persatuan alumni doktor pendidikan (ed.d) universiti

16
ALUMNI ALUMNI BULETIN MINI BULETIN MINI DR. SHAHIRON PRESIDEN PERTAMA PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SELANGOR (PAUS) PENERAJU TRANSFORMASI PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (E d.D) UNIVERSITI SELANGOR KINI SAH BERDAFTAR 2 HARIKRISHNAN KINI BEBAS DARI PENYAKIT KANSER 5 PENGALAMAN ALUMNI DIJADIKAN PANDUAN UNTUK MERANCANG KERJAYA 11 UNIVERSITI SELANGOR EDISI OGOS 2016 NASKAH PERCUMA ALUMNI.UNISEL.EDU.MY

Upload: doantram

Post on 04-Jan-2017

302 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

ALUMNIALUMNIB U L E T I N M I N IB U L E T I N M I N I

D R . S H A H I R O N P R E S I D E N P E R T A M AP E R S A T U A N A L U M N I U N I V E R S I T I S E L A N G O R ( P A U S )

P E N E R A J U T R A N S F O R M A S I

P E R S A T U A N A L U M N ID O K T O R P E N D I D I K A N( E d. D ) U N I V E R S I T IS E L A N G O R K I N IS A H B E R D A F T A R

2 H A R I K R I S H N A N K I N IB E B A S D A R I P E N Y A K I TK A N S E R5 P E N G A L A M A N A L U M N I

D I J A D I K A N P A N D U A NU N T U K M E R A N C A N GK E R J A Y A

11

UNIVERSITI SELANGOR

EDISI OGOS 2016 NASKAH PERCUMA ALUMNI.UNISEL.EDU.MY

Page 2: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

SEKAPUR SIREHSEULAS PINANG

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREHSEULAS PINANG

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua alumni UNISEL.

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana denganizin dan limpah kurnia-Nya, buat pertama kali Buletin MiniAlumni UNISEL ini dapat disiapkan bagi keluaran Julai 2016.Semoga ianya dipermudahkan. Kepada yang membantuterima kasih diucapkan, hanya Allah s.w.t sahaja yang dapatmembalas jasa anda semua.

Diharapkan penerbitan Buletin Mini UNISEL ini dapatdimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak terutamapara alumni dan warga UNISEL amnya. Penerbitanbuletin mini ini adalah bertujuan bagi memaparkan segala

Akhir kata, syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam pembikinanbuletin ini. Mohon maaf atas kesilapan mahupun kekurangan bagi edisi sulongini kerana kita manusia biasa semestinya tidak terlepas dalam melakukankesilapan. Pihak kami sedia menerima komen dan pandangan dari parapembaca bagi tujuan penambahbaikkan agar Buletin Alumni UNISEL keluaranseterusnya akan menjadi lebih mantap dan mencapai tujuan penerbitannya.

Sekian, assalamualaikum dan salam sejahtera.

ISI KANDUNGAN

Sebarang pertanyaan hendaklahdialamatkan kepada:Pejabat Pemasaran, Kemasukan danAlumni Tingkat Bawah,Bangunan Satelit Jalan Zirkon A7/A,Seksyen 7 40000 Shah Alam SELANGOR

Tel : +603-5522 3417Email : [email protected] : www.alumni.unisel.edu.my

Buletin Alumni UNISEL mengalu-alukansebarang penulisan rencana, cadangan ataukomentar yang membina.

Penaung :Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan bin OthmanPresiden dan Naib Canselor

Penasihat :Puan Nor Aisyah binti Md IdrisPengarah Pemasaran, Kemasukan dan Alumni

Editor : Prof. Madya Datin Dr. Hajjah Asmah binti AhmadTimbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti PendidikanDan Sains Sosial

Pengarang : En. Afif bin KhairiEksekutif,Pejabat Pemasaran, Kemasukan dan Alumni

Seni Reka:En. Afif bin Khairi Designed by Starline - Freepik.com

Dr. Shahiron Presiden PertamaPersatuan Alumni Universiti Selangor (PAUS)

Persatuan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D)Universiti Selangor Kini Sah Berdaftar

Perjumpaan Alumni Staf Bersama Timbalan Naib Canselor Penbangunan Pelajardan Jaringan Komuniti

Nurul Izzah Ahmad Penerima AnugerahPemenang Ikon Media

Sidang Editorial

Harikrishnan Kini Bebas Daripada PenyakitKanser

Aymen Ayub Kini Lebih Kerap MenyambutAidilfitri Di Malaysia

Pengalaman Alumni Dijadikan Panduan UntukMerancang Kerjaya

Reunion Alumni Peers Guidance Club (PGC)Mengamit Memori Lama

Ucapan Raya Dari Para Alumni

1234579

11

AFIF BIN KHAIRIEksekutif,Pejabat Pemasaran, Kemasukan dan AlumniMerangkapPengarang Buletin Mini Alumni

12

aktiviti dan perkembangan serta kejayaan ahli alumniuntuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan segala ceritayang diterbitkan dapat menjadi inspirasi dan contoh

teladan. Namun begitu tidak banyak yang dapat dikongsikan pada ketika inikerana penerbitan buletin ini masih diperingkat awal. Adalah diharapkan agarsemua warga UNISEL serta alumni dapat menyokong usaha murni ini dan akanmenghasilkan lagi buletin seterusnya dengan isi cerita dan kandungan yang lebihmenarik dan berupaya menarik pembacaan dan pengaruh masyarakat luar.Sehubungan itu, sumbangan atau perkongsian cerita serta artikel dari paraalumni amat dialu-alukan dalam penerbitan akan datang.

