ringgit ed22 draft3 · mengisi masa lapang. namun, pernahkah anda terfikir untuk ... bolehkah...

12

Upload: others

Post on 19-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Ramai yang mempunyai hobi untukmengisi masa lapang. Namun,pernahkah anda terfikir untukmenjadikan hobi seperti kemahiran,untuk ditukar bagi menjana pendapatananda sekeluarga? Kewujudan eBay,Mudah.my dan Lelong.com.my telahmembuka peluang pencinta hobi untukmemasarkan hasil kraf tangan, produkatau perkhidmatan kepada pelanggansecara percuma dan dengan kadaryuran yang sangat minimum. Tidakkurang juga dengan penggunaan blogdan facebook yang semakin populardan boleh dijadikan medium untukmempromosikan hasil kreativiti anda.

Berikut adalah tip bagaimana andaboleh menukarkan hobi kepada duit ataupendapatan.

1) Menjual hasil andaSekiranya anda seorang yangmahir menjahit, melukis danmempunyai bakat untukmenghasilkan seni kraf tangansendiri, anda sebenarnya boleh

menambah pendapatan daripadajualan hasil kemahiran tersebut.Promosikan hasil kraf tangan andadi facebook atau blog terlebihdahulu bagi mendapatkan maklumbalas rakan-rakan anda. Jika rakananda mempunyai kedai atau geraikraf, anda boleh meletakkan hasilproduk tersebut secara konsainan.Anda juga boleh cuba menjualproduk menerusi laman sesawangantarabangsa sepertiwww.etsy.com. Laman sesawangini sangat popular dalam kalanganpeminat kraf tangan danmenghubungkan mereka di seluruhdunia.

2) Menjual koleksi andaAnda seorang pengumpulkoleksi? Anda semestinyaberbangga mempunyai pelbagaikoleksi permainan, setem, kerja-kerja seni yang mempunyai nilaiartistik tersendiri. Anda mungkinakan berasa sayang untuk menjualkoleksi tersebut, dan tidak salah

Hobi Sebagai SumberPendapatan

• 3

“Bagi memperoleh kemahiranyang berpotensi, anda tidakperlu lokek melaburkan masadan wang ringgit.”

untuk anda menjualkannya bagi tujuan berkongsiminat yang sama dengan orang lain.Kemungkinan harga koleksi ini boleh mencecahribuan ringgit dan ia bergantung kepada hargasemasa dan tawaran pasaran.

3) Tukarkan kepada barangan yanganda inginkanTidak semestinya hobi anda itu perlu dibayardalam bentuk wang tunai. Anda bolehmenukarkan hasil produk atau hobi anda kepadabentuk barangan atau perkhidmatan yang inginanda gunakan. Ini membolehkan anda untukmemperoleh koleksi lain tanpa membelanjakanwang. Pasaran dalam talian juga bolehmemasarkan barangan anda kepada umum.Barangan yang hendak ditukar perlulah sesuaidengan nilai masanya. Walau bagaimanapun,pertukaran ini menuntut agar anda bersikap jujurdan beretika supaya tidak berlaku sebarangpenipuan.

4) Menjual kemahiran andaAdakah hobi anda memerlukan kemahirantertentu? Sekiranya anda mahir dan telahmenguasai sesuatu kemahiran, anda bolehmenyumbangkan kemahiran tersebut kepadaorang lain dalam bentuk wang. Bagi memperolehkemahiran yang berpotensi, anda tidak perlu lokekmelaburkan masa dan wang ringgit. Contohnya,Encik Chan bekerja sebagai seorang juruterasepenuh masa dan seorang jurugambar untukpekerjaan sambilan.

5) Berkongsi dan mengajar terhadapsesuatu yang anda minatiSekiranya anda seorang yang mahir danberpengetahuan dalam bidang tertentu, andaboleh mengajarkan kemahiran tersebut secaraformal dalam bentuk kelas atau seminar. Yuranseminar / kelas yang anda laksanakan bolehmendatangkan sumber pendapatan kepada andasekeluarga. Walau bagaimanapun, anda perlumempertingkat maklumat serta perkembanganterkini agar dapat diterima oleh golongan sasarananda.

