14demikian kata presiden persatuan alumni usm, tan sri dato' dzulkifli abdul razak dalam majlis...

8
KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2016 - Kampus Minden 45 tahun lalu banyak mencipta tradisinya tersendiri, sesetengah dilupai dini hari dengan antara kepelbagaian serta kemesraan antara satu sama lain serta alam sekitarnya. Demikian kata Presiden Persatuan Alumni USM, Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dalam Majlis Makan Malam Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia – AUSM Awesome Night malam tadi. Katanya, Kampus USM bukan sahaja mesra dengan kehijauannya, tetapi mesra juga dengan insan, dengan jalinan erat persahabatan tanpa mengira kaum, budaya, agama dan pendek kata Kampus USM adalah tapak benih yang memupuk dan memberi makna kepada apa itu USM, yang sebelum itu dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... AWESOME NIGHT IMBAU KEMBALI KENANGAN ALUMNI USM 14 OCT

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2016 - Kampus Minden 45 tahun lalu banyak mencipta tradisinyatersendiri, sesetengah dilupai dini hari dengan antara kepelbagaian serta kemesraan antara satu samalain serta alam sekitarnya.

    Demikian kata Presiden Persatuan Alumni USM, Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dalam Majlis MakanMalam Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia – AUSM Awesome Night malam tadi.

    Katanya, Kampus USM bukan sahaja mesra dengan kehijauannya, tetapi mesra juga dengan insan,dengan jalinan erat persahabatan tanpa mengira kaum, budaya, agama dan pendek kata Kampus USMadalah tapak benih yang memupuk dan memberi makna kepada apa itu USM, yang sebelum itudikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    AWESOME NIGHT IMBAU KEMBALI KENANGANALUMNI USM14OCT

    https://news.usm.my/

  • "Pada malam ini kita mengenang kembali semua ini bukan semata-mata satu nostalgia; lebih pentinglagi sebagai satu detik persaudaraan yang berkongsi nilai dan pengharapan untuk masa hadapan yanglebih cemerlang," jelasnya.

    Dzulkifli juga berharap semua cerita dan pengalaman lama yang gembira akan menjelma semuladalam memupuk ikatan mesra berpanjangan dalam kalangan semua alumni tidak kira di mana merekaberada.

    Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail pula memberitahu, kembalilah ke USMkerana USM mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama alumni untuk bersama-sama membangunkanUniversiti sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh (stakeholders) yang boleh memberi nilai tambah

  • kepada USM.

    "Saya gembira kerana dapat bertemu muka dengan para alumni sekalian, yang sangat awesome danberharap agar kita akan dapat bersama-sama membawa USM terus ke hadapan menjadi yang tersohordalam tradisi Kami Memimpin," katanya.

    Tambah Asma, pihak USM terbuka untuk menerima sumbangsaran, buah fikiran dan kritikan membinadaripada alumni demi pembangunan universiti. Kepimpinan dan perubahan yang dilakukan bukanhanya untuk kejayaan individu tetapi perlulah bermanfaat untuk bangsa, agama dan negara kita.

  • "Saya juga percaya penganjuran aktiviti-aktiviti yang relevan dalam Persatuan Alumni USM dapatmerapatkan hubungan sesama alumni dan juga menguatkan rasa sayang antara alumni dengan USM.

    "Antara peranan penting Persatuan Alumni ialah sebagai platform untuk saling bekerjasama dan salingmelengkapi antara generasi dan alumni senior boleh membantu berkongsi pengalaman dan ilmu,menjadi mentor dan membuka peluang kepada alumni junior untuk maju dalam kerjaya," jelaslanjutnya.

  • Tegasnya, alumni muda yang bertenaga muda dan penuh dengan idea-idea yang segar perlumemainkan peranan bersama-sama menggerakkan Persatuan Alumni ke arah mencapai visi dan misidan seterusnya menyumbang kepada universiti.

    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, Canselor USMdan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, RajaPerempuan Perlis berangkat dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 500 orang alumni USM ini.

  • Yang turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh dan To’ Puan Seri Hajah CheKamariah binti Zakaria yang kedua-duanya adalah alumni USM, Pro Canselor USM dan PenaungPersatuan Alumni USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Puan Sri Datin Anita Aqeela Hiong,Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan Puan Sri Norida NacharaHamat, isteri Dzulkifli Puan Sri Masrah Haji Abidin dan suami Asma Profesor Dr. Ahmad Zakaria.

    Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20https://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20https://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20https://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20https://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usmhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20http://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20https://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usm&title=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20mailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20AWESOME%20NIGHT%20IMBAU%20KEMBALI%20KENANGAN%20ALUMNI%20USM%20&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4314-awesome-night-imbau-kembali-kenangan-alumni-usmmailto:[email protected]

  • Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp