persepsi masyarakat terhadap penyakit alzheimer · pdf filepersepsi masyarakat terhadap...

18
PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004

Upload: phambao

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER

NORIDAYU KAMARULZAMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 2: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : Noridayu Bt. Kamarulzaman

Tarikh : 18 Februari 2004

Page 3: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

iii

Dedikasi

Dia Yang Maha Esa, dengan limpah kurnianya dapatku menyiapkan projek ini

Setulus ingatan diabadikan buat insan tersayang

Ayahanda Kamarulzaman Omar

Bonda Zainab Hamzah

Ahli Keluarga

Serta sahabat-sahabatku

Heryana, Mas Nazliana, Siti Kamariah, Syamilah, Affizad Herwady, Mohd Hafiz,

Nor Hafezah, Nur Syaziah Mastura, dan lain-lain.

Tidak dilupakan juga buat seorang insan istimewa yang sentiasa memberikan

sokongan dan galakan walaupun dari jauh

Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kalian.

Page 4: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya projek

sarjana muda ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya.

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

setinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yunos B. Hj.

Dahlan yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea serta nasihat

sepanjang menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini saya

tujukan buat panel pemeriksa iaitu Dr. Mohd Anizu B. Hj. Mohd. Nor dan Encik Hj.

Abdul Hamid B. Rahabah diatas segala teguran yang telah diberikan semasa

pembentangan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih dan penghargaan ini

ditujukan kepada semua rakan-rakan, individu serta pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini.

Sekian terima kasih , Wassalam.

Page 5: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

v

ABSTRAK

Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang biasanya dihidapi oleh

golongan tua. Kajian secara deskritif ini bertujuan adalah bertujuan untuk

mengetahui persepsi masyarakat terhadap penyakit ini. Skop kajian ini adalah

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan samada golongan berada,

pertengahan atau miskin.yang berada di sekitar Taman Universiti. Seramai 80 orang

responden yang terdiri dari orang awam yang berada di sekitar Taman Universiti

telah diedarkan borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini

untuk tujuan mendapatkan data. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis

menggunakan perisian pakej statistik bagi sains social (The Statistic Package For

Social Science, SPSS). Hasil analisis dapatan bagi kajian ini menunjukkan

masyarakat mempunyai persepsi yang tepat mengenai penyakit Alzheimer

berbanding hakikat sebenar penyakit tersebut. Cadangan juga telah diutarakan bagi

perhatian pihak-pihak yang berkenaan, masyarakat dan pengkaji-pengkaji yang akan

datang.

Page 6: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

vi

ABSTRACT

Alzheimer is a disease that refers to elderly people. This is a descriptive

survey to recognize societies perception on the disease. The scope of this study come

from various grade of society that is rich, middle, and poor. 80 sets of questionnaire

were distributed to the research population in Taman Universiti to collect data. The

data was analyzed by using SPSS 11.5 (Statistical Package Social Science). The

result of the study indicates that the majority of the societies perception to the disease

are nearly accurate. Suggestions are given to relevant parties, society and future

researcher for further knowledge in understanding the disease.

Page 7: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI GRAF xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Batasan Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Definisi Operasional

