urusan pentadbiran Negara. Masa lapang rakyat semasa

    menunggu hasil atau selepasmenuai hasil serta pada waktumalam atau petang.

    Golongan bangsawan danrakyat mengisi masa lapangdengan bermain sepak raga,catur, senjata, bersilat danmenunggang kuda.

    Di istana, golongan penghiburseperti tukang cerita, penyair,

    penyanyi dan ahli muzikmenghiburkan sultan dan

    pembesar seperti tarian asyikdan tarian Mak Yong.

    Golongan rakyat mengisi masalapang dengan bermain laying-layang, gasing, bersilat dancongkak. Ada di kalanganmereka yang pandai berceritadan bersyair.

    Kesenian RakyatKegiatan Masa Lapang

    Karya persuratandihasilkan dalam pelbagai

    bidang agama seperti fikah,usuluddin, tasawuf, tafsirdan hadis.

    Terdapat karyakesusasteraan,ketatanegaraan, sejarah,

    bahasa dan perubatan yangdihasilkan seperti MisaMelayu, Sejarah Melayu,Syair Sultan AhmadTajiddin, Nazam KamsulUla, Tuhfat al-Nafis dan

    Kitab al-Darr al-Manzum. Terdapat juga sastera lisan

    yang disampaikan olehtukang cerita sambil

    bermain alat muzik sepertigendang dan rebab. Sasteralisan dapat menghiburkandi samping memberinasihat.

    Karya Persuratan

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    10/11

    Bab 9: Warisan Kesultanan Melayu SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 43

    Kegiatan Sosio Budaya

    Pendidikan dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikankepada pendidikan formal dan tidak formal.

    Pendidikan tidak formal disampaikan secara tidak langsungmelalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.

    Kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan tradisional jugadiajar secara tidak formal, diperoleh melalui pemerhatian.

    Sistem pendidikan formal berkembang selepas kedatanganIslam seperti mempelajari kitab muqadam, al -Quran, farduain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam dan rukunIman. Pendidikan agama dijalankan di istana, masjid,madrasah, pondok atau rumah guru agama.

    Merupakan amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hariini seperti adat perkahwinan, adat menyambut kelahiran bayi dan adat

    berkhatan. Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa upacara adat

    yang dijalankan:-

    i. Merisik untuk mengetahui gadis tersebut sudah berpunya atautidak. Sebentuk cincin tanda diberikan sebagai tanda setuju.

    ii. Meminang iaitu pihak lelaki menghantar rombongan peminangandengan membawa cincin pertunangan dan menentukan tarikhakad nikah serta majlis perkahwinan.

    iii. Akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan, biasanyadijalankan oleh juru nikah.

    Adat menyambut biasanya dilakukan selepas seminggu bayi dilahirkan.Kenduri dan bercukur rambut dilakukan sebagai tanda kesyukuran. Disesetengah tempat diadakan bacaan berzanji dan marhaban.

    Upacara berkhatan diadakan apabila seseorang kanak-kanak lelaki sudah baligh dan cukup umur. Upacara berkhatan dijalankan oleh Tok Mudim.

    PendidikanAdat Resam

  • 8/14/2019 peta minda bab 9.pdf

    11/11