persepsi pelajar terhadap aktiviti kolej kediaman

7
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DI KOLEJ, BENARKAH PELAJAR TIDAK BERMINAT? Zaiton Endot a , Fairus Muhamad Darus b dan Ramlah A Rahamah a a Kolej Delima, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam b Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Abstrak Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian mahasiswa di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Pelbagai aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa dirangka dan dilaksanakan di kolej kediaman demi untuk mengasahkan dan memantapkan kemahiran generik di kalangan mahasiswa. Kajian mengenai persepsi mahasiswa terhadap aktivti di kolej kediaman dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memberi impak terhadap penglibatan mahasiswa dengan aktiviti di kolej kediaman. Kajian rintis ini menggunakan borang soal selidik melibatkan empat buah kolej kediaman yang terdapat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Hasil kajian mendapati faktor yang mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti di kolej kediaman boleh dibahagikan kepada tiga iaitu faktor mendapatkan kemudahan kolej kediaman, pembangunan diri dan interaksi sosial. Manakala faktor kegiatan akademik pula menjadikan mahasiswa kurang terlibat dengan aktivti di kolej kediaman. Rumusan kajian ini mendapati bahawa aktiviti-aktiviti di kolej kediaman perlu disesuaikan dengan latar belakang penghuninya terutama berdasarkan program pengajian yang diambil oleh mahasiswa di kolej tersebut. Kata kunci: Mahasiswa, Kolej Kediaman, Aktiviti, Persepsi, Universiti Teknologi MARA 1. Pengenalan Asrama merupakan tempat menyediakan tempat tinggal atau penginapan kepada mahasiswa yang belajar di Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk penginapan mahasiswa seperti kolej kediaman, mahallah dan desasiswa di IPTA-IPTA yang lain. Di dalam konteks UiTM istilah Kolej digunakan untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Peranan kolej kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan, kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaran berkesan. Kolej kediaman merupakan khidmat kemudahan yang penting selepas fakulti yang digunakan oleh mahasiswa sepanjang menuntut di universiti (Mohd Sabri, 2003). Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian mahasiswa di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Hal ini sama juga di universiti-universiti lain seperti mana yang dinyatakan oleh Jamaludin (2005), antara matlamat mengadakan kolej kediaman adalah seperti berikut: 1. Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik 2. Memberi hak mahasiswa untuk “privacy”, keselamatan diri dan harta peribadi semasa berada di universiti 3. Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang baik 4. Melahirkan generasi mahasiswa yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar bermasyarakat, berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudaya bangsa. Sebahagian masa mahasiswa banyak digunakan di kolej kediaman selain daripada di fakulti. Justeru itu, banyak aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa diatur dan dilaksanakan kepada mahasiswa untuk memberi input kemahiran generik (soft skill), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-

Upload: fairus

Post on 13-Jun-2015

1.372 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI DI KOLEJ, BENARKAH

PELAJAR TIDAK BERMINAT?

Zaiton Endota, Fairus Muhamad Darus

b dan Ramlah A Rahamah

a

aKolej Delima, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

bFakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Abstrak

Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan

keperibadian mahasiswa di dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Pelbagai

aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa dirangka dan dilaksanakan di kolej

kediaman demi untuk mengasahkan dan memantapkan kemahiran generik di kalangan

mahasiswa. Kajian mengenai persepsi mahasiswa terhadap aktivti di kolej kediaman

dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memberi impak

terhadap penglibatan mahasiswa dengan aktiviti di kolej kediaman. Kajian rintis ini

menggunakan borang soal selidik melibatkan empat buah kolej kediaman yang terdapat

di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Hasil kajian mendapati faktor yang

mendorong mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti di kolej kediaman boleh

dibahagikan kepada tiga iaitu faktor mendapatkan kemudahan kolej kediaman,

pembangunan diri dan interaksi sosial. Manakala faktor kegiatan akademik pula

menjadikan mahasiswa kurang terlibat dengan aktivti di kolej kediaman. Rumusan

kajian ini mendapati bahawa aktiviti-aktiviti di kolej kediaman perlu disesuaikan dengan

latar belakang penghuninya terutama berdasarkan program pengajian yang diambil oleh

mahasiswa di kolej tersebut.

Kata kunci: Mahasiswa, Kolej Kediaman, Aktiviti, Persepsi, Universiti Teknologi MARA

1. Pengenalan

Asrama merupakan tempat menyediakan tempat tinggal atau penginapan kepada mahasiswa yang belajar di

Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk penginapan mahasiswa

seperti kolej kediaman, mahallah dan desasiswa di IPTA-IPTA yang lain. Di dalam konteks UiTM istilah Kolej

digunakan untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Peranan

kolej kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi khidmat sokongan,

kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses pembelajaran

berkesan. Kolej kediaman merupakan khidmat kemudahan yang penting selepas fakulti yang digunakan oleh

mahasiswa sepanjang menuntut di universiti (Mohd Sabri, 2003). Kolej kediaman juga memainkan peranan di dalam proses pembentukan diri dan keperibadian mahasiswa di

dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan diri. Hal ini sama juga di universiti-universiti lain seperti mana

yang dinyatakan oleh Jamaludin (2005), antara matlamat mengadakan kolej kediaman adalah seperti berikut:

1. Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik

2. Memberi hak mahasiswa untuk “privacy”, keselamatan diri dan harta peribadi semasa berada di

universiti

3. Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang

baik

4. Melahirkan generasi mahasiswa yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar bermasyarakat,

berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudaya

bangsa.

Sebahagian masa mahasiswa banyak digunakan di kolej kediaman selain daripada di fakulti. Justeru itu, banyak

aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa diatur dan dilaksanakan kepada mahasiswa untuk

memberi input kemahiran generik (soft skill), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-

Page 2: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

lain kemahiran (Mazura et. al., 2006). Jadual 1 menunjukkan kategori aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di

kolej-kolej kediaman di UiTM Shah Alam.

Jadual 1: Kategori dan contoh aktiviti mahasiswa di kolej-kolej kediaman di UiTM Shah Alam

Kategori / Jenis Aktiviti Contoh aktiviti

Kebudayaan • Malam Aspirasi Seni

Sukan dan Rekreasi • Ekspedisi Mendaki Gunung,

• Sukan Antara Blok

Inovasi • Pertandingan Mereka Cipta Produk Dari Bahan Terpakai

Sosial / Kemasyarakatan • Program Khidmat Masyarakat Di Desa • Malam Pra Graduan

Kerohanian • Kuliah Mahgrib

• Forum Perdana Islam

Kepimpinan • Kem Bina Kumpulan

• Kem Kepimpinan

Patriotik • Membina Bendera Malaysia Yang Terpanjang

Keusahawanan • Minggu Usahawan

• Minggu Kolej Kediaman

Akademik • Pertandingan Debat

Pengantarabangsaan • Lawatan Sambil Belajar Ke Jepun

Perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman

melibatkan empat kumpulan iaitu Pentadbir, Penasihat dan pemantau, Pelaksana dan Golongan Sasaran (Fairus,

2008). Jadual 2.0 menerangkan peranan dan tanggungjawab setiap kumpulan yang terbabit.

Jadual 2.0: Pihak yang terlibat di dalam perancangan dan pelaksanaan

aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman.

Pihak yang terlibat Peranan dan tanggungjawab

• Pihak Pengurusan Kolej - Pentadbir : bertanggungjawab meluluskan sesuatu

perancangan aktiviti

• Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) - Penasihat dan pemantau : bertanggungjawab sebagai

tempat rujukan dan memastikan pelaksanaan aktiviti

adalah mengikut perancangan

• Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) - Pelaksana : bertanggungjawab untuk melaksanakan

apa yang telah dirancang dengan jayanya

• Penghuni Kolej - Golongan sasaran : bertanggungjawab untuk

mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dilaksana

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) merupakan sebuah badan tertinggi peringkat mahasiswa yang

bertanggungjawab di dalam menjaga kebajikan dan melaksankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan

di kolej kediaman. Jawatankuasa ini terdiri daripada mahasiswa yang menginap di kolej tersebut dan dipilih

untuk mewakili penghuni lain di kolej tersebut. Peranan JPK ini adalah menjadi perantaraan antara pihak

pengurusan pejabat dan penghuni kolej. Pada masa yang sama juga JPK bertindak sebagai sebuah organisasi

yang melaksanakan segala aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa dengan dibantu oleh Pegawai

Pembangunan Pelajar (PPP) sebagai penasihat atau pemantau (Fairus, 2008). Rajah 1 menunjukkan contoh carta

struktur organisasi JPK di kolej kediaman.

Page 3: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

Rajah 1: Contoh struktur organisasi Jawatankuasa Kolej Kediaman

Pelbagai usaha dan penglibatan pelbagai pihak di dalam menyediakan aktiviti pembangunan dan kepimpinan

mahasiswa kepada penghuni kolej kediaman, namun usaha ini tidak akan membawa makna jika golongan

sasaran (penghuni kolej kediaman) tidak mengambil bahagian secara aktif. Kertas kerja ini merupakan kajian

rintis untuk mengetahui secara kualitatif dan kuantitatif berkaitan persepsi mahasiswa yang tinggal di kolej

kediaman terhadap aktivti-aktiviti di kolej kediaman. Maklumat yang diperolehi melalui kajian ini penting

sebagai asas untuk mengetahui bagaimana penghuni kolej kediaman memberi maklum balas terhadap aktiviti-

aktiviti di kolej kediaman.

2. METODOLOGI

2.1 Kaedah persampelan

Kajian ini melibatkan empat buah kolej kediaman yang dipilih secara rawak iaitu Kolej Seroja, Kolej Delima,

Kolej Meranti dan Kolej Perindu. Persampelan dilakukan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi

item pengukuran sebanyak .Pemilihan responden dikeempat-empat buak kolej kediaman juga dibuat secara

rawak.

2.2 Kaedah analisa data

Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap aktiviti

pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman. Borang soal selidik direka bentuk dengan

menyediakan item latar belakang responden serta 25 item berkaitan dengan aktiviti di kolej kediaman. Lima

Skala Likert digunakan dalam kajian ini iaitu bermula dengan sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju,

setuju dan sangat setuju. Ujian kebolehpercayaan kriterion dalaman instrument atau borang soal selidik

memperolehi nilai ‘cronbach alpha’ iaitu 0.72.

Ketua PPP

Yang Dipertua

Exco Kebudayaan

Exco Kebajikan &

Keselamatan

Exco Kerohanian

Exco

Sukan & Rekreasi

Exco Akademik

Exco

Perhubungan Dalaman

Setiausaha Naib

Setiausaha Bendahari

Naib

Bendahari Naib

Yang Dipertua

Timb. Pengarah HEP / Pengetua

Exco

Keusahawanan Exco Informasi

Exco

Tugas-tugas Khas

Exco Kepimpinan

Exco

Pengantara-bangsaan

Page 4: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

3. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Latar belakang responden

Seramai 100 orang mahasiswa terlibat menjayakan kajian

mahasiswi dan 48% adalah mahasiswa.

pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mana

Pra-Ijazah. Rajah 2 menunjukkan pecahan peratusan responden berdasarkan tempoh mahasiswa tersebut

menginap di kolej kediaman. Secara

peluang untuk terus menginap di kolej kediaman bagi tempoh

kemudahan kolej kediaman yang terhad berbanding dengan

menyebabkan mahasiswa tidak member

kediaman sehingga tamat pengajian

yang aktif berdasarkan pengambilan kemasukan mahasiswa ke UiTM berlangsung dua kali setahun turut

memberi kesan kepada mahasiswa senior untuk terus menginap di kolej kediaman (Fairus, 2006)

Rajah 2: Tempoh mahasiswa penginap di kolej kediaman berdasarkan bilangan semester

3.2 Persepsi mahasiswa terhadap aktiviti kolej kediaman

Tujuan utama pihak pengurusan kolej kediaman di UiTM menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan dan

kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman adalah bagi memberi peluang kepada mahasiswa menimba,

menambah pengalaman, dan memupuk minat serta mencukil bakat yang ada pada setiap mahasisw

itu, aktiviti di kolej kediaman adalah meneruskan kesinambungan ilmu yang diperolehi di fakulti untuk

menjadikan mahasiswa itu sebagai insan yang serba boleh serta mempunyai kemahiran yang holistik berdasarkan

Model Graduan UiTM (Mazura et. al.,

3.2.1 Menyertai aktiviti untuk mendapatkan kemudahan penginapan di kolej kediaman

Hasil kajian rintis ini mendapati 83% mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman dengan tujuan untuk

memastikan mereka mendapat tempat atau peluang untuk terus

akan datang (skor = 4.18). Hasil kajian ini juga disokong dengan dapatan kajian yang menunjukkan 79%

mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman untuk mengumpul ‘kupon aktiviti’ yang bakal digunakan di

dalam pengiraan sistem merit permohonan kolej kediaman

mendapat tempat atau peluang menginap di kolej kediaman dengan tujuan mengumpul ‘kupon aktiviti’

menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai 0.79 pada

Hasrat UiTM untuk meningkatkan bilangan keseluruhan mahasiswanya daripada 100,000 kepada 200,000 orang

demi memenuhi kehendak kerajaan dan tanggungjawab sosial yang disasarkan seawal

lewat 2015 menjadikan kolej kediaman sebagai sat

2006). Justeru itu, pemilihan mahasiswa yang layak mendapat khidmat kemudahan kolej kediaman terpaksa

dilakulan berdasar sistem merit. Perkara yang dinilai di dalam sistem merit ini ialah berdasarka

empat semester

26%

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Seramai 100 orang mahasiswa terlibat menjayakan kajian rintis ini di mana 52% daripada jumlah tersebut adalah

mahasiswi dan 48% adalah mahasiswa. Sebanyak 77% responden adalah mahasiswa yang sedang mengambil

pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, manakala 4% adalah peringkat Diploma dan 19% pula peringkat

Ijazah. Rajah 2 menunjukkan pecahan peratusan responden berdasarkan tempoh mahasiswa tersebut

Secara umumnya hanya sebahagian mahasiswa (42%) sahaja yang

untuk terus menginap di kolej kediaman bagi tempoh melebihi tiga semester sahaja.

kemudahan kolej kediaman yang terhad berbanding dengan pertambahan bilangan mahasiswa

member berpeluang kepada semua mahasiswa untuk terus menginap

kediaman sehingga tamat pengajian. Mobiliti mahasiswa iaitu pendaftaran masuk dan keluar di kolej kediaman

yang aktif berdasarkan pengambilan kemasukan mahasiswa ke UiTM berlangsung dua kali setahun turut

kesan kepada mahasiswa senior untuk terus menginap di kolej kediaman (Fairus, 2006)

: Tempoh mahasiswa penginap di kolej kediaman berdasarkan bilangan semester

terhadap aktiviti kolej kediaman

san kolej kediaman di UiTM menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan dan

kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman adalah bagi memberi peluang kepada mahasiswa menimba,

menambah pengalaman, dan memupuk minat serta mencukil bakat yang ada pada setiap mahasisw

itu, aktiviti di kolej kediaman adalah meneruskan kesinambungan ilmu yang diperolehi di fakulti untuk

menjadikan mahasiswa itu sebagai insan yang serba boleh serta mempunyai kemahiran yang holistik berdasarkan

Model Graduan UiTM (Mazura et. al., 2006).

