penentuan hadul kifayah pelajar institusi pengajian tinggi: kajian

21

Upload: buitruc

Post on 19-Jan-2017

276 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian
Page 2: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Cetakan Pertama

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengancura apajua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atav caxalain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

NorAiniAli, 1976-

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISU KONTEMPORARI PENGURUSAN DAN PEMBAYARAN ZAKATDI MALAYSIA / NOR AIM ALI, AZIZI CHE SEMAN, MOHAMMADTAQIUDDIN MOHAMAD.rsBN 978-967 -r3 s83 -2-0l. Zakat.2. Islam-Charities. 3.Islamic giving. L Azizi Che Seman, 1972-.II. Mohammad Taqiuddin Mohamad, 1983-. III.Judul297.s4

Diterbitkan OlehMajlis Agama Islam Wilayah PersekutuanAras l-7" 9-llBangunanPERKIMNo. 150Jalan Ipoh51200 Kuala LumpurTel: +603-40479444Faks: +603-40449444Email: pro@maiwp. gov.my

Dengan KerjasamaJabatan Syariah dan EkonomiAkademi Pengajian IslamUniversiti Malaya50603 Kuala LumpurTel: +603-79676006Faks: +603-79676147Email : api_ekonomi@um. edu.my

Dicetak OlehAttin Press Sdn. Bhd.No.46, Jalan 3/108, Taman Salak Jaya,Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.Tel:03-79847626Fax:03-7981 5253E-mail: [email protected]

Page 3: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

IiI

PENENTUAN HADDUL KIFAYAH PELAJARINSTITUSI PENGAJIAN TINGGI:

KAJIAN PELAJAR PRASISWAZAHDI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA6"--------------- @ry

Sarah Athirah SaruchiAisyahAbdul Rahman

Hairunnizam Wahid

PENGENALAN

hadat zakat sangat berbeza dengan ibadah yang lain kerana ia merupakansatu-satunya ibadah yang menghubungkan secara langsung tiga komponenpenting iaitu antara manusia dengan pencipta (Allah), manusia denganmanusia dan manusia dengan lahiriahnya sendiri. Zakat merupakan ibadahmaliah yang sangat besar hikmahnya dan sangat banyak ditekankan dalamdua masdar utama pensyariatan Islam iaitu al-Quran dan hadis RasulullahSAW. Sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab 'aziz-Nya:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalahuntuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,'amil-'amilyang mengurusnya, mu'allaf-mu'allaf yang dijinakkanhatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakandirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan

T.trJ"t S"q"na Ekonomi Islam, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi danPengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, saratirah9 | @gmail.com.

2 Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected].

3 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected].

6r

Page 4: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

pada) jalan Allah, dan musafir-musafir dalam perjalanan.(Ketetapan yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan(yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah MahaMengetahui, Iagi Maha Bijaksana."

(Terjemahan surah al-Taubah: 60)

Ayat di atas diakhiri dengan perkataan"sebagai satu ketetapan dari Allah"menunjukkan bahawa sedekah-sedekah yang dimaksudkan dalam ayat diatas, iaitu zakat,bttkannya satu bentuk derma pilihan (optional charity),sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan (obligatory)(Ibrahim, 2008). Justeru, pemilik harta yang telah memenuhi syarat-syaratyang telah ditetapkan syarak diwajibkan ke atasnya untuk mengeluarkansebahagian tertentu daripada jumlah hartanya yang bersih untuk diagihkankepada lapan asnaf zakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWTKetidakpatuhan dalam melaksanakan kewajipan zakat akan mempengaruhiikrar keislaman seseorang muslim dan akan dikenakan 'penalti' sama ada didunia atau akhirat olehAllah SWT.

Zakat menjadi salah satu wasilah utama dalam agihan semula kekayaanantara orang kaya dengan orang miskin yang diimplementasikan dalamekonomi Islam (Ali & Aziz, 2014; Ali,Ibrahim, Aziz, & Johari, 2014;Mohamad, Ab Rahman, Ismail, &Hayaati,2010). Ini adalah kerana Islamtelah menggariskan bahawa setiap kekayaanadalah satu amanah dan dalamharta orang kaya wujud hak golongan yang memerlukan. Allah SWTmelarang amalan pengagihan harta hanya beredar dalam kalangan orangkaya sahaja (Latiff & Sayin, 2014).

Bukan itu sahaja, terbukti secara empiriknya, zakatdapatdijadikan alatyangampuh bagi menangani kebejatan ekonomi marcapada ini melalui kajianoleh (M. K. Hassan & Khan, 2007;Ibrahim,2008; Othman & Noor, 2012)yang membuktikan keberkesanan agihan zakat dalam menangani masalahketidaksamaan agihan pendapatan. Ia juga dapat dilihat melalui peratusaninsiden kemiskinan tegar di Malaysia dapat dikurangkan. Berdasarkan datainsiden kemiskinan tegar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Unit PerancangEkonomi, terdapat pemrrunan yang agak drastik khusus kepada etnikbumiputera yang majoritinya beragama Islam daripada 1.1 pada tahun 2009berkurang kepada 0.3 pada tahun20l2 (EPU,20I2).

Realitinya, dalam abad ke 2l ini, perbelanjaan semakin meningkat sabantahun menyebabkan kuasa membeli semakin kurang. Tambahan pula setelahterlaksananya Goods and Seryices Tax (GST) di Malaysia bermula tanggal

62

Page 5: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

l April20l5 menyebabkan masyarakat semakin dihimpit dengan kekangankewangan bagi menampung perbelanjaan harian dek kerana majoritiharga barang dan perkhidmatan yang meningkat. Antara golongan yangakan terjejas disebabkan perubahan polisi kerajaan ini ialah pelajar yangtidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Davies & Lea, 1995).Umumnya, mereka hanya bergantung kepada biasiswa, pinjaman ataubantuan kewangan yang ditampung oleh ibu bapa. Kos pendidikan semakinhari dijangka semakin meningkat seiring dengan kenaikan harga barang danperkhidmatan di Malaysia. Institusi pengajian swasta pula berlumba-lumbamenawarkan peluang pendidikan kepada pelajar yang mencapai keputusanpeperiksaan kurang cemerlang namun dengan mengenakan yrran pengajianyang agak tinggi dan membebankan pelajar (Mustaffa & Muda, 2014).Kenaikan kos pendidikan perlu dibimbangi kerana akan menjejaskanjumlah enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi (Berger & Kostal,2002; Ismail & Zainal,2004) sekaligus menyebabkan pembinaan modalinsan yang berkualiti akan berkurang dan akhirnya menyebabkan ekonominegara terjejas.

Di sinilah zakat berperanan menjadi salah satu solusi bagi meringankanbebanan pelajar disebabkan hasil kutipan zakatjuga akan disalurkan kepadapelajar-pelajar atas kapasiti sebagai ibn sabil ataupun anak kepada golonganfakir atau miskin. Oleh sebab itu, nilai bantuan zakat perlu disemak semulaberdasarkan keperluan ekonomi semasa (Ali et a1.,2014; Wahid, Ahmad, &Noor, 2004). Nilai bantuan zakat y ang diberi kepada asnaf sangat bergantungkepada haddul kifayah yang diguna pakai oleh institusi zakat. Pendekatankewangan dalam mengukur kemiskinan berdasarkan kaedah haddul kifayahiniadalah hampir sama dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) yangdidefinisikan sebagai pendapatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluanminimum termasuklah makanan, kesihatan, pakaian, pendidikan, rekreasi,pengangkutan, minyak dan sewa (Ali et a1.,2014; Jamil & Che Mat, 2014).

Manakala beberapa komponen utama dalam menentukan keperluan haddulkifayah ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan danpengangkutan berdasarkan maqasid syariah (JAWHAR, 2007). Secararingkasnya, haddul kifayah yang ditentukan oleh institusi zakat dijadikansatupenanda aras keperluan minimum isi rumah dalam sebulan dan denganberpandukan kadar tersebut, 'amil zakat akan menentukan pemohon layakmenerima zakat atat tidak dan sekiranya layak, berapakah jumlah bantuanyang akan diberi kepada pemohon.

63

Page 6: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Kajian ini bertujuan mencadangkan haddul kifayah yang relevan perluditentukan khusus kepada golongan pelajar yang menuntut di institusipengajian tinggi berdasarkan dapatan purata perbelanjaan pelajar dalamsebulan. Ini kerana bantuan pendidikan yang diberi perlu seiring dengankeadaan ekonomi semasa berbetulan dengan sumber kewangan pelajaryang masih kurang stabil. Selain itu, makalah ini turut mengkaji adakahterdapat perbezaan corakperbelanjaan antarapelajar aliran sains sosial dansains tulen. Perbezaan ini dikaji bagi menentukan keperluan institusi zakatuntuk menentukan haddul kifayah yangberbeza mengikut aliran pengajian.Seterusnya, kajian terhadap faktor-faktor demografi yang mempengaruhiperbelanjaan pelajar ke atas makanan dan bukan makanan dilakukan supayapenentuan haddul kifayah turut mengambil kira faktor demografi yangmempengaruhi kedua-dua perbelanjaan tersebut.

KAJIAN LEPAS

Konsep Had Kifayah

Kebanyakan institusi zakat menggunakan pendekatan kewangan dalammengukur kemiskinan berdasarkan kaedah haddul kifayah yangboleh diinterpretasikan sebagai purata garis kemiskinan zakat (Ali et a2014). Secara praktikalnya di Malaysia, haddul kifayah ditentukanmengikut institus i zakat masing-masing (Al i & Aziz, 20 | 4 ; Zakada, 20 | 4Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR, 2007) mendefinisikankifayah sebagai kadar asas keperluan minimum diri dan tanggunganmenentukan tahap kelayakan penerima zakat untuk asnaf fakir dan miskidengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dansosioekonomi.

Menurut Wahbah al-Zthayli, keperluan ialah kemudahan yang diperloleh manusia untuk kemudahan kehidupan mereka dandaripada kepayahan hidup dan dengan ketiadaannya akanhidup mereka ditimpa kesusahan dan kesulitan (Tarimin, 2005).Qaradawi (2009) pula menafsil fikrah Imam Nawawi yangkeperluan minimum tersebut ialah dengan mengambil kiramakanan, pakaian, perlindungan dan keperluan lain. Tambahnya,konteks sekarang, keperluan lain yang dimaksudkan harus melikeperluan pendidikan, kesihatan dan keperluan sosial lain yangmengikut keperluan hidup semasa. Keperluan asasi yang diambil kiramenentukan haddul kifayah semasa ialah makanan, perlindungan,

64

Page 7: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

pengangkutan, pendidikan dan perubatan (JAWHAR, 2007). Penggunaanhaddul kifayah yang meliputi semua keperluan manusia mengikutperspektif maqasid syariah iaitu agama, ilmu, diri, keturunan dan harta inimempengaruhi secara positifnya kecekapan agihan zakat (Zakaria, 20 I 4)dan merupakan model yang terbaik bagi pelaksanaan agihan zakat (Ibrahim,2006; Mansor et al., 2013a).

