permainan

2
Jijah jalan2, jijah jumpa jepun, jijah jerit "jepun jahat", jijah jatuh.... 2. Ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah. 3. Pak jang dan mak jang pindah ke kampung panjang, mereka tinggal di rumah panjang, mereka suka menanam kacang panjang, anak mereka suka telanjang... "si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang". PERMAINAN INI SATU KISAH • Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing. • Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya “Pada suatu hari…”. • Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka. • Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. • Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat. • Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu. • Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan. • Apabila salah seorang pemain ‘mati’ atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal • Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu perkataan sahaja untuk menyambung ayat. • Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira ‘mati’. • Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang. PERMAINAN ARAH TUNJUK

Upload: hazirahjamal

Post on 15-Nov-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

main

TRANSCRIPT

Jijah jalan2, jijah jumpa jepun, jijah jerit "jepun jahat", jijah jatuh....

2. Ahmad budak petah, ibunya bernama bedah, ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah.

3. Pak jang dan mak jang pindah ke kampung panjang, mereka tinggal di rumah panjang, mereka suka menanam kacang panjang, anak mereka suka telanjang..."si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang".

PERMAINAN INI SATU KISAH

Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing. Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya Pada suatu hari. Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka. Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat. Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu. Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira mati dan terkeluar dari permainan. Apabila salah seorang pemain mati atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu perkataan sahaja untuk menyambung ayat. Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira mati. Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang.

PERMAINAN ARAH TUNJUKPermainan memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga hendaklah tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru lakukan.

Peraturan

1. Pemain hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan. Tidak boleh menutup mata.2. Pemain hendaklah mendengar apa yang guru arahkan.3. Peserta dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.

Cara bermain

1. Pada mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk seperti mata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.2. Kemudian, guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambil menunjukkan bahagian muka dengan betul.

3. Sementara itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk hidung tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.

"si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang".