pertemuan yang dinanti

13
PERTEMUAN YANG DINANTI DIKARANG OLEH : AIMAN FAIZ BIN MOHD ARIFF 980806-01-6535 PERADUAN MENULIS CERPEN PELAAR SEKOLAH MENENGAH !01" ANURAN DE#AN BAHASA DAN PUSTAKA

Upload: noraini

Post on 07-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ceerpen

TRANSCRIPT

PERTEMUAN YANG DINANTI

PERTEMUAN YANG DINANTIDIKARANG OLEH : AIMAN FAIZ BIN MOHD ARIFF 980806-01-6535

PERADUAN MENULIS CERPEN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH 2014 ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Malam kian dimakan waktu. Fajar mula menyingsing di ufuk barat. Tinta kuning mengusik kemendungan angkasa. Sekawan burung melintas di langit, mencari rezeki yang tersorok di permukaan bumi. Hangat mentari mengusir kedinginan malam. Sapaan siang membangkitkan alam dari lenanya. Bintang-bintang mula lenyap dalam dakapan awan putih yang berarak dengan megah di angkasa biru.Tiba-tiba sebuah bunyi kenderaan yang membingit memecah kedamaian pagi. Rosak alam kerana kemodenan. Adakah itu kemajuan? Lamunan seorang lelaki terhenti apabila dihambur dengan bunyi bising kota.Sesat jalan tak tanya. Di sini kau rupanya, kata seorang pemuda lain yang baru saja datang menuju ke arah lelaki tadi. Berpantun dipagi hari, cukup mencerminkan perwatakan diri.Awal bangun, Shah? sahut lelaki itu bagi menyambung kotak perbualan antara mereka. Mereka kini berada di atas bumbung sebuah bangunan yang tidak asing bagi golongan seperti mereka, Kolej Kediaman Siswa Jaya, Kuala Lumpur.Hairi.. Hairi.. Sudah lama kita sebumbung, baru kini kau kenal aku? Pemuda yang bergelar Shah itu, cuba berseloroh.Nama sebenar beliau ialah Shahiran Ahmad Bin Fizou Azzi, 23 tahun, warga Universiti Teknologi Malaysia International Campus. Kawannya pula bernama Hairin Aslam Bin Faris Omar, juga sebaya dan sama pendidikan dengan Shahiran.Aku tahu kau akan bangun awal. Tapi aku tak sangka kau akan datang ke sini seawal begini. Hairi cuba membanding beza pagi itu dengan kebiasaan.Seriously? Aku pun rasa begitu. Ingin tahu mengapa? Kerana kawan aku juga lain dari kebiasaan hari ini. Shah duduk bersebelahan dengan Hairi.Eh, kena pada aku semula? Kenapa kau cakap macam itu?Tidakkah menjadi sesuatu kehairanan apabila sahabat bijaksana, hilang dari bilik tidur dan duduk termenung memerhati mentari terbit? Apa yang kau fikirkan sebenarnya?Aku bukannya apa. Aku cumaTeringat masalah 3 tahun lalu? Shah memintas kata-kata Hairi. Sudahlah Hairi, dia tidak akan pulang semudah itu. Kita mungkin tahu apa yang dia fikirkan ketika itu. Tapi, kita tidak akan tahu apa perasaan dia ketika ituApa maksud awak? Hairi memandang ke arah rakannya. Dia kurang memahami.Walaupun dia telah lakukan semua itu. Kita tetap tidak akan tahu sebab mengapa dia lakukan sedemikian. Shah cuba memberikan penerangan.Tapi, 3 tahun bukan jangka masa yang pendek, mata Hairi mula berkaca. Mega merah mula menguasai kaki langit. Warnanya yang indah seakan memujuk kepiluan Hairi.La tahzan, Hairi. Percayalah bahawa Tuhan tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Shah bangun dari duduknya, memandang keindahan bebola kuning yang memanjat dari celah hutan konkrit itu.Sudahlah Hairi. Tidak kira berapa panjang perbualan kita, pembaca cerpen ini tidak akan faham apa yang kita katakan. Shah berlalu pergi menghampiri pintu masuk ke dalam bangunan. Kerana inilah yang dikatakan unsur suspen dalam sebuah karya, bayang Shah lesap di sebalik kegelapan ruangan dalam bangunan.Kalau pembaca cerpen ini tidak tahu apa yang berlaku. Saya akan selesaikan masalah ini sebelum mereka tahu. Hairi bermonolog sendirian. Mata Hairi tertumpu jauh ke hadapan. Mata yang penuh dengan sinar harapan. Pandangan yang padat dengan keyakinan.*** *** ***Hari telah bertukar menjadi petang sewaktu mereka tiba di kaki sebuah bukit yang menjulang puncaknya ke langit. Di kiri dan kanan mereka terbina puluhan kedai yang berderetan sehingga di tepi hutan di kaki bukit. Bahang mentari petang memanaskan udara yang tenang tanpa sebarang bisikan angin. Suasana dibungkus sepi. Hanya kenderaan yang kekadang lalu sahaja mengganggu ketegangan petang. Dua saudara muda berjalan pulang dari kampus. Hairi dan Shah sentiasa bersama memandangkan mereka tinggal di kediaman yang sama dan mengambil jurusan pendidikan yang sama.Awak nak makan apa malam ini? Kata Shah mengisi ruang sepi.Saya tidak kisah makan apa pun pada waktu malam. Biasanya, awak yang akan habiskan makanan saya yang tak habis, sahut Hairi.Haha Mestilah saya habiskan, tak akan nak buang begitu saja. Balas Shah dengan sedikit tersengih. Malam ini ada pembentangan projek kan? Shah membuka topik baru.Oh ya, saya hampir terlupa. Awak buat projek apa? Mereka duduk di meja restoran sementara menunggu pesanan makanan mereka siap. Shah telah pun membuat pesana sebentar tadi.Saya cuma buat penapis sampah di sungai.Wah, idea bernas! Macam mana dia berfungsi? Hairi ingin tahu.Senang saja. Botol kosong akan diikat bersama dan diletakkan merentas sungai. Segala sampah yang bergerak akibat arus akan tersangkut pada botol tanpa mengganggu habitat akuatik, Shah menerangkan dengan ringkasDaebak, jawab Hairi, kagum.Awak pula buat apa? Saya tengok awak dah mula membela lipas.Saya cuma buat racun lipas. Disebabkan evolusi, lipas tetap dapat hidup walaupun disembur dengan racun serangga. Jadi, saya gunakan daun pandan sebagai bahan yang dapat menghalau lipas. Hairi pula menerangkan.Macam mana pandan itu berfungsi? Shah pula ingin tahu.Herba pandan dicampurkan dengan satu bahan catalyst yang menjadi pemangkin dalam kereaktifan kimia pandan tadi.Tapi, kenapa awak pilih lipas? Kenapa tak guna nyamuk atau serangga lain? Shah mula menyelongkar idea Hairi.Nyamuk mempunyai antibodi yang amat lemah dan mudah mati akibat racun yang ringan. Lipas pula mempunyai antibodi yang kuat dan dapat bertahan dalam racun yang kuat. Tambahan pula, kadar evolusi lipas amat cepat menyebabkan mereka mudah menyesuaikan diri dengan apa jua racun. Fakta ini terbukti apabila lipas dikatakan telah hidup sejak zaman dinosaur. Terang Hairi dengan terperinci.Memang seperti yang dijangkakan dari si genius ini. Projek awak pasti akan diterima oleh pensyarah dan mungkin akan menjadi salah satu projek terbaik semesta ni, Shah menjangka.Projek awak apa kurangnya, projek yang dapat mengurangkan populasi sampah tanpa menjejaskan alam dan tidak menggunakan sebarang tenaga bantuan. Hanya menggunakan hukum alam, memang amat menakjubkan, balas Hairi, memuji kebijaksanaan rakannya.Hehe Tak payah nak memuji sangatlah. Jom, makanan pun dah sampai. Nanti lambat pula nak buat persiapan bagi pembentangan projek malam ni, mereka bangun dari tempat duduk dan beredar dari restoran itu.Mereka berdua bergerak keluar dari kawasan kedai. Mereka menuju ke tempat kedamaian bagi menyiapkan diri untuk solat Maghrib. Segala jadual harian diikut tanpa bantahan.Dari kejauhan, dalam kegelapan malam, ada sepasang mata yang tidak putus memerhatikan aktiviti Shah dan Hairi. Dari atas bangunan, lembaga itu mencatat setiap maklumat mengenai dua sahabat itu. Perkara yang tidak diduga seakan sedang menunggu mereka.*** *** ***Malam kian larut. Lautan hitam membanjiri ruang angkasa. Bulan tersipu-sipu di balik awan. Bintang-bintang keluar dan bersinar riang, meringankan sedikit suasana yang berat dengan kehitaman alam.Malam ini ialah malam yang bermakna bagi siswazah di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. Malam ini menjadi penentu sama ada mereka layak untuk menduduki ujian semesta atau sebaliknya. Sebenarnya, ujian ini tidaklah sukar. Setiap, tahun 98 peratus siswazah akan melepasi ujian kelayakan ini tanpa masalah. Tapi, dua peratus siswazah yang gagal, terpaksa menunggu semesta yang berikutnya. Itulah perkara yang paling dielakkan dari berlaku kepada mana-mana siswazah.Kos rendah menjamin kemajuan ekonomi negara. Kebersihan terjaga menjamin peningkatan kadar pelancongan. Penggunaan tenaga semula jadi menjamin generasi pencinta alam sekitar. Sekian, terima kasih. Begitulah penutup kata Shah atas pembentangan projeknya sebelum duduk di tempatnya semula. Projek penapis sampah di sungai amat memikat jiwa pensyarah.Baiklah, seterusnya dipersilakan Hairin Aslam bagi membentangkan projeknya, kata pensyarah sebaik Shah selesai mengemaskan bahan projek.Salam sejahtera buat semua. Malam yang kelam ini seakan menjadi bukti atas kejayaan kita semua apabila suatu hari, kita mencapai sasaran wawasan 2020. Ketika itu, siapa yang akan memimpin negara jika bukan kita sebagai pewarisnya? Di mana lagi kita akan berpijak jika bukan alam pekerjaan yang menjadi penentu nasib hidup kita? Suka saya mulakan pembentangan saya pada malam ini, dengan peringatan buat semua. Evolusi ialah perkataan yang amatGelap. Ruang dewan itu gelap seketika akibat terpadamnya semua sumber cahaya. Keadaan menjadi amat riuh. Insiden yang berlaku telah memeranjatkan semua penghuni dewan.Buat sedetik, lampu hidup semula. Cahaya memenuhi ruang dewan dalam sekelip mata. Belum sempat mereka menghembus nafas legaAaarrghhh!!! Satu jeritan oleh pelajar wanita menarik perhatian semua.Hairi yang berada di hadapan, dapat melihat semuanya dengan jelas. Beberapa orang yang berjubah hitam, duduk dalam keadaan sebelah lutut mencecah lantai seakan mengawal semua pintu keluar masuk. Keadaan menjadi riuh semula. Hairi tahu siapa di sebalik jubah itu. Hairi memandang ke sisinya dan mendapati seorang lagi orang berjubah hitam sedang merenungnya dengan memakai topeng berwajah senyum. Hairi membalas pandangannya, serius.Jangan risau keadaan yang tadi riuh, menjadi senyap. Seorang dari mereka berdiri dan mula bersuara. Dia seakan ketua di kalangan mereka.Kami bukan datang untuk meragut nyawa sesiapa. Kami cuma datang untuk menghantar Ketua itu senyap sebentar. Dia mencari pensyarah yang sudah terduduk di lantai bersama pelajar lain seperti yang diarahkan oleh orang berjubah itu. mesej, ketua itu menghabiskan ayatnya dengan membisik di telinga pensyarah.Sebaik sahaja ketua tadi menyebut perkataan terakhir, semua pengikutnya bergerak dan menghuru-harakan keadaan dewan tersebut. Segala bahan projek pelajar dihancurkan dan dicuri jika ada yang berharga.Woi!! seorang siswazah lelaki menjerit apabila projeknya ditendang. Tiba-tiba, satu sepakan kencang dilepaskan pada dagunya oleh rakan berjubah yang lain.Satu suara lagi, mesej akan bertukar menjadi pembunuhan wajah siswazah lelaki yang menjerit tadi telah berdarah dan dicengkam dengan kuat.Hairi hanya mampu melihat. Selain orang berjubah hitam, hanya dia yang berdiri di dewan itu. Dia terlupa akan kehadiran seorang ahli berjubah disebelahnya.Tiba-tiba, Hairi dapat rasakan tekanan udara berubah. Tanpa berlengah, Hairi melakukan gerakan yang laju bagi mengelak sesuatu. Rupa-rupanya, lembaga berjubah disebelahnya tadi cuba menyerangnya. Tanpa henti, lembaga itu terus menyerang Hairi bertubi-tubi. Hairi menyambut segala serangannya dengan kemas seakan Hairi mempunyai ilmu yang berbeza.Gerakan yang agak familiar. Bisik Hairi ketika menyambut serangan bertubi oleh orang berjubah itu. Buat sedetik, Hairi mengunci gerakan orang berjubah itu dan cuba menyerang. Tapi, serangan Hairi juga dikunci baik oleh orang berjubah. Pergaduhan mereka yang tadinya kencang, berhenti buat seketika.Aku kenal kau bisik Hairi kepada orang berjubah dengan yakin.Bagus, tidak perlu aku perkenalkan diri lagi. Orang berjubah memutarkan tubuhnya bagi membuka kunci Hairi dan terus menendang kepalanya. Seperti yang dijangka, Hairi dapat mengelak dengan amat kemas.Sebaik tubuh orang berjubah terpisah jauh dari tubuh Hairi, orang berjubah terus berlari ke arah pintu utama dewan yang bertentangan dengan kedudukan Hairi. Sebelum melangkah keluar, orang berjubah yang berlawan dengan Hairi tadi menoleh ke arahnya semula. Semua orang berjubah termasuk ketua, berhenti dari membuat huru-hara.Kali ini abang mungkin berlembut dengan kau, adik. Dari kejauhan, mata Hairi dan orang berjubah merenung sama sendiri. Perkataan akhir yang disebut oleh orang berjubah ditekankan sedikit seakan mahu seluruh ahli dewan mendengar.Hairi tidak menujukkan sebarang reaksi. Semua pelajar termasuk pensyarah menoleh ke arah Hairi. Mereka seakan-akan mahukan penjelasan ketika itu juga. Namun, Hairi tetap merenung tajam kepada orang berjubah yang menggelar dirinya abang. Semua yang berada di dewan juga menoleh ke arah tempat Hairi memandang. Sebaik sahaja semua menolehHilang. Semua orang berjubah hitam telah hilang dari pandangan. Semua menjadi bingung dan yang ditinggalkan hanyalah projek siswazah yang telah dihancurkan. Hairi diam seribu bahasa.*** *** ***Malam yang tenang bertukar menjadi kelam-kabut apabila sebuah rumah terbakar secara tiba-tiba. Tiada ahli keluarga yang terselamat. Dua orang pemuda hanya dapat melihat api terus membaham rumah itu. Tiada apa yang dapat mereka lakukan.Malam itu terus berlalu seakan tragedi itu bukan satu kemalangan. Tiada siasatan yang dijalankan. Hairi yang ketika itu berusia 19 tahun tidur dengan nyenyak. Tetapi, seorang lagi pemuda yang bersamanya melihat kebakaran tadi hanya termenung. Mungkin tidak dapat tidur.Asura ujar pemuda itu dengan pandangan marah. Tiba-tiba, tingkap kamar dua pemuda itu tidur, terbuka seluas-luasnya. Muncul tiga lembaga berjubah hitam yang bertenggek di bingkai tingkap itu.Hai sapa seorang dari mereka kepada pemuda itu.Apa yang kau nak? Asura !! Pemuda itu menjerit kemarahan.Asura? Haha !!! Nama aku, Izakiel. Asura ialah organisasi rahsia ini. Tiada siapa yang terangkan pada kau kah? Huh, aku fikir tugas ini mudah apabila kau kenal siapa kami kata orang berjubah itu dengan sedikit rungutan.Siapa pun kau, aku takkan ikut kalian!! tengking pemuda itu, yakin.Jadi, kau memang mahu mesej kami berlaku kepada kau juga?Pemuda itu sedikit tersentak. Dia teringat akan insiden kebakaran yang berlaku tadi. Dia pandang ke arah Hairi yang masih tidur. Izakiel tersenyum sinis.2 jam kemudian, Hairi sedar dari tidurnya. Jam menunjukkan 3 pagi dan Hairi memandang ke arah tingkap yang membuatkan dia terjaga. Alangkah terkejutnya apabila dia dapati pemuda yang bersamanya tadi sedang bertenggek di bingkai tingkap seakan-akan bersedia untuk melompat keluar.Abang takkan lakukannya, bukan?! Hairi bertanya secara tiba-tiba. Pemuda itu menoleh sedikit ke arah Hairi dan tertunduk. Sesaat kemudian, dia hilang di balik kegelapan malam. Dia telah lompat dari tingkap seperti yang dijangka Hairi. Tanpa berlengah, Hairi memecut ke pintu keluar untuk mendapatkan abangnya.Sebaik dia keluar dari rumah, tiada. Tiada siapa yang berada di sekeliling rumahnya. Air mata perlahan membasahi pipi Hairi. Dia seakan faham apa yang berlaku kepada abangnya.*** *** ***Hei, jauh termenung? sapa seorang lelaki yang agak berumurEh, maaf guru. Saya cuma berfikir sekejap Hairi yang tadinya baring memerhati langit, duduk tanda hormat kepada orang tua itu.Sesiapa saja yang datang kepada awak pasti dapat teka apa yang awak fikirkan. Awak benar-benar tekad? tanya guru itu seperti inginkan kepastian terhadap perkara yang dia sudah pun tahu.Saya pasti akan tarik semula abang saya, guru. Walaupun itu membawa maksud saya perlu membunuh. Guru sedikit terkejut. Nekad yang amat tinggi. Budak ini bukan bergurau. Bisik guru dalam hati.Awak tahu yang abang awak pergi sebab dia inginkannya, Hairi tertunduk mendengarnya. Dia tahu itu. Kita tidak boleh mengubah keinginan seseorang seperti saya yang tidak mampu mengubah cita-cita awak untuk menyelamatkan dia. Serta orang yang cuba mengubah sesuatu benda yang dia tahu dia tidak mampu untuk laksanakan ialah orang yang bodoh!! Guru memberi tekanan terhadap kenyataannya.Baiklah, guru. Saya faham. Hairi membalas lembut. Dia tundukkan pandangannya. Kalau itulah yang guru maksudkan, saya sanggup menjadi bodoh untuk seumur hidup saya!! Hairi menengking sedikit. Nekadnya benar-benar menggunung.Gurunya tersentak. Tidak sangka jawapan itu akan keluar dari mulut anak muridnya. Ternyata dia silap menilai anak muridnya sendiri.Baiklah kalau begitu, saya nak awak sertai pertandingan seni pertahankan diri yang awak inginkan dari dua tahun lepas lagi. Guru cuba mengubah topik. Dia bangun sebagai isyarat untuk beredar.Eh, benarkah guru? Hairi sedikit terkejut dengan kebenaran gurunya. Hairi memandang ke arah gurunya. Tetapi, guru tidak pula memandang dirinya.Buat apalah saya nak main-main pula? Lagipun, sekali-sekala kita perlu jatuhkan juara bertahan, Si Malik tu. Guru beredar sebaik habis bicara.Hairi kembali baring setelah gurunya pergi. Sebenarnya, dia telah pelajari imu silat dari gurunya itu. Disebabkan itulah dia dapat menepis serangan orang berjubah dengan kemas. Mungkin lebih tepat, dia dapat mengecam abangnya di sebalik jubah itu juga kerana abangnya juga belajar ilmu yang sama dengannya. Hairi tersenyum puas. Hatinya lega seribu perasaan.*** *** ***3 bulan kemudian.Mana mungkin kami setuju!! guru menepuk meja dengan keras. Di hadapannya hadir seorang lelaki yang berpakaian ala tentera. Mereka kini berada di sebuah bilik yang kelam seperti bilik yang tersembunyi.Ini bukan permintaan. Ini arahan. Lelaki dengan pakaian tentera itu menjawab, perlahan.Tapi, mereka masih kanak-kanak!! Mereka tidak patut terlibat dengan perkara seperti ini. Tugas ini terlalu berbahaya untuk mereka!! guru menengking lagi.Mereka mungkin kanak-kanak. Tapi, kelayakan mereka melepasi orang dewasa. Mereka amat berpotensi. Tentera itu cakap dengan tenang lagi. Di atas meja terdapat tiga keping gambar kanak-kanak dan salah seorangnya ialah Hairi.Awak hanya perlu hancurkan tempat yang menjadi tapak pengumpulan orang komunis. Kini, mereka muncul semula. Saya rasa mungkin disebabkan konflik perebutan pulau antara Malaysia dan Singapura. Tugasan ini amat penting. Sebab itu saya pilih mereka semua yang paling layakTapi itu bukan alasan untuk babitkan golongan seperti mereka!! Guru menengking lagi, tidak puas hati.Komunis ini hanyalah kelompok kecil. Tentera tidak masuk campur kerana melibatkan hal negara. Jangan risau, pihak tertentu akan mengikut kalian dalam misi ini. Pihak sebenar yang bertanggungjawab terhadap kebangitan komunis masih dalam siasatan. Mungkin antara kalian mengetahuinya. Semoga berjaya. Lelaki berpakaian tentera itu pergi meninggalkan guru yang masih berada di dalam bilik itu. Cebis-cebis bicara guru hilang dalam kebingungan. Guru terfikir sesuatu.Takdir seakan tertulis begitu untuk mereka. Mereka hanya perlu terima dan anggap semua ini satu dugaan. Kekalahan mereka merupakan satu kemuliaan. Kemenangan mereka kerupakan satu anugerah. Prinsip ini dipegang erat oleh guru sebagai seorang yang beragama Islam.*** *** ***Suasana di persekitaran sungguh sunyi dan sepi. Tidak ada lagu cengkerik untuk mengiringi perjalanan malam. Tidak ada bisikan bayu untuk meringankan keheningan hutan yang semakin berat dengan ketegangan yang kian berlanjutan. Yang terdengar hanyalah rintihan pungguk yang mendayu-dayu agar bulan keluar dari persembunyiannya di balik awan.Hairi jalan merentasi pulang dari surau, keseorangan. Tidak seperti biasa, Hairi akan ditemani sesiapa saja apabila dia berjalan seorang diri. Dirinya dipulau. Sebenarnya, Shah cuba untuk menemankan Hairi pada malam itu. Tetapi, Hairi menegahnya kerana takut rakannya juga akan dipulaukan hanya kerana berkawan dengan Hairi. Pada malam itu, Hairi dibaluti kesepian.Hairi juga bingung terhadap banyak perkara. Mengapa organisasi gelap, Asura datang kepadanya? Mesej apakah yang mereka maksudkan? Kepada siapa mereka menghantar mesej itu? Yang paling terbaru, dia dipilih sebagai penyerang hendap komunis? Sejak bila komunis hidup semula di negara ini? Kalau betul ada komunis, kenapa dia yang dipilih? Terlalu banyak persoalan yang berlegar di akal fikirannya.Tiba-tiba, bahunya dilanggar keras. Segala barang yang dikendongnya bertaburan di atas lantai yang menjadi kawasan pejalan kaki. Segera dia mengutip barangnya. Dia hanya meminta maaf walaupun dia tidak mengenali individu yang melanggarnya tadi. Sebuah ketawa memecah suasana. Hairi kenal akan suara itu, Malik.Alamak, siapa yang saya langgar ni perli Malik supaya mereka yang ada di situ mendengar. Hairi buat-buat tidak tahu dan ingin pergi