perniagaan dan persekitarannya

Upload: lailabahari

Post on 14-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB 1

TRANSCRIPT

Slide 1

1MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJIAN PERNIAGAANSTPMKERTAS 1946/1BAB 121.1 Pengenalan kepada perniagaanPerniagaan dan Bukan PerniagaanPerniagaan dan untungPeranan PerniagaanFaktor PengeluaranProses pengeluaranCabaran Perniagaan 1.2 Persekitaran Perniagaan. i. Persekitaran umum -ekonomi -Persaingan dan jaringan -Sosiobudaya. -Politik dan perundangan -Teknologi. -Prasarana - Antarabangsa ii. Persekitaran Tugas -Pelanggan. -Pembekal -Pembiaya - Pemodal/Pelabur -Pesaing. -Kerajaan -Pekerja. - Masyarakat iii. Perbezaan antara Persekitaran Umum dengan Persekitaran Tugas1.3 Entiti dan Aktiviti Perniagaan.i. Jenis Pemilikan Entiti perniagaan.- Milikan Tunggal-Perkongsian.-Syarikat.-Koperasi.ii. Aktiviti perniagaan. - Pengeluaran:EkstraktifBarangan pengguna/consumerBarangan industriPembuatanPemasangan. - PerkhidmatanRuncit Borong KewanganProfesionalPerhotelanPendidikaniii Sektor Perniagaan - Swasta .- Awam ,-Badan Berkanun iv Tahap PerniagaanPrimerSekunderTertiarHuluanHiliranDomestikAntarabangsa1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYAPengajian Perniagaan (946/1) Bab 123PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYAPengajian Perniagaan (946/1) Bab 131.1 Pengenalan Kepada PerniagaanMenurut Mintzberg (1983), menyatakan bahawa perniagaan melibatkan lima komponen penting seperti:ManusiaObjektifOrganisasiAktivitiKawalan5DEFINASI PERNIAGAAN Sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pihak penjual dengan pembeli pada masa, harga, kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjualPengajian Perniagaan (946/1) Bab 15**Barangan dan perkhidmatana)Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,televisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula.b)Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat pengangkutan.salon ,agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.

**Pertukaran nilaia)Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentukbarangan atau perkhidmatan.b)urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang(nilai pada kadar semasa).

Konsep Asas Perniagaan **Keuntungan perniagaana)keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.b)keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.c)Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

**Memuaskan keperluan dan kehendak penggunaa)Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.b)Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.c)Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna1.1.1 Perniagaan dan Bukan Perniagaan8Organisasi PerniagaanMempunyai objektif memaksimumkan keuntungan disamping objektif penakatan (survival), pertumbuhan dan tangungjawab sosial.Organisasi Bukan PerniagaanElemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan aktiviti perniagaan.Lebih memikul tangungjawab sosial dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awamAktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma dan sumbangan.Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam aktivitinya.Contohnya :- sekolah, hospital, universiti, persatuan dan kelab dan lain-lain.Pengajian Perniagaan (946/1) Bab 18Perbezaan antara Perniagaan dengan Bukan PerniagaanDIMENSIPERNIAGAANBUKAN PERNIAGAANMatlamat penubuhan organisasiMemaksimumkan keuntunganMenjaga kebajikan ahli anggota organisasiAktivitiMenjalankan proses penghasilan barang dan perkhidmatanAktiviti utama bergantung pada tujuan penubuhan organisasiSumber KewanganPelaburan pemilik perniagaan, pinjaman kewangan, keuntungan perniagaanKutipan yuran keahlian, derma, tajaanPengurusanDiuruskan oleh kumpulan yang membuat pelaburan terbesarDiuruskan oleh pasukan pengurusan yang dipilih melalui sistem demokrasiPerundanganAkta Syarikat 1965Akta Perniagaan 1956Akta Pertubuhan 19661.1.2 Perniagaan dan UntungKeuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan di tolak dari jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan jumlah jualan.Untung Kasar = Jualan kos barang dijualUntung bersih = Jumlah Hasi Jumlah Kos

10Pengajian Perniagaan (946/1) Bab 110Kepentingan Untung kepada Perniagaan1.1.3 Peranan PerniagaanPeranan Perniagaan Terhadap PenggunaPeranan Perniagaan Terhadap MasyarakatPeranan Perniagaan Terhadap EkonomiPeranan Perniagaan Terhadap NegaraPeranan Perniagaan Terhadap PenggunaMemenuhi keperluan dan kehendakMenambahkan pilihan baranganMembekalkan barangan bermutuMeningkatkan taraf hidupPeranan Perniagaan terhadap MasyarakatMenghasilkan pelbagai keluaran untuk memenuhi pelbagai citarasaMewujudkan peluang pekerjaanMewujudkan peluang perniagaan dan pelaburanMelibatkan diri dalam aktiviti sosialMenjaga alam sekitarMeningkatkan kemudahan infrastrukturPeranan Perniagaan terhadap EkonomiMewujudkan peluang perniagaanMeningkatkan pendapatan negaraMenjamin penggunaan bahan mentah dengan cekapMenstabilkan harga barangMewujudkan petempatan baharuMewujudkan dan mengembangkan industri sokonganPeranan Perniagaan terhadap NegaraMeningkatkan kegiatan pelaburan dalam negaraMewujudkan peluang pekerjaanMewujudkan peluang perniagaan dan pelaburanMeningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksportMenyumbangkepada pendapatan negara1.1.4 Faktor Pengeluarana) Tanah /Bahan MentahMerupakan alam semulajadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan perkhidmatan.meliputi semua sumber perhutanan,sumber pertanian,sumber perusahaan dan sumber galian dan juga barang-barang separuh siap.b) Buruh/ Guna tenaga.Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dati atas hing ke peringkat bawahan.setiap pekerja mampunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan merupakan aspek penting bagi tenga buruh dalam sesebuah organisasi.

17Nota: Nyatakan juga hubungan faktor pengeluaran dengan faktor pembayaran untuk setiap satunya. c) ModalAdalah jumlah kewangan dan peralatan ,kelengkapan,jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.ianya bukan sahaja merujuk kepda wang kerana wang tidak proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.d) KeusahawananHimpunan kemahiran dan keupayaan menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan faktor faktor pengeluaran yang lai untuk peneluaran barang dan perkhidmatane) Teknologi.Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga merujuk kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

Nota: Nyatakan juga hubungan faktor pengeluaran dengan faktor pembayaran untuk setiap satunya. 1.1.5 Proses PerniagaanInput: faktor2 pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran .Proses Tambah Nilai: merujuk proses menukarkan input kepada output Output: Hasil yang diperolehi daripada proses pengeluaran Proses Pemasaran: usaha mengagihkan keluaran siap kepada pengguna sasaran Untung/ Rugi: untung diperolehi dari hasil perniagaan melebihi kos perniagaan. Rugi ialah lebihan kos terhadap hasil iaitu kos perniagaan melebihi hasil perniagaan Cabaran PerniagaanGlobalisasiBentuk pemilikan perniagaanTenaga KerjaKonsep perniagaan antarabangsaPekerjaan jarak jauhPerkembangan teknologiTanggungjawab sosialSistem perniagaan IslamBlok PerdaganganSumber yang semakin berkuranganPerubahan faktor persekitaran1.2 Persekitaran Perniagaan1.2.1 Persekitaran Umum23PERSEKITARAN UMUMPersekitaran ekonomi.Melihat kepada sistem ekonomi yang diamalkan di dalam sesebuah negara. Antara sisitem yang diamalkan ialah sisitem ekonomi kapitaslisme, sosialisme, campuran dan sisitem ekonomi islam.Setiap sistem yang diamalkan akan memberi kesan yang berbeza dari segi pemilikan perusahaan, hak keatas keuntungan, pengurusan perusahaan, hak pekerja, imbuhan dan pampasan pekerja.Persekitaran persaingan / jaringanIanya merupakan faktor yang mempengaruhi usaha usaha pemasaran syraikat oleh itu syarikat perlu untuk mengkaji pesaingnya dari segi strategi pemasaran, bentuk syarikat sama ada syarikat domestik atau syarikat asinng dan juga saiz syarikat.Didalam persekitaran persaingan terdapat beberapa struktur pasaran iaitu persaingan monopoli,persaingan oligopoli, persaiang monipolistik, persaingan tulen.Persaingan persaingan tersebut secara tidak lengsung dapat membantu syrikat perniagaan dalam meingkatkan kualiti sesuatu perniagaan yang hendah di jalankan.Persekitaran sosiobudaya.Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan , nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan.Ianya merangkumi aspek aspek kebendaan dan bukan kebendaan.Ini bermaksud sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan mestilah mendasari kepercayaan mastarakat itu kerana jika perniagaan yang dijalan tidak memenuhi kehendak masyarakat tersebut maka ianya tidak dapat menembusi sesuatu pasaran.Oleh itu syarikat perniagaan yang ingin menebusi sesuatu pasaran perlu terlebih dahulu mengetahiu budaya tempat berkenaan kerana budaya penduduk sesuatu tempat itu mempengaruhi gaya hidup, cara pembelian dan pemikiran mereka.24Persekitaran politik dan undang undangPersekitaran politik dan undang undang mengandungi undang undang dan peraturan yang kebanyakkannya menyekat aktiviti perniagaan.Namun perniagaan memerlukan politik dan perundanganyang dibuat oleh kerajaan untuk melindungi masyarakat daripada alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan dapat melindungai pengguna dari di kelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.Begitu juga dengan perubahan politik di sesuatu tempat.

