cheng tyen yee - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek...

32
PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI PEMANAH DI MALAYSIA CHENG TYEN YEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buinhu

Post on 18-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI

PEMANAH DI MALAYSIA

CHENG TYEN YEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

PSZ 19:16 (Pind. 1/17)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL : PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI

PEMANAH DI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : CHENG TYEN YEE____ ______ ___ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: Alamat Tetap : 3, TINGKAT PUNGGOK 2, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR TAMAN RASA RIA, 14200 SG. BAKAP. S.P.(S). PULAU PINANG. Tarikh : 18 APRIL 2006 Tarikh : 18 APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Page 3: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR

Tarikh : APRIL 2006

Page 4: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

PERKAITAN DI ANTARA BMI DENGAN PENCAPAIAN PRESTASI

PEMANAH DI MALAYSIA

CHENG TYEN YEE

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

ii

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Page 6: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : CHENG TYEN YEE

Tarikh : APRIL 2006

Page 7: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

iv

DEDIKASI

Buat Papa dan Mama yang disayangi dan diingati selalu.

Segala jasa, sokongan dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan.

Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat.

Page 8: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

v

PENGHARGAAN

Bersyukur yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Tuhan,

maka selesai jua saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, iaitu Dr. Mohad

Anizu Bin Mohd. Nor yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang

tempoh saya menyiapkan laporan projek ini. Berkat sokongan dari beliau maka segala

masalah dapat diatasi.

Ucapan terima kasih buat kesemua jurulatih-jurulatih dan pemanah-pemanah

semasa Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit III 2005 yang telah

memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Tanpa anda semua, projek ini mungkin tidak

akan berjaya.

Ribuan terima kasih juga dituju khas kepada keluarga yang disayangi di atas

sokongan dan galakkan yang tidak berbelah bagi. Dengan adanya semangat yang

diberikan, dapatlah saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian, terima kasih di atas

sokongan dan tunjuk ajar anda semua.

Ribuan terima kasih semua.

Page 9: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

vi

ABSTRAK

Ketinggian dan berat badan seseorang pemanah boleh mempengaruhinya dalam

mencapai kestabilan badan semasa memanah. Secara langsungnya, ini akan

mempengaruhi pencapaian prestainya. Oleh itu, kajian ini yang berbentuk penyelidikan

korelasi telah dijalankan untuk mengkaji perkaitan di antara “Body Mass Index” (BMI)

dengan pencapaian prestasi pemanah di Malaysia. Seramai 60 pemanah remaja dari

seluruh negeri telah dipilih secara rawak dalam Kejohanan Memanah Remaja

Kebangsaan Sirkit III yang telah diadakan di Penang Free School, Pulau Pinang dari 8

hingga 11hb Disember 2005. Mereka adalah dalam lingkungan umur 12-21 dan telah

melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun. Ukuran ketinggian,

berat badan dan skor prestasi pemanah dicatatkan serta pengiraan BMI juga dilakukan.

Data-data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for

Social Science 12.0” (SPSS). Analisis Korelasi Pearson telah digunakan untuk

menganalisis perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah. Berdasarkan

analisis yang diperolehi, terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor

prestasi. Korelasi adalah signifikan pada aras p≤0.05. Kajian ini telah membuktikan

bahawa wujudnya perkaitan yang positif di antara BMI dengan pencapaian prestasi

pemanah berdasarkan skor prestasi mereka. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini amat

memanfaatkan program “Talent Indentification” (TID) kerana BMI yang dapat

membantu dalam pencapaian prestasi pemanah boleh dijadikan sebagai panduan untuk

mencungkilkan bakat-bakat baru. Kajian ini boleh diteruskan lagi dengan mengkaji

faktor-faktor lain seperti kecergasan fizikal dan mental, daya ketahanan, serta VO2 max

bersama dengan BMI dalam pencapaian prestasi pemanah untuk memantapkan lagi

mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Page 10: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

vii

ABSTRACT

Height and weight are the factors which can affect the stability of archers during

shooting. This will also affect the performances of the archers. The purpose of this

correlation research was to study the correlation between Body Mass Index (BMI) and

performances of the archers in Malaysia. Sixty young archers from all over the states

were randomly selected during the 3rd Circuit of National Youth Archery Championship

2005 which was held in Penang Free School, Penang, from 8th to 11th of December 2005.

They were in the age group of 12 to 21 years old and who had involved in archery not

more than 5 years. The measurements of the heights and weights were recorded. The

BMI of each archer also had been calculated. To analyze the data, researcher used the

“Statistical Package for Social Science 12.0” (SPSS) software. Pearson Correlation

Analysis was used to analyze the correlation between BMI and the scoring performances.

According to the analysis, there was a significant correlation at the level of p≤0.05. This

research had proven that there was a positive correlation between the BMI and the

archers’ performances according to their scores. As a conclusion, the results from the

research are benefit to the Talent Identification (TID) program because BMI which can

helps in the archers’ performances can be used as a guideline to select the talented

archers. This research can be continued to study more about other factors such as

physical and mental fitness, endurance and VO2 max together with BMI in archers’

performances to improve the qualities of the research in future.

Page 11: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PERNYATAAN TUJUAN TESIS ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Skop Kajian 11

1.6 Persoalan Kajian 12

1.7 Hipotesis Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

Page 12: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

ix

1.9 Batasan Kajian 15

1.10 Definisi Operasional 16

1.11 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kajian-kajian Berkaitan 17

2.3 Hukum Pergerakan Newton 18

2.4 Prinsip Daya Melintang dan Menegak 22

2.5 Penutup 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Pemilihan Subjek 27

3.4 Tempat Kajian 27

3.5 Insturmen Kajian 27

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Analisis Data 29

3.8 Penutup 30

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Skor Mentah Kajian 32

4.3 Analisis Deskriptif 34

4.4 Analisis Inferensi 41

4.5 Penutup 42

Page 13: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

x

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Perbincangan Kajian 43

5.3 Rumusan 47

5.4 Cadangan 48

5.5 Penutup 49

BIBLIOGRAFI 50

LAMPIRAN 52

Page 14: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 “Body Mass Index” (BMI) 29

3.2 Skor Prestasi 29

4.2 Skor Mentah bagi Kajian yang Telah Dijalankan 32

4.3.1 Taburan Subjek dalam Kajian 34

4.3.2 Taburan Subjek Mengikut Jantina 35

4.3.3 Taburan Subjek Mengikut BMI 35

4.3.4 Taburan Subjek Mengikut Tahap BMI 38

4.3.5 Taburan Subjek Mengikut Skor Prestasi 38

4.3.6 Taburan Subjek Mengikut Tahap Skor Prestasi 41

4.4.1 Perkaitan BMI dengan Skor Prestasi 42

5.1 “Body Mass Index” (BMI) untuk Pemanah 47

Page 15: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kitaran Memanah dengan Mengaplikasikan Hukum 20

Pergerakan Newton

1.2 Perhubungan Berkadar Langsung 23

Page 16: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Maklumat Peribadi Pemanah 52

Page 17: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Memanah merupakan satu aktiviti yang telah dimulai sejak dua pulah ribu tahun

dahulu. Lukisan busur dan anak panah telah dijumpai dalam gua di Valltorta Gorge di

Sepanyol. Busur dan anak panah pernah menjadi salah satu alat yang penting dalam

kehidupan manusia untuk mencari rezeki. Busur telah membantu manusia mahir dalam

memburu. Binatang yang diburu dapat membekalkan bahan mentah seperti kulit dan

tulang untuk perkakasan dan pemakaian serta daging untuk pemakanan. Busur yang

telah direka pada masa itu dapat membayangkan bahan-bahan mentah yang terdapat di

sesuatu kawasan geografik, alat-alat yang digunakan oleh pembuat busur dan tujuan

busur yang digunakan. Sebagai contohnya, busur pendek (short bow) adalah lebih

senang untuk digunakan oleh penunggang di atas kuda atau kereta kuda manakala busur

panjang (long bow) adalah lebih baik untuk panahan target yang berjarak.

Kebangkitan dan kemerosotan sesuatu empayar adalah berkait rapat dengan

busur dan anak panah yang digunakan sebagai senjata. Orang Mesir pertama

mengistiharkan busur sebagai senjata utama dalam peperangan kira-kira 3500 S.M.

Pada masa itu, busur yang digunakan adalah setinggi orang dan hujung anak panah

adalah dibuat daripada batu api atau gangsa. Kira-kira 1800 S.M., orang Asyria telah

memperkenalkan satu rekaan busur baru, iaitu busur yang lebih pendek yang diperbuat

Page 18: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

2

daripada kulit binatang, tanduk dan kayu yang melengkung. Busur jenis ini adalah lebih

kuat jika dibandingkan dengan busur yang digunakan oleh orang Mesir dan ia adalah

lebih mudah untuk dikawal oleh penunggang di atas kuda. Penggunaan busur ini telah

memberi kelebihan kepada orang Asyria dalam persaingan timur tengah. Orang Hittite

juga menggunakan busur pendek yang melengkung dan kereta kuda yang cepat dalam

peperangan bergerak kira-kira 1200 S.M.

