buku peraturan khas ini telah dikemaskini .2017-01-09  peraturan khas asrama/kolej kediaman...

Download BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI .2017-01-09  peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam

Post on 17-Sep-2018

229 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 1

    BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI PADA : JANUARI 2017

    KANDUNGAN

    Pengenalan 1

    Kolej Kediaman -

    Dasar Penginapan di Asrama/Kolej Kediaman -

    Falsafah Penginapan Asrama/Kolej Kediaman -

    A. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman KPMAM 3

    B. Kriteria-kriteria Pemilihan Penempatan Pelajar -

    a) Syarat-syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman -

    b) Kelayakan Istimewa -

    c) Anggota Panel Pemilihan Tempat Tinggal -

    C. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman

    D. Tatatertib Asrama

    E. Penggunaan Barangan Elektrik

    F. Peraturan Memasak

    G. Waktu Senyap

    H. Iklan Tempatan

    I. Tetamu

    J. Etika Pakaian

    K. Kegiatan Berdua-duan/berkhalwat di sekitar Kolej

    L. Pengunaan Kasut dan Selipar

    M. Kecurian dan Laporan Kehilangan

    N. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej Kediaman

    O. Penggunaan Televisyen

    P. Pendaftaran Tinggal Di Kolej Semasa Cuti

    Q. Sopan Santun

    R. Menyimpan Alat-alat Dan Bahan-bahan Yang Bebahaya di Asrama

    S. Stor

    T. Peraturan-peraturan Surat, Bungkusan, Surat Berdaftar danTelegram

    U. Etika Pakaian Pelajar

    V. Peraturan Mengkosongkan Bilik

    W. Kenderaan

    X. Peraturan Kecemasan

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 2

    RAYUAN PENEMPATAN.

    PERTIKAIAN

    PERATURAN DAN PEKELILING KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

    AYER MOLEK ( TAMBAHAN DAN PINDAAN SEMASA)

    - PENGGUNAAN SISTEM E-OUTING

    - PERATURAN WAKTU KELUAR MASUK MAHASISWA/SISWI

    - PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN OLEH MAHASISWA/SISWI

    - GANTIRUGI KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN HARTA BENDA KOLEJ KEDIAMAN

    - SENARAI DENDA BAGI KESALAHAN YANG DILAKUKAN

    - PERATURAN PERLAKSANAAN MERIT DEMERIT BAGI SETIAP MAHASISWA/SISWI

    PERHATIAN :

    Buku Peraturan Khas Asrama/ Kolej Kediaman yang dikeluarkan ini perlu dibaca bersama dengan

    buku Panduan Tatatertib Dan Peraturan Akademik yang dikeluarkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar

    KPMAM.

    Sebarang peraturan yang bercanggah dengan peraturan yang dikeluarkan oleh Bahagian

    Pengajian Pendidikan Tinggi (BPT) atau bercanggah dengan Buku Panduan Tatatertib KPMAM ,

    maka hendak dirujuk kepada Peraturan Daripada Pihak (BPT) dan Panduan Tatatertib Kolej

    dahulu.

    Rujukan Ringkasan :

    Pihak Pengurusan Kolej : Terdiri dari Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah

    Pihak Pengurusan Kediaman Kolej : Pihak Pengurusan Kediaman Dan Unit Felo

    Unit Felo : Unit felo sahaja

    MPP : Majlis perwakilan pelajar

    STK : Seketeriat Tindakan Kolej

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 3

    PENGENALAN

    KOLEJ KEDIAMAN

    Kolej Kediaman bersifat kemudahan tetapi bukan hak merupakan tempat ekslusif kepada

    pelajar untuk menjalanan aktivit harian. Selain untuk tempat menginap ia juga merupakan asas

    terpenting dalam pembentukan sahsiah, berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan

    berdaya tahan melalui proses pengajaran,pembelajaran dan pembentukan peribadi bagi

    meningkatkan budaya ilmu di Kolej.

    DASAR PENGINAPAN DI ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

    Penempatan di asrama/kolej kediaman merupakan satu KEMUDAHAN untuk pelajar, tetapi

    BUKANNYA HAK seseorang pelajar.

    Penginapan seseorang pelajar (tinggal di asrama/kolej kediaman) ditentukan mengikut budibicara

    dan kuasa mutlak Kolej.

    FALSAFAH PENGINAPAN DI ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

    Asrama/Kolej kediaman adalah pusat kecemerlangan lanjutan dan pelengkap kepada

    sIstem pendidikan Kolej dalam melahirkan graduan yang berakhlak mulia, berpengetahuan

    luas, kritis, kreatif, inovatif, menjauhi permasalahan sosial serta memperjuangkan keadilan

    kepentingan bersama.

    A. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESSIONAL MARA

    AYER MOLEK

    Semua mahasiswa/mahasiswi Tahun 1 DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman kecuali mendapat

    kebenaran daripada Pengarah atau Pihak Pengurusan Kolej untuk tigggal di luar Kolej Kediaman.

    Pelajar senior TIDAK DIWAJIBKAN tinggal di asrama.

    Penempatan pelajar di Kolej Kediaman akan dipilih setiap sesi dan akan ditetapkan oleh

    Jawatankuasa Pemilihan Penempatan Kolej Kediaman .

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 4

    Pelajar yang memohon untuk tinggal di Kolej Kediaman hendaklah mengisi borang khas

    penginapan asrama/online dan diperbaharui setiap sesi.

    Penempatan Kolej Kediaman akan dibuat pada setiap sesi melibatkan semua pelajar yang

    menginap di Kolej Kediaman mengikut ketetapan pihak Kolej.

    Kolej berhak menarik balik tawaran tempat tinggal/penginapan di asrama atas sebab-sebab

    kepentingan Kolej atau disabitkan dengan tatatertib Kolej.

    Penghuni yang telah diberikan tempat penginapan, tidak boleh bertukar/pindah bilik kecuali

    mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Unit Felo dan Pengurusan Kolej

    Kediaman.

    B. KRITERIA-KRITERIA ASAS PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR

    a) SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN

    1. Semua pelajar tahun 1 Semester 1 DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman

    2. PNGK 2.5 keatas (tertakluk kepada budi bicara Pihak Pengurusan Kolej)

    3. Tidak DISABITKAN dengan kesalahan tatatertib

    4. Tidak berhutang dengan Pihak Kolej

    5. Aktif menyertai aktiviti Kolej

    6. Tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Kediaman.

    b) *KELAYAKAN ISTIMEWA

    1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

    2. Seketeriat Tindakan Kolej ( STK / Ahli Jawatankuasa Asrama)

    3. Seketeriat Pembangunan Rohani ( SPI)

    4. AJK Kelab dan Persatuan

    5. Unit Beruniform

    6. Orang Kurang Upaya (OKU)

    *Wajib memohon dan tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan tatatertib.

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 5

    c) ANGGOTA PANEL PEMILIHAN TEMPAT TINGGAL

    Jawatankuasa pemilihan pelajar Kolej Kediaman ( mesti terdiri daripada Unit Felo, MPP

    dan STK) dan Pengurusan Kediaman Kolej

    Dipersetujuan oleh Pihak Pengurusan Kolej (Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah)

    C. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

    1. Setiap penghuni mesti mengisi dan menandatangani beberapa borang mengenal butir

    perabot yang ada dalam bilik untuk mengesahkan sama ada lengkap atau tidak semasa

    ia mula tinggal di bilik berkenaan. Bayaran denda atau ganti rugi akan dikenakan jika

    berlaku kerosakan atau kehilangan perabot di bilik tersebut. Tindakan disiplin akan

    diambil oleh Pihak Pengurusan Kediaman Kolej jika sabit kesalahan.

    2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah sahaja dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman.

    Pihak Kolej boleh mendakwa penghuni dibawah tindakan tatatertib Kolej jika didapati

    ada setinggan di biliknya. Penghuni tersebut boleh dikeluarkan dengan serta merta dan

    tidak lagi dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman pada masa akan datang.

    3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar keluar semasa cuti semester dan mendaftar

    semula dibuku rekod pendaftaran masuk di Kolej Kediaman setiap semester bermua.

    Denda akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini.

    4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman boleh mengarahkan penghuni mengkosongkan

    tempat tinggalnya yang disediakan di Kolej Kediaman pada bila-bila masa tanpa apa-

    apa sebab.

    5. Pihak Pengurusan Kolej boleh dari semasa ke semasa memberi apa-apa perintah atau

    arahan secara bertulis atau lisan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman

    dan tatatertib asrama.

    6. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman dan kakitangan Kolej boleh membuat

    pemeriksaan mengejut di asrama pada bila-bila masa.

    7. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Pihak Pengurusan Kolej

    Kediaman akan mengenakan denda kepada penghuni berkenaan jika kerosakan yang

  • PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

    UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 6

    mendatangkan mudarat tidak dilporkan segera. (Rujuk dalam Peraturan Kadar Denda/

    Gantirugi penghuni yang melanggar peraturan)

    D. TATATERTIB ASRAMA

    1. Penghuni tidak boleh berpindah bilik tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu

    daripada Pihak Pengurusan Kolej Kediaman / Unit Felo.

    2. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni. Bilik yang didapati kotor akan

    dikenakan denda. (Rujuk dalam Peraturan Kadar Denda/Gantirugi penghuni yang

    melanggar peraturan)

    3. Peghuni adalah tidak dibenarkan memindah/mengubah/mengalihkan kedudukan

    perabot di dalam bilik atau memasukkan perabot-perabot baru ke dalam bilik tanpa

    kebenaran.

    4. Penghuni tidak dibenarkan membuat/melakukan penyambungan pendawaian elektrik

    untuk sebarang kegunaan di dalam bilik

    5. Penghuni tidak dibenarkan membuat/membawa/memiliki sebarang jenis haiwan

    peliharaan di dalam bilik/kawasan Kolej Kediaman.

    6. Penghuni dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan dan barang Kolej akan

    dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Kolej. Mereka juga diminta membayar balik

    kos pembaikan dan pengantian.

    7. Penghuni tidak dib