dari situ. Sesaat kemudian, kolar belakang bajunya direntap kuat. Muka Hairi menghadap Malik dengan jarak yang amat dekat.Kau dah pandai berlagak Malik berbisik pada wajah Hairi.Malik! suara Shah berdesing di telinga Malik. Baik kau lepaskan Hairi. Kau tak ingatkah yang kau dah kalah dengan dia dalam pertandingan seni pertahankan diri bulan lepas?Kalah? Heh Dia adik samseng, memanglah kuat! Malik melepaskan kolar Hairi, kasar.Jaga sikit mulut kau, Malik! Samseng itu yang memanggilnya adik. Hairi tidak pernah kata bahawa abangnya seorang penjahat! Jangan senang-senang mahu menuduh orang. Hairi membalas kemarahan.Baiklah, Shah Malik mendepakan tangan. Apa kata kalau kita dengar pengakuan Hairi sendiri semua tertumpu kepada Hairi.Hairi, aku tidak pasti sama ada insiden tiga bulan lepas, benar atau tidak. Tetapi, kau tidak perlu membenarkan kata orang berjubah itu meskipun benar. Shah teringat akan pesanannya kepada Hairi petang tadi.Shah Hairi bersuara apabila keadaan senyap seketika. Dia memang abang aku. Dia memang samseng! Dia memang penjahat! Suara Hairi meninggi. Tidak kira siapa dia Dia tetap abang aku! Samseng itu tetap keluarga aku!Hahaha Kau dengar itu Shah? Malik menuding ke arah Shah. Shah seakan tidak percaya rakannya sanggup mengambil risiko.Biarlah aku dipulau satu dunia sekalipun Hairi sambung bicaranya. Aku tetap tidak boleh menipu bahawa dia keluarga aku. Hairi pergi meninggalkan Shah dan Malik serta mereka yang berada di situ. Dari kejauhan, ada sematang mata yang mengenali Hairi. Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Hairi meskipun Hairi mungkin tidak mengenalinya. Malam menjadi semakin dingin. Sedingin pengakuan Hairi.*** *** ***Malam kian usang. Jari-jari maktu mengorek dada malam. Fajar semakin hampir. Kesepian membaluti suasana.Perlahan-lahan, Hairi membuka mata. Malam ini kurang selesa baginya. Setelah matanya terbuka luas, alangkah terkejutnya Hairi. Dia bukannya berada di atas katil hempuk di Kolej Kediaman Siswa Jaya. Dia berada di sebuah bilik yang seperti dia kenali. Tidak! Bukan dia sahaja yang berada di bilik itu. Ramai siswazah lain yang turut berada di situ. Lebih menghairankan, mereka diikat.Hairi memerhati sekeliling. Seperti yang dia jangka, Asura adalah dalang kepada masalah ini. Beberapa orang berbaju hitam ala tentera dan mempunyai corak yang sama dengan jubah yang mereka pakai sebelum ini.Ini semua salah kau, Hairi. Kalau bukan sebab kau yang ada hubungan dengan kongsi gelap ni, kami takkan terikat macam ni, Malik bersuara dengan nada yang tinggi.Kau boleh diam tak, otak udang? Hairi memberi isyarat senyap. Hairi sedang menelan segala kemungkinan mengenai situasi yang dia berada sekarang.Erh Hei, abang kerja apa? Abang tinggal di mana? Hairi cuba berbual dengan salah seorang ahli Asura.Baik kau diam sebelum aku bunuh kau, balas lelaki itu. Strategi pertama Hairi, gagal. Tanpa disedari, tempat duduk Hairi ada sekeping kaca yang telah pecah. Hairi mengambilnya secara senyap.4 minit. Hairi berkata sendirian. Woi, aku bosanlah! Kenapa kamu semua tak tangkap saja orang yang kalian mahukan dan bunuh dia! Malik menjerit dengan perasaan tidak puas hati.Bukankah kami pernah kata. Bukan kalian yang menjadi buruan kami. Lelaki yang berpakaian ala tentera itu seperti berminat dengan perangai Malik.Tetapi, ketika itu kalian kata bahawa kalian ingin menghantar mesej. Malik membalas dengan sedikit ketakutan.3 minit. Hairi berkata lagi. Pernah dengar pepatah, barang yang lepas jangan dikenang? Pepatah agak sesuai dengan situasi kau ni, lelaki itu menyindir.Hehe saya cuma tanya saja Malik kehilangan idea.Cukup. Aku sudah mula bosan dengan kau, lelaki tadi kembali ke tempatnya.2 minit. Hairi terus menghitung. Suasana menjadi amat sepi buat seketika. Semasa semua orang kelihatan menunggu takdir, Hairi terus berusaha.1 minit. Hairi berbisik lagi sambil tersenyum. Lelaki itu perasan akan riak wajah Hairi.Hei budak, apa yang kau sengihkan tuTiada apa, saya cuma terfikir. Kenapa polis tak berani mengambil kes yang berkaitan Asura? Hairi cuba mengelak.Polis? Hahaha Asura tiada kaitan dengan polis. Asura hanya lakukan perkara sebebas-bebasnya. Polis yang terlalu kecut perut untuk masuk campur. Sedangkan kami hakikatnya, tiada senjata atau mata-mata.Selesai Hairi bicara perlahan.Apa? lelaki itu kehairanan dengan kata-kata Hairi. Belum sempat lelaki itu menangkap situasi dia berada kini, Hairi memutarkan tubuhnya dan menangkap tangan lelaki itu dengan tangannya yang sudah tidak lagi terikat. Dalam sekelip mata, tubuh lelaki itu berputar sebelum mukanya menghempas lantai.Semua yang ada tercengang. Sejak bila Hairi bebas dari ikatan? Tanpa membuang masa, Hairi terus bertarung dengan dua orang lagi lelaki yang menjaga bilik itu. Semua yang ada masih terlopong. Tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. Seketika kemudian, Hairi usai bertarung dengan dua lelaki tadi. Mereka seperti bukan tandingan Hairi. Hairi merampas walkie talkie milik komunis dan keluar dari bilik.Kau lambat Hairi Satu suara dari alat penghubung itu menangkap perhatian Hairi. Maisarah Aidil Kalian bukan sebarangan. Hairi bercakap dalam walkie talkie. Mereka yang Hairi sebutkan ialah rakan yang turut diberi misi yang sama dengan Hairi dan gurunya.Hairi terus pergi meninggalkan Malik dan yang lain dalam keadaan yang masih tertanya-tanya. Fajar mula menerbit seakan menyambut kebangkitan mereka menentang komunis.*** *** ***3 jam kemudian,Taniah kalian. Kamu semua lebih hebat dari apa yang saya sangkakan guru datang menghampiri tiga orang remaja, Maisarah, Aidil dan Hairi. Mereka telah mengalahkan kesemua ahli Asura yang hampir berjumlah 50 orang kesemuanya. Ternyata, ilmu anak muda itu bukan calang-calang.Maisarah menggunakan pedang sebagai senjata memandangkan beliau ialah ahli kelab judo. Aidil pula menggunakan dua pisau sebagai senjata tanpa sebab mengapa beliau mahir dengan senjata itu. Hairi pula hanya menggunakan tangan kosong kerana beliau amat cekap dalam ilmu persilatan.Terima kasih juga kepada guru kerana memberitahu agenda Asura dan memberi kami segala perancangan. Hairi membalas pujian gurunya.Agenda? Owh, sebenarnya bukan saya yang bongkarkan agenda Asura ketiga-tiga anak muda mengangkat kening tanda ingin tahu.Guru dengan tenangnya menuding jari ke arah belakang Maisarah, Aidil dan Hairi. Mereka menoleh. Seorang lelaki yang berjubah seperti Asura berdiri tegak di belakang mereka. Tindakbalas ketiga-tiga wira menyebabkan bersedia terhadap segala kemungkinan. Perlahan-lahan, lelaki membuka topeng yang menjadi identiti Asura. Wajah lelaki amat ditatap semua.Hairi terpana. Dia kenal akan wajah itu. Abang Hairi bersuara perlahan.

- 3839 patah perkataan -

< TAMAT >

113