perkhidmatan kesihatan sekolah

6
3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 1/8 Sunday, 19 May 2013 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi: Penjagaan kesihatan Pemakanan Promosi kesihatan Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh: Doktor perubatan dan pergigian Jururawat Guru-guru Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah. 5.1 OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah: a. Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah. d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan- kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan. e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk Masa Itu Emas Zati DeNan Guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Terengganu. View my complete profile Pemilik Blog Ini adalah blog persendirian. Blog ini bertujuan memberikan informasi berkaitan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan kepada bakal-bakal guru yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani dan guru sekolah. Untuk membaca info yang lalu, anda bolehlah 'klik' tajuk pada bahagian info-info lalu di bahagian kanan blog ini. Jika anda mempunyai pandangan,teguran atau sebarang bantuan , sila emailkan ke [email protected]. Panduan pengunjung blog Share 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: michy-tay

Post on 02-May-2017

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 1/8

Sunday, 19 May 2013

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi:

Penjagaan kesihatan

Pemakanan

Promosi kesihatan

Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh:

Doktor perubatan dan pergigian

Jururawat

Guru-guru

Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan wargasekolah.

5.1 OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:

a. Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan dirisendiri

b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangkamasa tertentu.

c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajarandan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.

d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakartertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan.

e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk

Masa Itu Emas

Zati DeNan

Guru pelatih PISMPPendidikan Jasmani di InstitutPendidikan Guru KampusDato' Razali Ismail,Terengganu.

View my complete profile

Pemilik Blog

Ini adalah blog persendirian.

Blog ini bertujuanmemberikan informasiberkaitan mata pelajaranpendidikan jasmani danpendidikan kesihatan kepadabakal-bakal guru yangmengambil subjek PendidikanJasmani dan guru sekolah.

Untuk membaca info yanglalu, anda bolehlah 'klik' tajukpada bahagian info-info laludi bahagian kanan blog ini.

Jika anda mempunyaipandangan,teguran atausebarang bantuan , silaemailkan [email protected].

Panduan pengunjung

blog

Share 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 2/8

membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.

f. Mengawal penyakit yang berjangkit.

g. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasankepada kanak-kanak ketika di sekolah.

h. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan danpenyeliaan khas.

5.2.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah memahamiperanan masing-masing supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.

Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada:

i. Doktor (Ketua pasukan) – 1

ii. Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih – 1

iii. Penolong Jururawat – 2

iv. Atendan – 1

v. Pemandu – 1

Pasukan ini akan menjalankan kegiatan-kegiatan kesihatan dengan kerjasama guru-guru sekolah.

Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:

a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum.

b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius.

c. Mencegah dan mengawal penyakit.

d. Memberi khidmat pertolongan cemas.

e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

f.

5.3 AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:

a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;

b. Rawatan, rujukan dan tindak susul;

c. Imunisasi;

d. Pendidikan Kesihatan;

e. Kaunseling; dan

f. Rekod dan laporan.

Penekanan diberikan kepada kanak-kanak pra sekolah, pelajar Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3 danTingkatan 5.

Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringanbagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain olehguru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah.

i. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.

ii. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid tahun 1, tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

iii. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatanimunisasi murid.

iv. Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yangberkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.

v. Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru sekiranya seseorang murid itu berpindah sekolah.

vi. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi:

i. Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.

ii. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.

Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih.

(a) Penilaian Status Kesihatan

(b) Rujukan dan Tindakan Susulan

c) Khidmat Kaunseling

(d) Pemakanan

Semoga blog ini memberimanfaat kepada kita semua.^____^

Klik NUFFNANG

ANATOMI (7)

Kecergasan Fizikal (13)

OLAHRAGA (14)

PEMBELAJARAN MOTOR(2)

PENDIDIKAN JASMANI (1)

PENDIDIKAN KESIHATANSEKOLAH (PKE3104) (5)

PENDIDIKAN SEKSUALITI(PKE3101) (1)

PENGURUSAN DANPENTADBIRAN PJ (PJM3112)(4)

PERGERAKAN ASAS (2)

PERMAINAN KECIL (6)

REKREASI (1)

RENANG (PJM 3104) (1)

SEMBANG2 (1)

SUKAN DAN PERMAINAN(2)

Mai la tengok-

tengok =^___^=

▼ 2013 (22)

▼ May (21)

Pengurusan danPentadbiranSekolah

Definisipengurusan

Majlis OlimpikMalaysia(MOM)

Blog Archive

Page 3: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 3/8

Aktiviti pemakanan meliputi:

i. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasanstatus pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.

ii. Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia danlain-lain.

Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat.

Ceramah dan promosi pemakanan (Healthy Eating) kepada warga sekolah.

Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan MakananTambahan dan Program Susu Sekolah.

Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain.

Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaanpenambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan.

Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit akan berlaku ketikamurid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasanadalah diperlukan. Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:

i. Bilik khas kesihatan ('sick-bay') yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan cemas.

ii. Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardio-pulmonari.

Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:

i. Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal.

ii. Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalanganwarga sekolah.

iii. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat.

Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah normal mengikut umur dankehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi:

i. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.

ii. Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.

iii. Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lain-lain di peringkatklinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

5.4 PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA

Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah menjalankan lawatan ulangan bagi murid-muridsekurang-kurangnya sekali setahun. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain hendaklah juga diperiksa padamasa lawatan. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan memberi keutamaan kepada kanak-kanakpra sekolah, Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktorsemasa lawatan.

Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagimenentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti yang berikut hendaklah diikutisemasa sesi Kesihatan Sekolah:

(e) Pertolongan Cemas

(f) Pendidikan Kesihatan

g) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas

(a) Lawatan Pertama

PengurusanPermainanTradisional

Nota ringkasPendidikanKesihatanSekolah(PKE3104...

Diet dan nutrisimakananuntuk kanak-kanak

ProgramBersepaduSekolah Sihat( PBSS )

PerkhidmatanKesihatanSekolah

RancanganMakananTambahan(RMT)

Kitaran haid

Renang

Kurikulum KBSRDAN KSSRdalampengajaranPendidika...

Kurikulum KBSRDAN KSSRdalampengajaranPendidika...

KomponenKecergasanFizikal

Apa diaKecergasanFizikal?

Kesan Senamandari AspekFisiologi danKesihatan

Kesan LatihanKepada SistemKardiovaskular

Prinsip LatihanFizikal

Permainan jenisserangan: Hoki

Konsep ModelBunker &Thorpe (1982)

LANGKAHPERMAINANIKUT TGFU

► January (1)

► 2012 (39)

PengenalanKepadaPendidikanJasmani danKesihatan

PENGENALAN Jika kitamenyusuri budaya kehidupanmasyarakat kini, kita seringmelihat dan mendengar

Popular Posts

Page 4: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 4/8

i. Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian

ii. Berat badan dan ukuran tinggi

iii. Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran

iv. Pemeriksaan Perubatan

v. Imunisasi

vi. Rawatan Khas

i. Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi:

Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama.

Kes-kes tindakan susulan.

Kes-kes rujukan.

ii. Imunisasi

iii. Rawatan Cacing

iv. Rawatan Khas

5.4.1 Pendidikan Kesihatan

Pendidikan ditumpukan kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan Kesihatan diserapkanke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga sebahagian daripada perkhidmatankesihatan sekolah.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah:

a. Pembelajaran di dalam bilik darjah

b. Ceramah

c. Dialog

d. Demonstrasi

e. Pameran

f. Tayangan alat pandang dengar

g. Pertandingan-pertandingan seperti kuiz kesihatan

Pendidikan Kesihatan hendaklah diberi dari masa ke semasa di waktu lawatan.Aktiviti-aktiviti pendidikan perlulah meliputi:

a. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan

b. Penyampaian secara formal dan tidak formal

i. Pendidikan Formal

Ceramah Kesihatan

§ Amalan tabiat-tabiat yang baik§ Jagaan Kesihatan Diri§ Kebersihan rumah dan alam sekeliling§ Makanan seimbang dan sebagainya

Tayangan Gambar

§ Pertunjukan Kesihatan

Sesi dialog dengan PlBG

Pertandingan bertema kesihatan

i. Pendidikan Informal (Perseorangan)

§ “Person to Person (Opportunistic Teaching)” Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang dialami olehkanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan rumah tiap-tiap hari.

Selalunya pengajaran yang paling bermakna boleh dihasilkan daripada penggunaansituasi daripada kegiatan seharian.

c. Penilaian secara berterusan mengenai tahap pengetahuan, amalan kesihatan dan sikap parapelajar

5.5 MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT MASA KINI

Di dalam bahagian ini kita akan membincangkan masalah kesihatan dan penyakit yang sering dialami kanak-kanak.