Secara umumnya, haddul kifayah ini menjadi garisan pemisah antaramereka yang layak menerima zakat dan mereka yang perlu membayar zakat(Mansor et al.,20l3b). Lateff, Patil dan Hassan (2014) mengatakan secaralogiknya, haddul kifayah yang terlalu rendah akan menyebabkan lebihanwang zakat sekali gus mempengaruhi keefisienan agihan zakat. Oleh itu,penentuan haddul kifayah yang relevan mendorong ke arah pengagihanzakat secara adil dan cekap dan memastikan bantuan zakal yang diterimabenar-benar efektif dalam mengurangkan bebanan asnaf.

DantZakat dalam Bantuan Pendidikan Asnaf

Berdasarkan Imam Malik, Imam Syaf i dan ImamAhmad ibn Hanbal, fakirialah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pekerjaan yang halaluntuk menampung keperluan asas diri dan tanggungannya seperti makan,minum, tempat penginapan dan persalinan (Tarimin, 2005). Pelajar sepenuhmasa layak dikategorikan sebagai golongan asnaf fakir miskin yangbertarafpenganggur sementara (a1-Qaradawi, 2009; Tarimin, 2005). Ianya merujukkepada golongan pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi yangmenumpukan sepenuh masa pengajian sehingga tidak berpeluang untukbekerja atau wujud peraturan yang menghalangnya bekerja. Merekalayak menerima agihan zakat sekiranya terbukti pelajar sepenuh masa,telah mencapai umur baligh, tidak berkemampuan menyara diri danbidang pengajian yang diambil bermanfaat kepada umat (Tarimin, 2005).Al-Qaradawi (2009) berpendapat menuntut ilmu merupakan kewajipansosial atau fardu kifayah yang perlu dilakukan oleh sebahagian anggotamasyarakat untuk kebaikan seluruh masyarakat. Disebabkan inilah, pelajarberkelayakan menerima bantuan pendidikan menggunakan dana zakat dimana pengetahuan pelajar tersebut akhirnya akan menyumbang kepadakebaikan seluruh masyarakat.

Pendidikan adalah termasuk salah satu keperluan asasi haddul kifayah yangdiambil kira dalam pemberian zakatkepada fakir dan miskin (LZS,2014).Pembiayaan projek-projek dengan menggunakan dana zakat dalam bidang

65

Page 8: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial dan sebagainya akanproduktiviti gologan miskin dengan memenuhi keperluan asas(Ibrahim, 2008). Wahid et al. (2004) pula mendapati bantuan zakatmekesan yang signifikan kepada kualiti hidup golongan asnaf teruaspek pendidikan dan penyertaan sosial. Pendidikan merupakanpenting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf fakir melaluipembelajaran yang berterusan daripada peringkat sekolah rendah sehike peringkat pengajian tinggi yang akan membuka peluangyang lebih baik (Latiff & Sayin, 2014). Tuntasnya, bantuan pendiyang digunakan daripada dana zakat sangat penting untuk diutihsasrmeringankan bebanan pelajar untuk membiayai kos pendidikan sekaliakan meningkatkan semangat pelajar untuk meneruskan pengajian sehike peringkat tertinggi.

Walaupun kajian oleh Wahid et al. (2004) mendapati kesan zakatbegitu besar terhadap kualiti pendidikan anak-anak mereka keranakerajaan telahpun menyediakan bantuan pendidikan termasuklah bayuran, biasiswa dan makanan di sekolah kepada anak-anakmiskin, namun bantuan pendidikan di peringkat tertiari tidak diberimenyeluruh kerana yuran yang sangat tinggi mengakibatkan jumpenerima bantuan pendidikan daripada kerajaan sangat terhad.perbelanjaan oleh kerajaan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTAadalah besar, dan pada tahun 2006, jumlah perbelanjaan mengurus bagibuah IPTA sahaja ialah kira-kira RM6.6 bilion malah secara puratanya, kikira 88% daripada perbelanjaan IPTA dibiayai oleh kerajaan sementarasebanyak l2%lagi dibiayai daripada sumber-sumber lain, termasukyuran yang dikenakan kepada pelajar pengajian tinggi (Hassan, 2007).Kebanyakannya terpaksa bergantung kepada pinjaman pendidikanakhirnya menanggung bebanan hutang selepas bergraduasi. Malah, kajioleh Jariah et al. (2004) menyatakan pinjaman pendidikan sememangnyadapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapanamun dalam jangka masa panjang akan membebankan pelajar itu sendiri.Lebih membimbangkan, segelintir pelajar yang tidak mempunyai sebarangbantuan kewangan, berhasrat unfuk tidak meneruskan pengajian di manaakan mengakibatkan kuantiti modal insan yang berkualiti berkurang danmenurut Jamil & Che Mat (2014) antara sub-indeks bagi Indeks KualitiHidup Malaysia (IKHM) ialah pendidikan yang antaranya disumbangkanoleh kadar penyertaan universiti juga boleh terjejas. Ini kerana yuranpengajian yang semakin meningkat akan mempengaruhi tahap kemasukan

66

Page 9: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

pelajar ke institusi pengajian (Berger & Kostal, 2002). Maka, pembiayaanpendidikan melalui zakat merupakan salah satu langkah yang baik bagimenangani isu ini (Latiff & Sayin, 2014).

