perpaduan antara kaum di malaysia

Upload: soffiandy

Post on 05-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

    1/3

    PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

    PETIKAN DARIPADA AKHBAR BERITA HARIAN

    Keutuhan perpaduan etos bangsa Malaysia

    Oleh Teo Kok Seong

    ANTARA matlamat utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk memupuk dan memperkukuh lagi perpaduankaum. Perpaduan kaum adalah prasyarat penting yang boleh menjamin kestabilan, yang amatdiperlukan untuk kemajuan negara.

    Selepas 53 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia, tidak dapat dinafikan wujud suasana muhibahantara kumpulan etnik utama Melayu, Cina dan India di Semenanjung. Sabah dan Sarawak yangmempunyai pelbagai suku peribumi, selain kumpulan etnik Melayu dan bukan Melayu, khususnya Cina,memperlihat hal yang sama. Malah hubungan etniknya lebih harmoni berbanding di Semenanjung.

    Dalam hubungan etnik, faktor kaum didapati menjadi elemen utama untuk sama ada menyatupadukanatau memecahbelahkan penduduk multietnik. Hal ini tidak terkecuali di Malaysia. Cara Malaysiamenanganinya adalah unik sekali, dengan membenarkan wujudnya kemajmukan etnik dan kepelbagaianbudaya.

    Kemajmukan etnik dalam bentuk saling kebergantungan antara kelompok Melayu dan bukan Melayubukan saja menjadi asas penting untuk masyarakat Malaysia bergerak ke hadapan. Tetapi yang lebihpenting lagi ialah ia menandakan penerimaan hakikat bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dengankelompok Melayu/Bumiputera sebagai kelompok majoriti/dominan, dan kelompok bukan Melayusebagai minoriti yang penting.

    Dalam kerangka politik begini, kelompok bukan Melayu yang tidak pun menikmati status lebih rendah,

    bebas mengamalkan cara hidup masing-masing. Mereka dibenarkan mengekalkan budaya masing-masing dalam bentuk utuh, sambil pada masa sama diterima menyertai secara aktif dalam semuainstitusi politik, ekonomi dan pendidikan negara.

  • 7/31/2019 Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

    2/3

  • 7/31/2019 Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

    3/3

    Dalam konteks Malaysia sebagai tanah asal kumpulan etnik Melayu, yang juga kaum majoriti, jati dirikebangsaan tidak dapat lari daripada teras Melayu.

    Sesungguhnya teras Melayu, sama ada secara benar mahupun simbolik, sudah lama wujud dalamlandskap politik dan budaya tanah air. Ia wujud pada bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, Islam

    sebagai agama Persekutuan, dan sistem beraja.

    Jati diri kebangsaan perlu wujud dalam bentuk semangat kebangsaan berasaskan aspirasi yang dikongsibersama, yakni kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya, selain penerimaan teras Melayu. Dengankata lain, semangat ini selain berbentuk majmuk, yakni terdiri daripada pelbagai jati diri etnik dan suku,tidak boleh sekali-kali meninggalkan teras Melayu. Antaranya adalah kecekapan berbahasa Melayu.

    Dalam konteks perpaduan kaum, Gagasan 1Malaysia tidak menganjurkan sebarang perubahan sosial,sama ada drastik atau beransur-ansur, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada, sama adakelompok Melayu mahupun bukan Melayu. Perpaduan kaum yang diformulasikan dalam Gagasan1Malaysia, sebetulnya kaedah lama untuk meneruskan kemajmukan etnik yang disenangi selama inioleh semua kaum.

    Bagaimanapun, tekad untuk menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia dalam Gagasan 1Malaysia,perlu diakui sebagai luar biasa, jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ini antaranya dapat dilihat padapenggunaan penerimaan yang menggantikan toleransi dalam kempen sebelum ini. Dengan menerima

    bahasa, budaya dan agama kaum lain dengan fikiran terbuka sebagai keunikan, kita sebetulnyamenerima hakikat Malaysia dulu, kini dan selama-lamanya adalah negara majmuk.

    Ini adalah antara destini yang perlu diterima. Justeru hubungan etnik di Malaysia perlu dipupuk denganpenuh kesederhanaan, akomodasi, penerimaan dan permuafakatan. Sehubungan ini, perpaduan kaumyang harmoni bukan saja satu etos yang perlu terus dipupuk, tetapi satu keperibadian nasional yangperlu dibentuk, untuk mendukung jati diri kebangsaan.