3.2.1 Menyertai aktiviti untuk mendapatkan kemudahan penginapan di kolej kediaman

Hasil kajian rintis ini mendapati 83% mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman dengan tujuan untuk

memastikan mereka mendapat tempat atau peluang untuk terus menginap di kolej kediaman pada semester yang

Hasil kajian ini juga disokong dengan dapatan kajian yang menunjukkan 79%

mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman untuk mengumpul ‘kupon aktiviti’ yang bakal digunakan di

m pengiraan sistem merit permohonan kolej kediaman (skor = 4.07). Hubungan korelasi antara tujuan

mendapat tempat atau peluang menginap di kolej kediaman dengan tujuan mengumpul ‘kupon aktiviti’

menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai 0.79 pada aras kebolehpercayaan 0.01.

Hasrat UiTM untuk meningkatkan bilangan keseluruhan mahasiswanya daripada 100,000 kepada 200,000 orang

demi memenuhi kehendak kerajaan dan tanggungjawab sosial yang disasarkan seawal-awalnya 2010 atau paling

lewat 2015 menjadikan kolej kediaman sebagai satu kemudahan yang sangat terbatas (Wan Zawiyah dan Fairus,

Justeru itu, pemilihan mahasiswa yang layak mendapat khidmat kemudahan kolej kediaman terpaksa

dilakulan berdasar sistem merit. Perkara yang dinilai di dalam sistem merit ini ialah berdasarka

satu semester

33%

dua semester

18%tiga semester

7%

melebihi lima

semester

16%

ini di mana 52% daripada jumlah tersebut adalah

Sebanyak 77% responden adalah mahasiswa yang sedang mengambil

kala 4% adalah peringkat Diploma dan 19% pula peringkat

Ijazah. Rajah 2 menunjukkan pecahan peratusan responden berdasarkan tempoh mahasiswa tersebut

(42%) sahaja yang mendapat

tiga semester sahaja. Bilangan

mahasiswa setiap semester

untuk terus menginap di kolej

Mobiliti mahasiswa iaitu pendaftaran masuk dan keluar di kolej kediaman

yang aktif berdasarkan pengambilan kemasukan mahasiswa ke UiTM berlangsung dua kali setahun turut

kesan kepada mahasiswa senior untuk terus menginap di kolej kediaman (Fairus, 2006)

: Tempoh mahasiswa penginap di kolej kediaman berdasarkan bilangan semester

san kolej kediaman di UiTM menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan dan

kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman adalah bagi memberi peluang kepada mahasiswa menimba,

menambah pengalaman, dan memupuk minat serta mencukil bakat yang ada pada setiap mahasiswa. Di samping

itu, aktiviti di kolej kediaman adalah meneruskan kesinambungan ilmu yang diperolehi di fakulti untuk

menjadikan mahasiswa itu sebagai insan yang serba boleh serta mempunyai kemahiran yang holistik berdasarkan

3.2.1 Menyertai aktiviti untuk mendapatkan kemudahan penginapan di kolej kediaman

Hasil kajian rintis ini mendapati 83% mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman dengan tujuan untuk

menginap di kolej kediaman pada semester yang

Hasil kajian ini juga disokong dengan dapatan kajian yang menunjukkan 79%

mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman untuk mengumpul ‘kupon aktiviti’ yang bakal digunakan di

Hubungan korelasi antara tujuan

mendapat tempat atau peluang menginap di kolej kediaman dengan tujuan mengumpul ‘kupon aktiviti’

Hasrat UiTM untuk meningkatkan bilangan keseluruhan mahasiswanya daripada 100,000 kepada 200,000 orang

awalnya 2010 atau paling

Wan Zawiyah dan Fairus,

Justeru itu, pemilihan mahasiswa yang layak mendapat khidmat kemudahan kolej kediaman terpaksa

dilakulan berdasar sistem merit. Perkara yang dinilai di dalam sistem merit ini ialah berdasarkan pendapatan

Page 5: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

keluarga, bilangan tanggungan keluarga, pencapaian akademik dan penglibatan di dalam aktiviti atau kegiatan

mahasiswa di kolej kediaman serta persatuan atau kelab di universiti.

