pernahkah tuan puan · “jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak...

44
1

Upload: others

Post on 03-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

1

Page 2: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

2

Pernahkah Tuan Puan alami…

Harapan tidak menjadi kenyataan?

Lain yang diminta, lain yang diterima?

Lain yang diharap, lain yang berlaku?

Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?

Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?

Bisnes umpama ‘hidup segan mati tak mahu’?

Di mana silapnya?

Hakikatnya, 96% daripada kekayaan dunia dimiliki oleh hanya 1

peratus daripada keseluruhan populasi dunia. Pasti ada sebab

mengapa ini berlaku.

Salah satu sebab adalah kerana kebanyakan orang-orang kaya

menggunakan Prinsip ‘Law of Attraction’ (LOA) dalam kehidupan

mereka. Mereka tahu bahawa LOA boleh membantu mereka untuk

mencapai apa yang mereka mahu.

Page 3: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

3

Apakah Perbezaan Di Antara LOA & LUA?

‘Law of Attraction’ (LOA) menyatakan bahawa "kita menarik apa yang

kita fokuskan". Manakala Law of Universal Attraction (LUA)

menerangkan bahawa ia bukan sekadar tarikan, tetapi merupakan satu

“Tarikan Universal”, iaitu tarikan Tuhan, iaitu Allah swt.

Memahami LUA menyebabkan segala-galanya yang yang kita

suka akan memacu kita kepada Allah yang Maha Besar.

Kita tertarik untuk menjadi kaya daripada menjadi miskin, kerana Tuhan

adalah Maha Kaya. Kita tertarik dengan kecantikan daripada hodoh,

kerana Tuhan adalah Maha Cantik. Kita tertarik kepada orang-orang

yang menyukai kita berbanding orang-orang yang membenci kita,

kerana Tuhan Maha Pengasih.

Pengamal LUA perlu sentiasa positif dengan apa yang berlaku dalam

kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa segala yang berlaku

mempunyai sebab (Hikmah). Mereka sentiasa meminta dan berdoa

daripada Allah yang Maha Besar, bukan daripada alam semesta.

Page 4: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

4

TEKNIK 1: LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION (LUA)

Menjadi Magnet Kejayaan, Kekayaan Dan Kebahagiaan

Memahami LUA bermaksud memahami Seni Berdoa, kerana LUA

adalah DOA.

LUA berbeza dengan LOA (Law of

Attraction) dari sudut spiritual, proses dan

teknik-teknik zikir. Tarikan LUA lebih kuat

kerana diperhalusi dengan konsep

ubudiyyah dan amalan Asma’ul

Husna. Istimewa buat mereka yang ingin

mencapai impian dan cita-cita dengan lebih

MUDAH dan BERKESAN!

Kepentingan Mengetahui LUA

Mengetahui LUA adalah penting kerana ia membantu kita menggunakan

LOA tanpa mengorbankan kepercayaan dan amalan kita dalam agama

kita. Selain itu, ia menguatkan kesan daripada teknik LOA seperti

visualisasi dan affirmasi. Disamping itu, kita juga boleh menggunakan

LUA dalam menetapkan matlamat kita dengan lebih berkesan.

Mengetahui bahawa 'kita menarik apa yang kita fokuskan',

menyebabkan kita mengelak daripada perkataan negatif dalam

menyatakan matlamat dan impian kita.

Page 5: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

5

Dalam bukunya "Law of Attraction", Michael J. Losier memberi

cadangan untuk mengelak daripada menggunakan "tidak" dan "jangan".

Teknik LUA pula menggunakan terus Teknik yang diajarkan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. Apabila kita terlihat atau terdengar sesuatu yang

ingin dihindari, ucapkan “na’uzubillahi min zaalik”.

The Universal Attractor

Apabila menyebut tentang Law of Universal Attraction, kita tidak boleh

mengelak daripada berbicara tentang The Universal Attractor.

Siapakah The Universal Attractor?

Mungkin ada yang berpandangan bahawa Universal Attractor adalah

tarikan alam. Hakikatnya, Universal Attractor adalah Penarik alami.

Apakah bezanya?

Tarikan alam bermaksud alam mempunyai tarikan-tarikan yang tertentu.

Tarikan ini boleh jadi dalam bentuk kekayaan, keindahan mahupun

kepandaian.

Namun jika dilihat dari segi bahasa, Attractor merujuk kepada pembuat,

dan Universal merujuk kepada kata sifat. Lalu makna yang lebih tepat

kepada “Universal Attractor” ialah Penarik Alami, yang bermaksud satu

Zat yang hebat dan mempunyai tarikan terhadap semua alam ini.

Page 6: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

6

Lalu siapakan The Universal Attractor yang dimaksudkan?

Dengan sifat Tuhan yang Maha Pengasih dan maha Penyayang, hanya

Tuhan yang mampu menjadi tarikan kepada setiap makhluk. Tuhanlah

yang memberi kebaikan dan membawa kita ke arah kebaikan. Tuhan

yang memberi kekayaan. Tuhan yang memiliki semua sifat

kesempurnaan dan memiliki pengetahuan yang luas. Kita akan tertarik

pada sesuatu berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang ada pada

Tuhan.

Tuhan telah menjadikan fitrah manusia itu suka kepada kebaikan. Cuba

anda lihat kepada jadual di bawah. Bahagian manakah yang anda lebih

suka, kanan atau kiri?

Page 7: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

7

Jelas sekali bahagian kanan (Set B) lebih menarik perhatian kerana

semua sifat yang dinyatakan adalah sifat-sifat positif.

Kenapa? Kerana kita lebih suka menjadi kuat daripada lemah. Memang

sifat Tuhan itu Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa!

Antara hodoh dan cantik, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu

yang cantik, kerana Tuhanlah Yang Maha Cantik (Indah).

Antara benci dan sayang, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu

sayang, kerana Tuhanlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Fitrah sukakan kebaikan seperti yang kita lihat di atas membuktikan

bahawa setiap tarikan itu berpusat kepada Tuhan yang menciptakan

LUA. Dialah “The Universal Attractor”.

Dan Tuhan mencipta alam ini begitu lengkap dan indah untuk

mendekatkan kita kepadaNya. Dan untuk memperkenalkan diriNya di

sebalik keindahan alam ciptaanNya!

LUA mengajar kita untuk Berfikiran Besar

(The Magic of Thinking BIG)

Melalui LUA, Tuhan juga mengajar manusia berfikir dan berjiwa besar.

Tiada manusia suka hidup miskin kerana ia menyebabkan kita terpaksa

meminta-minta. Lalu manusia lebih tertarik kepada kekayaan daripada

kemiskinan.

Page 8: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

8

Namun, suatu perkara yang boleh menjurus kepada kesilapan adalah

apabila kita hanya mengaitkan kaya dengan memiliki harta yang banyak,

rumah yang besar, taman yang luas serta aset yang pelbagai.

Izinkan saya membawa anda untuk kita sama-sama menghayati hadis

ini:

“Kaya bukanlah kerana banyaknya harta, melainkan yang disebut kaya

adalah kaya jiwa”. (HR Bukhari dan Muslim)

Bila kita menyoroti hadis ini, kita dapat simpulkan manusia yang

mempunyai akhlak yang baik adalah orang yang paling kaya.

Mana yang kita lebih suka?

Orang kaya yang banyak harta tapi kedekut atau orang yang biasa-

biasa yang suka memberi?

Orang kaya yang banyak harta tapi malas menolong orang lain atau

orang yang biasa-biasa yang suka menolong orang lain?

Orang kaya yang banyak harta tapi derhaka pada ibu-bapa dan tidak

menghormati orang tua atau orang yang biasa-biasa yang menghormati

orang lain?

Tentu kita suka orang yang bermoral tinggi dan berakhlak baik bukan?

Moral dan akhlak inilah yang dinamakan kaya jiwa.

Page 9: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

9

Tuhan juga Maha Kaya, bukan hanya kaya harta tapi kaya dalam

segala-galanya. Kaya dalam kasih-sayang, kaya dalam memberi, kaya

dalam memaafkan.

Sekiranya kita gagal memahami hakikat ini, manusia akan semakin jauh

dengan Tuhannya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian daripada

mereka yang memperlajari LOA tetapi masih belum berjaya menarik

kebahagiaan.

Apabila mereka meminta sesuatu daripada alam, tanpa mereka sedari

mereka sedang bertuhan kepada alam.

Akhirnya, mereka gagal memahami sumber tarikan kejayaan yang

sebenar, lalu gagal menarik kejayaan yang diimpi-impikan. Kerana

sumber kejayaan yang sebenar adalah Tuhan. Dialah Yang Maha

Mengabulkan Hajat (As- Somad) lagi Maha Penyayang.

Page 10: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

10

Lalu apakah perkara pertama yang patut dilakukan oleh mereka yang

inginkan kejayaan dan kebahagiaan?

Mengenalpasti sumber kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar, iaitu

Tuhan Yang Maha Esa. Elakkan bergantung dan terlalu berharap

kepada manusia kerana makhluk bukanlah sumber kejayaan dan

kebahagiaan sebenar.

Dengan memahami dan mengaplikasi asas ini, anda sudah bersedia

untuk menarik KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN dalam hidup anda.

Sebelum kita menggunakan LUA untuk menarik kejayaan, mari kita

selami tiga asas penting LUA untuk menarik kejayaan dan kebahagiaan.

Tiga asas penting ini ialah:

1. Bersangka baik

2. Bersyukur

3. Sabar

Page 11: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

11

Bersangka Baik

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular

Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi

bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita

fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan

gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh

RC ke alam semesta.

Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati

kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan

dan kebahagiaan.

Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif

jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif

mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam

hidup kita.

Menarik Kejayaan Dengan Mengaktifkan RC

Untuk berjaya dan bahagia, RC perlu diaktifkan semaksima yang

mungkin. Dr. Ibrahim Ahmad merupakan salah seorang usahawan yang

menggunakan 'Teknik Pengaktifan RC' bagi memajukan kerjaya dan

perniagaannya.

Page 12: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

12

Dalam satu temubual oleh Mingguan Malaysia pada 13 Mei 2007, beliau

mendedahkan cara beliau berjaya menjadi jutawan. Apakah cara

tersebut?

Beliau menampal simbol-simbol wang ($) hampir di seluruh ruang

pejabat, meja, dan bilik beliau. Dengan cara ini, beliau telah

mengaktifkan RC dan minda menggunakan gambaran atau simbol

berkaitan wang. Pengaktifan ini berlaku tanpa kita menyedarinya.

Antara petikan kata-kata beliau ialah

“Saya tidak menafikan, saya banyak menggunakan rahsia bawah sedar

ini bagi merealisasikan semua impian dalam hidup saya. Daripada

pengalaman hidup sendiri, saya adaptasikan dalam program latihan.

Kalau tengok dalam pejabat saya, semuanya berkaitan dengan

duit. Sebenarnya, kita mesti melihat benda yang betul kerana

kehidupan kita dipengaruhi oleh sains bawah sedar.”

Tip-tip Mengaktifkan RC Untuk Usahawan

Menurut Amar Mahmood, penulis buku “Tarik Kekayaan Dengan Kuasa

Minda”, RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah:

1. Selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain

2. Selalu gambarkan diri dengan kekayaan

3. Gunakan kata-kata kekayaan dalam kehidupan seharian

Page 13: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

13

Pentingnya Bersangka Baik

Ada seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota

Bharu ke Kuala Lumpur. Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat

dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa

kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk

pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa

perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan

yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.

Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya

dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya. Sebahagian besar

daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian

tersebut.

Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa

Tuhan mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat

syukur. Perasaan gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam

sekelip mata. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan

kebaikannya yang tersendiri.

Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu

doa. Saya tidak menyatakan bahawa semua orang yang

mengaplikasikan LUA pasti mendapat apa yang dihajati. Banyak lagi

faktor yang mempengaruhi kejayaan kita.

Page 14: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

14

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu

hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita

perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah

memberi apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah

mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita

yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan

Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”

(Surah Al-Insyirah, ayat 5)

Doa Tidak Makbul Menjadi Pahala

Saya teringat satu kisah yang

disampaikan oleh guru saya. Kisah ini

banyak membentuk diri saya agar

sentiasa bersangka baik dengan Allah

jika doa kita belum dimakbulkan. Ia

juga banyak membantu saya membina

ketenangan diri dan kekuatan dalam.

Guru saya bercerita;

“Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki

Page 15: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

15

dimasukkan ke syurga dengan pahala yang terlalu banyak. Dia berasa

hairan kerana sepanjang pengetahuannya, amal baiknya tidaklah

sebegitu banyak. Lalu dia bertanya kepada Allah,

“Wahai Allah, dari mana datangnya kebaikan yang melimpah ruah ini?”

Allah menjawab,

“Ini semua adalah doa yang kamu minta di dunia, tetapi Aku tangguhkan

supaya menjadi kebaikan buatmu di syurga”.

Lalu pemuda itu berkata,

“Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak

dimakbulkan.”

Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat

dengan LUA. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita dengan kisah ini

supaya kita sentiasa redha dan bersangka baik kepada-Nya.

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak

mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim, kecuali Allah

akan memberikan kepadanya satu diantara tiga hal: dikabulkan doanya ;

ditangguhkan hingga hari kiamat; atau dijauhkan dari suatu

keburukan/musibah yang serupa.”

(Hadis riwayat Ahmad, dari Abi Said Al Khudri)

Ringkasnya, antara perkara asas dalam menarik kejayaan, produktiviti

dan kebahagiaan ialah dengan bersangka baik kepada tuhan. Setiap

kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Page 16: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

16

“Setiap sesuatu adalah hikmah bagi sesuatu.” (Azzah Abdul Rahman)

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan apa yang

berlaku walaupun apa yang kita hajati tidak berlaku. Yakinlah bahawa

Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Saya

yakin Allah yang maha memperkenankan hajat (as-Somad), sentiasa

mendengar apa yang ada dalam hati kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)

tentang Aku, maka sesungguhnya aku sangat dekat. Aku kabulkan

permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku…”

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Yakinlah, sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah dan kebaikannya

yang tersendiri. Inilah asas yang perlu kita sedar dalam menarik

kejayaan dengan LUA. Sangkaan baik menjadikan kita tenang dan

Page 17: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

17

bahagia. Tarikan positif terhadap kita bertambah kuat. Kejayaan dan

kebahagiaan semakin mendekati kita.

“Tuhan tidak pernah penat mendengar doa kita, cuma kita yang sering

lewat memanjatkan syukur. Tuhan tidak pernah memilih permintaan

mana yang mesti dikabulkan. Kita yang memilih doa mana yang ingin

dipanjatkan” (Azizah Aling)

Salah satu teknik dalam LUA ialah dengan menggunakan Mind Movie

iaitu antara alat yang boleh membantu kita menarik kejayaan dan

kebahagiaan.

Fungsinya adalah seperti Vision Board namun mempunyai kelebihan

dari segi audio dan pergerakan gambar.

Dengan memahami LUA, kita boleh memasukkan elemen Spiritual dan

Ketuhanan supaya yang ditarik bukan hanya kejayaan, malah

kebahagiaan. Kita perlu menghayati Mind Movie ini hampir setiap hari

untuk lebih fokus kepada apa yang ingin saya capai dalam hidup.

Bukankah kita akan menarik apa yang kita FOKUSkan?

Page 18: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

18

Minda vs Antena Telekomunikasi

RC ibarat antenna TV yang boleh menyerap

gelombang ‘channel’ TV yang ada. Malah ia

lebih ‘advanced’ kerana mampu membebaskan

gelombang dalam minda kita.

Maknanya, ia lebih menyerupai antena

telekomunikasi yang biasanya diletakkan di atas

bangunan-bangunan yang boleh menerima dan

membebaskan gelombang.

Apa yang diserap oleh RC, itu jugalah yang dibebaskan oleh RC. Ini

berlaku apabila seseorang itu tidak menapis gelombang dan maklumat

yang diterima oleh deria-deria mereka. Ini kerana sebahagian besar

daripada tabiat manusia dilakukan secara separa sedar (subconscious).

Orang yang kaya dan bahagia sangat memahami perkara ini. Oleh itu,

mereka secara sedar akan memastikan yang mereka membebaskan

gelombang yang positif walaupun mereka menerima gelombang negatif

daripada orang lain.

Bagaimana Cara mereka Menapis Gelombang Negatif?

Ianya dilakukan dengan melihat semua perkara dengan kaca mata yang

positif. Mereka sangat memahami bahawa “everything happen for a

reason”. Setiap kejadian pasti ada hikmah dan kebaikan, dan hikmah

itulah yang sepatutnya difokuskan.

Page 19: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

19

Mereka juga akan fokus pada apa yang mereka inginkan. Manakala

perkara yang tidak diingini akan mereka awasi (aware) sahaja.

Realiti Yang Berlaku

Realiti yang berlaku ialah ramai di antara kita lebih fokus kepada apa

yang mereka tidak suka, berbanding apa yang mereka suka.

Oleh itu, kita perlu fokus apa yang KITA SUKA, bukan apa yang kita

tidak suka, untuk menjadi insan yang kaya dan bahagia!

Bagaimana caranya untuk menarik apa yang kita suka?

Bermula dari saat ini, fokus apa yang kita suka. Ia boleh dilakukan

dengan melihat, mendengar, berfikir, membayangkan, menulis, melukis

dan menghidu serta merasa apa yang kita suka.

Yang paling penting, pilih perasaan yang disukai apabila kita

berhadapan dengan apa jua situasi. Ini kerana perasaan mempunyai

gelombang tarikan yang lebih kuat berbanding tarikan fizikal.

“We are the master of our feelings!”. Tiada orang yang boleh

merampas kebahagiaan kita melainkan dengan keizinan kita!

Page 20: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

20

Jika berasa terganggu dengan seseorang atau sesuatu kejadian, ambil

langkah mudah ini:

1. Pejam mata

2. Tarikh nafas panjang

3. Sambil bernafas, senyumlah sekurang-kurangnya 1 minit

4. Yakinlah bahawa Allah bersama orang yang sabar

5. Teruskan tersenyum sambil melihat langit / dunia yang terbentang

luas!

Subhanallah! anda pasti akan lebih lega kerana kerana memberi ruang

kepada diri sendiri untuk rasa lebih kaya jiwa dan bahagia! Kerana hidup

ini terlalu indah dan singkat untuk dihabiskan dalam keadaan sedih dan

sakit hati!

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mengizinkan diri sendiri

untuk lebih tenang, kaya dan bahagia sebagai seorang usahawan atau

sesiapa sahaja. Kemudian berusaha dengan ilmu dengan segenap

tenaga.

Page 21: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

21

Teknik Menarik Rezeki: Teknik Penulisan Spiritual

Rezeki itu luas. Ia bukan sahaja meliputi wang ringgit. Nafas adalah

rezeki. Sihat adalah rezeki. Penglihatan, pasangan hidup, anak-anak,

ibubapa dan kasih sayang, semuanya adalah rezeki yang tidak ternilai

harganya!

Salah satu teknik Menarik Rezeki adalah Teknik Penulisan Spiritual.

Teknik ini mempunyai kekuatan yang lebih LUAR biasa, kerana kita

mengaitkan terus impian kita dengan Tuhan!

Spiritual berkait rapat dengan hubungan kita dengan Tuhan. Pada hari

ini, ramai manusia yang belum mencapai impian masing-masing kerana

mereka memutuskan hubungan dengan Tuhan dalam proses mencapai

impian!

Affirmasi (pernyataan positif) meneguhkan keinginan yang ada dalam

diri. Visualisasi pula memperkayakan keinginan tersebut dengan

bayangan-bayangan impian yang boleh meningkatkan kuasa tarikan.

Untuk memudahkan anda menarik rezeki dengan menulis, fikirkan apa

yang ingin anda miliki 10 tahun dari sekarang.

Sebaiknya, disiplinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya 70

perkataan sehari. Ia sepatutnya tidak menjadi beban, malah boleh

menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan.

Kenapa? Kerana anda telah menjadi pengarah kepada filem hidup anda

sendiri!

Page 22: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

22

Anda juga bebas berangan dan menulis diiringi perasaan-perasaan

hebat dalam diri. Anda bangga dengan pencapaian anda. Keyakinan

anda semakin tinggi malah anda makin cintakan diri sendiri

menyebabkan orang lain tidak mampu menjatuhkan anda dengan kata-

kata dan persepsi yang negatif.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1. Tanya diri sendiri apa impian anda

2. Bayangkan impian tersebut telah pun anda kecapi. Rasakan bahawa

anda sedang melalui pengalaman indah itu bersama orang-orang yang

tersayang. Gunakan otak kanan anda untuk menghasilkan imaginasi

yang hebat dan memberi inspirasi.

