kemudahan perbendaharan

Upload: jai-yusof

Post on 16-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KANDUNGAN TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA BPP SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 (PP BIL 5 TAHUN 2011) PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SESI SOAL JAWAB

PENGENALAN Diwujudkan

pada tahun 1970 di bawah Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan.mentadbir peraturan pinjaman Perbendaharaan dasar dan perumahan

Berfungsi

AKTA DAN PEKELILING

i. Akta Kumpulan Wang Perumahan [Akta 42]; dan

Pinjaman

ii. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 Syarat (PP Bil. 5 Tahun 2011) dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

CARTA ORGANISASI BPP

SEKSYEN - SEKSYEN DI BPP BPP mempunyai 8 seksyen iaitu : i. Seksyen Proses dan Bayaran; ii. Seksyen Cagaran; iii. Seksyen Akaun; iv. Seksyen Teknologi Maklumat; v. Seksyen Perundangan; vi. Seksyen Khidmat Pengurusan; vii. Seksyen Kawalan; dan viii.Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik;

PENGENALAN Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia terbahagi kepada dua iaitu :i. Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (SPPP); danii. Skim Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam (SPPI).

TAFSIRAN PENTING Cagaran:Jaminan melalui gadaian bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu/Strata atau melalui penyerahan hak bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Induk. Hartanah:Tanah dengan tujuan membina rumah atau tanah dan rumah atau rumah kedai atau petak rumah kediaman yang seumpamanya dengan ciri-ciri rumah kediaman.

Sambungan

Ciri-ciri rumah kediaman:Mempunyai ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur. Petak rumah kediaman:Rumah kediaman bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium dan sebagainya.

SYARAT-SYARAT ASAS PINJAMAN i. Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera : Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan; Warganegara Malaysia;

Sambungan

Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan; dan

Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

Sambungan

ii. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik; iii. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;iv. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971[Akta 45];

v.

Anggota Dewan Rakyat;

vi. Yang DiPertua Dewan Rakyat; dan vii. Ahli Dewan Undangan Negeri.

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN Pemohon yang akan bersara atau anggota tentera yang akan tamat perkhidmatan permohonan diterima tidak lewat daripada satu (1) tahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.

Pemohon Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) permohonan diterima tidak lewat daripada lima (5) tahun sebelum tamat perkhidmatan.

Sambungan

Pinjaman hanya dibenarkan untuk pembelian satu (1) lot hartanah sahaja. Pemohon yang membatalkan pinjaman kerana terlibat dengan projek terbengkalai/ bermasalah adalah dibenarkan memohon semula pinjaman pertama/kedua yang mana berkaitan selepas pembatalan diluluskan. Pemohon yang membatalkan pinjaman bagi hartanah pertama adalah dibenarkan memohon pinjaman hartanah pertama semula selepas menyelesaikan baki hutang tetapi tidak dibenarkan mendapat kemudahan pinjaman kedua.

Sambungan

Sebarang pindaan ke atas kelulusan pinjaman tidak dibenarkan setelah peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E). Pinjaman dibatalkan mulai tarikh peminjam meninggalkan perkhidmatan atau memungkiri mana-mana syarat perjanjian pinjaman. Bagi kes bayaran belum dikeluarkan sepenuhnya, Perbendaharaan Malaysia akan menghentikan pengeluaran bayaran seterusnya.

Sambungan

Perjanjian bersama hanya dibenarkan jika nama pembeli di dalam Perjanjian Jual Beli adalah suami dan isteri. Pinjaman bersama hendaklah dikemukakan serentak oleh suami dan isteri untuk membeli satu hartanah yang sama.

SUMBER RUJUKAN

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2012 berkenaan Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

JENIS DAN SYARAT PINJAMANi. Jenis I Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap. Syarat pinjaman : Pembelian hartanah yang telah siap daripada pemaju atau penjawat awam yang lain (urusniaga kontra) atau penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata (pasaran sekunder) atau hartanah lelongan BPP.

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

ii. Jenis II Membina rumah diatas tanah sendiri.Syarat pinjaman : Pembinaan rumah hanya dibenarkan selepas pinjaman diluluskan. Tanah ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

iii. Jenis III Membeli rumah pembinaan

atau

petak

rumah

kediaman

dalam

Syarat pinjaman : Pembelian hartanah daripada pemaju : - Hartanah perlu mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk; dan - Pemaju mestilah mencatatkan Lesen pemaju serta Permit Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli.Pembelian hartanah daripada kontraktor : - Hartanah mempunyai Hakmilik Individu Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir berasingan dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak Laporan Penilaian daripada JPPH.

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

iv. Jenis IV Membeli tanah dengan tujuan membina rumah Syarat pinjaman : Tanah perlu mempunyai Hakmilik Individu Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan Jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam bulan ke hadapan Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah

Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.Laporan penilaian daripada JPPH.

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

v.

Jenis V Menyelesaikan hutang bank/institusi kewangan

pinjaman

perumahan

daripada

Syarat pinjaman : Bank / institusi kewangan telah menjelaskan 100% bayaran kepada pemaju/penjual Hakmilik Individu/Strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank/institusi kewangan Boleh ambil alih baki hutang suami/isteri dengan syarat pemohon adalah pemilik bersama Penyata baki hutang bank/institusi kewangan bagi tempoh 6 bulan kehadapan Laporan Nilaian daripada JPPH

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

vi. Jenis VI Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman Kerajaan Syarat pinjaman : Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar kepada Kerajaan Malaysia Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa Laporan Nilaian daripada JPPH

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

vii.Jenis VII Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia atau tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

Ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia Syarat pinjaman : Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman Baki kelayakan semasa Pinjaman bersama suami/isteri jika pemilik bersama Dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis I dan V, 5 tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100% Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Kos kerja ubah suai perlu mendapat kpenilaian oleh JPPH

Sambungan

Jenis-jenis Pinjaman

Pinjaman ubah suai rumah atau petak rumah kediaman yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan MalaysiaSyarat pinjaman : Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pelilik bersama (suami/isteri) Rumah atau petak rumah kediaman siap sepenuhnya

Pelan kerja ubah suai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan Kos kerja ubah suai perlu mendapat penilaian daripada JPPH

AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN Amaun pinjaman* yang diluluskan tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kriteria berikut: i. ii. iii. iv. Harga hartanah; Penilaian hartanah oleh JPPH; Amaun yang dipohon; atau Kelayakan maksimum pemohon.

PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN* Pinjaman Pertama Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Pinjaman kedua Ansuran bulnan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen bulanan yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa (1/4 gaji hakiki semasa)

KADAR KELAYAKANBIL GAJI HAKIKI (RM) KELAYAKAN BARU (RM)

1 2 3 4

6500 ke atas 5500 ke 6499 4500 ke 5499 3500 ke 4499

450,000.00 420,000.00 400,000.00 380,000.00

56 7 8 9 10 11 12

3000 ke 34992500 ke 2999 2000 ke 2499 1500 ke 1999 1200 ke 1499 1000 ke 1199 800 ke 999 799 dan ke bawah

320,000.00280,000.00 255,000.00 205,000.00 168,000.00 130,000.00 105,000.00 80,000.00

WANG PROSES

Pinjaman pertama RM1.00 bagi setiap RM1000.00Pinjaman kedua RM2.00 bagi setiap RM1000.00

PROSES PINJAMAN PERUMAHANTERIMA PERMOHONAN BAYARAN PREMIUM INSURANS

PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSANPENGELUARAN BAYARAN

CAGARAN HARTA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA TINDAKAN UNDANGUNDANG KE ATAS PEMINJAM INGKAR

BAYARAN BALIK PINJAMAN

PEMULANGAN DOKUMEN HAKMILIK PEMULANGAN BAKI KREDIT / TUTUP AKAUN

PENYELESAIAN PINJAMAN SEPENUHNYA

i.

Pembelian hartanah lelongan

Sebelum : Tidak dibenarkan sebelum 1 Januari 2011.

Kini : Pembelian hartanah lelongan oleh Perbendaharan Malaysia dibenarkan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia. [perenggan 3.10 / Lampiran A4]

ii. Tempoh pinjaman (Jenis IV)

bayaran Pembelian

balik tanah

Sebelum : Maksimum 12 tahun untuk pinjaman pertama dan 10 tahun untuk pinjaman kedua.

Kini : Maksimum 30 tahun untuk pinjaman pertama dan 25 tahun untuk pinjaman kedua. [perenggan 4.5 Lampiran A9]

iii. Pengecualian Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman (Insurans Kebakaran) Sebelum : Peminjam yang membeli petak rumah kediaman (pangsapuri, kondominium dan seumpamanya) diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping perlu membayar Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan. Ini mengakibatkan peminjam membayar dua insurans kebakaran yang berbeza (double insurance). Kini : Peminjam diberi pilihan mengambil Insurans Kebakaran daripada panel insurans/takaful BPP disamping diwajibkan mengambil Insurans Kebakaran yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Bangunan setiap tahun.

iv. Kelayakan pinjaman pertama Sebelum : Anggaran bayaran balik bulanan tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki.Kini : Anggaran bayaran balik bulanan dinaikkan kepada tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki. [perenggan 5.2]

v. Hartanah berstatus pajakan Sebelum : Pembelian hartanah berstatus pajakan mempunyai baki pajakan sekurangkurangnya lima belas (15) tahun selepas pinjaman selesai dibayar. Kini : Baki pajakan dikurangkan kepada 10 tahun. [perenggan 3.8]

vi. Penangguhan bayaran balik bulanan Sebelum : 1. cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji untuk melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan; dan

2. cuti tanpa gaji untuk mengikuti suami/isteri yang melanjutkan pelajaran di luar negara atas tajaan Kerajaan. [perenggan 10.5 iii dan iv]

Sambungan

Kini : Kemudahan ini diperluaskan kepada peminjam yang :i. cuti menjaga anak bagi tempoh minimum setahun selepas tamat cuti bersalin; dan

ii. cuti tanpa gaji bagi tempoh minimum setahun kerana mengikuti suami/isteri yang bertugas dengan Kerajaan Malaysia di luar negara.

vii. Pengurangan kadar faedah Sebelum : i. Pinjaman < RM100,000:10% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987); 9% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988); dan 7% setahun (1 Januari 1989).

ii. Pinjaman > RM100,000:12% setahun (12 Jun 1985-30 Jun 1987); 11% setahun (1 Julai 1987-31 Disember 1988) dan 9% setahun (1 Januari 1989).

Sambungan

Kini : Kadar faedah bagi peminjam yang meninggalkan perkhidmatan diseragamkan kepada 7% setahun mulai 1 Januari 2011.

viii. Pengurangan kadar faedah* Bagi peminjam yang bertukar skim perkhidmatan

Sebelum : Kadar faedah pasaran 7% setahun (jika perkhidmatan terputus).

Kini : kadar faedah 4% setahun dengan syarat skim perkhidmatan tidak terputus.

ix.

Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;*Pembelian hartanah daripada suami/ isteri sahaja tidak dibenarkan (kecuali hartanah tersebut perlu dijual atas arahan mahkamah atau mahkamah syariah atau untuk maksud menyelesaikan baki hutang hartanah berkenaan). [perenggan 3.11]

x.

Kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua dinaikkan kepada RM20,000.00 berbanding RM10,000.00 sebelum ini; [perenggan 3.12]

xi.

Had kelayakan pinjamanSebelum : Kelayakan maksimum ialah dari RM72,000 hingga RM360,000. Kini : Kelayakan maksimum ialah dari RM80,000 hingga RM450,000.*Kelayakan adalah mengikut tangga gaji.