Page 3: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

Telah diketahui bahawa Dr Shahiron Shahidan adalah merupakan Presidenpertama Persatuan Alumni Universiti Selangor, atau lebih dikenali sebagaiPAUS. Namun mungkin ramai yang tidak mengenali siapa sebenarnya disebalik nama itu.

Beliau yang berasal dari Kangar, Perlis dan lahir pada tahun 1983 kinimerupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan UniversitiTun Hussein Onn Malaysia. Bekas anak didik Sekolah Kebangsaan KampungSalang ini melanjutkan pengajiannya di Universiti Selangor (UNISEL) padatahun 2003 dengan mengambil kursus Pengajian Tahun Asas (Kejuruteraan),dan pada tahun 2004 pula beliau meneruskan pengajian di UNISEL denganmendaftar kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam.

Dr. Shahiron Di MalaysiaTechnology Expo 2016(MTE 2016)

Dr Shahiron Shahidan pernah memegang kedudukan sebagai Naib Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar selama dua tahun iaitu pada tahun 2004 dan2005. Beliau turut aktif sebagai salah seorang fasilitator untuk orientasi

Selepas di UNISEL, beliau menyambung Sarjananya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang KejuruteraanAwam, mengambil major dalam bahagian Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan. Di peringkat DoktorFalsafah, beliau masih menyambung bidang Kejuruteraan Awam dan mengambil major dalam bahagianStructural Engineering/ Structural Health Monitoring/ Non Destructive Testing di Universiti Sains Malaysia.

Bersama Pingat Silver Awardyang dimenangi di ITEX 2016.

Baru-baru ini beliau telah memasuki pertandingan di Innovation Festival dantelah memenangi beberapa pingat. Antara pingat yang dimenanginya adalahpingat perak melalui produk inovasi yang diberi nama ‘Fast Track ModularBuilding System By Utilizing Self Compacting Concrete Containing AsphaltWaste (FTMBS-SCAW)’ bagi kategori International Technology Expo2016[ITEX2016], manakala bagi kategori Innovation Festival 2016 beliaumemenangi pingat emas melalui produk inovasinya ‘Tripslee’. ‘Tripslee’ turutmemenangi Most Innovation Award di dalam acara tersebut.

Dr. Shahiron adalah alumni yang bolehdibanggakan UNISEL, seiring denganpencapaian yang telah beliau kecapinya.Melihatkan dari kejayaan demi kejayaanserta pengalaman yang dimiliki olehDr Shahiron, tidak salah jawatan presiden Alumni dipegang oleh beliau.Pihak kami berharap dengan kepimpinan beliau akan menjadi satu titikpermulaan dan perubahan dalam menaikkan peranan alumni, bukansahaja untuk UNISEL malahan di peringkat global.

Mewakili persatuan untukmenyerahkan cenderahati kepadaYang Berhormat Menteri BesarSelangor

universiti atau lebih dikenali sebagai Minggu Tekad Siswa serta memegang jawatan sebagai Ketua Fasilitatorpada tahun 2005.

PRESIDEN PERTAMA

1 Buletin Alumni

PERSATUAN ALUMNI SHAHIRON

UNIVERSITI SELANGOR (PAUS)

Page 4: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN(Ed.D) UNIVERSITI SELANGOR KINI SAH BERDAFTAR.Pertemuan alumni Doktor Pendidikan Ed.D beberapa bulan lalu di Quality Hotel kini membuahkan hasil, dimana Persatuan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D) Universiti Selangor kini secara rasminya telah berdaftardi bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 31 Mei 2016 yang lalu.

Ditanyakan apakah perancangan setelahtertubuhnya persatuan ini, Dr Mohamad Rafieselaku presiden persatuan berkata, denganmenyedari hakikat Unisel adalah pelopor utamadi Malaysia dalam Program Doktor Pendidikan(Ed. D), maka persatuan berhasrat membantuUNISEL untuk mengembangkan pembelajaranProgram Doktor Pendidikan ini dengan usahauntuk menubuhkan Pusat Pembelajaran Wilayahserta memanafaatkan kaedah E- Learning untukmembolehkan pelajar-pelajar dari dalam dan luar Dr Mohamad Rafie sedang mempengerusikan mesyuarat

pertama sebelum penubuhan persatuan. negara belajar di lokasi mereka berada tanpaperlu hadir di kampus induk UNISEL.

Antara perkara lain yang dirancang oleh persatuan ini adalah ingin mengeluarkan Jurnal Pendidikan yangdikeluarkan secara tetap dan berkala, mengadakan Seminar Pendidikan Antarabangsa di Malaysia secaraberkala serta mengadakan “Public Talk” di Unisel dimana alumni akan menyampaikan tajuk perbincangankhususnya berkaitan penyelidikan mereka.

“Harapan kita persatuan ini akan berusaha untuk memartabatkan pendidikandalam negara serta peka kepada permasalahan-permasalahan pendidikan untukmemastikan Malaysia kehadapan dalam pembangunan manusia seimbang”, kataDr Mohamad Rafie mengakhiri pertanyaan.

Antara alumni yang hadir di mesyuarat penubuhanpersatuan.

Sesi bergambar alumni Doktor Pendidikan (Ed.D) UNISELbersama Naib Canselor UNISEL selepas forum “Peranan Alumni Doktor Pendidikan (Ed.D) UNISEL dalamPembangunan Pendidikan Negara.

Program Ed. D di UNISEL yang bermula tahun 2007 telah berjaya menghasilkanpost graduat setakat 2016 dengan gelaran Doktor Pendidikan seramai 53 orang.Tahniah kepada Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial atas usaha gigih mereka.

2Buletin Alumni

Dr Mohamad Rafie

Page 5: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

PERJUMPAAN ALUMNI (STAF UNISEL)

Pada 14 Mac 2016 telah diadakan Majlis Ramah MesraNaib Presiden / Timbalan Naib Canselor PembangunanPelajar dan Jaringan Komuniti , Prof. Dr. Shaharuddin binBadaruddin bersama Alumni (Staf UNISEL). SesiPercambahan Fikiran Berkaitan Peranan Alumni turutdilaksanakan. Program berjalan di Dewan Pro Canselor,Kampus Shah Alam dan telah dihadiri lebih kurang 50orang alumni. Prof. Dr. Shaharuddin telahmempengerusikan majlis tersebut.

Di dalam ucapan Timbalan Naib Canselor beliaumenyarankan supaya alumni yang kini sudah menjadistaf untuk lebih agresif dalam menggerakkan persatuankerana merekalah antara alumni yang lebih awalmendapat maklumat berkenaan perkembangan mahupun permasalahan UNISEL. Beliau juga turutmenggalakkan para alumni untuk terlibat dalam projek jaringan komuniti dengan membawa namaUNISEL yang sekaligus mampu menyemarakkan nama UNISEL di luar. Majlis tersebut dilihat sebagai titikpermulaan kepada pergerakan alumni UNISEL untuk lebih aktif.

En. Mohd Fariz bin Mohamad Taib, alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.)Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua turut mencadangkan pengumpulandata alumni dilaksanakan secara agresif. Beliau juga yang kini merupakan pensyarah diPusat Pengajian Asasi dan Umum turut mencadangkan UNISEL menjalinkanperhubungan bersama syarikat empunya alumni yang telah berjaya. Di akhirperjumpaan tersebut, kata sepakat semua alumni telah memilih En. MuhammadFairuz bin Bukhari sebagai Ketua Alumni bagi staf UNISEL.

Menjadi harapan alumni agar pertemuan ini merupakan langkah permulaan dalammemperhebatkan lagi peranan alumni UNISEL di masa akan datang.

Prof. Dr Shaharuddin mempengerusikan majlis.

En. Mohd Fariz(empat dari kiri) ketika memberikancadangan kepada pengerusi.

Suasana sepanjang majlis Ramah Mesra Bersama TimbalanNaib Canselor sedang berlangsung.

3 Buletin Alumni

En. Muhammad Fairuzbin Bukhari

BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELORPEMBANGUNAN PELAJAR DAN JARINGAN KOMUNITI

Page 6: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

NURUL IZZAH AHMAD: PENERIMA ANUGERAHPEMENANG IKON MEDIA

Selepas beberapa tahun Majlis Konvokesyen Universiti Selangor ke Lapan berlalu dan menerimaAnugerah Pengerusi, alumni Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat iaitu Nurul Izzah Ahmad sekalilagi diangkat dan kini sebagai penerima Anugerah Pemenang Ikon Media di majlis Hi-Tea with MediaIcon anjuran Pelajar Fakulti Komunikasi dan Media .

Nurul Izzah Ahmad bertugas sebagai Eksekutif di Group Communication Sime Darby Holdings Berhad. Turutmenerima anugerah yang sama adalah saudara Mohd Haikal Abd Jalil, alumni Ijazah Sarjana MudaKewartawanan dan kini bekerja sebagai wartawan di The Sun Daily.

Puan Adlene Aris, penasihat program dan juga pensyarahfakulti Komunikasi dan Media menyatakan pemilihan duaalumni ini adalah berdasarkan kepada kecemerlanganmereka semasa belajar di UNISEL juga kejayaan merekaselepas bergraduat iaitu prestasi dalam kerjayamasing-masing. Mereka merupakan ikon fakulti yang bolehdijadikan contoh dan pemangkin kepada pelajar-pelajarUNISEL semasa.

Majlis pengurniaan anugerah-anugerah tersebutberlangsung di Dewan Pro Canselor UNISEL Shah Alam pada11 April 2016. Presiden dan Naib Canselor UNISEL,Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman telah

merasmikannya. Turut hadir ialah Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Prof. Dr Azmuddin.

Nurul Izzah (lima dari kiri) bersama para pensyarah dan dekan fakulti Komunikasi dan Media (berkemeja putih)

Naib Canselor UNISEL turut hadir bagi merasmikanmajlis Hi-Tea with Media Icon

4Buletin Alumni

Page 7: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

KINI BEBASDARIPADA PENYAKIT KANSER

Pada tahun 2014, UNISEL pernah dimaklumkan bahawa terdapatseorang pelajar menghidap penyakit kanser darah. HarikrishnanManiam atau lebih dikenali sebagai Hari yang merupakan salahseorang pelajar yang aktif di UNISEL memaklumkan bahawa beliaumula sakit teruk adalah selepas tamat latihan industri di sebuahsyarikat swasta pada tahun 2013.

Selepas ditahan ke dalam hospital kerana sakit semakin teruk,beliau disahkan kanser darah tahap empat bagi kategoriNon-Hodgkin Large B-Cell Lymphom. Walaubagaimanapunbeliau tidak berputus asa dengan dugaan yang diberi keranamendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan, sanaksaudara dan paling penting adalah dari ibu bapa sendiri.Beliau bangga menyatakan bahawa ibu bapanya adalah wirasebenar, kerana pengalamannya dijaga rapi seperti bayi yangbaru lahir.

Harikrishnan Maniam

HARIKRISHNAN

Antara sababat beliau yang mula mewar-warkan bantuan kepada semua rakan-rakan, terutama di UNISELadalah saudara Raja Azlan Shah yang merupakan sahabat beliau di dalam Majlis Perwakilan Pelajar danfasilitator UNISEL. Raja Azlan Shah telah menaikkan satu status di facebook dengan berkongsikan ceritadan keadaan Hari pada ketika itu, beliau juga memohon bantuan daripada rakan-rakan lain dari segikewangan mahupun sokongan semangat agar Hari untuk meneruskan kehidupan dan semangat untuksembuh.

Perkongsian status tersebut menjadi meluas, bukan sekadarrakan-rakan di facebook, malah satu Malaysia lebih-lebih lagi dalammasyarakat India. Pihak UNISEL juga tidak terkecuali dalam memberibantuan dengan melancarkan Derma Kilat untuk membantu Haridari segi kewangan dan sumbangan tersebut diserahkan sendiri kerumah Hari dengan diwakilkan oleh beberapa pegawai Hal EhwalPelajar Kampus Shah Alam.

Y.B Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Mentari Pendidikan 1 dan Y.BPuan Lee Kee Hiong yang merupakan ADUN Kuala Kubu Baharuturut memberikan sumbangan. Tidak dilupakan juga pada lebihkurang 1000 orang awam lain yang telah membantu dan menyokongbeliau tidak kira dari segi kewangan mahupun moral.

Gambar beliau sewaktu sakit

5 Buletin Alumni

Page 8: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

Setelah hampir setahun, akhirnya pada 24 Mac 2015 beliaudisahkan bebas dari kanser darah, namun doktor perlumembuat pemantauan pada setiap dua bulan bagi memastikankanser tersebut tidak kembali. Beliau yang merupakan alumniIjazah Sarjana Muda Kewangan kini telah bekerja sebagaiEksekutif Kawalan Dokumen & Jurulatih Koporat, Hal EhwalKualiti Koporat di AirAsia X Berhad.

Beliau mengatakan sangat terharu dengan semua sokongan danbantuan yang telah diberikan kepadanya dan ia merupakanfaktor utama yang membuatkan beliau bertahan sehinggasekarang. Hari juga kini telah menyertai sebagai sukarelawandan menjadi jurucakap bagi Majlis Kanser Negara (MAKNA) danantara perkongsian yang baru dibuat adalah program bersamaIndian Culture Language and Society yang diadakan di LT1UNISEL Kampus Shah Alam. Harikrishnan Maniam bersama Tan Sri

Anthony Francis "Tony" Fernandes, PengasasTune Air Sdn. Bhd.

Kami bagi pihak UNISEL mendoakan agar beliau akan terus sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi,juga turut memberikan semangat kepada mereka yang mengalami pengalaman yang sama dengan beliauuntuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan.

Kini beliau aktif sebagai jurucakap Majlis Kanser Negara (MAKNA)

Slot perkongsian di dalam program persatuanIndian Culture Language and Society di LT1 KampusShah Alam

Mewakili MAKNA ketika slot di saluran ASTRO

6Buletin Alumni

Page 9: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

Semakin hampir dengan hari raya, pelajar UNISEL pasti tidak sabar untukpulang ke kampung halaman masing-masing, termasuk pelajarantarabangsa yang berasal dari pelbagai negara. Pelajar antarabangsaUNISEL kebanyakannya adalah dari Kenya, Turki Arab Saudi dan berbagailagi.

Namun tidak semuanya yang mampu untuk pulang kenegara masing-masing disebabkan oleh faktor kewangan. Jom ikuti perbualan bersama salah seorangalumni, saudara Aymen Ayub Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Aymen Ayub tentang pengalamanbeliau berpuasa dan berhari raya sebagai salah seorang pelajar antarabangsa di Universiti Selangor. Beliauberasal dari Arab Saudi, pernah menyandang jawatan sebagai Exco Perhubungan Luar, Antarabangsa &Asrama Pelajar untuk Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL sesi 2014/2015.

AYMEN AYUBBERAYAKINI LEBIH KERAP

“Assalamualaikum Aymen, sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi ditemubualoleh pihak Pusat Alumni UNISEL.”

P.A.C : BOLEH SAYA DAPATKAN NAMA PENUH, KURSUS YANG DIAMBIL SEWAKTU BELAJAR DI UNISEL DAN BERGRADUAT PADA TAHUN BILA?Aymen : Waalaikumsalam, terima kasih. Nama penuh saya adalah Aymen Ayub Ibrahim, mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dan bergraduat pada tahun 2015.

P.A.C : DIMAKLUMKAN AYMEN KINI TELAH BEKERJA, BOLEH SAYA TAHU DI MANA AYMEN BEKERJA DAN MENYANDANG JAWATAN APA DI TEMPAT BEKERJA SEKARANG?Aymen : Ya saya sudah bekerja sebagai Ketua Unit Pemasaran Antarabangsa di Al Madinah International University yang terletak di Shah Alam.

P.A.C : SETELAH MEMASUKI DUNIA PEKERJAAN INI, ADAKAH ANDA MASIH LAGI BERHUBUNG DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN TERUTAMANYA RAKAN-RAKAN DI MALAYSIA?Aymen : Ya, saya masih lagi berhubung dengan rakan-rakan di UNISEL dan juga rakan-rakan lain di Malaysia, malahan kami masih berjumpa dan keluar bersama.

DI MALAYSIA

Aymen Ayub Ibrahim

P.A.C : SEMPENA BULAN RAMADHAN INI, APAKAH GAMBARAN YANG BOLEH AYMEN BERIKAN DALAM MENYAMBUT RAMADHAN?Aymen : Ramadhan adalah waktu yang terbaik sepanjang tahun dimana semangat itu dapat kita kongsikan bersama di Malaysia ini. Ini merupakan ramadhan yg kelima buat saya setakat ini di Malaysia.

7 Buletin Alumni

Page 10: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

Aymen bergambar bersamarakan-rakan beliau selepasMajlis Konvokesyen Universiti Selangor 2015

P.A.C : BOLEH AYMEN KONGSIKAN, APAKAH SALAH SATU KENANGAN YANG MENARIK KETIKA MENYAMBUT RAMADHAN DI UNISEL?Aymen : Kenangan suasana berbuka puasa di mana UNISEL menganjurkan satu majlis iftar secara besar-besaran di Dewan Pro Canselor, dan buat pertama kalinya saya berbaju melayu. Suasananya amat menyeronokkan, berkumpul bersama rakan-rakan tempatan dan juga antarabangsa seperti saya, dan yang paling penting kami dapat menambah kenalan baru ketika itu.

P.A.C : UNTUK SAMBUTAN HARI RAYA AIDILDITRI PULA, DI MANA AYMEN AKAN RAIKAN, ADAKAH DI MALAYSIA SAHAJA BERSAMA RAKAN-RAKAN DI SINI ATAU PULANG BERSAMA KELUARGA?Aymen : Untuk Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini saya akan sambut di Malaysia iaitu di Shah Alam dimana saya akan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Selangor iaitu di Masji Sultan Salahudin Abdul Azizidan saya juga akan melawat saudara saya di Kuala Lumpur. Pada hari ketiga pula saya akan bekerja untuk memberi ruang pada rakan lain untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman.

P.A.C : APAKAH YANG BOLEH AYMEN KONGSIKAN BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA DI UNISEL SEKARANG SEKIRANYA MEREKA INGIN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DI MALAYSIA?Aymen : Sebagai nasihat, berkawan dengan pelajar tempatan dan juga masyarakat sekeliling. Keluar dari zon selesa dan terimalah perkara baru, serta kekalkan legasi di mana sekurang-kurangnya seorang pelajar antarabangsa menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar setiap tahun. Saya ingin katakan pada pelajar antarabangsa di UNISEL supaya bergaullah dengan pelajar-pelajar lain di Malaysia.

P.A.C : BAIKLAH, SEBELUM KITA MENGAKHIRI PERBUALAN KITA, ADA KATA-KATA AKHIR ATAU UCAPAN PADA ALUMNI SERTA PELAJAR UNISEL TERUTAMA SEKALI PELAJAR ANTARABANGSA?Aymen : Bagi pelajar-pelajar di UNISEL, pengalaman yang anda lalui kini sangat berharga, hargainya dan jalanilah kehidupan yang seimbang. Sebagai alumni, pengalaman di UNISEL akan sentiasa terpahat di hati. Akhir kata, saya mengambil peluang ini dengan mengucapkan pada semua warga UNISEL dan alumni, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Bersama rakan fasilitator sebelum MajlisIkrar Pelajar Baru, Minggu Tekad Siswa(MTS) bermula.

Ketika menyertai kem Kepimpinan danTeambuilding Majlis Perwakilan Pelajar

8Buletin Alumni

Page 11: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

REUNIONALUMNI

PEERS GUIDANCE CLUB (PGC)MENGAMIT MEMORI LAMA.

Perjumpaan yang dirancang pada awal Ramadhan akhirnya menjadi kenyataan apabila pada 2 Julai 2016,alumni Peers Guidance Club (PGC) berkumpul semula di Restoran The Sumbs yang terletak di Seksyen 13,Shah Alam. Reunion ini bukan sahaja menemukan mereka sesama bekas ahli persatuan, malah ia turutmenemukann penasihat PGC yang baharu iaitu Cik Nor Helwa binti Sansuri, penasihat baharu persatuan inibersama Puan Nurul Khaizan yang merupakan bekas penasihat persatuan PGC sebelum ini.

Selepas melihat keakraban peserta, Nor Helwa yang merupakan kaunselor bagi kampus Shah Alam ini dapatmelihat mengapa PGC sangat dikenali dengan persatuan yang aktif dengan aktiviti kemasyarakat danpembangunan pelajar. Mengakui kekuatan sesebuah persatuan itu juga adalah datang dari kesatuan dankesepakatan ahli tersebut, beliau berharap dengan penglibatan alumni persatuan dalam aktiviti kesatuandapat memberi cetusan idea dan dorongan kepada ahli-ahli baru dalam persatuan.

Bagi Puan Nurul Khaizan yang sebelum ini merupakankaunselor UNISEL bagi kampus Shah Alam, perjumpaanberbuka puasa bersama bekas ahli persatuan ini sangatbermakna. Walaupun beliau sudah setahun meninggalkanUNISEL, beliau melihat ukhuwah mereka masih lagi kuat.“Walaupun tidak semua dapat menghadirkan diri keranaurusan yang tidak dapat dielakkan, majlis tetap meriah.Sambil berkongsi pengalaman kerjaya masing-masing,kami juga berkongsi pendapat dan cadangan untukpenerusan legasi PGC dalam membantu penasihat danpresiden baru”, ujar beliau.

Suasana sewaktu berbuka di Restoren The Sumbs

9 Buletin Alumni

Page 12: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

Salah seorang mantan presiden PGC yang hadir iaituSaiyuti Jamlus, mengatakan terlalu banyak kenanganmanis dan yang boleh dikongsikan dan sebagai mantanpresiden, beliau gembira dapat bertemu kembali alumniPGC yang dimana dilihat PGC telah memberikan sesuatuyang bermakna pada diri masing-masing terutamadengan kejayaan yang telah dicapai, begitu juga denganmelihat kerjaya dilihat boleh dibanggakan sebagai produkUNISEL hasil didikan PGC.

Qurratu ‘Anini bersama dua mantan presiden PGC,(dari tengah) Marfika Adnan dan Saiyuti Jamlus

Manakala Qurratu ‘Anini selaku presiden persatuan merasa bersyukur kerana diberi kesempatan untukbertemu dengan mantan-mantan majlis tertinggi serta bekas penasihat persatuan tersebut. Ukhuwah yangterjalin membuatkan beliau terharu dan terpanggil untuk lebih aktif. Beliau yang juga merupakan Naib YangDipertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2016/2017 berharap agar hubungan yang terjalin ini menjadipemangkin semangat kepada generasi akan datang.

Antara alumni persatuan yang hadir pada malam tersebut adalah Firdaus Afandi, Hazlami Othman,Muhammad Irsyad B Mat Kohar, Nur Alisha Ping Binti Lah, Marfika Adnan Haris Fadzilah yang jugamerupakan mantan presiden serta En Afif bin Khairi yang pernah menjadi penasihat kepada persatuantersebut.

Bersama Mantan Penasihat (Dari kiri)Puan Nurul Khaizan dan Cik Nor Helwa

Mantan Penasihat (dari kiri) Puan Nurul Khaizan,En Afif Khairi dan Cik Nor Helwa

10Buletin Alumni

Page 13: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

PENGALAMAN ALUMNI DIJADIKAN PANDUANUNTUK MERANCANG KERJAYA.Program ’Finishing School’ merupakan satu usaha yang dilakukan oleh UNISEL melalui Unit Kaunselingmembantu pelajar-pelajar tahun akhir menyiapkan diri untuk ke lapangan pekerjaan. Disamping itu, ia bagimenjamin kualiti graduan Universiti Selangor. Program ini juga merupakan langkah yang perlu diambilberikutan banyak lepasan universiti yang kurang kompetitif dan gagal dalam sesi temuduga.

Para alumni bergambar bersama pengarah program, Cik Nor Helwa (tiga dari kiri) serta jawatankuasa program.

Sebagai salah satu pendedahan yang mudah adalah melalui pengalaman para alumni kita yang telah beradadi dalam industri pekerjaan. Namun tidak semua alumni yang bekerja mengikut apa yang telah dipelajarikerana ada diantara alumni yang bekerja sendiri dan berniaga. Oleh itu, Cik Nur Helwa selaku kaunselor sertamerangkap pengarah program mengambil inisiatif dengan menjemput dua orang alumni yang mempunyaidua latar belakang kerjaya yang berbeza.

Henkie Isahwan yang pernah menjadi penerima AnugerahNaib Canselor bagi Konvokesyen ke Lapan kini merupakanPenolong Pensyarah di Fakulti Bioperubatan dan SainsKesihatan dijemput bersama-sama Nurul Shakila binMohamad Zain, alumni Diploma Komunikasi dan Media yangkini berniaga bersama kakak beliau.

Menurut Nurul Shakila, pengalaman bekerja sendiri ini adalahlebih kepada apa yang telah diusahakan, manakala selebihnyaadalah bertawakal bagi memperoleh pendapatan. Bekerjasendiri ini juga mengajar beliau supaya jangan mudahberputus asa dengan dugaan yang mendatang dan adakalanya rezeki tidak seperti yang dijangka. Semenjakinsiden di Mood Republik ketika dimana pada ketika itu dilihat produk tudung keluaran mereka mendapatsambutan, semenjak itu mereka tidak lagi menoleh ke belakang.

Ketika sesi “Perkongsian Bersama Alumni”.

Perkongsian dari dua orang alumni ini mendapat respon yang positif kerana rata-rata mengatakan slottersebut memberi gambaran yang lebih jelas dalam merancang masa hadapan. Moderator untuk programtersebut adalah saudara Mohd Saiyuti bin Jamlus yang juga merupakan alumni Diploma Komunikasi danMedia dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi Korporat) (Kepujian).

Program Finishing School ‘15 melalui kerjasama Peers Guidance Club (PGC) dan di bawah kendalian UnitKaunseling telah berlangsung pada 23 Januari 2016 bertempat di Dewan Pro Canselor, UNISEL kampus ShahAlam. 11 Buletin Alumni

Page 14: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

DARIPADA

ALUMNISALAM LEBARAN

“Mengiring kegembiraan dalam kehadiranlebaran, mohon dibukakan pintu kemaafanbagi ke atas kesalahan dan kekhilafan.Moga lebaran tahun ini lebih bermakna disampingorang tersayang. Selamat Hari Raya 1437 Hijrah,Minal Adil Wal Faidzin, Mohon Maaf Zahir & Batin.”

Firdaus Afandi Bin Mohd Roslan.Ijazah Sarjana Muda Pengurusan SumberManusia (Kep).Human Resources Executive,Texchem Corporation Sdn. Bhd.

“Aidilfitri bererti kembali kepada fitrahyang seharusnya kita hayati sebaiknya.

Berilah nilai yang tinggi sempena anugerahSyawal kerana berkat Syawal bergantung kepadaperbuatan kita sendiri. Mandi sunat,berpakaian

baru,rapatkan ukhwah, tutup aurat badan dan hati.Buat syawal tahun ini lebih awesome

dari tahun sebelum. Selamat Hari Raya Aidilfitri.”"MINAL'AIDIN WAL FAIZIN"

“Kita kembali & meraih kemenangan.”

Ahmad Hafizi Hilmi b. Mat Raai.Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri (Kep.).

Quality Control Supervisor, Golden Cup.

“Dikesempatan ini saya ingin mengucapkanSelamat Menyambut Bulan Syawal kepadasemua warga UNISEL terutama kepada tenagapengajar pensyarah-pensyarah, pihakpentadbir, alumni UNISEL serta rakan-rakan ygmengenali diri ini, semoga bulan mulia ini kitadilimpahi keberkatan dariNya. InshaAllah.”

Nursyazaliana Binti Sazlan.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.(Pendidikan Awal Kanak Kanak).Guru, Beaconhouse International School.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kpda warga uniseliandan FCSIT, Maaf Zahir dan Batin”

Noor Nazatul Nadiah Binti Abdullah.Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kep.).

LNE(pelatih SL1M) ICT Division,Tenaga Nasional Berhad.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari RayaAidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semuapensyarah dan staf UNISEL, rakan-rakan dansesiapa yang mengenali saya.”

Shahirah bt Abu Bakar.Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep.) Matematikdan Statistik.Pelajar Ph.D sepenuh masa dan tutor UPMseparuh masa.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UNISEL, semogaaidilfitri ini membawa seribu keberkatan kepada umat Islam.”

'Ubaidah Somadiyah bt hashim.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.)(Pendidikan AwalKanak Kanak).

“Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua warga UNISELdiharapkan hari raya yang bakal menjelang tiba ini memberi sinar

bahagia dalam diri masing-masing.”

Marfika Adnan Haris FadzilahIjazah Sarjana Muda Komunikasi (Kep.)(Kewartawanan)

Wartawan Di Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

“Salam Aidilfitri kepada pensyarah-pensyarah yang banyakmembantu saya sepanjang berada Di UNISEL tidak lupa kepadasahabat handai yang sentiasa memberi sokongan yg kuatsepanjang saya belajar di UNISEL. Semoga unisel terus suksesdimasa hadapan.

Haa Hamidah bt Mohamad Irani.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.)(Pendidikan AwalKanak Kanak).Guru Pendidikan Khas National Autism Society Of Malaysia(NASOM).12Buletin Alumni

Page 15: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

AIDILFITRIDARIPADA

ALUMNILEBARAN

"Salam Aidilfitri kepada semua umat islam dankepada seluruh warga UNISEL khasnya.

Semoga lebaran ini mendatangkan 1001hikmah dan keberkatan dalam hidup kita.

Manfaatkan masa yang ada bersama keluarga tercinta"

Muhammad Ghazawi ZulkarnainIjazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.)

(Pendidikan Awal Kanak Kanak).Guru.

“Ada mata pandanglah keindahan,Ada mulut berbudilah pertuturan

Ada hati berilah kesayangan,Ada salah silap, silalah maafkan

Selamat hari Raya Aidilfitri.”

Shakila Zen Diploma Komunikasi dan Media

Sales ExecutiveHabib Jewels Sdn Bhd

No matter where we are, may the festive season be filled withthe sounds of laughter, the honour of traditions, and the loveof family. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 kepada semuaalumni dan warga UNISEL. Maaf Zahir & Batin.

Rus Atira Nabilla RuslanIjazah Sarjana Muda (Kep.) Psikologi IndustriHR Specialist Shell (Malaysia)

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua alumni,pelajar, pensyarah dan kakitangan UNISEL yang beragama islam.

Semoga raya kali ini membawa kebahagian kepada semua. Terima kasih.”

Gobalan VirasinggamIjazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubatan (Kep.)

Penguasa Kastam Di Jabatan Kastam Malaysia Pulau Pinang

To all dear UNISEL students and Unisel Alumni'sSelamat Hari raya Aidifitri .. EID MUBARAK!May this eid bring you joy and happinessin life!!! Have a blessed celebration..Maaf Zahir & Batin.

Ryan Solomon A/L Robert SolomonDiploma Kesihatan PersekitaranAdmin Executive RBR ENTERPRISE

“Pembaris, pen dan juga pensil,Mahu dibeli di Kedai Suri

Kepada para alumni dan pelajar UNISEL,Salam Aidilfitri ucapan diberi

Tidak dilupakan kepada staf dan pengajarBanyak berbakti dan juga berjasa Selamat hari raya ucapan mesra,

Maaf zahir batin turut dipinta”

Nor Eleyana Binti Abdullah.Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kep.)

(Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua).Pensyarah, UiTM Dengkil Cawangan Selangor.

Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.

Nurul adillah Binti Ibrahim.Sarjana Pengurusan (Penyelidikan).

Selamat Hari Raya AidilFitri kepada mahasiswa,warga unisel serta alumni unisel.

Saya susun sepuluh jari memohon maaf dari jauh memohon maaf sekiranya

menguriskan hatisahabat dalam keadaan sedar atau tidak.

Semoga ukhuwah berkekalan walaupunhanya dalam ingatan.

Selamat Hari Raya AidilFitrimaaf zahir & Batin, Kosong2

Shasliza Binti Samsuddin.Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kep.)

(Kewartawanan).Pegawai Media SUK Kelantan. 13 Buletin Alumni

Page 16: PERSATUAN ALUMNI DOKTOR PENDIDIKAN (Ed.D) UNIVERSITI

UNISEL menawarkan lebih 80 program berakreditasi penuh di peringkatTahun Asas, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah

UNIVERSITI SELANGOR Kampus Shah Alam Jalan Zirkon A 7/A Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia. DU007(B)UNIVERSITI SELANGOR Kampus Bestari Jaya Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia. DU007-01 (B)

Lengkapkan permohonan dalam talian di www.unisel.edu.my atau / hubungi 03-5522 3400 atau / whatsapp di nombor 019 - 327 8408 /8269

Cara Memohon Akreditasi dan pengiktirafan oleh:

PROGRAM

» Kewangan» Pemasaran» Perakaunan» Pengurusan Pentadbiran» Pengurusan Industri Sukan» Pengurusan Industri» Pengurusan Perniagaan» Pengurusan Sumber Manusia

» Kejuruteraan Awam» Kejuruteraan Elektrik & Elektronik» Kejuruteraan Mekatronik & Mekanikal

» Teknologi Maklumat» Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan » Sains Komputer» Teknologi Mudahalih» Industri Multimedia» Pengurusan Pengetahuan» Kejuruteraan Perisian» Pengurusan Rantaian Bekalan» Keselamatan Rangkaian & Digital Forensik

» Teknologi Industri» Akuakultur» Sains Kuantitatif» Industri Bioteknologi» Bioinformatik» Biologi dan Pemuliharaan» Matematik dengan Statistik

» Seni Reka Grafik Digital» Teknologi Fotografi

» Pendidikan (TESL)Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua» Pendidikan (Pengajian Pra Sekolah) » Pendidikan (Pengajian Islam)» Sains Perpustakaan» Psikologi Industri

» Komunikasi (Komunikasi Korporat)» Komunikasi (Kewartawanan)

» Pengimejan Perubatan» Fisioterapi» Teknologi Makmal Perubatan» Kesihatan Persekitaran» Kejururawatan» Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

» Program Asas Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua» Tahun Asas Pengurusan» Program Asas Teknologi Maklumat» Tahun Asas Sains

MOHONSEGERA

PENGAMBILAN

OKTOBER 2016

(TAHUN ASAS)

OGOS 2016

(DIPLOMA, SARJANA MUDA,

SARJANA & DOKTOR FALSAFAH)

www.unisel.edu.my“Peneraju Transformasi”