Persekitaran teknologiMerujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan.Teknologi telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak perbelanjaan dan ekonomi masyarakat.Penemuan teknologi baru boleh menyebabkan perubahan perubahan seperti:--Mewujudkan industri baru.-Mengubah atau menghapuskan industri yang sedia ada.-Merangsang pasaran dan industri yang tidak berkaitan dengan teknologo baru.-Berlaku kemajuan dalam teknologi seperti internet.Persekitaran fizikalMerangkumi semua sumber semulajadi termasuk air , udara , bahan galian dan hasil tanaman yang dijadikan sebagi input untuk pengeluaran barangan.

1.2.2 Persekitaran TugasPihak BerkepentinganPengaruh pihak berkepentingn terhadap perniagaanT/jwb perniagaan kepada pihak berkepentingan 26PERSEKITARAN TUGASPembekal-Pembekal merupakan orang yang menghubungkan diantara pihak pengeluar dan pelanggan.-Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.Input input tersebut diperlikan oleh peniagaan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatn yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan lain.-contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.-Fungsi penting yang dilakuakn oleh mereka ialah:- -tiada kekurangan barang berlaku -tiada kelewatan dalam penghantaran barang -barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, keperluan pihak pelanggan.

Pelanggan-Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama sesebuah perniagaan dijalankan.-Pelanggan adalah oarang yang terpenting dalam menentukan kehendak dan keperluan mereka.-contoh pelanggan ialah individu, kerajaan da syarikat lain.-Setiap pelanggan mempunyai ciri yang berbezasama ada dari segi produk yang dibeli ataupun cara keputusan belian yang dibuat.27Pembiaya dan pemodal-Umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menaggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.-peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya dan pemodal dalam mendapatkan sumber modal untuk meningkatkan aktiviti mereka.-selainitu pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian kerana sekiranya tiada pembiaya pengguna akhir tidak dapat melakukan pembelian akibat berlakunya kekangan dalam wang tunai.KerajaanTangungjawab firma terhadap perniagaan ialah memastikan perniagaan mengikut syarat-syarat, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.Tujuannya untuk memastikan masyarakat mendapat layanan yang adil dan kesejahteraan dan keadaan fizikal terpelihara.Dapat meyediakan kemudahan untuk golongan peniaga.

