persepsi guru pendidikan islam terhadap … · professional and fellow workers aspect is on a high...

27

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that
Page 2: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that
Page 3: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP TANGGUNGJAWAB

PELAKSANAAN ETIKA PROFESION PERGURUAN

NOR SYAKIRAH BINTI SAMSUNI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 4: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that
Page 5: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda yang tercinta

Kaulah segalanya buat diri anakanda

Kasihmu, segala doronganmu, sokonganmu dan pengorbananmu dari kecil hingga

kini

Tidak mungkin anakanda terbalas

Terima kasih tidak terhingga kerana mendidik anakanda tentang kehidupan

Adinda yang tersayang

Kasihmu dan gelak tawamu penawar duka

Pemberi semangat menuju citaku

Dapatku tempuh onak liku

Terima kasih adindaku

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati

Ilmu yang dicurah tidak terhingga

Umpama air di lautan

Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Kehadiran kalian menemani daku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan

Sentiasa disisi suka dan duka

Semoga ukhuwah terbina kekal selamanya

Terima Kasih Segalanya...

Page 6: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan bagi keluarga dan

sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat inayah-Nya dapatlah pengkaji menyiapkan

dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Azhar Muhammad selaku penyelia

Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan

dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah

beliau curahkan akan mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT.

Ucapan terima kasih ini turut ditujukan kepada semua guru di sekolah-

sekolah di daerah Johor Bahru, rakan-rakan yang banyak membantu dalam

menyiapkan projek ini. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT

sahaja dapat membalasnya. Amin

Page 7: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan mengetahui persepsi guru Pendidikan Islam terhadap

tanggungjawab pelaksanaan etika profesion perguruan. Seramai 62 orang responden

terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam sekolah

kebangsaan daerah Johor Bahru. Borang soal selidik ini mengandungi 44 soalan

berdasarkan objektif kajian iaitu dari aspek profesion dan rakan sejawat, pelajar dan

ibu bapa serta masyarakat dan negara. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah

α = 0.946. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages

for the Social Sciences for windows version 13.0 (SPSS) dan dipersembahkan secara

deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhan,

hasil kajian menunjukkan bahawa aspek profesion dan rakan sejawat berada pada

tahap tinggi iaitu pada nilai min 4.43 diikuti dengan aspek pelajar dan ibu bapa ialah

4.15 dan aspek masyarakat dan negara ialah 4.08. Oleh yang demikian, beberapa

cadangan turut dikemukakan.

Page 8: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

vi

ABSTRACT

The main purpose of this study is to identify the Islamic education teacher’s

perception towards the responsibility of the implementation the teacher’s

professional ethic. A total of sixty two respondents from primary school Islamic

Educational teacher in Johor Bahru were involved in this study. The questionnaire

contains of 44 items including three objectives that are professional and fellow

worker’s aspect, students and parents aspect and community and nation aspect. The

reliability value of the study instrument of this study is α = 0.946. The data obtained

from the study has been analyzed using statiscal packages for the social sciences

(SPSS) 13.0 for windows and presented in a descriptive manner using frequency,

percentage and mean methods. Overall, the results of this study shows that the

professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of

4.43, followed by students and parents aspect that is 4.15 and community and nation

aspect 4.08. Therefore, a number of suggestions has been proposed.

Page 9: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Takrifan Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Guru Pendidikan Islam 9

1.8.3 Tanggungjawab 9

1.8.4 Pelaksanaan 10

1.8.5 Etika Profesion Perguruan 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 12

2.3 Falsafah Pendidikan Islam 15

2.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 15

2.5 Etika dan Norma Profesion Perguruan 18

2.6 Tatasusila Guru 22

2.7 Kajian Lepas 24

2.8 Kesimpulan 25

Page 11: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Analisis Data 33

3.9 Kesimpulan 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Bahagian A: Demografi 36

4.3 Analisis Bahagian B 38

4.3.1 Persepsi Guru Pendidikan Islam

terhadap Tanggungjawab Mengamalkan

EPP dari Aspek Profesion dan

Rakan Sejawat 38

4.3.2 Persepsi Guru Pendidikan Islam

terhadap Tanggungjawab Mengamalkan

EPP dari Aspek Pelajar dan Ibu Bapa 46

4.3.3 Persepsi Guru Pendidikan Islam

terhadap Tanggungjawab Mengamalkan

EPP dari Aspek Masyarakat dan Negara 54

4.4 Purata Min Keseluruhan Persepsi Guru

Pendidikan Islam Terhadap Tanggungjawab

Pelaksanaan EPP 62

4.5 Kesimpulan 62

Page 12: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.2.1: Bahagian A: Demografi 64

5.2.2: Bahagian B: Tanggungjawab

Mengamalkan Etika Profesion

Perguruan dari Aspek Profesion dan

Rakan Sejawat 65

5.2.3: Bahagian B: Tanggungjawab

Mengamalkan EPP dari Aspek Pelajar

dan Ibu Bapa 66

5.2.4: Bahagian B: Tanggungjawab

Mengamalkan EPP dari Aspek Masyarakat

dan Negara 68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN

Page 13: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Senarai Nama Sekolah di Daerah Johor Bahru 28

3.2 Tahap Pemeringkatan Skor di dalam Skala Likert 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 37

4.5 Taburan Skor Item 1 38

4.6 Taburan Skor Item 2 39

4.7 Taburan Skor Item 3 39

4.8 Taburan Skor Item 4 40

4.9 Taburan Skor Item 5 40

4.10 Taburan Skor Item 6 41

4.11 Taburan Skor Item 7 41

4.12 Taburan Skor Item 8 42

4.13 Taburan Skor Item 9 43

4.14 Taburan Skor Item 10 43

4.15 Taburan Skor Item 11 44

4.16 Taburan Skor Item 12 44

4.17 Taburan Skor Item 13 45

4.18 Taburan Skor Item 14 45

4.19 Taburan Skor Item 15 46

4.20 Taburan Skor Item 16 46

4.21 Taburan Skor Item 17 47

4.22 Taburan Skor Item 18 48

4.23 Taburan Skor Item 19 48

4.24 Taburan Skor Item 20 49

4.25 Taburan Skor Item 21 49

Page 14: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

xii

4.26 Taburan Skor Item 22 50

4.27 Taburan Skor Item 23 50

4.28 Taburan Skor Item 24 51

4.29 Taburan Skor Item 25 51

4.30 Taburan Skor Item 26 52

4.31 Taburan Skor Item 27 52

4.32 Taburan Skor Item 28 53

4.33 Taburan Skor Item 29 53

4.34 Taburan Skor Item 30 54

4.35 Taburan Skor Item 31 54

4.36 Taburan Skor Item 32 55

4.37 Taburan Skor Item 33 55

4.38 Taburan Skor Item 34 56

4.39 Taburan Skor Item 35 57

4.40 Taburan Skor Item 36 57

4.41 Taburan Skor Item 37 58

4.42 Taburan Skor Item 38 58

4.43 Taburan Skor Item 39 59

4.44 Taburan Skor Item 40 59

4.45 Taburan Skor Item 41 60

4.46 Taburan Skor Item 42 60

4.47 Taburan Skor Item 43 61

4.48 Taburan Skor Item 44 61

4.49 Min Keseluruhan Persepsi Guru Pendidikan Islam

terhadap Tanggungjawab Pelaksanaan EPP 62

Page 15: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

xiii

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

EPP Etika Profesion Perguruan

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GPI Guru Pendidikan Islam

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KS Kurang Setuju

S Setuju

SAW Sallallahu Alaihi Wassalam

SPSS Statistical Packages for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Instrumen kajian soal selidik

B Nilai Alpha kajian rintis

C Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 17: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Nilai dan etika sangat penting untuk mencapai pembangunan serta kemajuan

pentadbiran negara. Nilai dan etika menjadi asas dan pegangan dalam tingkah laku

penjawat-penjawat awam. Tanpa nilai dan etika, penjawat-penjawat awam akan

bertindak mengikut perasaan dan terlibat dalam amalan pengurusan yang tidak sihat.

Oleh yang demikian, dalam usaha menuju wawasan 2020 untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya saing, salah satu

cabaran yang perlu dihadapi oleh negara adalah mewujudkan sebuah masyarakat

yang bermoral dan beretika tinggi. Sehubungan itu, satu frame work nilai dan etika

kerja telah digubal berdasarkan kefahaman tentang peranan pentadbiran awam bagi

membentuk satu budaya kerja yang positif dan cemerlang serta menepati peraturan

dan disiplin dalam bertugas. Secara tidak langsung ia juga berkaitan dengan bidang

profesion perguruan dan etika profesion perguruan yang perlu dijiwai oleh semua

guru. Kewujudan etika profesion perguruan (EPP) dalam profesion perguruan ini

menunjukkan bahawa adanya satu badan yang mengawal tindakan dan tingkah laku

seorang guru.

Page 18: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

2

Guru yang beretika menunjukkan guru yang bersistematik dan berdisiplin

dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Oleh itu, dengan adanya etika

para guru berupaya mengawal tingkah laku mereka dan dapat memberikan komitmen

yang jitu kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Menurut Atan Long (1984: 60), kepentingan peranan guru itu memang tidak

dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman moden ini

melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Tidak ketinggalan juga guru yang

mengajar dalam Pendidikan Islam iaitu guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan

tugas yang sama seperti mana guru lain dalam mendidik para pelajar, tanggungjawab

kepada rakan sejawat, masyarakat dan negara. Maka menyampaikan ilmu secara

sukarela dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi

pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam, firman-Nya:

äí ÷Š$# 4’ n< Î) È≅‹ Î6 y™ y7 În/u‘ Ïπyϑ õ3Ït ø: $$ Î/ Ïπ sàÏã öθ yϑ ø9$#uρ Ïπ uΖ|¡pt ø: $# ( Οßγ ø9ω≈ y_ uρ © ÉL ©9$$ Î/ }‘Ïδ ß⎯|¡ôm r& 4

¨β Î) y7 −/u‘ uθ èδ ÞΟn= ôã r& ⎯yϑ Î/ ¨≅|Ê ⎯tã ⎯Ï& Î#‹Î6 y™ ( uθ èδ uρ ÞΟn= ôã r& t⎦⎪ ωtG ôγ ßϑ ø9$$ Î/ ∩⊇⊄∈∪

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan

hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan

berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara

yang lebih baik”.

( Surah al-Nahl, 16: 125)

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini adalah di kalangan guru

Pendidikan Islam (GPI) untuk meninjau sejauh mana persepsi mereka terhadap

tanggungjawab pelaksanaan EPP pada hari ini.

Page 19: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Abd.Rahim Abd Rashid (2007: 168) dalam Rancangan Malaysia ke-

7 (1996-2000) etika adalah satu unsur yang penting bagi membina masyarakat

Malaysia yang bermoral dan berhemah dan bersih daripada sebarang bentuk

penyelewengan. Dasar kerajaan dalam soal ini menegaskan:

“Nilai kerohanian, moral dan etika perlu dipupuk dalam usaha

menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti yang dihasratkan

dalam wawasan 2020. Sistem nilai yang murni menekankan moral

dan etika berasaskan agama, adat tradisi. Nilai tersebut akan diberi

penekanan sebagai komponen penting dalam menuju ke arah negara

perindustrian sepenuhnya. Bagi memupuk amalan nilai dan etika

yang positif, sifat yang baik seperti berdisiplin, bekerja kuat,

berintegriti, berdaya tahan, bertoleransi, berjimat, jujur dan

menghormati orang yang lebih tua yang menjadi ciri kehidupan sosial

masyarakat Malaysia akan terus disemai melalui sistem pendidikan,

organisasi dan pertubuhan perniagaan serta program kekeluargaan.

Nilai moral dan tingkah laku beretika akan diberi keutamaan dan

pengiktirafan.”

Namun sejak akhir-akhir ini terdapat berbagai-bagai isu dan persoalan yang

berlaku dalam profesion perguruan menyebabkan imej dan profesionalisme

perguruan kini semakin tergugat. Personaliti guru dari segi tahap motivasi

mempunyai perkaitan rapat dengan sikap, nilai dan komitmen dalam melaksanakan

kerja yang dikatakan rendah mutunya akan memberi kesan negatif terhadap dunia

pendidikan dan masa depan negara. Guru berupaya mencorakkan para pelajarnya

menjadi seorang doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Begitu juga halnya kepada

guru Pendidikan Islam di mana mereka menjalankan kewajipan mendidik dengan

berteraskan al-Quran dan al-Sunnah agar para pelajar yang dididik ini menjadi insan

berakhlak mulia. GPI di sekolah menjadi satu model dan acuan yang terbaik dalam

pembentukan sahsiah pelajar. Ia juga merupakan salah satu daripada elemen yang

Page 20: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

4

terkandung dalam kod EPP yang dijadikan sebagai garis panduan kepada setiap

pendidik.

Namun, akhir-akhir ini terdapat kecaman yang ditujukan kepada guru di

mana ia telah memberi kesan negatif terhadap guru yang tidak terlibat dalam

permasalahan ini, “ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga”. Antaranya ialah dalam

Harian Metro, Selasa, 19 Jun 2007 terpapar tajuk “Guru Besar Kaki Ponteng”.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan aduan oleh ibu bapa murid di balai polis di Johor

Bahru. Guru besar seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada guru-

guru dan para pelajar. Walau bagaimanapun, kesan daripada artikel ini telah

menjatuhkan krediabiliti guru besar di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan

laporan akhbar Metro Khamis, 21 Jun 2007 berkaitan perlakuan guru tahfiz yang

mencabul kehormatan pelajar di Shah Alam. Selain itu, terdapat juga guru

Pendidikan Islam yang terlibat dalam permasalahan ini tanpa disedari antaranya guru

agama kurang komited dalam menjalankan tugas. Berita ini sedikit sebanyak

menjatuhkan imej guru dan profesion keguruan yang selama ini dipercayai tinggi dan

mulia oleh masyarakat. Berdasarkan situasi kepada permasalahan ini, apabila

dihalusi dengan pemikiran yang tajam pengkaji merasakan perlu dibuat kajian

tentang persepsi GPI terhadap tanggungjawab pelaksanaan EPP.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak akhir-akhir ini masyarakat dikejutkan dengan beberapa berita yang

membicarakan tentang pandangan dan komen pihak ibu bapa ke atas guru

Pendidikan Islam yang kurang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang

telah diamanahkan terhadap mereka antaranya berkaitan penglibatan guru

Pendidikan Islam dalam ko-kurikulum, guru Pendidikan Islam yang kurang

berdisiplin, tidak berakhlak mulia, ponteng mengajar dan sebagainya. Walaupun

hanya segelintir daripada mereka ini telah melanggar EPP yang sepatutnya menjadi

pegangan dan ikutan dalam profesion perguruan. Hal ini menyebabkan masyarakat

dan ibu bapa memandang serong terhadap guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam

Page 21: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

5

permasalahan tersebut. Malah tanggapan ibu bapa dan masyarakat kemungkinan

akan turut terpalit ke atas guru Pendidikan Islam yang tidak terlibat dalam masalah

ini. Implikasi permasalahan ini bukan hanya tertumpu kepada guru Pendidikan Islam

yang terbabit semata-mata, namun dikhuatiri kesannya akan berpindah kepada

pelajar dan akan menjadi ikutan para pelajar.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengetahui dan memastikan

sama ada GPI turut terlibat dalam permasalahan ini atau tidak dan adakah GPI

bertanggungjawab dalam melaksanakan EPP sepanjang bergelar seorang guru.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi

berkenaan aspek komitmen dan tanggungjawab GPI terhadap EPP dari segi

pelaksanaannya. Manakala secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

i. Mengenal pasti persepsi GPI terhadap tanggungjawab mengamalkan EPP

dari

aspek profesion dan rakan sejawat.

ii. Mengenal pasti persepsi GPI terhadap tanggungjawab mengamalkan EPP

dari

aspek pelajar dan ibu bapa.

iii. Mengenal pasti persepsi GPI terhadap tanggungjawab mengamalkan EPP

dari

aspek masyarakat dan negara.

Page 22: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

6

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan daripada objektif kajian, persoalan kajian utama ialah:

i. Apakah persepsi GPI terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan EPP dari

aspek profesion dan rakan sejawat?

ii. Apakah persepsi GPI terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan EPP dari

aspek pelajar dan ibu bapa?

iii. Apakah persepsi GPI terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan EPP dari

aspek masyarakat dan negara?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini penting kerana ia dapat memberi gambaran yang

jelas berkaitan EPP kepada pelbagai pihak. Dapatan ini berupaya membantu pihak

tertentu dalam menambahbaik lagi pelaksanaan EPP terhadap guru-guru dari tiga

aspek iaitu aspek profesion dan rakan sejawat, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat

dan negara.

1.6.1 Kepentingan kajian kepada bakal guru Pendidikan Islam

Dapatan kajian ini akan memberi jawapan sebenar terhadap tanggapan

masyarakat selama ini tentang tanggungjawab para pendidik sama ada telah longgar

Page 23: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

7

atau kurang dipraktikkan dengan sebetul-betulnya. Di samping itu, kajian ini juga

dapat membantu para pengkaji lain pada masa akan datang yang berminat untuk

mengkaji dengan lebih terperinci berkaitan tentang EPP di kalangan guru.

1.6.2 Kepentingan kajian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Diharap kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dalam menangani masalah guru dalam tanggungjawab melaksanakan EPP. Malah

berupaya untuk merancang pelbagai program yang dapat memberi kesedaran kepada

guru-guru dalam menjalani tanggungjawab melaksanakan EPP. Ia bersesuaian

dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk memartabatkan

profesion perguruan.

1.6.3 Kepentingan kajian kepada pihak universiti

Dapatan kajian ini dapat membantu pihak universiti memperbanyakkan lagi

program menerapkan berkenaan dengan aspek nilai dan moral mahasiswa dalam

bidang perguruan agar mereka dapat memainkan peranan dengan penuh rasa

tanggungjawab ketika menjawat jawatan sebagai seorang guru di sekolah.

Keberhasilan ini berupaya mencerminkan bahawa pihak universiti akan membuat

suatu anjakan paradigma dalam menghasilkan graduan yang mempunyai nilai-nilai

etika yang cemerlang.

1.6.4 Kepentingan kajian kepada masyarakat dan ibu bapa

Kajian ini penting kepada masyarakat dan ibu bapa, agar mereka dapat

menilai dan mendapat jawapan kepada persoalan adakah guru tidak menjalankan

tanggungjawab sepertimana yang tercatat di dalam EPP atau kenyataan yang telah

dipaparkan di akhbar itu sebagai batu loncatan kepada pihak ibu bapa dan

masyarakat terhadap guru.

Page 24: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

8

1.6.5 Kepentingan kajian kepada para penyelidik

Diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para

penyelidik seterusnya dalam membuat kajian lanjutan berkaitan pelaksanaan etika

dalam kalangan guru. Ia juga memberikan satu peluang kepada penyelidik untuk

melihat secara lebih terperinci mengenai permasalahan etika di kalangan guru.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas GPI sekolah kebangsaan di daerah Johor

Bahru dan bersesuaian dengan objektif yang telah dirangka oleh pengkaji. Matlamat

kajian ini untuk mengenal pasti persepsi GPI terhadap tanggungjawab dalam

mengamalkan EPP. Rasionalnya kajian ini dilaksanakan di sekolah-sekolah

kebangsaan daerah Johor Bahru kerana antara kejadian dan kecaman yang dituju

adalah ke atas guru sekolah di Johor Bahru.

1.8 Takrifan Istilah

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1193) persepsi bermaksud

gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan

menerusi pancaindera atau tanggapan. Persepsi menurut Azizi Yahya (2005: 115)

dalam bidang psikologi, persepsi didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan

Page 25: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

9

dalam hati atau fikiran tentang sesuatu. Ini termasuklah mengenal pasti,

membezakan, menganggar dan mengiktiraf sesuatu melalui pendapat sendiri.

Persepsi yang dimaksudkan dalam kajian ini dilihat dalam aspek pandangan atau

tanggapan GPI tentang EPP.

1.8.2 Guru Pendidikan Islam

1.8.2.1 Guru

Menurut Tesaurus Melayu Moden (1994: 88) guru bermaksud pendidik,

pengasuh, ustaz, ustazah, profesor, kiai atau cikgu. Maksud guru dalam kajian ini

ialah guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah di daerah Johor Bahru.

1.8.2.2 Pendidikan Islam

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005: 198) pendidikan bermaksud

ajaran, latihan, tarbiah, pelajaran, bimbingan, asuhan dan tunjuk ajar. Manakala

menurut Kamus Munjid Fi al-Lughah Wa Alam (1986: 44) Islam bermaksud agama

yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW Pendidikan Islam yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru yang beragama Islam dan mengajar dalam

pendidikan Islam. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Islam yang dimaksudkan

dalam kajian ini ialah guru yang mengajar tentang Pendidikan Islam di sekolah

kebangsaan daerah Johor Bahru.

1.8.3 Tanggungjawab

Page 26: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

10

Menurut Kamus Za’ba (2000: 1110), tanggungjawab bermaksud kewajipan

seseorang, segala yang wajib ditanggung. Dalam kajian ini tanggungjawab

bermaksud peranan yang diamanahkan ke atas GPI untuk mengamalkannya.

1.8.4 Pelaksanaan

Maksud pelaksanaan menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003: 1502)

ialah proses (perihal, perbuatan) melaksanakan (keputusan, rancangan, tugas dan

sebagainya). Dalam kajian ini istilah pelaksanaan bermaksud GPI perlu melakukan

apa yang telah diamanahkan dan mematuhi EPP.

1.8.5 Etika Profesion Perguruan

1.8.5.1 Etika

Menurut Kamus Za’ba (2000: 335) etika bermaksud yang dijadikan pegangan

semasa menjalankan tugas. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2007: 168), etika

ialah tatasusila, peraturan, unsur-unsur moral yang tinggi yang dipertahankan untuk

kebaikan, kesejahteraan dan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan orang

ramai terhadap sesuatu profesion. Etika yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

tatasusila dan peraturan yang telah digariskan oleh KPM untuk semua guru.

1.8.5.2 Profesion

Menurut Tesaurus Melayu Moden (1994: 253) profesion bermaksud

pekerjaan, jawatan, kerjaya, kerja dan bidang. Profesion yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah bidang pekerjaan yang memerlukan latihan khas.

Page 27: PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP … · professional and fellow workers aspect is on a high level value with the mean of 4.43, followed by students and parents aspect that

11

1.8.5.3 Perguruan

Menurut Kamus Za’ba (2000: 412) perguruan bermaksud yang berkaitan

dengan guru. Perguruan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru yang

mengajar di sekolah berkaitan dengan pengajaran.

1.8.5.4 Etika Profesion Perguruan

Menurut Esah Sulaiman (2003: 43) etika profesion perguruan bermaksud satu

set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar,

rakan sejawat dan ibu bapa. EPP yang dimaksudkan dalam kajian pengkaji ialah

suatu peraturan yang telah ditetapkan ke atas seorang guru dan perlu dipatuhi oleh

setiap guru Pendidikan Islam.

1.9 Kesimpulan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan tentang perkara-perkara yang

dikaji berdasarkan tajuk kajian. Bermula dengan pengenalan dan diakhiri dengan

kesimpulan. Oleh yang demikian, bab ini akan menjadi panduan utama dalam

meneruskan pengkajian.