perkus i yg x luntur dek zmn

4
GERBANG EKSPLORASI PENDIDIKAN ISLAM UTAMA PEND. ISLAM SPM EKSPLORASI PI LATIHAN PENGGAL 1 HIBURAN GALERI FOTO BUKU TETAMU UTAMA HIBURAN PERKUSI Waktu Solat Malaysia Kuala Lumpur & Putra Jaya Imsak : 05:38 Subuh

Upload: azrin-razaly-malikul-afdhal

Post on 27-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

jdadnkada

TRANSCRIPT

GERBANG EKSPLORASIPENDIDIKAN ISLAM

UTAMA PEND. ISLAM SPM EKSPLORASI PI LATIHAN PENGGAL 1 HIBURAN GALERI FOTO BUKU TETAMU

UTAMAHIBURANPERKUSI

LATAR BELAKANG PERKUSIoleh: Abang Aswad UIAMuzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada hiburan duniawi. Hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.

Sejarah Perkusi Dalam Islam.Perkusi selalunya dimainkan semasa majlis perkahwinan. Ia digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu nabi Muhammad saw tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar.Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh terlibat di medan peperangan. Ini memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya.

Perkusi Dari Sudut Pandangan Islam.Muzik telah menjadi hiburan manusia sejak berkurun-kurun lamanya. Islam juga tidak menghalang umatnya menjadikan muzik sebagai wadah hiburan dikala kita memerlukannya. Walaupun begitu Islammenetapkan garis panduan dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kita. Penggunaan alat muzik menjadi pokok perbincangan dalam menentukan samada ia boleh digunakan atau tidak. Terdapat beberapa perbezaan tentang penggunaan alat muzik ini. Pendapat pertama, semua jenis alat muzik adalah haram. Pendapat kedua, semua jenis alat muzik bertali dan alat perkusi yang bertutup (tidak berlubang) adalah haram. Pendapat ketiga, semua jenis alat muzik adalah dibenarkan bergantung kepada penggunaannya. Keempat, semua jenis alat perkusi boleh digunakan.Islam mengharamkan sebarang penggunaan atau penglibatan muzik yang menjurus kearah maksiat atau perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. Ulama agung Mesir, Dr Yusuf al-Qardawi, menerusi bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang bertajuk 'Diversion and Art in Islam', beliau menegaskan bahawa selagi mana muzik itu tidak mendatangkan sebarang syak maka ia adalah diharuskan. Asal bagi sesuatu atau perkara itu adalah harus tetapi yang menjadikan ia haram adalah perlakuan kita sendiri.Sebagai contoh, bermain muzik sehingga terlupa untuk menunaikan solat atau menghadiri konsert di mana terdapat percampuran diantara lelaki dan permpuan. Dari contoh ini dapat kita simpulkan bahawa muzik yang pada asalnya dibenarkan menjadi haram kerana perkara-perkara tertentu yang membuatkan hukumnya haram

SENARAI JENIS ALAT PERKUSI

TUNED PERCUSSION (alat perkusi yang sudah dilaras)Merupakan alat muzik yang sudah dilaraskan bunyi dan ditetapkan mengikut bunyi-bunyi atau notasi-notasi tertentu spt DO, Re, Mi .. / A Major (Am), C Sharp (C#) Selalunya alat-alat ini memainkan peranan penting dalam mengharmonikan sesuatu lagu. Contoh alat:piano, organ, xylaphone, marimba, vibraphone, orchestra bell, crotale, metallaphone, chime, steel drums, timpani, antique cymbal, clavinet dan dulcimer.UNTUNED PERCUSSION (alat perkusi yang tidak dilaras)Merupakan alat yang tidak dilaras bunyinya. Tiada bunyi standard untuk dilaraskan. Contoh alat: bass drum, gong, chime tree,snare drum,tam-tam, tenor drum, kick drum, hi-hat, crash cymbals, ride cymbal, sizzle cymbal, splash cymbal, china cymbal dan taikodrum.AUXILIARY PERCUSSION (alat perkusi sokongan)Digunakan untuk memberi sokongan tambahan kepada alat-alat perkusi utama. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat muzik utama mengikut kreativiti pemuzik sendiri. Contoh alat: finger cymbal, flex-a-tone, glass harp, ratchet, rattle, sand blocks, whip, sleigh bells, tambourine, temple block, triangle, turntable, vibraslap,wood block, doyra, mendoza dan anvil.LATIN/ AFRO-CUBAN/ BRAZILIAN/ AFRICAN PERCUSSIONLatin percussion/Afro-Cubandimainkan dengan cara yang unik.Soloistatau pemain solo akan menjadi intipati utama dalam permainan perkusi ini. Brazilian percussion caranya juga sama tetapi permainanya lebih groove atau lebih kepada permainan secara asas sahaja tanpa menekannkan konsep solo. African drums tidak mempunyai bunyi yang tetap. Ia tidak menghasilkan konsep solo. Contoh alat: atabaque, agogo bell, bata, bongo drums, brake drum, cabasa, castanet, cajon, clave,conga,cowbell, cuica, djembe,jawbone, maracas,scraper, tambora, timbales, tamborim, surdo,agogo,sambogo,ganza dan tambora.SOUTHEAST ASIA / ARABIC DUMBEKS PERCUSSIONJenis alat ini banyak didapati dari negara Asia. Kebanyakkan alat-alat perkusi di Asia Tenggara dipengaruhi elemen perkusi dari Timur Tengah dan India. Contoh alat: kompang,marwas, rebana, gendang jawa, gendang sunda, geduk, beduk, rebana ubi, dol, sarunai, marwas, udu drum, tabla, doumbek, darbouka, douf, egyptian tabla, persian zarb, tarija, turkish doumbek, doira, tar dan bendir

Waktu Solat MalaysiaKuala Lumpur & Putra Jaya Imsak:05:38 Subuh:05:48 Syuruk:07:11 Zohor:13:23 Asar:16:48 Magrib:19:32 Isya:20:4706-Jul-201408 Ramadhan, 1435Pilihan Penggunawaktusolat.net

AKHBAR ONLINE

ANDA PENGUNJUNG KE

Hakcipta TerpeliharaGERBANG EKSPLORASI PENDIDIKAN ISLAM 2010PENAFIANPihakkami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.