3. Sambil berimaginasi, tuliskan impian tersebut dengan membiarkan

minda anda menari-nari di luar kotak logik manusia.

Antara perkara yang kita boleh tuliskan ialah tentang keadaan:

i. Perasaan sendiri

ii. Kesihatan

iii. Keluarga

iv. Rumah

v. Kereta

vi. Jiran-jiran

vii. Rakan-rakan

viii. Kekayaan harta benda dan jumlah wang simpanan yang banyak

Page 23: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

23

ix. Sumbangan terhadap masyarakat seperti rumah anak-anak yatim

dan sebagainya

Untuk mendapatkan tarikan yang maksima, kita perlu menulis dan

melakukan rutin di atas SETIAP HARI untuk meningkatkan tarikan

kejayaan dan kebahagiaan. Waktu dan caranya terpulanglah kepada diri

sendiri.

Anda boleh menulis di waktu malam yang sunyi atau siang yang sibuk.

Anda juga boleh menulis menggunakan pen, telefon bimbit atau

computer. Hatta untuk mereka yang sering menaiki pengangkutan awam

pun masih boleh menulis dalam komuter atau kapalterbang!

Elakkan memberi alasan bahawa kita tiada masa untuk menulis kerana

sememangnya selagi hidup, kita masih mempunyai masa. Hanya orang

yang sudah tiada nyawa sahaja tiada masa. Yang penting ialah

bagaimana kita menguruskan diri kita sesuai dengan pekerjaan yang

kita lakukan seharian.

Panduan penting dalam mengamalkan teknik ini.

1. Gunakan perkataan yang positif sahaja.

Mengikut kajian, otak manusia begitu hebat sehingga boleh berfikir

60,000 perkara dalam sehari. Ini kerana otak manusia begitu pantas

kerana keupayaannya jauh lebih hebat daripada komputer yang sedia

ada.

Page 24: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

24

Oleh itu, disebalik menggunakan perkataan “saya tak nak miskin”,

tukarkan perkataan kita kepada “saya kaya!”.

Bagaimana untuk mengelakkan kita menggunakan perkataan-perkataan

negatif?

Tipnya ialah, elakkan perkataan-perkataan ini:

i) Jangan

ii) Tidak

iii) Bukan

Ini kerana minda separa sedar terlalu pantas sehingga sering terlepas

pandang perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ dan ‘bukan’.

Bila ini berlaku, minda akan menarik perkataan negatif selepas

perkataan “jangan, tidak dan bukan”.

Oleh itu, elakkan 3 perkataan-perkataan ini dan perkataan negatif yang

lain ketika menulis impian.

2. Banyakkan menulis tentang perasaan (yang positif).

Ini kerana minda berupaya menarik perasaan yang mempunyai

frekuensi dan tenaga/energi yang sama.

Sekiranya anda fokus kepada perasaan positif, semua perkara yang

menyumbang kepada perasaan tersebut akan ditarik bersama. Perkara

ini telah dijelaskan dalam teknik sebelum ini.

Page 25: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

25

3. Pilih minimum 3 sebab yang kuat kenapa anda ingin memiliki impian

tersebut.

Untuk lebih memahami perkara ini, senaraikan sebab-sebab anda ingin

memiliki kereta, atau rumah yang saudara idamkan. Masa yang

dicadangkan ialah seminit sahaja.

Saya ingin memiliki ……………………………………………………………

……………………………………………………………….…………………...

………………………………………………………..…………………………..

Tahniah kerana berjaya melakukan latihan di atas. anda boleh

memperbaikinya dengan melihat contoh di bawah:

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sesungguhnya Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Memberi kekayaan.

Dengan kelembutan kasih sayangNya, saya membenarkan semua

kekayaan itu mengalir dalam hidup saya.

Saya suka memiliki rumah berkeluasan 80 x 80 kaki di tepi sungai jernih

dan berbatu (jeram). Saya suka ketenangan dan keindahan ketika

bertafakur dan berbuai di tepi sungai tersebut. Rumah saya dilengkapi

dengan 7 buah bilik, ruang perpustakaan, pangkin ibadah, 7 buah bilik

air, pejabat, gimnasium, kolam renang, air pancut, taman bonsai, kolam

ikan dan sebagainya.

Saya bahagia mendiami rumah tersebut. Anak-anak membesar dan

terdidik dengan keteraturan alam. Mereka membesar dalam suasana

Page 26: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

26

ceria dan kasih sayang. Isteri saya bahagia menyediakan makanan dan

keperluan rumahtangga dengan adanya kemudahan dan ruang yang

selesa.

Keselesaan yang diperolehi membolehkan saya menghasilkan modul

dan karya yang hebat. Saya berjaya menghasilkan karya bestseller

setiap tahun. Pelajar saya bertambah setiap minit. Saya beroleh pahala

setiap saat melalui karya-karya tersebut. Subhanallah! Betapa besarnya

rahmat dan kasih sayangAllah. Amin Ya Robbal Alamin..

Saya yakin Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha memberi sedang

mendengar doa saya ini. Dia juga sedang mengatur jalan untuk saya

mencapai apa yang terbaik dalam hidup saya. Sesungguhnya Dialah

yang Maha Pengasih lagi Maha Memberi.

Tulisan di atas banyak memberi fokus kepada hubungan dengan Tuhan.

Ini contoh penulisan spiritual. Ia mempunyai tarikan dan energi yang

sangat tinggi kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuan

Punya energi, iaitu Allah SWT.

Hasilnya, impian-impian anda akan lebih cepat dan mudah untuk

dicapai!

Hayati ayat pembuka dan penutup borang ini yang boleh membantu kita

menambah getaran positif terhadap impian yang ditulis. Tulis dengan

ikhlas dan yakin bahawa Tuhan yang Maha Pengasih pasti akan

Page 27: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

27

memberikan yang terbaik untuk kita. Sebaik-baiknya impian kita

dikarang setiap malam sebelum tidur.

Selamat menarik rezeki!

Page 28: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

28

TEKNIK 2: KEHEBATAN NEURO-LINGUISTIC

PROGRAMMING (NLP)

Menurut Md Taib, Neuro-Linguistic Programming adalah satu kajian

sistematik mengenai perlakuan manusia.

NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru

kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita

dapat mengenalpasti apa yang membuatkan seseorang itu amat

berkebolehan atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut

untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain.

NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua perkara yang

bermanfaat kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan

keluarga ataupun sebagai seorang usahawan yang sentiasa

berhubungan dengan pelanggan.

NLP adalah aplikasi secara praktikal bagaimana minda manusia

berfungsi. Proses mewujudkan kecemerlangan diri yang berguna adalah

kriteria yang paling penting dalam mencapai kejayaan.

Salah satu daripada manfaat bagi usahawan yang menggunakan NLP

ialah dengan menggunkaan Teknik ‘Modelling’ atau meniru

prestasi individu yang telah berjaya dimana kebolehan dan

keupayaannya dapat dipindahkan dengan cara yang betul.

NLP juga merupakan satu set kaedah-kaedah terapeutik yang boleh

digunakan untuk mengubah minda atau sikap seseorang itu.

Page 29: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

29

Secara ringkasnya, NLP adalah satu model yang unik bagaimana

manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan

untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang bidang.

Selain itu, NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi

manusia boleh menyerlahkan hasil - dalam perniagaan, pengurusan,

hubungan, keibu-bapaan, pengucapan awam dan penyampaian secara

efektif.

Jika dikaji, kebanyakan trainer ternama di Malaysia mahupun luar

Negara yang melatih para usahawan seperti Anthony Robbins, Adam

Khoo, Dr Azizan Osman, mereka menggunakan pelbagai Teknik NLP

dalam program mereka.

Dalam NLP, terdapat pelbagai ‘pattern’ kejayaan yang boleh

diaplikasikan dan diubah mengikut kesesuaian jika kita mengetahu

teknik asasnya. Persoalannya, bagaimana kita pula ingin mengetahu

kaedah asas itu?

Salah satu teknik dalam NLP dipanggil Teknik Matching & Mirroring iaitu

bagaimana Seorang usahawan dapat membina serta meningkatkan

hubungan (rapport) bersama pelanggan secara lisan dan perlakuan.

Kita meniru gaya bahasa, slang, percakapan, perlakuan, ekspresi wajah

dan cara mereka duduk untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

Page 30: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

30

Teknik ini akan menyebabkan pelanggan kita akan merasa lebih dekat

dan rapat dengan kita. Oleh itu mereka selesa berurusan dan membeli

produk atau menggunakan perkhidmatan mereka.

Selamat mencuba!

Page 31: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

31

TEKNIK 3: FORMULA BERPENGARUH DENGAN

‘BODY LANGUAGE’

Menurut kajian Dr. Albert Mehrabian, seorang Profesor Psikologi di

UCLA, impak komunikasi dibahagikan kepada tiga komponen penting

iaitu lisan, body language (bahasa badan) dan nada suara.

Bahasa badan memberikan impak tertinggi dengan 55%, diikuti 38%

daripada Tona Suara dan baki 7% adalah daripada percakapan kita

seharian.

Bahasa badan boleh menjelaskan dan menterjemahkan sikap

seseorang semasa berkomunikasi samada seseorang itu dalam mood

tenang , agresif , relaks, kebosanan dan sebagainya.

Ilmu ini sangat penting lebih-lebih untuk mereka yang sering berkhidmat

dengan orang ramai terutamanya bagi seorang usahawan. Ilmu bahasa

badan ini mampu membantu anda mengenal pelanggan, pelajar,

pekerja, kakitangan dan anak-anak anda.

Jika dikuasai, bahasa badan boleh membantu diri sendiri untuk

mempengaruhi orang lain supaya mempercayai diri anda.

Hebat bukan?

Pernah tak anda berada dalam keadaan dimana anda tidak percaya

dengan apa yang seseorang itu perkatakan?

Page 32: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

32

Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Contohnya seseorang itu bercerita tentang kebaikan produk A tapi

nampak dari body language seperti dia sendiri tidak percaya dengan

produk A?

Pernah ada pengalaman sebegini?

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan daripada

ditipu adalah:

1. Bina hubungan dengan berkomunikasi secara santai. Perbualan

adalah berkisar tentang asal, belajar, pekerjaan, hobi, perkara

yang disukai dan lain-lain.

2. Apabila sedang berkomunikasi perhatikan ‘baseline’ (asal) body

language orang tersebut. Maksudnya, bagaimana body language

dia semasa berada dalam keadaan santai seperti cara duduk,

pergerakan tangan, ekspresi wajah dan lain-lain.

Dan setiap orang mempunyai baseline yang berbeza. Kita tidak

boleh judge seseorang itu sehingga kita mengetahui apakah

baseline mereka.

3. Kemudian, baru tanya soalan berkaitan topik tersebut. Perhatikan

bagaimana body language dia. Jika body language pada masa ini

agak berbeza dari baseline secara konsisten, maka kita perlu

berhati-hati.

Page 33: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

33

4. Pada masa ini, soalan-soalan yang ditanyakan perlu lebih detail.

Kadang-kadang mereka juga sudah bersedia dengan jawapan.

Jadi tanya soalan yang mungkin tidak mereka jangkakan.

Jika mereka teragak-agak atau mengambil masa untuk berfikir

secara konsisten untuk kebanyakan soalan. Nasihat saya, berhati-

hati dan ambil langkah berjaga-jaga atau elakan diri sehingga ada

bukti yang benar-benar kukuh.

Perbezaan diantara apa yang disampaikan dan apa yang kita faham

sebenarnya hadir daripada komunikasi tidak verbal atau dikenali

sebagai bahasa badan.

Sebenarnya sedar atau tidak kita menggunakan bahasa badan dalam

kehidupan kita. Ekperasi muka, cara kita bercakap, berjalan, duduk dan

berdiri boleh menunjukkan apa yang berlaku dalam dalaman kita ,

samada gementar, yakin, cemas dan sebagainya.

Percaya atau tidak, kemahiran ini jika dipelajari dengan baik boleh

membantu anda 'membaca' orang dengan lebih senang.

Peter F. Ducker mengatakan 'The most important thing in

communication is hearing what isn't said'.

Perkara yang paling penting dalam komunikasi ialah mendengar apa

yang tidak diperkatakan. Sebenarnya , selain daripada perkataan , anda

sebenarnya berhubung dengan bahasa badan. Contoh bahasa badan

Page 34: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

34

ialah mengengam tangan, nada suara, eye contact dan pergerakan

badan.

Bahasa Badan ini memainkan peranan penting terutamanya dalam

menyampai sesuatu ilmu (ibu bapa, guru) atau semasa close sale

sebagai usahawan.

Jika diaplikasi dan dipelajari dengan betul , ia mampu membantu anda

mencapai tujuan anda terutama sekali untuk meyakinkan orang di

sekeliling anda dan bagi seorang usahawan, klien adalah aset penting

buat mereka.

Teknik Body Language Untuk Usahawan

Apabila berlaku kita berkomunikasi, sebahagian besar komunikasi kita

adalah hasil daripada bahasa badan. Bahasa badan boleh

mempengaruhi pelanggan kita.

Bagaimana kita ingin menguasai kemahiran ‘Body Language’ terutama

bagi usahawan?

1. Posisi terbuka dan Kedudukan tubuh

Bagi bahasa badan yang berkaitan dengan kuasa, status dan keyakinan

diri, ia sinonim dipamerkan dengan aspek penggunaan ruang. Pastikan

postur badan anda dalam keadaan tegak, bahu sedikit ke belakang dan

kedudukan kepala sedikit mendongak. Jika anda berdiri seperti ini, anda

Page 35: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

35

akan kelihatan lebih berpengaruh dan membina keyakinan klien kepada

anda.

Sekiranya anda sedang duduk di sofa, anda akan kelihatan lebih

berpengaruh sekiranya meletakkan kedua kaki di atas lantai, luaskan

kedudukan tangan atau meletakkan lengan di bahagian atas sofa dan

jika anda anda berada di meja mesyuarat, letakkan barang-barang anda

(seperti buku, pen, handphone) di atas meja bagi menunjukkan

keluasan jajahan anda.

Apabila anda berdiri dalam keadaan kedua kaki dalam kedudukan yang

rapat, anda akan kelihatan seperti teragak-agak dan tidak pasti dengan

kenyataan yang anda ucapkan. Namun sekiranya anda melebarkan

jarak kedudukan kaki dan me’relax’kan lutut, anda akan lebih kelihatan

‘tegas’ dan berkeyakinan.

Page 36: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

36

2. Bersalaman

Bersalam menunjukkan suatu perhubungan mesra bersama seseorang.

Dengan teknik bersalaman sebenarnya boleh menguatkan atau

mengurangkan sesuatu perhubungan itu.

Apabila bersalaman, pegang erat tangan mereka, goyangkan dua atau

tiga kali sambil memerhatikan pada mata mereka.

Setiap salam mempunyai klue tentang personaliti seseorang:

Bone Crusher

Orang ini akan menghulurkan tangan, bersalaman dan dengan sengaja

meletakkan tangganya ke atas tangan lawannya. Secara tidak langsung

ia memberitahu bahawa dia ingin mengawal keadaan.

Sandwich

Teknik bersalaman ini adalah kebiasaannya untuk orang yang kita kenali

dan rapat. Kita bersalaman dengan menggunakan kedua-dua belah

tangan atau sambil menyentuh bahu mereka. Apabila teknik ini ini

digunakan, secar tidak langsung sebenarnya kita telah memasuki ruang

peribadi seseorang itu. Ahli politik juga biasa menggunakan teknik ini.

Page 37: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

37

Wet Fish

Ada kalanya tangan seseorang itu berpeluh kerana nervous atau

memegang benda yang basah. Ini akan membuatkan penerima salam

berasa tidak selesa. Jadi elakkan bersalaman dengan tangan yang

basah supaya ia mengelakkan dari persepsi oleh orang yang

bersalaman dengan anda.

3. Lihat mata semasa bercakap (eye contact)

Bagi yang tidak biasa melihat mata

seseorang, cuba anda latih diri anda

dengan melihat mata seseorang

dan fikirkan apakah warna matanya.

Ini akan membuatkan anda lebih

dominan secara tidak langsung dan tanpa disedari anda mampu

memberikan eye contact pada orang lain. Mereka juga akan merasa

lebih selesa dengan anda.

Page 38: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

38

4. Senyuman

Secara azalinya, sebagai seseorang kita mengetahui bahawa senyuman

amat penting bagi seseorang usahawan. Tetapi tahukah kita bahawa

daripada senyuman juga kita boleh mengetahu bahawa ia senyuman

yang tulen atau dibuat-buat?

Ada perbezaan ekspresi wajah ketika mana senyuman yang

dilemparkan dengan ikhlas iaitu selain daripada bibir yang menghala ke

atas. Jika diperhatikan pada wajah orang yang senyum dengan ikhlas,

anda akan dapat memerhatikan ada sedikit kerutan pada bahagian

hujung matanya. Ekspresi ini tidak akan dapat dilihat pada senyuman

yang dibuat-buat.

Jadi berhati-hati apabila tersenyum pada pelanggan anda atau sesiapa

sahaja

Page 39: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

39

Selain itu, penting juga bagi kita menggunakan ekspresi wajah yang

sesuai dengan pelanggan kita. Pada ketika mereka menceritakan

perkara yang baik dan menceriakan, amat wajar sekali jika kita

tersenyum.

Jika mereka bercakap sesuatu yang serius atau sedih, kurang sesuai

sebenarnya kita memberikan senyuman. Ekspresi wajah juga perlu

disesuaikan dengan situasi pada masa tersebut.

Page 40: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

40

FORMULA KEJAYAAN UNGGUL

Apa yang telah kita bincangkan merupakan secebis sahaja daripada

ilmu LUA, NLP & Body Language yang telah Allah pinjamkan kepada

kami. Tuan Puan akan lebih memahaminya apabila menghadiri

Seminar ‘Business Success Magnet’ (BSM) nanti.

Menariknya, Tuan Puan akan mempelajari bukan sahaja teori, malah

Teknik-Teknik LUA NLP & Body Language secara praktikal yang dapat

membantu Tuan Puan meningkatkan pendapatan, ketenangan dan

potensi diri.

Berapakah nilai semua itu? Sudah tentu ia terlalu mahal dan tidak boleh

dinilai dengan wang ringgit.

Program ini telah banyak membantu individu dan organisasi mencapai

impian masing-masing. Malah ramai jutawan telah pun menghadirinya!

Ia bukan sekadar program motivasi “biasa-biasa”, tetapi ia adalah satu

program motivasi spiritual yang menitikberatkan 4 unsur penting dalam

diri manusia, iaitu Physical, Intellectual, Emotional & Spiritual (PIES).

Antara organisasi yang pernah menyertai program ini ialah Jabatan

Perdana Menteri Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat Ibu Pejabat

MARA, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), Tenaga Nasional Berhad

(TNB), Permodalan Nasional Berhad (PNB) Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Syariah Islam Acheh

Page 41: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

41

Indonesia, Jabatan Perdana Menteri Brunei Darus Salam dan banyak

lagi.

Ilmu pergi kepada mereka yang beramal. Hasil pergi kepada mereka

yang bertindak. Mahukah Tuan Puan meningkatkan potensi diri serta

bisnes dan melonjakkan jualan bisnes Tuan Puan?

Jika YA, Seminar ini penyelesaian supaya Tuan Puan dapat

maksimumkan potensi diri, keluarga dan bisnes Tuan Puan.

Ia juga sesuai bagi bakal usahawan atau anda yang bercadang untuk

menceburkan diri dalam bisnes secara part time mahupun full time.

Menariknya, ada diskaun KHAS disediakan untuk pembaca Ebook ini

iaitu sebanyak RM100! Namun ia terhad untuk 20 orang sahaja yang

mengambil tindakan sekarang.

Kod kupon: VOUCHEREBOOK100

Mohon masukkan kod kupon dalam bahagian ‘Nota Tambahan’ pada

borang di website pada link yang diberikan di bawah.

Page 42: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

42

KLIK pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Atau copy link ini:

http://businesssuccessmagnet.com/hop.php?ref=specialoffer

dan paste di url web browser anda.

“SALAM KEJAYAAN & KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT”

Page 43: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

43

Salam hormat dari kami,

Zuhairi Nopiah

Mohd Noor Tahir

Business Success Magnet

Page 44: Pernahkah Tuan Puan · “Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan.” Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat dengan

44

DAH HABIS…

Tuan Puan boleh pergi ke link ini untuk melihat sendiri

testimoni peserta yang telah menghadiri

Seminar LUA NLP:

http://businesssuccessmagnet.com/hop.php?ref=specialoffer

Assalamualaikum.