[Lampiran A10]

PERBANDINGAN KADAR KELAYAKANBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 GAJI HAKIKI (RM) 6500 ke atas 5500 ke 6499 4500 ke 5499 3500 ke 4499 3000 ke 3499 2500 ke 2999 2000 ke 2499 1500 ke 1999 1200 ke 1499

KELAYAKAN LAMA (RM)360,000 360,000 360,000 360,000 300,000 264,000 240,000 192,000 156,000

KELAYAKAN BARU (RM) 450,000.00 420,000.00 400,000.00 380,000.00 320,000.00 280,000.00 255,000.00 205,000.00 168,000.00

1011 12

1000 ke 1199800 ke 999 799 dan ke bawah

120,00096,000 72,000

130,000.00105,000.00 80,000.00

PEMBATALANDengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Perbendaharaan yang berkaitan dengan pinjaman perumahan Perbendaharaan yang terdahulu adalah terbatal.* Mana-mana hak, keistimewaan atau obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum tarikh kuatkuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti tidaklah terjejas oleh Pekeliling ini dan hendaklah terus berkuatkuasa seolaholah Pekeliling ini telah tidak dibuat.

TANGGUNGJAWAB PEMINJAMPeminjam hendaklah : Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh surat kelulusan; Menandatangi Borang Pindahmilik (Borang 14A) dan dokumen cagaran serta memastikan urusan cagaran disempurnakan oleh peguam dengan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual;

Sambungan

Melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia mengenai pertukaran:a. Alamat tempat bertugas, nombor telefon pejabat/ telefon bimbit dan alamat emel; b. Pusat pembayaran gaji; c. Alamat tetap terkini; dan d. Nama dan alamat waris untuk dihubungi.

Sambungan

Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG dan menyerahkan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia;Membayar ansuran bayaran balik pinjaman kepada Perbendaharaan Malaysia jika APG gagal dilaksanakan oleh Ketua Jabatan atau semasa mengambil cuti separuh gaji/ tanpa gaji/ bersara awal;

Sambungan

Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat menyurat kepada Bahagian Pinjaman Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan.

Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah dimaklumkan dengan serta merta.

Sambungan

Menyelesaikan sekaligus semua baki pinjaman apabila berlaku kemingkiran syarat pinjaman; Membayar cukai tanah supaya hartanah tidak dirampas; Membayar pendaftaran gadaian melalui peguam jika dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan Memaklumkan kepada peguam mengenai perlunya cagaran hartanah dilaksanakan segera supaya tidak dikenakan faedah ke atas pembayaran lewat oleh pemaju/penjual.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN Memastikan pemohon memenuhi semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan Malaysia;

Sambungan

Merekodkan dengan sempurna dalam Buku Rekod Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan segala butiran yang berkaitan dengan pinjaman seperti berikut:i. Nombor rujukan fail dan tarikh kelulusan pinjaman;

ii. Amaun pinjaman; iii. Amaun ansuran bulanan;

iv. Tarikh muka kuat kuasa APG;v. Tarikh tamat APG; dan vi. Tarikh pinjaman diselesaikan.

Sambungan

Melaksanakan sepenuhnya APG dan mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir setiap bulan.* Potongan perlu dibuat selepas potongan KWSP dan cukai pendapatan.

* Jika APG tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual, Ketua Jabatan perlu menyelesaikan tunggakan melalui potongan gaji secara berganda tanpa perlu mendapat arahan daripada Perbendaharaan Malaysia.

Sambungan

Melaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia jika berlaku perubahan terhadap maklumat peminjam seperti berikut :i. Baki gaji dan elaun tidak mencukupi selepas pemotongan KWSP dan cukai pendapatan;

ii. APG tidak dapat dilaksanakan; iii. Bertukar alamat pejabat; iv. Cuti separuh gaji/ tanpa gaji;

Sambungan

v. Digantung kerja/ ditahan gaji/ dibuang kerja kerana tindakan tatatertib dan bankrap; vi. Meninggalkan perkhidmatan; vii. Bersara; dan viii.Meninggal dunia.