6) Menulis mengenai hobi andaJika anda sukar untuk mengajar sesuatu yanganda minati dalam bentuk formal, anda juga bolehmenulis dan menerbitkan sebuah buku bagiberkongsi hobi anda. Anda boleh menulis sesuatuyang anda mahir seperti buku pertanian burungwalit, buku resepi tradisional Melayu dansebagainya. Anda dapat berkongsi hobi dan padamasa yang sama mendapat wang daripada hasiljualan buku tersebut.

“Promosikan hasil kraf tangananda di facebook atau blogterlebih dahulu bagimendapatkan maklum balasrakan-rakan anda.”

4 •

Perbankan Islam adalah perbankan yang dilesenkanoleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang berasaskankepada prinsip syariah (hukum Islam) yangmengharamkan riba (pengumpulan dan pembayaranfaedah), usury (tindakan atau amalan meminjamkanwang pada kadar faedah yang amat tinggi),perdagangan yang mempunyai risiko kewangan(opsyen dan pasaran hadapan) dan usaha niaga yangharam.

Tujuan perbankan Islam adalah sama sepertiperbankan konvensional. Bezanya, operasi perbankanIslam menjalankan transaksi mengikut peraturansyariah yang dikenali Fiqh al-Muamalat.

Prinsip asas perbankan Islam adalah perkongsianuntung dan rugi serta larangan riba. Antara konsepIslam yang biasa digunakan dalam perbankan Islamadalah perkongsian (mudharabah), simpanan (wadi’ah),perkongsian untung rugi (musyakarah), perjanjian sewabeli (murabahah) dan pajakan (ijarah).

Perbankan Islam di Malaysia dipantau oleh MajlisPenasihat Syariah yang ditubuhkan oleh Bank NegaraMalaysia. Di samping itu, perbankan Islam danperbankan konvensional yang menawarkan produk danperkhidmatan perbankan Islam perlu menubuhkanJawatankuasa penasihat syariah masing-masing ataumelantik perunding penasihat.

Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memastikanbahawa operasi, kegiatan dan produk bank mematuhiprinsip syariah. Di sebalik tanggapan sesetengahorang, perbankan Islam sebenarnya untuk semuaorang tanpa mengira agama mereka.

Perbankan ikutSyariah lindungihak pelanggan

Asas untuk meminjam

Apabila anda memohon kad kredit, pinjamanperibadi atau pinjaman lain, institusi kewangan akanmenilai sama ada anda mempunyai risiko kredityang baik ataupun tidak.

Ketika membuat penilaian risiko kredit, institusikewangan berkenaan akan mengambil kirakeupayaan peminjam untuk memenuhi kewajipanpembayaran balik.

Penilaian risiko ini juga akan menentukan kadarfaedah dan kos lain untuk pinjaman itu. Keupayaanuntuk mendapat kelulusan pinjaman biasanyabergantung pada faktor asas seperti berikut:-

Tiga faktor asas meminjam

1) Tujuan pinjamanPemberi pinjaman ingin mengetahui apa tujuansebenar sesuatu pinjaman bagi menilai risikoyang terbabit. Jenis pinjaman akan dipadankandengan tujuan pinjaman. Jika anda membelirumah, maka pinjaman perumahan akanditawarkan. Pinjaman sewa beli pula akandiberikan untuk pembelian kereta. Jika tujuanpinjaman adalah untuk sesuatu yang tidakproduktif atau berunsurkan spekulasi, mungkinanda akan ditawarkan pinjaman peribadi atau“overdraf” . Tujuan pinjaman serta jenispinjaman, sama ada bercagar ataupun tidak,akan menentukan kadar faedah dan tempohpinjaman anda.

2) Keupayaan membayar balikKeupayaan anda untuk membayar balikpinjaman adalah penting. Institusi kewanganakan menilai sama ada anda mempunyailebihan pendapatan atau simpanan tunai untukmenanggung komitmen kewangan yang baru.Mereka juga akan memastikan andamempunyai pendapatan yang stabil ataupekerjaan tetap. Kedudukan aliran tunai andajuga akan dinilai dengan terperinci. Petunjukutama bagi menilai keupayaan pembayarananda adalah dengan mengetahui nisbah hutangkepada pendapatan anda.

3) Sejarah pembayaranRekod pembayaran hutang terdahulu atausemasa akan dinilai untuk mengetahui perilakuanda sebagai seorang pembayar. Jika andamempunyai rekod yang tidak memuaskan,maka peluang untuk mendapat pinjaman barumungkin tipis.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

• 5

Kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)mendapati sebanyak 70 peratus daripada ahlinya telahmenghabiskan keseluruhan simpanan mereka dalamtempoh satu hingga sepuluh tahun selepas bersara.Bagi menangani masalah yang membimbangkan ini,KWSP telah memperkenal kaedah bayaran yang lebihfleksibel untuk memberikan lebih pilihan kepada ahliKWSP bagi memastikan simpanan tersebut dapatbertahan untuk jangkamasa yang lebih panjang.

Apakah Pengeluaran Umur 55 Tahun?

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkansemua simpanan apabila mencapai umur 55 tahun bagimembantu menyara kehidupan anda semasa bersara.

Berapa banyak boleh saya keluarkan?

Oleh kerana pengeluaran ini merupakan PengeluaranUmur 55 Tahun, maka anda layak untuk mengeluarkankeseluruhan simpanan KWSP apabila mencapai umurtersebut. Bagaimanapun, KWSP tidak menggalakkanpengeluaran ini, melainkan anda mempunyai sumberpendapatan persaraan yang lain kerana simpanan iniberkemungkinan dihabiskan dalam masa yang singkat.

Jadi apakah pilihan terbaru untukPengeluaran Umur 55 Tahun?

Sebaik sahaja mencapai umur 55 tahun, anda bolehmemilih untuk mengeluarkan simpanan anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimumsebanyak RM2,000 setiap 30 hari. Pada masa yangsama, anda boleh memilih untuk mengeluarkan bakisimpanan secara bayaran bulanan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih inginmengeluarkan keseluruhan simpanan anda secarasekaligus, anda masih boleh berbuat sedemikian.

Apakah syarat-syarat pengeluaranbayaran bulanan ini?

Bagi pil ihan bayaran bulanan, anda bolehmengeluarkan jumlah minimum sebanyak RM250

BagaimanaMemohonPengeluaranFleksibel Umur55 Tahun

sebulan untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan,dengan syarat anda mempunyai jumlah minimumsebanyak RM3,000 di dalam akaun anda.

Sekiranya jumlah simpanan saya padaumur 55 tahun ialah RM100,000,bolehkah diterangkan cara-cara lainyang boleh saya gunakan untukmengeluarkan simpanan tersebut?

Selain daripada anda boleh mengeluarkan keseluruhansimpanan secara sekali gus, anda boleh mengeluarkansebahagian simpanan tertakluk kepada kadarminimum RM2,000 dengan jarak sekurang-kurangnya30 hari antara pengeluaran ataupun pengeluaranbayaran bulanan. Anda boleh menentukan sendirijumlah keseluruhan bayaran bulanan, amaun bayaransebulan tidak kurang daripada RM250 dalam tempohminimum 12 bulan.

Bagaimanakah saya boleh memohonpengeluaran ini?

Mulai April 2011, pemegang MyKad tidak perlu mengisiborang KWSP 9B (AHL). Ahli hanya perlumengemukakan salinan asal MyKad, buku ataupenyata akaun bank yang aktif.

Anda boleh memohon pengeluaran Umur 55 tahundalam masa enam bulan sebelum tarikh hari lahir andayang ke-55. Namun begitu, bayaran hanya akandiproses setelah anda genap mencapai umur 55 tahun.

Bagaimanakan bayaran akan dibuat?

KWSP akan membuat bayaran terus ke dalam akaunsimpanan peribadi bank anda pada setiap bulanmengikut jumlah dan bilangan bulan yang dipohon.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai cara membuatpengeluaran fleksibel Umur 55 Tahun, sila hubungipejabat KWSP yang terdekat atau layariwww.kwsp.gov.my.

Sumber: www.kwsp.gov.my

6 •

Takaful empunya rumah memberikan perlindungan keatas rumah kediaman anda terhadap kerugian ataukerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempabumi. Takaful empunya rumah bukan sahaja melindungirumah anda, tetapi turut merangkumi garaj, bangunanluar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumahanda serta lekapan dan lengkapan kekal. Ia tidakmelindungi bangunan yang digunakan bagi tujuankomersial seperti restoran, kilang atau tempatmenyimpan barang dagangan.

Takaful isi rumah pula memberi perlindungan terhadapkerugian atau kerosakan ke atas kandungan rumahkediaman anda dan perlindungan kepada anda sebagaipeserta terhadap kecederaan maut.

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atautakaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

Takaful Gadai Janji (MRTA)

Apabila anda mengambil pembiayaan untuk membelirumah kediaman, institusi kewangan yang membiayaipembelian tersebut akan menghendaki anda untukmenyertai takaful empunya rumah serta takaful gadaijanji. Takaful gadai janji ialah pelan takaful keluargayang akan menyelesaikan baki pembiayaan perumahananda sekiranya anda meninggal dunia atau andamengalami hilang upaya kekal. Apabila pembiayaanperumahan telah ditebus, kediaman tersebut akanditukar milik kepada anda atau waris anda.

Anda hanya perlu mencarum sekali sahaja bagi takafulgadai janji apabila mengambil pembiayaan perumahan.Kadar caruman akan bergantung kepada umur anda,jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempohpembiayaan tersebut.

Sekiranya anda menjual rumah tersebut atau membuatpenebusan awal pembiayaan perumahan anda, makaanda layak mendapat bayaran balik caruman takafulsecara pro rata ke atas tempoh takaful yang belumlupus.

Konsep takaful dalam takaful empunyarumah / isi rumah

Apabila anda menyertai takaful empunya rumah / isirumah, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalamdana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan(tabarru’). Anda akan memeterai perjanjian (akad) bagimembolehkan anda menjadi salah seorang pesertayang bersetuju untuk saling membantu antara satusama lain, sekiranya salah seorang pesertamenanggung kerugian atau kerosakan terhadap rumahkediaman atau kandungan rumah kediaman beliau.

Pada tempoh matang, anda layak untuk berkongsilebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidakmembuat sebarang tuntutan sepanjang tempohpenyertaan. Lebihan ini akan dikongsi antara anda danpengendali takaful di bawah konsep perkongsianlebihan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Takaful Empunya Rumah /Isi Rumah

• 7

Contoh:-

Pengendali takaful mempunyai lebihan (L)sebanyak RM4 juta dan jumlah caruman am(CA) ialah sebanyak RM10 juta. Jumlahcaruman (C) anda pada tahun tersebut ialahRM1,000 dan lebihan yang dikongsi bersamaantara pengendali takaful dan anda adalahmengikut nisbah perkongsian yang dipersetujuidari awal (NP) iaitu 50:50. Jumlah perkongsianlebihan yang akan diterima oleh anda dikiraseperti berikut:-

Nisbah perkongsian lebihan= NP : 50% x L : RM4 juta

CA : RM10 juta

= 20%

Jumlah lebihan yang diagihkan kepada anda= nisbah perkongsian x C: RM1,000= RM200

Jenis perlindungan

Perlindungan yang disediakan di bawah pelan-pelantakaful berkenaan adalah seperti berikut:-• Takaful empunya rumah – Perlindungan di bawah

Seksyen 1 dan 3• Takaful isi rumah – Perlindungan di bawah

Seksyen 2 dan 3• Takaful empunya rumah dan takaful isi rumah –

Perlindungan di bawah Seksyen 1, 2 dan 3.