Kelebihan timur tengah dalam memanah telah berterusan kepada beberapa abad

dan telah menewaskan orang Eropah. Contohnya, walaupun orang Rom dikenali

sebagai askar yang kuat tetapi kemahiran mereka dalam memanah adalah jauh berbeza

daripada Parthian abad ketiga di Asia. Orang Mongol telah menakluki kebanyakan

kawasan Eropah dan peribumi Turki telah berjaya menentang kejahatan salibi kerana

busur melengkung dan teknik memanah yang lebih baik.

Dalam abad ke-11, bangsa Norman telah memajukan satu busur panjang yang

digunakan bersama strategi berperang yang baik untuk menewaskan orang Inggeris

semasa Peperangn Hastings pada 1066 T.M. Selepas itu, orang Inggeris telah

menggunakan busur panjang sebagai senjata utama mereka dan memingkirkan busur

gaya Saxon yang lebih lemah dan kurang ketepatan. Banyak balada telah wujud pada

abad ke-13 dan ke-14, seperti cerita mengenai Robin Hood yang telah membuktikan

kemahiran memanah Inggeris dalam menggunakan busur panjang.

Walaupun nilai busur sebagai senjata peperangan telah merosot dengan cepat

selepas ciptaan senjata api pada abad ke-16, tetapi keseronokan dan cabaran dalam

memanah telah meneruskan kewujudannya sebagai satu sukan. King Henry VIII telah

memajukan memanah sebagai satu sukan di England dengan mengarahkan Sir

Christopher Morris untuk menubuhkan satu persatuan memanah yang bernama “The

Guild of St. Geroge” pada tahun 1537. Rogers Ascham telah menerbitkan satu buku

bertajuk “Toxophilus” pada tahun 1545 untuk mengekalkan pengetahuan semasa dan

minat dalam memanah di kalangan orang Inggeris. Persatuan-persatuan memanah telah

ditubuhkan sepanjang abad ke-16 dan pertandingan yang telah dianjurkan telah

Page 19: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

3

mengukuhkan lagi memanah sebagai satu sukan yang bersaing. “The Anciet Scorton

Silver Arrow Contest” merupakan pertandingan memanah yang pertama diadakan di

Yorkshire, England, yang telah diteruskan sehingga hari ini. Penglibatan wanita dalam

pertandingan pertama kali dibenarkan pada tahun 1787.

Di Benua Utara Amerika, orang India bergantung kepada busur dan anak panah

untuk memburu. Busur orang India adalah pendek dan lemah; pemburu terpaksa

mendekati buruan mereka untuk mencapai ketepatan. Sesetengah puak India memburu

dari atas kuda dan ini telah menjadi sejenis permainan mereka. Peneroka Eropah telah

membawa pengetahuan terbaru dalam pembuatan busur dari negara asal mereka dan

mengalakkan minat dalam memanah di Amerika Utara. Kelab memanah yang pertama

ditubuhkan di benua pada tahun 1828 adalah “The United Bowmen of Philadelphia”.

Perang Sivil telah menggiatkan lagi minat memanah di Amerika Syarikat.

Persekutuan yang menang telah melarang bekas askar persekutuan dari menggunakan

senjata api. Terdapat dua orang adik-beradik yang berpengalaman, iaitu Will dan

Maurice Thompson, telah mempelajari memanah di bawah bantuan orang India Florida.

Maurice telah menulis sebuah buku bertajuk “The Witchery of Archery” yang telah

banyak membantu dalam perkembangan memanah ke seluruh negara. Pada tahun 1879,

Persatuan Memanah Negara (National Archery Association) telah ditubuhkan dan

pertandingan peringkat kebangsaan telah mula dipertandingkan. Semangat dalam

memanah padang (field archery) dan memburu dengan menggunakan busur

(bowhunting) telah menggalakkan penubuhan Persatuan Memanah Padang Negara

(National Field Archery Association) pada tahun 1939.

Pada tahun 1900, memanah telah menjadi salah satu acara rasmi yang

dipertandingkan di Olimpik Paris. Ini dapat dikaitkan dengan mitos yang mengatakan

bahawa pengasas Olimpik kuno, Hercules, merupakan seorang pemanah. Memanah

adalah satu acara yang dipertandingkan pada tahun 1904 di Olimpik St. Louis dan di

Olimpik England pada tahun 1908. Walau bagaimanapun, memanah tidak lagi

dipertandingkan sehingga tahun 1920, apabila Olimpik diadakan di Belgium. Semenjak

Page 20: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

4

itu, memanah gagal muncul lagi sebagai satu acara di Olimpik yang telah diadakan

selama 52 tahun.

Kegagalan dalam pertandingan memanah di peringkat awal adalah kekurangan

dalam penyelarasan dan penetapan undang-undang. Penganjuran pertandingan

memanah adalah bergantung kepada minat dan kepopularan sukan ini dalam sesuatu

negara. Bagi negara yang tidak minat sukan memanah, sukan ini tidak akan

dipertandingkan. Untuk penganjuran pertandingan memanah yang lebih baik, pemanah

Poland berusaha menubuhkan satu badan pentadbiran antarabangsa pada tahun 1930.

Dengan itu, “Federation Internationale de Tir A L’Arc” yang juga dikenali sebagai FITA

telah ditubuhakan. FITA telah membentukkan undang-undang universal dan

menetepkan pusingan tertentu yang akan dipertandingkan di pertandingan antarabangsa

termasuk Olimpik. Sebagai hasilnya, pertandingan antarabangsa semakin bertambah

dan mendapat sambutan yang baik. Ini telah menyebabkan sukan memanah diterima

semula di sukan Olimpik pada tahun 1972.

Teknikal yang maju dalam busur, rekaan anak panah dan bahan baru yang

tersedia telah meningkatkan ketepatan memanah dan secara lansungnya minat dalam

sukan ini turut ditingkatkan. Terdapat dua perkembangan mempunyai pengaruh yang

besar terhadap sukan memanah. Pada tahun 1946, Doug Easton mengembangkan satu

proses untuk membuat anak panah dengan menggunakan aluminium. Keseragaman

anak panah aluminiun dari segi berat dan kekerasan telah banyak meningkatkan

ketepatan dan minat memanah di kalangan ramai. Pada tahun 1966, H.W. Allen telah

mencipta “compound bow” di Missouri. Busur ini menggunakan takal atau sesondol

eksentrik yang dipasang di kedua-dua hujung busur untuk mengurangkan berat menahan

busur yang mempunyai berat menarik yang tertentu. Jenis busur ini adalah sangat

popular di Amerika Selatan sama ada untuk memanah target dan padang ataupun

memburu.

Memanah sasaran (Target Archery) telah mula popular sejak pemerintahan King

Henry Vlll di England. Pada hari ini, ramai pemanah minat memanah dengan

Page 21: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

5

menggunakan “recurve bow” dan “compound bow”. Memanah sasaran dapat

dipertandingkan secara “indoor” atau “outdoor”. Bagi pertandingan “indoor”, biasanya

jarak panahan adalah lebih dekat seperti 30 meter pada satu saiz “target face” dan jarak

tertentu. Setiap pertandingan “outdoor” biasanya dipertandingkan dalam jarak yang

berbeza seperti 30m, 50m, 70m dan 90m bagi lelaki manakala 30m, 50m, 60m dan 70m

bagi wanita. Bagi jarak yang berbeza, saiz “target face” yang berbeza akan digunakan.

Sebanyak 144 batang anak panah harus dilepaskan dengan bilangan anak panah bagi

setiap jarak adalah 36 batang.

Busur “recurve” yang digunakan oleh pemanah dalam pertandingan terdiri

daripada satu pemegang menegak yang diperbuat daripada besi, kebanyakannya adalah

magnesium. “Limbs” busur pula diperbuat daripada komposisi kayu dan kaca gentian,

plastik atau karbon. Satu “sight” telah dipasang di busur untuk “aiming” dan satu atau

lebih “stabilizer” yang dapat mengurangkan kecenderungan busur untuk memusing

kepada paksi menegaknya apabila anak panah dilepaskan.

Anak panah untuk memanah sasaran adalah diperbuat daripada aluminium,

karbon ataupun gabungan kedua-dua bahan ini. Ia adalah dilengkapi dengan satu hujung

keluli yang berbentuk seperti peluru. Bulu burung yang sebenar atau “vanes” plastik

dilekatkan di belakang hujung anak panah. Dalam memanah sasaran yang moden,

semua anak panah pemanah harus sama dari segi saiz, berat dan panjang. Memanah

sasaran adalah dilengkapi dengan peralatan memanah yang canggih.

Walaubagaimanapun ketepatan pemanah baru yang sentiasa berubah adalah lebih

bergantung kepada gaya dan teknik asas daripada bergantung kepada peralatan. Oleh

itu, seorang pemanah yang baru harus sentiasa mementingkan gaya dan teknik asas

memanah untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.

Memanah pada hari ini telah diminati oleh beribu-ribu orang di seluruh dunia.

Malaysia merupakan salah satu negara yang maju dalam sukan memanah. Ini dapat

dibuktikan dengan pencapaian pemanah-pemanah Malaysia yang berjaya memenangi

pingat emas semasa Sukan SEA 2003 di Vietnam dan Sukan SEA 2005 di Filipina serta

Page 22: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

6

mencapai prestasi yang membanggakan di pertandingan-pertandingan peringkat

antarabangsa yang telah diadakan di seluruh dunia. Badan kerajaan yang

bertanggungjawab untuk memajukan sukan memanah di negara kita adalah Persatuan

Memanah Kebangsaan Malaysia atau “National Archery Association of Malaysia”

(NAAM) yang dibawah “Federation Internationale de Tir A L’Arc” (FITA) di peringkat

antarabangsa. Usaha-usaha NAAM dapat kita lihat melalui prestasi pemanah-pemanah

Malaysia yang dapat mempersaingkan pemanah-pemanah antarabangsa negara lain dan

kelahiran tunas-tunas pemanah baru yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan di

pertandingan seperti Sukan Malaysia (SUKMA). Oleh itu, semangat positif ini harus

sentiasa diteruskan untuk meningkatkan lagi mutu sukan memanah di negara kita.

1.1 Latar Belakang Masalah

Masih terdapat ramai pemanah tidak sedar bahawa pengagihan dan peletakan

tekanan di bahagian kaki merupakan faktor penting dalam mengimbangi badan dan

boleh menyumbangkan tenaga dengan lakuan yang lebih efisien. Bahagian kaki kita

mengandungi satu per empat daripada jumlah bilangan tulang di badan manusia; setiap

kaki mengandungi 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kaki adalah terdiri

daripada lengkungan tengah, lateral, membujur dan melintang yang menyediakan satu

platform fleksibel untuk menyokong berat badan kita. Oleh itu, berat badan harus

diagihkan dengan sama rata di lengkungan tersebut untuk mengelakkan ketidakstabilan.

Pengagihkan berat badan dan tekanan di kaki yang dicadangkan adalah 60-70%

di bebola kaki dan lebih kurang 30-40% di tumit kaki. Pengagihan berat ini adalah

sangat penting kerana bebola kaki mengawal kestabilan badan dan yang lebih efektif

adalah posisi pusat graviti sedikit ke depan buku lali dan menjauhi tumit dalam cara

berdiri memanah yang betul. Dengan ini, ia dapat membenarkan penghasilan tenaga

yang lebih efisien.

Page 23: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

7

Jarak antara kedua-dua belah kaki harus seluas bahu kerana ini dapat

mengagihkan berat badan dalam satu garisan yang lurus melalui sendi-sendi badan dan

mendorong kepada daya yang dimampat. Cara berdiri yang terlalu luas akan

menyebabkan peningkatkan daya pintal di bahagian sendi, di mana ia adalah tidak

efisien dan mempercepatkan lagi keletihan semasa memanah. Sebalikanya, cara

pembukaan kaki yang terlalu sempit akan menyebabkan kewujudan satu platform yang

tidak stabil. Dengan ini, badan pemanah akan bergoyang ke mana-mana arah dan

menghilangkan konsistensinya. Oleh itu, cara berdiri yang terlalu luas atau terlalu

sempit harus dielakkan untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan yang paling

optima semasa memanah.

Sendi lutut adalah pasif dan membentukkan satu hubungan yang kukuh antara

femur (tulang paha) dengan tibia (bahagian kaki di hadapan betis). Lutut merupakan

sendi jenis engsel, pergerakan utama adalah fleksi (membengkokkan) dan ekstensi

(meluruskan). Sebilangan kecil ekstensi berlaku di akhir untuk “menguncikan” lutut dan

di permulaan fleksi untuk “membuka kunci” lutut. Adalah digalakkan bahawa lutut

diekstensikan dengan sepenuhnya, kerana fleksi akan menyebabkan kehilangan

kestabilan dan otot-otot yang cuba mengatasi ketegangan tersebut akan menghadapi

keletihan. Walau bagaimanapun, otot di belakang kaki harus tidak ditegangkan dengan

menghasilkan tegangan yang berlebihan di otot bahagian betis atau paha. Untuk sukan

memanah, otot hamstring (di belakang bahagian atas kaki) yang membengkokkan lutut

dan otot quadriceps (di depan bahagian atas kaki) yang meluruskan otot akan membawa

kelebihan dengan mengimbangi sama rata di kedua-dua kaki untuk membentuk

kestabilan yang kukuh.

Bahagian atas badan harus sejajar dengan bahagian bawah badan. Untuk

mencapai 60/70% - 40/30% pengagihan tekanan di kaki, seluruh badan harus

mencondong sedikit ke depan. Pusat graviti harus ditetapkan di posisi yang sama dan

diletakkan lebih kurang di antara kekura kaki dan sedikit depan di tulang buku lali.

Sternum (tulang dada) harus sentiasa disimpan ke dalam dan turun untuk membenarkan

ruang yang lebih di depan. Bahagian punggung tidak harus dinaikkan kerana ini akan

Page 24: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

8

menyebabkan belakang badan membongkok yang akan menolak bahagian dada ke

depan dan sebagai akibatnya pusat graviti akan diubah. Selain daripada itu, ia juga akan

mengurangkan ruang untuk pelepasan tali busur. Kolum vertebra (tulang belakang)

menyokong berat badan dan kepala, oleh itu semasa “anchoring”, tulang rusuk harus

sentiasa dalam keadaan natural. Dengan ini, konfigurasi yang paling kuat dan stabil

dapat disediakan.

Konsistensi segi tiga yang dibentuk oleh kedua-dua bahu dan dagu pemanah

adalah sangat penting untuk mencapai prestasi yang konsisten. Lokasi “bow hand”

(tangan yang memegang busur), dagu, mata, skapula dan siku “drawing arm” (tangan

yang menarik tali busur), jari yang menarik tali busur, pusat graviti dan posisi bahagian

kaki mesti dalam keadaan yang sama dalam setiap panahan untuk mewujudkan

konsistensi. Oleh itu, adalah sangat penting semua komponen badan dibentuk dengan

sekuat yang mungkin secara biomekanik. Ini akan membantu dalam mewujudkan

susunan yang stabil untuk membentuk asas dalam mencapai konsistensi yang penting.

Otot yang kuat terutamnya otot di bahagian atas tubuh badan adalah sangat

penting dalam memanah kerana peningkatan ketahanan otot dapat membenarkan

pemanah menggunakan busur yang mempunyai “poundage” yang lebih berat. Dengan

ini, trajektori anak panah yang dilepaskan adalah lebih lurus. Ketahanan otot yang

tinggi akan menyebabkan sesi latihan adalah lebih lama di mana teknik pemanah tidak

akan ubah dan lemah semasa penat. Walau bagaimanapun, dalam sukan memanah, otot

yang kuat di bahagian kaki juga sangat penting untuk mencapai kestabilan yang paling

maksima semasa pemanah melakukan pergerakan memanah. Otot bahagian kaki yang

kuat dapat menyediakan satu asas yang kukuh kepada setiap panahan.

Postur badan yang konsisten adalah berkait rapat dengan stabiliti. Stabiliti yang

optimum dapat dicapai apabila seseorang mempunyai komposisi badan yang lebih besar

dan lebih berat. Ini dapat dibuktikan melalui graviti. Benda yang lebih berat dan besar

akan mencapai satu stabiliti yang lebih tinggi berbanding dengan benda yang ringan atau

sederhana. Dengan mengaplikasikan konsep ini, seseorang yang lebih berat dapat

Page 25: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

9

mencapai stabiliti yang lebih berbanding dengan orang yang mempunyai berat badan

yang rendah. Dalam sukan memanah yang sangat mementingkan kestabilan, secara

langsungnya, pemanah yang mempunyai komposisi badan yang lebih besar dan berat

badan yang lebih tinggi akan mencapai satu kestabilan yang tinggi dan memaparkan satu

postur badan yang lebih konsisten.

1.3 Pernyataan Masalah

Untuk meningkatkan prestasi sukan yang semakin maju di negara kita, pelbagai

usaha telah dijalankan. “Talent Identification (TID)” merupakan satu usaha untuk

pencungkilan bakat-bakat baru dan tunas yang berpotensi dalam sukan. Dalam TID,

calon-calon yang mempunyai kecergasan yang tinggi akan dipilih untuk sukan yang

diceburi masing-masing. Biasanya calon-calon ini mempunyai berat badan dan

ketinggian yang ideal. Seperti sukan lain, calon untuk bakat baru pemanah di negara

kita juga harus seseorang yang mempunyai komposisi badan yang ideal. Pakar-pakar

Kesihatan menggunaan pengukuran saintifik yang dikenali sebagai “Body Mass Index”

(BMI) untuk mengukur sama ada berat badan seseorang ideal atau tidak. Tahap BMI

seseorang dapat dikira dengan menggunakan formula ini:

BMI = Berat badan (kg)

-----------------------

Tinggi (m) x Tinggi (m)

Buat masa ini, “Talent Identification” (TID) untuk memanah biasanya adalah

melalui Ujian Kecergasan. Walau bagaimanapun, sesuatu faktor penting telah diabaikan

oleh jurulatih-jurulatih dalam TID untuk pemanah, iaitu kestabilan semasa memanah.

Seseorang yang mempunyai BMI yang tinggi (berat yang berlebihan) biasanya akan

disingkirkan daripada dipilih kerana mempunyai kecergasan yang tidak begitu baik jika

dibanding dengan calon yang mempunyai kecergasan yang tinggi. Selain daripada itu,

Page 26: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

10

mereka juga mempunyai komposisi badan yang besar dan lambat dari segi ketangkasan

mereka. Tetapi faktor-faktor ini tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk

menyingkirkan mereka daripada diberi peluang sebagai bakat baru kerana memanah

bukan satu sukan yang memerlukan ketangkasan dan golongan yang mempunyai BMI

yang tinggi mempunyai satu kelebihan dalam sukan memanah, iaitu kestabilan. Semasa

memanah, mereka adalah lebih stabil kerana berat badan mereka telah membantu

mereka mencapai keseimbangan dan tidak mudah berubah dari segi pusat graviti

mereka.

Ini dapat dibuktikan di pelbagai pertandingan memanah peringkat sekolah,

MSSM (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia), kebangsaan mahupun antarabangsa,

kita dapat lihat bahawa pemanah-pemanah yang berpontensi biasannya mempunyai BMI

yang lebih tinggi kerana berat badan yang tinggi dapat membantu pemanah untuk

mencapai kestabilan dan keseimbangan untuk setiap panahan. Walaupun pemanah yang

mempunyai BMI yang ideal atau pemanah yang mempunyai BMI yang rendah (kurang

berat) juga mempunyai peluang yang sama untuk menang tetapi pertandingan memanah

yang mewajibkan pemanah melepaskan 36 batang anak panah untuk setiap jarak telah

memberi kelebihan kepada pemanah yang mempunyai BMI yang tinggi kerana mereka

dapat memanah dalam keadaan yang lebih stabil dan konsisten untuk semua panahan

yang dilepaskan. Secara langsungnya, konsistensi setiap anak panah telah membantu

pemanah mencapai skor prestasi yang tinggi.

Konsep BMI yang melibatkan ketinggian dan berat badan seseorang dapat

dijadikan sebagai panduan untuk membuktikan bahawa ketinggian dan berat badan

adalah berkait rapat dengan prestasi pemanah dan dapat mempengaruhi skor prestasi

mereka. Dengan berpandukan BMI, satu panduan BMI yang baru dapat dihasikan khas

untuk pemanah. Dengan ini, jurulatih-jurulatih boleh mendapat satu panduan semasa

TID untuk memilih pemanah yang berpotensi dan sentiasa memastikan pemanah-

pemanah di bawah bimbingan mereka menyedari bahawa komposisi dan berat badan

memainkan peranan yang sangat penting dalam sukan memanah.

Page 27: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

11

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Menguji perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah.

1.4.2 Mengenalpasti jenis perkaitan yang wujud di antara BMI dengan skor prestasi

pemanah.

1.4.3 Mengenalpasti BMI yang ideal untuk pemanah-pemanah di Malaysia.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan 60 orang subjek yang merupakan pemanah remaja dari

seluruh negeri di Malaysia. Subjek yang dipilih secara rawak terdiri daripada pemanah-

pemanah remaja lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 12-21 yang telah

melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun. Ukuran ketinggian

dan berat badan serta skor prestasi mereka semasa Kejohanan Memanah Remaja

Kebangsaan Sirkit III 2005, akan dicatatkan. Pengiraan BMI dan penganalisis skor

prestasi akan dilakukan untuk mengkaji perkaitan di antara BMI dengan pencapaian

prestasi pemanah di Malaysia.

Page 28: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

12

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

1.6.1 Sejauh manakah perkaitan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah?

1.6.2 Apakah jenis perkaitan yang wujud di antara BMI dengan skor prestasi

pemanah?

1.6.3 Adakah BMI dapat dijadikan sebagai satu panduan bagi pemanah-pemanah di

Malaysia?

1.7 Hipotesis Kajian

Dalam konteks kajian ini, hipotesis-hipotesisnya adalah seperti berikut:

1.7.1 Hipotesis Alternatif

Terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor prestasi pemanah.

Page 29: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

13

1.7.2 Hipotesis Nul

Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara BMI dengan skor prestasi

pemanah.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh ketinggian dan berat

badan pemanah di Malaysia dalam pencapaian prestasi mereka. Ukuran ketinggian dan

berat badan boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengkaji tahap BMI yang ideal

untuk pemanah. Antara kepentingan-kepentingan kajian adalah seperti berikut:

1.8.1 Kepentingan Kajian untuk Negara

Kajian ini dapat membantu seseorang jurulatih dalam memilih pemanah yang

berpotensi semasa “Talent Indentification” (TID) atau juga boleh dikenali sabagai Sesi

Pencungkilan Bakat. Bakat-bakat baru yang mempunyai berat badan yang berlebihan

harus diberi peluang untuk dipilih kerana mereka telah dilengkapi dengan potensi yang

semula jadi, iaitu berat badan mereka yang sangat penting untuk kestabilan semasa

memanah. Ketangkasan dan kelajuan bukan satu faktor yang penting dalam pemilihan

bakat-bakat baru dalam sukan memanah kerana sukan memanah merupakan satu sukan

yang pasif dan memerlukan konsistensi sepanjang pertandingan. Dengan ini, kestabilan

dapat membantu seseorang pemanah dalam mencapai keseimbangan badan supaya dapat

melepaskan setiap anak panah dengan tepatnya. Oleh itu, jurulatih harus menyedari

bahawa berat badan juga merupakan faktor penting dalam sukan memanah.

Page 30: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

14

1.8.2 Kepentingan Kajian untuk Negeri dan Universiti

Sebelum sesuatu pertandingan yang akan diadakan, setiap negeri atau universiti

akan mengadakan sesi pemilihan pemanah untuk memilih pemanah yang terbaik untuk

mewakili negeri atau universiti masing-masing ke pertandingan tersebut. Dalam sukan

memanah, sesi pemilihannya adalah single FITA, di mana pemanah akan melepaskan 36

batang anak panah untuk setiap jarak dan jumlah jarak yang perlu dilakukan adalah 90m,

70m, 50m dan 30m untuk lelaki manakala 70m, 60m, 50m dan 30m untuk perempuan.

Oleh itu, pemanah harus melakukan setiap panahan dengan tepat supaya dapat

memungut mata yang paling maksimum. Dengan ini, berat badan seseorang pemanah

yang berat dapat membantunya dalam mencapai kestabilan yang konsisten sepanjang

sesi dan secara langsungnya panahan yang dilepaskan adalah tepat untuk mencapai

jumlah markah yang tinggi.

1.8.3 Kepentingan Kajian untuk Pemanah

Sukan memanah merupakan satu sukan individu di mana setiap panahan adalah

dilepaskan oleh pemanah sendiri. Untuk melepaskan semua anak panah dengan

tepatnya, seseorang pemanah harus mencapai konsistensi yang maksimum. Faktor

utama dalam mencapai konsistensi adalah melalui kestabilan badan. Badan pemanah

tidak akan cepat bergoyang dan graviti tidak mudah berubah jika pemanah tersebut

dilengkapi dengan berat badan yang tinggi. Oleh itu, pemanah harus mengetahui

kepentingan BMI dalam mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan mereka dalam

pencapaian prestasi yang lebih tinggi.

Page 31: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

15

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:

1.9.1 Kajian ini dilakukan ke atas pemanah-pemanah remaja dari seluruh negeri di

Malaysia untuk melihat perkaitan yang wujud di antara BMI pemanah dengan

pencapaian skor prestasi mereka.

1.9.2 Jadual BMI yang dirujuk adalah BMI khas untuk orang Asia yang disediakan

oleh ”World Health Organization” (WHO).

1.9.3 Segala penilaian adalah berdasarkan skor prestasi pemanah dalam Kejohanan

Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit III yang telah diadakan pada 8 hingga

11hb, Disember 2005, di Penang Free School, Pulau Pinang.

1.9.4 Perbezaan jantina tidak dikaji dalam kajian ini. Penyelidik telah memilih 60

orang subjek secara rawak. Mereka harus dalam lingkungan umur 12-21 dan

telah melibatkan diri dalam sukan memanah tidak lebih daripada 5 tahun.

Page 32: CHENG TYEN YEE - fp.utm.my bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

16

1.10 Definisi Operasional

Definisi bagi istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.10.1 Body Mass Index (BMI)

Satu pengukuran saintifik yang digunakan untuk mengukur sama ada berat badan

seseorang ideal atau tidak berdasarkan ukuran ketinggian dan berat badan. Menurut

“World Health Organization” (WHO), tahap BMI yang sihat dan ideal untuk orang Asia

adalah antara 18.5 hingga 22.9. Untuk seseorang yang mempunyai tahap BMI kurang

daripada 18.5, kedudukan berat badannya adalah kurang berat. Untuk tahap BMI di

antara 18.5 hingga 22.9, kedudukan berat badan adalah ideal atau unggul. Seseorang

mempunyai berat yang berlebihan apabila tahap BMI di antara 23.0 hingga 27.4. Selain

daripada itu, obesiti (terlalu berat) berlaku, jika tahap BMI lebih daripada 27.4.

1.11 Penutup

Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan

yang wujud di antara BMI pemanah dengan pencapaian skor prestasi mereka. Perkatian

ini adalah penting untuk membantu dalam meningkatkan mutu sukan memanah di

negara kita. Selain daripada itu, BMI yang khas untuk pemanah juga dapat menjadikan

panduan dalam pemilihan bakat baru dan penyediaan program latihan untuk pemanah.

Dengan ini, secara langsungnya, prestasi pemanah dapat ditingkatkan lagi dan mencapai

pencapaian yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.