2015mac_laporan perkhemahan antarabangsa pertama bulan sabit merah malaysia 2015 2 (1)

8
Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 Tempat perkhemahan : Pusat Kokurikulum Johor, Kem Tasek Utara Tarikh dan tempoh lawatan : 19/3/2015 – 22/3/2015 Pada cuti semester yang lepas, anggota BSMM Cabang IPGKDA seramai 35 orang peserta telah menyertai perkhemahan antarabangsa di Johor Bahru. Kontigen ini telah mewakili IPG Kampus Darulaman dan menjadi wakil tunggal kontigen dari negeri Kedah. Cabaran dan bebanan yang besar dipikul oleh kontigen ini sejak dari awal kerana merasa penyertaan dalam perkhemahan dan pertandingan ini mewakili negeri Kedah. Namun, kehadiran pensyarah atau jurulatih yang mengiringi

Upload: fitrii

Post on 15-Dec-2015

86 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fail

TRANSCRIPT

Page 1: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015

Tempat perkhemahan : Pusat Kokurikulum Johor, Kem Tasek Utara

Tarikh dan tempoh lawatan : 19/3/2015 – 22/3/2015

Pada cuti semester yang lepas, anggota BSMM Cabang IPGKDA seramai

35 orang peserta telah menyertai perkhemahan antarabangsa di Johor Bahru.

Kontigen ini telah mewakili IPG Kampus Darulaman dan menjadi wakil tunggal

kontigen dari negeri Kedah. Cabaran dan bebanan yang besar dipikul oleh

kontigen ini sejak dari awal kerana merasa penyertaan dalam perkhemahan dan

pertandingan ini mewakili negeri Kedah. Namun, kehadiran pensyarah atau

jurulatih yang mengiringi iaitu Encik Ahmad Sharani Bin Abdul Seliban, Encik Md

Nasir bin Hamid, Puan Zetty Akhmar bt Amran dan Tuan Haji Azmi bin Ahmad

banyak membantu. Dalam perkhemahan ini, kontigen ini telah menyertai

kesemua pertandingan yang diadakan dalam kategori Pasukan Badan Sukarela

(PBS). Pertandingan yang telah disertai ialah pertandingan kawad kaki,

kebudayaan, pintu gerbang dan “casualty make up”.

Page 2: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Dalam pertandingan kawad kaki, 16 orang sepasukan, kontigen ini telah

mendapat tempat pertama menewaskan pasukan PBS lain yang kebanyakkan

terdiri dari pasukan dari IPG-IPG.

Pasukan Kawad Kaki bergambar bersama jurulatih-jurulatih setelah pertandingan tamat.

Pertandingan seterusnya pula adalah pertandingan casualty makeup.

Pertandingan ini mengkehendaki peserta untuk menyolek mangsa mengikut

soalan yang diberi. Bagi Kontingen IPDA, peserta melakukan tugasan dengan

baik dan mendapat tempat ke-3 pertandingan casualty makeup (PBS).

Para peserta berusaha gigih sehingga membakar baju supaya kelihat seperti benar-benar berlaku

Page 3: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Malam terakhir diadakan pertandingan persembahan malam kebudayaan.

Saingan sengit dari setiap kontingen dapat disaksikan walaupun demikian,

kontingen IPDA sekali lagi melakukan persembahan memukau dengan

menarikan tarian silat yang ditarikan hampir keseluruhan berbangsa cina dan

dua orang dari Sabah.Kontingen ini dinobatkan selaku juara persembahan

malam kebudayaan.

Peserta tarian malam kebudayaan kekal beraksi walaupun pertandingan melabuhkan tirai

Hari terakhir, pemeriksaan tapak perkhemahan meliputi Pintu Gerbang,

gajet-gajet yang dihasilkan dan kebersihan tapak khemah dinilai. Amat

mengejutkan, kontingen BSMM IPGKDA mengungguli johan keseluruhan

pertandingan pintu gerbang menewaskan kesemua kontigen yang hadir

termasuk dari kontingen Link (sekolah rendah), Belia (sekolah menengah) dan

PBS. Walaupun ini merupakan perkhemahan antarabangsa yang pertama, kita

telah mendapatkan pencapaian yang baik. Semua peserta telah berusaha untuk

membuat yang terbaik. Usaha perserta-peserta amat dihargai. Tahniah

diucapkan kepada semua peserta dan juga pensyarah serta jurulatih kita.

Sekiranya terdapat peluang untuk menyertai pertandingan antarabangsa lagi,

kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan kami dan cuba untuk

menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Page 4: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Jurulatih dan peserta bergambar dihadapan tapak perkhemahan.

Penerimaan

Penerimaan sijil penghargaan

Page 5: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Menerima anugerah Johan pertandingan pintu gerbang

Menerima anugerah Johan pertandingan kawad kaki

Page 6: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Menerima anugerah tempat ketiga dalam pertandingan “casualty make up”

Anugerah pertandingan malam kebudayaan

Page 7: 2015Mac_Laporan Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah Malaysia 2015 2 (1)

Penerimaan cenderamata