perkhemahan perdana 2015

6
Laporan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015 SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 1.0 Pengenalan Seramai 80 orang peserta dan 15 orang fasilitator murid telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015 di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan aktiviti yang membina daya ketahanan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial dalam menempuh cabaran dalam kehidupan. Selain itu, para peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan diri mereka, membina modal insan yang seimbang dan melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat. Berikut merupakan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut berlangsung. 2.0 Aktiviti yang dijalankan Sepanjang perkhemahan sehari ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan : Taklimat perkhemahan dan Ice Breaking Orienteering Rempuh Halangan dan Sukaneka Ikhtiar Hidup Pertandingan Mendirikan Khemah Dinamika Games 3.0 Laporan Aktiviti Pendaftaran peserta telah diadakan pada pukul 8 pagi yang dikendalikan oleh Puan Nur Azyani bt Azmi dan Puan Pushpah a/p Manickam. Seramai 80 orang peserta telah mendaftarkan diri dan 1 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015

Upload: iza6190

Post on 15-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dokumentasi minggu koku

TRANSCRIPT

Page 1: perkhemahan perdana 2015

Laporan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

1.0 Pengenalan

Seramai 80 orang peserta dan 15 orang fasilitator murid telah menyertai Perkhemahan

Perdana Unit Beruniform 2015 di SMK Bandar Baru Sultan Suleiman. Perkhemahan ini

diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan aktiviti yang membina daya

ketahanan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial dalam menempuh cabaran dalam

kehidupan. Selain itu, para peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan diri mereka,

membina modal insan yang seimbang dan melahirkan generasi yang mengamalkan gaya

hidup sihat. Berikut merupakan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan

tersebut berlangsung.

2.0 Aktiviti yang dijalankan

Sepanjang perkhemahan sehari ini berlangsung, terdapat beberapa aktiviti yang

dijalankan :

Taklimat perkhemahan dan Ice Breaking

Orienteering

Rempuh Halangan dan Sukaneka

Ikhtiar Hidup

Pertandingan Mendirikan Khemah

Dinamika Games

3.0 Laporan Aktiviti

Pendaftaran peserta telah diadakan pada pukul 8 pagi yang dikendalikan oleh

Puan Nur Azyani bt Azmi dan Puan Pushpah a/p Manickam. Seramai 80 orang peserta telah

1 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015

Page 2: perkhemahan perdana 2015

mendaftarkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil. Seterusnya, para

peserta mendengar taklimat tentang perjalanan perkhemahan daripada Kem Komandan,

Encik Ainool Rasyid bin Zainal Abidin dan Timbalan Kem Komandan, Puan Zalina bt

Sahak. Para peserta berasa gembira dan begitu teruja untuk mengikuti semua aktiviti yang

telah dirangka sepanjang program perkhemahan berlangsung.

Aktiviti pertama yang diadakan ialah Ice Breaking yang dikendalikan oleh

Puan Rabiatul Adawiyah bt Ismail dan Puan Meenatchi. Aktiviti ini bertujuan untuk

membolehkan para peserta mengenali peserta lain dengan lebih dekat, sekaligus dapat

mengeratkan ikatan silaturrahim antara para peserta yang terdiri daripada murid pelbagai

kaum dan pelbagai peringkat umur. Aktiviti ini jelas telah berjaya mencapai sasaran yang

ditetapkan apabila para peserta berasa begitu gembira ketika menyertai aktiviti tersebut

sekaligus mengurangkan gap antara para peserta.

Aktiviti kedua yang dijalankan ialah orienteering. Aktiviti ini dijalankan

selepas para peserta menikmati minum pagi di bawah pengurusan makan dan minuman

peserta, Puan Nur Anati bt Adnan dan Puan Razila bt Radzi. Aktiviti orienteering ini

terbahagi kepada 4 stesen dan para peserta melakukan aktiviti ini secara individu. Fasilitator

guru yang bertungkus lumus merangka aktiviti ini diketuai oleh Encik Muhammad Shah bin

Kassim, Cik Nor Saliha bt Saidi, Cik Nurul Hidayatul Akma bt Mohamad, Cik Nur Ruzaini

bt Zulkifeli dan Puan Nor Azura Mohamad. Aktiviti ini melatih para peserta memahami

pemanduan arah dengan membaca kompas yang disediakan telah turut mencapai objektif

yang ditetapkan. Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan pengalaman mengikuti

program ini apabila terpaksa berhadapan dengan situasi sebenar di dalam hutan atau di

tempat lain secara bersendirian pada masa mendatang. Aktiviti ini juga jelas dapat

meningkatkan kecergasan mental, daya tumpuan, membina sikap positif, meningkatkan

2 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015

Page 3: perkhemahan perdana 2015

keyakinan diri dan memupuk sifat keberanian serta ketenangan peserta apabila berhadapan

dengan situasi cemas.

Aktiviti seterusnya ialah Merempuh Halangan dan Sukaneka. Aktiviti

menarik ini diketuai oleh Encik Mohd Rashid bin Azam, Puan Ilyani bt Saiman dan Puan

Norhaniza bt Suahaimi. Terdapat 5 stesen yang disediakan iaitu Stesen Pecut Gelung,

Imbangan Titi, Gayut Tangan, Halangan Comba dan Sukaneka yang terdiri daripada 2

permainan iaitu Leret Tayar dan Baling Gelung Kayu. Jelas terpancar keriangan pada wajah

para peserta yang telah berjaya menamatkan aktiviti menarik tetapi begitu mencabar ini.

Seterusnya, para peserta didedahkan dengan aktiviti Ikhtiar Hidup. Aktiviti ini

dikendalikan oleh Puan Zubaidah bt Halim dan Puan Juhanis bt Mohd Johari. Menerusi

aktiviti ini para peserta diminta memasak beberapa jenis masakan asas dengan menggunakan

peralatan yang terhad. Tujuannya, melatih para peserta agar tenang ketika menghadapi

situasi cemas dan mampu berfikir serta bertindak secara spontan dalam apa-apa jua situasi

serta tekanan yang dihadapi. Aktiviti tambah menarik apabila menu santapan tengah hari

para peserta merupakan hasil titik peluh mereka memasak dalam aktiviti tersebut.

Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, para peserta mengikuti aktiviti

Pertandingan Mendirikan Khemah dan Dinamika Games. Pertandingan Mendirikan Khemah

dikendalikan oleh Encik Wan Mohd Rudaini bin Wan Ludin dan Encik Muhamad Hasri bin

Mohd Hashim. Dinamika Games pula diketuai oleh Puan Norhafizah bt Mohd Rais dan Puan

Norzatil Nazeha bt Azman. Permainan yang disediakan ialah Orang Robot, Menara Paip,

Boling Selipar, Jambatan Straw dan Masukkan Gelang Getah menggunakan Straw.

Selepas solat Asar, para peserta berhimpun di Balai Hajah Zaleha untuk

mengikuti Majlis Penutupan Rasmi Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015. Majlis

Penutupan Rasmi ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua, Puan Hajah Amiah bt

3 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015

Page 4: perkhemahan perdana 2015

Hassan, Puan Hajah Nor’ani bt Suhaimi, Encik Mohamad Shah bin Kassim dan Encik Abdul

Aziz bin Zamzam serta para fasilitator guru dan ahli jawatankuasa perkhemahan.

4.0 Keputusan

Terdapat 3 kategori hadiah yang disediakan iaitu :

Bilangan Kategori Hadiah Pemenang (Kumpulan)

Anugerah Khas Juri

1 Kumpulan Paling Berdisiplin 6

2 Kumpulan paling Proaktif 3

3 Kumpulan Paling Ceria 1

4 Kumpulan Paling Bekerjasama 5

5 Kumpulan Paling Bersemangat 2

6 Kumpulan Paling Dinamik 4

Anugerah Pemenang Setiap Aktiviti

1 Pertandingan Rempuh Halangan 6

2 Pertandingan Memasak 9

3 Pertandingan Dinamika Games 7

4 Pertandingan Memasang Khemah 10

Anugerah Khas

1 Naib Johan Keseluruhan 7

2 Johan Keseluruhan 6

4.0 Refleksi

Program yang begitu bermafaat ini menggariskan beberapa kelebihan yang

boleh dijadikan teladan dalam menjayakan program seumpama ini pada tahun-tahun

yang akan datang :

4 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015

Page 5: perkhemahan perdana 2015

1. Komitmen sepenuhnya ditunjukkan oleh para fasilitator dan ahli

jawatankuasa guru.

2. Aktiviti yang dijalankan padat dan menerik.

3. Fasilitator murid memberikan kerjasama yang baiks epanjang

perkhemahan berlangsung.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan kecil sepanjang perkhemahan

berlangsung yang boleh dijadikan panduan untuk menambah baik program ini pada

masa akan datang :

1. Perkhemahan diadakan lewat iaitu pada hujung tahun menyebabkan sasaran

penyertaan peserta tidak dapat dipenuhi memandangkan kebanyakan murid

dikecualikan hadir kerana peperiksaan SPM sedang berjalan.

2. Program bertindan dengan program lain yang dijalankan pada waktu yang sama

iaitu Program POSCO.

3. Terdapat 2 orang peserta meninggalkan program tanpa kebenaran – disiplin dan

kawalan lebih ketat diperlukan.

4. Pengurusan masa yang ditetapkan tidak dipatuhi.

5.0 Penutup

Secara keseluruhannya program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2015

SMK Bandar Baru Sultan Suleiman telah berjaya mencapai objektif yang dirancang. Segala

kelemahan kecil yang wujud diharap dapat dijadikan sempadan untuk penambahbaikan

program pada masa akan datang. Kejayaan yang digapai pula boleh dijadikan contoh untuk

diteruskan dalam program seterusnya. Sesungguhnya, kejayaan program ini merupakan hasil

komitmen seluruh ahli jawatankuasa program yang tidak mengenal erti putus asa.

5 | Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Bandar Baru Sultan Suleiman 2015