persatuan sukan malaysia

17
Persatuan Bola Sepak Malaysia

Upload: amykoty

Post on 29-Jun-2015

3.283 views

Category:

Sports


2 download

DESCRIPTION

PPISMP PJ 2013 Institute Pendidikan Guru Kampus Perlis

TRANSCRIPT

Page 1: Persatuan sukan malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia

Page 2: Persatuan sukan malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia.

Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia.

Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia.

Page 3: Persatuan sukan malaysia

Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja.

Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA.

Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Page 4: Persatuan sukan malaysia
Page 5: Persatuan sukan malaysia

Persatuan Bola Tampar Malaysia

Page 6: Persatuan sukan malaysia

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola  Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang.

Page 7: Persatuan sukan malaysia

MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang.

Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura.

Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

Page 8: Persatuan sukan malaysia

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA.

Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.

Page 9: Persatuan sukan malaysia

Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu.

Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1990,  permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM.

Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

Page 10: Persatuan sukan malaysia

Persatuan Badminton Malaysia

Page 11: Persatuan sukan malaysia

Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan,dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya yang pertama.

Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah memenangi semula Piala Thomas. 

Beliau memimpin BAM selama 25 tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua.

Page 12: Persatuan sukan malaysia

Tugas utama BAM ialah memajukan permainan badminton negara, melaluipelbagai perancangan dan aktiviti seperti menganjurkan :

Kejohanan Badminton AsiaKejohanan Terbuka MalaysiaKejohanan Peringkat RemajaSirkit Grand Prix Kebangsaan dan DuniaKejohanan Piala Thomas/UberLain-lain

Page 13: Persatuan sukan malaysia

BWF World Ranking

(Persekutuan Badminton Dunia atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan dunia Badminton.)

Page 16: Persatuan sukan malaysia

Kesatuan Olahraga Malaysia

Page 17: Persatuan sukan malaysia

Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga.

Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga.

Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).