persepsi jihad dan etika dlm sains

26
FCH-TITAS TANGGAPAN TERHADAP TANGGAPAN TERHADAP JIHAD JIHAD

Upload: anak-antu

Post on 01-Jul-2015

417 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

TANGGAPAN TANGGAPAN TERHADAP JIHADTERHADAP JIHAD

Page 2: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Persepsi BaratPersepsi Barat• Barat m’anggap:

– jihad sbg perbuatan pengganas yg cuba m’dapatkan sesuatu yg bertentangan dengan undang-undang yg sedia ada melalui cara menimbulkan ketakutan kpd org ramai yg tidak bersalah

– jihad sbg perbuatan org fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized).

• Bagi Barat, sistem demokrasi adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah kumpulan manusia yg berbeza hidup dlm keadaan aman secara bersama-sama.

Page 3: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Persepsi JihadPersepsi Jihad• Punca yang menimbulkan

kekeliruan tentang pengertian jihad yang sempit adalah berpunca daripada salah faham masyarakat Islam dalam memahami pentakrifan jihad. Sedangkan jika diteliti dengan lebih mendalam ternyata definisi yang telah dibuat tentang jihad merangkumi perkara-perkara yang lebih umum.

Page 4: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Defenisi JihadDefenisi Jihad• Perkataan jihad diambil daripada

perkataaan bahasa Arab الجهد (al-jahdu) yang bermaksud; penat jerih dan juga daripada الجهد (al-juhdu) yang bermaksud; usaha tenaga. Seorang mujahid atau orang yang berjihad itu adalah seseorang yang menghabiskan usaha tenaganya dengan merasai penat jerih.

Page 5: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

– Ulama mazhab Syafii mentakrifkan jihad pada istilah syarak bererti; memerangi orang kafir utk kejayaan Islam. Ia juga digunakan untuk jihad menentang nafsu dan syaitan.

– Ulama mazhab Hanafi mentakrifkan jihad dari segi syarak, sbg jihad al-kuffar iaitu menyeru org kafir kpd agama yg benar & memerangi mereka jika mereka tidak menerima. Dari segi bahasa ia b’maksud lebih umum, iaitu mengumpul kekuatan ke jalan Allah dengan jiwa, harta, lisan dll.

– Al-Bajuri menyebut dalam kitabnya, Hasyiah al-Bajuri Ali bin Al-Qasim jilid 2 halaman 268; jihad iaitu peperangan di jalan Allah, berasal daripada perkataan mujahadah iaitu berperang untuk menegakkan agama. Ini merupakan jihad yang kecil. Jihad yang besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. ketika kembali dari salah satu peperangan baginda bersabda yang bermaksud; Kita kembali daripada jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar.

Page 6: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

– Jihad dilaksanakan oleh Nabi Muhammad adalah setelah diizinkan oleh Allah kerana orang Islam telah dizalimi, dan dimusuhi kerana mereka mengesakan Allah. Mereka dizalimi dengan cara harta benda dan tanah tumpah darah mereka dirampas. Allah m’bolehkan jihad utk m’perthnkan diri dan menjaga maruah agama Islam  

– jihad merupakan penggemblengan tenaga menggunakan cara-cara yang aman. Jihad dilakukan bila keadaan memerlukan spt. memelihara keselamatan pendakwah di jalan Allah. Ia dilakukan utk mdpt keredhaan Allah tanpa disertai tujuan lain spt kebendaan,kepentingan diri,utk m’jajah dunia atau bangsa lain.

– Ia berbeza dengan pengertian peperangan.

Page 7: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Jihad dalam Konotasi NegatifJihad dalam Konotasi Negatif• Media Barat sering memutarbelitkan

pengertian jihad dgn menggambarkan imej buruk Islam apabila mengaitkan perjuangan suci ini dengan keganasan dan pembunuhan. Kefahaman ini seolah-olah Islam itu ditegakkan dgn mata pedang atau perang

• Gambaran ini semakin jelas setelah berlaku tragedi 911, siri-siri pengeboman berani mati di Iraq, Palestin, dan keganasan di A.T. Barat mngenakan tekanan ke atas org Islam spt sekatan ekonomi, sokongan kepada kerajaan asing dengan merampas kerajaan/negara org Islam, percubaan menghapuskan etnik yg beragama Islam.