Tidak dapat dinafikan usaha daripada institusi zakat bagi memperkasabantuan pendidikan dapat dilihat daripada semasa ke semasa. JAWHAR(2007) menerangkan antara skim bantuan yang diberi kepada golonganasnaf ialah bantuan pendidikan bertujuan membantu anak-anak asnaf supayatidak tercicir dalam pelajaran di samping dapat memperbaiki taraf hidupkeluarga. Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sebanyakRM17.9 juta bantuan pendidikan kepada golongan asnaf yang melibatkanseramai 32919 orang pada tahun 2013 (Latiff & Sayin, 2014). Melaluikajian oleh (Tahir, 2009), LZS turut memperuntukkan sebanyak lebihkurang RMl5 juta untuk program pembangunan pendidikan bagi membantugolongan asnafkerana sedar akan peri pentingnya pendidikan untuk berjayadalam hidup. Skim bantuan ini juga diberikan kepada hampir semua asnaf diseluruh negara Malaysia (A.A. Rahman & Anwar, 2014). Walaupun begitu,keperluan pendidikan ini akan terus berkembang berikutan keperluan dantuntutan perubahan masa kini, maka bentuk skim bantuan pendidikan yangmenggunakan dana zakat perlu dinilai semula, dikemaskini supaya sentiasamemenuhi tuntutan dan kehendak semasa.

Beberapa kajian telah dibuat mengenai cadangan penelitian semula nilaibantuan zakat melalui haddul kifayah kerana nilai bantuan yang diberi tidakberdasarkan keperluan ekonomi semasa (Ali & Aziz,2014; Ali eI a1.,2014;Lateff et al., 2014). Namun, kajian khusus mengenai penelitian semulahaddul kifayah yang memfokuskan kepada golongan pelajar masih belumdibuat. Kajian ini penting dijalankan berdasarkan kepada urgensi jumlah

bantuan pendidikan yang perlu dipertingkat di samping membantu kerajaanmenampung kos bantuan pendidikan yang diberi kepada pelajar.

MDTODOLOGI KAJIAN

Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada dua sumber iaitu dataprimer dan data sekunder. Data primer melibatkan pengumpulan datamelalui kerja lapangan dengan pengedaran borang soal selidik secara rawakkepada 160 pelajar ljazah sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) kepada lapan buah fakulti yang menawarkan programljazah sarjanamuda. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu BahagianA:Latar Belakang Responden dan Bahagian B: Perbelanjaan Responden.

6 /

Page 10: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Analisa kajian bagi latar belakang responden dilalcukan secara deskriptif.Pola perbelanjaan responden pula dibanci mengikut beberapa kategoriiaitu perbelanjaan makanan, keperluan harian bukan makanan, perubatan,pakaian, pendidikan, pengangkutan dan perlindungan bagi mendapatkanperbelanjaan pelajar secara puratanya dalam sebulan.

Data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis untuk mendapatkanpurata perbelanjaaan pelajar dalam sebulan yang dapat dijadikan rujukanbagi menentukan haddul kifayah yang sesuai kepada pelajar institusipengajian tinggi secara khususnya pelajar di UKM. Purata perbelanjaanpelajar kemudiannya dipecahkan mengikut dua kategori iaitu makanan danbukan makanan dan dua aliran pengajian iaitu sains sosial dan sains tulenuntuk mengetahui perbezaan corak perbelanjaan pelajar antara dua aliranpengajian tersebut seterusnya mengkaji apakah faktor-faktor demografiyang mempengaruhi perbelanjaan makanan dan bukan makanan denganmenggunakan metod fungsi Engel berdasarkan model Working-Leser yangdiperkenalkan oleh H. Working dan C.E.V Leser (Terano & Mohamed,2012). Oleh itu, model yang dianggarkan secara umumnya dalam kajian iniadalah seperti berikut:

Model 1: Faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan makanan

Mp: do I alYo * a2umuro I a3f akulti, * aalokast, (l)

di mana:MD adalah perbelanjaan makananYp adalah pendapatan pelajarwnurp adalah umur pelajarf akultio adalah pemboleh ubah dami; 0 : Sains sosial,

1: Sains tulenlokasi., adalah pemboleh ubah dami; 0 : Kolej, l: Luar kolej

Model2 : Faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan bukanmakanan

Bp: d0 * alYo * a2umur, * asf akultt, * aalokasio e)

di mana:

Mp adalah perbelanjaan bukan makananYp adalah pendapatan pelajarumurp adalah umur pelajar

adalah pemboleh ubah dami; 0 = Sains sosial,

68

Page 11: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

f akultto 1: Sains tulenlokasio adalah pemboleh ubah dami; 0: Kolej, 1: Luar kolej

sekunder pula melibatkan pengadaptasian kaedah pengumpulan datai penganalisisan kandungan dokumen berkaitan yang diperoleh

sumber-sumber rujukan seperti buku, artikel jurnal, kertas, tesis dan carian di internet sama ada dalam Bahasa Melayu,

Inggeris dan Bahasa Arab.

KAJIAN

I 1 menunjukkan profil demografi responden dalam kajian ini di manaresponden ialah pelajar UKM. Jumlah pelajar lelaki dan perempuan

sama iaitu sebanyak 80 orang lelaki dan 80 orang perempuan. Majoritijar berstatus bujang iaitu sebanyak 93.8 peratus. Hampir keseluruhanjar berumur dalam lingkungan 20-30 tahun iaitu sebanyak96.9 peratus.selidik telah diedarkan kepada lapan fakulti dengan jumlah pelajar yangiaitu sebanyak 20 orang bagi setiap fakulti. Majoritinya, tinggal di

j iaitu sebanyak 83.1 peratus. Berdasarkan bancian sumber pendapatanmajoriti responden membuat pinjaman pendidikan iaitu sebanyak46.3

dengan 49.4 peratus pelajar mempunyai jumlah pendapatan kurangRMl,000 sebulan.

Jadual Demografi Responden

Frekuensi Peratus (%o)

a

a

Lelaki

Perempuan

Bujang

Berkahwin

20-30

3l-40

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)

Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

80

80

150

l 0

1 5 5

5

20

20

50

50

93.8

6.3

96.9

3 . 1

12.5

12.5

a

a

Umur:a

a

a

a

69

Page 12: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Profil Responden

. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

. Fakulti Pengajianlslam (FPI)

. Fakulti Kejuruteraan danAlam Bina (FKAB)

. Fakulti Teknologi dan SainsMaklumat (FTSM)

. Fakulti Pendidikan (FPEND)

. Fakulti Undang-Undang (FUU)

Tempat tinggal:

. Kolej

r Rumah sewa

r Rumah sendiri

Sumber pendapatan:

r Biasiswa

. Pinjaman

r Ibu bapa

. Gaji

c Zakat

Jumlah pendapatan (RM):

. <1,000

. 1,001-2,000

o 2,001-3,000

r 3,001-4,000

r 4,001-5,000

' >5,001

Jadual 2: Prrata Perbelanjaan Pelajar

Frekuensi Peratus

20

20

20

20

20

20

I J J

t 7

1 0

50

74

t 7

t 4

5

79

34

2 1

l 0

J

l 3

t2I

3 l

46,3

10.6

8.8

J . l

49.4

21.3

13.1

6.3

1 .9

8.1

Kategori Mahasiswa UKM

Purata (RM) Peratus

Makanan

Keperluan harian bukan makanan

Kesihatan

Pakaian

Perbelanjaan IPT

Pengangkutan

Perlindungan

Jumlah

274.90

4r.90

25.23

66.32

242.50

11.24

252.79

974.88

28.20

4.30

2.59

6.80

24.87

7.31

2s.93

100.0

Page 13: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

2 menunjukkan purata perbelanjaan responden yang dibahagikanbeberapa kategori iaitu makanbn, keperluan harian bukan makanan,

pakaian, perbelanjaan IPI pengangkutan dan perlindunganmerupakan keperluan asasi seseorang. Purata perbelanjaan ini boleh

sebagai rujukan untuk menentukan haddul kifayah yang sesuaipelajar kerana meliputi semua perbelanjaan yang merupakan keperluanhad kifayah. Hasil kajian menunjukkan purata perbelanjaan sebulan

i responden iaitu pelajar IPT ialah sebanyak RM974.88 sebulan di manapuratanya, pelajar membelanjakan wang sebanyak RNI27 4.90 sebulanperbelanjaan makanan. Perbelanjaan purata kedua tertinggi ialah

perlindungan dengan RNI252.79 dan diikuti perbelanjaan IPTRN1242.50. Seterusnya diikuti pengangkutan, pakaian, keperluan

bukan makanan dan perbelanjaan paling rendah diperuntukkan untuk

3 pula menunjukkan purata perbelanjaan pelajar yang dikelaskankategori makanan dan bukan makanan (keperluan harian bukan

, kesihatan, pakaian, perbelanj aan IPI pengangkutan, perlindungan)dipecahkan mengikut aliran pengajian sains sosial (FEP, FSSK, FPI,FPEND) dan sains tulen (FSl FTSM, FKAB). Pengelasan ini dibuatmengetahui adakah perlu institusi zakat membezakan haddul kifayah

jumlah bantuan pendidikan mengikut aliran pengajian.

Jadual 3: Purata Perbelanjaan Pelajar Mengikut Kategori Makanan danBukan Makanan serta Aliran Sains Sosial dan Sains Tulen

Kategori Sains Sosiat (N:100) Sains Tuten (N:60) t-value

Purata(RM) SD Purata(RM) SD

Makanan

266.07 1 4 1 . 5 8 289.63 r29.33 -1 .05

Bukan makanan

harianbukan makanan

Kesihatan

Pakaian

Perbelanjaan IPT

92.44

27.57

69.04

273.27

34.28

44.46

40.57

1t2.03

85.99

21.3s63.36

288.58

68.74

3 1 . 3 5

+ 3 . t t

7 5 . 1 5

0.41

0.95

0.46-0.55

Page 14: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Kategori Sains Sosial (N:100) Sains Tulen (N:60)

Purata(RM) SD Purata(RM) SD

Perlindungan

JUMLAH

260.00 324.82

1064.56 184.55

240.78 180.60

1055.55 616.62

Purata perbelanjaan pelajar menunjukkan pelajar aliran sains sosialbanyak berbelanja dalam sebulan berbanding pelajar sains tulen diperbezaan perbelanjaan hanya sebanyak RM9.0l. Kesemua keperluantidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua-keduapengajian sains sosial dan sains tulen.

Jadual 4 menunjukkan pengujian faktor demografi yang memperbelanjaan makanan antara dua kategori fakulti iaitu sains sosialsains tulen. Antara faktor demografi yang diuji ialah pendapatan,kategori fakulti dan lokasi kediaman. Hasil kajian menunjukkanfaktor demografi tidak signifikan dengan perbelanjaan makanan pelajar.membuktikan perbelanjaan pelajar ke atas makanan tidak dipengaruhifaktor-faktor demografi tersebut.

Jadual 4: Anggaran Faktor Perbelanjaan Makanan antara Pelajar SainsSosial dan Sains Tulen

Pembolehubah Working-Leser

Regresi Koefisien

Konstan

Pendapatan

Umur

Kategori fakulti

(Sains Sosial:O, Sains Tulen:1)

Lokasi kediaman

(Kolej:O, Luar kolej:1)

Durbin Watson

R2

Nilai F

-0.1

1.11

1.071

Nitai

1 1 8 . 9 1 0-1.094

77.978

24.204

-54.1 08

2.109

0.027

1.086Nota: * signifikan pada aras keertian 5%

72

Page 15: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Jadual 5: Anggaran Faktor Perbelanjaan Bukan Makananantara Pelajar Sains Sosial dan Sains Tulen

Pembolehubah Working-Leser

Regresi Koefisien

fakulti

- t552.387

46.635

1 1 3 9 . 5 1 1-r3.327

356.080

1.77 |

0.423

28.445

Sosial:O, Sains Tulen:l)

kediaman

Nilai t-4.177

2.357*

6 .1 14*-0.221

4.208*Luar kolej:l)

Watson

* signifikan pada aras keertian 5olo

5 pula menunjukkan pengujian faktor demografi yang mempengaruhi

iaan pelajar aliran sains sosial dan sains tulen ke atas perbelanjaanmakanan. Perbelanjaan bukan makanan ini merangkumi keseluruhan

perbelanjaan pelajar ke atas keperluan harian bukan makananpakaian, pendidikan (keperluan IPT), pengangkutan dan. Hasil kajian menunjukkan faktor pendapatan, umur dan

kediaman signifikan dengan perbelanjaan bukan makanan. Maka,segi faktor pendapatan, semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi

iaan pelajar ke atas bukan makanan. Berdasarkan faktor umursemakin meningkat umur, semakin banyak wang dibelanjakan oleh

arke atas bukan makanan dan berdasarkan pemboleh ubah dami, lokasiia menunjukkan pelajar yang tinggal di luar kolej lebih banyakke atas bukan makanan.

NCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

I kajian menunjukkan pelajar membelanjakan secara puratanyaRM974.88 di mana perbelanjaan paling tinggi diperuntukkan

perbelanjaan makanan dengan 28.20 perutas. Kajian ini disokongkajian Rahman et al. (2008) yang menunjukkan perbelanjaan pelajar

Pulau Pinang ke atas keperluan makanan paling tinggi berbandinguan lain. Tambahan lagi, secara fitrahnya, makanan merupakan

73

Page 16: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

salah satu daruriat dan keperluan paling asas untuk meneruskan hidup,Purata perbelanjaan kedua tertinggi ialah perbelanjaan IPT. Ini disebabkanoleh secara umurlnya, majoriti pelajar akan memperuntukkan terlebihdahulu pendapatan yang ada untuk melunaskan hutang pengajian sebelumberbelanja untuk keperluan lain selain makanan kerana sekiranya hutangpengajian tidak dibayar, boleh menyebabkan pelajar menerima tindakandaripada pihak universiti. Perbelanjaan bagi keperluan kesihatan pula palingrendah dengan purata, hanya RM25.23 sebulan. Ini kerana pelajar bolehmendapatkan rawatan ke sihatan daripada Pusat Kesih atan y ang di sediakanoleh pihak universiti secara percuma.

Berdasarkan Jadual 3 pula, semua keperluan asas tidak menunjukkanperbezaan yang signifikan antara pelajar aliran sains sosial dan sains tulen.Ini membuktikan pihak institusi zakat tidak perlu membezakan haddulkifayah atau jumlah bantuan pendidikan kepada pelajar aliran sains sosialataupun sains tulen.

Pengujian faktor demografi ke atas perbelanjaan makanan bagi pelajarmenunjukkan kesemua faktor demografi iaitu pendapatan, umur, lokasikediaman dan kategori fakulti tidak signifikan yang membuktikanperbelanjaan pelajar ke atas makanan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktordemografi tersebut. Maka, penentuan haddul kifayah ke atas perbelanjaanmakanan tidak perlu mengambil kira faktor-faktor demografi sepertipendapatan, umur, kategori fakulti dan lokasi kediaman. Sebaliknya,pengujian faktor demografi ke atas perbelanjaan bukan makananmenunjukkan faktor pendapatan, umur dan lokasi kediaman adalahsignifikan. Natijahnya, melaluipengujian faktor demografi ini, pihak institusizakat perlu mengambil kira faktor seperti umur dan lokasi kediaman dalammenentukan haddul kifayah bagi keperluan perbelanjaan bukan makanan.Ini kerana, faktor tersebut mempengaruhi perbelanjaan pelajar ke atasbukan makanan dan boleh dijadikan antara faktor penentu yang sesuai bagimemastikan haddul kifayah yang terbaik dapat dibina.

Haddul kifayah yang digunakan oleh pihak LZS bagi menentukan gariskecukupan seseorang dalam penentuan asnaf melalui kategori anak asnafyang belajar di IPT ialah seperti di Jadual 6.

/ 4

Page 17: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Kifayah Bagi Kategori Anak Asnaf Belajar di IPT

Keperluan asas Kadar(RM)

belajar IPT 145.00

35.00

10.00

4s.00

235.00: Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Jadual 6, haddul kifayah bagi golongan anak asnaf yangar di IPT hanya sebanyak RM235.00. Kadar ini dilihat tidak begitu

densan senario ekonomi sekarans atau lebih khususnvasektor pendidikan di mana kos pengajian yang terpaksa ditampung

pelajar di peringkat tertiari ini semakin meningkat. Keperluan asashanya mengambil kira keperluan makanan, pakaian, perubatan dan

n. Oleh itu, beberapa cadangan diusulkan kepada pihak institusiberdasarkan kepada hasil kajian yang diperoleh. Jadual 7 di bawahjukkan rangka cadangan kepada institusi zakat:

Jadtal 7: Institusi ZakatKeperluan asas

a) Makanan

(20-30 tahun) b) Bukan makanan

o Pakaian

o Perubatan

Pendidikan ;-

KolejPerlindungan -l_

Luar Kolejo Pengangkutan

o Keperluan harian bukan makanan

a) Makanan

b) Bukan makanan

o Pakaian

o Perubatan

Pendidikan l Kolej

Perlindungan -1_ Luar Kolei

o Pengangkutano Keperluan harian bukan makanan

Makanan

Pakaian

Perubatan

Pendidikan

IPT

(31tahunatas)

75

Page 18: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Dapat disimpulkan melalui Jadual 7, keperluan asas perlindungan, keperluanharian bukan makanan, dan pengangkutan perlu ditambah dalam penentuanhaddul kifayah tersebut. Ini kerana, temyata melalui hasil kajian yangmembuktikan bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan bantuan untukmemenuhi keperluan makanan tetapi juga keperluan bukan makanan yangmemakan lebih banyak kos. Bukan itu sahaja, perbelanjaan pelajar ke atasbukan makanan turut dipengaruhi oleh faktor demografi umur dan lokasikediaman. Semakin meningkat umur, semakin banyak perbelanjaan terhadapbukan makanan manakala pelajar yang tinggal di luar kolej lebih banyakberbelanja ke atas bukan makanan. Sehubungan dengan itu, kesignifikananfaktor tersebut dalam mempengaruhi perbelanjaan bukan makanan perludiambil kira dalam menentukan haddul kifayah bagi keperluan bukanmakanan. Cadangan ini bertujuan agar haddul kifayah bagi pelajar IPT lebihrelevan dan sesuai berdasarkan kepada keperluan semasa pelajar IPT yangsemakin bertambah.

KESIMPULAII

Haddul kifayah khusus kepada pelajar perlu dinilai semula oleh pihakinstitusi zakat stpaya sistem agihan zakat yangleblh 'adt wal ihsan dapatdilaksanakan. Haddul kifayah yang mempengaruhi kelayakan seseorangmenerima bantuan zakat memainkan peranan penting bagi membantulebih ramai golongan pelajar yang tidak mampu menampung perbelanjaanuntuk keperluan menuntut ilmu. Ini kerana semakin tinggi haddul kifayah,semakin ramai yang layak menerima bantuan zakat. Melalui hasil kajianyang mendapati purata perbelanjaan pelajar sebanyak RM974.88 sebulan,diharapkan dapat membantu pihak institusi zakat menetapkan haddul kifayahyang relevan bagi kategori pelajar IPT. Selain itu, tiada perbezaan signifikanyang ditunjukkan oleh corak perbelanjaan pelajar aliran sains sosial dansains tulen di mana pihak institusi zakat tidak perlu membezakan kadarhad kifayah berdasarkan aliran pengajian. Hasil kajian juga menunjukkanfaktor-faltor demografi yang diuji iaitu pendapatan, umur, kategorifakulti dan lokasi kediaman tidak mempengaruhi perbelanjaan pelajar keatas makanan manakala faktor umur dan lokasi kediaman mempengaruhiperbelanjaan pelajar ke atas bukan makanan. Oleh itu, pihak institusi zakatperlu mengambil kira faktor tersebut bagi menentukan haddul kifayah bagikeperluan asas perbelanjaan bukan makanan. Kajian lanjut berkenaan corakperbelanjaan pelajar perlu dilaksanakan di IPT lain supaya haddul kifayahdapat ditentukan dengan mengambil kiraperbezaan sebenar antarakos sarahidup antara universiti yang berada di bandar dan luar bandar.

76

Page 19: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

KAN

A. F. M., & Aziz, M. R. A. "Zakat Poverty Line Index and Gender Poverty inMalaysia: Some Issues and Practices." International Journal of Business andSocial Science 5 (10) (2014):286-293.

Ali, A. F. M., Ibrahim, M. F., Aziz, M. R. A., & Johari, F. "Konsep dan Isu HadKifayah, Kemiskinan Bandar dan Jantina dalam Pengaglhan ZakaL" Labuane-Journal of Muamalat and Society, 8 (2014): 14-26.

Berger, M. C., & Kostal, T. "Financial Resources, Regulation, and Enrollment inUS Public Higher Education." Economics of Education Review 2l (2) (2002):101 - l 10 .

Davies, E., &Lea, S. E.. "StudentAttitudes to Student Debt." Journal of EconomicPsychologt l6 (4) (1995):663-679.

Hassan, D. D. Z.b. A "Isu dan Strategi Ke Arah Pembangunan Modal Insan SektorPengajian Tinggi Bertaraf Dunia." Jurnal Pengurusan Awam 23 (2007):23-44.

Hassan, M. K., & Khan, J.M."Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategyin Bangladesh." Journal of Economic Cooperation 28 (4) (2007): 1-38.

Ibrahim, P. Economic Role of Zakat in Reducing Income Inequality and Poverty inSelangor. Universiti Putra Malaysia. 2006.

Ibrahim, P. "Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal."Jurnal Syariah 16 (2) (2008): 223-244.

Ismail, N., & Zainal, N. S. "Analisis Penggunaan Wang Perbadanan TabungPendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Kalangan Pelajar Universiti TeknologiMARA(UirM)." 2004.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Manual Pengurusan Zakat. Putrajaya: JabatanPerdana Menteri, 2007.Jamll, N., & Che Mat, S. H., "Realiti Kemiskinan: SatuKajian Teoritlkal;' Jurnal Ekonomi Malaysia 48 (l) (201\: 161-117.

Jaxiah, M., Husniyah, A., Laily, P., & Britt, S. "Financial Behavior and ProblemsAmong University Students: Need for Financial Education." Journal ofPersonal Finance 3 (l) (200\:82-96.

Lateff, E. E. A., Patil, M. R., & Hassan, M. S. "Prestasi Kecekapan AgihanKewangan dan Bukan Kewangan di Kalangan Institusi Zakat di Malaysia."Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2) (2014): 51-60.

Latiff, A. Z. A., & Sayin, B. Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi:Pengalaman dan Hala Tuju, ACIS Universiti Teknologi MARA, 2014.

Lembaga Zakat Selangor. Asas Pertimbangan Had Kifayah. h@://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/had-kifayah/ (Diakses pada Oktober 2014).

Lembaga Zakat Selangor. Kadar Had Kifayah. http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/had-kifayah./kadar-had-kifayah/ (Diakses pada Oktober 2014).

Mansor, S., Hasan, A., Irfan, A., Hisham, I., Noradilah, M. N., & Saharudin, R."Had Al-Kifayah di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai KeperluanKaedah Penentuan Garis Miskin dan Kaya Berasaskan Sunnah di Malaysl4."

77

Page 20: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Kertas Ke{a Persidangan Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyah:Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.

Mohamad, S., Ab Rahman, A., Ismail, S., & Hayaati, S. "KesejahteraanDan Agihan Semula Kekayaan Menurut Perspektif Islam." KertasPersidangan Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat:Islam Sultan SharifAli Brunei Darussalam. 2010.

Mustaffa, N., & Muda, M. Z. "Pengurusan Wakaf Pendidikan di Institusi PengajTinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur." UMRAN-Interna.tional JournalIslamic and Civilizational Studies 1(l) (201a): 45-57.

Othman, A., & Noor, A. H. M. "Role of Zakat in Minimizing EconomicAmong Muslim: A Preliminary Study on Non Recipients of Zakat(NRZF)." Kertas Kerja Persidangan 3rd International Conference onand Economic Research (ICBER 2012) Bandung, Indonesia, 2012.

Al-Qaradawi,Y., Fiqh Al Zakat.Translated MD Kahf, 2009.Rahman, A. A., & Anwar, S. M. "Dana Zakat dalam Pendidikan Asnaf

Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia."Kertas KerjaProsiding PERKEM, 20 14.

Rahman, N. H. A., Darus, F. M., Japeri, A.Z. U.-S. M., Asmah Yunos, M. S.,Noor, R. M. "Impak Ekonomi Perbelanjaan Pelajar Universiti TrMARAPulau Pinang di Kawasan SeberangPerai Tengah, Pulau Pinang."

Tahir, H. M. "Konsep Agihan Zakat dan Aplikasi Semasa." Jurnal P,Jawhar 3 (l) (2009): 31-54.

Tarimin, M. Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Utusan Publications andDistributors Sdn Bhd, 2005.

Terano, R., & Mohamed, Z. "Expenditure Analysis of the Farm HouseholdEconomy in Malay Paddy Growing Villages." Kertas Kerja Persidangan 3rdInternational Conference on Business and Economic Research Proceeding:Bandung, Indonesia, 2012.

Unit Perancang Ekonomi. "Insiden Kemiskinan Tegar Mengikut Etnik, Strata danNegeri, Malaysia, 1984-2012." 2012.

Wahid, H., Ahmad, S., & Noor, M. A. M. "Kesan Bantuan Zakatterhadap KualitiHidup Asnaf Fakir dan Miskin." Kertas Kerja Persidangan ProceedingsNational Seminar in Islamic Banking and Finance (iBAF): Kolej UniversitiIslam Malays ia, March, 2004.

Zakaria, M. "The Influence of Human Needs in the Perspective of Maqasid al-Syari'ah on Zakat Distribution Effectiveness.'o Asian Sociql Science l0(3)(2014): 165.

78

Page 21: Penentuan Hadul KIfayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

ilil111illilru[ilililil