permainan chapteh

5
KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINGAN TRADISIONAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU TEMENGGUNG IBRAHIM JOHOR ( CHAPTEH) NAMA PELAJAR : 1) SHAMSUL ANUAR B MUHAMMAD : 2) ZAHARI B AHMAD : 3) SUFIAN B KAMAL

Upload: elizabeth-smith

Post on 15-Dec-2015

323 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

permainan tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Chapteh

KERTAS KERJA KARNIVAL PERTANDINGAN TRADISIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

TEMENGGUNG IBRAHIM

JOHOR

( CHAPTEH)

NAMA PELAJAR : 1) SHAMSUL ANUAR B MUHAMMAD

: 2) ZAHARI B AHMAD

: 3) SUFIAN B KAMAL

Page 2: Permainan Chapteh

1.0 RASIONAL 

Program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai

serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah

pertandingan. Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib

yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

untuk guru-guru pelatih semester 8 Program Pensiswazahan guru kelas sains 2

ambilan Februari 2012. Antara rasional pertandingan permainan ialah:

1.1Dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman 

mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu

pertandingan.

1.2Memupuk nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan

kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa.

1.3 Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari

segi rohani, jasmani, emosi dan sosial serta mampu menjana jiwa guru

yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

1.4 Dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap

permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh

masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

2.0 OBJEKTIF

Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang

tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini.

Antara objektifnya adalah seperti berikut :

2.1Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta

pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

2.2Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih

untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.

2.3Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional

yang dilaksanakan.

2.4 Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam

menyertai aktiviti yang dijalankan.

Page 3: Permainan Chapteh

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

3.1Tarikh : 27 Ogos 2015

3.2Tempat : Sk Datuk Ismail Saadon

3.3Masa :

4.0 PERATURAN PERMAINAN

1. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan

kaki atau dengan lutut sahaja. Tidak dibenarkan jatuh, jika jatuh ianya dikira mati

dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Giliran juga dikira mati sekiranya

bola jatuh ke tanah.

2. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti, masa

yang diperuntukan untuk setiap seorang ialah seminit dengan seberapa banyak

timbangan yang dapat dilakukan sebelum bola terjatuh.

3. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 4 orang pemain (atau yang bersesuaian) dan

setiap seorang akan mempunyai satu giliran untuk menimbang sebelum bulu ayam

terjatuh. Setelah selesai semua menimbang, mata atau jumlah timbangan akan

dikira dan yang mengumpul mata paling banyak akan dikira juara.

5.0 BORANG PEMARKAHAN

KUMPULAN: ____________________________

NAMA JUMLAH

1.

2.

3.

4.

JUMLAH KESELURUHAN

Page 4: Permainan Chapteh

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada

guru-guru pelatih dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang

kian mencabar pada masa akan datang. Semoga harapan kita untuk melahirkan

para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan mental

akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat yang terdapat dalam Falsafah

Pendidikan Negara.