peta minda bab 6.pdf

2
Bab6: Kemerosotam Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur Rosle Bin Yasin 1 1 Pengenalan 1. Melaka diasaskan oleh Parameswara dan mencapai za man kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. 2. Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Faktor Kemerosotan Melaka Kemerosotan Melaka Kelemahan Kepemimpinan  Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Bendahara Tun Mutahir.  Sikap pilih kasih Tun Mutahir telah menimbulkan rasa iri hati  pembesar.  Beliau difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka.  Sultan Mahmud murka dan tanpa usul periksa telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.  Setelah menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud menyerahkan  pemerintahan negeri kepada puteranya Sultan Ahmad yang tidak cekap dan lemah.  Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun Mutahir pula telah uzur dan tepok.  Pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah tiada kepimpinan yang berwibawa dan amalan rasuah serta fitnah memfitnah.  Sistem cukai yang sedia ada tidak digunakan dan kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga. Masalah Perpaduan  Perlantikan Bendahara Tun Mutahir telah menyebabkan timbul persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim. Contohnya konflik perebutan pengaruh antara laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan.  Ini menyebabkan rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu padu sehingga menjejaskan keutuhan kerajaan serta kegiatan  perdagangan. Kelemahan Askar Melaka  Semasa menghadapi tentera Portugis tentera Melaka menggunakan senjata tradisional.  Walaupun tentera Melaka mempunyai senapang dan meriam, tetapi tidak dapat menandingi senjata yang digunakan oleh Portugis.  Askar Portugis mendapat latihan dan sokongan daripada pangkalan tentera mereka di Goa.  Askar upahan Melaka pula telah melarikan diri apabila diserang oleh Portugis menyebabkan pertahanan Melaka lemah dan Portugis dapat menawan Melaka.

Upload: cikgurosle

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: peta minda bab 6.pdf

7/27/2019 peta minda bab 6.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-6pdf 1/2

Bab6: Kemerosotam Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin

1

1

Pengenalan

1.  Melaka diasaskan oleh Parameswara dan mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.

2.  Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Faktor Kemerosotan Melaka

Kemerosotan Melaka

Kelemahan Kepemimpinan

  Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya

digantikan oleh Bendahara Tun Mutahir.

  Sikap pilih kasih Tun Mutahir telah menimbulkan rasa iri hati

 pembesar.

  Beliau difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka.

  Sultan Mahmud murka dan tanpa usul periksa telah

menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli

keluarganya.

  Setelah menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud menyerahkan

 pemerintahan negeri kepada puteranya Sultan Ahmad yang

tidak cekap dan lemah.

  Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun

Mutahir pula telah uzur dan tepok.

  Pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah tiada kepimpinan

yang berwibawa dan amalan rasuah serta fitnah memfitnah.

  Sistem cukai yang sedia ada tidak digunakan dan kadar cukaiyang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain

seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei untuk berniaga.

Masalah Perpaduan

  Perlantikan Bendahara Tun

Mutahir telah menyebabkan

timbul persaingan antara

orang Melayu dengan orang

India-Muslim. Contohnya

konflik perebutan pengaruh

antara laksamana Khoja

Hassan dengan Tun Mutahirdan peristiwa Raja Mendeliar

yang memfitnah Tun Mutahir

cuba mengatasi kekayaan

Sultan.

  Ini menyebabkan rakyat

Melaka berpecah belah dan

tidak bersatu padu sehingga

menjejaskan keutuhan

kerajaan serta kegiatan perdagangan.

Kelemahan Askar Melaka

  Semasa menghadapi tentera Portugis

tentera Melaka menggunakan senjata

tradisional.

  Walaupun tentera Melaka mempunyai

senapang dan meriam, tetapi tidak

dapat menandingi senjata yang

digunakan oleh Portugis.

  Askar Portugis mendapat latihan dan

sokongan daripada pangkalan tentera

mereka di Goa.

  Askar upahan Melaka pula telah

melarikan diri apabila diserang oleh

Portugis menyebabkan pertahanan

Melaka lemah dan Portugis dapat

menawan Melaka.

Page 2: peta minda bab 6.pdf

7/27/2019 peta minda bab 6.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-6pdf 2/2

Bab6: Kemerosotam Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin

2

2

  Putera Henry telah memberi galakan dan mendorong

rakyatnya menjelajah ke Timur.

  Vasco da Gama sampai di India pada tahun 1498 dan

Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509.

Kedatangan

Portugis

  Kedatangan Portugis dikaitkan dengan penemuan

 jalan laut oleh Bartholomew Diaz yang sampai di

Tanjung Pengharapan pada tahun 1488.

  Pada tahun 1510, Alfonso de

Albuquerque dihantar untuk

menyerang Melaka.

  Beliau menuntut supaya tawanan

dibebaskan, bayaran ganti rugi dan

dibenar mendirikan kubu di Melaka.

  Portugis berhasrat menguasai Selat Melaka yang

menjadi jalan perdagangan utama dan memonopoli

hasil rempah.

  Orang Portugis ingin meneruskan Perang Salib dan

ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur di

samping pada masa yang sama ingin menyebarkan

agama Kristian.

Portugis Menguasai Melaka   Pada tahun 1509, Lopez de Sequeira tiba di Melaka

 bersama angkatan lautnya untuk menjalinkan

hubungan di antara Portugis dengan Melaka.  Kedatangan mereka pada awalnya disambut baik

oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga di

Melaka dengan memberi jaminan keselamatan.

  Pedagang Islam dari Jawa dan

Gujerat memaklumkan kepada

Bendahara Tun Mutahir bahawa

kedatangan Portugis untuk

menguasai perdagangan dan

menentang agama Islam.

  Pegawai kanan Portugis Ruy de

Araujo dan orang-orang

Portugis telah ditangkap.

  Lopez de Sequeira dan

 beberapa orang pengikutnya

telah berjaya melarikan diri ke

Goa.

  Tuntutan Portugis ditolak oleh Sultan

Mahmud.

  Portugis melancarkan serangan dan

 pada 24 Ogos 1511 berjaya menguasai

Melaka apabila Si Kitol memberi

maklumat tentang kekuatan

 pertahanan Melaka.

Sultan Mahmud dan anakandanya,

Sultan Ahmad Shah telah berundur

ke Muar, Pahang dan seterusnya ke

Bentan 

Kesimpulan

  Usaha mempertahankan Melaka

oleh Sultan Mahmud dan anaknya

wajar disanjung.

  Kita perlu mengambil iktibar

daripda kejatuhan Melaka di

tangan Portugis supaya peristiwa

 pahit tidak akan berulang lagi.