permainan tibow

10
http://psksksd.blogspot.com/2010/04/permainan-tradisional-etnik-sabah- sepak.html Sepak Manggis adalah satu sukan tradisi yang diadakan semasa pesta karamaian, seperti majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan, sepak manggis ini akan diadakan di kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini melibatkan satu tiang yang diperbuat daripada bambu. Bambu itu dipacakkan di atas tangga dengan ketinggian lebih kurang 25 kaki. Di atas bambu tersebut, diperbuat satu pacak yang menggantung satu kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni. Di dalam kotak itu, dimasukkan hadiah menarik, yang biasanya berupa wang ringgit. Permainan ini dimainkan dengan seorang menendang bola "sepak takraw" yang diperbuat daripada rotan dengan menendang cara bermain sepak takraw. Bezanya ialah bola itu akan ditendang ke atas, dan sasarannya ialah kota berwarna-warni yang mengandungi wang hadiah di atas. Sebelum dimainkan permainan ini, mempelai lelaki dan perempuan akan merasmikannya dengan berjalan mengelilingi tiang bambu itu, bersama-sama dengan pengapit-pengapit mereka sebanyak tujuh (7) kali. Ini akan diikuti dengan pengantin lelaki itu sendiri akan menendang bola takraw itu, yang dibalingkan oleh pasangan/isterinya. Percubaan boleh dibuat sebanyak tujuh (7) kali. Ini sekaligus dapat menarik perhatian orang ramai dan menandakan bahawa permainan sepak manggis ini telah bermula. Peraturannya ialah agak terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun kaum wanita agak keberatan untuk menyepak bola tersebut. Pun begitu, adat istiadat mahukan supaya kanak-kanak yang kecil memulakan, dan kemudiannya diikuti oleh remaja, dan akhirnya orang dewasa. Selepas itu, ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Sesiapa yang menendang bola itu dan berjaya mengenakan sasaran kota berwarna- warni, maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut. Oleh kerana tiang bambu itu tinggi, maka adalah agak sukar bagi mereka untuk menepati sasaran. Permainan ini boleh dibuat sepanjang hari, sehinggalah ada yang berjaya menepati sasaran. Hadiahnya agak lumayan dan biasanya hadiah itu disediakan oleh pengantin lelaki. Adalah dipercayai pada Majlis Perkahwinan di Tempasuk 1 itu, hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM1,000.00. Permainan sepak manggis ini adalah sukan tradisi warisan masyarakat Kadazandusun Tindal dan Bajau yang tinggal berhampiran. Budaya kedua-dua masyarakat ini telah diadunkan dan permainan sepak manggis ini diwujudkan sebagai satu acara memeriahkan suasana sambil memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan. Sukan ini adalah sangat menarik dan mempunyai unsur-unsur budaya yang simbolik. Ianya harus diteruskan, dipromosi dan diwarisi oleh generasi muda, baik masyarakat Kadazandusun mahupun masyarakat Bajau. Copy the

Upload: hakimah-suib

Post on 13-Dec-2015

181 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

permainan tibow

TRANSCRIPT

Page 1: permainan tibow

http://psksksd.blogspot.com/2010/04/permainan-tradisional-etnik-sabah-sepak.html

Sepak Manggis adalah satu sukan tradisi yang diadakan semasa pesta karamaian, seperti majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan, sepak manggis ini akan diadakan di kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini melibatkan satu tiang yang diperbuat daripada bambu. Bambu itu dipacakkan di atas tangga dengan ketinggian lebih kurang 25 kaki. Di atas bambu tersebut, diperbuat satu pacak yang menggantung satu kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni. Di dalam kotak itu, dimasukkan hadiah menarik, yang biasanya berupa wang ringgit. Permainan ini dimainkan dengan seorang menendang bola "sepak takraw" yang diperbuat daripada rotan dengan menendang cara bermain sepak takraw. Bezanya ialah bola itu akan ditendang ke atas, dan sasarannya ialah kota berwarna-warni yang mengandungi wang hadiah di atas. Sebelum dimainkan permainan ini, mempelai lelaki dan perempuan akan merasmikannya dengan berjalan mengelilingi tiang bambu itu, bersama-sama dengan pengapit-pengapit mereka sebanyak tujuh (7) kali. Ini akan diikuti dengan pengantin lelaki itu sendiri akan menendang bola takraw itu, yang dibalingkan oleh pasangan/isterinya. Percubaan boleh dibuat sebanyak tujuh (7) kali. Ini sekaligus dapat menarik perhatian orang ramai dan menandakan bahawa permainan sepak manggis ini telah bermula. Peraturannya ialah agak terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun kaum wanita agak keberatan untuk menyepak bola tersebut. Pun begitu, adat istiadat mahukan supaya kanak-kanak yang kecil memulakan, dan kemudiannya diikuti oleh remaja, dan akhirnya orang dewasa. Selepas itu, ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Sesiapa yang menendang bola itu dan berjaya mengenakan sasaran kota berwarna-warni, maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut. Oleh kerana tiang bambu itu tinggi, maka adalah agak sukar bagi mereka untuk menepati sasaran. Permainan ini boleh dibuat sepanjang hari, sehinggalah ada yang berjaya menepati sasaran. Hadiahnya agak lumayan dan biasanya hadiah itu disediakan oleh pengantin lelaki. Adalah dipercayai pada Majlis Perkahwinan di Tempasuk 1 itu, hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM1,000.00. Permainan sepak manggis ini adalah sukan tradisi warisan masyarakat Kadazandusun Tindal dan Bajau yang tinggal berhampiran. Budaya kedua-dua masyarakat ini telah diadunkan dan permainan sepak manggis ini diwujudkan sebagai satu acara memeriahkan suasana sambil memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan. Sukan ini adalah sangat menarik dan mempunyai unsur-unsur budaya yang simbolik. Ianya harus diteruskan, dipromosi dan diwarisi oleh generasi muda, baik masyarakat Kadazandusun mahupun masyarakat Bajau. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Page 2: permainan tibow

http://safrz.blogspot.com/p/sejarah-ringkas-permainan-sepak-manggis.html

SEJARAH RINGKAS PERMAINAN SEPAK MANGGIS

 Sepak Manggis terkenal dikawasan utara

negeri Sabah khususnya dikalangan masyarakat kaum bajau yang mendiami daerah

Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu. Sukan ini menjadi satu simbol budaya kepada

kaum bajau kerana sukan ini menjadi satu kemestian apabila adanya majlis-majlis

keramaian seperti kenduri kahwin, tamu besar atau ketika  menyambut kunjungan

orang-orang kenamaan. Kini ia juga menjadi salah satu  daya tarikan pelancung asing

yang mengunjungi daerah ini.

Page 3: permainan tibow

Tidak ditemui fakta yang jelas berkenaan sejarah tepat kewujudan sukan Sepak Manggis

ini dikalangan masyarakat bajau. Hanya cerita turun temurun yang diwarisi dari nenek

moyang mengatakan permainan ini ada hubungkait dengan sosiolisasi masyarakat

setempat. Yang jelasnya permainan sepak manggis ini amat berkait rapat dengan

permainan sepak takraw atau sepak raga dikalangan masyarakat kaum melayu.

Juga tiada fakta yang jelas mengapa sukan ini dinamakan Sepak Manggis. Cuma melalui

perbualan dengan tokoh-tokoh lama masyarakat ini mangatakan perkataan Sepak

Manggis bermaksud menendang bola tinggi mengenai sasaran membawa semangat

yang tinggi masyarakat kaum ini. Seorang tokoh mengatakan perkataan ‘Sepak’ berasal

dari perkataan bahasa melayu merujuk kepada permainan sepak raga. Mankala

‘Manggis’ pula sebagai bidalan bakul berhias yang digantung tinggi seperti buah

manggis. Manakala isi putih manis manggis diandaikan seperti bahan-bahan di dalam

bakul tadi disediakan dengan rasa kegembiraan, keseronokan dan keikhlasan tuan

rumah untuk diberikan kepada siapa-siapa sahaja yang berjaya menurunkan bakul

tersebut.

          

Konsep menimang bola rotan dalam kumpulan beberapa orang pemain dalam permainan

sepak raga hampir sama dengan corak permainan Sepak Manggis. Bezanya Sepak

Manggis ada sasaran tinggi yang hendak dituju. Bagaimanapun ada sumber

mengatakan  awal kewujudan permainan Sepak Manggis ini ialah menimang bola dalam

kumpulan sebelum seorang pemain dikalangan mereka menendang tinggi bola tersebut

mengenai sasaran. Dari semasa ke semasa permainan ini dipermudahkan hinggalah ke

hari ini kita lihat seorang peserta membuat balingan kearah rakannya kemudian

menimang bola tersebut tinggi kearah sasaran.

          

Page 4: permainan tibow

Bagaimana sukan ini boleh diterima dalam masyarakat bajau? Ada yang mengatakan

bahawa bola yang diperbuat daripada anyaman rotan yang mudah diperolihi dan boleh

dianyam tersebut menjadi kuncinya. Sosioekonomi masyarakat bajau dalam daerah Kota

Belud kebanyakannya hidup sebagai nelayan dan petani. Daripada rotan masyarakat

bajau membuat bola raga.  

Permainan menimang bola raga ini mudah diaplikasikan oleh masyarakat bajau

khasnya dikalangan kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Cara permainannya

yang mudah tanpa perlu gelanggang atau dewan yang mahal-mahal serta boleh

dimainkan dimana-mana sahaja sama ada dihalaman rumah, kawasan padang rumput

atau tepi pantai membolehkan permainan ini menjadi pilihan utama masyarakat ini.

Masyarakat bajau juga terkenal sebagai nelayan yang mahir. Malahan nelayan juga

merupakan sumber ekonomi mereka yang utama selain bertani. Tidak hairanlah jika

terdapat anak-anak muda menimang-nimang bola raga ini dikawasan pantai kerana

pantai juga merupakan satu lokasi yang amat sesuai untuk memainkan permainan sepak

Raga (menimang – nimang bola raga).Sepak raga ini menjadi sukan komuniti masyarakat

ini pada setiap petang atau hari-hari lapang mereka. Ada juga mengatakan sepak raga

selalu dimainkan oleh anak-anak muda bagi mengisi masa lapang sementara menunggu

majlis dimulakan. Lazimnya majlis-majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keramaian

membuatkan ramai anak-anak muda berkumpul. Tidak mustahil Sepak Manggis ini

timbul ekoran budaya anak-anak muda yang suka menimang bola raga sementara

menunggu majlis dimulakan. Bertepatan pula Sepak Manggis dewasa ini dimainkan bagi

memenuhi ruang masa sebelum tuan rumah memulakan majlis bersanding.

Kini sepak manggis bukan sahaja menjadi satu kemestian kepada masyarakat bajau

apabila mengadakan majlis-majlis keramaian, malahan kini sukan ini sudah diterima

pakai sebagai salah satu daya tarikan yang baik ke daerah Kota Belud disamping sukan

berkudanya. Sepak Manggis satu sukan yang mewakili budaya dan tatacara kehidupan

masyarakat bajau, bukan sahaja didaerah Kota Belud malahan beberapa daerah

berhampiran seperti Tuaran dan Kota Marudu.

Page 5: permainan tibow

SEPAK MANGGIS

Sejarah 

Sepak Manggis merupakan satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota

Belud, Sabah. Sukan Tradisi ini akan dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis

perkahwinwn. 

Peralatan 

1. Satu biji Bola Takraw 

2. Satu batang Bambu panjang 

3. Kotak berhias yang bergantung wang, gula-gula, makanan ringan, sapu 

tangan, rokok atau sebagainya 

kotak berhias 

CARA DIMAINKAN / PERATURAN PERMAINAN 

Bambu yang panjangnya antara 15 m – 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung bambu itu ada

diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit

dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin

perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola

takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti

pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula. 

Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka

kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka berbaris

Page 6: permainan tibow

untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu

keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah

didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak

tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang. 

Sepak Manggis akan dimainkan di satu kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin.

Pengantin dengan diiringi oleh pengapit dan ibu bapa pengantin akan berarak ke tempat permainan

in 

Cara dimainkan / peraturan permainan 

Bambu yang panjangnya antara 15 m – 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung banbu itu ada

diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit

dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin

perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola

takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti

pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula. 

Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka

kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka berbaris

untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu

keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah

didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak

tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang. 

Sepak Manggis akan dimainkan di satu kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin.

Pengantin dengan diiringi oleh pengapit dan ibu bapa pengantin akan berarak ke tempat permainan

in 

Sarawak Bumi Kenyalang bukan sahaja kaya dengan warisan budaya daripada kepelbagaian kaumnya malah juga kaya dengan permainan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman dan permainan tradisi ini tetap dijaga keutuhannya sehingga sekarang.

Sudah tentu setiap permainan tradisi ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta keistimewaannya juga pantang larangnya yang sudah tentu ramai bangsa Sarawak sendiri tidak mengetahuinya. Bagi memartabatkan pengetahuan kita Bangsa Sarawak khususnya tentang setiap permainan

Page 7: permainan tibow

tradisi ini, Borneo Oracle akan membuka genre baru di dalam artikel-artikel iaitu Genre Permainan Tradisi bagi setiap etnik di Sarawak agar kita mempunyai sumber informasi yang cukup di dalam memperkatakan kekayaan tradisi di bumi Sarawak ini.

Genre Permainan Tradisi Etnik Sarawak untuk kali ini kami akan memaparkan satu artikel berkenaan dengan satu permainan tradisi dari Etnik Melanau iaitu Tibow, satu buaian gergasi yang mana permainannya sering dilangsungkan sewaktu menyambut Pesta Kaul bagi masyarakat Melanau Sarawak.

Tibow atau Pisa’ Tibow adalah salah satu permainan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh etnik Melanau Sarawak. Permainan tradisi biasanya dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta Kaul yang merupakan festival unik dari etnik Melanau Sarawak yang dirayakan saban tahun dan merupakan antara acara tahunan di dalam kalendar pelancongan Sarawak Bumi Kenyalang.

Tibow iaitu sejenis permainan buaian gergasi pula merupakan antara permainan tradisi yang wajib ada apabila pesta ini berlangsung. Permainan Tibow ini sebenarnya adalah salah satu simbol perpaduan dan bersuka-ria (berkaul dalam dialek bahasa Melanau) dan merupakan tarikan kepada pemuda-pemuda Melanau yang berani sahaja kerana banyak lagak-lagak ngeri yang berlaku sewaktu permainannya.

Menurut cerita oral yang disampaikan dari satu generasi ke generasi di dalam masyarakat Melanau Sarawak, permainan tibow ini bermula sejak zaman dahulu lagi. Dan dalam buku yang ditulis oleh Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek ada memperkatakan tentang cerita legenda di sebalik permainan tibow ini. Dikatakan suatu waktu dahulu terdapat sebuah kampung bernama Kampung Pentian di Mukah, Sarawak telah dilanda satu wabak yang boleh membawa maut.

Akibat daripada wabak itu maka ramailah penduduk Kampung Pentian yang meninggal dunia dan segala usaha telah dilakukan untuk membanteras wabak ini terus berlaku namun seringkali usaha tersebut tiada penyelesaiannya. Akibat daripada ramainya penduduk yang menjadi korban maka diceritakan Kampung Pentian menjadi sebuah kampung yang sunyi sepi kerana hampir setiap keluarga di dalam suasana berkabung.

Diriwayatkan bahawa pada suatu malam, seorang lelaki tua etnik Melanau di Kampung Pentian telah bermimpi didatangi oleh seekor burung helang gergasi yang mengajar lelaki tua itu untuk membina tibow dan cara untuk bermainnya.

Setelah bangun dari tidur, lelaki tua ini telah menceritakan perihal mimpinya kepada seorang bomoh kerana pada waktu itu seluruh masyarakat Melanau masih lagi mengamalkan pagan atau mempercayai semangat maka bomoh adalah perantaraan mereka untuk mentafsirkan cerita di sebalik mimpi-mimpi mereka. Berpandukan kepada telahan daripada firasat bomoh ini

Page 8: permainan tibow

maka mimpi itu telah dipanjangkan kepada ketua masyarakat Melanau di Kampung Pentian.

Kerana kepercayaan itulah maka penduduk lelaki dan wanita Kampung Pentian telah sama-sama berpadu tenaga membina buaian gergasi atau tibow seperti yang dimaksudkan di dalam mimpi lelaki tua tersebut. Menurut cerita itu lagi, setelah terbinanya tibow ini maka tiadalah lagi wabak penyakit yang membawa maut itu melanda Kampung Pentian. Dan bermula dari hari itu, Tibow merupakan satu permainan tradisi yang mesti ada di dalam setiap festival bagi masyarakat Melanau Sarawak dari dahulu sehinggalah sekarang.

Pembinaan sebuah tibow bukanlah boleh dibina dengan sembarangan kerana ianya juga mempunyai pantang larang yang harus diikuti. Sewaktu pembinaannya tibow, masyarakat Melanau akan memainkan set canang dan gendang melela dipalu bagi memeriahkan suasana pembinaan. 2 tiang kayu yang masing-masing panjangnya melebihi 30 kaki akan menjadi asas kepada pembinaan tibow ini. Sewaktu mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang ini, pantun pusaka masyarakat Melanau akan dinyanyikan.

Pantun ini merupakan salah satu pemujaan kepada Ipo Tibow atau Dewa yang menguasai permainan Tibow dan bertujuan untuk meminta pertolongan Dewa agar segala urusan pembinaan dipermudahkan. Selesai tiang itu didirikan barulah proses-proses struktur yang lain akan bermula. Pembinaan Tibow adalah berbentu rak atau pyramid.

Kebiasaannya ketinggian tibow ini adalah antara 8 hingga 10 meter dan dibina dalam keadaan yang condong di atas tanah rata. Tibow dibina kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama mempunyai para atau pemidang yang seakan-akan anak tangga dan untuk bahagian kedua pula terdiri daripada 2 batang tiang yang berbentuk pyramid. Pada bahagian inilah akan terdapat juntaian tali daripada rotan dan rotan ini akan dihayun dari kiri ke kanan seperti sebuah buaian gergasi.

Rotan yang berhayun inilah nanti akan dilompat oleh seorang pemain dan kemudian akan dilompat seterusnya oleh pemain ke 3, 4, 5 sehingga tibow ini tidak boleh berayun lagi. Kedengarannya agak mudah tetapi sebenarnya hanya lelaki yang berani sahaja akan mampu mencuba permainan ini kerana ketinggiannya serta kelasakannya sememangnya sukar digambarkan.

Oleh kerana itulah pembinaan sebuah tibow memerlukan perincian yang tinggi termasuk di dalam memilih tapak untuk mendirikannya kerana ianya harus didirikan teguh pada kawasan tanah yang lembut serta tidak mempunyai batu-batu kerikil. Ini kerana tahap keselamatan pemain juga diambilkira kerana sekiranya tersilap langkah maka akan jatuh tersembam ke muka bumi dan tiada tilam ataupun jala yang menjadi alas keselamatan sebaliknya hanya permukaan tanah. Dan kerana itulah agaknya mengapa Tibow sering didirikan di tepi pantai yang luas dan rata.

Sekarang permainan tradisi etnik Melanau ini masih lagi dimainkan di dalam acara-acara keramaian bagi masyarakat Melanau Sarawak. Satu permainan

Page 9: permainan tibow

tradisi yang seharusnya terus kita jaga dan pulihara agar ianya tidak hilang dimamah arus kemodenan. Semoga artikel ini dapat memberi ruang kepada kita untuk mengenali permainan tradisi kita dari etnik Melanau Sarawak. Kita martabatkan permainan tradisi kita agar ianya juga gah di mata dunia. Inilah permainan tradisi kami Bangsa Sarawak dan kami bangga mempunyainy

http://www.thepatriots.my/tibow-permainan-tradisi-masyarakat-sarawak/

TIBOW - The Giant Swing

Sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan

oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai

pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut

haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk

mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.

Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang

sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah

suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.

Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan

tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun

harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang

banyak.

Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki

diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu

sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan

untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula

dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.

Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun

dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada

'mekat'  Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atdewa yang

menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk

memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu