perpaduan pemangkin kecemerlangan negara- yang betul (induk)

4
PERPADUAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA Assalamualaikum wr wb. Selagu dan seirama, seiring dan senada, Perpaduan dan kecemerlangan Negara Berpisah Tiada. Saya akan menyampaikan pidato yang bermauduk; Perpaduan Pemangkin Kecermelangan Negara.Sekalung apresiasi buat saudara Pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, kelompok pendidik bestari seterusnya hadirin yang dikasihi. Perpaduan menurut Kamus Dewan ditakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu dan sepakat , Pemangkin bermakna faktor, persekitaran yang mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan dan cemerlang pula bermaksud bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni dan perpaduan perlu dijalinkan sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan mempercepat pembangunan negara agar tersohor di mata dunia. Hadirin yang di kasihi sekalian, Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat semua kaum tentang pentingnya mengukuhkan permuafakatan dan persefahaman serta menjamin keadilan sosial agar perpaduan dapat dikekalkan dan ditingkatkan. Ekoran itu, penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970. Dalam tempoh 20

Upload: azlina-hashim

Post on 18-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERPADUAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARAAssalamualaikum wr wb.Selagu dan seirama, seiring dan senada, Perpaduan dan kecemerlangan Negara Berpisah Tiada. Saya akan menyampaikan pidato yang bermauduk; Perpaduan Pemangkin Kecermelangan Negara.Sekalung apresiasi buat saudara Pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, kelompok pendidik bestari seterusnya hadirin yang dikasihi.

Perpaduan menurut Kamus Dewan ditakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu dan sepakat , Pemangkin bermakna faktor, persekitaran yang mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan dan cemerlang pula bermaksud bersinar (bercahaya) dgn terang, berkilauan, gilang-gemilang. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni dan perpaduan perlu dijalinkan sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan mempercepat pembangunan negara agar tersohor di mata dunia.

Hadirin yang di kasihi sekalian,Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat semua kaum tentang pentingnya mengukuhkan permuafakatan dan persefahaman serta menjamin keadilan sosial agar perpaduan dapat dikekalkan dan ditingkatkan.Ekoran itu, penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya, DEB telah berjaya membawa perubahaan khususnya dalam membasmi kemiskinan serta mewujudkan permuafakatan dan persefahaman pelbagai kaum iaitu perpaduan. Kini Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara membangun yang Berjaya, dan sering dijadikan contoh oleh Negara membangun lain yang menghadapi masalah hubungan etnik dan agama. Perpaduan kaum ini juga telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa. Contohnya, Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnyamencetuskan keharmonian negara,

Hadirin yang saya muliakan,Industri pelancongan merupakan satu daripada industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia adalah kerana rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air

Hadirin yang bervisi,Permuafakatan dan persefahaman antara kaum telah menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Hal ini telah menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Kemasukan pelaburan asing dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan Negara dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Pelaburan asing membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Mereka akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu dan Wilayah PembangunanIskandar (WPI) di Johor. Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicita, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum mampu meningkatkan taraf ekonomi Negara dan akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara lain.

Akhirulkalam, Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati, ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam aman dan harmoni. Semoga perpaduan ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Sekian terima kasih.