cadangan melokalisasikan agihan zakat di institusi pengajian tinggi

20

Upload: ngonhan

Post on 03-Feb-2017

256 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi
Page 2: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI

KEWANGAN DI MALAYSIA

‘Memartabatkan Emas Dalam Sistem Kewangan Islam’

22 Mac 2016

Hotel Puri Pujangga,

UKM Bangi, Selangor

Darul Ehsan

Penyunting Salmy Edawati Yaacob

Ahmad Dahlan Salleh

Lukman Samsudin

Anjuran

Kumpulan Penyelidikan FRGS Pembinaan Model Penggunaan Emas

Sebagai Alat Lindung Nilai Dalam Institusi Kewangan Islam

(FRGS/1/2013/SS07/UKM/02/3),

Kumpulan Penyelidikan FRGS Pembentukan Parameter Lindung Nilai

Islam (Islamic Hedging) Sebagai Standard Dalam Kontrak Derivatif

(FRGS/1/2014/SS07/UKM/03/1),

Kumpulan Penyelidikan GGPM Sistem Bretton Woods

(GGPM-2013-004)

&

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 3: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

Diterbitkan oleh:

JABATAN SYARIAH

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: +603 8921 5500 Faks: +603 8921 3153

HAKCIPTA:

© Jabatan Syariah, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2016

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitan semula, disimpan untuk pengeluaran

atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

dari Penerbit terlebih dahulu.

No part of this publication may be produced or transmitted in any form or by means,

electronic, including photocopy, recording or any and any information storage and

retrieval system, without prior permission in writing from the publisher.

ISBN: 978-967-0913-21-6

DISCLAIMER

The views, opinions and technical recommendations expressed by the contributors and

authors in these proceedings are not necessarily those of the editors, the department,

the faculty nor the university.

While every attempt has been made to ensure consistency of the format and the layout of

the proceedings, the editors and the organizing committees are not responsible for the

content of the papers and the views in these proceedings.

Page 4: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

KANDUNGAN

Lindung Nilai Dalam Kewangan Islam: Analisa Terhadap Keputusan Shariah Semasa

Dr Shamsiah Mohamad & Dr Noor Suhaida Kasri

Gold Investment Account In Malaysia

A.M. Hafizi, Syed Musa Syed Jaafar Alhabshi, Hawati Janor, N.A.M. Naseem & Mohd Faizal

Kamarudin

Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) Di

Malaysia

Najahudin Lateh & Salmy Edawati Yaacob

Gold Dinar Awareness In Malaysia: An Empirical Study

Ruzanifah Kosnin & Mohamad Safri Ya

Investment In Gold Dinar From Islamic Economic Perspectives

Nurshuhaida Abdul Razak, Aisyah Abdul-Rahman & Salmy Edawati Yaacob

Kajian Pemakaian Kaedah“Lock Price” Dalam Helah Urusniaga Bertangguh Emas Fizikal

Muhamad Zuhaili Saiman & Ahmad Dahlan Salleh

Spekulasi Dalam Pelaburan Emas: Satu Analisis Hukum

Abdulhakim Fakhruddeen Muhamad Ridzuan & Nor Fahimah Mohd Razif

Harga Emas Sebagai Penanda Aras Kadar Keuntungan Dalam Perbankan Islam

Zaidi Isa & Nur Amalina Shafie

Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Politeknik

Kota Kinabalu, Sabah

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

Daya Saing Industri Makanan Halal Di Asean

Abdul Wafiy Azizol

Faktor Penerimaan Melokalisasi Tadbir Urus Pengagihan Zakat Pelajar Tajaan Lembaga

Zakat Selangor Di Institusi Pengajian Tinggi

Mohd Faiz Ahmad @ Abdullah, Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Muhammad Rizal Jalil

Emas Sebagai Penanda Aras Nisab Zakat Di Malaysia: Satu Analisa

Azhan Rashid Senawi & Muhammad Pisol Mat Isa

Keberkesanan Agihan Zakat Perubatan Oleh Institusi Zakat: Kajian Lembaga Zakat Selangor

(LZS) Dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Muhammad Hafiz Hassan, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad

Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss Sharing) Keatas Konsep Tabungan Di

Perbankan Malaysia - Indonesia

Ahmad Furqan

Page 5: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

1

Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman1

Hairunnizam Wahid2

Mohd Ali Mohd Nor3

Abstrak

Isu keberkesanan pengagihan zakat masih menjadi agenda utama perbincangan

dalam kalangan institusi zakat mahupun pembayar zakat. Antara cadangan yang

dikemukakan adalah melalui kaedah desentralisasi kuasa pengagihan dan

pentadbiran zakat di lokaliti tertentu. Ini berdasarkan beberapa hujah keberkesanan

kaedah ini seperti meningkatkan tahap kecekapan dan keefisienan agihan zakat serta

meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap amil zakat yang akhirnya

memungkinkan peningkatan jumlah kutipan zakat di negeri berkenaan setiap tahun.

Senario semasa di Sabah menunjukkan Pusat Zakat Sabah (PZS) telah merencanakan

kaedah ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah di mana satu

perlapan daripada pungutan zakatnya akan diserahkan semula kepada UiTM Sabah

untuk diagihkan sendiri oleh pentadbir zakat kepada pelajarnya yang diketegorikan

sebagai asnaf. Kaedah ini dikenali sebagai melokalisasi urus tadbir zakat. Kajian

menunjukkan kaedah ini telah berjaya meningkatkan tahap kecekapan dan

keberkesanan agihan zakat di UiTM tersebut. Namun begitu, kajian ini mendapati

kaedah ini masih belum dilaksanakan di institusi pengajian Politeknik yang juga

dianggap sebagai institusi pengajian tinggi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji

tahap penerimaan dan persepsi warga Politeknik Kota Kinabalu terhadap cadangan

melaksanakan konsep lokalisasi agihan zakat di Politeknik tersebut. Sampel kajian ini

adalah warga tenaga kerja termasuk pembayar zakat yang terdiri daripada

kakitangan akademik dan sokongan di Politeknik Kota Kinabalu. Kajian ini

menggunakan instrumen soal selidik dan menganalisis data menggunakan kaedah

deskriptif dan nilai min skor. Hasil kajian mendapati majoriti responden di Politeknik

tersebut menyambut baik dan bersetuju cadangan perlaksanaan kaedah tersebut di

mana kuasa agihan zakat dinyahkan kepada pentadbir zakat yang dilantik oleh pihak

bendahari di Politeknik tersebut. Hasil kajian juga mendapati majoriti responden

tetap memilih institusi masjid sebagai institusi mentadbir urus zakat yang hampir

dengan warga Politeknik dan memudahkan proses pengagihan zakat. Beberapa

implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini

1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected] 2 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected] 3 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]

Page 6: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

2

Kata kunci: Lokalisasi, urus tadbir zakat, masjid, Politeknik Sabah

1.0 Pengenalan

Perintah untuk mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang ketiga daripada lima rukun Islam.

Perintah mengeluarkan zakat adalah datang daripada Allah SWT, sepertimana firman Allah SWT

yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah

kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56). Pada zaman pemerintahan

Khalifah Abu Bakar R.A, baginda akan memerangi orang-orang yang enggan memgeluarkan zakat

kerana harta yang dikurniakan kepada orang-orang yang kaya juga terdapat hak orang

miskin. Berkaitan dengan agihan zakat pula, ianya telah dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat

60:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir,

orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang

dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan dirinya,

dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan

orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan (ketetapan hukum yang

demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan

(ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [QS al-Taubah (9) : 60]

Pengurusan zakat perlulah diuruskan secara cekap supaya dapat menjaga kebajikan sosial dan

memberi manfaat kepada gorongan miskin (Nor Aini, 2006). Salah satu golongan asnaf yang layak

menerima bantuan zakat dan perlu diberi perhatian adalah asnaf dalam kalangan pelajar institut

pengajian tinggi (IPT) agar mereka tidak keciciran dalam pendidikan. Menurut Roslan (2001),

keperluan pendidikan adalah mustahak untuk meluaskan potensi pelajar hingga peringkat tinggi

dan optimum bagi menjadikan mereka insan yang berjasa dan memberi sumbangan terhadap

masyarakat dan negara. Melalui pendidikan, kesempitan taraf sosial dan ekonomi akan berubah

menjadi lebih baik dari sebelumnya (Gibbiseon & Murthy, 2003). Untuk memudahkan urusan

agihan zakat di institusi pengajian tinggi, terdapat inisiatif daripada pusat zakat negeri untuk

melaksanakan konsep lokalisasi pengurusan zakat. Sebagai contoh Lembaga Zakat Selangor

(LZS) telah menurunkan kuasanya kepada Penolong Amil yang dilantik di institut pengajian tinggi

awam (IPTA) terpilih untuk menguruskan 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat

di institusi tersebut.

Justeru konsep lokalisasi dikatakan agak sesuai dipraktikkan bertujuan untuk memudahkan

pengagihan zakat kepada asnaf dalam sesuatu lokaliti tertentu. Kajian yang dilakukan oleh

Hairunnizam (2012) di Semenanjung Malaysia mendapati bahawa majoriti amil tempatan

bersetuju terhadap konsep lokalisasi dalam perlaksanaan zakat. Hairunnizam (2012) juga

mencadangkan supaya kajian mengenai lokalisasi zakat diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Menurut Ahmad Hidayat (2014), penghayatan masyarakat di Sabah terhadap zakat harta masih

Page 7: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

3

kurang. Di Sabah, Pusat Zakat Sabah PZS-MUIS telah mengadakan MoU antara UiTM Sabah di

mana UiTM ini dibenarkan menguruskan satu per lapan daripada jumlah kutipan zakatnya. Seperti

di UiTM Sabah, Politeknik Sabah juga seharusnya diberi peluang untuk menguruskan zakatnya

sendiri. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi dan kesediaan Staf Politeknik Kota

Kinabalu Sabah terhadap cadangan lokalisasi pengurusan zakat di institusi tersebut. Adakah staf

Politeknik Sabah bersetuju dengan lokalisasi?

