PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP KEMUDAHAN ASAS YANG
DISEDIAKAN DI KOLEJ 9 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
JOHOR BAHRU.
WAN NANIE LYDIANA BT WAN RAZALI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Mei 2006
iii
Dedikasi
Buat ayahanda dan bonda yang tercinta
Kekanda dan adinda yang dikasihi
Tuan Haji Zainudin Hassan sekeluarga
Teman-teman
Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita
Terima Kasih, Amin….“
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberi
kesempatan kepada saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang telah membantu saya menyiapkan penyelidikan ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing Tuan Haji Zainudin Bin Haji Hassan yang telah banyak
membantu serta membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada pengetua Kolej 9, kakitangan Kolej 9, penghuni-penghuni Kolej 9 serta rakan-
rakan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjalankan kajian ini.
Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara
lansung atau tidak langsung membantu saya menyiapkan penyelidikan ini. Semoga
sumbangan dan kerjasama yang diberikan diberkati Allah SWT.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengetahui persepsi
mahasiswi terhadap kemudahan asas yang disediakan di Kolej 9, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Ada empat objektif yang ingin dicapai. Pertama,
mengenalpasti tentang kemudahan asas di tempat penginapan seperti segi persekitaran,
kelengkapan dan peralatan disediakan serta kafeteria dan koperasi. Kedua, mengkaji
kemudahan asas dalam pengangkutan, ketiga mengkaji kemudahan keselamatan dan
keempat tentang perbezaan kemudahan asas dengan latar belakang responden. Kajian
melibatkan 297 orang pelajar di Kolej 9. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan satu
set soal selidik. Data yang diperolehi di analisis secara deskriptif dengan menggunakan
Komputer Perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS 10.0). Analisis data
kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min dan jadual silang. Hasil kajian
menunjukkan kemudahan persekitaran dalam kolej berada pada tahap sederhana dengan
purata min menunjukkan 3.51. Bagi kemudahan kelengkapan dan peralatan di blok purata
min iaitu 3.18 telah berada tahap sederhana. Begitu juga dengan kemudahan kafeteria dan
koperasi yang mempunyai purata minnya 3.08 berada pada tahap sederhana. Hasil kajian
bagi kemudahan pengangkutan menunjukkan purata peratusan sebanyak 67.0%
responden menyatakan YA terhadap kemudahan pengangkutan di kolej. Begitu juga
dengan kemudahan keselamatan di kolej juga menunjukkan berada pada tahap sederhana
kerana purata min keseluruhan bagi keselamatan persekitaran adalah 3.17 dan kes
kecurian adalah 3.46. Walaubagaimanapun, analisis juga mendapati perbezaan
kemudahan asas dengan latar belakang responden berada pada tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
This research is to conduct a survey on a student’s perception of the basic
facilities in the Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. There are
three objectives to be achieved. Firstly, to identify the basic facilities provided in college
area such as environment, equipment, cafeteria and mini mart. Second, to identify the
student’s perception on transportation facility provided, to identify the college security
facilities and lastly to see the difference between the facilities with respondent’s
background. A sample 297 students from Kolej 9 has been taken to complete this
research. A set of questionnaires has been distributed to these selected students. The data
gathered is being analyzed by mean of descriptive statistic method using the Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS 10.0), which is based on frequency, percentage, min
and crosstab. The research shows that the environment, equipment and cafeteria and mini
mart can be categorized as moderate level with overall rate min of 3.15, 3.18 and 3.08
respectively. From the research also it shows that 67.0 percents respondent agreed with
the transportation facility in the college. Meanwhile the security facilities in college at
moderate level stage for overall rate min of the environment security is 3.17 and overall
rate min for burglory case is 3.46. However, from research show the difference between
the facilities with respondent’s background at level moderate.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiii
LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi dan Istilah 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Mahasiswi Kolej 9 9
1.8.3 Kemudahan Asas 10
1.8.4 Kolej 9 11
1.8.5 Universiti Teknologi Malaysia 12
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian-Kajian Lepas 15
2.2.1 Kajian Kemudahan Asas di Tempat 15
Penginapan Bagi Masyarakat Umum.
2.2.2 Kajian Kemudahan Asas di Tempat 16
Penginapan Bagi Mahasisiwi di UTM.
2.2.3 Kajian Kemudahan Asas Dalam 19
Perkhidmatan Pengangkutan di UTM
2.2.4 Kajian Kemudahan Asas Bagi 22
Keselamatan di Asrama Sekolah
2.2.5 Kajian Kemudahan Asas bagi 23
Keselamatan di UTM
2.3 Rumusan Kajian Lepas 24
BAB III METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian. 29
3.3.1 Bahagian A 29
3.3.2 Bahagian B 30
3.3.3 Bahagian C 30
3.5 Prosedur Kajian 31
3.6 Kaedah Mengumpul Data 32
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Analisis Data 33
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Latar Belakang 36
4.2.1 Taburan Responden Mengikut 36
Bangsa/Keturunan.
4.2.2 Responden Mengikut Status 37
4.2.3 Taburan Responden Mengikut 37
Tahun Pengajian
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Bilik 38
4.3 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 39
Asas Di Tempat Penginapan
4.4 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 46
Asas dalam Pengangkutan
4.5 Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan 49
Asas dalam keselamatan
4.6 Jadual Silang 52
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan. 56
5.2 Rumusan 56
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 57
Terhadap Kemudahan Asas
Di Tempat Penginapan Di Kolej 9
5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 59
Terhadap Kemudahan Pengangkutan
di Kolej 9
5.3.3 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswi 60
Terhadap Kemudahan Keselamatan
x
di Kolej 9
5.3.4 Mengkaji perbezaan Kemudahan Asas 61
Dengan Latar Belakang Responden
5.4 Cadangan 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kadar Bayaran Bagi Jenis Bilik 11
3.1 Skala Likert 31
3.2 Julat Min Bagi Persepsi Mahasiswi 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa/keturunan 37
4.2 Taburan Responden Mengikut Status 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 38
4.4 Taburan Responden Mengikut Jenis Bilik 38
4.5 Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Kemudahan 39
Persekitaran Yang Disediakan Di Blok Kolej
Kediaman
4.6 Peratusan, Kekerapan Dan Min Mengikut 41
Kemudahan Kelengkapan Dan Peralatan
Yang Disediakan Di Kolej
4.7 Peratusan, Kekerapan Dan Min Bagi Kemudahan 44
Kafeteria Dan Kedai Koperasi Yang Disediakan
Di Kolej
4.8 Peratusan, kekerapan Dan Min kaedah Responden 46
Ke Kuliah
4.9 Peratusan, Kekerapan Bagi Persepsi Responden 47
Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Bas
Dalam Kolej.
4.10 Peratusan, Kekerapan Dan Min Persepsi 49
Responden Mengenai Keselamatan Persekitaran
Dalam Kolej.
4.11 Peratusan, Kekerapan Dan Min Mengenai 50
Kecurian Dalam Kolej
4.12 Kemudahan Pengangkutan Dengan Bilangan 52
xii
Pelajar Memiliki Kenderaan Sendiri Mengikut
Tahun Pengajian.
4.13 Kemudahan Pengangkutan Dengan Jenis Bangsa 53
Yang Menaiki Bas.
4.14 Kemudahan Penginapan Dengan Sewa Bilik 54
Diduduki Berpatutan Mengikut Jenis Bilik
4.15 Kemudahan Penginapan Dengan Bilik 55
Kelengkapan Perabot Dalam Bilik Mengikut
Jenis Bilik.
xiii
SENARAI SIMBOL
ALAM Akademik Laut Malaysia
ATMA Akademik Tentera Malaysia
ATS Amat Tidak Setuju
KUTTHO Kolej Universiti Teknologi Tun Hussin Onn
AS Amat Setuju
FAB Fakulti Alam Bina
FKA Fakulti Kejuruteraan Awam
FKE Fakulti Kejuruteraan Elektrik
FKFG Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi
FKKKSA Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Sumber Asli
FKM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
FP Fakulti Pendidikan
FPPSM Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FS Fakulti Sains
FFSKSM Fakulti Sains Dan Komputer Dan Sistem Maklumat
HEP Hal Ehwal Pelajar
IPT Institut Pengajian Tinggi
KRP Kolej Rahman Putra
KTC Kolej Tunku Canselor
KTDI Kolej Tun Dr. Ismail
KTF Kolej Tun Fatimah
KTHO Kolej Tun Hussein Onn
KTR Kolej Tun Razak
MARA Majlis Amanah Rakyat
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
S Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Inventori
B Jadual Perjalanan Bas
C Peraturan Mendiami/Menyewa Bilik Kolej Pelajar Universiti Teknologi
Malaysia
D Jumlah Mahasiswi Di Kolej 9
E Peta UTM
F Jadual Penentuan Saiz Sampel G Soal Selidik
H Surat Akuan Pelajar
I Surat memohon Kebenaran Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan dan prasarana merupakan unsur terpenting dalam proses pendidikan.
Pendidikan bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu menggalakkan pelajar
supaya wujud keseimbangan dalam proses memperkembangkan diri pelajar meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi menyokong proses ini supaya boleh
dilaksanakan dengan lebih berkesan, prasarana pendidikan perlu disediakan bagi
menampung keperluan-keperluan asas pendidikan itu sendiri. Ini termasuklah kolej
kediaman di universiti-universiti yang berperanan bukan sahaja sebagai kemudahan
penginapan pelajar, malahan sebagai institusi pendidikan yang dapat membantu
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Menurut Hisham et.al (1998), kebanyakan pelajar yang tinggal di kolej dikatakan
mundur dan kurang cemerlang kerana tidak memahami konsep dan peranan kolej. Oleh
itu, pendedahan tentang konsep dan peranan kolej sering dibuat agar dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan. Justeru itu pihak kolej dan universiti wajar mengetahui
konsep kolej dan peranannya sebagai institusi yang penting ke arah melahirkan pelajar
cemerlang. Disamping itu perlu diambil perhatian sewajarnya bagi kemudahan asas yang
disediakan oleh kolej kepada pelajar yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan
pelajar.
2
Kolej kediaman merupakan satu daripada institusi penting dalam universiti-
universiti yang berfungsi mendidik para siswa dan siswinya. Matlamat pendidikan
rabbani ialah membentuk insan kamil yang seimbangan perkembangannya dalam
pembangunan rohaniah dan jasmaniah sama ada dalam konteks individu mahupun
masyarakat untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat (Wan
Ab.Rahman, 1998). Kolej kediaman (yang selanjutnya disebut sebagai kolej)
mempunyai peranan penting untuk melahirkan graduan institut pengajian tinggi (IPT)
yang berkaliber dan intelektual. Untuk menjadikan kolej sebagai tempat untuk
mengasahkan calon-calon intelektual maka ia perlu dijadikan sebuah kampung
intelektual bagi penghuninya, pengurusannya dan juga persekitarannya mempunyai
suprastrukturnya dan infrastruktur yang mantap dan konsisten (Musafir, 1998).
Kerajaan Malaysia pada masa kini mengambil inisiatif untuk menarik pelajar-
pelajar tempatan dan asing supaya belajar di negara ini. Kerajaan ingin menjadikan
negara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Sehingga bulan Februari 1996, terdapat 85 buah negara di seluruh dunia menghantar
lebih 1300 orang pelajar di negara ini dalam perbagai bidang pengajian di pusat-pusat
pengajian tinggi (Berita Harian, 19 Februari 1996). Bagi menarik lebih ramai pelajar
luar datang ke negara ini, usaha dari pihak institusi pengajian tinggi haruslah
dipertingkatkan lagi terutama dalam menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh
pelajar-pelajar tersebut di samping meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada
(Shariff, 1998).
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah salah sebuah pusat pengajian
tinggi negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar luar negara. Pada sesi 1994/95 sahaja
terdapat sebanyak 141 orang pelajar luar negara melanjutkan pengajiannya di universiti
ini. Memandangkan tanggungjawab UTM sebagai institusi yang menghasilkan tenaga
manusia kepada negara, aspek kebajikan pelajar telah dipertimbangkan untuk
mewujudkan suasana yang selesa serta tenteram bagi pelajar mengembangkan potensi
mereka dengan sepenuhnya. Kemudahan penginapan, kemudahan perkhidmatan dari
3
segi pengangkutan dan keselamatan telah disediakan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelajar (Shariff, 1998).
1.2 Latar Belakang Masalah
Konsep kolej kediaman mahasiswi ialah untuk menjadi satu institusi
pembangunan sahsiah dalam melahirkan mahasiswi yang cemerlang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Kolej kediaman mahasiswi ini berfungsi untuk
menyediakan prasarana penginapan, makanan dan kemudahan-kemudahan lain seperti
kedai dobi, kedai runcit, kafeteria, bilik bacaan, bilik komputer dan lain-lain dengan
selengkapnya untuk memenuhi keperluan kehendak pelajar yang seterusnya dapat
meningkatkan perkembangan pelajar dari segi rohani dan jasmani. Dengan ini kehidupan
dan kemudahan asas yang disediakan di dalam kolej mestilah bersifat kondusif kepada
pembelajaran. Pelbagai kemudahan asas perlu disediakan bagi kemudahan mahasiswi di
tempat penginapan Kolej 9. Menurut Awang Had Salleh (1994), pendekatan pertama
iaitu ke arah mewujudkan suasana kondusif ini boleh disediakan melalui: (a) kebersihan
dan keindahan bangunan, bilik dan persekitaran, (b) kemudahan makanan yang
berkhasiat, kemudahan rekreasi dan kemudahan hobi, (c) kemudahan kesihatan,
rekabentuk dan susunan tempat yang menggalakkan interaksi antara penghuni,
(d) menyediakan kemudahan perpustakaan di asrama, (e) penubuhan kelab dan
persatuan kelab dan persatuan, (f) penerbitan majalah atau buletin asrama, (g) siri
ceramah dan (h) pengukuhan institusi felo di asrama.
Menurut Mohd Afandi Salleh (1998), kolej kediaman bukan sahaja dianggap
sebagai tempat penginapan malahan sebuah tempat berehat, membersihkan diri, makan,
tidur, bersembang dan lain-lain lagi. Kolej kediaman yang ada di kampus universiti
merupakan sebahagian dari keseluruhan gedung ilmu di mana mahasiswa dapat
membina ilmu pengetahuan dan menimba ilmu pengalaman sebelum ke alam pekerjaan.
Secara puratanya, mahasiswa menghabiskan masa selama 48 jam seminggu untuk
4
menghadiri kuliah di fakulti berbanding dengan 120 jam seminggu di habiskan di kolej
kediaman pelajar (Jamaludin et.al 1996). Justeru itu, sewajarnya pihak kolej kediaman
mengambil tanggungjawab dan peranannya dalam melaksanakan kolej kediaman dengan
lebih teratur dan terancang kerana muatan pelajar yang tinggal dalam kolej semakin
meningkat. Oleh sebab itu kemudahan asas di tempat penginapan mahasiswi perlulah
disediakan dengan lengkap bagi memberi keselesaan kepada mahasiswi.
Kolej 9 merupakan salah satu kolej kediaman yang disediakan dalam kampus
Universitit Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Terdapat dua blok di dalam Kolej
9 ini yang terdiri daripada UA1 dan UA2. Kolej kediaman ini dihuni oleh penghuni
mahasiswi sahaja. Blok penghuni ini mempunyai 4 tingkat yang terdiri daripada bilik
berseorangan dan berdua. Setiap bilik berdua akan dihuni oleh 2 orang akan dilengkapi
dengan 2 tempat tidur (tilam dan katil), 2 meja bacaan, 2 almari, kipas dan lampu bilik.
Manakala bagi bilik perseorangan akan dilengkapi setiap satu sahaja. Mahasiswi diminta
mengisi “Borang Inventori Bilik pelajar” (Lampiran A) bagi memastikan peralatan yang
disediakan adalah mencukupi dan pelajar dapat melaporkan kerosakan sekiranya
terdapat kerosakan. Ini memberi kemudahan kepada pihak kolej bagi membuat
penyemakan dan pembaikan sekiranya berlaku kerosakan. Disamping itu juga dapat
menjamin keselamatan siswi sekiranya berlaku kerosakan.
