permainan tradisional.pdf

11
1 PERMAINAN TRADISIONAL Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai permainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games." Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk perlepasan emosi manusia itu sendiri. Di samping berfungsi diatas, permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat. Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain. 1.CONGKAK Pengenalan Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti pada masa lapang atau sebagai pertandingan. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak dapat dipastikan dari mana asalnya, sama ada pengaruh luar yang datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Alat Yang Digunakan Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Pada kebiasaanya papan congkak dibuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris sebesar 9 cm garis pusat dan 7 cm dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu (saiz sedikit besar sedikit) yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak tersebut juga diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya sebelum divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pedalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakannya

Upload: aziz-aljaffari

Post on 24-Sep-2015

320 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PERMAINAN TRADISIONAL Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai permainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games." Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk perlepasan emosi manusia itu sendiri. Di samping berfungsi diatas, permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat. Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain. 1.CONGKAK

    Pengenalan Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti pada masa lapang atau sebagai pertandingan. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak dapat dipastikan dari mana asalnya, sama ada pengaruh luar yang datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Walau bagaimanapun pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Alat Yang Digunakan Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Pada kebiasaanya papan congkak dibuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris sebesar 9 cm garis pusat dan 7 cm dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu (saiz sedikit besar sedikit) yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak tersebut juga diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya sebelum divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pedalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakannya

  • 2

    diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan dirasakan sesuai boleh digunakan. Cara Bermain Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, dua orang pemain yang berkedudukan menghadap satu sama lain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

  • 3

    2.HENCANG BUAH KERAS

    Pengenalan Hencang buah keras adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Pahang Darul Makmur sejak beratus-ratus tahun yang lampau. Permainan ini popular pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al Muadzam Shah (1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917) sehinggalah semasa pemerintahan Sultan Abdullah Al Mustassim Billah (1917-1932). Mengikut cerita, Sultan Ahmad Al Muadzam Shah pernah menghantar orang suruhan baginda untuk mencari buah keras yang baik mutunya. Ada juga yang menceritakan bahawa kerana minat baginda terhadap permainan hencang buah keras ini Sultan Abdullah sendiri berangkat mudik Sungai Pahang hingga ke Chenor untuk mencari buah keras yang baik ; buah yang tahan dilaga dan tahan lasak, ini kerana mukim Chenor dikenali sebagai kawasan yang mengeluarkan buah keras yang baik mutunya. Permainan tradisional ini sangat menyeronokkan dan dimainkan dalam hampir setiap keramaian. Kadang-kala berminggu-minggu barulah selesai satu-satu pertaruhan. Perbuatan seperti bergadai bergolok dan perselisihan faham sering berlaku; namun begitu permainan ini tetap popular pada zaman itu. Malah pada akhir tahun 1960-an permainan ini masih dimainkan di setengah-setengah kampung. Alat Yang Digunakan Tiga jenis alat penting yang diperlukan untuk permainan tradisional ini iaitu:-

    i. Pengapit Buah Keras

    Alat pengapit buah keras ini lazimnya diperbuat daripada kayu yang keras dan liat seperti sena, merawan dan meranti. Di bahagian-bahagian yang penting disalut dengan logam seperti tembaga dan timah. Di bawah ini gambar alat pengapit buah keras yang sederhana. Kayu di bahagian bawah yang dipanggil pengalas itu adalah daripada kayu keras manakala kayu di bahagian atas yang dipanggil pengapit itu adalah kayu jenis boleh dilentur seperti nibong. Di bahagian tengah (bahagian lubang) disalut dengan tembaga yang berlubang untuk meletakkan kedua-dua buah keras yang hendak diapit atau dilagakan itu. Buah Keras itu diletakkan dalam keadaan bertindih iaitu satu di atas dan satu lagi di bawah. Di sekeliling kedua-dua buah keras itu disendal dengan bahan lembut, lazimnya yang digunakan semenjak zaman dahulu ialah ijok kabung, sabut kelapa, kapas dan kapok.

