perumpamaan serangga dalam al-quran.pdf

Upload: faizal-petros

Post on 06-Jul-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    1/25

    105

    PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QUR’ĀN:ANALISIS I`JAZ

    Oleh:

    Mohd Sukki Othman

    M. Y. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff 

    PENDAHULUAN

    Perumpamaan dalam al-Qur’ān mempunyai peranan yang besar dalammenyampaikan mesej daripada Allah SWT kepada manusia. Sesuai

    dengan kepentingan perumpamaan, maka ia mempunyai peranan yang

     penting dan utama ke arah mendekatkan kepada pemikiran manusia sesuatu

    tanggungjawab yang perlu ditunaikan semasa menjalani kehidupan di

    atas dunia ini. Oleh yang demikian, apabila Allah SWT mendatangkan

     perumpamaan serangga dalam al-Quran, maka sudah tentu ia memberikan

    mesej yang penting kepada manusia. Justeru, kajian mestilah dilakukan bagi

    memahami mesej yang hendak disampaikan oleh al-Quran tersebut.

    Terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup di atas muka bumi ini.

    Kepentingan serangga dalam kehidupan manusia bukanlah terletak pada bilangannya yang terdiri daripada hampir 75% daripada seluruh spesieshaiwan. Akan tetapi serangga amat berperanan dalam ekosistem dalam

    mewujudkan kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. Justeru, al-Qur’ānsendiri telah membicarakan tentang serangga ekoran kepentingannya dalam

    kehidupan manusia. Walaupun terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup

    di atas muka bumi ini, namun al-Qur’ān hanya mengetengahkan beberapa jenis serangga sahaja yang mewakili kumpulan-kumpulan serangga dengan

     pelbagai cara hidupnya, seperti serangga pemakan tumbuh-tumbuhan,

     pemakan benda-benda organik mati, serangga pemangsa dan parasit, danserangga yang hidup secara bersendirian dan bermasyarakat. Penyataantentang serangga di dalam al-Qur’ān menunjukkan kebesaran dan keagunganAllah SWT, di samping ia adalah satu fakta biologi untuk dikaji oleh manusia

    yang dikurniakan akal fikiran dan kemampuan untuk melakukan kajian. Ia

     bersesuaian dengan konsep ilmu di dalam Islam yang mengarah kepada

    tauhid dan keredhaan Allah SWT.

    Secara umumnya, serangga yang telah disebut di dalam al-Qur’ān ialahnyamuk, lalat, belalang, kutu, lebah, semut dan anai-anai. Namun begitu,

    serangga yang telah dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran

    hanyalah nyamuk dan lalat. Oleh yang demikian, kajian dalam artikel ini akan

    melihat kepada rahsia dan hikmah pemilihan serangga-serangga tersebut di

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    2/25

    106 | Centre of Quranic Research International Journal 

    106

    dalam al-Qur’ān. Seterusnya, analisis akan dilakukan untuk melihat elemeni’jaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’ān yang membicarakan tentangserangga tersebut.

    NYAMUK 

     Nyamuk adalah serangga yang tergolong dalam kategori haiwan invertebrata

    yang berjumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,530

    spesies1. Pada kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulutnya berbentuk proboscis  panjang yang digunakan untuk menembusi kulit mamalia bagi

    menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protein untuk pembentukan

    telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang

    tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisapdarah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza

    dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk

    menghisap darah2.

     Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur,

    larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada

    spesies dan suhu. Culex tarsalis  boleh melengkapkan kitaran hayatnya

    dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C.

    Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atausehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai jentik-jentik  yang boleh

    di dapati di lopak atau di sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas

    melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor 3.

    Allah SWT telah mendatangkan nyamuk sebagai salah satu serangga

    yang telah digunakan sebagai perumpamaan dalam al-Qur’ān. FirmanAllah SWT:

    ڌڌ    ڍ   ڍ   ڇ   ڇ   ڇ   ڇ   چ   چ   چ  

    ک

     

    ک

     

    ڑک

     

    ڑ

     

    ژ

     

    ژ

     

    ڈ

     

    ڈ

     

    ڎ

     

    ڎ

     

    ڱ

     

    ڳ

     

    ڳڳ

     

    ڳ

     

    گ

     

    گ

     

    گ

     

    گ

     

    ک

     

    ۀ

     

    ۀ

     

    ڻ

     

    ڻ

     

    ڻ

     

    ڻ

     

    ںں

     

    ڱ

     

    ڱ

     

    ڱ

    Maksudnya:

    Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan

    apa sahaja, (seperti) nyamuk atau yang lebih kecil

    daripada itu (kerana perbuatan itu ada hikmahnya),

    1 Mosquito Taxonomic Inventory, http://mosquito-taxonomic-inventory.info/ 10/4/20012  Ibid.3  Ibid .

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    3/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 107 

    107

     Iaitu kalau orang yang beriman maka mereka akan

    mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan

    mereka; dan kalau orang kafir pula maka mereka akan

    berkata: «Apakah maksud Allah membuat perbandingandengan ini?» (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan

    banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu,

    dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk

    dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan

     sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang

     yang fasik.

    Surah al-Baqarah (2): 26

    ANALISIS KANDUNGAN

    Dalam ayat 26 surah al-Baqarah ini, Allah SWT telah mendatangkan perumpamaan tentang nyamuk (ba`udah). Dalam al-Mu`jam al-Wasit ,dinyatakan bahawa al-ba`ud  ialah sejenis serangga yang memudaratkan serta

    mempunyai dua sayap, dan ia juga dikenali sebagai ‘al-namus’4. Perkataanal-ba`ud  merupakan ishtiqaq atau derivasi daripada perkataan al-ba`d  yang

    memberi makna sebahagian daripada sesuatu. Hal ini menunjukkan kepada

    saiznya yang kecil dan sedikit5

    .  Al-Ba`udah atau nyamuk tergolong dalam jenis haiwan al-hamj iaitu serangga kecil dan ia di bawah kategori al-tayr  

    (haiwan yang mempunyai sayap)6. Perkataan al-ba`udah  disebut sekalisahaja di dalam al-Qur’ān iaitu pada ayat yang dibincangkan ini (Surah al-Baqarah ayat 26).

     Asbab Nuzul  ayat ini ialah apabila Allah SWT menyebut tentang lalat

    (dalam surah al-Hajj ayat 73) dan labah-labah (dalam surah al-`Ankabut ayat 41)di dalam al-Qur’ān, dan dikaitkan golongan musyrikin dengan perumpamaan(perumpamaan) dengan haiwan-haiwan tersebut, maka golongan Yahudi

    mentertawa serta mempersendakan ayat-ayat Allah ini. Mereka mempersoalkanapakah al-Qur’ān hanya membincangkan tentang haiwan-haiwan yang sekecilitu, dan apakah faedahnya menyebut tentang perkara remeh-temeh itu. Lalu

    turunlah ayat ini7. Ibnu `Abbas pula telah menyatakan bahawa setelah AllahSWT mendatangkan dua perumpamaan (perumpamaan) kepada golongan

    munafik (ayat 17 dan 19 Surah al-Baqarah) iaitu:

    4 Anis, Ibrahim et.al  (t.t), al-Mu`jam al-Wasit . T.T.P: T.P, h. 635 al-Fakhr al-Raziy (1995), al-Tafsir al-Kabir , j. 2. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy,

    h. 364.

    6 al-Nuwayriy, Shihab al-Din Ahmad Bin `Abd al-Wahhab (2004).  Nihayah al-Arab fi Funun al-Adab, j. 10. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 174

    7  al-Naysaburiy, Abu al-Hasan `Ali Bin Ahmad al-Wahidiy, (1990) Asbab al-Nuzul . Mesir:Matba`ah al-Halabiy, h. 12.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    4/25

    108 | Centre of Quranic Research International Journal 

    108

    ڀ  پ  پ  پ  پ  ٻ  ٻ  ٻ    نث

    ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ 

     

    ڄ

     

    ڦ

     

    ڦ

     

    ڦ

     

    ڦ

     

    ڤ

     

    ڤ

     

    ڤ

     

    ڤ

     

    ٹ

     

    ٹ

    چ  چ  چ    ڃچ ڃ  ڃ    ڃ ڄ  ڄ  ڄ 

      ڇ مث

    Maksudnya:

     Perbandingan hal mereka (golongan munafik itu)

     samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api

    itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan

    cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannyamereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu

     pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan

    buta; Dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali

    (kepada kebenaran). Atau (bandingannya) seperti (orang

     yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan

     gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat

     jari ke dalam telinga masing-masing daripada mendengar

     suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka

    boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang yang kafir itu.

     Surah al-Baqarah (2): 17-19

    Maka golongan munafik itu pun menyatakan bahawa Allah lebih tinggi

    dan mulia daripada mendatangkan perumpamaan seumpama itu, lalu Allah

     pun menurunkan ayat ini (ayat 26 surah al-Baqarah)8. Golongan kuffar telahmendatangkan keraguan dengan menyatakan bahawa apabila al-Qur’ānmenyebut tentang lebah, lalat, labah-labah dan semut, maka ia menunjukkan

     bahawa al-Qur’ān tidak fasih dan tidak mengandungi i`jāz; kerana hanyamembincangkan tentang haiwan-haiwan kecil. Lalu Allah SWT telah

    menjawab keraguan golongan kuffar tersebut melalui ayat ini, iaitu sesuatu

    yang ‘kecil’ itu bukanlah menafikan kefasihan dalam perkataan apabila

     perkara ‘kecil’ tersebut menyentuh tentang sesuatu yang mengandungi

    hikmah yang tinggi dan mendalam9.