Kemudahan pengangkutan merupakan aspek yang penting bagi mahasiswi di
Kolej 9. Masyarakat moden kebanyakannya bergantung kepada pengangkutan untuk
perkhidmatan barangan dan beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain (Sharp,
1976). Oleh itu, UTM telah menyediakan lebih daripada 14 buah bas bagi menjalankan
perkhidmatan sepanjang hari, samada di dalam kampus atau di luar kampus ( Berita
Harian, 14 Mac 2002). Ini memberi kemudahan kepada mahasiswa yang tidak memiliki
kenderaan sendiri untuk ke kuliah. Terdapat juga sesetengah jalan atau destinasi yang
tidak dilalui oleh bas di dalam kampus. Hal ini dapat dilihat melalui jadual trip
perjalanan bas (Lampiran B) yang disediakan oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Perkhidmatan bas tidak disediakan sepanjang hari, masih terdapat sesetengah waktu
5
yang tiada perkhidmatan bas ini. Ini boleh dilihat pada jadual perjalanan bas yang
disediakan oleh HEP (Lampiran B).
Keselamatan juga merupakan aspek yang penting bagi mahasiswi di Kolej 9
kerana kolej ini terletak bersebelahan dengan Kolej 10 yang dihuni oleh mahasiswa.
Suasana di Kolej 9 juga agak sunyi pada waktu malam. Dengan ini pihak kolej telah
mengeluarkan peraturan am kepada mahasiswi Kolej 9 (Lampiran C) yang menyatakan
beberapa peraturan yang patut mahasiswi ikuti semasa berada di Kolej 9. Ini bagi
memastikan kemudahan asas bagi keselamatan mahasiswi terjamin.
1.3 Penyataan Masalah
Di Kolej 9, mahasiswi telah dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan asas
bagi menjamin keselesaan mahasiswi. Namun adakah kemudahan asas yang disediakan
ini mencukupi memandangkan bilangan mahasiswi yang semakin bertambah. Terdapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh mahasiswi di Kolej 9, UTM berkaitan dengan
kemudahan asas yang disediakan iaitu dari segi penginapan, pengangkutan dan
keselamatan. Permasalahan yang timbul dalam pelbagai aspek kemudahan asas ini turut
akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran mahasiswi dan perkembangan jasmani
dan rohani mahasiswi. Menurut Awang Had Salleh (1994), keadaan asrama yang dihuni
oleh siswi wajarnya dalam keadaan baik dan selesa. Menurut Mohd Noh Dalimin et.al
(1998), bagi memastikan suasana kehidupan di kolej kediaman sempurna dan pelajar
dapat menjalani kehidupan dengan teratur dan harmoni, pelbagai kemudahan perlu
disediakan. Menurutnya lagi kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan
kemampuan ruang yang sedia ada memandangkan kolej kediaman yang disediakan
bersifat sementara.
6
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada penyataan masalah, persoalan yang ingin dijawab melalui
kajian ini ialah:
i. Apakah persepsi mahasiswi terhadap setiap kemudahan asas di tempat
penginapan yang terdapat di Kolej 9, UTM, Skudai pada masa sekarang?
ii. Apakah persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas dalam perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan di Kolej 9, UTM, Skudai?
iii. Adakah mahasiswi bersetuju dengan kemudahan asas bagi keselamatan di
dalam Kolej 9, UTM, Skudai?
iv. Apakah perbezaan kemudahan asas dengan latar belakang responden?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sejauh
manakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej 9 untuk memberi
keselesaan kepada penghuni-penghuninya. Secara lebih khusus objektif kajian ini adalah
untuk:
i. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas di tempat
penginapan di Kolej 9, UTM, Skudai.
ii. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap kemudahan asas dalam
perkhidmatan pengangkutan di Kolej 9, UTM, Skudai.
iii. Mengenalpasti persepsi mahasiswi terhadap aspek kemudahan asas bagi
keselamatan di Kolej 9, UTM, Skudai.
iv. Mengkaji hubungan kemudahan asas dengan latar belakang responden.