Page 8: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

viii

1.7.1 Persepsi 5

1.7.2 Penuaan 5

1.7.3 Alzheimer 6

1.7.4 Dementia 6

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Proses penuaan 7

2.3 Dementia 9

2.4 Alzheimer 10

2.5 Peringkat-peringkat Alzheimer 12

2.5.1 Peringkat Awal Atau Peringkat

Perkembangan 12

2.5.2 Peringkat Pertengahan Atau

Peringkat Sederhana 12

2.5.3 Peringkat Akhir Atau Peringkat

Teruk 13

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 14

3.2 Reka Bentuk Kajian 15

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

3.3.1 Populasi 16

3.3.2 Sampel 16

3.4 Prosedur 16

3.5 Instrumen Kajian

Page 9: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

ix

3.5.1 Soal Selidik 17

3.6 Kajian Rintis 18

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 19

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 21

4.2 Latar Belakang Responden (Bahagian A) 22

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 23

4.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Penyakit

Alzheimer 24

4.5 Pengetahuan Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 28

4.6 Keprihatinan Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 32

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 37

5.2 Perbincangan

5.2.1 Persepsi Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 38

5.2.2 Tahap Pengetahuan Masyarakat

Tentang Penyakit Alzheimer 39

5.2.3 Tahap Keprihatinan Masyarakat

Terhadap Penyakit Alzheimer 39

5.3 Kesimpulan 40

5.4 Cadangan

Page 10: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

x

5.4.1 Cadangan Untuk Pihak Yang

Berkenaan 41

5.4.2 Cadangan Kepada Masyarakat 41

5.4.3 Cadangan Kepada Pengkaji

Yang Akan Datang 41

5.5 Penutup 42

RUJUKAN 43

LAMPIRAN Lampiran A-B 46-50

Page 11: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Contoh Skala Ukur Menunjukkan Tahap

Persetujuan 18

3.2 Pembahagian Skala Likert 20

4.1 Analisis Mengikut Jantina 22

4.2 Analisis Mengikut Bangsa Responden 23

4.3 Ringkasan Skala Likert 5 Mata Kepada

3 Mata 24

4.4 Analisis Terhadap Persepsi Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 24

4.6 Analisis Terhadap Pengetahuan Masyarakat

Tentang penyakit Alzheimer 29

4.8 Analisis Keprihatinan Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 33

Page 12: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

xii

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKASURAT

4.5 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis

Dapatan Terhadap Persepsi Masyarakat Terhadap

Penyakit Alzheimer 28

4.7 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis

Dapatan Terhadap Pengetahuan Masyarakat

Tentang Penyakit Alzheimer 32

4.9 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis

Dapatan Terhadap Keprihatinan Masyarakat

Terhadap Penyakit Alzheimer 36

Page 13: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 46

B Surat Pengenalan Diri Daripada Pejabat

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Page 14: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sepertimana yang kita ketahui,warga tua merupakan salah satu kelompok

masyarakat yang mempunyai sumbangan dan kepentingannya yang tersendiri bagi

sesebuah masyarakat dan negara. Namun begitu, “warga emas” ini sering dikaitkan

dengan pelbagai jenis masalah kesihatan dan penyakit. Oleh kerana itu, dapat kita

perhatikan sekarang terdapat ramai warga tua diabaikan dan dipinggirkan kerana

dianggap menyusahkan serta membebankan.

Salah satu penyakit yang dianggap sinonim dengan warga emas ini ialah

penyakit Alzheimer iaitu satu daripada dua punca utama penyakit nyanyuk. Penyakit

ini merupakan 70 peratus penyebab bagi semua kes nyanyuk.yang biasa dihidapi

oleh warga tua. Lebih kurang 10 juta daripada penduduk dunia menghidapi penyakit

Alzheimer dan ianya merupakan penyakit yang menduduki tempat ke tiga sebagai

penyakit pembawa maut yang utama iaitu selepas penyakit kardiovaskular dan

penyakit barah.

Page 15: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

2

Penyakit Alzheimer ini merupakan masalah kemerosotan fungsi daya

pemikiran seseorang individu. Penyakit ini menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan

saraf yang menjejaskan bahan neurokimia yang membawa maklumat dalam otak

terutamanya penyimpanan maklumat. Penyakit ini biasanya berkemungkinan besar

dihidapi oleh individu yang berumur 65 tahun ke atas.

Penyakit Alzheimer ini biasanya sangat sukar untuk dikesan dari peringkat

awal kerana tanda-tanda bagi penyakit ini biasanya sukar untuk dikenalpasti pada

peringkat awal. Biasanya penyakit ini hanya akan disedari atau dikenalpasti pada

peringkat yang boleh dikatakan agak kronik dan rawatan pemulihan amat sukar

dijalankan.

Antara tanda-tanda penyakit ini ialah hilang daya ingatan atau lupa, yang

mana pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of

recent memory). Contohnya seperti mereka terlupa menu sarapan yang mereka

makan dan sebagainya. Bagaimanapun mereka masih ingat peristiwa atau perkara

lama seperti nombor kad pengenalan mereka dan sebagainya. Namun begitu, ingatan

ini juga akan hilang lama-kelamaan dari ingatan mereka secara sedikit demi sedikit.