Page 8: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Keadaan ini menimbulkan tindak balas drpd sebahagian masyarakat Islam dlm bentuk yg pelbagai; menggunakan kekerasan yang mensasarkan tindak balas mereka bkn shj kpd Barat ttp kpd sesama umat Islam yg mereka labelkan sebagai “tali barut” Barat, sptmana yg berlaku di beberapa buah negara di Asia Barat dan di Asia Tenggara yang mereka namakan sebagai jihad.

• Timbul gerakan-gerakan spt Jemaah Islam, KMM, Al-Maunah dll yang dikatakan melakukan beberapa siri keganasan. Alasan mereka adalah jihad menentang kafir Barat atau kroni-kroninya telah menindas saudara umat Islam di Palestin, Afghanistan dan di beberapa buah negara lain.

Page 9: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Hasilnya Barat melabelkan Islam sbg agama yang menganjurkan keganasan. Kesan drpd Tragedi 911 telah menguatkan hujah Barat utk memerangi Islam biarpun mereka beralasan utk melawan keganasan, menurut istilah yg mereka cipta sendiri.

• Tidak dpt dinafikan bhw tekanan ini berpunca drpd kelemahan umat Islam juga; kurang menyedari bahawa Barat sedang berusaha mengkucar-kacir & melemahkan negara Islam dgn mekanisme yang mudah, misalnya cuba menjatuhkan kredibiliti pemimpin dan berusaha meruntuhkan kestabilan ekonomi dgn pelbagai syarat perdagangan.

• Barat cuba memecahbelahkan perpaduan antara negara Islam supaya negara tersebut terjebak dalam pertelagahan yg mengakibatkan ketidak- stabilan ekonomi dan politik.  

Page 10: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Jihad Masa KiniJihad Masa Kini• Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering

difahami oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak media Barat yang sengaja ingin mencemarkan nama baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang salib atau holy war iaitu berperang dengan menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara perjuangan umat Islam.

• Islam sangat menghormati nyawa sehingga dalam jihad hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam perang. Haram membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak. Islam juga menghargai harta benda sehingga diharamkan memotong pokok, merobohkan rumah atau merosak tanaman dan sebagainya.

Page 11: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Syeikh Abdul Halim Mahmud dlm ‘al-Jihad fil Islam’ menyatakan ciri-ciri yg perlu ada pada Jihad dan Mujahid;

– Jihad sebenar ialah atas dorongan prinsip bkn untuk kemegahan, kemenangan atau penjajahan.

– Komitmen yang berterusan dlm mentaati Allah dan Rasul iaitu dgn yakin bhw jihad adalah cara utk mendapatkan keredhaan

– Bersatu atas dorongan penyatuan matlamat jihad.”taatlah kpd Allah serta Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu”. (al anfal:46)

– Sabar dalam bertindak dan menanti kejayaan. – Selalu mengingati Allah bahawa jihad ini hanya kerana Allah. “Berapa

banyak dari nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang yang taat kepada Allah maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak menjadi lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk dan Allah sentiasa mengasihi orang yang sabar. Dan tidak ada yang mereka ucapkan selain daripada berdoa dengan berkata; wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan ke atas kaum yang kafir”. (ali imran:46)

Page 12: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Pelaksanaan Jihad dalam dunia Pelaksanaan Jihad dalam dunia GlobalGlobal

• Orang Islam wajib menyediakan peralatan perang yg moden yg boleh menakutkan musuh kerana kesediaan dan kemampuan berperang. Ini menjadi kewajipan yang sama penting dengan berperang. Tanpa hal ini, peperangan dijalan Allah tidak mungkin dapat dilakukan.

• Persediaan ini menjadi sebahagian drpd perjuangan di jalan Allah & ia juga merupakan jihad. Mengenai hal ini dinyatakan dalam Al Quran; ”sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yg menceroboh) segala jenis kekuatan yg dpt kamu sediakan & dari pasukan berkuda yg lengkap sedia utk m’gerunkan dgn persediaan itu musuh Allah & musuh kamu serta musuh yg lain daripada mereka yg kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pd jalan Allah akan disempurnakan balasannya kpd kamu & kamu tidak akan dianiaya. (al anfal: 60)

Page 13: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Usaha m’hapuskan kemiskinan juga termasuk dlm jihad Ini bererti berusaha meningkatkan taraf hidup diiktiraf oleh Rasulullah sbg amal ke jalan Allah. Katanya: “Jika seseorang keluar berusaha kerana menahan dirinya daripada meminta-minta maka usahanya itu adalah pada jalan Allah & kalau keluarnya utk berusaha mencari nafkah bagi kedua-dua ibu bapanya yg uzur @ bagi anak-anak yg masih kecil maka usahanya itu juga adalah dikira pd jln Allah.(al-Tabrani).

• Negara-negara Islam sekarang & umatnya secara khusus kurang bersatu padu. Perpecahan mereka disebabkan oleh pemikiran jumud & taasub & tidak berasaskan ajaran Islam. Perpecahan berlaku atas perbezaan mazhab, perbezaan ideologi politik, menjaga kepentingan peribadi @ kumpulan tertentu dengan mengenepikan kepentingan majoriti.

• Barat dengan mudah menakluk negara-negara Islam kerana mereka sedar umat Islam telah hilang kekuatan kerana perpecahan. Oleh yang demikian penyatuan ummah adalah satu jihad.

Page 14: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Memajukan ekonomi akan menyumbang kepada perjuangan di jalan Allah dan mempertahankan umat Islam dari tertindas. Dalam ertikata lain tindakan memajukan ekonomi dengan tujuan memelihara keamanan, kemajuan dan kesejahteraan negara Islam adalah tergolong dalam erti jihad yang dikehendaki oleh Islam.

• jihad dalam menjadikan seluruh ahli masyarakat berilmu pengetahuan. Ini kerana negara yang stabil dan kuat perlu menguasai segala ilmu yang dimiliki oleh bangsa yang maju.

Page 15: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

KesimpulanKesimpulan• Jihad hendaklah dilihat dalam konteks yang lebih

pelbagai• Jihad perlu dilihat sebagai agen positif dalam

memangkin kejayaan umat Islam menghadapi dominasi Barat

• Jihad tidak boleh disamakan dengan keganasan krn cara & matlamat yg b’beza

• Orang bukan Islam tidak boleh tertipu dengan propaganda Barat yang cuba memecahkan perpaduan dan integriti rakyat (Muslim & Non-muslim) dlm ssebuah negara

• rakyat sesebuah negara perlu bersatu padu dalam menghadapi apa jua cabaran pemikiran dan ekonomi Barat

Page 16: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

ETIKA DALAM SAINSETIKA DALAM SAINS

Page 17: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Etika dalam SainsEtika dalam Sains• Berkaitan rapat dgn pemikiran Barat thdp sains &

peranannya utk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka; diransang oleh semangat inkuiri (ingin tahu)

• Sains merupakan ilmu yang sistematik (yg boleh diuji kebenarannya). Prinsip sains menekankan objektifikasi, empirikal, sekular, kualitatif.

• Berasaskan falsafah teras, iaitu kaedah kajian sistematik yg menggunakan sukatan mutlak. Ia m’anggap bhw semua perkara mampu dikaji oleh manusia dgn m’gunakan sukatan mutlak.

• Utk membolehkan pengetahuan sains b’kembang, etika dlm penyelidikan sains tertumpu kpd kaedah-kaedah dlm sesuatu kajian tersebut.

Page 18: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Etika dalam penyelidikan sains bertujuan memastikan kajian2 dilakukan tanpa gangguan yg boleh mudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.

• Masalah penyelidikan sains adalah pulangan ekonomi hasil drpd penyelidikan tersebut. Cth: syarikat gergasi Barat yg memiliki hak paten (patent) ke atas ubat-ubatan mampu menolong kesihatan manusia, ttp mrk tidak membenarkan ubat-ubatan ini dibuat dgn harga yg murah tanpa bayaran royalti.

• Kehidupan moden hari ini banyak dibayangi oleh prinsip-prinsip keuntungan yang mengatasi rasa dan semangat kemanusiaan

Page 19: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Sekularisme– Berasal drpd kata Latin ‘saeculum’:keduniaan– Selari dengan kemunculan sains moden/tulen akibat

perkembangan ilmu yang dipindahkan daripada Tamadun Islam– Tamat era Zaman Gelap di Eropah dan muncul masyarakat

saintifik, rasional dan moden yang berteraskan sains (abad 16)– Penentangan terhadap kuasa gereja dan monarki– Muncul gerakan-gerakan pemikiran, spt. Philosophes di Itali,

positivist di Perancis dll. – Melahirkan idea dan pemikiran baru menggantikan amalan

keagamaan; sains menjadi ‘tuhan’ baru di Eropah– Kesan sekularisme- memisahkan keadaan hidup sosial manusia

dengan nilai-nilai keagamaan

Page 20: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Darwinisme– Bermula dengan teori evolusi; menggunakan istilah ‘species’,

konsep ‘natural selection’, ‘survival of the fittest’– Evolusi bererti perubahan akan berlaku menurut tahap t’tentu

dr bentuk mudah kpd lebih kompleks– Menyatakan pembentukan makhluk akan berkembang

dipengaruhi oleh persekitaran (natural selection)– Menolak kewujudan tuhan (creator) berasaskan teori evolusi;

kehidupan bergerak sendiri secara natural– Tiada etika; melahirkan sifat-sifat kebuasan (survival of the

fittest)– Prinsip Darwin memberi sumbangan pd peringkat awal dalam

teori sains dan sosiologi; tetapi kini telah tertolak

Page 21: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Empirisisme– Bererti bahawa ilmu yang didapati

daripada pengamalan (praktik) menjadi punca pengetahuan

– Ukuran setiap kemajuan manusia hanya dari sudut kebendaan (fizikal)

– Kerohanian diketepikan sebab ia tidak dapat dijelaskan oleh bukti empirikal

Page 22: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Saintisme (scientism)– Ideologi yang menekankan bahawa sains lebih penting drpd

perkara lain– Di Barat, sains menjadi falsafah kehidupan; muncul

saintologi (scientology) atau positivism menjadi satu agama;(religious system based on study of knowledge) untuk mencari kebenaran

– Berpengaruh dalam penetapan metod. sains; sebahagian mereka tidak menganggap sains sosial sebagai suatu ‘sains’

– Abad ke 19; muncul aliran ‘agama’ positivsm di Perancis oleh Auguste Comte

– Sains untuk sains; sains adalah ‘nature’ (nilai-nilai sekular)– Setiap tujuan akan mengharuskan semua cara/tindakan

(matlamat menghalalkan cara); berlainan dengan prinsip yang dicadangkan Islam

Page 23: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Penyalahgunaan Sains Penyalahgunaan Sains TeknologiTeknologi

• Pengklonan; umumnya digunakan dalam bidang pertanian, penternakan, kesihatan untuk melahirkan baka baik. Cth: kambing biri-biri (Dolly) diklon pd 1997 oleh Dr. Ian Wilmut.– penyelewengan wujud apabila ada usaha hendak

mengklon manusia – Britain memperkenalkan Human Embryology Act

(2001) yg menjadi perdebatan kalangan saintis• IT; berlaku pemalsuan maklumat, menggodam

sistem komputer, penyebaran fitnah, virus internet, penularan pornografi, cetak rompak dll.

Page 24: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Perlumbaan senjata; negara-negara Barat berlumba mendapatkan teknologi senjata moden sebagai alat persaingan menguasai sumber dunia– Bom atom diguna semasa Perang Dunia II– Penggunaan teknologi nuklear, senjata biologi

(cth: anthrax), senjata kimia, spt: chlorine, mustard gas (1900’s), novichok nerve agents (1990’s)

– Pembaharuan dan penyelidikan dalam persenjataan dan ketenteraan

– Radar satelit untuk mengesan maklumat risikan berkenaan kekuatan ketenteraan negara-negara lain

Page 25: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

• Kerosakan alam persekitaran; menimbulkan krisis dalam kehidupan manusia pada era global– Kemerosotan sumber air dan tenaga– Bencana alam– Sisa-sisa kimia buangan– Kepupusan habitat flora dan fauna

Page 26: persepsi jihad dan etika dlm sains

FCH-TITAS

Cabaran dan PenyelesaianCabaran dan Penyelesaian• Perlu mengembalikan peranan dan fungsi

sebenar dalam kemajuan sains dan teknologi

• Sebagai alat yang memberi manfaat kepada manusia

• Konflik idea antara Barat-Islam; dalam Islam sains memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah, barat-pemuasan diri dan intelektual semata-mata

• Sains diperalat oleh sebilangan kelompok tertentu bukan untuk kepentingan sejagat