Seksyen 1 : Bangunan

Seksyen ini memberi perlindungan terhadap kerugianatau kerosakan kepada bangunan akibat bencanaberikut:-a) Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah

tanahb) Letupanc) Kerosakan disebabkan oleh pesawatd) Kerosakan akibat impak oleh kenderaan jalan

raya atau haiwane) Limpahan air akibat tangki air pecah, peralatan

atau paip (pengendali takaful tidak akanmembayar ganti rugi bagi jumlah RM50 yangpertama)

f) Kecurian yang melibatkan kemasukan atau keluarsecara kekerasan atau ganas

g) Hurikan, siklon, taufan atau ribut anginh) Gempa bumi atau letupan gunung berapii) Banjir

Bagi (g), (h) dan (i), pengendali takaful tidak akanmembayar kerugian bagi 1% yang pertama ke atasjumlah perlindungan atau RM200, mengikut mana yanglebih rendah.

Perlindungan boleh dipanjangkan kepada bencanaberikut, tertakluk kepada caruman tambahan:a) Tanah mendap atau tanah runtuhb) Rusuhan, mogok atau kerosakan dengan niat

jahat

Seksyen 2 : Kandungan

Seksyen ini secara umum memberi perlindunganterhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumahakibat bencana-bencana yang dinyatakan di dalamSeksyen 1, termasuk barangan isi rumah dan baranganpersendirian milik anda, ahli keluarga anda ataupembantu rumah.

Seksyen ini juga membayar pampasan terhadapkematian anda akibat kecederaan maut yang berpuncaoleh pencuri atau kebakaran, tertakluk kepada jumlahmaksimum RM10,000 atau separuh daripada jumlahperlindungan, mengikut mana yang lebih rendah.

Seksyen 3 : Luar jangkaan lain

Kehilangan sewa – Seksyen ini memberi perlindunganterhadap kehilangan sewa atau perbelanjaan tambahanyang dialami akibat kerosakan kepada bangunan olehbencana-bencana yang dinyatakan di dalam Seksyen1, yang menjadikan ia tidak boleh didiami. Pampasanyang dibayar akan bergantung kepada perkara-perkaraberikut:-• Jika anda mendiami rumah tersebut, anda akan

dibayar perbelanjaan yang munasabah sekiranyaanda terpaksa berpindah ke sebuah hotel ketikarumah anda tidak boleh didiami; atau

• Jika rumah anda disewakan kepada orang lain,anda akan dibayar jumlah sebenar kehilanganpendapatan sewa rumah anda sekiranya penyewaberpindah ketika rumah tersebut tidak bolehdidiami.

Anda hanya akan menerima pampasan bagi tempohbangunan tersebut tidak boleh didiami akibatkerosakan yang dilindungi. Pampasan tidak akandibayar bagi tempoh selepas rumah tersebut telahdibaik pulih walaupun masih belum disewa olehsesiapa. Perlindungan di bawah seksyen ini dihadkankepada 10% daripada jumlah perlindungan.

Liabiliti awam – Seksyen ini akan membayarpampasan kepada pihak ketiga akibat kemalanganyang berlaku di rumah anda sekiranya anda disahkanbertanggungjawab terhadap kemalangan yang

8 •

mengakibatkan:-• Kematian atau kecederaan pada tubuh badan

pihak ketiga; atau• Kerosakan terhadap harta benda pihak ketiga.

Pihak ketiga adalah tetamu yang datang ke rumahanda, selain daripada anggota keluarga, seisi rumahatau pekerja anda. Jumlah maksimum yang bolehdibayar bagi setiap tuntutan atau tuntutan-tuntutanakibat daripada kemalangan yang sama di dalam satutempoh takaful ialah RM50,000. Perlindungan ini hanyasah di premis-premis yang dinyatakan di dalam jadualsijil.

Berapakah jumlah perlindungan yangpatut diambil?

Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawahpelan takaful empunya rumah anda menggambarkankos pembinaan semula rumah anda. Sekiranya jumlahperlindungan kurang daripada kos pembinaan semula,syarat purata akan diguna pakai apabila tuntutan dibuat.Syarat purata merupakan satu penalti untukperlindungan terkurang bagi rumah anda. Perlindunganterkurang bermakna jumlah perlindungan yang diambilkurang daripada nilai kos pembinaan semula semasakejadian kerosakan.

Contoh:

Kos pembinaan semula rumah ialah RM100,000, sementara jumlah perlindungan ialahRM 80,000 dan jumlah kerugian sebanyak RM5,000. Syarat purata akan dikira seperti:-

Jumlah perlindungan Kerugian RM 80,000 x RM 5,000Kos pembinaan semula

RM 100,000

= RM 4,000

Pengendali takaful hanya akan membayar sebanyakRM 4,000 dan bukannya RM 5,000 terhadap kerugianyang dialami. Anda perlu menanggung perbezaansebanyak RM 1,000.

Pembatalan Sijil

Anda boleh membatalkan sijil penyertaan anda denganmenghantar notis 14 hari secara bertulis kepadapengendali takaful. Dengan pembatalan tersebut, andaberhak untuk mendapat caruman yang belum luputsepanjang tempoh takaful secara pro rata.

Sijil anda akan terbatal sekiranya rumah anda telahdijual kepada individu lain. Pemilik baru rumah tersebutperlu mengambil perlindungan takaful baru.

Bagaimanakah saya boleh membuattuntutan?• Maklumkan kepada pengendali takaful anda

menerusi telefon dengan segera. Anda akandiminta untuk mengisi Borang PemberitahuanKerugian dan menghantarkannya kepadapengendali takaful. Sila beri maklumat-maklumatberikut:-• Tarikh, masa dan tempat kejadian;• Keterangan ringkas bagaimana kerugian atau

kemalangan berlaku atau bila kerugiantersebut disedari (sertakan laporan polis, jikaada);

• Maklumat mengenai penglibatan pihak ketiga(jika ada) dan tahap kecederaan atau kerugianyang dialami oleh pihak ketiga; dan

• Keterangan ringkas mengenai kerugian dan/ atau kerosakan.

• Buat laporan polis dengan segera, terutama jikaanda mengesyaki kecurian atau kerosakandengan niat jahat;

• Ambil langkah sewajarnya untuk melindungirumah anda daripada mengalami kerosakan yanglebih teruk dan simpan barangan yang rosak untuk

“Pastikan jumlahperlindungan yang diambil dibawah pelan takaful empunyarumah anda menggambarkankos pembinaan semularumah anda.”

• 9

diperiksa oleh pengendali takaful;• Jika pihak ketiga membuat tuntutan bertulis

terhadap anda, tuntutan tersebut perlu dihantarsegera kepada pengendali takaful untuk tindakanselanjutnya.

Penyelesaian tuntutan

Jumlah pampasan yang anda terima bergantungkepada asas perlindungan:• Asas Gantian (lama diganti dengan yang

lama) – Pembayaran akan dibuat ke atas kosmembaik pulih bangunan yang rosak ditolakdengan kegunaan biasa atau susut nilai; atau

• Asas nilai pengembalian semula (lamadiganti dengan yang baru) – Pembayaranpenuh akan dibuat ke atas kos membaik pulihbangunan yang rosak tanpa ditolak kegunaanbiasa atau susut nilai, tertakluk kepada jumlahyang dilindungi mencukupi untuk menampung kospengembalian semula bangunan tersebut.

Sumber: infoinsurans

Perkara yang perlu dan mesti diberi perhatian

Pengendali takaful mempunyai pil ihan untukmenyelesaikan tuntutan bagi kerugian separa(kerosakan yang boleh dibaik pulih) atas dasar berikut:-• Bayaran kos baik pulih;• Bayaran tunai terhadap kerugian atau kerosakan;

atau• Pengembalian semula atau penggantian harta

yang rugi atau rosak.

Jika berlaku kerugian menyeluruh (kerosakan yangteruk sehingga menjadikan kediaman berkenaan tidakekonomi untuk dibaik pulih), pengendali takaful akanmembayar sama ada:• Kos pembinaan semula; atau• Jumlah perlindungan, mengikut mana yang lebih

rendah.

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya di dalam sijil,perlindungan biasanya adalah berdasarkan asasindemniti. Jika anda inginkan perlindunganpengembalian semula, sijil anda perlu mengandungiklausa yang berkaitan.

Selepas kerugian atau kerosakan

Apabila memohon untuk menyertai pelan takaful

• Isytihar semua fakta penting mengenai risikoyang akan dilindungi.

• Baca dan faham “Notis Mustahak” di dalamBorang Cadangan.

• Jawab semua soalan dengan lengkap dantepat.

• Lengkapkan dan tandatangan BorangCadangan anda sendiri.

• Bayar caruman.

• Jangan biarkan soalan di dalam BorangCadangan tidak dijawab.

• Jangan gunakan tanda pangkah dan sempanguntuk menjawab soalan yang memerlukanjawapan lengkap.

• Jangan rahsiakan atau beri gambaran yangsalah mengenai fakta penting. Sijil yangdikeluarkan akan menjadi tidak sah, bermaknatuntutan boleh ditolak.

• Jangan ambil perlindungan terkurang, keranaanda akan didenda melalui “syarat purata”apabila membuat tuntutan.

Perlu Beri Perhatian

• Maklumkan kepada pengendali takaful dengansegera.

• Laporkan kepada polis semua kes yangmelibatkan kecurian.

• Hantar semua writ atau tuntutan pihak ketigadengan segera kepada pengendali takaful.

• Beri kerjasama dengan pengendali takaful danpelaras kerugian.

• Hubungi pengendali takaful secara bertulis.• Ambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan

kerugian atau kerosakan yang lebih teruk.

• Jangan buat pengakuan liabiliti, membayaratau berunding dengan pihak ketiga terhadaptuntutan.

• Jangan naikkan jumlah tuntutan dengananggapan pengendali takaful akanmengurangkan jumlah tuntutan. Ini merupakantanggapan yang salah dan mungkin akanmengakibatkan tuntutan anda ditolak.

• Jangan dedahkan bangunan yang rosakkepada kerugian yang lebih teruk tanpamengambil langkah sewajarnya bagimemastikan keselamatan bangunan tersebut.

Perlu Beri Perhatian

10 •

Jika anda bercadang untuk mengukuhkan kedudukankewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dahulukesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukanagar anda dapat belajar daripadanya.

1. Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang di sekeliling anda,pasti anda akan mendapati ramai yang tidakmerancang kewangan mereka. Alasan yang selaludiberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluargahingga tidak sempat untuk menguruskan kewangansaya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskankedudukan wang anda. Dengan bebanan kerja yangbanyak, menyebabkan ramai yang tidak memberikeutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkankeadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda termasuk dalam golonganyang berpendapatan sederhana, tabiat merancangkewangan akan membolehkan anda menjadi seorangyang berjaya mengumpul kekayaan pada kemudianhari kelak.