    ii. Jenis Buah Keras Buah yang dilagakan itu dinamakan buah keras kerana ia berasal dari pokok buah keras. Pokoknya besar dan tinggi, sesuai tumbuh di tempat yang maung dan lembab. Semasa muda buahnya berwarna hijau dan di dalamnya ada beberapa biji buah keras. Apabila tua buahnya kering dan isi dalamnya iaitu buah keras itu jatuh ke tanah. Lama-kelamaan, makin

  • 4

    kering dan makin keras. Buah keras ini menentukan kalah atau menangnya pertaruhan dalam permainan ini. Sebab itu pemilihan yang teliti sangat penting dengan dilihat dari berbagai-bagai aspek; misalnya besar, panjang dan mutunya. Di bawah ini disenaraikan tiga jenis buah keras:- 1. Buah Jantan - Jenis yang berbantuk hampir bulat. Jenis ini jarang digunakan dalam

    permainan ini. Buah jantan ini biasanya adalah buah sambang. 2. Buah Betina - Jenis yang mempunyai sebelah permukaan yang hampir leper. Jenis

    ini adalah pilihan utama dalam permainan ini kerana kedudukan permukaanya senang dikendalikan.

    3. Buah Gendong - Jenis yang berbentuk hampir seperti telur ayam. Jenis ini jarang sekali digunakan dalam permainan ini kerana bentuk dan permukaanya yang tidak sesuai. Buah ini pula merupakan buah tunggal yang biasanya dihasilkan berpasangan oleh sebiji penuh buah keras.

    Buah keras yang hendak digunakan dalam permainan ini hendaklah dipilih daripada jenis yang baik iaitu buah gendong daripada pokok yang berbaka baik. Buah ini diproses supaya lebih tahan lasak. Berbagai-bagai cara telah dipraktikkan oleh orang zaman dahulu dalam usaha menjadikan buah keras lebih tahan lasak. Lain orang lain caranya; demikian juga lain orang lain tempatnya. 1. Buah keras itu dicuci dengan air atau dengan cara mengikis untuk menghilangkan

    kekotoran. 2. Kemudian direndam dalam air asam gelugor selama seminggu 3. Kemudian dikeluarkan dan dibersihkan semula dengan air biasa dan dikeringkan di

    tempat yang teduh. 4. Setelah kering dicampurkan dengan pasir dan digorengkan sehingga warnanya

    bertukar menjadi kekuningan. Kerja menggoreng ini perlu dijalankan dengan teliti kerana kalau api terlalu kuat, buah keras itu akan pecah. Ianya juga boleh dipanggang untuk tujuan yang sama.

    5. Setelah disejukkan, barulah disapukan dengan manisan kabong. Walau apa pun cara persediaan yang diamalkan, namun begitu semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjadikan buah keras itu lebih keras dan tahan lasak untuk dilagakan berkali-kali.

    Satu perkara yang menarik hati ialah ada antara pemain dan peminat permainan ini menamakan buah keras mereka dengan pelbagai nama. Lazimnya nama yang diberikan berdasarkan kehebatan dan ketahanan buah keras itu. Antaranya Lipan Bara dan Kapak Jepun. Kedua-dua nama ini sangat popular pada suatu masa dahulu.