Kemudahan kolej kediaman yang terhad serta bilangan mahasiswa yang ramai menyebabkan berlaku persaingan

di kalangan penghuni kolej untuk mendapatkan tempat di kolej kediaman. Oleh itu, majoriti mahasiswa yang

menyertai aktiviti di kolej kediaman mempunyai motif utamanya ialah berusaha mendapat merit yang tinggi

melalui ‘kupon aktiviti’ dan seterusnya mencerahkan peluang untuk mendapat tempat di kolej kediaman pada

semester yang akan datang.

3.2.2 Menyertai aktiviti untuk pembangunan diri

Penyertaan mahasiswa terhadap aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman

dapat meningkatkan kemahiran generik di kalangan mereka. Hasil kajian ini menunjukkan 89% mahasiswa

menyertai aktiviti di kolej kediaman degan hasrat untuk memajukan diri mereka (skor = 4.13). Hasil kajian ini

juga menunjukkan 78% mahasiswa menyertai aktiviti di kolej kediaman kerana ingin belajar menjadi pemimpin

(skor = 3.94). Seramai 87% mahasiswa yang menyertai aktiviti di kolej kediaman turut menyatakan mereka

menyertainya kerana sukakan cabaran yang ada di dalam aktiviti-aktiviti tersebut (skor = 4.03).

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti di kolej kediaman memberi peluang kepada mahasiswa untuk

mengembang dan mengukuhkan kemahiran generik mereka sepenjang tempoh mereka menginap di kolej

kediaman. Seperti mana yang dinyatakan oleh Jamaludin (2005) bahawa kolej kediaman berperanan

mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi mahasiswa bagi mencapai prestasi diri

yang baik. Kepelbagaian jenis aktiviti di kolej kediaman turut memberi peluang kepada mahasiswa untuk

mengasah pelbagai elemen kemahiran generik (Ruslin & Tajul Ariffin, 2008).

3.2.3 Menyertai aktiviti untuk bersosial

Pelaksanaan aktiviti di kolej kediaman turut memberi peluang kepada penghuninya untuk berinteraksi, bersosial

dan dapat mengurangkan tekanan atau stres akibat beban akademik. Hasil kajian rintis ini mendapati 92%

mahasiswa menyatakan melalui aktiviti di kolej kediaman, mereka dapat menggunakan peluang yang ada untuk

bertukar-tukar fikiran (skor = 4.08). Selain itu, 87% menyatakan melalui aktiviti di kolej kediaman mereka

berpeluang untuk berkawan dengan penghuni yang lain (skor = 4.06). Bagi mengurangkan stres, seramai 79%

menyatakan melalui penyertaan aktiviti di kolej kediaman dapat membantu mengurangkan stres mereka (skor =

3.90).

Aktiviti-aktiviti di kolej kediaman seperti pertandingan sukan atau keceriaan blok lazimnya dilaksanakan

berdasarkan blok atau aras kediaman di mana mahasiswa itu menginap. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti

ini ianya memberi peluang kepada penghuni di sesuatu blok atau aras mengenali rakan-rakan baru sama ada

yang menginap di blok yang sama atau blok yang lain. Aktiviti yang bersifat pertandingan juga mengerat

hubungan dan menaikkan semangat kekitaan di kalangan penghuni tidak terhad kepada rakan sebilik sahaja,

malahan merangkumi rakan seblok atau sekolej. Interaksi sesama mahasiswa ketika pelaksanan sesuatu aktiviti

boleh bertindak sebagai satu terapi untuk mengurangkan stres. Aktiviti berbentuk kerohanian yang dilaksanakan

di kolej kediaman juga turut membantu dalam pengurus stres di kalangan mahasiswa yang menginap di kolej

kediaman.

3.2.4 Sebab tidak menyertai aktiviti di kolej kediaman

Pelaksanaan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman memberi banyak manfaat kepada

mahasiswa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Namun ada juga di kalangan mereka yang tidak

mahu menyertai atau terlibat sama di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej kediaman.