Sambungan

Mencatatkan APG di dalam Sijil Gaji Akhir bagi membolehkan Ketua Jabatan di tempat bertugas yang baharu melaksanakan APG mengikut jadual; Memberi ingatan kepada peminjam supaya membuat bayaran berikut :i. Cukai tanah; dan ii. Bayaran perkhidmatan peguam.

Sambungan

Menasihatkan Peminjam supaya tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan diri mereka menanggung kesusahan berat kerana berhutang.

Tindakan surcaj akan diambil dibawah Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] ke atas Ketua Jabatan yang tidak mematuhi APG termasuk menangguh pelaksanaan, mengurangkan amaun dan memberhentikan potongan gaji yang ditetapkan serta menangguhkan penyerahan kutipan APG kepada Perbendaharaan Malaysia.

PANEL INSURANS/ TAKAFULi. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Takaful Malaysia;Takaful Ikhlas;

CIMB AVIVA Insurans/ Takaful;HSBC Amanah Takaful;

Etiqa Takaful;Etiqa Insurance;

Prudential BSN Takaful; danAXA Affin.

MAKLUMANMulai 1 Januari 2012 semua permohonan pinjaman hartanah pertama digalakkan diisi secara atas talian melalui Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu.

https://sppb.treasury.gov.my

KEMUDAHANKelulusan Bersyarat secara online (sertamerta) apabila borang permohonan pinjaman perumahan online lengkap diisi. Pembayaran wang proses melalui Internet Banking melalui perkhidmatan CIMBClicks dan Maybank2U. Pemilihan Perlindungan Insuran/Takaful secara online. Semakan menggunakan 1 ID (Portal SPPB)

Status Permohonan, Bayaran Balik, Bayaran Kemajuan, Penghantaran Hak Milik, Baki Pinjaman & Penyata Tahunan.

Laman web BPPhttp://bpp.treasury.gov.my

PERKHIDMATAN ELEKTRONIK Bagi pertanyaan berkenaan proses pinjaman perumahan, BPP telah menyediakan beberapa saluran pertanyaan seperti :i. ii. iii. iv. v. Portal Pertanyaan di laman web BPP; Perkhidmatan SMS; Talian Helpdesk di setiap seksyen; Laman web Treasury dan BPP dan; SMS Infoblast.

PERKHIDMATAN SMS BPP Aduan; Semakan status penghantaran Hakmilik; Semakan baki pinjaman perumahan; Semakan status permohonan pinjaman perumahan; Semakan kelayakan pinjaman perumahan; Semakan status pengeluaran bayaran terkini; Pertanyaan Alamat lengkap Bahagian Pinjaman Perumahan; dan Permohonan Borang Permohonan Pinjaman Perumahan.

LAMAN WEB INTERAKTIF BPP Melalui laman web BPP peminjam / bakal peminjam boleh membuat pengiraan berikut:-

1. Pengiraan kelayakan anggaran balik pinjaman;2. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman kedua; dan

3. Pengiraan kelayakan anggaran bayaran balik pinjaman bagi kes lanjut tempoh.

e-Perkhidmatan di laman web BPP seperti:1. e-Borang; 2. Semakan status bayaran balik oleh peminjam; 3. Semakan status pengeluaran bayaran kemajuan; 4. Semakan status penghantaran hak milik; 5. Semakan baki pinjaman; 6. Semakan status permohonan; 7. Penyata Tahunan 2008-2010;dan 8. e-Bayaran (melalui CIMBClikcs dan Maybank2u)

SESI SOAL JAWAB

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PutrajayaTalian Helpdesk; Proses Cagaran Bayaran Akaun STM -

03 8880 2061 03 8880 2062 038880 2063/2064/2065 03 8880 2066/2067 03 8880 2733/2714