perlembagaan rumah sukan tahun 2011
DESCRIPTION
uTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BATU, 09800 SERDANG , KEDAH DARUL AMAN TEL. NO : 04-3690057
PERLEMBAGAAN SUKAN DAN PERMAINAN 2011
Perkara 1 1.1 Nama Dan Alamat1.1.1 Nama Sukan Dan Permainan*:
RUMAH SUKAN…………………………………………………………..
1.1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, 09800 Serdang, Kedah
Perkara 2 2.1 Tujuan Am2.1.1 Memberi peluan kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam setiap aspek , dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
2.1.2 Pemupukan unsur-unsur nilai, kepemimpinan dan sahsiah
2.1.3 Memberi pensedahan dan pengalaman kepada keadaan sebenar ,agar setiap pelajar dapat memantaatkannya dalam kehidupan seharian
2.1.4 Mengisi masa lapang dengan kegiatan yang terancang dan berfaedah
2.1.5 Mempertingkatkan keyakinan diri dan disiplin para pelajar
2.2 Tujuan Khusus:
2.2.1 - ………………………………………………………………………………………
2.2.2- ………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………….
Perkara 3 3.1 Keahlian:3.1.1 Dibuka kepada semua pelajar tahun 3 dan Tahap 2 (Tahun 4,5 & 6) yang sedang belajar di
SK. Sg. Batu
3.1.2 Mereka mestilah menerima dan bersetuju berpegang kepada perlembagaan ini dan akan mengambil bahagian cergas menjayakan tujuan-tujuan kelab/ persatuan ini.
Perkara 4 4.1 Mesyuarat Agung Tahunan4.1.1 Pemilihan jawatankuasa mestilah dipilih melalui satu Mesyuarat Agung persatuan
4.1.2 Pemilihan hendaklah melantik jawatan-jawatan berikut:-4.1.2.1 Pengerusi4.1.2.2 Naib Pengerusi4.1.2.3 Setiausaha4.1.2.4 Bendahari4.1.2.5 Ahli Jawatankuasa (wakil kelas)
4.1.3 Nama-nama untuk setiap jawatankuasa di atas hendaklah dicadang, disokong dan diundi.
4.1.4 Jika berlaku kekosongan jawatan, Guru Penasihat hendaklah melantik pengganti di kalangan ahli biasa dengan persetujuan AJK.
4.1.5 Membentang Penyata Kewangan Tahunan
Perkara 5 5.1 Mesyuarat Agung Tergempar5.1.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan jika perlu oleh Jawatankuasa atau dengan
permintaan ahli-ahli
Perkara 6 6.1 Mesyuarat Jawatankuasa
6.1.1 Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan bagi maksud itu.
Perkara 7 7.1 Yuran
7.1.1 Kadar yuran dan tempoh boleh ditetapkan dalam Mesyuarat Agung tertakluk kepada persetujuan Guru Besar
Perkara 8 8.1 Laporan
8.1.1 Jawatankuasa tiap-tiap kelab sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar, Laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut:-8.1.1.1 Perlembagaan dan peraturan8.1.1.2 Senarai Ahli Jawatankuasa persatuan8.1.1.3 Senarai aktiviti utama persatuan
8.1.2 Laporan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari mula berkuatkuasanya peraturan-peraturan ini, atau dalam hal kelab yang ditubuhkan selepas peraturan-peraturan ini berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat pertama kelab itu.
8.1.3 Perlembagaan dan peraturan kelab sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar
Perkara 9 9.1 Perubahan dalam perlembagaan dan Peraturan Jawatankuasa Sekolah9.1.1 Jawatankuasa tiap-tiap kelab sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada
Guru Besar, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan ,peraturan , jawatankuasa atau ahli kelab
9.1.2 Laporan tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan yang telah dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha kelab berkenaan.
9.1.3 Guru Besar atau Penolong Kanan boleh menerima atau enggan menerima perubahan yang dinyatakan dalam perkara 9.1.1.
Perkara 10 10.1 Rekod Kelab10.1.1 Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan satu rekod tentang
ahli-ahli kelab sekolah dalam tempoh 30 hari selepas berkuatkuasanya peraturan-peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar
Perkara 11 11.1 Penasihat11.1.1 Guru Besar hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai
penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap kelab. Guru Besar juga hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksan oleh pendaftar
Perkara 12 12.1 Peranan Jawatankuasa12.1.1 Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan aktiviti-aktiviti kelab
12.1.2 Jawatankuasa juga bertanggungjawab membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari perlembagaan ini dan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung
12.1.3 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun
12.1.4 Ahli Jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa dua kali berturut-turut tanpa alas an yang memuaskan akan digugurkan dan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan
Perkara 13 13.1 Tugas-tugas Jawatankuasa13.1.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat
jawatankuasa dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi peratus dan hendaklah menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bersama dengan Guru Penasihat bila telah diluluskan
13.1.2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya
13.1.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja kelab mengikut peraturan kelab. Beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua dokumen .Beliau hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan.
13.1.4 Penolong Setiausaha bertanggungjawab membantu Setiausaha menjalankan tugas dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha
13.1.5 Bendahari bertanggungjawab di atas semua hal kewangan Kelab dan bertanggungjawab di atas kebetulannya
13.1.6 Wakil Tahun, darjah adalah ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan semua hal ahli jawatankuasa yang lain dan bertanggungjawab di atas kebetulannya
Perkara 14 14.1 Kewangan14.1.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undangt-undang ini, wang
kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuk belanja pentadbiran
14.1.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM (Ringgit Malaysia dengan perkataan :……………………………………………………………………………………………) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah ini mestilah diserahkan dalam tempoh tujuh hari kepada Guru Penasihat.
14.1.3 Segala pengeluaran wang daripada kira-kira kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi (Naib Pengerusi jika ketiadaannya) dan Setiausaha (Penolong Setiausaha jika ketiadaannya)
14.1.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu
14.1.5 Penyata dan wang diterima dan dibelanja beserta imbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh guru penasihat dan pemeriksa kira-kira dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli kelab.
14.1.6 Tahun kewangan bermula pada 1 Januari hingga 31 Oktober tahun berkenaan
Perkara 15 15.1 Pemantauan Pengurusan Kelab Sekolah15.1.1 Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh mengarahkan mana-mana kelab sekolah
mematuhi peraturan tentang pengurusan aktiviti keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan kelab itu
Perkara 16 16.1 Pemeriksa Kira-kira16.1 Dua orang ahli yang bukan Jawatankuasa kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Bagi sekolah rendah, Pemeriksa Kira-kira mestilah terdiri daripada guru-guru. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.
Diperakukan oleh, Disemak oleh,
………………………………………. …………………………………………( )Ketua Penasihat / Pemimpin/ Jurulatih*
…………………………………........SK. Sungai Batu, 09800 Serdang,Kedah Darul Aman
Tarikh:……………………… Tarikh:………………………………
*Potong mana yang tidak berkenaan