Kajian rintis ini juga ingin mengetahui sebab atau faktor yang menyumbang kepada keengganan mahasiswa

untuk terlibat dalam aktiviti di kolej kediaman.

Dapatan kajian ini mendapati skor tertinggi kenapa mahasiswa tidak terlibat dengan aktiviti di kolej adalah

berpunca daripada pertindihan antara aktiviti di kolej dan aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik di

fakulti (skor = 3.77). Hasil kajian mendapati 46% menyatakan berlaku pertindihan pelaksanaan aktiviti di kolej

dengan jadual kuliah mereka (skor = 3.37). Manakala 49% menyatakan jadual kuliah yang padat menyebabkan

mereka tidak berkesempatan untuk menyertai aktiviti di kolej kediaman (skor = 3.28).

Page 6: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

Pertindihan waktu pelaksanaan aktiviti di kolej dan jadual pembelajaran mahasiswa khususnya di waktu malam

sememangnya tidak dapat dielakkan kerana bilangan mahasiswa yang semakin bertambah dari masa ke semasa

dan jumlah bilik kuliah dan makmal yang terhad menyebabkan sesetengah kegiatan akademik terpaksa dilakukan

selepas jam lima petang hingga ke sebelah malam.

Jenis program pengajian yang diambil oleh mahasiswa turut mempengaruhi kepadatan aktiviti akademik mereka

dan turut mempengaruhi penglibatan mereka di dalam aktiviti di kolej kediaman. Sebagai perbandingan,

mahasiswa pengajian perubatan mempunyai jadual kuliah yang lebih padat berbanding mahasiswa pengajian

biologi. Begitu juga dengan jenis tugasan akademik yang dihadapi oleh mahasiswa turut mempengaruhi

penglibatan mereka dengan aktiviti di kolej kediaman. Mahasiswa yang mempunyai kerja-kerja makmal atau

studio serta kerja lapangan terpaksa menggunakan masa senggang mereka untuk menyiapkan tugasan yang

diberi berbanding mahasiswa yang hanya melaksanakan tugasan akademik yang biasa seperti menyiapkan esei.

Faktor-faktor seperti ini dijadikan alasan oleh mahasiswa untuk tidak terlibat dengan aktiviti di kolej kediaman.

Selain daripada faktor akademik, hasil kajian ini mendapati 32% mahasiswa menyatakan bahawa penyertaan

mereka terhadap aktiviti persatuan / kelab di universiti telah membataskan masa mereka untuk terlibat dengan

aktiviti di kolej kediaman (skor = 2.95). Begitu juga dengan aktiviti peribadi, seramai 30% mahasiswa

menyatakan tidak menyertai aktiviti di kolej kediaman kerana mempunyai urusan peribadi (skor = 2.82).

Manakala, seramai 28% mahasiswa pula menyatakan bahawa mereka tidak menyertai aktiviti di kolej kediaman

kerana ingin berehat khusus pada waktu hujung minggu (skor = 2.73). Terdapat juga mahasiswa menyatakan

bahawa mereka tidak menyertai aktiviti di kolej kediaman pada hujung minggu kerana mereka tiada di kampus

atau di kolej pada ketika masa tersebut.

Hasil kajian rintis ini jelas menunjukkan terdapat kelompok mahasiswa yang tidak berminat terhadap aktiviti-

aktiviti di kolej kediaman kerana mereka lebih memberi keutamaan terhadap aktiviti akademik dan urusan

peribadi. Kelompok seperti ini lazimnya tidak berminat untuk terus menginap di kolej kediaman, justeru itu

mereka tidak bersungguh-sunguh untuk mengumpul ‘kupon aktiviti’ dan seterusnya bersaing mendapat kolej

kediaman pada semester akan datang. Kelompok ini menyedari bahawa tempat yang disediakan untuk mereka

menginap terus di semester hadapan adalah terhad. Lazimnya, kelompok sebegini telah membuat perancangan

awal untuk mencari kediaman sewa diluar kampus.

4. KESIMPULAN

Hasrat pihak pengurusan universiti khususnya di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan pihak pengurusan

kolej kediaman menjadikan aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa sebagai wadah untuk

mengembang dan memantapkan kemahiran generik di kalangan mahasiswa. Namun, pencapaiannya terhadap

objektif penganjuran aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa bergantung kepada penglibatan

mahasiswa itu sendiri. Kajian rintis ini memberi gambaran awal terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan mahasiswa dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman. Selain daripada

mengenalpasti faktor pendorong, kajian ini juga telah mengenal pasti faktor penolakan terhadap penglibatan

mahasiswa di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman. Kajian

lanjutan perlu dilakukan untuk mengetahui sejauhmanakah keberkesanannya aktiviti pembangunan dan

kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman dapat mengembang dan memantapkan kemahiran generik di kalangan

mahasiswa yang menginap di kolej kediaman tersebut.

Penghargaan

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada semua Pengurus Asrama dan kakitangan kolej kediaman

yang terlibat di dalam menjayakan kajian ini. Sekalung penghargaan juga kepada Timbalan Naib Canselor (Hal

Ehwal Pelajar), UiTM kerana memberi sokongan dan dorongan untuk merealisasikan kajian rintis ini.

Page 7: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej Kediaman

Rujukan

Fairus Muhamad Darus. (2008). Peranan Kepimpinan Mahasiswa di Kolej Kediaman dalam Memperkasakan

Kemahian Insaniah (Soft skills). ESTEEM Academic Journal UiTM Pulau Pinang. 4(2): 199 – 207

Fairus Muhamad Darus. (2006). Budaya Penyelenggaraan Kemudahan Kolej di Kalangan Mahasiswa: Kajian

Kes di Kolej Melati, UiTM, Shah Alam. Persidangan Kebangsaan Pembangunan Pelajar . Hotel Grand Season,

Kuala Lumpur, 8 – 9 Ogos 2006.

Jamaludin Mohaiadin. (2005). Kampus Universiti sebagai Institusi “Living-Environment”. Seminar Pengurusan

Asrama Peringkat Nasional (SPARK). Hotel Century Mahkota, Melaka. 27 – 30 November 2005.

Mazura Anuar, Fairus Muhamad Darus dan Syed Yusainee Syed Yahya. (2006). Memperkasakan Modal Insan:

Peranan dan Cabaran Kolej Kediaman di Univesiti Teknologi MARA, Shah Alam. Persidangan Pembangunan

Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006 (NASDEC2006). Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. 8 – 9 Ogos 2006.

Mohd Sabri Mohd Amin. (2003). Peranan Kolej Kediaman Dalam Pembentukan Peribadi Siswa. Kursus Biro

Tata Negara: Pengawai Pembangunan Pelajar & Pengurus Asrama. Kem Bina Negara Meru, Klang. 19 – 21 Jun

2003.

Ruslin Amir dan Tajul Ariffin Mohamad. (2008). Kolej Kediaman Entiti Pembinaan Kemahiran Generik:

Tinjauan Awal di UKM. Dlm. Syed Yusainee Syed Yahya, Fairus Muhamad Darus dan Adnan Omar. Prosiding Seminar Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar. UPENA UiTM. Shah Alam

Wan Zawiyah Wan Abdullah dan Fairus Muhamad Darus. 2006. Tadbir Urus Kolej Kediaman Menjelang 2010.

Seminar Tadbir Urus Kolej Kediaman Zon Timur. 23-25 Jun 2006. Universiti Teknologi MARA Terengganu.

Zaiton Endot, Fairus Muhamad Darus & Ramlah A Rahamah. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej,

Benarkah Pelajar Tidak Berminat? 1st Regional Residential Officers’ Convention: Towards Students’ Holistic

Development. 7 – 8 October 2009. Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam. ISBN: 978-967-305-421-5