Pekerja.Perniagaan mesti meyediakan suasana tempat kerja yang baik dan ianya dapat mempengaruhi tingkahlaku pekerja dan akhirnya akan membawa kepada produktivitinya.Menyediakan kemudahan tempat kerja yang selamat.Memberikan pelbagai faedah kepada pekerja diamping faedah wajib yang mereka perolehi.Berlaku adil semasa melakukan pemilihan pekerja.28ENTITI PERNIAGAAN.DimensiJenisEntitiSumber ModalMilikanCara PenubuhanTunggalTiadaTidak BerasinganPemilikTabungan dan KeluargaDimiliki oleh seorang sahajaDaftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. Mengisi Borang ABayar Yuran PendaftaranPerkongsianUmumPerkongsian TerhadPerkongsian tetapPerkongsian nominalTidak BerasinganRakan kongsiPinjaman2 hingga 20 orangDaftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. Mengisi Borang ABayar Yuran Pendaftaran- Kawalan Akta Perkongsian 1961

SyarikatSyarikat Sdn.BhdSykt. Umum BhdSkt Bhd dgn sahamSyt. Bhd dgn jaminanSkt dgn jaminan dan sahamBerasinganSaham beberapa orang tertentu sahajaSaham orang awamPemegang saham-Daftar dgn pendaftar Syarikat.Dokumen tertentu,borang 13A,14,7,44,48A,49,6,24.Tataurus dan memorendum.Bayaran berasaskan modal dibayar.Kawalan Akta Syarikat 1965KoperasiKoperasi PengeluarKoop PenggunaKoop perumahanberasinganYuran ahliSaham ahliDimiliki oleh ahli sekurang-kurangnya 100 orang dan ditadbir oleh ALPDidaftarkan dengan Pendaftar Koperasi SKM. Jawatankuasa penaja sekurang-kurangnya 10 orgAkta Koperasi 1993.Perbandingan antara milikan perniagaan.MILIKAN TUNGGAL29Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab

peribadi terhadap hutang (liabiliti tidak terhad)

Di Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956,pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan

Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.

Merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.

Contoh : Kedai Runcit Ravi, Pasar Mini Kaya dan Kedai Dobi Harum

Pemilik tunggal atau persendirian

Modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman daripada rakan dan saudara mara.

Di uruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan saudara mara atau bilangan pekerja yang sedikit dan kurang kemahiran.

Mudah ditubuhkan iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit

Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu tanggungan pemilik melibatkan aset peribadi.

Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung kerugian sendiri

Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan.

Jangkahayat milikan tunggal adalah terhad,jika pemilik meninggal dunia perniagaan akan terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan perlu didaftarkan semula.CIRI-CIRI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL.KELEBIHAN PEMILIKAN TUNGGAL1) KebebasanDimiliki oleh seorang pengusaha, bebas menentukan corak perniagaan. Hak kebebasan keatas perniagaan terhadap untung dan rugi. Bebas untuk membuat keputusan perniagaan

2) Mudah ditubuhkan dan dibubarkanPerniagaan mudah ditubuhkan dan dibubarkan kerana tidak banyak prosedur yang perlu diikuti.

3) Kos penubuhan yang rendahModal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Kos seperti guaman, pendaftaran syarikat, kos lesen perniagaan tidak tinggi.

4) Cukai dikenakan sekali- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Akaun peniaga tidak perlu diaudit.

31KELEMAHAN PEMILIKAN TUNGGALTanggungan liabiliti tidak terhadPeniaga terpaksa memegang tanggungjawab ke atas semua libilitinya. Harta persendirian peniaga akan dijadikan ganti sekiranya gagal menjelaskan hutang tersebut.2) Sukar berkembangPerniagaan sukar berkembang kerana modal yang terhad dan kecil.3) Sukar untuk mendapatkan sumber kewanganKebanyakkan peniaga tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Ini menyukarkan pinjaman daripada pihak bank untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan.4) Jangka hayat perniagaan pendekApabila peniaga meninggal dunia, perniagaan perlu didaftarkan semula untuk beroperasi.5) Pergantungan terhadap seorang individu- Peniaga sendiri melakukan semua operasi perniagaan. Peniaga kurang kemahiran.

32PERKONGSIAN

33 Perkongsian adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3) (b).

Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan (ROB).

Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang syarikat.

Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi.Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.

Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui dlm Artikel Perkongsian.

Keuntungan diagih kan kpd rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yg disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

KELEBIHAN PERKONGSIANMudah mendapatkan sumber kewanganBilangan rakan kongsi yang ramai memudahkan mendapatkan sumber kewangan yang banyak. Pekongsi akan berkongsi modal. Pihak bank merasa yakin untuk memberi pinjaman. Ini dapat mengembangkan perniagaan.2) Mudah ditubuhkanTidak melibatkan prosedur yang rumit.3) Kemahiran pengurusan yang pelbagaiBilangan rakan kongsi yang ramai menyebabkan perniagaan mempunyai kemahiran pengurusan yang pelbagai.4) Cukai sekaliCukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan.5) Berkongsi risiko- Risiko perniagaan akan ditanggung bersama rakan kongsi.

34KELEMAHAN PERKONGSIAN1)Menanggung liabiliti tidak terhadApabila perniagaan kerugian semua rakan kongsi bertanggungjawab di atas kerugian tersebut. Tanggungan melibatkan aset peribadi .

2) Modal yang terhad.Modal dikongsi sesama pekongsi sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank dan perniagaan sukar berkembang berbanding syarikat.

3) Jangka hayat perniagaan pendekApabila rakan kongsi meninggalkan perniagaan atau tarik diri maka perniagaan terbubar. Perniagaan perlu didaftar jika ingin beroperasi semula.

4) Mudah berlaku salah fahamOleh kerana bilangan rakan kongsi ramai maka mudah berlaku salah faham dan proses pembuatan keputusan lambat.

35SYARIKAT

36Syarikat Sdn Bhd

Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah,ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat.

Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 50 orang

Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15 (b)) dan merupa kan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.

Saham syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilaku kan dalam pasaran terbuka.

Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

Ciri-ciri Syarikat Sdn Bhd

37Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang

Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada pemiliknya.

Syarikat Sendirian Berhad mempunayi hak dan tanggungjawab boleh memiliki harta, boleh didakwa dan didakwa.

Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal perniagaan. Mereka dilarang mengutip hutang daripada orang awam.

Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.

Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2 orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.

Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat di dalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada kesalahan syarikat.

KELEBIHAN SYARIKATMudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang sahamLiabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas namanyaPemegang saham dilindungi oleh undang-undangSaham syarikat mudah dijualPengurusan syarikat lebih efisyen

38KELEMAHAN SYARIKATPembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta Syarikat 1965.

Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan pekerja.

Kos penubuhan syarikat adalah tinggi

Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.

Operasi syarikat dikawal oleh undang undang dan peraturan yang ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.

Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan.

Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat39KOPERASI

Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.

2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kpd jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.

Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti Keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif disemua peringkat koperasi.40KELEBIHAN KOPERASIMenjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan

Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.

Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih rendah daripada cukai syarikat berhad

Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian

Liabiliti terhad

Wujud secara berterusan iaiti entiti yang berasingan.

41KELEMAHAN KOPERASIAktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.

42BADAN BERKANUN Ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.

Penubuhannya dibawah Akta Parlimen atau Enakmen negeri. Di tubuhkan secara perbadanan. Mempunyai entiti khas dan kaedah operasi mirip sektor swasta.

Contoh Perbanan Kemajuan Negeri (PKN), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Beberapa badan berkanun Di Malaysia telah diswastakan melalui dasar Penswastaan dan Pensyarikatan tahun 1980an seperti Tenaga Elektrik Nasional (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia

Contoh badan berkanun: KWSP, PERKESO, AGROBANK, PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Bhd)43KELEBIHAN BADAN BERKANUNMementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah kebajikan sosial

Bebas dari dikenakan cukai

Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi

44KELEBIHAN BADAN BERKANUNMementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah kebajikan sosial

Bebas dari dikenakan cukai

Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi

45KELEMAHAN BADAN BERKANUNBagi badan berkanun yang besar sistem pengurusan yang kompleks dan rumit

Proses pembuatan keputusan dipengaruhi oleh politik. Lembaga pengarah dilantik oleh kerajaan

Ketidakcekapan berlaku kerana tidak wujud persaingan. Pekerja kurang motivasi untuk pekerja.

