pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan
Post on 07-Sep-2015
290 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
penyataan masalah dalam kajian tindakan cara mengenalpasti masalah dalam kajian tindakanTRANSCRIPT
Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan. Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum. Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan. Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan. Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian dilaksanakan. Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik. a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar. Menghuraikan isu/ masalah berkenaan. Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti senaraikan.
b. Tinjauan masalah Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan alat kajian- analisis).
Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu
terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan. Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan
penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian) Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian) Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah
dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian. Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah,
teknik, pendekatan,aktiviti, program) Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang
dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan). Gunakan perkataan peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,
menghasilkan penulisan..
KUMPULAN SASARAN Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain. PELAKSANAAN KAJIAN 1. Perancangan langkah-langkah tindakan 2. Perancangan cara mengumpul data 3. Perancangan cara menganalisis data Perancangan langkah-langkah tindakan
Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan. Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.
Perancangan cara mengumpul data
Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan. Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii,
iii,iv). Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh
membuat triangulasi. Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan
data. Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian
Perancangan cara menganalisis data
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa). Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh pemerhatian,
analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll. Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan). Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) Rumusan
penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN a. JADUAL PELAKSANAAN KT Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan. i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh) ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 5 hari iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian 1 hari iv. Merancang tindakan 3 hari v. Melaksanakan tindakan 8 hari vi. Menganalisis tindakan 2 hari vii. Membuat refleksi 1 hari viii. Menulis laporan kajian 10 hari ix. Pembentangan dapatan kajian 2 hari b. KOS KAJIAN
Sediakan dalam bentuk jadual: Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan Pengangkutan (Jika perlu) Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.
TINJAUAN LITERATUR
Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel
kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian
yang dijalankan (tepat)
PENULISAN RUJUKAN Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA: Jurnal Buku Buku dalam buku Topik dalam buku ERIC document Jurnal online Online/ Web site/page Tesis Report Seminar/ prosiding
Pernyataan Masalah Penyelidikan
APA ITU MASALAH...??? Masalah merupakan isu-isu yang wujud dalam literatur, teori atau amalan yang mewujudkan
keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Menurut Uma Sekaran(2000), masalah ialah
sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.
PENYELIDIKAN DAN MASALAH PENYELIDIKAN....??? Sesuatu masalah penyelidikan dapat ditentukan dan dibentuk berdasarkan peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pelbagai persolan pasti timbul apabila diminta
untuk menyatakan dan seterusnya menulis masalah penyelidikan. Antara persoalan yang
mungkin timbul yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik baru untuk menulis bahagian
'Masalah Penyelidikan' dalam cadangan penyelidikan mereka adalah:
i. Adakah perkara yang dikenalpasti itu wajar dikaji?
ii. Bagaimanakah cara menulis masalah penyelidikan ini supaya pembaca dapat diyakinkan
bahawa perkara itu penting untuk dikaji?
iii. Adakah perkara yang ingin dikaji itu menyumbang kepada pengetahuan baru?
iv. Pernahkan perkara ini dikaji sebelum ini oleh penyelidik lain? Jika ya, apakah aspek
lain berkaitan masalah yang dikenalpasti yang belum disentuh atau diteliti?
v. Adakah perkara yang akan dikaji relevan kepada amalan dalam dunia pendidikan?
MASALAH PENYELIDIKAN.....??? Sesuatu masalah penyelidikan adalah suatu masalah yang ingin dikaji oleh seorang
penyelidik yang menuntut perbincangan, yang perlu diperbetulkan, memerlukan penyelesaian
serta maklumat lanjut yang tepat.
SUMBER MASALAH PENYELIDIKAN......??? Terdpat 4 sumber utama yang menyumbang kepada sesuatu masalah untuk dikaji:
a. Pengalaman penyelidik atau individu lain yang berkisar kepada kehidupan harian seperti
pengalaman sebagai pendidik.
b. Literatur/penyelidikan lalu- sesuatu dapatan penyelidikan yang mempunyai aspek atau
hal
tertentu yang masih belum disentuh atau ditangani dan penyelidikan baru yang boleh
menjadi
perangsang atau pemangkin kepada satu atau lebih penyelidikan lanjutan.
c. Teori - kekurangan dalam teori-teori yang diguna pakai turut boleh dijadikan suatu
masalah penyelidikan dan juga memandu penyelidikan melalui ramalan yang dibuat yang
membantu kepada pembinaan idea dan penyelidikan baru.
d. Isu-isu praktikal - isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperti pemilihan buku teks,
disiplin,
stress dan konsep kendiri guru.
MENGENAL PASTI MASALAH PENYELIDIKAN....??? Berikut adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dalam proses
mengenal pasti masalah penyelidikan:
i. Konteks bidang yang dikenal pasti sebagai masalah.
ii. Teori dan konsep utama serta idea terkini dalam bidang berkenaan.
iii