Mereka juga akan menjadi murung dan sukar untuk didekati walaupun ahli keluarga

yang terdekat dan rapat dengan mereka. Kemudian,satu persatu otot badan pesakit

akan mula merosot dan menyebabkan pergerakan mereka menjadi lambat.

Kehidupan harian mereka juga terganggu apabila mereka juga hilang kawalan

terhadap sistem pembuangan najis dan pengeluaran najis biasanya tidak disedari

mereka.

Pada peringkat yang lebih kronik,pesakit juga akan hilang rasa malu.

Contohnya mereka tidak akan merasa malu apabila berbogel dan membuang najis

dimerata-rata. Mereka akan kembali kepada perangai dan tingkah laku seperti

kanak-kanak kecil. Kemahiran asas seperti mengira dan bercakap dengan lancar juga

akan turut hilang.

Page 16: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

3

Namun begitu, tidak semua pesakit Alzheimer mengalami dan menunjukkan

tanda-tanda berkenaan. Oleh itu, amat penting bagi ahli keluarga bersikap prihatin

dan merujuk kepada doktor bagi memastikan ahli keluarga mereka yang berumur dan

menunjukkan kelainan dalam kehidupan seharian mereka bebas dari penyakit ini.

Apabila seseorang individu menghidapi penyakit ini, perhatian dan kasih sayang dari

ahli keluarga adalah amat penting dan perlu dititik beratkan.

Kesimpulannya, warga tua adalah warga emas yang perlukan perhatian yang

lebih terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit Alzheimer. Walaupun

rawatan yang spesifik bagi penyakit ini masih lagi belum ditemui, usaha terus

dijalankan kerana penyakit ini benar-benar semakin meningkat dikalangan warga tua

di negara ini.

1.2 Pernyataan Masalah

Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang menyebabkan nyanyuk dan

merupakan penyakit dimensi pratua yang biasanya dialami oleh mereka yang

berumur 65 tahun ke atas. Penyakit ini menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan

saraf yang mana menjejaskan bahan neurokimia yang membawa maklumat dalam

otak. Ini menyebabkan pesakit menjadi cepat lupa dan sukar mengingati peristiwa

atau perkara-perkara yang mereka lalui walaupun baru.

Pelbagai tanda atau simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit

Alzheimer. Namun begitu tidak ramai yang menyedarinya sehinggalah penyakit ini

menjadi lebih kronik dan langkah perawatan semakin sukar dilakukan. Kurangnya

sikap prihatin dari masyarakat adalah penyumbang terbesar kepada terjadinya

pengabaian terhadap pesakit-pesakit Alzheimer. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan

bagi mengetahui persepsi masyarakat yang sebenarnya terhadap penyakit Alzheimer.

Page 17: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

4

1.3 Objektif Kajian

1) Mengetahui persepsi masyarakat terhadap penyakit Alzheimer

2) Mengenalpasti sejauh mana keprihatinan masyarakat terhadap golongan

pesakit Alzheimer.

1.4 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan difokuskan kepada masyarakat yang terdiri

daripada pelbagai golongan samada golongan berada, pertengahan atau miskin. Ia

dijalankan di sekitar Taman Universiti. Kajian ini meliputi pandangan atau persepsi

masyarakat kawasan berkenaan terhadap golongan pesakit Alzheimer dan sejauh

mana keprihatinan mereka

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan hanya bagi masyarakat di sekitar Taman Universiti.

Page 18: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER · PDF filePERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan

5

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk pengkaji bagi mendedahkan apakah persepsi sebenar

masyarakat terhadap penyakit Alzheimer dan sejauh mana keprihatinan masyarakat

masa kini terhadap golongan yang berisiko menghidapi Alzheimer terutamanya

warga tua yang sering kali diabaikan. Kajian ini juga secara tidak langsung dapat

membantu masyarakat mengetahui peringkat umur yang berisiko tinggi menghidapi

penyakit Alzheimer dan simptom-simptom yang biasanya ditunjukkan oleh pesakit.

Ini bagi memastikan masyarakat akan lebih prihatin dalam penjagaan mereka

terhadap golongan warga emas ini.