    iii. Pengalas atau Pelapik

    Pengalas atau pelapik ini biasanya diperbuat daripada ijok dan sabut. Bahan ini bukan sahaja baik bagi tujuan ini malahan ia senang didapati. Pengalas atau pelapik ini diisikan dengan teliti ke dalam lubang yang akan ditempatkan kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu. Bahan pengalas atau pelapik ini dimasukkan dengan kadar yang banyak supaya kedua-dua buah keras ini betul-betul tidak bergesel sama ada buah keras dengan buah keras ataupun dengan lubang yang disediakan itu. Sementalah itu pula kedua-dua pihak yang bertanding itu mesti berpuas hati dengan kedudukan buah keras itu. Untuk membuat lapik dari sabut kelapa, kerjaya agak rumit sedikit. Sabut itu perlu dibersihkan, hanya jeraminya sahaja yang perlu ditinggal. Ijok lebih senang disediakan kerana ia terdiri daripada jerami sahaja. Jerami-jerami ijok ini pula kuat dan tahan lama untuk digunakan berkali-kali. Walau daripada apa pun lapik itu diperbuat, ianya mestilah lembut dan dapat memenuhi tujuannya seperti tersebut di atas.

  • 5

    Cara Bermain

    Permainan ini pada dasarnya dimainkan antara dua pasukan yang terdiri daripada dua orang penghencang. Akan tetapi, ada berpuluh-puluh orang lain yang terlibat dalam pertaruhan. Mungkin lebih tepat kalau dikatakan bahawa permainan ini adalah pertaruhan antara dua pasukan yang masing-masing diwakili oleh seorang penghencang handalan. Menang kalah dalam permainan ini bergantung kepada buah kerasnya dan kebijaksanaan dan kegagahan penghencangnya. Permainan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:-

    1. Berbalok (Berbanding-Banding)

    Kedua pasukan bertukar buah keras yang hendak dilagakan. Masing-masing memeriksa buah keras itu dengan berhati-hati dan teliti. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dan bersetuju bahawa kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu padan, sama tahan dan sesuai dilagakan, maka barulah masing-masing menetapkan pertaruhan mengikut kemampuan masing-masing.

    2. Melambung

    Melambung dijalankan dengan tujuan untuk menentukan yang mana satu patut ditempatkan di atas dan yang mana satu patut ditempatkan di bawah. Yang terlentang akan dilemparkan di bawah. Manakala yang tertiarap (terlungkup) ditempatkan di atas. Pemain akan bergembira sekiranya buah kerasnya mendapat tempat di sebelah bawah kerana lazimnya buah di sebelah bawah selalu menang. Mengikut kebiasaan, melambung dijalankan dengan menggengam kedua-dua buah keras itu ke dalam kedua-dua belah tangan, menggoncang-goncang, kemudian melemparkannya ke tanah. Satu cara melambung yang agak luar biasa dan menarik yang terdapat di Kampung Rumbia, Pekan di awal tahun 1960-an adalah seperti berikut. Mula-mula kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu diisikan ke dalam sekoi, digoncang-goncang; kemudian dicurahkan ke dalam nyiru. Seperti biasa juga mana yang terlentang diletakkan di sebelah bawah dan mana yang tertiarap di atas.

    3. Memasang

    Istilah memasang ini selalu digunakan dalam permainan tradisional seperti main gasing, main guli dan bedil buluh. Dalam permain berlaga buah keras ini memasang bererti menempatkan kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu ke dalam pengapitnya. Sesudah dimasukkan lapik secukupnya baharulah kedua-dua buah keras itu dipasang dengan keadaan bersilang yakni buntut atau unggak ditemukan dengan bahagian atas buah keras yang satu lagi itu. Setelah elok kedudukannya baharulah dipasangkan besi panahan di bahagian hujung pengapit itu. Apabila siap dipasang, orang ramai dikehendaki melihat untuk menentukan kedudukan buah keras dan pengapit itu dipasang dengan betul dan memuaskan. Sekiranya ada pihak yang tidak puas hati, maka terpaksalah dipasang semula sehingga semua pihak berpuas hati demi mengelakkkan perselisihan faham dan pergaduhan.

    4. Menghencang

    Tuan punya buah keras yang kedudukan buah kerasnya ditempatkan di sebelah bawah dikehendaki menghencang dahulu. Cara Menghencang buah keras ini memerlukan kaki dan tumit tegap dan perkasa. Penghencang ini akan menumpukan sepenuh tenaga dengan pecah langkah tiga dan dengan gaya tersendiri, bahagian tengah pengapit buah keras itu dihencang dengan sekuat-kuat hatinya serta dengan tempik soraknya. Seandainya buah keras itu tidak pecah, penghencang pertama itu bukan sahaja mendapat malu bahkan mendatangkan kerugian kepada penyokong-penyokongnya. Kedudukan buah keras dalam pengapit itu ditukarkan kedudukannya, yang atas ditempatkan di bawah dan sebaliknya. Penghencang pasukan lawan pula mengumpulkan semua tenaganya dengan pecah langkah tiga serta dengan gaya yang tersendiri bahagian tengah pengapit itu dihencang sekuat-kuat hati dengan tempik soraknya. Keputusannya berdasarkan seperti berikut. Kalau menanti (buah yang ditempatkan di atas) pecah atau dikenali sebagai sambut, tuan punya buah itu kalah

  • 6

    dan terpaksa membayar ganti rugi atau membayar semua pertaruhan yang telah dibuat. Sekiranya menyelam (bauh yang ditempatkan di bawah) pecah, demikian jugalah terjadi kepada tuan punyanya. Menyelam jarang-jarang sekali berlaku. Sebaliknya nohoi (kedua-dua buah keras itu pecah) selalu berlaku. Demikian juga jarang-jarang sekali berlaku kedua-dua buah keras itu tidak pecah; iaitu dikenali sebagai baloi. Satu perkara yang menarik hati iaitu setiap penghencang akan menggayakan berbagai-bagai tari dan langkah untuk menghencang pengapit buah keras itu. Ini membuktikan bahawa seni tari dan seni silat tidak mudah ditanggalkan oleh masyarakat Melayu di negeri ini terutamanya dalam di dalam permainan tradisional. Ada juga yang menggunakan kekuasan batin atau sihir.

  • 7

    3.GASING PANGKAH PAHANG

    Pengenalan Permainan gasing terkenal di kalangan orang Melayu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan ini diketahui orang dari cerita mulut yang dibawa dari satu generasi ke satu generasi. Di Pahang semasa dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (1863-1914) sehingga ke zaman pemerintahan puteranya Sultan Mahmud, permainan gasing amat popular malah berbagai-bagai jenis gasing telah dibentuk. Permainan gasing yang paling digemari di negeri Pahang dikenali sebagai Gasing Pangkah Pahang. Permainan gasing ini popular di daerah Kuantan (di Kampung Cherating, Tanjung Lumpur, Penor dan Beserah), daerah Pekan (Tanjung Medang, Pulau Jawa, Pulau Rumput dan Kuala Pahang), daerah Bentong ( Kampung Labu dan Kampung Cheringging), daerah Rompin (Kampung Sarang Tiong, Endau), daerah Kuala Lipis (Tanjung Lipis dan Kampung Kuala Lahar), daerah Raub (Ulu Dong) dan daerah Temerloh (Kampung Sekara, Kampung Bukit Kelulut). Alat Yang Digunakan Kebanyakan gasing dibuat daripada teras kayu keras seperti kuran, keranji, leban, petai belalang, limau, ru, kempas dan tualang. Malahan ada gasing yang diperbuat daripada gading gajah. Gasing-gasing dibentuk dengan indah sekali dan antara yang terkenal ialah bentuk labu berembang, gerensing dan botol untuk memangkah dan bentuk labu piring untuk memusing. Untuk memusing gasing tali digunakan. Tali gasing dibuat dengan menggunakan kulit kayu, benang yang dibuat daripada kulit kayu terap yang dititik, kemudian dipintal. Kadangkala tali gasing dipintal daripada benang daun nanas. Zaman sekarang tali gasing dipintal daripada benang bola. Bentuk tali gasing, besar di pangkal dan halus dihujung. Pangkalnya sebesar jari keling king; manakala hujungnya sehalus hujung lidi. Di pangkalnya dibuat lubang untuk dimasukkan ke jari kelingking ; manakala hujungnya diletakkan benang yang dibuat daripada daun nanas supaya apabila memusing tali itu mengeluarkan bunyi alit lagi ligat gasing itu berpusing. Lazimnya tali gasing ini dilurutkan dengan sarang kelulut supaya tidak licin dan tidak bojot semasa memusing dan memangkah. Panjangnya seutas tali gasing lebih kurang enam kaki atau 1.8 meter.

    Cara Bermain

    Permainan gasing boleh dimainkan dalam tiga cara :-

    1. Berdua (memusing-memangkah) 2. Bergu (dua pasukan) dua, tiga atau empat orang dalam satu pasukan 3. Bertiga (Raja-Menteri-Pacal). Cara ini sangat hampir dengan permainan catur kerana catur juga

    dikaitkan dengan nama tersebut di atas iaitu Raja-Menteri-Pacal.

  • 8

    Undang-Undang Permainan Gasing Pangkah Pahang

    1. Pasukan 1.1 Satu pasukan mengandungi 5 orang pemain yang terdiri daripada :

    1.1.1 Galah Sulong 1.1.2 Galah Tengah 1.1.3 Galah Muda 1.1.4 Apit Jurumudi 1.1.5 Jurumudi

    1.2 Satu pasukan juga mengandungi dua orang pemain simpanan

    2. Undi Mula :

    Undian untuk memulakan permainan hendaklah dibuat dengan cara BERTALAR URI. Gasing yang terkemudian sekali mati dikira menang dan seterusnya akan MEMANGKAH. Bertalar Uri boleh dilakukan di atas cokok atau di atas tanah, terserah kepada keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berlawan. Dua orang pemain sahaja dari tiap-tiap pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian dalam BERTALAR URI ini.

    3. Cara Bermain :

    3.1 Gasing dipusing dengan cara satu lawan satu. Seorang memusing dan seorang memangkah 3.2 Permainan hendaklah dikira dengan markah (mata) dalam tempoh permainan selama dua

    jam 3.3 Diadakan masa rehat selama lima belas minit selepas tamat tempoh sejam bermain 3.4 Uri pemangkah dan pemusing yang ada di gelanggang dan sudah kena pangkah mestilah

    dialih dan diletakkan di dalam cokok yang disediakan di dalam kawasan permainan. Uri tersebut dijaga oleh salah seorang dari lima orang pemain

    3.5 Cokok boleh disediakan di atas tanah atau dibawa sendiri. Ukuran cokok adalah bebas 3.6 Uri pemusing yang tidak kena pengkah bolehlah disimpan untuk ditalar uri 3.7 Pemusing hendaklah memusing gasingnya sebaik sahaja pemangkah dibuat dalam masa

    lima saat

    4. Kesalahan Masa Bermain : 4.1 Uri pangkah tarik tidak dikira 4.2 Bojot atau debus jurumudi 4.3 Memusing mengambil masa lebih dari lima saat selepas pangkahan dibuat

    5. Sebab-sebab Pemusing Boleh Memangkah :

    5.1 Kalah dalam bertalar uri bagi pasukan pemangkah 5.2 Bojot atau debus jurumudi

    6. Kiraan Mata :

    6.1 Dua mata diberi kepada pihak pemangkah yang habis memangkah kelima-limagasing dan

    menang dalam pangkahan tersebut 6.2 Apabila mendapat uri pihak pemangkah dan pemusing seri, maka pihak pemangkah tetap

    memangkah dan pihak memusing tetap memusing. Mata tidak diberi kepada kedua-duanya.

    6.3 Pembahagian mata : Menang - dua mata Seri - satu mata Kalah - kosong mata

  • 9

    7. Gelanggang :

    7.1 Gelanggang hendaklah dibina daripada tanah liat atau tanah busut yang sesuai dengan

    permainan gasing, dirata dan dikemaskan 7.2 Garam digunakan untuk meliatkan tanah supaya tidak meretak 7.3 Dua atau tiga hari persediaan gelanggang perlu dibuat sebelum permainan bermula 7.4 Gelanggang boleh disediakan lebih dari satu 7.5 Keluasan gelanggang lebih kurang 60 X 60

    8. Cokok :

    Tiap-tiap permainan atau pasukan boleh menggunakan sudip buluh atau kayu untuk mengangkat gasing ke atas cokok semasa pertandingan. Minyak juga boleh digunakan untuk melicinkan cokok.

    9. Gasing Untuk Pertandingan:

    9.1 Gasing tidak boleh ditemin di mana-mana bahagian pun 9.2 Gasing mestilah dibuat daripada kayu yang berukuran seperti :

    9.3.1 Ukur lilit badan gasing memusing - 16 inci 9.3.2 Ukur lilit badan gasing pangkah - 14 inci 9.3.3 Tinggi gasing pangkah - tidak melebihi 4 inci 9.3.4 Tinggi gasing memusing - tidak melebihi 3 inci

    9.3.5 Paku digunakan sebagai paksi dengan ukuran seperti : 9.3.5.1 Panjang - tidak melebihi 0.5 sm

    9.3.5.2 Tapak/garis pusat - tidak melebihi 0.3 sm

  • 10

    4.WAU

    Pengenalan Layang-layang diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang dibaluti dengan kertas dan diterbangkan menggunakan tali layang-layang dengan bantuan hembusan angin. Di Malaysia terdapat satu lagi istilah yang juga bermaksud layang-layang iaitu 'WAU'. Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "WAU', "WAU", "WAU" secara berirama. Ada juga berpendapat nama wau datang dari huruf arab yang mempunyai bentuk seakan-akan bentuk wau itu sendiri. Sejarah Catatan pertama mengenai permainan wau ini ditemui dalam dokumen sejarah Negera China sekitar 2,500 sebelum masihi. Terdapat juga jumpaan lukisan di sebuah gua di Pulau Muna, Sulawesi Tenggara pada awal abad ke-21 yang memberi kesan menyerupai orang bermain layang-layang. Di Alam Melayu sendiri catatan pertama mengenai permainan wau ini adalah seperti yang terkandung dalam buku Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang yang mencatatkan mengenai seorang pembesar negeri menghadiri sebuah pesta wau. Fungsi Layang-layang atau wau digunakan untuk pelbagai tujuan dari dahulu hingga kini. Antaranya ialah :

    1. Sebagai alat komunikasi 2. Sebagai alat ritual 3. Sebagai alat peperangan 4. Sebagai alat perangkap 5. Sebagai alat untuk kecemasan 6. Sebagai alat bantu kaji cuaca 7. Sebagai alat pertandingan 8. Sebagai alat hiasan

  • 11

    Fungsi layang-layang yang paling jelas ialah sumbangannya dalam penemuan tenaga elektrik oleh Benjamin Franklin. Jenis-jenis Wau Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Pembuatan Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul diperbuat daripada daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Pada masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

    PERMAINAN TRADISIONAL1.CONGKAKPengenalanAlat Yang DigunakanCara Bermain2.HENCANG BUAH KERASPengenalanAlat Yang DigunakanCara Bermain3.GASING PANGKAH PAHANGPengenalanAlat Yang DigunakanCara BermainUndang-Undang Permainan Gasing Pangkah Pahang4.WAUPengenalanSejarah Catatan pertama mengenai permainan wau ini ditemui dalam dokumen sejarah Negera China sekitar 2,500 sebelum masihi. Terdapat juga jumpaan lukisan di sebuah gua di Pulau Muna, Sulawesi Tenggara pada awal abad ke-21 yang memberi kesan menyerup...FungsiJenis-jenis WauPembuatan WauCara Bermain