pernyataan profesional.docx

1
Pernyataan Profesional (Selepas) Setelah menjalani praktikum fasa dua selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda, pelbagai ilmu yang telah saya perolehi. Saya merasakan ilmu yang saya perolehi selama dua bulan berada di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda ini terlampau banyak dan tidak ternilai harganya. Oleh itu, saya tidak akan sia-siakan ilmu yang telah saya dapat ini begitu sahaja. Saya akan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Pelbagai pihak telah membantu saya dan rakan-rakan sepanjang kami berada di sekolah ini. Sekalung penghargaan kepada guru besar (Encik Anthony Bong) , guru penolong kanan, guru pembimbing (Puan Pelay Ngedat) dan guru-guru lain di sekolah ini kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menjadi guru yang lebih baik. Segala ilmu yang telah dicurahkan amatlah bernilai dan akan kami praktikkan di masa hadapan. Sesungguhnya sebuah pengalaman itu tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Ia harus di cari dan dirasai sendiri sebelum ia menjadi sebahagian dari kehidupan dan rencah hidup seorang guru. Kami amat berterima kasih atas pengalaman ini dan bersyukur dengannya. Satu portfolio yang lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada pensyarah pembimbing untuk Tugasan Profesional. Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil Praktikum ini.

Upload: wan-maisarah

Post on 07-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional.docx

Pernyataan Profesional (Selepas)

Setelah menjalani praktikum fasa dua selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan

Lumba Kuda, pelbagai ilmu yang telah saya perolehi. Saya merasakan ilmu yang saya

perolehi selama dua bulan berada di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda ini terlampau

banyak dan tidak ternilai harganya. Oleh itu, saya tidak akan sia-siakan ilmu yang telah saya

dapat ini begitu sahaja. Saya akan manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Pelbagai pihak telah membantu saya dan rakan-rakan sepanjang kami berada di

sekolah ini. Sekalung penghargaan kepada guru besar (Encik Anthony Bong) , guru

penolong kanan, guru pembimbing (Puan Pelay Ngedat) dan guru-guru lain di sekolah ini

kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menjadi guru

yang lebih baik. Segala ilmu yang telah dicurahkan amatlah bernilai dan akan kami

praktikkan di masa hadapan.

Sesungguhnya sebuah pengalaman itu tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Ia

harus di cari dan dirasai sendiri sebelum ia menjadi sebahagian dari kehidupan dan rencah

hidup seorang guru. Kami amat berterima kasih atas pengalaman ini dan bersyukur

dengannya.

Satu portfolio yang lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di

hantar kepada pensyarah pembimbing untuk Tugasan Profesional. Portfolio itu

mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi

bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil Praktikum ini.