permainan

Upload: aisian-lim

Post on 10-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

math games

TRANSCRIPT

PERMAINAN "4 WAY COUNTER"PERMAINAN "4 WAY COUNTER"

Permainan ini merupakan satu permainan yang menggunakan 2 biji dadu, 4 set kekunci yang ditulis dengan nombor 1 sehingga 10. Kekunci bar kayu ini telah dipasang bersama dengan sebatang rod logam pada hujungnya untuk membolehkan mereka digerakan ke atas atau ke bawah.

Peraturan : Permainan ini dimulakan dengan kekunci menghala ke bawah iaitu dengan mempaparkan kesemua nombor terlebih dahulu. Kekunci diterbalikkan sekiranya pemain dapat menunjukkan hasil jawapan daripada kedua-dua nilai dadu.

Contoh : Dadu menunjukkan 4 dan 2Di bawah menunjukkan kemungkinan 4 operasi yang terlibat :- 4 + 2 = 6 (kekunci 6 diterbalikkan)- 4 - 2 = 2 (kekunci 2 diterbalikkan)- 4 / 2 = 2 (kekunci 2 diterbalikkan)atau 4 x 2 = 8(kekunci 8 diterbalikkan) Apabila hasil nilai dadu membawa 11, pemain boleh memilih salah seorang daripada pihak lawan dengan menurunkan semua kekuncinya ke bawah. Apabila hasil nilai dadu membawa 12, maka pemain tersebut akan didenda dengan menurunkan kesemua kekuncinya ke bawah. Pemain boleh menentukan operasi tertentu digunakan. Misalnya hanya operasi tambah terlibat sahaja. Pemenang adalah pemain yang kesemua kekuncinya telah diterbalikkan.