Menurut Hairunnizam (2012) majoriti amil dan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

memilih masjid sebagai pusat untuk melaksanakan lokalisasi. Kajian ini disokong oleh Najihah

Ismail (2015) mendapati dua faktor pemilihan masjid di Bandar Baru Bangi sebagai pusat urus

tadbir zakat ialah kerana masjid merupakan tempat aktiviti umat Islam dan mudah akses.

Walaupun begitu, keadaan pengimarahan masjid di Sabah tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

Kajian oleh Saini (2011) di Masjid Kampung Tebobon Sabah mendapati penyertaan golongan

muda terhadap aktiviti anjuran masjid masih lemah. Begitu juga tinjauan ke atas kehadiran pelajar

dan staf ke Masjid Politeknik Sabah dilihat masih lemah walaupun pelbagai aktiviti dilaksanakan.

Dalam situasi sebegini, adakah masjid Politeknik Sabah juga akan dipilih sebagai pusat

perlaksanaan lokalisasi zakat?

2.0 Kajian Lepas

Institusi pengajian tinggi kini mengorak langkah untuk melaksanakan konsep lokalisasi dengan

pembukaan kaunter zakat dibeberapa IPT tempatan. Sehingga 2016, pihak Lembaga Zakat

Selangor telah menjalankan kerjasama dengan 11 Institut Pengajian Tinggi, antaranya ialah

Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Infrastructure

University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti

Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Tenaga

Nasional (Uniten), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tun Abdul Razak (Unitar),

Universiti Selangor (Unisel) dan Management and Science University (MSU). Di Sabah pula,

Pusat Zakat Sabah (PZS) menjalinkan kerjasama dengan UiTM Sabah.

Kajian Muhamad Rahimi (2014) mendapati dengan penubuhan wakil zakat di institusi pengajian

tinggi dapat membantu ummah dalam kecemerlangan ilmu. Ini disokong oleh Muhammad Shukri

(2014) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu instrumen penting untuk mengubah

masyarakat. Antara punca keciciran pelajar dalam pendidikan ialah status sosio ekonomi termasuk

taraf pekerjaan ibu bapa. (Azman Ab Rahman, 2014). Kajian oleh Katty Hsiao Jia Wong et al.

(2011) mendapati sebaliknya iaitu pencapaian dalam pendidikan mempengaruhi tahap kemiskinan

di kalangan belia.

Penemuan oleh kajian Muhammad Rizal (2015) mendapati terdapat sebilangan asnaf di IPT

bekerja sambilan pada masa lapang untuk menampung perbelanjaan. Hakikatnya amaun yang

diterima oleh asnaf agak kecil (Muhammad Syukri, 2006). Justeru, Muhamad Rahimi (2014)

Page 8: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

4

dalam kajiannya mencadangkan supaya jumlah bantuan yang disalurkan kepada asnaf berpadanan

dengan kos pendidikan para asnaf agar mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada

pelajaran.

Muhammad Rizal (2015) dalam kajiannya mencadangkan satu model agihan zakat di IPT (Rajah

1) berteraskan konsep “one stop center”. Ianya berfungsi sebagai “meeting point”, pusat

maklumat, pusat perkhidmatan pelajar dan pusat rekreasi. Walaubagaimanapun, kajian tersebut

menyatakan dana 43.75 peratus sedia ada tidak mencukupi.

Rajah 1: Model cadangan Agihan Zakat Unit Zakat di IPT

Sumber: Mohd Rizal (2015)

Peranan Unit zakat di IPT perlu dikembangkan bukan sahaja menguruskan agihan dan kutipan,

tetapi pelajar asnaf perlu dipantau agar perkembangan pendidikan mereka terjaga. Menurut

Muhammad Syukri (2000) institusi zakat perlu menjalinkan ikatan rapat dengan penerima bantuan.

Justeru, Muhammad Rizal (2015) juga mencadangkan satu model seperti Rajah 2 di mana Unit

Zakat IPT bergerak secara bersama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk memastikan

kecemerlangan asnaf dalam pendidikan.

Page 9: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

5

Rajah 2: Model cadangan perlaksanaan agihan zakat di IPT secara bersama LZS

Sumber: Mohd Rizal (2015)

Kecemerlangan akademik juga ada hubungkait dengan amalan agama. Antara faktor penting yang

mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosio ekonomi, tahap

pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya

pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian juga turut dilihat

sebagai faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Islam (Salasiah Hanin,

2012).

Aktiviti keagamaan tidak dapat dipisahkan dengan masjid. Kajian oleh Shukri Ahmad (2013) di

Universiti Utara Malaysia mendapati penghayatan tentang solat masih lemah, manakala tahap

pengimarahan masjid masih rendah. Institusi masjid perlu diperkukuhkan kerana kajian

Hairunnizam (2012) mendapati amil tempatan memilih masjid sebagai pusat urus tadbir zakat

sekiranya konsep lokalisasi dilaksanakan di kawasan mereka.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas staf Muslim Politeknik Kota Kinabalu dan staf Pusat Zakat Sabah

dengan menganalisa persepsi mereka terhadap cadangan untuk mewujudkan lokalisasi di peringkat

Politeknik Kota Kinabalu. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 250 staf muslim PKK.

Seramai 93 staf telah menjawab soalan kaji selidik. Jumlah ini sudah mencukupi menurut Noraini

Idris (2013) yang menyatakan bahawa 20 peratus persampelan sudah mewakili populasi sasaran

kajian. Ukuran skala Likert 5 mata digunakan untuk mengukur angkubah-angkubah dalam kajian

ini. Data yang lengkap kemudian dianalisisa dengan menggunakan analisis deskriptif dan skor

min.

Page 10: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

6

4.0 Hasil Kajian

Analisis Demografi Responden: Responden yang paling ramai menjawab borang soal selidik

adalah staf yang berumur di antara 25 hingga 35 tahun, mempunyai ijazah, sudah berkahwin,

berkhidmat melebihi 5 tahun dan berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan. Golongan pensyarah

merupakan paling ramai menjawab borang soal selidik. Hanya 12.9 peratus responden datangnya

daripada aliran agama. Kajian mendapati bahawa seramai 60 orang telah membuat potongan gaji

untuk zakat pendapatan. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk meningkatkan lagi kutipan

zakat di PZS.

Jadual 1: Latar Belakang Responden Staf Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Item Kekerapan Peratusan

1. Umur:

25 – 35 tahun 50 53.8

36 – 45 tahun 37 39.8

46 – 55 tahun 5 5.4

56 – 60 tahun 1 1.1

2. Taraf Perkahwinan:

Bujang 20 21.5

Berkahwin 72 77.4

Duda/Janda 1 1.1

3. Tahap Pendidikan Tertinggi:

Sekolah Menengah 4 4.3

Diploma 8 8.6

Ijazah 51 54.8

Sarjana 28 30.1

Phd 2 2.2

4. Jawatan di Politeknik:

Bahagian Pengurusan 10 10.8

Pensyarah 71 76.3

Staf Sokongan 12 12.9

5. Aliran Pendidikan:

Agama 12 12.9

Sekular 81 87.1

6. Membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan:

Ya 60 64.5

Tidak 33 35.5

Persepsi Staf Politeknik Kota Kinabalu Terhadap Cadangan Melaksanakan Konsep

Lokalisasi: Pembolehubah berbentuk konstruk dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga iaitu

sosial, ekonomi dan politik yang merupakan kelebihan melaksanakan konsep lokalisasi

(Hairunnizam et.al, 2012). Kajian ini menggunakan skala likert nilai 1 hingga 5 bermula kepada

Page 11: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

7

persepsi sangat tidak setuju bernilai 1 dan sangat setuju bernilai 5. Merujuk kepada Jadual 1,

terdapat 10 soalan konstruk untuk pembolehubah sosial. Item satu memperolehi min yang tertinggi

iaitu 4.12. Majoriti responden bersetuju sekiranya lokalisasi zakat diwujudkan, amil PKK yang

dilantik daripada kalangan staf PKK sendiri lebih mengenali pelajarnya berbanding amil dari PZS.

Jadual 2: Kelebihan lokalisasi dalam aspek sosial

Skala

Bil. Item 1 2 3 4 5 Min

1 Amil PKK lebih mengenali pelajar asnaf di

PKK berbanding amil negeri.

2

(2.2) -

24

(25.8)

26

(28)

41

(44.1)

4.12

[.98]

2 Amil PKK mempunyai hubungan rapat dengan

pelajar-pelajar asnaf berbanding amil negeri

1

(1.1)

3

(3.2)

24

(25.8)

31

(33.3)

34

(36.6)

4.01

[.096]

3 Amil PKK lebih dipercayai berbanding amil

negeri

2

(2.2)

8

(8.6)

40

(43)

24

(25.8)

19

(20.4)

3.54

[.102]

4 Amil PKK pastikan pelajar asnaf tidak malu dan

kekok jika memohon zakat melalui kaunter

zakat PKK

1

(1.1)

2

(2.2)

28

(30.1)

31

(33.3)

31

(33.3)

3.96

[.094]

5 Amil PKK mudah dihubungi dan akan

menjimatkan masa permohonan zakat -

1

(1.1)

29

(31.2)

29

(31.2)

34

(36.6)

4.03

[.088]

6 Amil PKK akan memantau pelajar asnaf lebih

kerap berbanding amil negeri -

1

(1.1)

30

(32.3)

27

(29)

35

(37.6)

4.03

[0.90]

7 Amil PKK lebih mengenali pelajar miskin di

PKK yang berpotensi layak menerima zakat -

2

(2.2)

23

(24.7)

31

(33.3)

37

(39.8)

4.11

[.088]

8 Amil PKK lebih memahami masalah yang

dihadapai pelajar asnaf berbanding amil negeri -

3

(3.2)

21

(22.6)

32

(34.4)

37

(39.8)

4.11

[.090]

9 Amil PKK mudah menggalakkan pelajar asnaf

turut serta dalam sebarang aktiviti -

2

(2.2)

25

(26.9)

30

(32.3)

36

(38.7)

4.08

[.089]

10 Amil PKK akan bertindak lebih cepat

menyelesaikan masalah pelajar asnaf

berbanding amil negeri

- 1

(1.1)

27

(29)

28

(30.1)

37

(39.8)

4.09

[.089]

Nota: berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4

Setuju; 5 Sangat setuju

Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.01

( ) nilai peratus daripada jumlah responden

[ ] nilai ralat piawai bagi min

Page 12: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

8

Kajian ini mendapati nilai min untuk konstruk untuk pemboleh ubah sosial secara puratanya adalah

4.01. Nilai purata ini secara keseluruhannya menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan

cadangan lokalisasi berdasarkan kelebihannya dalam aspek sosial.