5.5.1 Persekitaran

Kajian oleh pihak WHO, mendapati lima juta kanak-kanak daripada kalangan bayi hinggalah yang berumur14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang membangun akibat penyakit-penyakityang bersangkutan dengan persekitaran mereka. Alam persekitaran kanak-kanak biasanya amat selamatdan terhad pada rumah, sekolah dan komuniti.

Namun persekitaran ’selamat’ ini telah didapati berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yangtinggi.

(b) Lawatan Ulangan

masalah-masalah obesiti dangaya ...

Lompat jauh

SEJARAHMenurut sejarah,permulaanacara lompat

jauh telah dikesan pada awaltahun 708 s.m. iaitu semasaSukan Olimpik Kuno di...

Acara lontarpeluru

1. GAYA –GAYA DALAMACARA

LONTAR PELURU 1. Teknikberdiri Untuk mendapatkanpergerakan tangan dan bahuyang betul, bolehlah...

ProgramBersepaduSekolah Sihat (PBSS )

1. PENDAHULUAN Rancangan Kesihatan Sekolah( RKS ) telah dimulakan sejaktahun 1967. Dalam temp...

Sistem OtotRangka

Pengenalan TisuOtot Terdapattiga kategori tisu

otot iaitu otot rangka,ototkardiak dan otot licin. Ketiga-tiga tisu otot ini boleh ...

Kurikulum KBSRDAN KSSRdalampengajaranPendidikanJasmani

KURIKULUM Definisikurikulum serta matlamatdan objektif kurikulumberdasarkan penulisan IshakRamly (2003), kurikulummerangkumi se...

Lompat tinggi

1.0PERALATANDalam acaralompat tinggi ini

memerlukan kawasan danperalatan khusus untukmembolehkan lompatandiadakan sebagai ...

Lari berpagar

1.0 JENISPAGAR 1)NATIONALALUMINIUM

HURDLE 2) POLANIKHURDLE 3) UCSINTERNATIONAL HURDLE4) UCS ULTI...

Larian pecut

1. FASA-FASALARIAN Terdiridaripada tigafasa larian iaitu:

a. Fasa permulaanTerbahagi kepada tigabahagian iai...

Lempar cakera

PERALATANYANGDIGUNAKANCAKERA Cakera

yang digunakan diperbuat

Page 5: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 5/8

Didapati enam jenis persekitaran tidak sihat dikenalpasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu:

Air minuman yang tidak selamat

Tiada kebersihan diri

Sistem pembetungan yang tidak baik

Pencemaran udara, kawalan vektor

Kimia bahaya

Kemalangan

Antara penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah:

Jangkitan pada sistem pernafasan

Cirit-birit

Malaria

Keracunan

5.5.2 Denggi

Penemuan virus baru denggi awal tahun ini (2007) juga telah menyaksikan sistem kawalan vektor di negarakita tercabar dengan kewujudan demam denggi yang meningkat secara mendadak. Sikap orang ramai dankelonggaran penguatkuasaan oleh pihak tertentu telah dipersalahkan. Kekotoran alam sekitar melaluipembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai”mesra aedes”. Penemuan virus denggi terbaru dan tiada penawarnya adalah seperti berikut dengan DEN-3menyumbang kepada bilangan kes demam denggi yang tinggi:

DEN-1

DEN-2

DEN-3

DEN-4

5.5.3 Pencemaran Udara

Pencemaran udara masih lagi merupakan masalah persekitaran utama di negara kita. Pencemaran iniberpunca daripada:

a. Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.

b. Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya.

Beberapa kejadian jerebu telah dilaporkan pada suku akhir tahun lepas (2006). Setiap kali jerebu berlaku,kita dapat menyaksikan peningkatan bilangan orang terutama kanak-kanak yang mendapatkan rawatanperubatan akibat gangguan sistem pernafasan. Pembakaran tertutup dan terkawal menggunakan insineratordapat mengurangkan masalah tapak pelupusan sampah yang terhad di Malaysia. Pencemaran udara bentukbaru menyebabkan penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya. Kimia-kimia ini mampu:

a. Merencat atau menganggu sistem imunisasi;

b. Endokrin; dan

c. Kemunculan pelbagai penyakit lain.

Oleh itu, penubuhan pusat pembakaran insinerator berteknologi tinggi yang dicadangkan di Broga,Semenyih pada awal tahun ini perlu menjalani ujian rapi penilaian kesan alam sekitar bagi memastikankesihatan orang ramai terutama kanak-kanak terjamin. Setiap insan berhak untuk hidup sihat dan mewarisialam persekitaran yang lihat. Masa depan mereka ada di tangan kita. Marilah kita sama ada individu,perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan bersama-sama memikul tanggungjawabmengwujudkan alam persekitaran yang sihat pada hari ini.

5.5.4 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virustermasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenal pasti). Jangkitan ini menyebabkan:

a. Ulser di mulut dan di tekak;

b. Tonsil;

c. Ruam pada kaki (pada tapak kaki) dan tangan (tapak tangan); dan

d. Sekitar kawasan lampin.

Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh limahingga tujuh hari.

Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yangmenjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lainseperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackiemerupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagaienterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematianseorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFMyang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71(EV71). EV71 telah disah menyebabkan empat dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yangmerupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000. September

daripada kayu atau bahanlain yang menyerupai kayu,dan dibal...

224,048

Status Blog

Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar

IPG

:: JPP IPG KAMPUSILMU KHAS ::

Pembubaran

Jawatankuasa

Perwakilan

Pelajar (JPP)

Sesi 2013/2014

1 month ago

JAWATANKUASAPERWAKILANPELAJAR 2012/2013

Majlis

Sambutan

Merdeka Raya

peringkat IPG

Kampus Dato'

Razali Ismail

6 months ago

JPP IPG KampusTuanku Bainun

Talkshow

Ramadhan

1 year ago

JPP IPG Kampus PulauPinang【Pegumuman】Pindah Blog

1 year ago

JAWATANKUASAPERWAKILANPELAJAR 2011/2012IPG KAMPUSPENDIDIKAN ISLAM,BANGI, SELANGORPeperiksaan Akhir Semester...

2 years ago

JPP IPGKTAAMAJLIS

SAPAAN

MESRA

PENGARAH

IPGKTAA

2 years ago

JPP ses i 2011/2012Proses

Peralihan

Tugas

3 years ago

JPP with URia Raya Kent 2010!

Page 6: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

3/5/14 NOTA-NOTA PISMP PJ: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/perkhidmatan-kesihatan-sekolah.html 6/8

NewerPost OlderPostHome

Subscribeto:PostComments(Atom)

penatmenaipZatiDeNantepat09:04

Labels:PENDIDIKANKESIHATANSEKOLAH(PKE3104)

2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kakidan mulut.

Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut.Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur dan ia akan menghasilkan dayatahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlakuberikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. VirusCoxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia danbiasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

RUMUSAN

Komponen atau teras ini merupakan aktiviti utama pihak kesihatan di sekolah. Ia dijalankansecara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak sekolah. Ia merangkumimembina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatanserta amalan cara hidup yang sihat.

Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatiankepakaran juga dilakukan oleh pihak kesihatan.

Tindakan susulan kes juga dilakukan jika perlu. Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakitjuga dilakukan dengan bantuan pihak kesihatan.

Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepattentang anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi. Pihaksekolah juga perlu memastikan bahawa Pasukan Kesihatan Sekolah yang datang ke sekolahuntuk melakukan aktiviti pemeriksaan diberikan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktivitimereka.

Kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan seharusnyadiucapkan syabas kerana segala aktiviti yang dijalankan telah membantu meningkatkan tahapkesihatan murid dan masyarakat amnya.

Kajian oleh pihak WHO, mendapati 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi hinggalah yangberumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara-negara yang sedang membangunakibat penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka.

Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projekterbengkalai telah disifatkan sebagai ”mesra aedes”. Pencemaran udara bentuk barumenyebabkan seperti penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya.

Kerjasama antara individu, perkumpulan, pihak sukarelawan, swasta dan kerajaan penting bagimemikul tanggung jawab mengujudkan alam persekitaran yang sihat pada hari ini.

Recommend this on Google

Enter your comment...

Comment as: Google Account

PublishPublish

PreviewPreview

No comments:

Post a Comment

3 years ago

JPP-KBL's SiteRamah Tamah Aidilfitri

2009

4 years ago

JPP IPGM KampusTun Abdul Razak

Pelancaran

Kemerdekaan

ke -52

4 years ago

Join this sitew ith Google Friend Connect

Members (21) More »

Already a member? Sign in

Followers

Sembang-sembang

Traffic Feedjit