KKesilapan Lazim Dalamesilapan Lazim DalamPengurusan KPengurusan Kewanganewangan

2. Berbelanja Melebihi Kemampuan

Anda mungkin sering berbelanja melebihi kemampuananda, akibat daripada desakan rakan-rakan dan jugaterpengaruhi dengan iklan-iklan yang ada di sekelilinganda. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dankompleks membeli belah mempromosikan gaya hidupyang mewah. Telefon bimbit model terkini, keretamewah dan juga fesyen terbaru banyak mendoronganda untuk berbelanja di luar daripada kemampuan.Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duitsemata-mata untuk mengikut arus peredaran masadan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yangsangat sedikit dalam akaun bank pada hujung bulansetelah ditolak pinjaman rumah dan kereta, bayarankad kredit, bil-bil dan sebagainya.

3. Berbelanja Menggunakan KadKredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkarabiasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyaisekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang

• 11

memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kreditmerupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yangmenyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatualat untuk berbelanja dengan sewenang-wenangnya.Tambahan pula, dengan bayaran minimum setiapbulan, ramai yang akan berpotensi untuk terusberbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaranminimum tersebut, dan tidak menyedari bahawa lamakelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunungpada kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidakmustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiatsedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikutlaporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusanorang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telahmeningkat, terutama sekali dalam kalangan golonganmuda.

Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secaraberhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiapbulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi andaharus ingat bahawa ia akan menyebabkan andamengalami kerugian yang besar kelak.

4. Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai yang ingin bersara awal. Tetapi untukmemulakan persaraan, anda mesti memastikanbahawa anda mempunyai wang yang mencukupi untukmenampung gaya hidup yang diinginkan selepasbersara. Walau bagaimanapun, masih ramaiterutamanya mereka yang sudah hampir bersara,masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yangdiperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpananjuga turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.Setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang

bertambah, contohnya mengubah suai rumah, keretabaru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing denganrakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaansedemikianlah yang menyebabkan anda sukarmenabung untuk hari tua.

5. Melabur dalam Produk yang TidakBersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untukmemastikan anda melabur dalam produk pelaburanyang menepati profil risiko dan ganjaran yangdiinginkan, anda memerlukan ilmu pengetahuanmengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantungkepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata,kerana ada antara mereka yang mempunyai agendatersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yangtidak bertanggungjawab dan memberikan maklumatyang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualanmereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatuproduk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulanpengurusannya sebelum melabur.

6. Insurans sebagai perlindungan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insuransadalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukahanda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangananda akan tergugat, terutama sekali apabila hilangpendapatan / pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebihmalang jika orang yang hilang pendapatan tersebutmerupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalamkeluarga. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruhkeluarga akan merana. Pada ketika itu sudah agakterlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencarisumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

7. Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Dalam usaha untuk memupuk tabiat yang baiktersebut, janganlah pula anda terlampau taksubmengumpul kekayaan sehingga lupa terhadap perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam kehidupan,seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier sertarakan anda. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akanmemberi sebarang makna walaupun anda mempunyaiwang jutaan ringgit.

Akhir sekali, anda juga perlu sentiasa mengingatkandiri tentang kepentingan untuk merancang kewangan.Jika anda tidak bersungguh-sungguh dalam membinakekayaan dan menguruskan kewangan, besarkemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepadaanda.

© Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumatlanjut tentang pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layarilaman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

“Walaupun kad kredit merupakansatu kemudahan, tetapi ramaiorang yang menyalahgunakannyadan menganggap ia adalah suatualat untuk berbelanja dengansewenang-wenangnya.”

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Jangan dedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.

Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK AKAN menghubungi anda meminta maklumat tersebut. Kami juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. Jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkannya.

Sentiasa Berjaga-jaga!

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)Faks : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

1-300-88-5465BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)

http://fraudalert.bnm.gov.my

http://facebook.com/bnm.official

Untuk menghantarpertanyaan melaluiperkhidmatan sila taip:

dan hantarkepada15888

BNM TANYA [pertanyaan/ aduan anda]

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS

JANGAN JADI MANGSA!