Jadual 3: Kelebihan lokalisasi dalam aspek ekonomi

Skala

Bil. Item 1 2 3 4 5 Min

1 Amil PKK akan mengagihkan zakat lebih cekap

dan efisien -

2

(2.2)

35

(37.6)

28

(30.1)

28

(30.1)

3.88

[.090]

2 Amil PKK lebih mudah bekerjasama dengan

pelajar asnaf dan menggalakkan aktiviti -

1

(1.1)

24

(25.8)

33

(35.5)

35

(37.6)

4.1

[.085]

3 Kos permohonan menjadi lebih murah seperti

kos pengangkutan dan masa -

1

(1.1)

22

(23.7)

28

(30.1)

42

(45.2)

4.19

[.087]

4 Amil PKK lebih kenal potensi ekonomi yang

bersesuaian dengan minat dan bakat pelajar

asnaf

- 1

(1.1)

24

(25.8)

34

(36.6)

34

(36.6)

4.09

[.085]

5 Amil PKK akan mengagihkan zakat dengan

cepat berbanding amil negeri -

1

(1.1)

31

(33.3)

29

(31.2)

32

(34.4)

3.99

[.088]

Nota: berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4

Setuju; 5 Sangat setuju

Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.05

( ) nilai peratus daripada jumlah responden

[ ] nilai ralat piawai bagi min

Merujuk kepada Jadual 3, purata min untuk soalan konstruk pembolehubah ekonomi adalah 4.05.

Ini menunjukkan majoriti responden masih bersetuju ke atas lokalisasi berdasarkan kebaikannya

daripada aspek ekonomi. Nilai min yang tertinggi adalah daripada aspek penjimatan kos iaitu kos

pengangkutan dan masa akan menjadi murah kerana pelajar asnaf tidak lagi perlu berurusan di

pejabat PZS.

Page 13: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

9

Jadual 4: Kelebihan lokalisasi daripada aspek politik

Skala

Bil. Item 1 2 3 4 5 Min

1 Amil PKK lebih disukai jika berurusan dengan

pelajar asnaf kerana PKK adalah di kalangan

pensyarah PKK

- - 27

(29)

31

(33.3)

35

(37.6)

4.09

[.085]

2 Amil PKK akan menjalankan pengagihan zakat

dengan telus dan jujur - -

32

(34.4)

29

(31.2)

32

(34.4)

4.00

[.086]

3 Amil PKK akan mengurangkan proses birokrasi

permohonan zakat -

1

(1.1)

29

(31.2)

28

(30.1)

35

(37.6)

4.04

[.089]

3 Amil PKK tidak pilih kasih terhadap pelajar asnaf

berdasarkan kecenderungan -

1

(1.1)

35

(37.6)

28

(30.1)

29

(31.2)

3.91

[.089]

5 Amil PKK akan meningkatkan imej institusi zakat

dan menarik lebih ramai orang membayar zakat. -

4

(4.3)

26

(28)

28

(30.1)

35

(37.6)

4.01

[.095]

Nota: Berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5

Sangat setuju

Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.01

( ) nilai peratus daripada jumlah responden

[ ] nilai ralat piawai bagi min

Akhirnya, apabila dilihat dari aspek politik seperti dalam Jadual 4 majoriti responden masih lagi

bersetuju keatas cadangan lokalisasi diwujudkan. Ini dibuktikan dengan purata min yang

diperolehi adalah 4.01. Item yang menyumbangkan min tertinggi adalah item 1 iaitu 4.09 di mana

pelajar lebih suka berurusan dengan amil PKK yang dilantik kerana amil tersebut daripada

kalangan pensyarah PKK sendiri.

Jika diperhatikan min keseluruhan bagi pembolehubah sosial, ekonomi dan politik seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4, masing-masing adalah 4.01, 4.05 dan 4.01.

secara keseluruhannya keseluruhan staf Politeknik Sabah bersetuju perlaksanaan lokalisasi di

institusi tersebut. Ini adalah kerana min keseluruhan adalah melebihi 4 iaitu melebihi tahap setuju.

Sekiranya responden ditanya secara langsung tentang cadangan perlaksanaan lokalisasi, 65.6

peratus bersetuju dan selebihnya 34.4 peratus sangat bersetuju seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 4. Tiada seorang pun responden menyatakan tidak setuju tentang cadangan lokalisasi dan

ini bermaksud bahawa semua responden berkeinginan supaya konsep lokalisasi ini dilaksanakan.

Page 14: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

10

Jadual 5: Persetujuan cadangan perlaksanaan lokalisasi

_______________________________________________________

Kekerapan Peratusan

________________________________________________________

Setuju 61 65.6

Sangat setuju 32 34.4

________________________________________________________

Jumlah 93 100.0

Kajian ini juga mengambil tinjauan daripada responden sekiranya konsep lokalisasi ini

dilaksanakan di manakah lokasi paling sesuai untuk menempatkan pejabat Pusat Agihan Zakat

PKK. Didapati bahawa Pusat Islam atau Masjid telah dipilih oleh responden sebagai tempat yang

paling sesuai. Jadual 5 menunjukkan hasil tinjauan ke atas tempat yang sesuai untuk pusat urusan

zakat di Politeknik Sabah.

Jadual 6: Tempat yang sesuai untuk pusat urusan zakat di PKK

Item Kekerapan Peratusan

Pusat Islam PKK 65 69.8

Pejabat Hal Ehwal Pelajar 22 23.7

Pejabat Asrama 1 1.1

Pejabat Pentadbiran 5 5.4

Hasil yang diperolehi dalam Jadual 6 pula menunjukkan responden yang terdiri daripada staf

Politeknik memilih masjid sebagai pusat yang sesuai untuk melaksanakan konsep lokalisasi. 10

Soalan yang dirangka sebagai pembolehubah merupakan peranan dan kelebihan masjid terhadap

lokalisasi. Data dianalisa menggunakan min skor untuk melihat tahap kepuasan responden.

Jadual 7: Nilai Min Skor Cadangan Melokalisasikan Pusat Pengurusan Zakat di Masjid

Skala

Bil. Item 1 2 3 4 5 Min

1 Masjid adalah Pusat Islam atau tempat umat Islam

melakukan ibadat dan aktiviti keagamaan.

1

(1.1)

1

(1.1)

2

(2.2)

18

(19.4)

71

(76.3)

4.69

[.070]

2 Masjid adalah tempat kegiatan ilmu dan dakwah, oleh

itu ia menjadikan mudah untuk menyebarkan

maklumat berkenaan zakat.

- - 7

(7.5)

16

(17.2)

93

(75.3)

4.68

[.063]

Page 15: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

11

3 Sekiranya pengurusan zakat di masjid, ianya secara

tidak langsung akan menggalakkan masyarakat

setempat menunaikan solat secara berjemaah.

- 3

(3.2)

11

(11.8)

14

(15.1)

65

(69.9)

4.52

[.086]

4 Di masjid, pihak pengurusan zakat lebih mudah

bekerjasama dengan masyarakat setempat. -

1

(1.1)

10

(10.8)

20

(21.5)

62

(66.7)

4.54

[.076]

5 Proses pembayaran dan agihan menjadi lebih cepat

jika dijalankan di masjid kerana tidak perlu ke pusat

zakat.

- 1

(1.1)

8

(8.6)

20

(21.5)

64

(68.8)

4.58

[.072]

6 Aktiviti kutipan dan pengagihan zakat di masjid

kepada asnaf akan membantu pusat zakat dari segi

kutipan dan agihan.

- 1

(1.1)

9

(9.7)

22

(23.7)

61

(65.6)

4.54

[.074]

7 Masyarakat setempat akan dapat melihat sendiri

kemana kutipan zakat diagihkan sekiranya di lakukan

di masjid, ianya akan meningkatkan keyakinan

kepada institusi zakat.

- 2

(2.2)

10

(10.8)

21

(22.6)

60

(64.5)

4.49

[.080]

8 Imej institusi zakat akan meningkat dan akan menarik

lebih ramai masyarakat membayar zakat jika proses

pembayaran zakat dilakukan di masjid

- 3

(3.2)

9

(9.7)

21

(22.6)

60

(64.5)

4.48

[.083]

9 Di masjid, pihak pengurusan zakat lebih mudah

dihubungi untuk sebarang urusan berkaitan zakat -

3

(3.2)

13

(14)

23

(24.7)

54

(58.1)

4.38

[.088]

10 Pengurusan zakat akan lebih cekap dan efisien

sekiranya dijalankan di masjid.

1

(1.1)

4

(4.3)

16

(17.2)

21

(22.6)

51

(54.8)

4.26

[.100]

Nota: Berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5

Sangat setuju

Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.52

( ) nilai peratus daripada jumlah responden

[ ] nilai ralat piawai bagi min

Berdasarkan kepada Jadual 7 min paling rendah adalah 4.26 dan yang tertinggi adalah 4.69,

manakala untuk min keseluruhan bagi soalan konstruk masjid sebagai cadangan lokalisasi ialah

4.52. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju menerima masjid sebagai pusat lokalisasi

berdasarkan kepada peranan dan kebaikan masjid disebabkan min keseluruhan melebihi 4 iaitu

setuju. Min yang tertinggi disumbangkan oleh item 1 dan dikuti oleh item 2 yang mempunyai

kaitan yang kuat iaitu masjid merupakan sebagai pusat aktiviti keagamaan bukan sahaja untuk

melakukan solat berjemaah lima waktu tetapi juga berperanan untuk aktiviti agama yang lain

termasuk dakwah dan penyebaran risalah berkaitan zakat.

Page 16: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

12

5.0 Perbincangan dan Implikasi Dasar

Kajian ini telah membuktikan bahawa majoriti responden menyambut baik cadangan untuk

melaksanakan lokalisasi di IPT Politeknik Kota Kinabalu. Ini adalah kerana mereka dapat melihat

sendiri bagaimana wang zakat mereka diuruskan dan diagihkan di samping ianya dapat memberi

banyak manfaat kepada pelajar asnaf di institusi tersebut.

Melalui sistem penasihat akademik yang diperkenalkan di Politeknik ianya dapat mengesan lagi

asnaf dengan lebih kemas. Sebagai contoh apabila pelajar ponteng kelas atau tidak mendaftarkan

diri, penasihat akademik akan menghubungi pelajar tersebut untuk mengetahui sebab pelajar

berbuat demikian. Sekiranya kerana masalah kewangan, siasatan segera boleh dibuat dan sekiranya

benar, pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan zakat. Ini dapat mempercepatkan urusan

agihan zakat dan mengurangkan karenah birokrasi kerana pelajar tidak perlu pergi ke pusat zakat

semata-mata untuk mengambil borang kemudian kembali semula ke institusi untuk mendapatkan

pengesahan status pelajar, kemudian hantar semula ke pusat untuk menunggu panggilan temuduga

sekiranya dirasakan layak untuk menerima zakat.

Masyarakat mula menerima masjid sebagai pusat untuk pelbagai urusan hal ehwal agama. Oleh

yang demikian institusi perlu diperkasakan dengan langkah pertama dengan memakmurkan masjid

dengan solat berjemaah lima waktu. Hasil pemerhatian penyelidik mendapati bahawa kedatangan

pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu ke masjidnya masih di tahap yang rendah. Hanya

segelintir sahaja yang memakmurkan masjid. Begitu juga sebahagian masjid-masjid di Sabah,

yang hanya diimarahkan apabila ada program-program keagamaan tertentu.

Kajian oleh Ahmad Hidayat (2014) mendapati bahawa kesedaran tentang umat Islam terhadap

membayar zakat di Sabah masih lemah. Bukan sahaja berkaitan zakat malah kefahaman tentang

kepentingan kefarduan solat dan amalan agama yang lain masih lemah. Untuk mengatasi masalah

ini, peranan masjid harus dipertingkatkan dengan membentuk jemaah dakwah daripada masjid.

Kajian oleh Ahmat Hidayat (2014) mendapati masih ramai lagi masyarakat di pedalaman sabah

iaitu di Kota Belud belum menunaikan kewajipan tersebut. Lokalisasi dilihat sebagai usaha untuk

memudahkan urusan pembayaran zakat di kawasan tersebut dan juga di pedalaman yang lain.

Keberadaan wakil amil di sesuatu tempat bukan sahaja membantu kutipan dan mengenali asnaf

malah boleh menjalankan peranan untuk menyebarkan agama.

Isu kutipan yang belum diagihkan secara sempurna atau lambat diagihkan merupakan isu yang

sering ditimbulkan. Oleh kerana lokasi geografi dan jaringan kemudahan jalan raya yang tidak

baik, amat sukar bagi kakitangan PZS untuk membuat lawatan ke kawasan-kawasan terpencil bagi

menjejaki asnaf. Dengan mengaplikasi konsep lokalisasi, wakil amil yang dilantik boleh

memudahkan pencarian asnaf. Walaubagaimanapun kajian ini mencadangkan beberapa langkah

di mana institusi pengajian tinggi boleh membantu pusat zakat dalam mencari asnaf. (1) Butiran

pelajar terutama di bahagian kewangan dan maklumat keluarga perlu dilengkapkan oleh setiap

pelajar baru. (2) Senarai pelajar yang berada dalam keluarga miskin atau asnaf diserahkan kepada

Page 17: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

13

pusat zakat. (3) Senarai berikut akan dikelompokkan mengikut kawasan supaya mudah untuk

lawatan dan siasatan sekiranya perlu. (4) PZS dan IPT boleh menjalinkan kerjasama dua hala untuk

mengadakan CSR bagi menjejaki asnaf di kawasan-kawasan terpencil.

6.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada isu kutipan, agihan dan kesedaran mengenai zakat, ditambah pula dengan

keadaan geografi dan jaringan perhubungan yang sukar di Sabah, kaedah lokalisasi dilihat sebagai

satu bentuk penyelesaian dan dapat membantu PSZ dalam urus tadbir zakat. Semua orang Islam

harus saling bekerjasama dalam usaha memartabatkan institusi zakat di Malaysia. Kajian

mengenai perlaksanaan lokalisasi tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian yang

mempunyai pelajar yang ramai tetapi perlu diperluaskan ke institusi-institusi pendidikan bermula

dari peringkat sekolah, IPT swasta, maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi latihan,

kawasan-kawasan kampung dan penempatan seperti Felda dan sebagainya. Kajian seperti ini

sangat bermanfaat untuk melihat kesuaian perlaksanaan lokalisasi di sesuatu kawasan. Sekiranya

perlaksanaan dibuat tanpa mengambil pandangan masyarakat setempat boleh mengundang rasa

ketidakpuashatian di kalangan mereka.

Rujukan

Abdul Aziz Muhammad, (1993), Zakat and Rural Development inMalaysia. Kuala Lumpur: Berita

Publishing

Adibah Abdul Wahab dan Joni Tamkin Borhan, 2014. Impak Zakat dalam Membangunkan

Sosioekonomi di Malaysia: Penilaian Teori dan Praktis, Seminar Pengurusan Zakat di

Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.

Ahmad Hidayat Buang & Saidatul Badrul Mohd Said (2014). Pentadbiran Zakat dan Kesedaran

Masyarakat Islam Membayar Zakat di Daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika 2, 125–

134

Abdul Latif, M.D. 1998. Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja

dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Alderman H. 2002. Do local officials know something we don’t? Decentralization of targeted

transfers in Albania. Journal of Public Economics 83 (2002) 375–404

Crook R .and J. Manor (2000). Democratic Decentralization (OECD Working Paper Series No.11).

Washington The World Bank

Page 18: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

14

Dziauddin Syarif. 2003. Sistem Pungutan dan Agihan Zakat Fitrah. Kajian di Baitul Mal Negeri

Sembilan, Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya.

Hankla, C .R (2008)." Wheni s FiscalD ecentralizatioGno odf or Governance? " Publius: The

Journal of Federalism 1:- 19

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, dan Radiah Abdul Kader (2009) “Pengagihan Zakat Oleh

Institusi Zakat di Malaysia: Megapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?”, Jurnal

Syariah, Jil. 17, Bil. 1, ms 97

Hairunnizam Wahid., Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2010). Pengagihan zakat oleh

institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR 4(1):

141-170.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus

Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia. Asian Journal of

Accounting and Governance 3: 71–83

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Penerimaan Amil dan Asnaf

Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia.

46(1)(2012):39-51

Hussain, M., & Hairi, M. (2009). Keberkesanan sistem agihan zakat: Suatu pandangan awal.

Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan & Janice Lay Hui Nga (2011) Kemiskinan Dan

Pendidikan: Kesan Dan Cabaran Di Kalangan Belia Malaysia Malaysian Journal Of Youth

Studies (Volume 5, Pages 55 To 76)

Khaf, Monzer (1995). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. Sadeq et. al (eds.)

Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd.

Khaf, Monzer( 1999).The Performance of The Institution of Zakat in Theory and Practice

(Working paper,International Conference on lslamic Economics Towards The 21st

Century Kuala Lumpur April 26-30 1999

Kline R.B (2011). Principles and practice of structural equation modeling. 3rd edition. New York:

The Guilford Press.

Mokhtar, Shaik Ali Mohammad (2003). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur:

Page 19: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

15

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Muhamad, A. 2008. Perception of academicians toward zakat administration particularly zakat

distribution: The case of Kelantan. IIUM. Tidak diterbitkan.

Muhamad Rahimi Osman dan Ghafarullahhuddin Din, 2014. Pengurusan Zakat di Institusi

Pengajian Tinggi, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman

dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara

Muhammad Rizal Jalil, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2015). Lokalisasi Unit Zakat

Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan.

Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 81-93 2015

Muhammad Sykuri Salleh et.al, 2000. Pengurusan Kemiskinan dalam Muhammad Sykuri Salleh

et.al Pengurusan Pembangunan Islam: Prosiding Seminar, Pulau Pinang, Pejabat Mufti

Kerajaan Negeri Pulau Pinang. h.1.

Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam

Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Aini Idris. 2006. Isu dan Masalah Kemiskinan di Malaysia”, dalam Ishak Yusoff et.al

(penyunting), Ekonomi Malaysia ke Arah Pascaindustri, Bangi, Penerbit Univerisiti

Kebangsaan Malaysia, h.150

Noraini Idris, 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.

Bhd.h.116

Paimuzi Yahya. 1996. Pengagihan Zakat Di Malaysia, Disertasi Sarjana Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Rondinelli D.A and Cheema, G.S (1983). Implementing decentralization policies: An

Introduction. in Cheema G.S and Rondinelli D.A. (edt.) Decentralization and

development:Policy implementation in developing countries. California: SAGE

Publication Inc.

Saini Ag. Damit Abd Hakim Mohad Ros Aiza Mohd Mokhtar (2011).Modal lnsan: Peranan

Page 20: Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi

E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

16

Masjid Kampung Tobobon, Kota Kinabalu Sabah.

Salasiah Hanin Hamjah Ermy Azziaty Rozali Rosmawati Mohamad Rasit Zainab Ismail (2012).

Perkaitan Amalan Spiritual Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Issn : 1985-5826 Ajtlhe

Vol. 4, No.2, July 2012, 51-60

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan

Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of

Management Studies 13 (2), 175-196.

Shah A and Thompson T (2004). Implementing Decentralized Local Governance: A Treacherous

Road with Potholes, Detours and Road Closures. World Bank Policy Research Working

Paper 3353, June 2004

Qardawi Y. (1999) Fiqh Az-Zakat: A Comparative study. London Dar Al Taqwa Ltd

Zakaryya Mohamed Abdel-Hady. (2010). The Masjid, Yesterday and Today