4647a) Runcit dan Borong

b) Kewangan & Insurans

c) Perkhidmatan Profesional

d) Pengangkutan dan pergudangan

e) Pembinaan dan kontrak

f) Pengurusan profesional dan pembangunan sumber manusia

g) Perkhidmatan Perhotelan

h) Perkhidmatan PendidikanAKTIVITI PERNIAGAANPengeluaranEkstraktif dan perladangan

Barangan Pengguna dan industri

Pembuatan dan Pemasangan

PerkhidmatanSEKTOR PERNIAGAAN

48.Sektor Swasta

Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu individu atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.

Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal , perkongsian,perniagaan syarikat.

Bermatlamat utama unuk mencari keuntunganSektor Awam

Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam kemeterian tertentu.Ianya dibahagikan kepada peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Tidak bermatlamat mencari keuntungan

Badan berkanun

Merupakan perbadana yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu Organisasi organisasi ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting kepada sektor industri , perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.Merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan.

TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN53 PrimerMerangkumi pengeluaran sumber sumber bahan mentah dari tempat asalnya dan altiviti aktiviti yang menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.Industri yang terlibat dalam tahap ini ialah cari gali minyak, arang batu, besi dan lain lain bahan galian, pembalakan, pertanian, ternakanikan dan lain lain lagi.sektor dalam tahap primer ini juga termasuk penjanaan kuasa melalui arang batu , minyak dan stesen janauasa nuklear, gas asli dan hidroelektrik.

SekunderPerniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber sumber semulajadi atau bahan mentah kepada barangan siap atau barangan separuh siap.contoh bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi.Pengeluaran pada tahap sekunder termasuk pengeluaran baramg barang komponen yang di pasang kepada barangan pengguna dan barangan industri.sesetengan negara yang tidak mempunyai sumber semulajadi mereka masih mampu untuk mengeluarkan produk sekunder dengan menyimpan bahan mentah yang diperlukan.

Tertier Perniagaan pada tahap ini menghasilkan produk yang tidak ketara /perkhidmatan.contohnya ialah syarikat pengangkutan yang menghantar produk mereka dari kilang ke pasaran melalui udara , laut, darat.pengeluaran lain pada tahap tertiar ialah perkhidmatn perkapalan,pos dan telekom, hotel, bank,insuran dan kewangan.Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan sebagainya.PERINGKAT PROSES54PERINGKAT INDUSTRI

Huluan Perniagaan pada peringkat huluan bermaksud perniagaan utama atau teras diwujudkan oleh sesebuah organisasi.perniagaan ini melibatkan aktiviti yang berasaskan semulajadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain lain.aktivitiaktiviti tersebut boleh dikategorikan kepada pelbagaiindustri seperti industri pertanian pembuatan dan perkhidmatan.

HiliranPerniagaan pada tahap hiliran pula meliputi aktiviti aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain.contohnya peruasahan perusahaan yang berasaskan kayu seperti kayu balak, kilang perabot dan sebagaimya.

PERINGKAT PASARAN

Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkanhasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestik di negara tersebut sahaja.Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang berteaskan pertanian ,perladangan ,pekilangan dan perkhidmatan.

AntarabangsaPerniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.Terangkan tiga cabaran perniagaan pada masa depan (6m)Jelaskan kepentingan untung kpd perniagaan (4m)Jelaskan dua elemen dalam persekitaran umum dan kesannya terhadap perniagaan (4m)Bezakan antara persekitaran umum dengan persekitaran tugas (4m)Huraikan tiga kebaikan perkongsian (6m)Nyatakan empat keburukan syarikat berhad (4m)Huraikan tiga peranan sektor awam (6m)

SOALAN: