permainan sukaneka acara kanak-kanak 1

Upload: jamilah-rajli

Post on 04-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    1/11

    Permainan Sukaneka:

    Acara

    Kanak-kanak

    (1)

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    2/11

    Disediakan oleh;

    Jamilah Rajli;

    SK.Kampung Senau,

    Oya Dalat

    (PPG PJ Ambilan Jun 2011)

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    3/11

    LARI DALAM GUNI

    Kategori permainan:

    -individu

    Syarat & Peraturan:

    Semua peserta berada di garisanpermulaan. Apabila wisel ditiup,merekadikehendaki berlari ke arah guni kosongyang terletak 2 meter dari garisan tersebut.

    Kemudian, mereka akan masuk ke dalamguni dan berlari sehingga ke garisanpenamat.Peserta yang sampai dahulu digarisan penamat dikira sebagai pemenang.

    Cara Pengadilan:

    Hakim digarisan permulaan dan di kawasantengah,serta 3 orang hakim digarisanpenamat bagi menentukan pemenang.

    Aspek Keselamatan:

    Pastikan bahawa padangpermainan dan semua gunidiperiksa bagi mengesanbenda tajam untuk

    menggelakkan kecederaanapabila terjatuh.

    Peralatan:

    Guni beras

    Kos Penyediaan:

    Tiada- pengelolamenggunakan guni berasterpakai.

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    4/11

    GOLEK RIM BASIKAL

    Kategori permainan:Individu

    Syarat dan peraturan;Semua peserta akan berada digarisan permulaanbersama dengan kayu dan rim basikal.Apabila wiselditiup ,mereka dikehendaki berlari sambilmenggolekkan rim basikal menggunakankayu.mereka mesti memastikan bahawa rimtersebut berada dilorong masing-masing dan

    sekiranya rim terjatuh atau terkeluarlandasan,mereka hendaklah berpatah balik ketempat rim tersebut terkeluar. Bagi kawasan yangtidak mempunyai lorong, hakim perlu memastikanbahawa peserta tidak mengganggu pesertalain.peserta yang sampai dahulu di garisanpenamat dikira sebagai pemenang.

    Cara pengadilan;Hakim digarisan permulaan dandikawasan tengah,serta 3 oranghakim digarisan penamat bgmenentukan pemenang 1 hingga3.

    Aspek Keselamatan:Pastikan kayu yang digunakanuntuk golek rim tidak terlalu tajamkerana ia boleh mencederakanpeserta sekiranya terjatuh.

    Peralatan:Kayu panjang atau ranting pokokdan rim basikal.

    Kos Penyediaan:Kayu dianggarkan RM5.00sebatang,manakala rim basikaladalah daripada rim terbuang.

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    5/11

    TIUP TEPUNG DIDALAM

    PINGGANKategori Permainan:

    Individu

    Syarat & Peraturan:

    Semua peserta akan berada digarisanpermulaan,apabila wisel ditiup,individudikehendaki berlari dengan pantas kepinggan yang berisi tepung yang terletak 5m

    dari garisan permulaan. Mereka dikehendakimeniup tepung tersebut dan mengambilgetah gelang yang berada didalam pinggantersebut dengan mulut. Setelah getahgelang dapat diambil dengan mulut, merekaperlu memestikan getah tersebut tidakterjatuh dan terus berlari ke garisanpenamat. Peserta yang menggunakan

    tangan akan dibatalkan penyertaan mereka.Sekiranya terjatuh ke tanah,penyertaanpeserta juga akan dibatalkan. Peserta yangsampai dahulu digarisan penamat denganmembawa gelang getah tadi dimulutnyamereka dikira sebagai pemenang.

    Cara Pengadilan:

    Hakim digarisan permulaan dandikawasan tengah serta 3 oranghakim di garisan penamat bagimenentukan pemenang.

    Aspek Keselamatan:Disyorkan supaya pengelolamenggunakan pinggan plastikbagi menggelakkan terjatuh danpecah.

    Peralatan:

    Pinggan plastik,tepung gandum,gelang getah (gula-gula,duitsyiling dll)

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    6/11

    MENGEPIT BOLA PINGPONG

    DIDAHIKategori permainan:Berkumpulan

    Syarat & peraturan:Semua peserta berpasangan akan beradadigarisan permulaan.apabila wiselditiup,peserta dikehendaki meletakkan bolaping pong kedahi mereka dan mengawalnyasupaya tidak jatuh.sekiranya

    terjatuh,mereka hendaklah berpatah balik ketempat dimana bola pingpong tersebutterjatuh dan memulakan kembali larian.Setiap pasangan akan berlari atau berjalanke garisan penamat sejauh 5 meter.Pasangan yang sampai dahulu di garisanpenamat dikira sebagai pemenang.

    Cara pengadilan:Hakim digarisan permulaan dandikawasan tengah,serta 3 orang hakimdigarisan penamat bagi menentukanpemenang.

    Aspek Keselamatan:Hakim perlu memastikan bahawa tidak

    terlalu ramai pasangan peserta ygmengambil bahagian dan bilangannyasesuai dengan keluasan padangpermainan yang digunakan.Dengancara ini hakim boleh menjarakkankedudukan pasangan peserta bagimenggelakkan mereka terlanggarantara satu sama lain.

    Peralatan:Bola pingpong/belon berisi air,buah

    epal/bola tenis/bola lisut

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    7/11

    BERLARI MEMBAWA PING PONG

    DENGAN SUDUKategori permainan:

    Individu

    Syarat & Peraturan:

    Semua peserta akan berada di garisanpermulaan dengan menggigit suduyang berisi bola ping pong. Apabila

    wisel ditiup,peserta dikehendaki berlarisepantas mungkin ke garisan penamatsambil membawa bola ping pong agartidak jatuh. Sekiranya bola ping pongterjatuh,peserta hendaklah berpatahbalik ke tempat bola ping pong terjatuhtersebut. Peserta yang sampai dahulu

    di garisan penamat dengan berjayamengawal bola ping pong di sududikira sebagai pemenang.

    Cara Pengadilan:

    Hakim digarisan permulaan dan dikawasan tengah,serta 3 oranghakim digarisan penamat bagimenentukan pemenang.

    Aspek Keselamatan:Penggunaan sudu plastik disyorkanberbanding sudu besi bagimenggelakkan kanak-kanaktercucuk jika terjatuh.

    Peralatan:

    Sudu plastik dan bola ping pong.

    Boleh dilaku secara berganti-ganti

    Boleh ganti telur mentah

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    8/11

    MENIUP BELON SEHINGGA

    PECAHKategori Permainan:Individu

    Syarat & Peraturan:Semua peserta akan berada digarisanpermulaan. Apabila wisel dibunyikan,mereka akan berlari ke arah belonyang belum ditiup yang terletak 2

    meter dari garisan permulaan. Apabilasampai ditempat belon.Peserta akanmengambil belon dan meniupnyasehingga pecah.Hanya peserta yangberjaya meniup belon sehingga pecahsahaja dibenarkan berlari ke garisanpenamat. Peserta yang berjayasampai dahulu digarisan penamat

    dikira pemenang.

    Cara Pengadilan:Seorang hakim pelepas, 3 oranghakim di kawasan tengah (tempatbelon) dan tiga hakim digarisanpenamat untuk menentukanpemenang pertama hingga ketiga

    Aspek Keselamatan:Pastikan bahawa kanak-kanak yang

    sihat tubuh badan sahaja yangdibenarkan mengambil bahagiandan mereka yang menghidappenyakit asma(lelah) tidakdibenarkan mengambil bahagian

    bahagian bagi mengelakkanperkara yang tidak diinginiberlaku.

    Peralatan:belon

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    9/11

    MENANGKAP BOLA PINGPONG

    BERPASANGANKategori Permainan:Berkumpulan

    Syarat & Peraturan:Peserta akan bertanding secaraberpasangan (A & B). Peserta Abakuakan berada digarisan permulaandengan sebakul bola pingpong,

    manakala peserta B akan memegangbakul kosong pada jarak kira-kira 4meter dari peserta A. Apabila wiseldibunyikan, peserta A akanmelambung bola ping pong tersebutkepada peserta bB dan peserta Bakan menyambutnya dengan bakulyang dipegang tadi. Masa yang

    diberikan ialah 5 minit. Pasangan yangpaling banyak berjaya memasukkanbola pingpong ke dalam bakul dalamtempoh masa tersebut dikira sebagaipemenang.

    Cara Pengadilan:Hakim akan mengenal pasti parapeserta yang melanggar peraturanseperti keluar dari garisan. Hakimjuga akan mengira bola yangberjaya dimasukkan ke dalam

    bakul untuk menentukanpemenang.

    Aspek Keselamatan:Pastikan jarak antara para pesertasesuai bagi mengelakkan merekaterlanggar dan cedera.

    Peralatan:

    Bola pingpong dan bakul.. Bolehdiubah bola tenis.

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    10/11

    MENGISI AIR KE DALAM BOTOL

    Kategori Permainan:Berkumpulan

    Syarat & Peraturan:Satu kumpulan terdiri daripada 3org.Semua peserta akan berdiridibelakang garisan permulaan.apabilawisel dibunyikan,salah seorang

    peserta akan berlari ke kawasan baldiair dan mengambil air menggunakanspan dan berlari ke arah botol sambilmengawal air tersebut daripadamenitis.apabila sampai ditempat botolkosong, mereka dikehendakimengisikan botol kosong tersebutdengan air yang dibawa dengan

    span.Kemudian mereka akan berlaribalik ke garisan permulaan danmenyentuh rakan mereka untukmenggantikannya. Setelah 4 minit,wisel akan dibunyikan dan permainanakan diberhentikan.

    Cara Pengadilan:Hakim pelepas, hakim masa, danhakim untuk menyukat air.Pemenang akan ditentukandengan jumlah liter air terbanyakyang berjaya dikumpul oleh setiap

    kumpulan (diukur berdasarkantinggi air didalam botol yang samasaiz dan jenisnya)

    Aspek Keselamatan:Pastikan jarak antara seorangpeserta dengan seorang yang lainadalah sesuai supaya tidak

    berlaku pelanggaran.Peralatan:Baldi, botol kosong dan bekaspenyukat air atau pembaris.

  • 7/30/2019 Permainan Sukaneka Acara Kanak-kanak 1

    11/11

    MEMINDAHKAN AIR

    MENGGUNAKAN SUDUKategori Permainan:

    Individu dan berkumpulan

    Syarat & Peraturan:

    Peserta akan berdiri dibelakanggarisan permulaan. Apabila wisel

    dibunyikan,peserta dikehendakimemindahkan air dari baldi kedalam balang penyukat air denganmenggunakan sudu. Setelah 3minit, wisel akan dibunyikan danpermainan ditamatkan.Pemenangakan ditentukan berdasarkan

    jumlah liter air yang berjayadikumpul oleh setiap peserta ataukumpulan.

    Cara Pengadilan:

    Seorang hakim pelepas,hakimpenjaga masa dan hakim ditempatmenyukat air. Peserta yangberjaya menggumpul airterbanyak di dalam penyukat airdikira sebagai pemenang.

    Aspek Keselamatan:

    Pastikan jarak antara seorangpeserta dengan seorang pesertalain sesuai bagi menggelakkanberlakunya pelanggaran.

    Peralatan:

    Baldi air,sudu plastik dan balangpenyukat air.