    Al-Sabuniy ketika membahaskan ayat ini telah menyatakan bahawa

    sesungguhnya Allah bebas mendatangkan apa jua bentuk perumpamaan,

    iaitu sama ada melibatkan ‘perkara-perkara kecil’ seperti nyamuk atau

    8  Ibid 9 al-Fakhr al-Raziy, (1995), op.cit , j. 1, h. 361

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    5/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 109 

    109

    sesuatu yang lebih kecil daripada itu atau pun ‘perkara-perkara besar’10. Al-

    Zuhayliy pula menyatakan bahawa bukanlah suatu keaiban dan pelik apabila

     perumpamaan itu didatangkan dalam bentuk sesuatu yang kecil atau besar.

    Hal ini kerana kebesaran dan kehebatannya terletak pada perkara yang satuiaitu ‘menjadi dan menciptakan’. Allah mendatangkan perumpamaan dalam

    al-Qur’ān adalah bertujuan mendedahkan sesuatu makna itu dengan lebih jelas. Perumpamaan juga bertujuan menyingkap maksud yang dikehendakidengan sesuatu yang dapat dirasai, serta mendedahkan segala kekaburan.

    Allah Yang Maha Bijaksana melakukan sesuatu adalah untuk menzahirkanhikmah dan kebaikan sama ada dengan membawakan perumpamaan dalam

     bentuk perkara yang besar atau perumpamaan tentang perkara yang kecil.

    Semuanya adalah berasaskan kepada keadaan dan kesesuaian11.

    Golongan kuffar yang mempertikaikan serta menyatakan bahawa

    tidak layak bagi Allah membawakan perumpamaan bagi benda-benda kecil

    adalah kerana mereka bersifat dengan kejahilan. Hal ini kerana sesuatu yang

    kecil atau besar adalah jelas merupakan ciptaan Allah12  yang mempunyai

    hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya tidak terhalang bagi Allah untuk

    mendatangkan perumpamaan yang boleh menerangkan serta menjelaskan

    sesuatu perkara tanpa melihat kepada nilai sesuatu yang diumpamakan itu

    di sisi manusia13.

    Ringkasnya, terdapat dua kategori manusia dalam memahami perumpamaan ini iaitu14:

    Golongan beriman: Mereka memahami tujuan sesuatu yang1.diumpamakan di dalam al-Qur’ān serta memberikan kesan terhadap jiwa mereka.

    Golongan kuffar: Mereka tidak melihat maksud sebenarnya2.di sebalik perumpamaan yang diutarakan di dalam al-Qur’ānsebaliknya bertanya-tanya serta mempertikaikan mengapakah Allah

    mendatangkan perumpamaan seumpama ini. Golongan ini mengejekserta memperlekehkan ayat al-Qur’ān serta cuba menimbulkankeraguan dalam kalangan manusia. Inilah perangai golongan fasik

    yang tidak mendapat hidayah.

    10 al-Sabuniy, Muhammad `Ali (t.t), Safwah al-Tafasir , j. 1. Kaherah: Dar al-Sabuniy, h.45.

    11 al-Zuhayliy, Wahbah (1991), al-Tafsir al-Munir , j. 1. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir, h.110-111.

    12 `Abd al-Latif, Muhammad `Abd al-Wahhab (1993),  Mawsu`ah al-Perumpamaan al-Qur’aniyyah, j. 1. Kaherah: Maktabah al-Adab, h. 338.

    13  Ibid , j. 1, h. 332.14 Mahmud Shaltut (1964), Ila al-Qur’ān al-Karim, Kaherah: Dar al-Hilal, h. 20-21.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    6/25

    110 | Centre of Quranic Research International Journal 

    110

    Seterusnya, melalui ayat 26 surah al-Baqarah ini juga sebenarnya dapatdilihat dengan jelas bahawa Allah SWT menjadikan perumpamaan dalam

    al-Qur’ān sebagai suatu ‘penjelasan’ terhadap hakikat sesuatu perkara serta

    mengukuhkan hujah dan dalil. Dari sini, terbuktilah bahawa perumpamaanitu sendiri mempunyai i`jāz untuk menerangkan hakikat sesuatu perkarasama ada ia melibatkan perkara kecil atau besar 15.

    ANALISIS I`JĀZ

     Nyamuk sering dianggap sebagai makhluk hidup yang biasa dan tidak

     penting. Namun, ternyata nyamuk itu sangat bererti untuk dikaji dan

    difikirkan sebab di dalamnya terdapat tanda kebesaran Allah SWT. Inilah

    sebabnya « Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu».

    Menurut Mahmud Safi, ayat 26 surah al-Baqarah yang dibincangkanini merupakan ayat yang menunjukkan kepada keelokan dan kecantikan

    gaya bahasa perumpamaan. Dalam ayat ini, Allah SWT mendatangkan perumpamaan mengenai keadaan dunia dan penghuninya yang diumpamakan

    seperti keadaan dan kehidupan dalam dunia nyamuk. Sesungguhnya

    nyamuk itu hidup apabila lapar, dan mati apabila kenyang. Begitulah

    kehidupan penghuni dunia akan mati setelah ‘kenyang’ dengan kehidupandunia16. Justeru, kehidupan haiwan sekecil nyamuk perlu dibuat kajian dan

    dihayati pengajaran daripadanya. Kitaran hidup nyamuk boleh dijadikan

     pengajaran dalam kehidupan manusia yang singkat di atas dunia ini supaya

     berusaha mengenal dan mentauhidkan Allah agar kehidupan menjadi lebih

     bermakna.

    Perumpamaan di dalam ayat ini didatangkan sebagai jawapan kepada persoalan golongan kafir iaitu mereka berkata::Tidak malukah tuhan

    Muhammad mendatangkan amthal dengan haiwan sekecil lalat dan labah-

    labah?”. Justeru, sebagai jawapan kepada persoalan tersebut, Allah SWTmendatangkan sesuatu yang berlawanan sebagaimana yang dikatakan oleh

    golongan kuffar itu. Jawapan ini mengandungi keseniannya yang tersendiri

    iaitu jawapan dalam bentuk ‘al-tibaq’ 17   yang memberikan kesan yang

    mendalam kepada pendengar 18.

    15 Muhammad Abu Zuhrah (t.t), al-Mu`jizah al-Kubra li al-Qur’ān. Kaherah: Dar al-Fikral-`Arabiy, h. 381-382.

    16 Mahmud Safi (1990), al-Jadwal fi I`rab al-Qur’an wa Sarfuhu wa Bayanuhu, j. 1.

    Damsyik: Dar al-Rashid, h. 87.17  al-Tibaq: menyatakan dua lafaz yang bertentangan atau berbeza makna dalam sesuatu

    ungkapan.18 al-Fakhr al-Raziy (1995), op.cit , j.2, h. 361-362.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    7/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 111 

    111

    Perumpamaan didatangkan dalam ayat ini sebagai suatu yang memberikebaikan kepada akal dan pemikiran untuk berfikir. Oleh yang demikian,

    orang Arab selalu menggunakan perumpamaan dalam percakapan mereka

    supaya ia lebih memberi kesan kepada makna. Berkaitan dengan haiwan-haiwan kecil seumpama serangga, terdapat perumpamaan yang telah

    digunakan dalam kalangan orang Arab sejak zaman-berzaman seperti (ضأ 

    راشة

     

    ) yang bermaksud: ‘lebih lemah daripada kelkatu’, (ضة

     

     ضأ

    )

     bermaksud: ‘lebih lemah daripada nyamuk’, dan (ضة ا

      خ

     

      أعز

    ) yang

     bermaksud ‘lebih mulia daripada otak nyamuk’19.

    Dari sini, jelaslah bahawa golongan kuffar yang mempertikaikan perumpamaan terhadap haiwan-haiwan kecil seperti nyamuk, lalat, lebah,

    labah-labah dan sebagainya adalah merupakan keengkaran dan kedegilanmereka untuk menerima pengajaran daripada ayat al-Qur’ān walaupun perumpamaan terhadap haiwan seumpama itu sudah biasa dalam percakapan

    mereka yang telah dijadikan sebagai kisah dan pengajaran. Sepatutnya

    mereka membuka minda dan berfikir mengapakah Allah SWT menjadikan

    haiwan-haiwan kecil itu sebagai perumpamaan dan bandingan dalam

    kehidupan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa semua ciptaan Allah

    mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri yang perlu dikaji dan diambil

     pengajaran daripadanya.

    Bukanlah sesuatu yang wajar bagi golongan jahil dan kafir berasa pelikdan engkar terhadap perumpamaan yang didatangkan oleh Allah dalam al-

    Qur’ān. Hal ini adalah kerana perumpamaan didatangkan bertujuan untukmendedahkan makna dan menyingkap sesuatu yang terlindung agar ia

    menjadi jelas dan bertepatan dengan apa-apa yang dihajati20.

    Perumpamaan yang terdapat di dalam ayat di atas telah menunjukkankekuasaan Allah SWT yang mampu mencipta makhluk sekecil nyamuk,

     bahkan yang lebih kecil daripada itu. Walaupun nyamuk merupakan haiwan

    yang kecil, namun ia dapat memberikan kesan yang besar dalam kehidupanmanusia. Oleh yang demikian, semakin kecil sesuatu itu, maka semakin

    sukar untuk mengetahui rahsianya21. Justeru, perumpamaan seumpama

    itu dianggap sebagai perumpamaan yang mempunyai kekuatan dari sudut

    hujah. Kajian yang mendalam diperlukan untuk mengetahui dan menyingkap

    rahsianya.

    Allah SWT Pencipta segala makhluk sama ada kecil atau besar dan setiapciptaan Allah mempunyai i`jaznya yang tersendiri. Pengajaran daripada perumpamaan yang didatangkan oleh Allah bukan terletak pada saiz atau

    19 al-Fakhr al-Raziy (1995), op.cit , j.2, h. 362.20 al-Zamakhshariy (1995), al-Kashshaf , j. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 116.21 al-Fakhr al-Raziy (1995), op.cit , j.2, h 364.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    8/25

    112 | Centre of Quranic Research International Journal 

    112

     bentuk, akan tetapi perumpamaan merupakan wasilah kepada cahaya dan

    kebenaran. Allah SWT mendatangkan perumpamaan sebagai ujian kepada

    hati dan jiwa manusia sama ada menerima keimanan atau tenggelam dalam

    kesesatan22.

    Walaupun golongan musyrikin memandang sinis terhadap ‘haiwan

    kecil’ yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Qur’ān, namun kajiansains pada hari ini mendapati bahawa penciptaan ‘haiwan kecil’ seumpama

    nyamuk sebenarnya menunjukkan kehebatan Allah SWT dalam penciptaan.

    Sebagai contohnya ialah nyamuk yang kecil itu mempunyai sistem radar

    yang hebat, oleh itu, walau dalam keadaan malam yang gelap sekalipun,

    ia tetap berupaya menuju secara tepat ke sasarannya iaitu kepada manusia

    yang sedang tidur 23

    .Bukan sekadar itu, bahkan nyamuk mampu menganalisis darah yang

    dihisapnya daripada manusia, lalu ia hanya akan menghisap darah yang

    disukainya sahaja, dan sekiranya ia tidak menyukai darah yang ada pada

    mana-mana manusia yang dihinggapinya, ia akan meninggalkan orang itu

    dan mencari mangsa yang lain24. Sehubungan dengan itu, banyak kajian

    yang telah dibuat mengenai nyamuk dan banyak juga penemuan-penemuan

    yang amat bermanfaat dapat dihasilkan.

    Melalui haiwan sekecil nyamuk inilah, Sir Ronald Ross (1857-1932)memperoleh anugerah Nobel. Beliau memperoleh anugerah nobel dalam bidang fisiologi dan perubatan pada tahun 1902. Anugerah ini telah diberikan

    kepada beliau hasil kajian yang beliau lakukan terhadap penyakit malaria

    yang mengorbankan ramai nyawa manusia. Beliau membuat kajian tentangmalaria selama lebih kurang 18 tahun iaitu dari tahun 1881 sehingga 1889.

    Beliau telah berjaya membuktikan bahawa penyakit malaria dibawa olehsejenis nyamuk yang dikenali sebagai nyamuk Anopheles25.

    Daripada penemuan ini, memberikan gambaran jelas betapa sesuatu

    yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’ān bukanlah sesuatuyang sia-sia dan remeh walaupun ianya kelihatan remeh dan kecil di sisi

    orang yang tidak beriman kepada Allah SWT.

    Sesungguhnya penggunaan perumpamaan mengenai nyamuk dalam ayat

    al-Qur’ān mempunyai hikmah dan rahsia yang besar yang sepatutnya dikajioleh manusia bagi memahami maksud yang tersurat dan tersirat daripada

    22 Qutb, Sayyid (1992), Fi Zilal al-Qur’an, c. 17, j. 1. Beirut: Dar al-Shuruq, h. 50.23 Yusuf al-Haj Ahmad, (2003),  Mawsu`ah al-I`jāz al-`Ilmiy fi al-Qur’ān al-Karim wa al-

    Sunnah al-Mutahharah, Damsyik: Maktabah Ibn Hajar, h. 510.24 Ibid, h. 511.25 Wikipedia The Free Encyclopedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Ronald_Ross,

    10/10/2010

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    9/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 113 

    113

    firman Allah tersebut. Walaupun nyamuk mempunyai tubuh dan jasad yang

    kecil, namun ia mempunyai hubungan yang amat penting dengan kesihatan

    manusia. Sejak dari dahulu sehinggalah sekarang, nyamuk adalah serangga

    yang menjadi punca kepada masalah kesihatan yang utama bagi manusia danhaiwan ternakan di seluruh dunia. Pelbagai penyakit yang berlaku adalahdisebabkan oleh nyamuk. Nyamuk Anopheles merupakan vektor malaria26,

    nyamuk Aedes pula merupakan vektor denggi27, ‘ yellow fever ’28 (di Amerika

    dan Afrika) dan ensefalitis29 (di Amerika dan Eropah). Manakala nyamuk-

    nyamuk  Mansonia  dan Culex  pula merupakan vektor penyakit  filariasis30 

    (untut)31.

    Salah satu elemen i`jāz yang dapat diambil daripada ayat al-Qur’ān

    26 Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia,

    iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk

    tiruk). Parasit Malaria disebar oleh nyamuk  Anopheles betina. Parasit membiak dalamsel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput

    nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual,

     penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. (http://ms.wikipedia.

    org/wiki/Malaria)27  Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus

    Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya

    ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orangyang sihat. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile),dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Demamdenggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang

     bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk

    menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever ) dan gatal-gatal.

    Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya

    muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada

    keseluruhan tubuh. (http://ms.wikipedia.org)28 Yellow Fever  ialah demam kuning iaitu penyakit jangkitan akut yang merupakan masalah

    kesihatan awam di negara endemik di Afrika dan Amerika Selatan. Simptom biasa yang

    kelihatan adalah demam, sakit otot, sakit kepala, dan sakit belakang. Simptom lain penyakit demam kuning ialah lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah.

    Dalam sebahagian kes terdapat juga penglibatan organ dalaman - hati, ginjal dan jantung.Terdapat juga pendarahan dari usus penghadaman (muntah darah). (http://ms.wikipedia.

    org & http://www.sabah.org.my).29 Ensefalitis ialah peradangan akut otak yang disebabkan oleh jangkitan virus. Kerosakan

    otak terjadi disebabkan otak terdorong terhadap tengkorak dan menyebabkan kematian.

    (http://ms.wikipedia.org/wiki/Ensefalitis)30 Penyakit Untut atau penyakit filariasis pernah menjadi satu penyakit yang amat digeruni

    di ASEAN. Bentuk Untut yang paling biasa adalah elephantitis (bengkak dibahagian alatkelamin atau peha), yang merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga.

    Elephantitis disebabkan parasit tinggal di nod sistem limfa. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Untut).

    31 Mohamed Salleh, (1989), Serangga dan Manusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, h. 13.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    10/25

    114 | Centre of Quranic Research International Journal 

    114

    ini ialah penggunaan perkataan al-ba`udah yang merujuk kepada ‘nyamuk

     betina’. Anggapan kebanyakan orang bahawa nyamuk adalah penghisap dan

     pemakan darah tidaklah sepenuhnya benar. Akan tetapi, hanya nyamuk betina

    yang menghisap darah dan bukan yang jantan. Di samping itu, nyamuk betinamenghisap darah bukan untuk keperluan makanan mereka. Hal ini kerana

    sama ada nyamuk jantan mahupun nyamuk betina, kedua-duanya hidup

    dengan memakan «nectar », iaitu cairan manis yang disekresikan oleh bunga

    tanaman (sari madu bunga). Satu-satunya alasan mengapa nyamuk betina,

    dan bukan jantan, yang menghisap darah adalah kerana darah mengandungi

     protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan telur nyamuk.

    Dengan kata lain, nyamuk betina menghisap darah untuk mempertahankankelangsungan hidup spesiesnya32.

    Al-Qur’ān telah menggunakan perkataan al-ba`udah  dalam bentukmuannath  (feminin) iaitu merujuk kepada nyamuk betina. Begitu juga penggunaan ganti nama (

    ) dalam ayat (ق

     

    ) yang digunakan bagi

    merujuk kepada al-ba`udah  menunjukkan bahawa ia adalah muannath.

    Daripada penggunaan perkataan muannath  ini, unsur al-i`jāz al-bayaniy  begitu terserlah dalam ayat ini. Unsur i`jāz yang terdapat dalam ayat iniialah pemilihan dan penggunaan perkataan yang tepat sesuai dengan maksud

    yang hendak disampaikan. Pada peringkat penurunan ayat ini, mungkin tidak

    dapat diperhalusi dari sudut hikmah penggunaan ‘nyamuk betina’ dalamayat ini dan bukannya ‘nyamuk jantan’. Akan tetapi setelah berkembangnya

     penyelidikan sains dan teknologi, maka terungkaplah perbezaan antara tugas

    dengan peranan nyamuk betina dan nyamuk jantan.

    Hal ini kerana hanya nyamuk dewasa betina sahaja yang menghisap

    darah sama ada darah haiwan atau manusia. Nyamuk betina menghisap

    darah kerana ia memerlukannya untuk proses perkembangan telur. Manakala

    nyamuk jantan tidak menghisap darah, tetapi memakan cairan tumbuhan

    iaitu manisan bunga atau cairan buah yang membusuk 33.

    Seterusnya, elemen i`jāz juga dapat dikesan melalui penggunaan perkataan (

    ضة

    ) secara nakirah  serta penggunaan (

    ) yang diulang

    sebanyak dua kali. Ia menunjukkan bahawa nyamuk itu terdiri daripada

     pelbagai jenis dan pelbagai saiz. Sebahagian daripadanya memberikan

    kesan mudarat kepada manusia34. Penggunaan perkataan tersebut secaranakirah sudah tentu mempunyai matlamat dan tujuan yang perlu dikaji dan

    32 Harun Yahya, Nyamuk: Pemakan Darah?, http://www.harunyahya.com, 15/10/2010

    33 Mohamed Salleh (1997),  Rahsia Pengungkapan Serangga Dalam al-Qur’ān, KualaLumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 12.

    34 al-Najjar, Zaghlul Raghib (2006), al-Hayawan fi al-Qur’ān al-Karim. Beirut: Dar al-Ma`rifah. h. 179.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    11/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 115 

    115

    diperhalusi. Nakirah adalah kata nama umum bagi sesuatu35.

    Apatah lagi penggunaan huruf (

    ) yang datang selepas perkataan

    (ضة

    ). Terdapat pelbagai pendapat tentang apakah jenis (

    ) di dalam ayatini, namun pendapat yang rajih ialah (

    ) di sini ialah (اة

    )36. Apabila (

     

    اة

    ) datang sebelum atau selepas kata nama, maka ia akan memberikan

    makna yang lebih umum atau bersifat lebih umum daripada nakirah. Justeru,

    ayat al-Qur’ān dapat difahami dengan lebih jelas iaitu menunjukkan bahawanyamuk itu terdiri daripada pelbagai jenis dan pelbagai saiz tanpa merujuk

    kepada mana-mana jenis nyamuk atau golongan nyamuk tertentu. Justeru,

     pemilihan perkataan yang teliti dalam ayat al-Qur’ān menyerlahkan i`jāzyang terdapat di dalamnya.

     Nyamuk adalah serangga yang umum, mudah dikenal dan memberikankesan kesihatan yang besar kepada manusia. Penciptaan nyamuk merupakansuatu ujian daripada Allah kepada manusia untuk berfikir dan berusaha

    mengembangkan ilmu supaya dapat mengatasi dan menyelesaikan segala

    masalah yang ditimbulkan oleh serangga berkenaan37. Manusia mendapat

     pelbagai penyakit menerusi nyamuk sama ada demam denggi, malaria dan

    sebagainya. Namun begitu, secara realitinya nyamuk bukanlah penyebab

    kepada penyakit manusia kerana jumlah darah yang dihisap oleh nyamuk

    amat sedikit dan ia tidak mampu untuk menjejaskan kesihatan seseorang.

    Kesan gigitan nyamuk hanya bersifat alah kepada manusia seperti gatal, bengkak merah pada tubuh dan sebagainya.

    Akan tetapi, sesuatu yang bahaya daripada nyamuk ialah ia adalah

    vektor atau pembawa mikroorganisma atau parasit yang menjadi punca

    kepada berlakunya sesuatu penyakit. Pertalian antara mikroorganismadengan nyamuk dicerminkan oleh kesesuaian hidup mikroorganisma dalam

    tubuh nyamuk. Sebagai contohnya ialah mikroorganisma atau parasit

    malaria ( plasmodium falcifarum) hidup di dalam tubuh nyamuk, menjalani

     perkembangan dan pembiakan di dalam usus dan dinding usus, seterusnya didalam kelenjar air liur, sebelum disuntik atau dipindahkan kepada manusia

    yang menjadi mangsanya38.

    Kewujudan mikroorganisma dalam tubuh nyamuk yang menjadi

     penyebab kepada penyakit itu menyerlahkan lagi unsur i`jāz  yang terdapat di

    dalam ayat 26 surah al-Baqarah ini. Perkataan (ق

     

    ) di dalam ayat tersebut

    35 Fadl Hasan `Abbas (1987), al-Balaghah Fununuha wa Afnanuha. Amman: Dar al-Furqan h. 329.

    36 al-Darwish, Muhyiddin (1994), I`rab al-Qur’ān al-Karim wa Bayanuh, j. 1. Beirut: Dar

    Ibn Kathir, h. 68.37  Mohamed Salleh (1997),  Rahsia Pengungkapan Serangga Dalam al-Qur’ an, Kuala

    Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 12.38  Ibid , h. 14.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    12/25

    116 | Centre of Quranic Research International Journal 

    116

    memberi maksud ‘sesuatu yang lebih kecil’39. Menurut al-Zamakhshariy40,

    maksud (ق

     

    ) merujuk kepada dua elemen iaitu kecil dari sudut makna

    dan kecil dari sudut saiz dan bentuk. Kecil dari sudut makna bererti bahawa

    nyamuk itu dianggap lebih hina penciptaannya, manakala kecil dari sudutsaiz ialah nyamuk itu lebih kecil daripada labah-labah dan lalat. Menurut

    al-Zamakhshariy, maksud (ق  ) dalam hadith tersebut membawa duamakna iaitu lebih kecil dari sudut saiz duri, dan lebih kecil dari sudut makna

    iaitu dari sudut kesakitan yang ditanggung.

    Oleh yang demikian, maksud ayat al-Qur’ān “…atau yang lebih kecildaripada itu…” boleh ditafsirkan sebagai unsur yang lebih kecil daripada

    nyamuk dari sudut saiz dan bentuknya. Sehubungan dengan itu, boleh

    dikatakan bahawa kewujudan mikroorganisma yang sangat kecil yang tidakdapat dilihat oleh mata kasar yang terdapat dalam tubuh badan nyamuk

    merupakan juga suatu perumpamaan yang telah diutarakan oleh Allah SWT

     bagi menggambarkan kekuasaan dan kehebatan Allah dalam mencipta

    sesuatu. Justeru, penciptaan nyamuk dan mikroorganisma yang kecil dan

    halus tidak boleh dipandang remeh oleh manusia, kerana kesannya sangat

     besar dalam kehidupan manusia.

    Penciptaan mikroskop yang digunakan untuk melihat mikroorganismatelah dapat membantu manusia mencungkil dan memahami maksud ayat-ayat

    al-Qur’ān. Hal ini sekaligus telah membuktikan unsur al-i`jāz al-`ilmiy yangterdapat di dalam ayat ini. Kemajuan sains dan teknologi telah membantu

    manusia untuk membuat kajian yang mendalam terhadap sesuatu perkara

    yang tidak diketahui pada zaman dahulu. Ia sekaligus dapat membuktikan

    kehebatan dan mukjizat al-Qur’ān yang mempunyai fakta yang tidak pernah bercanggah dan sesuai digunakan di sepanjang zaman.

    LALAT

    Lalat adalah jenis serangga dari keluarga  Diptera42 yang mempunyai lebihdaripada 80,000 jenis43. Allah SWT menciptakan lalat sebagai serangga

    yang menggemari sesuatu yang buruk, najis dan busuk. Oleh yang demikian,

    lalat suka menghurung bangkai, memakan nanah dan kudis dan suka kepada

    sesuatu yang kotor. Lalat juga merupakan sejenis serangga yang boleh

    terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap

    39 al-Sabuniy, Muhammad `Ali (t.t), op.cit , j. 1, h. 44.40 al-Zamakhshariy (1995), op.cit , j. 1, h. 120-121.

    41 al-Zamakhshariy (1995), op.cit , j. 1, h. 121.42  Diptera bermaksud dua sayap, Di = two (dua), ptera = wings (sayap)43 Thoriq Muiz Muhamad (2001),  Hubungan Manusia, Haiwan dan Serangga. Kuala

    Lumpur: Usnie Sdn Bhd, h. 95.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    13/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 117 

    117

    kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui

     belalainya. Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan

     penyakit, disebabkan cara pemakanannya dan sifatnya yang sering terbang

    ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah

    dijumpai44.

    Allah SWT telah mendatangkan lalat sebagai perumpamaan di dalam

    al-Qur’ān, melalui firman-Nya:

    پ  پ    پپ ٻ  ٻ  ٻ    نث

    ٿ    ٿٿ ٿ  ٺ  ٺ  ٺ  ٺ  ڀ  ڀ  ڀ  ڀ 

     

    ڦ

     

    ڤ

     

    ڤڤ

     

    ڤ

     

    ٹ

     

    ٹ

     

    ٹ

     

    ٹ

    ڦ ڦ مث 

    Maksudnya:

    Wahai umat manusia! diberikan satu mathal perbandingan,

    maka dengarlah akan dia dengan bersungguh-sungguh.

    Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang

    lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta

     seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-

    ramai untuk membuatnya!, dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya

    balik daripadanya. (kedua-duanya lemah belaka), lemah

     yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang

    kena minta (daripada menunaikannya).

    Surah al-Hajj (22): 73

    ANALISIS KANDUNGAN

    Dalam ayat 73 surah al-Hajj ini, Allah SWT telah mendatangkan perumpamaantentang lalat (dhubab). Dalam al-Mu`jam al-Wasit , dinyatakan bahawadhubab  ialah sejenis haiwan kecil yang bersayap45. Ia adalah serangga

     berwarna hitam yang terdapat di dalam rumah dan sering menghinggap

    ke dalam bekas air dan makanan. Serangga ini dinamakan sebagai dhubab

    kerana pergerakannya yang banyak 46.

    Perumpamaan yang diketengahkan dalam ayat ini menunjukkan betapa

    44 Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat, 23/1/201145 Anis, Ibrahim et.al  (t.t), op.cit , h. 308.46 al-Qurtubiy, (1993), al-Jami` li Ahkam al-Qur’ān, j. 6. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,

    h. 65.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    14/25

    118 | Centre of Quranic Research International Journal 

    118

    lemahnya berhala-berhala yang disembah oleh orang kafir. Kebodohan

    orang kafir itu menyebabkan mereka masih mengharapkan berhala-berhala

    yang lemah itu. Allah SWT mendatangkan perumpamaan ini supaya mereka

     berfikir, bagaimana tuhan-tuhan yang mereka sembah tidak mampu untukmencipta walau seekor lalat sekalipun. Bahkan, bukan setakat itu sahajatetapi sekiranya lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, nescaya

    mereka tidak dapat mengambilnya semula. Dalam ayat ini, Allah SWTtelah mendatangkan hujah dalam bentuk perumpamaan untuk memudahkan

    kefahaman mereka47.

    Sekiranya makhluk yang lemah seumpama lalat itu tidak mampu dicipta,

    apatah lagi makhluk yang besar dan hebat seperti langit dan bumi, maka

    sudah tentu ‘ jauh panggang daripada api’. Di samping itu, tuhan-tuhanyang disembah oleh orang kafir itu langsung tidak boleh bergerak serta tidakmampu untuk menyelamatkan sesuatu, jadi ini dengan sendirinya menafikan

    sifat-sifat ketuhanan48.

    Menurut Ibn `Abbas golongan musyrikin itu telah menyapu berhalamereka dengan  za`faran  dan madu, lalu datang lalat lalu memakannya49.

     Namun begitu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Begitu juga berhalayang mereka sembah tidak dapat menolong dirinya sendiri. Justeru, hal

    ini menunjukkan betapa lemahnya berhala yang mereka sembah itu. Apa

    tidaknya, berhala itu dibuat dan diukir oleh mereka sendiri.

    Penggunaan perumpamaan di sini adalah bertujuan mengemukakanhujah yang mantap tentang kebatilan orang kafir yang telah ‘berpaut pada

    dahan yang rapuh’ . Menurut al-Qurtubi, Allah SWT mendatangkan hujah

    dalam bentuk perumpamaan dalam ayat ini adalah untuk memberikan

    kefahaman yang lebih jelas50. Ayat di atas yang bermaksud “ sesungguhnyamereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu” memberikan

     pengertian berhala yang disembah oleh golongan musyrikin yang berada di

    sekeliling kaabah yang berjumlah 360 berhala

    51

    .Ringkasnya, ayat perumpamaan ini mengajak manusia berfikir betapa

     penyembahan mereka kepada selain daripada Allah merupakan suatu

    kebodohan dan kejahilan yang amat nyata. Perumpamaan dalam ayat inidigambarkan melalui 3 perkara iaitu:

    Manusia dan berhala yang disembah bersifat lemah dan tidak mampu1.

    47   Ibid , j. 6, h. 64-65.48 Ibnu `Āshūr, Muhammad al-Tāhir (t.t) , Tafsīr al-Tahrīr wa al-Tanwīr , j. 17. T.T.P: al-

    Dār al-Tūnisiyyah, h. 340.49 al-Zamakhshariy, (1995), op.cit , j. 3, h. 167.50 al-Qurtubiy, (1993), op.cit , j. 12, h. 64-65.51  Ibid , j. 12, h. 65

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    15/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 119 

    119

    untuk menciptakan walau seekor lalat yang kecil.

    Manusia dan berhala yang disembah tetap bersifat lemah walaupun2.

    mereka bekerjasama dan berpakat. Justeru, walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk menciptakan seekor lalat sahaja

    nescaya mereka tidak dapat melakukannya.

    Kelemahan manusia dan berhala yang disembah itu terserlah apabila3.mereka tidak dapat berbuat apa-apa ketika lalat mencuri sesuatu

    daripada mereka.

    ANALISIS I`JĀZ

    Dalam ayat ini, Allah SWT memulakan perumpamaan dengan perkataan’duriba’  iaitu (

    ه

     تا

     ل

       ضاس

     يأ

     ي

    ). Sesungguhnya terdapat hikmah

    tertentu apabila Allah SWT memulakan perumpamaan dengan ’duriba’.

    Maksud asal perkataan ’duriba’  atau ’darb’  dalam bahasa Arab ialah pukul

    atau ketuk. Jadi, apakah kesesuaian penggunaan perkataan ini dalam ayat

     perumpamaan dalam al-Qur’ān? Menurut Muhammad Qutb, lafaz ’duriba’  atau ’darb’  disebut ketika ingin meninggalkan kesan dan membangkitkan

    tindakan, iaitu seolah-olah perumpamaan yang didatangkan itu mengetuk

    dan memukul telinga pendengar dengan suatu ketukan dan pukulan yang

     berbekas di hatinya, malah menusuk ke sanubarinya52.

    Perkataan (

    ) dalam ayat di atas yang bermaksud “tidak sekali-kali” yang menunjukkan kepada penafian untuk selamanya, memberi

    erti di sini ‘nafi ta’kid ’ iaitu penafian secara pasti. Justeru, ia membawa

    maksud secara pasti kemustahilannya bagi golongan musyrikin itu untuk

    menciptakan lalat walaupun mereka berkumpul dan saling bekerjasama

    untuk menciptakannya53. Justeru, sungguh tidak wajar dan tidak layak

     bagi orang yang berakal untuk menjadikan berhala sebagai sembahan. Ini

    merupakan ayat yang amat mendalam maknanya yang diturunkan oleh Allah bagi menggambarkan kejahilan golongan musyrikin Quraisy yang tidak

    menggunakan langsung akal mereka54.

    Ayat 73 surah al-Hajj ini dimulakan dengan seruan (اا 

    ) kepada semua

    manusia, agar mereka dapat mengambil pengajaran dan pengiktibaran

    daripada apa yang akan diperkatakan oleh Allah SWT. Perumpamaanmengenai lalat dalam ayat ini mengandungi rahsia i`jaz yang begitu hebat.Ketidak-mampuan manusia untuk mencipta lalat samalah dengan ketidak-

    52 Muhammad Qutb (1993), al-Perumpamaan fi al-Qur’ān. Beirut: al-Maktabah al-`Asriyyah, h. 7.

    53 al-Fakhr al-Raziy, (1995), op.cit , j. 8, h. 25154 al-Zamakhshariy (1995), op.cit , j. 3, h. 167.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    16/25

    120 | Centre of Quranic Research International Journal 

    120

    upayaan mereka untuk mencipta unta dan gajah. Namun, uslub al-Qur’ānmemilih lalat yang kecil dan hina untuk dibuat cabaran kepada manusia

    yang engkar. Hal ini kerana cabaran untuk mencipta lalat lebih ’terasa’

    kelemahannya berbanding cabaran untuk mencipta gajah dan unta. Inilahyang dinamakan sebagai kesenian dalam uslub al-Qur’ān55.

    Seterusnya, ditambah lagi rasa ’lemah’ apabila sesiapa pun tidak

    mampu menghalang lalat yang mengambil sesuatu atau menghinggap pada

    mana-mana tempat. Di sini sekali lagi terserlahnya kehebatan dan keunikanuslub al-Qur’ān yang mengandungi i`jaz yang nyata. Sekiranya al-Qur’ānmenyatakan bahawa yang mengambil sesuatu itu yang tidak dapat dihalang

    ialah haiwan yang buas dan ganas, maka ia akan menunjukkan sememangnya

    haiwan tersebut ada kekuatan. Akan tetapi, apabila dibawakan contohseekor lalat yang lemah sebagai perumpamaan, namun manusia masih lemah

    untuk menghadapinya, maka ia membawa makna yang lebih mendalam

    yang menunjukkan kelemahan berhala dan golongan penyembah berhala.

    Di sinilah datangnya perasaan kehinaan yang amat sangat pada kelemahanyang wujud pada sembahan selain Allah56.

    I`jaz al-Qur’ān amat terserlah kerana sehingga ke hari ini manusia bukan sahaja tidak dapat mencipta seekor lalat, bahkan manusia juga gagal

    untuk membuat sesuatu alat yang setanding dengan keunikan yang ada pada

    lalat. Manusia mencipta kapal terbang dan helikopter dengan mengambillalat sebagai model, namun seekor lalat adalah terlalu unggul berbanding

    setiap teknologi yang direka oleh manusia. Apa yang hebat, ia adalah

    seekor ‘makhluk hidup’. Kapal terbang dan helikopter hanya bermanfaat

    untuk seketika waktu. Sebaliknya lalat sentiasa menghasilkan generasi yang

    sama57.

    Lalat tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja

    yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya,

    ia dapat melakukan ” zigzag ” di udara, dan melakukan peralihan mengejut.Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali

     pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.

    Tiada satu pun mesin terbang yang direka dan dicipta oleh manusia dapat

    melakukan semua perkara ini58. Boleh dikatakan bahawa lalat adalah hidupanterbang terbaik di dunia. Sebagai contoh, lalat dapat terbang sebaik sahaja

    ia dilahirkan. Seekor lalat juga dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500

    55 Qutb, Sayyid (1992), op.cit . j. 4, h. 2444.

    56  Ibid .57  Harun Yahya (2008),  Rekabentuk Alam Semulajadi, Syed Mahazir Syed Onn (terj.).

    Kuala Lumpur: Saba Islamic Media, h. 3758 Harun Yahya An Invitation To The Truth, http://www.harunyahya.com, 9/9/2010

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    17/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 121 

    121

    hingga 1000 kali setiap saat59.

    Terdapat hikmah tersendiri yang hanya Allah sahaja yang Maha

    Mengetahui dengan sebenarnya tentang pemilihan lalat dalam perumpamaandan perumpamaan dalam ayat di atas. Sekiranya sekadar untuk memberikan

    suatu contoh meminta manusia menciptakan sesuatu, Allah boleh sahaja

    mengungkapkan atau memberikan contoh dengan haiwan-haiwan lain atau

    serangga-serangga yang lain. Namun, apabila lalat dipilih, sudah tentu ia

    mempunyai hikmah yang tersirat yang sewajarnya difikirkan oleh manusia

    yang beriman kepada Allah SWT.

    Menurut al-Qurtubiy, lalat dipilih dalam perumpamaan ini berdasarkan

    empat faktor khusus yang terdapat padanya iaitu hina, lemah, kotor dan

     jumlah yang banyak 60. Oleh itu, penciptaan lalat yang kecil itu dengan sifatnyayang sedemikian pun tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun jua dari sudut

     penciptaannya, maka tidak sewajarnyalah seseorang itu mensyirikkan Allah

    SWT. Pemilihan lalat sebagai perumpamaan dalam al-Qur’ān juga adalahseumpama pemilihan nyamuk. Hal ini kerana lalat merupakan serangga yang

    umum dan mempunyai taburan yang meluas di seluruh pelusuk muka bumi.

    Oleh yang demikian, sekiranya serangga umum yang mudah didapati pun

    tidak dapat dicipta oleh manusia, apatah lagi untuk mencipta sesuatu yang

    lebih ganjil. Ia sekaligus menunjukkan kelemahan manusia dan menzahirkan

    mukjizat yang terdapat di dalam al-Qur’ān.

    Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahlisains ada yang berpendapat bahawa terdapat 80,000 jenis spesies lalat di

    seluruh dunia61. Lalat rumah dikenali sebagai Musca Domestica. Lalat jinak

    ini mudah ditemui dan ia berada di mana-mana dan ia dapat hidup dalam

    keadaan dan persekitaran yang pelbagai62.

    Pemilihan lalat dalam ayat 73 surah al-Hajj ini pula memberikan maksudyang besar dan mendalam kerana lalat mempunyai pengaruh yang besar

    kepada kesihatan manusia. Sehingga kini, lalat merupakan antara seranggayang menjadi punca utama masalah kesihatan manusia dan haiwan ternakan

    di seluruh dunia. Pelbagai jenis penyakit yang melibatkan lalat terdapat diseluruh dunia atau khususnya di satu-satu kawasan geografi dunia63.

    Sememangnya banyak mikroorganisma yang bersekutu dengan lalat,

    dan mikroorganisma terdiri daripada jenis-jenis bakteria, virus, protozoa,

    59  Ibid .60 al-Qurtubiy, (1993), op.cit , j. 12, h. 65.

    61 Danial Zainal Abidin (2011),  Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad .Batu Caves: PTS Millennia Sdn Bhd, h. 134.

    62 Harold Oldroyd (1965), The Natural History of Flies. New York: W. W. Norton, h. 203.63 Mohamed Salleh, (1989),op.cit , h. 13

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    18/25

    122 | Centre of Quranic Research International Journal 

    122

    kulat dan juga cacing-cacing nematod menyebabkan pelbagai jenis penyakit

    kepada manusia dan haiwan ternak 64. Seekor lalat dapat memindahkan

    lebih daripada 30 jenis bakteria yang membawa penyakit, dan ia membawa

     bersamanya lebih kurang lima juta bakteria65.

    Penemuan perkaitan lalat dengan kesihatan manusia baru diketahuidi akhir abad ke-19 dan di awal abad ke-20. Pada tahun 1869, Raimberttelah membuktikan bahawa lalat merupakan agen pemindah bakteria

     Bacillus Anthracis, penyebab penyakit antraks66. Pada tahun 1895, Brucetelah membuktikan bahawa penyakit tidur (nagana)67 pada haiwan ternak

    di Afrika adalah disebabkan oleh sejenis tripanosoma yang dibawa oleh

    lalat tsetse, Glossina Morsitans. Kemudian pada tahun 1903 Bruce dan

     Nabarro telah membuktikan bahawa satu lagi spesies lalat iaitu Glossina Palpalis  merupakan vektor utama bagi penyakit tidur pada manusia dan

    haiwan ternakan. Pada 1913, Mitzmain telah membuktikan bahawa penyakit surra68  pada kerbau di Filipina adalah disebabkan oleh sejenis protozoa,

    Trypanosoma Evansi. Serangga yang menjadi pembawa protozoa tersebut

    ialah sejenis lalat kuda iaitu Tabanus Striatus. Manakala pada tahun 1922,

    Connals telah membuktikan bahawa dua spesies lalat rusa (Chrysops Silacea

    dan Chrysops Discalis) merupakan vektor penyakit loaisis69.

    Selain itu, pemilihan lalat dalam surah al-Hajj seolahnya mempunyai

    hikmah yang amat besar. Pada musim haji kebersihan adalah penting untuk penjagaan kesihatan. Kehadiran lalat yang tidak terkawal dapat menimbulkan

    masalah kesihatan penyakit berjangkit seperti taun. Penjagaan kesihatanyang baik akan membolehkan seseorang melakukan ibadah haji dengan baik

    64  Ibid , h. 14.65 Bassam Difda`, (1994), al-Kawn wa al-Insan Bayna al-`Ilm wa al-Qur’ān, Damsyik:

    al-Yamamah li al-Tiba`ah wa al-Nashr wa al-Tawzi`, h. 228.66 Antraks atau anthrax merupakan sejenis penyakit yang disebabkan bakteria Bacillus

    anthracis yang biasanya menjangkiti haiwan herbivour iaitu yang memakan rumput

    seperti kambing, lembu, kuda dan unta. Gejala penyakit adalah suhu badan sangattinggi dan nafsu makan hilang sama sekali. Ia adalah penyakit menular akut yang boleh

    membawa kepada kematian. Bakteria ini menghasilkan spora yang boleh bertahanlama dalam tanah dan di persekitaran. Seseorang itu boleh mendapat jangkitan antraks

    sekiranya mereka terdedah kepada haiwan yang mendapat jangkitan tersebut atau terhidu

    udara yang mengandungi spora antraks. (http://id.wikipedia.org/wiki/Anthrax)67  Sejenis penyakit yang terjadi pada lembu dan kuda. Tanda-tanda jangkitan termasuk

    demam, anemia dan kekejangan otot. Ia boleh menyebabkan lumpuh. (http://www.

     britannica.com).68 Ia merupakan penyakit menular pada haiwan yang bersifat akut dan kronik. Gejala

     penyakit ini adalah suhu badan naik, demam, muka pucat, nafsu makan berkurang,

    turunnya berat badan yang drastik, keguguran, gangguan pertumbuhan, penurunan produksi susu, bengkak di bawah dagu dan kaki bengkak, dan boleh membawa kepada

    kematian. (http://www.majalahinfovet.com & http://budidayaternak.comxa.com)69  Ibid , h. 63-64.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    19/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 123 

    123

    dan sempurna70.

    Oleh kerana lalat merupakan agen yang membawa penyakit, maka nabi

    SAW menyuruh agar di’neutral’kan racun yang ada pada lalat sekiranya iaterjatuh di dalam air. Sabda Nabi SAW71:

    ى 

    ِ

    ن 

    ِ

      طرحه م    ه  يغسه ك حكم    ى 

    ِ

    ب 

    لا ع ذا و

    ِ

    ى اخر دا 

    ِ

    ه ش  و ح ح ج

    Maksudnya:

     Apabila jatuh lalat ke dalam minuman kamu maka

    hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut kemudian

    dibuangkan, kerana pada salah satu sayapnya membawa

     penyakit dan pada yang satu lagi mengandungi

     penawar.

    Berdasarkan hadith yang telah dinyatakan oleh nabi SAW ini,menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang rapat antara lalat dan air. Hal

    ini kerana lalat memerlukan air secara berterusan. Lalat sering mengeluarkan

    najis berbentuk cecair dan apabila air ini tidak digantikan dengan segara

    maka lalat akan mati72. Justeru, lalat sering-kali berada di kawasan berair

    dan mudah jatuh dalam bekas yang berair.

    Daripada hadith yang telah dinyatakan oleh nabi SAW itu menunjukkan bahawa lalat adalah agen pembawa penyakit, oleh yang demikian nabi

    SAW menegaskan bahawa salah satu sayapnya itu mengandungi penyakit.

    Kebenaran kata-kata nabi SAW itu terserlah pada abad ini melalui kajian-

    kajian saintifik yang dilakukan. Prof J. Leidy seorang pakar dalam bidangilmu serangga telah menjelaskan bahawa melalui kajian yang dilakukan

    didapati bahawa lalat adalah pembawa pelbagai kuman dan penyakit kepada

    manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie telah membuatkajian tentang lalat-lalat yang terdapat di Beijing, China. Hasil kajianmendapati bahawa bahagian luar lalat mengandungi 3,683,000 kuman

     bakteria manakala bahagian dalamannya mengandungi 6 hingga 8 kali ganda

    kuman berbanding bahagian luarannya73.

    Berdasarkan hadith nabi ini juga, Prof. Dr. Mustafa Ibrahim Hasan,Pengarah di Pusat Kajian Serangga Pembawa Penyakit, Universiti al-Azhar,Mesir telah membuat kajian yang bertajuk ‘penyakit dan ubat pada dua

    70   Ibid , h. 6071  Muhammad Bin Isma`il al-Bukhari, (1987), Sahih al-Bukhari, c. 3, j. 5.  Bab Idha Waqa`a

    al-Dhubab fi Ina’ , Hadith no. 5445. Beirut: Dar Ibn Kathir, h. 2180.72  Luther S. West (1951), The Housefly-Its Natural History; Medical Importance and

    Control . New York: Comstock Publishing Company, h. 87.73  Danial Zainal Abidin (2011), op.cit , h. 136.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    20/25

    124 | Centre of Quranic Research International Journal 

    124

    sayap lalat’74. Sampel kajian ialah sayap kanan dan sayap kiri empat jenis

    serangga iaitu Lalat Rumah (Musca Domestica)75, Lalat Kandang (MuscinaStabulans)76, Lalat Pasir (Phlebotomus Papatasi)77  dan Nyamuk Rumah

    (Culex Pipiens)78. Kajian beliau mendapati bahawa terdapat sejumlah bakteria yang pelbagai dan banyak pada kedua-dua sayap lalat, tidak seperti

    sayap nyamuk yang hanya mengandungi sedikit bakteria sahaja79.

    Didapati juga bakteria baik yang terdapat pada sayap lalat adalahlebih banyak daripada bakteria jahat. Kajian juga mencatatkan bahawa

    terdapat bakteria baik yang banyak pada sayap kanan semua jenis lalat80.

    Kepelbagaian mikrob yang terdapat pada lalat adalah tindak balas daripada

     persekitaran di mana ia hidup. Kandungan bakteria baik yang mengatasi

     jumlah bakteria jahat yang terdapat pada lalat menjelaskan keupayaannyauntuk hidup dalam suasana yang sukar seperti persekitaran sejuk, panas,

     persekitaran bahan kimia dan sinaran cahaya81.

    74  Mustafa Ibrahim Hasan (1427H), al-Da’ wa al-Dawa’ fi Janahay al-Dhubabah, dalam prosiding al-Mu’tamar al-`Alamiy lil I`jāz al-`Ilmiy fi al-Qur’ān wa al-Sunnah, Kuwait,h. 83-100.

    75  Lalat rumah mempunyai penyebaran yang paling luas di muka bumi ini, terdapat di

    kawasan tropika dan kawasan yang beriklim sederhana. Tabiat lalat ini yang suka kepada

    tempat-tempat kotor menyebabkan ia sangat jijik, apatah lagi apabila ia menghinggapi

    makanan. Lalat rumah merupakan agen pemindah pelbagai jenis organisma patogen

    yang terdiri daripada protozoa, bakteria dan virus. Antara penyakit yang dihasilkandaripada virus-virus yang dipindahkan oleh lalat ini ialah cirit-birit, demam tifoid, taun

    dan penyakit radang mata. (Sumber: Mohamed Salleh, Rahsia Pengungkapan Serangga

     Dalam al-Qur’ an, h. 64).76  Lalat ini bentuknya menyerupai lalat rumah tetapi berbeza pada struktur mulutnya.

    Lalat ini merupakan penghisap lalat ternak yang dapat menurunkan produksi susu. Lalat

    dewasa menghisap darah haiwan dan suka untuk berada di luar rumah iaitu di tempat

    yang terpancar sinaran matahari. Lalat kandang termasuk penerbang yang kuat dan boleh

    melakukan perjalanan jauh. Ia juga merupakan vektor pembawa dan penyebar pelbagai

     penyakit bagi ayam, seperti kolera. (Sumber: http://desicandra.wordpress.com).77  Lalat ini dari jenis penghisap darah dan merupakan vektor leishmaniasis, penyakit yang

    disebabkan oleh sejenis protozoa, Leishmania. Lalat pasir ini merupakan pembawa penyakit leishmaniasis atau di kalangan masyarakat India dipanggil sebagai kala azar

    yang bermaksud demam hitam. Di sesetengah negara seperti Amerika Tengah danSelatan, Afrika Eropah, Benua Arab, India, Bangladesh, Nepal dan China biasanya penyakit leishmaniasis yang sering berlaku ialah dari jenis leishmaniasis kulit dan viseral

    (organ dalaman). Di negara ini lalat pasir ini lebih tertumpu di kawasan gua, hutan, tanahgambut dan berhampiran kawasan haiwan ternakan seperti lembu. Kajian di kawasan-

    kawasan gua mendapati spesies serangga ini mula aktif kira-kira pada jam 9 malam dan

     berakhir jam 4 pagi. (Sumber: http://www.tutor.com.my).78   Ibid , h. 8479   Ibid , h. 91

    80  Ibid , h. 8981 Hassan M, Lutfi (1998), Blood Digestion Period and Egg Development in Aposymbiotic

     Phlebotomus Papatasi Scopoli, dalam prosiding Egyptian Academic Science, Mesir, h.

    191-206.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    21/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 125 

    125

    Hasil kajian juga mendapati bahawa bakteria yang paling banyak yang

    terdapat pada lalat ialah dari jenis B. Circulans. Bakteria jenis ini terdapatdengan jumlah yang banyak pada sayap kanan lalat. Kehebatan bakteria B.

    Circulans ini ialah ia mampu bertindak mematikan segala jenis bakteria lainyang wujud pada lalat termasuk bakteria-bakteria yang memindahkan virus

     penyakit pada manusia. Kajian juga mendapati bahawa bakteria B. Circulansini mampu bertindak ‘membunuh’ bakteria lain dalam jangka waktu yang

    amat pendek 82.

    Sehubungan dengan itu, apabila dirujuk kepada hadith nabi SAW

    didapati bahawa nabi SAW menyuruh agar ‘segera’ ditenggelamkan lalat

    yang jatuh ke dalam air dengan menggunakan partikel ‘fa’ (ف

    ). Partikel ‘fa’

    ) dalam bahasa Arab membawa maksud ‘segera dilakukan’, manakala partikel ‘thumma’ (مث) membawa maksud ‘kemudian’ yang dilakukan dalam

    keadaan yang tidak segera. Hikmah daripada menenggelamkan lalat itu

    dengan segera adalah supaya bakteria yang bermanfaat dapat mengeluarkan

    ‘bahan’ yang boleh mematikan segala bakteria lain yang membawa mudharat

    yang terdapat pada lalat dan seterusnya dapat menjadi penawar dan ubat.

    Rasulullah SAW menyuruh agar ditenggelamkan lalat itu dengan segera

    dalam air adalah kerana bakteria hanya aktif dan mampu bertindak apabila

    wujudnya ‘perantaraan’ seperti makanan atau minuman yang terdapat di

    dalam sesuatu bekas. Melalui ‘perantaraan’ tersebut, bakteria mudarat dan bakteria bermanfaat akan ‘bertarung’ dan natijahnya bakteria bermanfaat

    akan menghapuskan segala bakteria yang mudarat. Mengikut kajian,

     bakteria bermanfaat hanya perlu mengeluarkan ‘bahan’ sejumlah 5 gram

    untuk meneutralkan 1000 liter cecair atau bahan makanan83.

    Daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa ‘setiap penyakit adaubatnya’84. Sesuatu yang lebih menarik ialah penyakit yang dibawa oleh

    lalat boleh diubati dengan lalat itu juga. Justeru, pelbagai kajian telah dibuat

    mengenai konsep ‘penyakit dan ubat’ yang terdapat pada lalat ini. Sehubungandengan itu, para pesakit yang dipatuk ular contohnya, akan dimasukkan bisa

    ular dari jenis itu juga ke dalam tubuh pesakit bagi menyembuhkan penyakit

     patukan ular itu.

    Perubatan alternatif yang dikenali sebagai homeopati juga menggunakankaedah perubatan seumpama ini. Homeopati bersandarkan pada prinsip

    82 Mustafa Ibrahim Hasan (1427H), op.cit , h. 91.83  Ibid , h. 92.

    84 Dalam hal ini, terdapat hadith riwayat Imam Muslim:رأ

     ا  ا

     ا  دو

     أصب

     ذا

     دوا

     ا  د

     لك

     وجل

     عز

     اه

     ذن

      (hadith no. 5871) yang bermaksud: “Bagi setiap penyakit ada ubat,apabila bertepatan ubat dengan penyakit, maka mendapat kesembuhan dengan izin Allah

    SWT”.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    22/25

    126 | Centre of Quranic Research International Journal 

    126

     persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit

    yang sama85.

    Selain itu, daripada hadith nabi SAW mengenai lalat, kajian mendapati bahawa pelbagai ubat dapat dihasilkan daripada lalat. Hal ini kerana terdapat

    lebih daripada 64 ribu jenis lalat yang bertebaran di atas muka bumi ini86.

    Lalu, penyakit yang dibawa atau dipindahkan oleh lalat di sesuatu kawasan

     berbeza dengan penyakit di kawasan yang lain. Hal ini adalah disebabkan

    lalat memindahkan penyakit dan bakteria mengikut kawasan yang

    didiaminya. Justeru, setiap penyakit yang dibawa oleh lalat tersebut akan

    diperoleh penawarnya daripada lalat itu juga. Daripada sini, banyak kajiandapat dihasilkan melalui lalat ini dan banyak penawar akan dapat ditemui

    daripada penyakit-penyakit yang dibawa oleh lalat itu juga.Sehubungan dengan ini, i`jāz al-Qur’ān amat terserlah sekali melalui

     perumpamaan mengenai lalat ini. Cabaran i`jāz sangat jelas dalam ayatini. Cabaran i`jāz berlaku di sepanjang zaman bermula dari al-Qur’ānditurunkan sehinggalah hari kiamat. Pada zaman sekarang iaitu zamansains dan teknologi, terdapat ramai dalam kalangan manusia yang berasa

    hebat dengan pencapaian sains lalu tidak mahu beriman kepada Allah SWT.

    Lalu, cabaran al-Qur’ān terhadap mereka masih terbuka. Apakah dengankemajuan sains dan teknologi mereka mampu mencipta serangga sekecil

    lalat? Jawapan yang pasti ialah mustahil mereka dapat melakukannya. Disinilah tersematnya rahsia i’jāz al-Qur’ān.

    Walaupun lalat hanyalah seekor serangga yang kecil, namun makhluk

    ciptaan Allah ini sangat unik. Ia sekaligus membuka ruang kepada manusia

    untuk berfikir dan merenung kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Inilah

    antara tujuan perumpamaan itu diungkapkan di dalam al-Qur’ān sebagaimanafirman Allah SWT:

    مث

     

    ڱ

     

    ڱ

     

    ڱ

     

    ڳ

     

    ڳ

     

    :Maksudnyaنث

     Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk

    manusia agar mereka berfikir.

    Surah al-Hashr (59):21

    85 Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia, http://www.pphm.org.my, 17/9/201086 Mustafa Ibrahim Hasan (1427H), op.cit , h. 93.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    23/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 127 

    127

    PENUTUP DAN KESIMPULAN

    Dalam membahaskan topik perumpamaan serangga dalam al-Qur’ān, pendekatani`jāz bayaniy (i`jaz dari sudut bahasa al-al-Qur’ān) dan i`jāz ̀ ilmiy(i`jaz dari sudut saintifik) perlu digunakan demi memperoleh kefahamanyang jelas dan mantap terhadap ayat-ayat al-Qur’ān yang menyentuhtentang serangga ini. Gabung jalin antara i`jāz bayaniy dengan i`jāz `ilmiy 

    sangat diperlukan demi mempastikan maklumat dan pengajaran yang penuh

     bermakna dapat dihasilkan daripada penelitian terhadap perumpamaan

    mengenai serangga dalam al-Qur’ān.

    Jelasnya, pada zaman sains dan teknologi ini, al-Qur’ān tetap unggulmenampilkan elemen i`jāz yang terdapat di dalamnya apabila kajian-kajian

    moden dapat membuktikan kebenaran isi kandungan al-Qur’ān. Oleh yangdemikian, Allah menganjurkan kepada manusia agar berfikir dan membuat

    kajian terhadap ciptaan Allah yang hebat yang terdapat di muka bumi ini.

    BIBLIOGRAFI

    RUJUKAN BUKU

    `Abd al-Latif, Muhammad `Abd al-Wahhab (1993),  Mawsu`ah al-Qur’āniyyah, Kaherah: Maktabah al-Adab.

    al-Darwish, Muhyiddin (1994),  I`rab al-Qur’ān al-Karim wa Bayanuh,Beirut: Dar Ibn Kathir.

    Anis, Ibrahim et.al  (t.t), al-Mu`jam al-Wasit . T.T.P: T.P

    Bassam Difda`, (1994), al-Kawn wa al-Insan Bayna al-`Ilm wa al-Qur’ān,Damsyik: al-Yamamah li al-Tiba`ah wa al-Nashr wa al-Tawzi`.

    Danial Zainal Abidin (2011),  Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad . Batu Caves: PTS Millennia Sdn Bhd.

    Fadl Hasan ̀ Abbas (1987), al-Balaghah Fununuha wa Afnanuha. Amman:Dar al-Furqan.

    Fakhr al-Raziy al- (1995), al-Tafsir al-Kabir , Beirut: Dar Ihya’ al-Turathal-`Arabiy.

    Harold Oldroyd (1965), The Natural History of Flies. New York: W. W.

     Norton.

    Harun Yahya (2008), Rekabentuk Alam Semulajadi, Syed Mahazir Syed Onn

    (terj.). Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.

    Hassan M, Lutfi (1998),  Blood Digestion Period and Egg Development in

     Aposymbiotic Phlebotomus Papatasi Scopoli, dalam prosiding Egyptian

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    24/25

    128 | Centre of Quranic Research International Journal 

    128

    Academic Science, Mesir.

    Ibnu `Āshūr, Muhammad al-Tāhir (t.t) , Tafsīr al-Tahrīr wa al-Tanwīr ,T.T.P: al-Dār al-Tūnisiyyah.

    Luther S. West (),The Housefly-Its Natural History; Medical Importanceand Control . New York: Comstock Publishing Company.

    Mahmud Safi (), al-Jadwal fi I`rab al-Qur’ān wa Sarfuhu wa Bayanuhu,Damsyik: Dar al-Rashid.

    Mahmud Shaltut (), Ila al-Qur’ān al-Karim, Kaherah: Dar al-Hilal.

    Mohamed Salleh (),  Rahsia Pengungkapan Serangga Dalam al-Qur’ān, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    Mohamed Salleh, (), Serangga dan Manusia, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Muhammad Abu Zuhrah (t.t), al-Mu`jizah al-Kubra li al-Qur’ān. Kaherah:

    Dar al-Fikr al-`Arabiy.

    Muhammad Bin Isma`il al-Bukhari, (), Sahih al-Bukhari, Beirut: DarIbn Kathir.

    Muhammad Qutb (), al-Perumpamaan fi al-Qur’ān. Beirut: al-Maktabah al-`Asriyyah.

    Mustafa Ibrahim Hasan (H), al-Da’ wa al-Dawa’ fi Janahay al- Dhubabah, Prosiding al-Mu’tamar al-`Alamiy lil I`jāz al-`Ilmiy fi al-Qur’ān wa al-Sunnah, Kuwait.

     Najjar, Zaghlul Raghib al- (), al-Hayawan fi al-Qur’ān al-Karim.Beirut: Dar al-Ma`rifah.

     Naysaburiy, Abu al-Hasan ̀ Ali Bin Ahmad al-Wahidiy, al- (1990) Asbab al- Nuzul . Mesir: Matba`ah al-Halabiy.

     Nuwayriy, Shihab al-Din Ahmad Bin `Abd al-Wahhab al- (2004). Nihayahal-Arab fi Funun al-Adab, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

    Qurtubiy al-, (1993), al-Jami` li Ahkam al-Qur’ān, Beirut: Dar al-Kutubal-`Ilmiyyah.

    Qutb, Sayyid (1992), Fi Zilal al-Qur’ān, Beirut: Dar al-Shuruq.

    Sabuniy, Muhammad `Ali al- (t.t), Safwah al-Tafasir , Kaherah: Dar al-Sabuniy.

    Thoriq Muiz Muhamad (2001), Hubungan Manusia, Haiwan dan Serangga.

    Kuala Lumpur: Usnie Sdn Bhd.

    Yusuf al-Haj Ahmad, (2003), Mawsu`ah al-I`jāz al-`Ilmiy fi al-Qur’ān al-

     Karim wa al-Sunnah al-Mutahharah, Damsyik: Maktabah Ibn Hajar.Zamakhshariy al- (1995), al-Kashshaf , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

  • 8/17/2019 PERUMPAMAAN SERANGGA DALAM AL-QURan.pdf

    25/25

    Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur’ an: Analisis I`jaz| 129 

    Zuhayliy, Wahbah al- (1991), al-Tafsir al-Munir , Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir.

    RUJUKAN LAMAN WEB

    Britannica Encyclopedia, http://www.britannica.com, 3/3/3012

    Mosquito Taxonomic Inventory, http://mosquito-taxonomic-inventory.info/

    family-culicidae-meigen-1818, 10/4/2011

    Portal Pendidikan Utusan, http://www.tutor.com.my/tutor/arkib, 15/5/2011

    Wikipedia al-Mawsu`ah al-Hurrah, http://ar.wikipedia.org/wiki/ 5/5/2011

    Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/ 15/4/2011

    Wikipedia The Free Encyclopedia, http://en.wikipedia.org/wiki/ 15/4/2011