peta minda

Upload: khairul-azli

Post on 18-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Peta Minda

    1/3

    PETA MINDA:PERBANDINGAN MODEL 5 FASA NEEDHAM DAN KITARAN 5E

    PERSAMAAN

    MODEL 5 FASA NEEDHAM KITARAN 5E

    *pembelajaran berpusatkan murid

    *aktiviti di dalam kelas berasaskanhand-on

    *guru bertindak sebagai fasilitator

    *pembelajaran banyak menekankan kepada pengalaman iaitu pengetahuan sedia ada dan

    membina pengetahuan baru

    *kedua-dua mempunyai 5 fasa dalam pengajaran dan pembelajarannya

    *pembelajaran berasaskan koperatif dan inkuiri penemuan

    *pengaplikasian idea murid diberikan penekanan

    PERBEZAAN

    MODEL 5 FASA NEEDHAM PERKARA MODEL KITARAN 5E

    *Menekan kepada kaedah

    untuk menarik perhatian

    murid

    Fasa Pertama *Menekan kepada murid

    konsep dan permasalahan

    *Murid diminta melakukan

    perbincangan kecil untuk

    berkongsi pengetahuan

    sedia ada

    Fasa Kedua *Murid diminta mengumpul

    data dan maklumat kepada

    permasalahan yang

    dikemukan

    *Murid membina konsep

    daripada gabungan

    pengetahuan diri mereka danrakan -rakan

    Fasa Ketiga *Murid membina konsep

    daripada maklumat yang

    dikumpulkan

    *Murid mengaplikasikan

    konsep yang dibina dalam

    aktiviti yang dilakukan

    Fasa Keempat *Guru memberikan maklumat

    tambahan untuk

    memperkukuhkan konsep

    *Murid lebih ditumpukan

    kepada aktiviti kumpulan

    Aktiviti *Murid lebih ditumpukan

    kepada aktiviti individu

    *Murid lebih didedahkan

    kemahiran berkominukasi

    Kemahiran *Murid lebih didedahkan

    kemahiran mentafsir data

  • 5/28/2018 Peta Minda

    2/3

    PERBANDINGAN MODEL 5 FASA NEEDHAM DAN KITARAN 5E

    Model 5 Fasa Needham (Needham, 1987) dan Kitaran 5E(Bybee ,1997) adalah

    model pengajaran dan pembelajaran yang baru iaitu sekitar tahun 90-an dan millinium.Ini

    kerana pada zaman saya sebagai pelajar model ini tidak lagi diterapkan pada kami sebagaipelajar yang perlu memperolehi ilmu dengan cara menggunakan pengetahuan sedia ada

    dan menambahkan pengetahuan yang baru untuk memperolehi sesuatu konsep.

    Model 5 Fasa Needham dan kitaran 5E adalah model pengajaran dan pembelajaran

    yang menumpukan kepada pemusatan murid dimana guru hanya menjadi fasilitator kepada

    isi pengajaran dan pembelajaran.Murid lebih memainkan peranan di dalam memperolehi

    ilmu agar ilmu yang diperolehi itu akan lebih berkesan dan kekal lama berbanding dengan

    ilmu yang hanya didengar dan difahami sahaja.Kedua-dua model ini lebih banyak

    bergantung kepada pengetahuan sedia ada murid untuk memulakan sesuatu

    pembelajaran,dengan pengetahuan sedia ada ini murid akan merasa mereka sudah ada

    ilmu hanya perlu menambahkan lagi dan memperkukuhkan lagi ilmu yang sedia ada

    itu.Tidak seperti pengajaran dahulu yang menganggap murid hanya seperti tin kosong yang

    hanya perlu diisikan ilmu sahaja.

    Kedua-dua model ini mempunyai lima fasa pengajaran dan pembelajarannya.Fasa-

    fasa yang terlibat secara keseluruhanya memerlukan murid melakukan pelbagai aktiviti dan

    kemahiran . Pelbagai aktiviti dan kemahiran ini menjadikan suasana pembelajaran tidak

    membosankan murid bahkan menyeronokkan kerana murid leka melakukan aktiviti serta

    kawalan kebisingan kelas dapat dikawal oleh guru.Guru yang bertindak sebagai fasilitator

    haruslah sentiasa peka kepada permasalahan yang ditimbulkan murid dan menyelesaikan

    secara bersama dengan murid agar konsep yang dibina murid adalah tepat dan tidak

    berlaku miskonsepsi pada kalangan murid.Pembelajaran kedua-dua model ini lebih kepada

    koperatif dimana setiap murid bekerjasama dan berkongsi maklumat dan ilmu yang mereka

    ada dan perolehi.Pembelajaran koperatif ini dapat juga mendidik masyarakat Malaysia yang

    pelbagai bangsa ini mengamalkan sikap ini di dalam kehidupan harian mereka, dengan ini

    wujudlah Negara Malaysia yang aman dan damai.

