peta minda bab 5.pdf

10
Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur Rosle Bin Yasin 14 Pentadbiran yang sistematik  Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.  Sistem Pembesar Empat Lipatan ialah kumpulan pembesar yang menjadi pegawai pentadbir.  Dalam system ini, Sultan mengetuai teraju pemerintahan.  Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.  Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.  Setiap mempunyai tugas dan tangungjawab yang perlu dilaksanakan. Peranan Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Bendahara.  Penasihat Sultan dalam bidang  pentadbira n.  Menteri Utama  Ketua turus angkatan perang  Ketua Hakim  Pemangku Sultan ketika Sultan tiada Temenggung  Ketua Polis dan Penjara  Peguasa Bandar dan Kota Melaka  Ketua Protokol Istana  Hakim di Darat Pembesar  berempat Pembesar berlapan Pembesar enam belas Pembesar tiga puluh dua Kegemilangan Melaka Penghulu Bendahari  Pemungut Hasil dan ufti  Ketua kepada segala bendahari  Ketua Urusetia istana  Ketua segala Syahbandar Laksamana  Ketua angkatan laut  Pengawa l Peribadi Sultan  Ketua duta dan mengetuai utusan

Upload: cikgurosle

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 1/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 14

Pentadbiran yang sistematik

  Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur dikenali sebagai SistemPembesar Empat Lipatan.

  Sistem Pembesar Empat Lipatan ialah kumpulan pembesar yang menjadi pegawai pentadbir.

  Dalam system ini, Sultan mengetuai teraju pemerintahan.

  Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.

  Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan PembesarTiga Puluh Dua.

  Setiap mempunyai tugas dan tangungjawab yang perlu dilaksanakan.

Peranan PembesarBerempat dalam Sistem

Pembesar Empat

Lipatan.

Bendahara.

  Penasihat Sultan dalam bidang pentadbiran.

  Menteri Utama

  Ketua turus angkatan perang

  Ketua Hakim

  Pemangku Sultan ketika Sultan tiada

Temenggung

  Ketua Polis dan Penjara

  Peguasa Bandar dan KotaMelaka

  Ketua Protokol Istana

  Hakim di Darat

Pembesar

 berempat

Pembesar berlapan

Pembesar enam belas

Pembesar tiga puluh dua

Kegemilangan Melaka

Penghulu Bendahari

  Pemungut Hasil dan ufti

  Ketua kepada segala bendahari

  Ketua Urusetia istana

  Ketua segala Syahbandar

Laksamana

  Ketua angkatan laut

  Pengawal Peribadi Sultan

  Ketua duta dan mengetuaiutusan

Page 2: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 2/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 15

Tanggungjawab Pembesar

  Pembesar bertanggungjawab menegak dan mempertahankan kedaulatan Sultan dankerajaan.

  Sokongan pembesar sangat penting membina kerajaan yang kuat dan maju.

  Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai dan pulau.

PEMBESAR KAWASAN PEGANGAN

Bendahara Muar dan BentanPenghulu Bendahari Sening Ujung dan Kampar

Laksamana Temasik

Hulubalang Sungai Raya dan Siantan

Kawasan Pegangan

  Kawasan pentadbiran pembesar dikenalisebagai kawasan pegangan.

  Kawasan pegangan berada di bawah kuasaPembesar Berempat.

Kawasan Pemakanan

  Sultan melantik pembesar di kawasan jajahan dandaerah untuk memungut cukai.

  Kawasan memungut cukai dikenali sebagai “kawasan pemakanan”. 

  Sistem pentadbiran Melaka diwarisi oleh kerajaan

Melayu lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Page 3: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 3/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 16

Kemudahan di Pelabuhan

  Kerajaan Melaka menyediakangudang untuk menyimpan barang

serta menyediakan tempat tinggalkepada pedagang sementaramenanti pertukaran angin monsun.

  Terdapat kapal, perahu, jong,lancar, gajah dan pekerja untuk

mengangkut barangan ke gudang.

  Melaka juga menyediakankemudahan bekalan makanan dan

minuman.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

  Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca (bahasa perantaraan) dalam urusan perdagangan.

  Pedagang asing mengunakan bahasa Melayu apabila berurusan dengan pegawai dan pedagang di Melaka.

Peranan Syahbandar

  Kecekapan dan kebijaksanaan Syahbandar

melaksanakan tugas telah melicinkanurusan perdagangan.

  Peranan Syahbandar

i.  menguruskan pasar dan gudang

ii.  menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang

iii. memeriksa alat timbang dan sukat sertamata wang

iv.  menjadi hakim di pelabuhan

Peranan Laksamana dan Orang Laut

  Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.

  Tugas mengawal Selat Melaka dilakukan oleh orang

Laut.  Keberanian orang Laut menjamin keamanan dan

keselamatan perairan Selat Melaka.

Keberkesanan undang-undang

Laut Melaka

 Undang-undang laut bertujuanmemastikan perdagangan berjalan lancar dan adil.

  Undang-undang lautmengandungi peraturan dan

tatatertib berniaga, hokum jenayah di kapal, cara berjual

 beli, larangan dan

tanggungjawab anak kapal,kiwi dan nakhoda.

Pusat Perdagangan

  Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan kurun ke-15.

  Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan digambarkan dalam buku Sejarah Melayu sebagai

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai BandarMelaka ada zaman itu.” 

Page 4: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 4/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 17

Pusat Perdagangan

Penggunaan Sistem Mata Wang

  Mata wang logam diperbuatdaripada timah dipanggil

calains dan wang emastempatan digunakan dalam

urusan perdagangan.

  Wang emas dan perak dariGujerat, Pedir, Pasai dan

Kembayat juga digunakan.

  Penggunaan mata wang

membolehkan urusan perdagangan berjalan lancardan menggalakkan

 pedagang untuk berdagang

di Melaka.

Kedudukan Geografi

  Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara Timur dan Barat.  Melaka dapat mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagangan.

  Pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan Melaka untuk berdagang, malah untuk mendapatkan bekalanmakanan.

  Muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal mudah berlabuh untuk menurunkan barangan

dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

  Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menghalang tiupan angin monsun dan membolehkan kapal berlabuh dengan selamat.

  Para pedagang datang dan pulang mengikut tiupan angina angin monsun.

  Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau menjadi panduan kepada pedagang untuk belayar.

  Bukit bukau juga menjadi tempat strategic untuk memerhati dan mengawasi keselamatan Melaka.

Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga

  Melaka mengenakan cukai yang berpatutankepada pedagang.

  Pedagang perlu membayar “Panduan”sebelum berjual beli.

  Sistem cukai berkeutamaan berbeza mengikuttempat asal pedagang:-

i.  Pedagang dari Barat dikenakan cukaisebanyak 6 peratus.

ii.  Pedagang yang menetap di Melakadikenakan cukai 3 peratus.

iii.  Pedagang dari Jepun dan China tidak

dikenakan cukai, hanya dikehendakimemberi ersembahan atau hadiah.

Pelabuhan Entrepot

  Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barangan dari

Kepulauan Melayu dan pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke

Kepulauan Melayu.

  Pelabuhan Melaka berbeza dengan

 pelabuhan lain kerana pelabuhan lainhanya memperdagangkan hasil

tempatan.

Page 5: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 5/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 18

Hubungan Antarabangsa 

  Hubungan diplomatik Melaka dengan Pasai terjalinapabila Raja Melaka, Megat Iskandar berkahwin

dengan Puteri Raja Pasai.

  Hubungan Melaka dengan Pasai juga berbentuk pertukaran pendapat tentang agama Islam.

  Kedudukan kerajaan Melaka dengan Pasai dianggapsama taraf.

  Kerajaan Melaka pernah membantu Pasaimenamatkan huru hara dengan menghantar tentera

dan pembesarnya ke Pasai.

  Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan

rempah ke Melaka.

  Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak terjalinapabila Melaka menakluki kedua-dua wilayahtersebut

  Kampar dan Siak menghantar ufti kepada Melakadalam bentuk barangan atau wang.

  Kampar dan Siak menggunakan istilah sembahapabila berutus surat ke Melaka.

  Hubungan Melaka dengan China bermula apabilalaksamana Yin Ching datang melawat Melaka

 pada tahun 1404.

  Hubungan Melaka dengan China menguntungkankerana Melaka mendapat pengiktirafan China.

  Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabilaMelaka menghantar utusan diplomatik Tun

Telanai dan Menteri Jana Putra ke Siam.

  Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalindalam bentuk hubungan diplomati dan

 perdagangan.

  Sultan Mansor Syah pernah menghantar suratkepada Raja Ryukyu tentang rakyatnya yang

melanggar undang-undang Melaka.

  Hubungan Melaka dengan Gujerat berbentuk

hubungan perdagangan.  Pedagang Arab yang berdagang di Melaka

membeli emas dan rempah dari KepulauanMelayu serta kain sutera dan teh dari China.

Hubungan Serantau

Kematangan Hubungan Luar

Page 6: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 6/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 19

Pengenalan

  Kerajaan awal yang menerima Islam di Tanah Melayu ialah Kedah dan Terengganu.

  Penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah, membuktikan Kedah menerima Islam sekitar abad kesembilan.  Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu membuktikan Islam sudah bertapak sekitar abad ketiga belas.

Pusat Pengembangan Agama Islam

Kedatangan Agama Islam keMelaka

 Islam disebarkan ke Melakamelalui perkahwinan SultanMelaka dengan Puteri RajaPasai.

  Berdasarkan Hikayat Raja-Raja Pasai dan BustanusSalatin, Islam disebarkan di

Melaka oleh pendakwah Arabyang bernama Syeikh AbdulAziz dari Makkah yangmengislamkan Raja Sri

Maharaja, pembesar danrakyat Melaka.

  Pedagang Islam dari Arab danIndia juga bertanggungjawabmenyebarkan ajaran Islam diMelaka. Mereka menjalankankegiatan dakwah dan ada yang

 berkahwin dengan penduduktempatan.

  Perkembangan Islam dikaitkandengan sifat toleransi agama

Islam yang meliputi semuaaspek kehidupan.

Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam.

  Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian

agama Islam serta tempat pertemuan alim ulamadan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arabdan Pasai.

  Pendakwah menjalankan kegiatan dakwah dan

 pemerintah Melaka menyediakan tempat tinggalkepada pendakwah.

  Raja Melaka menyambut kedatangan baik agama

Islam dengan memeluk agama Islam kemudiandiikuti oleh pembesar dan rakyat.

  Sultan Melaka menghantar Tun Bija Wangsa kePasai untuk bertanyakan hal-hal agama.

  Sultan Muzafar Shah telah mewujudkan beberapa institusi untuk mempelajari agamaseperti masjid, madrasah dan surau.

  Melaka terkenal sebagai pusat pengajian ilmutasawuf. Ahli tasawuf Melaka yang terkenal ialah

Abdul Karim al-Jili.

  Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah,menyadur dan menyimpan kitab-kitab agamaIslam.

  Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir

Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

  Sultan Melaka menerapkan nilai Islam sepertimusyawarah dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke AsiaTenggara

 Penyebaran Islam di Asia Tenggara dilakukanmelalui perdagangan, tentera upahan, penaklukan,

 peranan ahli agama, perkahwinan dan peranan pemerintah Melaka.

  Ramai pedagang asing yang berdagang di Melakamemeluk agama Islam, kemudian menyebarkanIslam di tempat asal mereka.

  Tentera upahan dari Jawa yang memeluk Islamkemudian menyebarkannya apabila pulang ke tempatasal mereka.

  Kebanyak Raja di negeri taklukan akan memeluk

agama Islam bagi menjamin keselamatan negeri danmenunjukkan taat setia kepada Raja Melaka.

  Mubaligh, Ulama dan ahli sufi telah menyebarkan

agama Islam sehingga ke Pulau Jawa, Kalimantandan beberapa bahagian di Filipina.

  Melalui perkahwinan politik, putera dan puteri

Melaka berkahwin dengan putera atau puteri rajakerajaan lain. Contoh puteri Sultan Mansor Shah

 berkahwin dengan putera Raja Siak menyebabkansecara tidak langsung Islam tersebar ke Siak.

  Pemerintah Melaka telah menghantar ahli agama

untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar danInderagiri dalam hal ehwal agama.

Page 7: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 7/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 20

Sinar Islam di Melaka

  Institusi Kesultanan telah menggantikan system berajadan gelaran raja telah ditukar kepada Sultan.

  Ulama memainkan peranan penting menasihati rajadalam pemerintahan supaya memerintah dengan adil

dan saksama.

  Undang-undang Syariah (Fikah), mempengaruhi HukumKanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

  Pengajian al-Quran menjadi asas system pendidikan diMelaka.

  Tulisan jawi diperkenalkan, manakala bahasa Melayumenjadi bahasa ilmu dan lingua franca.

  Agama Islam mempengaruhi budaya hidup masyarakatMelaka dalam pelbagai seperti bidang kesenian contohcorak pada ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab,

menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nesan

dan lain-lain lagi.

  Amalan masyarakat Melayu turut berubah sepertiupacara khatam Quran, majlis kesyukuran dan kenduri

arwah.

Sambungkan

di atas

Page 8: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 8/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 21

Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual

  Istana menjadi tempat berkumpul golongan cerdik pandai yang terdiri daripada

 jurutulis, pengarang, dan ulama.

Ulama

  Menulis dan menterjemahkisah agama Islam.

Jurutulis

  Mengarang surat rasmi raja,menggubal perjanjian dan menjadi

guru kepada anak-anak raja.

Pengarang

  Mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah

raja dan mencatat diari istana.

Peranan Istana sebagai Pusat

Kegiatan Intelektual

  Cerdik pandai Melaka sudah dapat menguasai bahasa asing.

  Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi.

  Karya sastera terjemahan seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan HikayatIskandar Zulkarnain.

  Karya saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bahktiar, Hikayat Nabi Wafat dan

Hikayat Nabi yusof.  Mereka juga telah menghasilkan hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman.

  Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan.

  Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama. Contohnya mereka telah membahaskankitab Darul Manzum yang berkait dengan aspek ketuhanan.

  Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan dan perantaraan dalam kegiatan dakwah.

Page 9: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 9/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 22

Cara-cara Perluasan Kuasa

Perkahwinan

  Perluasan kuasa juga dilakukandengan cara perkahwinan putera

dan puteri raja Melaka dengan

negeri lain seperti Pahang, Kelantandan Siak.

Penaklukan

  Untuk menjamin keselamatan,kemakmuran dan keutuhan

kerajaan, Melaka telah menakluki

 beberapa buah kerajaan sepertiKampar dan Pahang.

Bernaung

  Terdapat pemerintah yang bernaung di bawahkeajaan Melaka seperti Jambi dan Lingga.

  Melaka turut memberi bantuan kepadakerajaan lain yang menghadapi huru hara

seperti di Pasai.

Perluasan Kuasa

Kebijaksanaan Pemimpin

  Semasa Sultan Muzaffar Shah, baginda telah berjaya menakluk Pahang, Inderagiri dan dan Kampar.

  Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak menghantar Tun Perak menghadapi ancaman Siam, dan menjalinkan hubungan dengan China.

  Sultan Muzaffar berjaya menyelesaikan pertikaian antara orang Melayu dengan India Muslim.

  Sultan Mansor Shah berjaya menguasai Bernam dan Perak.

  Sultan Alauddin Ria’ayat Shah merupakan pemimpin yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri

 berjaya menawan Aru.  Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang berwibawa dan cekap berjaya menghalang serangan Siam ke atas Melaka.

  Bendahara Tun Perak juga sangat setia terhadap Sultan dan tidak menderhaka walaupun anaknya Tun Besar dibunuh oleh puteraSultan Mansor Shah, Raja Muhammad. Tun Perak Berkata “ Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan

seorang ini, janganlah” (Sejarah Melayu) 

  Perluasan kuasa memberi kesan kepada Melaka kerana menerima ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan atau ketenteraan.

  Dasar perluasan kuasa juga membolehkan Melaka mengembangkan ajaran Islam ke kawasan yang dikuasainya.

Page 10: peta minda bab 5.pdf

7/27/2019 peta minda bab 5.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/peta-minda-bab-5pdf 10/10

Bab5: Kegemilangan Melaka SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

Rosle Bin Yasin 23