persepsi pelajar terhadap permasalahan dalam … · 1970; freudanthal, 1973; national council of...

25
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU WAN AZLIZAWATI BINTI WAN MOHD AMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyendung

Post on 07-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

LIMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU

WAN AZLIZAWATI BINTI WAN MOHD AMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan
Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

ii

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

LIMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU

WAN AZLIZAWATI BINTI WAN MOHD AMIN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

iii

iii

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

iv

DEDIKASI

Buat Ayahanda Dan Bonda Yang Tersayang,

Wan Mohd Amin Bin Wan Abas dan Sabariah Binti Ismail…

Masih Ku Ingat Segala Pengorbananmu..Demi Melihat Aku Berjaya,

Sanggup Menggadai Segalanya, Sanggup Berkorban Apa Saja,

Walau Diri Sendiri Terabai, Kesabaranmu Menjadi Pelita Hidupku,

Sungguh Besar Pengorbanan Kalian...Segalanya Menyentuh Jiwaku

Tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku..

Buat Kekanda, Wan Mohd Azri...

Segala Pengorbananmu tidak akan kulupakan,

Kau Sesungguhnya Tempat Keluarga Bergantung,

Kekuatanmu Menjadikan Diriku Semakin Tabah Mengharungi Hidup Ini,

Engkau Pembakar Semangatku, Engkau Jua Sumber Inspirasiku...

Buat Adinda

Wan Mohd Azani, Wan Azila, Wan Hamizah, Wan Mohammad Aiman, Wan

Mohammad Mazwan dan Wan Khairul Ikhwan...

Teruskan Perjuangan Kalian...Perjalananmu Masih Panjang lagi,

Sesungguhnya Hidup Ini Penuh Onak dan Duri,

Semoga Kalian Tabah Mengharunginya...

Buat Sahabatku

Sesungguhnya Kalian Banyak Membantu Aku..

Segala Jasamu Akan Ku Kenang Selamanya..

Semoga Kalian Diberkati Allah….

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat jua

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda Pendidikan seperti mana yang diharapkan.

Setinggi penghargaan ikhlas dan sekalung budi dirakamkan kepada Cik Hadijah

Binti Jaffri selaku pensyarah pembimbing bagi Projek Sarjana Muda Pendidikan ini

yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan kerjasama di sepanjang tempoh

menyiapkan kajian ini. Dengan teguran dan tunjuk ajar dari beliau dapat meningkatkan

lagi penyelidikan saya.

Ikhlas terima kasih ditujukan khas kepada rakan seperjuangan yang telah banyak

membantu dan memberi idea serta tidak jemu memberi sokongan dan dorongan kepada

saya selama ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

memberi bantuan dan kerjasama sepanjang tempoh saya menyiapkan Projek Sarjana

Muda Pendidikan ini. Segala jasa dan kerjasama yang diberikan tidak akan saya

lupakan.

Sekian.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

vi

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji

permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta hubungannya

dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Lima konstruk permasalahan yang

dikaji iaitu minat, sikap, amalan pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran.

Pencapaian pelajar diukur berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan

empat dalam mata pelajaran Matematik. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang

pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu.

Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang

menggunakan skala lima mata. Nilai Alpha-Cronbach yang diperolehi adalah 0.901

yang menunjukkan kebolehpercayaan tinggi dan kuat. Data kajian telah dianalisis

secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package For Social

Science (SPSS 13.0). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang

signifikan di antara konstruk persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajar

dalam Matematik. Bagi hubungan antara konstruk minat pelajar dengan pencapaian

pelajar dalam Matematik, dapatan menunjukkan hubungan negatif yang signifikan.

Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang tidak signifikan di

antara konstruk sikap pelajar, amalan pelajar dan pengajaran guru dengan pencapaian

pelajar dalam Matematik.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

vii

ABSTRACT

A survey was conducted to identify the problems in Mathematics teaching and

learning and the relationship between the problems and students’ achievement in

Mathematics. The five constructs were determined in the study. The constructs are

students’ interest, attitude, students’ habit, method of teaching and learning been

environment studied. Student’s achievement were taken based on the final examination

result in Mathematics. The sample consisted of 136 form five students from Sekolah

Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu where a set of questionnaires with

five point scale was used. The Alpha-Cronbach value obtained is 0.901. The data

obtained from this study was analyzed using the method of descriptive statistics and

inferential statistics by Statistical Package For Social Science (SPSS 13.0). It was found

that there is a positive correlation between students’ achievement in Mathematics and

learning environment. The study showed that there is a negative correlation between

students’ achievement in Mathematics and the students’ interest in Mathematics. Based

on the findings, it was found that the correlation between students’ achievement in

Mathematics and the students’ attitude, students’ habit and method of teaching are not

significant.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

ix

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kerangka Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Permasalahan 11

1.9.2 Pengajaran dan Pembelajaran 11

1.9.3 Pelajar 12

1.9.4 Minat 13

1.9.5 Sikap 13

1.9.6 Amalan Pelajar 14

1.9.7 Persekitaran Pembelajaran 14

1.9.8 Pencapaian Pelajar 15

1.10 Penutup 15

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 16

2.3 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 18

2.4 Amalan Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik 20

2.5 Pengajaran Guru 23

2.6 Pengaruh Persekitaran Pembelajaran 26

2.7 Penutup 28

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

x

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 36

3.9 Penutup 38

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden Kajian

4.2.1 Jantina 40

4.2.2 Aliran Pengajian 41

4.2.3 Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga 42

4.2.4 Keputusan Bagi Mata Pelajaran Matematik 43

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Persoalan Kajian 1 45

4.3.2 Persoalan Kajian 2 48

4.3.3 Persoalan Kajian 3 50

4.3.4 Persoalan Kajian 4 53

4.3.5 Persoalan Kajian 5 55

4.4 Analisis Keseluruhan Konstruk Kajian 57

4.5 Analisis Keseluruhan Konstruk Dengan Pencapaian Pelajar 59

4.6 Penutup 61

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

xi

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 63

5.2.2 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 66

5.2.3 Amalan Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik 67

5.2.4 Penerimaan Pelajar Terhadap Pengajaran Guru 70

5.2.5 Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran Matematik 71

5.3 Hubungan Setiap Konstruk Dengan Pencapaian Pelajar 73

5.4 Rumusan 75

5.5 Kesimpulan 78

5.6 Cadangan Kajian 78

5.7 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN 86

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Nombor Dan Bilangan Bagi Item Positif Dan Item Negatif 32

3.1 Skala Likert 5 Mata Untuk Item Positif 33

3.2 Skala Likert 5 Mata Untuk Item Negatif 33

3.3 Profil Pencapaian Dalam Peperiksaan 36

3.4 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian

Terhadap Responden 37

3.5 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (dari Rowntree, 1981) 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pengajian 41

4.3 Taburan Jumlah Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga 42

4.4 Taburan Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan

Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Dan Peperiksaan Akhir

Tahun Tingkatan 4 43

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan

Min Bagi Konstruk Minat Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Matematik 46

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus

Dan Min Bagi Konstruk Sikap Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Matematik. 48

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

xiii

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus

Dan Min Bagi Konstruk Amalan Pelajar Dalam

Pembelajaran Matematik 50

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus

Dan Min Bagi Konstruk Pengajaran Guru 53

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan

Min Bagi Konstruk Persekitaran Pembelajaran Pelajar 55

4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian. 57

4.11 Hubungan Di Antara Minat, Sikap, Amalan Pelajar,

Pengajaran Guru Dan Persekitaran Pembelajaran 59

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.0 Lima Konstruk Permasalahan Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Matematik 10

4.1 Taburan Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan

Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Dan Peperiksaan

Akhir Tahun Tingkatan 4 44

5.1 Purata Peratus Bagi Persoalan 1 64

5.2 Purata Peratus Bagi Persoalan 2 66

5.3 Purata Peratus Bagi Persoalan 3 68

5.4 Purata Peratus Bagi Persoalan 4 70

5.5 Purata Peratus Bagi Persoalan 5 72

5.6 Hubungan 5 Konstruk Permasalahan Dengan Pencapaian

Pelajar 74

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Kajian Soal Selidik 86

B Pengesahan Soal Selidik 91

C Surat Akuan Pelajar 93

D Surat Kebenaran EPRD 95

E Jadual Krejcie, R.C & Morgan 97

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah

menengah yang wajib diambil oleh semua pelajar. Matematik perlu diajar di sekolah

bagi melahirkan individu yang berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik

dalam kehidupan harian. Sebagaimana menurut Abd. Rahim (2000), Matematik adalah

pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk

melahirkan warganegara yang berketrampilan dalam berbagai-bagai bidang bagi

membolehkan pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa

dan negara.

Dalam kajian Noor Azlan (1995), terdapat beberapa penulisan (seperti Weaver,

1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989;

Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan secara tidak langsung membincangkan

justifikasi Matematik dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Kebanyakannya

menyatakan bahawa untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat abad ke dua puluh

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

2

dan abad-abad yang akan datang, seseorang itu harus mencapai kefahaman yang baik

dalam Matematik.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1989) menekankan bahawa sukatan pelajaran

Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah bersifat umum.

Oleh sebab itu sukatan pelajaran Matematik diolah berdasarkan tiga bidang iaitu

nombor, bentuk dan ruang yang saling berkaitan. Seterusnya Pusat Perkembangan

Kurikulum (1989) menyatakan matlamat Matematik KBSM adalah untuk

memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran

penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik

supaya seorang individu dapat mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian

dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan

Matematik.

Matematik ialah satu ilmu yang digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan

dan cabang ilmu moden. Matematik digunakan sebagai keperluan asas dalam kehidupan

seharian. Pelajar dapat mengaplikasikan ilmu Matematik dalam kehidupan mereka

seperti membuat kiraan secara congak, membuat anggaran, menggunakan alat bantu

mengira secara bijaksana serta dapat menyemak jawapan kepada pengiraan. Pelajar juga

dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik bagi merancang strategi

untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi

kehidupan seharian.

Matematik memberikan asas yang kukuh terhadap bidang Sains dan Teknologi.

Ia juga boleh mengawal kehidupan serta membantu masyarakat mencapai kesejahteraan

hidup sebagaimana yang sedang dinikmati hari ini. Kejayaan yang dicapai oleh tamadun

manusia tidak mungkin diperolehi jika manusia tidak menguasai Matematik. Sejajar

dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat yang menuju ke era zaman

maklumat, pengetahuan mengenai Matematik semakin diperlukan oleh setiap ahli

masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran Matematik yang harus dikuasai juga turut

mengalami perubahan (Ismail Kailani, 1999).

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

3

Kepentingan Matematik ini dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang

bermutu. Menurut Rubiah dan Ong (2005), pendidikan ialah unsur penting untuk

memartabatkan bangsa dan membentuk generasi ke arah kesempurnaan lahiriah dan

rohaniah sekali gus membawa negara ke mercu kecemerlangan. Pendidikan yang

bermutu menurut Robiah (1990) ialah pendidikan yang berjaya menghasilkan

pengeluaran pelajar mengikut standard atau kriteria-kriteria pencapaian yang ditetapkan.

Biasanya pencapaian itu diterjemahkan melalui pencapaian dalam peperiksaan.

Ungkapan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar umumnya

dikaitkan dengan pencapaian yang cemerlang di mana seseorang itu mendapat markah

tertinggi dalam mata pelajaran tertentu. Jadi untuk memperoleh pendidikan yang

berkualiti ini seperti yang dibuktikan menerusi pencapaian yang tinggi dan cemerlang,

maka proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah itu mestilah pula lengkap

dan mencukupi.

Sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif,

produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan dan kreatif bagi menangani

cabaran negara dan globalisasi. Sistem pendidikan yang berkualiti akan dapat

menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya

pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini menepati hasrat Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) sebagaimana menurut Ee (1997), hasrat FPN ialah untuk membolehkan

pelajar-pelajar berkesempatan memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh,

seimbang dan bersepadu. Dengan itu, aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dilakukan

oleh pelajar harus dapat mencungkil dan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang

maksimum.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada umumnya, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran

yang sangat penting untuk dipelajari oleh semua pelajar sebagai persediaan untuk

menjadi generasi yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan

negara. Sebagaimana kepentingan Matematik yang telah dinyatakan oleh Abd. Rahim

(2000) bahawa mata pelajaran Matematik amat penting bagi mendapatkan peluang yang

lebih baik untuk menceburkan diri dalam perakaunan, perniagaan, perubatan,

kedoktoran, sains dan teknologi dan sebagainya.

Setiap pelajar tentu mempunyai hasrat dan cita-cita untuk berjaya dengan

cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan pada masa depan. Dalam mencapai hasrat

ini, sudah tentu setiap pelajar sememangnya tidak dapat lari daripada masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rubiah dan Ong (2005), masalah yang dihadapi

oleh pelajar adalah berlainan daripada seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Tetapi

secara puratanya terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Mereka

berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi

tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga yang mahukan kejayaan para pelajar,

tekanan daripada guru mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.

Penilaian secara kritis yang membahaskan isu kelemahan mata pelajaran

Matematik mengemukakan pelbagai sebab dan faktor. Terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Daripada isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan pelajar dalam pembelajaran,

secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa faktor ini dilihat dari dua aspek iaitu

aspek dalaman pelajar sendiri dan aspek luaran pelajar. Aspek dalaman pelajar adalah

seperti minat pelajar dalam Matematik, sikap pelajar terhadap Matematik dan

sebagainya. Manakala aspek luaran pelajar pula adalah pengaruh persekitaran,

pengajaran guru dan juga keluarga. Kedua-dua aspek ini akan menentukan gagal atau

berjayanya seorang pelajar dalam menguasai Matematik.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

5

Menurut Abd. Rahim (2000), punca kelemahan dalam mata pelajaran Matematik

adalah kecenderungan menyalahkan sikap kurang minat pelajar dalam mata pelajaran

tersebut. Walau bagaimanapun, pembentukan sikap seseorang mempunyai pertalian

dengan berbagai-bagai faktor lain, khususnya berkaitan dengan pedagogi pengajaran

Matematik yang mempunyai banyak kelemahan dan menimbulkan masalah

pembelajaran kepada pelajar.

Pada masa ini, kecemerlangan pelajar masih diukur berdasarkan pencapaian

akademik. Pencapaian akademik pula berdasarkan kepada keputusan peperiksaan.

Sehubungan ini pelajar tentulah berhadapan dengan peperiksaan demi peperiksaan. Dari

sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan dari sekolah menengah sehingga

universiti, peperiksaanlah yang menentukan kejayaan pelajar. Sebagaimana menurut

Rubiah (2005), sistem pendidikan di negara kita berorientasikan peperiksaan. Sejak

negara mencapai kemerdekaan lagi, setiap pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan

untuk menguji kecekapan, keupayaan, dan prestasi dalam akademik serta sebagai

prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga

berpendapat bahawa peperiksaan mengiktirafkan tahap keilmuan seseorang individu.

Ilmu seseorang individu itu tidak lengkap selagi tidak ada satu bentuk ujian yang dilalui.

Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan.

Dalam sistem persekolahan Malaysia, menurut Noor Azlan (1995), seorang

pelajar itu lebih tertekan untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran

Matematik berbanding dengan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Geografi.

Menurut Mohamed Nor (1990), terdapat empat faktor yang dapat menentukan tahap

pencapaian pelajar di sekolah. Pertama ialah kecerdasan yang diwarisi oleh anak.

Kedua ialah keadaan kehidupan dan latihan yang diperoleh daripada keluarganya.

Ketiga ialah kualiti pendidikan yang diterima di sekolah dan yang akhirnya ialah konsep

kendiri atau tahap aspirasi yang diperolehnya melalui pengalaman di rumah dan di

sekolah.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

6

Perhatian yang khusus hendaklah diberi untuk mempertingkatkan mutu

pembelajaran Matematik agar dapat dicapai dengan sebaik mungkin sejajar dengan

konsep kecemerlangan yang kerapkali dilaungkan oleh para pendidik. Bagi mencapai

matlamat ini, faktor-faktor kelemahan pelajar dalam pembelajaran Matematik hendaklah

dikenalpasti dan langkah-langkah untuk mengatasi perlu diambil tindakan segera oleh

pihak yang terlibat.

Justeru itu keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk membuat satu tinjauan

ke atas pelajar tentang masalah mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

yang memberi kesan ke atas pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Melalui

kajian ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat memperbaiki mutu pengajaran

dan meningkatkan lagi prestasi pencapaian Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Antara isu yang sering dibangkitkan yang dapat dikaitkan dengan kualiti

pendidikan ialah kecemerlangan. Berdasarkan kepada isu kecemerlangan, timbul

persoalan bagaimana seseorang individu itu berjaya dalam bidang akademik dan

bagaimana pula dengan pelajar yang belum sampai ke tahap pencapaian yang

diinginkan.

Pelajar sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Masalah ini

merupakan satu fenomena yang perlu dicari jalan penyelesaian bagi meningkatkan

pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Ini kerana Matematik merupakan satu

mata pelajaran penting dalam kehidupan masyarakat kita. Peluang untuk pelajar

melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan terbuka luas dengan prestasi dan

keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

7

Menyedari betapa pentingnya pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran

Matematik kepada pelajar, maka melalui kajian ini pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor

yang mungkin ada kaitan dengan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik dan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran ini.

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk :

i. mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

ii. mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

iii. mengenalpasti amalan pelajar dalam pembelajaran Matematik.

iv. mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.

v. mengenalpasti pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran pelajar.

vi. mengetahui hubungan pencapaian pelajar dengan minat, sikap, amalan

pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … · 1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah :

i. Apakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik ?

ii. Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik ?

iii. Apakah amalan pelajar dalam pembelajaran Matematik ?

iv. Apakah penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru ?

v. Apakah pengaruh persekitaran dalam pembelajaran Matematik ?

vi. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar dengan minat, sikap,

amalan pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik serta hubungannya dengan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Pengkaji juga ingin mengetahui

sejauhmana faktor-faktor yang dikaji mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Matematik dan sekali gus dapat mengetahui kelemahan pelajar yang

mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini di Sekolah Menengah

Kebangsaan Renek.

Dalam kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran yang sebenar

tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik. Hasil

kajian ini diharapkan agar dapatan yang diperolehi dapat membantu guru bagi mata

pelajaran Matematik khususnya guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek dan