    Setiap model pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan mempunyai kebaikkan

    dan keburukkannya.Ini tidak dapat dinafikan kerana setiap pemikiran manusia tidak

    semuanya sama,ada yang merasakan model pengajaran 5 Fasa Needham yang tervaik dan

    begitu juga sebaliknya dengan kitaran 5E.Model 5 fasa Needham mempunyai kebaikkan

    dimana fasa orentasinya lebih menekan kepada perkara menarik perhatian murid.Cara

    menarik perhatian murid ada pelbagai caranya seperti memperlihatkan sesuatu benda yang

    menarik,menyanyikan lagu,memuji murid dengan kata nasihat dan motivasi dan bermacam

  • 5/28/2018 Peta Minda

    3/3

    lagi.Dengan cara menarik perhatian ini murid akan berasa mereka akan belajar sesuatu

    pada hari ini dan mereka akan memberikan tumpuan yang lebih.Keburukkan juga boleh di

    dapati pada fasa ini sekiranya murid terlebih teruja dan sukar untuk memberikan arahan

    seterusnya kawalan kelas terganggu.

    Manakala pada fasa kedua iatu fasa pencetusan idea, kebaikkannya adalah pada

    fasa ini murid akan merasakan pengetahuan sedia ada mereka dihargai apabila guru

    mengemukan soalan dan mereka menjawabnya dengan lancar dan jelas dan guru

    memberikan pujian. Keburukkanya guruakan merasa jemu sekiranya soalan yang

    dikemukan guru tidak dijawab bahkan murid hanya mendiamkan diri,ini menyukarkan pihak

    guru untuk mencetuskan idea pengajaran pada hari itu.Bahkan murid akan merasa diri

    mereka terlalu bodoh kerana mereka langsung tidak dapat menjawab soalan yang

    dikemukan guru.

    Keburukkan Model kitaran 5E adalah model pengajaran dimana pada fasa pertama

    murid diberikan permasalahan untuk diselesaikan,murid yang sederhana akan merasa satu

    bebanan apabila mereka terus diberikan masalah sebelum ilmu itu difahami. Murid juga

    akan merasa terbeban dimana mereka diminta mencari maklumat dan data kepada

    permasalahan yang ditimbulkan ,apabila mereka perlu mencari maklumat murid akan

    merasa cepat bosan kerana mereka perlu banyak membaca untuk mendapatkan

    maklumat.Apabila murid merasa bosan suasana pengajaran dan pembelajaran menjaditidak menyeronokkan ini akan menyebabkan kawalan kebisingan kelas berlaku.

    Kebaikkan model ini pembelajaran secara koperatif dimana peljar berada di dalam

    kumpulan mencari maklumat dan berkongsi maklumat untuk membentuk konsep yang baru

    dan guru akan menambahkan maklumat agar konsep yang baru dibina menjadi lebih teoat

    dan jelas.Pembinaaan konsep yang jelas memudahkan murid berasa gembira kerana

    kefahaman mereka kepada konsep yang dibina itu akan kekal lebih lama.Ini menjadikan

    pengulangan topik itu tidak perlu dilakukan berulang kali, bahkan murid dapat menghabiskan

    topic pembelajaran dalam setahun tanpa ada topic yang tertinggal dan tidak di fahami.

    Oleh yang demikian kita sebagai guru mempunyai pelbagai alternatif untuk memilih

    model pengajaran dan pembelajaran untuk disampaikan kepada murid.Tidak perlu lagi

    kepada kaedah chalk and talk: dan kuliah semata-mata bahkan pelbagai kaedah perlu

    dilakukan untuk menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pada masa

    kini.Alatan dan bahan yang pelbagai adalah sumber yang perlu digunakan guru untuk

    menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen.